Tuesday, May 12, 2009

Dari Mata Arissa




Drama TV2 : DARI MATA ARISSA.....




Best giler drama. Dulu aku jarang tgk drama melayu tetapi disebabkan drama ni lah buat aku terpikat. Drama ni diadaptasi dari novel Alaf 21 iaitu Kau sayangku oleh pengarang yang terkenal. Jalan ceritanya best. Kalau tgk pasti tak sabar-sabar nak tahu cerita selanjutnya. Banyak kawan-kawan aku jatuh cinta dengan citer ni. Sesiapa yang pernah baca novel ni pasti tahu jalan citernya ....Drama ini dibarisi oleh pelakon-pelakon yang terkenal iaitu Ayu Raudah,Syed Aiman, Ashraff Muslim dan ramai lagi.




Sinopsis.........




Permulaann...ya




Marlia dan Marina merupakan saudara kembar. Namun personaliti mereka jauh berbeza. Marlia seorang yang lemah lembut dan baik hati manakala Marina seorang yang kuat cemburu dan berprasangka buruk terhadap kakak kembarnya. Disebabkan oleh seorang lelaki, Marina menaruh dendam terhadap Marlia.


Marlia mempunyai 3 orang anak iaita Arissa,Aryana dan Amal melalui hasil perkahwinannya dengan Cikgu Mahmmod. Walaupun hidup serba sederhana namun mereka bahagia. Marina pula berkahwin dengan bekas tunang Marlia iaitu Dato Azhar dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Azza.


Kisahnya bermula apabila Azza jatuh cinta dengan Zarul yang merupakan kekasih Aryana. Apabila Marina mendapat tahu bahawa anaknya suka pada Zarul, maka bermulalah strategi Marina untuk merampas Zarul dari Aryana. Berbagai cara telah digunakan untuk memisahkan Zarul dan Aryana namun cinta Zarul pada Aryana tetap teguh. Sehinggalah Aryana meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Tanpa disedari sebenarnya, kemalangan tersebut telah dirancang oleh Marina. Selepas kematian Aryana, Arissa hidup dalam kemurungan. Baginya Aryana bukan sahaja kembarnya malah juga adalah nyawanya.


Selepas 2 tahun, Zarul sudah berkahwin dengan Azza tetapi Marina tidak suka dengan suami anaknya. Pelbagai cara dia lakukan agar Azza tidak rapat dengan Zarul malah kehidupan Azza dikawalnya. Arissa bekerja di syarikat yang pernah dia menjalani latihan praktikal. Di situ dia kenal ramai kawan. Bosnya, En Yusran sentiasa memahami pekerjanya malah Arissa cukup senang bekerja di situ.


Eddy Sham merupakan bos atau CEO Teguh Bersatu, tempat di mana Lily dan Enot bekerja. Lily dan Enot merupakan teman serumah Arissa. Eddy seorang kaki perempuan. Hidupnya sentiasa ditemani oleh wanita-wanita cantik sehinggalah dia berjumpa dengan Arissa. Pelbagai cara dia lakukan agar Arissa menyukai dirinya namun Arissa tetap tidak dapat menerima Eddy. Bagi Eddy, Arissa adalah wanita pertama yang menolak cintanya. Akibat terlalu rimas dengan gangguan Eddy, Arissa berbohong pada Eddy bahawa dia sudah bertunang. Eddy tidak percaya pada mulanya. Kerana terlalu gelisah dengan pertanyaan Eddy, pantas Arissa menyebut nama tunangnya iaitu Akif Zamani secara spontan. Pada hakikatnya dia tidak tahu bagaimana nama itu yang berada di fikirannya. Baginya Akif Zamani tidak wujud, hanya rekaannya semata-mata sehinggalah .........


Muncullah Akif Zamani yang merupakan bos baru Arissa dan juga adik pada En Yusran. Bagi Arissa, Akif Zamani merupakan seorang yang berhati batu dan panas baran. Akif sering mencari jalan untuk membuli dan menyakiti hati Arissa. Tetapi pada hakikatnya Akif sudah jatuh cinta padanya sejak mula lagi. Lama-kelamaan benci menjadi cinta. Arissa menerima lamaran Akif sehingga munculah Shreen yang merupakan bekas tunang Akif yang ingin menagih kembali cint


a dari Akif. Pada yang sama Shreen merupakan anak saudara Dato Azhar dan Datin Marina. Apabila mendapat tahu, tentang hubungan Arissa dan Akif maka bermulalah campurtangan Datin Marina. Baginya dia pernah bersumpah bahawa dia tidak akan membenarkan keturunan Marlia hidup bahagia selagi dia bernyawa. Pelbagai cara dia lakukan pada Akif dan Arissa agar mereka berpisah namun cinta mereka berdua tetap teguh walaupun pelbagai dugaan yang melanda ......






Setakat ini sajalah sinopsisnya, kalau nak tengok citernya kat tv2 sudah abis. Drama ini mempunyai 40 episod tau. Kalau tengok kat youtube, ada la citer ni.....Selamat menonton....








Hobi aku!


Aku suka menonton drama-drama melayu, korea,jepun,taiwan dan thailand. Inilah hobi aku. Kalau ada sesiapa nak sinopisi bagi drama tertentu, insyaAllah aku boleh ceritakan sinopsisnya. Aku jugak akan rekemen citer atau drama yang best untuk tengok. Jadi tak rugilah kalau nak beli citernya. ......Selain tu, aku jugak suka mengarang citer, suka-suka je. Apa-apa komen dari anda boleh diterima..... Okey......

Assalammualaikum....

SELAMAT DATANG ........

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...