Tuesday, August 31, 2010

Sedih....Dengan pemergian seorang pensyarah yang dihormati...

Salam!

Semalam saya terkejut menerima berita dari sahabat saya megenai pemergian salah seorang pensyarah Falkulti Teknologi Maklumat Dan Multimedia UTHM, Encik Shahizul Eza B. Mohd Kiblee atau dengan panggilan En Jaja akibat penyakit asma. Saya seolah tidak percaya kerana selama ini beliau sihat saja sewaktu mengajar kami(bdk multimedia) malah beliau juga aktif dalan sukan. Beliau juga amat disenangi, dihormati dan disayangi oleh pelajar kerana sikapnya yang sporting dan ceria. Selain itu beliau juga adalah penyelia PSM saya semester lepas. Pemergian beliau amat mengejutkan saya dan beberapa rakan saya yang lain. Kenangan sewaktu trip multimedia ke Melaka bersama beliau masih segar dalam ingatan. Beliau bersama isteri belanja kami semua dengan pelbagai jenis makanan laut. Segala budi baik, tunjuk ajar beliau takkan kami lupakan. Takziah untuk keluarga En Jaja.Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah untuk beliau.......................................

Saturday, August 28, 2010

Rahsia Hati 44

BAB 44

Wardina melangkah menuju bilik Dania. Hari ini sudah masuk 12 hari Dania tidak sedarkan diri. Setiap hari dia lakukan pemeriksaan pada Dania bagi memastikan tiada kesan sampingan lain. Setiap hari dia berdoa agar Dania cepat sembuh dan kembali seperti biasa. Simbol pintu dipulas perlahan-lahan. Matanya tepat melihat ke arah wanita bertudung yang sedang berdiri di tingkap. Bibir Wardina terketar-ketar. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ni.
Wanita itu menoleh ke arahnya.
“Dania!” jerit Wardina segera dia meluru ke arah Dania dan memeluknya dengan erat.
“Dania!” Wardina menangis kegembiraan.
“Jangan peluk aku kuat sangat!” kata Dania
“Ops, sori aku terlupa!” Pelukan mereka terlerai. Wardina merenung wajah sahabatnya itu. Pantas dia mengesat air matanya
Ali dan Murni meluru masuk apabila mendengar jeritan Dr. Wardina sebentar tadi.
“Cik Muda!” Murni terus berlari ke arah Dania. Dia memeluk Dania.
“I’m back!” Dania tersenyum. Dia menepuk perlahan-lahan belakang Murni. Pandangannya dialihkan pada Ali. “Hai,Ali”
Ali tersenyum. Dia bersyukur kerana Dania sudah sedarkan diri.
“Cik Muda! Cik Muda!” Murni menangis teresak-esak.
“Jangan menangis, Murni! I’m fine!” Dania menepuk belakang Murni dengan lembut.
Murni melerakan pelukannya sebentar tadi. Dia mengesat air matanya.
“Tan Sri, Tuan Muda dan Tuan Hairi ada di cafeteria. Aaa...saya pergi panggil mereka sekarang.” Beritahu Ali.
“Tak payah, Ali! Biarlah mereka breakfast dulu.” Dania tersenyum. Bila mendengar nama Hairi disebut, hati Dania berasa lega. Sejak dari tadi, dia ingin bertanya tentang Hairi tapi dia takut dan bimbang. “ Aaa......ada apa-apa yang perlu tahu sepanjang saya tidak sedarkan diri?”
Belum sempat Ali ingin menjawab pertanyaan Dania. Wardina mencelah. “Ali, kamu jangan nak report apa-apa pada Dania. Dia baru saja sembuh. Dia perlu banyakkan berehat. Otaknya kena kosongkan! Kosong!” tegas Wardina
“Come on, Dina! Aku dah sihat.”
“Aaa....NO! Selagi kau menjadi pesakit di hospital ni, kau kena dengar cakap aku. Dr. Hazwan dah amanahkan aku supaya jaga kau sehingga sembuh. Kau jangan nak mengada-gada Dania!”
“Aku ni 100% sihat! Kau nak suruh aku berlari pun boleh.”
Wardina membuat mimik muka. Macam la aku tak kenal perangai kau, Dania! Setiap kali datang ke hospital, kau mesti seperti cacing kepanasan. Penakut! “Kau jangan nak melawan cakap aku, Dania! Nanti aku bagi kau tinggal sebulan kat hospital ni, kau nak tak?”ugut Wardina.
Dania terus diam membisau. Nak aku tinggal sebulan kat hospital ni, eee....tak nak la.
“Bagus! Kalau macam tu, jom ikut aku!” Wardina tersenyum bila melihat Dania terdiam. Senang saja nak jinakkan kau, Dania!
“Nak pergi mana?”
“Buat pemeriksaan. Aku nak pastikan kau 100% sihat sebelum aku benarkan kau keluar.”
“Maksudnya, kalau keputusan pemeriksaan aku postif, kau akan benarkan aku keluar ye!” Wajah Dania tiba-tiba menjadi ceria.
“Itu terletak pada keputusan aku samada nak benarkan kau keluar ke tidak?”
Senyuman yang terukir di bibir Dania terus mati. “Kau ni memang suka kenakan aku, Dina!”
Ali dan Murni hanya memerhati kedua-dua sahabat itu. Telatah mereka berdua seperti kanak-kanak.
Serentak mereka berempat menoleh bila mendengar suara Tan Sri Daud. “Mana pulak Si Ali dan Murni ni pergi?” Tan Sri Daud memulas simbol pintu. Dia hairan bila tiada siapa menjaga di luar bilik Dania.
Sebaik saja pintu dibuka, Tan Sri Daud dan Daniel terkejut melihat wanita yang sedang berdiri di sebelah Wardina. Mereka kaku seketika.
“Hai, guys!” Dania tersengih.
“Kakak!” jerit Daniel dan melangkah ingin memeluk Dania.
“Stop! Don’t hug me, ok! I’m fine!” tegah Dania. Sebenarnya badannya masih terasa sakit. Pelukkan Wardina dan Murni sedikit sebanyak menyakitkan dirinya.
“Kenapa kau sakit ke?’ Wajah Wardina berkerut. Dia mula bimbang.
“Tak ada la.” Cepat Dania menjawab. Matanya melihat ke arah Tan Sri Daud dan Daniel. Kelibat Hairi tak ada pun.
Daniel tersenyum melihat kakaknya. Dia tahu siapa yang dicari oleh Dania.
Tan Sri Daud juga perasaan. “Masa nak naik ke sini, Hairi terjumpa dengan kawannya sewaktu belajar di luar negara dulu. Mereka berborak sekejap. Sekejap lagi Hairi datang la.”
“Kenapa atuk tiba-tiba cakap tentang Hairi, Dania tak tanya apa-apa pun?”
Daniel membuat mimik muka. Masih nak berpura-pura lagi. “Macam la kita tak tahu kakak tengah cari siapa? Mata tu meliar ke arah kami. Tak payah kakak berlakon lagi. Dah suka cakap je suka, betul tak atuk!” Daniel menoleh ke arah Tan Sri Daud yang tersenyum.
Tan Sri Daud hanya menganggukkan kepalanya.
“Kakak bukan cari Hairi! Kakak cari Halina la. Kenapa Halina tak datang hari ini?” Dania tiba-tiba mengubah topik.
“Huh....Jual mahal! Abang Hairi cari lain, baru kakak putih mata. Hmm...kawan Abang Hairi yang kami jumpa tadi, cantik jugak. Persis Natasha Hudson. Cantik!”
Wajah Dania terus berubah bila mendengar kata-kata adiknya. Natasha Hudson. Tib-tiba terbit perasaan cemburu di hati Dania. Patut la tak datang jenguk aku kat sini. Rupanya dah jumpa orang lain. “Dina, kau kata nak aku buat medical check-up kan! Jom!” kata Dania terus berlalu keluar.
Wardina terkejut dengan kata-kata Dania. Tadi bila ajak macam-macam alasan, sekarang ni terus saja nak pergi. Pasti kes cemburu ni! Wardina terus mengekori Dania.
Tan Sri Daud terus menampar bahu Daniel. “Tengok apa kamu dah buat, Daniel! Tak pasal-pasal ni Hairi dan kakak kamu tu bergaduh.”
“Ala atuk, kakak tu jual mahal sangat! Biar kakak tahu langit tu tinggi ke rendah! Selama ni dia layan Abang Hairi ikut suka hati dia saja. Abang Hairi dah banyak bersabar dengan kerenah kakak tu. Kasihan Daniel tengok Abang Hairi tu.”
“Kamu ni Daniel!....” Tan Sri Daud geram. Sekarang ni entah apa fikiran Dania sekarang ni! Dia tak nak hubungan Dania dan Hairi menjadi keruh disebabkan oleh kata-kata Daniel.

********************************************

Halina melangkah menuju ke keretanya. Sebaik saja dia menerima panggilan dari Daniel, dia terus meminta cuti dan ingin pergi ke hospital untuk melawat Kak Dania.
“Lina!” panggil Rizal.
Langkah Halina terhenti sebaik saja namanya dipanggil. Dia berpaling. Senyuman terukir di bibir Halina bila melihat Rizal sedang menghampirinya.
“Laju sangat jalan, nak pergi mana?” soal Rizal.
“Ooo...Pergi hospital. Cik Muda dah sedar.”
“Alhamdulilah.”
“Kenapa, Abang Rizal? Ada hal ke?” tanya Halina. Pasti ada sebab kenapa Abang Rizal memanggilnya tadi.
“Ooo....Sebenarnya dah lama, Abang Rizal nak beritahu Lina pasal hal ini tapi tak berkesempatan. Kebetulan dah jumpa Lina di sini, lebih baik Abang Rizal beritahu Lina.”
Halina hanya diam sambil matanya tepat memerhati Rizal.
“Hujung minggu ni, Abang Rizal akan berangkat ke Jepun. Abang sambung belajar kat sana selama 2 tahun.”
“Apa! Takkan la Abang Rizal buat semua ni sebab Melissa.”
“Tak! Ini tak berkaitan dengan Melissa. Sebenarnya dah lama Abang Rizal berniat untuk melanjutkan pelajaran tapi waktu Abang Rizal tak sampai hati nak tinggalkan Melissa. Bila dah jadi semua ni, Abang Rizal rasa dah tiba masanya.”
Halina mengeluh. “Lina faham! Lina sokong apa saja yang Abang Rizal nak buat. Lina harap Abang Rizal akan menemui ketenangan dan kebahagiaan di sana.Siapa tahu tiba-tiba hati Abang Rizal terpaut pada gadis jepun di sana” Halina ketawa
Rizal tersenyum bila mendengar kata-kata Halina. “Ada-ada saja! Hmm...Abang Rizal harap perhubungan antara Lina dan Tuan Muda akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Jangan lupa jemput Abang Rizal, tahu! Abang Rizal sanggup balik dari Jepun semata-mata ingin menghadiri kenduri kahwin Lina.”
“Hish....Abang Rizal ni! Perhubungan kami masih lagi jauh untuk sampai ke tahap itu! Kami masih lagi nak mengenali diri masing-masing!”
“Abang Rizal yakin Tuan Muda adalah soulmate Halina. Dialah orang yang akan membahagiakan,menjaga dan melindungi Halina sepanjang hayat. Jangan sia-siakan orang yang begitu mencintai diri kita, Lina! Abang yakin Lina akan bahagia bila berada di samping Tuan Muda. Abang percaya!” Senyuman masih terukir di bibir Rizal.
Halina terharu. Kata-kata Abang Rizal sebentar tadi menyentuh hatinya. Kenapa Melissa begitu bodoh untuk menghargai lelaki ini?
“Selama ini Abang Rizal sayang Lina seperti adik kandung Abang sendiri. Melihat Lina bahagia dan gembira , itu dah buat Abang Rizal gembira. Lina mesti hargai dan sayangi Tuan Muda ye! Abang Rizal akan sentiasa doakan kebahagiaan Lina! Hmmm...Abang Rizal terpaksa pergi nanti Lina lewat pula nak pergi melawat Cik Muda. Kirim salam pada Tuan Muda dan Cik Muda.”
“Baiklah! Abang Rizal pun jaga diri baik-baik tau masa kat negera orang. Makan mesti tepat pada waktunya.”
“Baiklah!” Rizal masih tersenyum. Dia melambai tangannya sebelum beredar dari situ.
Dahi Halina berkerut. Kenapa hatinya tiba-tiba berasa sedih seolah-olah Abang Rizal akan pergi jauh buat selama-lamanya? Halina cuba menahan sebak di dadanya. Hish...aku fikir apa? Abang Rizal pergi belajar saja lepas 2 tahun Abang Rizal balik la. Aku ni fikir yang bukan-bukan saja. Halina cuba menyedapkan hatinya. Halina menyambung kembali langkahnya. Halina terkejut bila mendengar bunyi kereta yang semakin hampir dengan dirinya. Halina berpaling. Kakinya kaku melihat sebuah kereta yang laju sedang mendekati dirinya.
Tiba-tiba saja Halina terasa badannya ditolak oleh seseorang ke tepi. Halina jatuh tersungkur dan satu dentuman kuat kedengaran. Halina tergamam melihat tubuh Rizal terbaring kaku berlumuran darah. “Abang Rizal!” jerit Halina.
Imran menghentak streng keretanya. Dia sudah tersalah orang. Imran terkejut melihat beberapa orang lelaki berlari menghampiri keretanya. Imran terus mengundurkan keretanya dan memandu laju meninggalkan tempat itu.
“Abang Rizal!” Halina segera menghampiri Rizal. Air matanya menitis laju melihat Rizal.
Zamri segera menghampiri Halina. “Fuad! Call ambulance cepat!”
“Abang Rizal, jangan tinggalkan Lina! Abang Rizal!” Tangisan Halina semakin kuat. Halina memegang Rizal yang berlumuran darah. Badan Rizal digoncang kuat namun tiada apa-apa tindakbalas dari Rizal.
“Cik Halina! Bersabar! Ambulance akan tiba tak lama lagi.” Pujuk Zamri. Dia hairan bagaimana kereta itu tiba-tiba muncul sedangkan mereka mengawasi kawasan itu.
Halina memeluk Rizal. Air matanya mengalir laju. Tubuh Rizal dipeluk erat. Abang Rizal telah selamatkan aku! Abang Rizal mesti selamat.

*********************************

Daniel berlari ke arah bilik kecemasan. Dia segera menghampiri Halina dan duduk di sebelah Halina. Daniel melihat tangan Halina yang masih terketar-ketar. Pakaian Halina dipenuhi dengan darah. Daniel memegang tagan Halina. Perlahan-lahan Halina menoleh ke arahnya. Matanya bengkak akibat terlalu banyak menangis. Air matanya mengalir laju sebaik saja melihat Daniel. “Abang Rizal jadi macam sebab salah Lina! Semua ni salah Lina!Sebab nak selamatkan Lina, Abang Rizal jadi macam ni.”
“Lina, jangan menangis! Rizal pasti selamat!” pujuk Daniel. Dia sedih melihat Halina seperti itu.Apa yang penting sekarang adalah agar Rizal selamat. Itu yang penting.
Zamri menghampiri Dania yang berada jauh dari Daniel dari Halina. “Cik Muda!”
“Apa yang terjadi?” soal Dania. Selepas mendapat panggilan telefon dari Zamri,Dania terus bergegas ke mari tanpa meminta kebenaran dari Wardina untuk keluar hospital.
“Saya minta maaf sebab cuai. Saya tak tahu bagaimana kereta itu muncul. Semua ni berlaku terlalu pantas.” Kata Zamri berasa bersalah dengan apa yang berlaku.
“Zamri! Benda yang akan terjadi tetap akan terjadi. Ia adalah takdir. Ini bukan salah kamu.” Pujuk Dania. Dia tahu apa yang sedang bermain di dalam fikiran Zamri sekarang ni. Ali dan Murni hanya diam memerhati. “Bagaimana Rizal boleh dilanggar kereta?” soal Dania ingin tahu.
“Saya rasa kereta itu ingin melanggar Cik Halina tapi Encik Rizal menyelamatkan Cik Halina dengan menolaknya ke tepi tapi sebaliknya Encik Rizal dilanggar. Kami cuba menangkap pemandu itu tapi dia telah melarikan diri, Cik Muda! Saya dah suruh orang saya mengesan kereta tersebut dan telah membuat laporan polis mengenai kejadian ini.”
“Bagus, Zamri!” Dahi Dania berkerut. Dia sedang memikirkan sesuatu. “Keluarga Rizal sudah dihubungi ke belum?”
“Sudah! Mereka akan datang tak lama lagi.”
“Murni, kamu ada bawa tak gambar lelaki yang sering ke rumah Melissa kebelakangan ni?”
“Ada!” Murni mengeluarkan telefon bimbitnya dan diberikan pada Dania.
“Ini ke lelaki yang cuba melanggar Halina?” Dania menunjukkan gambar yang terdapat di dalam telefon bimbit Murni. Jika benar, telahannya memang tepat.
“Ya. Ini lelaki tu! Macam mana Cik Muda tahu?” Zamri terkejut. Begitu juga Ali dan Murni terkejut.
“Siapa lagi yang nak Halina mati selain perempuan tamak yang bernama Melissa.” Dania mengetap bibirnya menahan geram. Kali ini perempuan ni memang dah melampau! Aku takkan beri muka pada dia lagi. “Zamri, kamu telefon pihak polis dan beritahu mengenai hal ini. Saya nak pergi ke rumah perempuan tu dan segala perkembangan mengenai Rizal mesti beritahu saya.” Tegas Dania. Dia sempat mengerling ke arah Daniel yang berada di sisi Halina sebelum beredar di situ bersama Ali dan Murni.
***********************************

Melissa terkejut bila Imran meluru masuk ke rumahnya. Dia menutup majalah yang dibacanya sebentar tadi dengan kasar. “Hey, siapa jemput kau masuk?” marah Melissa. Dia takut jika ada orang nampak!
“Melissa, kau kena tolong aku! Semua ni plan kau! Kau mesti tolong aku!” kata Imran gelabah.
“Kau ni kenapa,hah! Hey, kau dah langgar perempuan ke?” Melissa tak sabar-sabar ingin tahu.
“Sikit-sikit lagi aku nak langgar tapi tiba-tiba ada orang selamatkan dia. Lelaki tu tolak dia ketepi dan aku langgar lelaki tu.”
“Apa!” Suara Melissa tiba-tiba tinggi.
“Lepas tu ada beberapa orang lelaki berpakaian kot datang, aku terus larikan diri. Mereka nampak muka aku! Pasti polis tengah cari aku!”
Mata Melissa menjadi bulat. Ada saksi, teruklah macam ni! Mata Melissa meliar ke kiri dan kanan.
“Melissa, aku nak duit! Kau mesti bagi kat aku!”
“Hey, kenapa pula aku nak bagi duit kat kau? Kau gagal menjalankan tugas kau. Jangan harap aku bagi satu sen kat kau. Baik, kau berambus dari rumah aku!” marah Melissa.
“Kau tak boleh buat aku macam ni! Semua ni plan kau. Kalau kau tak beri duit kat aku, aku akan beritahu pihak polis siapa dalang sebenarnya.” Bengang Imran apabila Melissa menganggapnya seperti sampah.
“Beritahu la! Apa bukti kau,hah? Kau ada bukti untuk tuduh aku ke? Siapa akan percaya cakap kau! Sedar diri sikit siapa diri kau sebenarnya! Pengemis! Mereka nak percaya cakap kau atau cakap aku? Kau tahu aku siapa kan!” Melissa tersenyum. Berani kau nak ugut aku! Kau belum kenal lagi siapa Melissa.
Imran terkejut mendengar kata-kata Melissa. Dia merenung Melissa seolah-olah ingin ditelannya. “Kau tu yang belum kenal siapa aku?” Imran terus mengeluarkan pisau dari poket seluarnya.
Melissa mengundurkan beberapa langkahnya.. Wajah Melissa berubah sebaik saja melihat Imran mengacukan pisau ke arahnya.
“Aku nak RM15 ribu!”
“Kau dah gila! Aku mana ada duit sebanyak itu.”
“Kau jangan nak tipu aku! Perempuan cukur macam kau, tak mungkin tak ada duit. Aku nak!” jerkah Imran.
“Hey, aku kata tak ada la. Kau tak faham bahasa ke?” jerit Melissa. Dia geram. Melissa melirik matanya ke arah pasu bunga yang dekat dengannya. Perlahan-lahan Melissa mengundurkan langkahnya ke arah pasu bunga itu.
“Kau jangan nak uji kesabaran aku, Melissa. Kalau kau tak bagi duit kat aku, aku bunuh kau. Kau ingat aku tak berani ke?”
“Ok...Ok....” Melissa tiba-tiba setuju.Melissa menarik pasu bunga itu mendekati dirinya perlahan-lahan agar Imran tak nampak.
“Kan senang kalau kau setuju.” Imran tersenyum.
“Sekejap aku pergi ambil dompet.” Melissa memusingkan badannya. Pasu bunga itu digenggam erat. Bodoh! Kau ingat dengan mudah aku nak bagi duit aku kat kau. Imran mendekati Melissa. Sebaik saja Melissa sedar, Imran menghampiri dirinya. Melissa menghayunkan pasu bunga itu ke kepala Imran. Pasu itu pecah berkecai. Imran tersungkur ke lantai. Pisau yang berada di tangannya terlepas. Imran mengerang kesakitan. Kepalanya berdarah.
Melissa tersenyum puas. “Hey, ini Melissa! Tiada siapa boleh ugut aku, kau tahu tak!” Melissa menendang perut Imran. “Aku takkan biarkan kau rosakkan masa depan aku! Tak guna kau hidup di dunia ni lagi.” Melissa mengambil pisau milik Imran dan mendekati Imran.
Imran mengetap bibir menahan geram. Imran memegang kepalanya yang berdarah. “Hey, kau ingat kau akan terlepas bila berjaya bunuh aku? Kau akan meringkuk dalam penjara juga.”
“Hey, kau dah lupa siapa aku! Aku boleh reka cerita yang kau cuba nak rogol aku dan aku hanya mempertahankan diri saja.”
“Kau ni memang perempuan jahat!”
Melissa ketawa bila mendengar kata-kata Imran. Melissa mendekati Imran. Melissa terkejut bila Imran menarik kakinya sehingga jatuh.Mereka bergelut seketika. Imran merampas pisau dari tangan.
“Perempuan macam kau tak sepatutnya hidup di dunia ni.” Imran terus menikam di perut Melissa. Melissa menjerit. Imran bertubi-tubi menikam Melissa tanpa belas kasihan. Dia sudah hilang akal menikam Melissa. Percikan darah Melissa mengenai tubuh Imran.
Tiba-tiba pintu rumah Melissa terbuka, beberapa orang polis meluru masuk “Jangan bergerak! Buangkan senjata.” Polis itu menghalakan pistolnya ke arah Imran yang terkejut dengan kehadiran polis.
Imran terus mengangkat tangannya yang berlumuran darah. Pisau itu dilepaskan. “Saya tak salah! Dia yang cuba nak bunuh saya.” Suara Imran terketar-ketar.
“Diam!” Polis itu terus menghampiri Imran yang masih cuba mempertahankan diri. Tangannya digari.
Dania masuk. Dia terkejut melihat Melissa yang sudah tidak bernyawa dengan matanya terbuka. Badannya berlumuran darah. Dania mengelengkan kepalanya beberapa kali.
“Mungkin ini adalah balasannya.” Murni bersuara.
Tiba-tiba telefon bimbit Ali berbunyi, Dania menoleh. Ali hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali. Selepas menamatkan perbualan itu, Ali terus menghampirinya.
“Cik Muda! Encik Hairi tidak dapat diselamatkan kerana beberapa organ utamanya telah hancur.”
Dania tergamam. Matanya melirik ke arah Melissa yang masih terbujur kaku.

*****************************************

Dania berselindung di sebalik tiang sambil matanya tepat memerhati gelagat pasangan yang sedang berbual mesra. Dania mengetap bibir menahan geram. Dania menghentak tangannya di tiang itu. Patut la sejak aku keluar dari hospital, dia tak pernah datang menjenguk aku kat rumah. Rupa-rupanya dia sudah ada orang lain. Dasar kaki perempuan. Aku ni bodoh betul percaya yang dia betul-betul cintakan aku. Mata Dania masih tidak berganjak menyaksikan kemesraan mereka berdua.
“Dania! Sini rupanya kau! Puas aku cari. Kau tengok apa?” Wardina tiba-tiba berada di belakang Dania.
Dania terkejut bila Wardina menegurnya secara tiba-tiba. Dania terus berpaling. “Kau ni suka sangat buat aku terkejut.”
“Eh, salahkan aku pulak. Kau tu yang begitu asyik mengintip sampai aku ada kat belakang kau pun tak sedar. Kenapa kau cemburu ke tengok Hairi dan Dr. Dayana?” Wardina tahu apa yang sedang diperhatikan oleh sahabatnya sejak dari tadi lagi.
“Kau jangan nak merepek Dina, kau ingat aku tak ada kerja lain ke? Kenapa pulak aku nak mengintip dia, sekarang ni dia bebas keluar dengan sesiapa pun. Dia bukan tunang aku lagi.”
“Aku ni tak faham langsung dengan perangai kau ni! Kenapa? Maruah kau akan tercemar ke kalau kau luahkan apa yang kau rasa sekarang ni! Kalau Hairi kahwin dengan orang lain, alamatnya kau putih mata la. Kau jadi la andartu sampai ke tua.” Wardina tersengih.
“Mulut kau tu memang tak ada insurans.”
“Aku malas nak nasihatkan kau lagi. Ni...” Wardina memberikan bungkusan yang berisi ubat. Dania baru saja menjalani pemeriksaan di hospital sebentar tadi. “Kau kena makan ubat ni tepat pada masanya.”
Dania mengambi bungkusan yang dihulurkan oleh Wardina.
“Kau mesti habiskan ubat ni! Bulan depan kau mesti datang buat pemeriksaan lagi.”
Dania mengeluh. Datang hospital lagi! Malas betul. “Baiklah!”
“Aku nak ingatkan kau, mesti makan ubat ni sehingga habis. Kalau aku dapat tahu kau sorok ubat-ubat ni, siap kau nanti. Aku takkan lagi beri kau makan pil-pil ubat ni tapi aku sendiri yang akan bagi kau suntikan sebagai ganti. Jadi kau pilih la, nak makan ubat atau nak suntikan.” Wardina melihat perubahan wajah Dania. Dia tahu Dania paling tidak suka suntikan. Ini saja cara untuk mengugut Dania.
“Dina, kau ni betul-betul menakutkan la.”
“Nak uruskan orang macam kau, aku kena jadi orang yang lebih menakutkan. Ingat tu! I have to check my patient right now. I’ll got to go.” Wardina tersenyum sebelum berlalu pergi.
Sebaik saja melihat kelibat Wardina berlalu pergi, mata Dania melirik ke arah Hairi dan Dr. Dayana yang begitu rancak berbual. Ketawa mereka begitu jelas di telinga Dania. Dania menggenggam erat tangannya.

Sunday, August 15, 2010

Satu Dua Tiga 1

Bab 1

“Apa! Esok Ibu nak balik Malaysia!” Alisa terkejut dengan keputusan ibunya secara tiba-tiba. Aleya terus saja bangun dari sofa bila mendengar kata-kata ibunya.
“Ibu bukan ke ibu dah berjanji takkan menjejakkan kaki di Malaysia! Why?” Aleya melihat ke arah ibunya. Dia tak puas hati.
Alina hanya duduk diam membisu di sebelah ibunya. Dia sedar kedua-dua kakaknya pasti tidak bersetuju dengan rancangan ibu untuk pulang ke Malaysia.
“Abah kamu sakit.”beritahu Munirah. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Maria semalam. Maria merupakan sepupu suaminya. Katanya kini suaminya berada di wad ICU. Sudah seminggu suaminya berada di situ akibat penyakit jantung malah doktor juga beritahu harapan untuk sedar juga amat tipis. Tujuan Maria menelefon adalah untuk mengajak Munirah pulang dan berjumpa dengan suaminya untuk kali terakhir. Puas semalaman dia berfikir dan akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Dia tahu Aleya dan Alisa takkan bersetuju dengan keputusannya.
Aleya dan Alisa terdiam seketika bila mendengar kata-kata ibunya.
“Abah sakit! Along! Angah! Jom la, kita balik jumpa abah buat kali terakhir. “ pujuk Alina.
“Buat apa kita nak jumpa dia sedangkan kewujudkan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita pun. Selama ni pun, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” Aleya bersuara. Dia geram bila Alina begitu senang menerima orang yang menghalau ibu sehelai sepinggang hanya disebabkan ingin berkahwin dengan pelakon.
“She’s right! Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun, kita tinggal di London! Ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” Tegas Alisa. Telinga Alisa panas bila mendengar kata adik kembarnya. Walaupun mereka bertiga kembar seiras namun personaliti mereka jauh berbeza.
“Dia tu....abah kita! Walauapa pun kesalahan abah pada kita dulu, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita” ucap Alina lembut. Dia tahu Aleya dan Alisa berdendam dengan ayah mereka sehingga menyebabkan hati mereka keras untuk menerima abah dalam hidup mereka
“It’s easy for you to say!” Aleya merenung adiknya.
“Kami takkan balik.” Tegas Alisa. Mereka berdua tetap dengan keputusan mereka.
“Ikut suka hati kamu la! Ibu malas nak cakap lagi.” Munirah tiba-tiba bangun dan berjalan terus masuk ke dalam biliknya. Dia malas nak dengar anak-anaknya berbalah antara satu sama lain. Apa yang penting sekarang ni, sempatkan dia berjumpa dengan suaminya esok?
“Ibu!” panggil Alina bila ibunya meninggalkan mereka. Aline menoleh ke arah kakaknya. Aleya dan Alisa terus memandang ke arah lain bila Alina memandang ke arah mereka berdua. Alina mengeluh. Degil!

******************************************

Hati Maria sayu bila melihat sepupunya yang terlantar di katil. Seluruh badan Kadir dipenuhi dengan wayar malah alat bantuan pernafasan juga digunakan untuk bernafas. Sudah hampir seminggu Kadir berada dalam keadaan koma. Dia teringat permintaan Kadir yang terakhir sebelum memasuki bilik pembedahan minggu lepas. Kadir ingin berjumpa dengan Munirah. Dia ingin minta maaf pada Munirah di atas kesalahannya yang lalu. Sebenarnya selama ni dia sering berhubung dengan Munirah tanpa pengetahuan Kadir kerana Munirah menyuruhnya merahsiakan perkara ni. Dia terserempak dengan Munirah sewaktu melancong di London bersama suaminya pada tahun lepas
“Kak Munirah!” panggil Maria terus memegang tangan wanita yang berada di hadapannya.
Munirah terkejut dengan kehadiran Maria. Wajahnya berubah. “M...Maria!” Munirah menoleh ke arah Alina yang berada di sebelahnya.
Maria tersenyum. Sudah lama dia tak berjumpa dengan kak Munirah sejak Kak Munirah dihalau keluar oleh Abang Kadir 24 tahun yang lalu. Sejak itu mereka terputus hubungan. Maria melihat wanita muda yang berdiri di sebelah Munirah. Wajahnya seiras Kak Munirah. Rambut lurus yang melepasi bahu menambahkan keayuannya. Matanya berwarna coklat seperti Abang Kadir. Pantas Maria menoleh ke arah Munirah dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
Perlahan-lahan Munirah hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu soalan di sebalik pandangan Maria terhadapnya. Dia tahu sesiapa saja yang melihat Aleya, Alisa dan Alina pasti akan mengaitkan mereka bertiga dengan suaminya kerana mata mereka yang berwarna coklat itu sama seperti suaminya.
“Abang Kadir tahu tak?” soal Maria.
“Tak tahu!” lemah jawapan Munirah. Selepas di halau keluar dari rumah, dia baru mendapat tahu yang dirinya kini mengandung 2 bulan. Dia terus membuat keputusan untuk berhijrah ke luar negara. Dia ingin memulakan lebaran baru dan melupakan kisah silamnya yang perit itu. Dia berjanji takkan pulang ke Malaysia lagi malah dia tak ingin bertemu dengan suaminya. “Ini Alina!” Munirah memperkenalkan anak bongsunya.
Alina terus bersalam dengan Maria.
“Ini Auntie Maria! Sepupu abah kamu.” Beritahu Munirah.
“Oooo...Auntie, apa khabar?”
“Baik! Alhamdulilah. Alina, buat apa sekarang ni?” soal Maria ingin tahu.
“Sekarang ni Lina....doktor pelatih di Hospital St. Edward.”
“Doktor rupanya.” Maria tersenyum. Lamunan Maria tiba-tiba terganggu bila mendengar suara Kartika. Maria melihat ke arah pintu.
“Oooo....kau rupanya! Laki kau tak marah ke kalau tiap-tiap hari asyik datang sini saja.” Kata Kartika sebaik saja masuk ke bilik suaminya.
“Apasal pulak laki aku nak marah! Aku bukannya pergi berfoya-foya dengan lelaki muda. Aku melawat sepupu aku je.” Balas Maria. Dia menyampah dengan perangai Kartika. Dah tua tapi perasaan diri tu muda.
Kartika mengetap bibir bila mendengar kata-kata sepupu suaminya. Kata-kata itu memang ditujukan tepat ke mukanya. Kartika malas nak layan dan terus duduk di sofa. Dia membaca majalah yang dibawanya. Bosan betul duduk di sini.
Maria merenung Kartika. Dia geram dengan perangai Kartika yang tidak langsung menjenguk suaminya sendiri. Isteri apa ni? Abang Kadir memang silap besar bila memilih janda beranak dua ni. Apa kelebihannya pun, aku tak nampak pun. Meluat lagi ada la.
“Mama!....Mama!” jerit Suhaila bila menglangkah masuk. Dia terus berlari anak-anak menuju ke ibunya. Dia langsung tak pedulikan kehadiran Maria di situ. “Mama.....Jenama Gucci dah keluarkan beg tangan terbaru. Jom la, kita pergi beli cepat sebelum orang lain beli.”
“Gucci!” Bulat mata Kartika bila mendengar kata-kata anaknya. Majalah yang dibacanya ditutup serta merta.
“Mama! Cepat la nanti dah habis.” Suhaila merengek seperti budak kecil.
“Baiklah! Baiklah!” segera Kartika bangun. “Aa....Maria, kau tolong aku jap jaga suami aku ni. Aku keluar sekejap. “kata Kartika sepintas lalu sewaktu meninggalkan bilik itu.
Maria mengenggam erat beg tangannya berjenama Bonia. Sakit hatinya bila melihat perangai Kartika. Laki dia sendiri, dia suruh aku jaga pulak! Eee...perempuan ni. Tak sampai 5 minit duduk di sini, dah keluar dah. Apa punya isteri? Perangainya jauh berbeza dengan Kak Munirah. Jika Kak Munirah, dia takkan sesekali tinggalkan Abang Kadir. Dia pasti akan sentiasa berada di sisi Abang Kadir. Maria menoleh ke arah Abang Kadir. “Isteri macam ni ke yang Abang Kadir nak?” kata Maria sebelum berlalu pergi. Dia kesal kerana Abang Kadir mensia-siakan Kak Munirah.

Monday, August 2, 2010

Rahsia Hati 42

BAB 42

Halina terkejut bila satu tamparan hinggap di pipinya. Halina merenung Melissa yang berdiri di hadapannya. “Kau ni kenapa, hah!” marah Halina.
“Kau ingat bila kau dah dapat sokongan Cik Muda, aku akan lepaskan Tuan Muda. Jangan harap la. Ugutan Cik Muda tak akan menakutkan aku. Aku tak takut la dengan Cik Muda.”
“Melissa, aku tak faham la dengan kau ni! Apa lagi yang kau tak puas hati ni, hah! Kau dah ada segala-galanya! Apa lagi yang kau nak cari?”
“Aku nak Tuan Muda.”
“Kau ni dah gila ke, Melissa.”
“Ya! Aku memang gila. Selagi aku tak dapat apa yang kau ada sekarang ni, aku takkan puas hati.” Marah Melissa. Dia tidak peduli di mana dia berada sekarang ni. Selepas dia nampak Halina mempakirkan keretanya di tempat parking kereta. Dia terus menghampiri Halina dan menamparnya. Apa yang berlaku semalam benar-benar memalukan dirinya.
“Melissa, bawa mengucap! Sudah la! Cukup la tu.” Kata Halina. Dia sudah rimas dengan semua ini.
“Tak! Aku takkan berhenti. Tuan Muda mesti menjadi milik aku. Tuan Muda mesti berkahwin dengan aku.”
“Melissa, kau sedar tak apa yang kau cakapkan sekarang ni! Kalau Abang Rizal dengar semua ni, pasti dia akan kecewa. Cinta Abang Rizal tulus dan ikhlas. Kau kena hargainya.”
“Aku peduli apa dengan cinta Abang Rizal. Selama ni aku tak pernah cinta dia pun. Aku hanya nak kau merana bila aku rampas Abang Rizal dari kau tetapi ternyata kau dapat lelaki yang lebih kaya seperti Tuan Muda. Kau ingat aku akan biar kau bahagia. Aku nak kau rasa bagaimana rasanya bila segala yang kau ada sekarang dirampas oleh orang lain. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa semasa kau rampas segalanya milik aku.”
“Melissa, aku tak pernah rampas apa-apa pun dari kau.”
“Bohong!” jerit Melissa geram.
Halina terkejut.
“Sewaktu di sekolah dulu, akulah pelajar contoh dan disayangi oleh guru tapi disebabkan kehadiran kau. Aku disisih dan dilupakan. Semua orang sukakan kau. Malah, Ridzuan pun sukakan kau. Dia tinggalkan aku disebabkan kau.” Melissa meluahkan segala-galanya.
“Melissa, aku tak suka Ridzuan. Dia je yang sukakan aku.” Kata Halina. Takkan la disebabkan perkara ni Melissa berdendam dengan aku. Aku tak niat pun nak rampas segala milik Melissa.
“Sudah! Aku tak nak dengar semua ni. Yang penting, aku akan rampas Tuan Muda dari kau. Aku tahu kau sukakan Tuan Muda kan! Aku akan buat hidup kau merana seperti aku rampas Abang Rizal dari kau.” Melissa tersenyum sinis.
“Jadi selama ni cinta abang pada Melissa tak ada apa-apa makna.”
Halina dan Melissa terkejut bila ada suara mencelah perbualan mereka berdua. Bulat mata Melissa melihat lelaki yang berdiri di belakangnya.
“Abang Rizal!” nama itu terkeluar dari bibir Halina.
“Sanggup Melissa permainkan cinta abang selama ni!” sayu suara Rizal. Dia telah dengar segala-galanya dari mulut Melissa. Sakit hatinya bila mendengar kata-kata Melissa.
Kelopak matanya berkaca. Dia cuba menahan sebak di hatinya. Dia cintai Melissa sepenuh hatinya. Dia tak sangka Melissa mempunyai niat lain terhadap dirinya.
“Bagus la, kalau Abang Rizal dah faham! Tak payah Melissa nak berlakon lagi.” Kata Melissa tanpa mengambil peduli akan perasaan Rizal.
“Melissa!” Halina terkejut mendengar kata-kata Melissa.
“Abang Rizal dengar sini baik-baik! Melissa tak pernah cintai abang! Melissa buat semua ni sebab ingin memenangi Halina. Melissa nak tengok Halina merana bila Melissa berjaya merampas abang dari Halina. Dan akhirnya Melissa berjaya dapatkan abang dan membuat hidup Halina merana tapi sekarang ni lakonan Melissa sudah tamat. Hubungan kita berdua pun sudah berakhir. Kalau abang nak marah ke, nak benci Melissa, itu hak abang! I don’t care. Abang tak payah la nak taruh apa-apa harapan pada Melissa sebab semua itu tak berguna. Kita takkan bersama lagi. So, jangan muncul dalam hidup Melissa lagi. Get lost.” Kata Melissa. Matanya tepat merenung Rizal. Lelaki ni tak ada apa-apa makna dalam hidupnya langsung. Mata Melissa beralih ke arah Halina. “Aku akan dapatkan Tuan Muda walau apa cara sekalipun. Aku akan menang lagi kali ni. Kau tunggu dan lihat apa aku nak buat. Aku takkan biarkan kau bahagia, Halina.” Kata Melissa sebelum mengatur langkah meninggalkan mereka.
Halina mengetap bibirnya menahan geram. Melissa, kau ni kejam! Kejam! Halina menoleh ke arah Abang Rizal yang diam membisu. Perlahan-lahan Halina melangkah dan memegang bahu Abang Rizal. “Abang Rizal!” Halina risau melihat keadaan Abang Rizal.Kata-kata Melissa sebentar tadi mesti telah menguris hati Abang Rizal. Halina tahu Abang Rizal begitu mencintai Melissa.
“Please, Lina! I want to be alone!” Rizal terus melangkah pergi meninggalkan Halina. Walaupun berasa berat untuk melangkah tapi dia harus tinggalkan tempat ini dengan segera. Langkah Rizal diatur laju menuju ke keretanya.
Halina hanya memerhati kereta milik Abang Rizal berlalu pergi. Halina mengeluh. Melissa, kenapa kau begitu kejam dengan orang yang mencintai kau sepenuh hati? Kau takkan jumpa orang sebaik Abang Rizal lagi. Halina menggelengkan kepalanya beberapa kali.


*******************************************

“Apa yang kamu berdua tengah bisikkan tu?” Dania tiba-tiba bersuara.Dari tadi dia lihat Murni bisikkan sesuatu pada Ali.
“Tak ada apa-apa, Cik Muda!” Ali tersenyum.
“I’ll know you hiding something from me. What is it?” Wajah Dania serius. Dia tahu ada sesuatu Ali tidak memberitahunya.
“Betul, cik Muda! Tak ada apa-apa.” Murni mencelah.
“Saya nak tahu! Sekarang, kamu berdua beritahu saya.” Dania tiba-tiba meninggikan suara. Ali dan Murni terkejut. Inilah kali pertama Dania meninggikan suara pada mereka.
Ali dan Murni terdiam membisu.
“Kalau kamu berdua masih anggap saya sebagai majikan, kawan dan keluarga sendiri, beritahu saya.”
Murni melirik ke arah Ali. Dia serba-salah.
“You know who want to kill me, right?” teka Dania.
Perlahan-lahan Ali menganggukkan kepalanya. Dia mengalah.
“Who?”
“Cik Shiela.”
“Shiela!” Bulat mata Dania bila mendengar nama itu. Tiba-tiba Dania ketawa. Ali dan Murni hairan dan berpandangan antara satu sama lain. Mereka hairan dengan response Dania.
“Patut la kebelakangan ni Shiela berdiam diri, rupa-rupanya dia nak tunggu aku mati dan selepas itu boleh la dia dekati Daniel. Brillant idea.”
“Cik Muda!”
“Sediakan kereta!”
“Cik Muda nak pergi mana?” soal Ali hairan. Dania masih sakit dan perlu terima rawatan. Dr. Wardina dah pesan agar jangan membenarkan Cik Muda pergi ke mana-mana.
“Shiela!”
“Tapi Cik Muda masih sakit lagi. Dr Wardina pesan....” Murni mulai bimbang.
“I don’t care what her say. Now I want to see that women who try to kill me. Kalau kamu berdua tak nak ikut, saya akan pergi seorang.” Kata Dania terus turun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air untuk menukarkan pakaiannya.
Murni menoleh ke arah Ali. “Kita nak buat apa sekarang ni?”
Ali mengeluh. Dia faham benar dengan perangai Dania. Kalau hitam katanya, hitamlah jadinya. Tiada siapa dapat mengubahnya.

*******************************

Shiela menyanyi riang sambil membetulkan rambutnya. Dia melihat make-up yang dipakainya. “Perfect! Kalau abang Daniel jumpa aku, pasti dia akan puji aku cantik malam ni.” Shiela tersenyum. Selepas mendapat tahu Dania telah dimasukkan ke hospital, Shiela begitu gembira. Impiannya untuk bersama Abang Daniel akhirnya tercapai juga. Dia sudah bosan untuk menunggu lagi. Plan yang dirancangannya selama ini telah berjaya. Setahun lebih dia menunggu, akhirnya rancangan aku berhasil jugak. Selepas Kak Dania mati, tiada siapa yang akan menghalang hubungan aku dan Abang Daniel. Kerana Kak Dania sering menjadi batu penghalang untuk dia bersama Abang Daniel, Kak Dania perlu dihapuskan.
Shiela tahu setiap tahun, Kak Dania akan menjalani medical check-up kat hospital Uncle Hazwan. Dia mengupah orang untuk menukarkan report kesihatan Kak Dania dengan pesakit yang menghidapi penyakit barah otak. Malah ubat yang dimakan oleh Kak Dania selama ini adalah racun yang dibelinya khas dari Brazil. Racun itu akan membunuh secara perlahan-lahan. Ia akan menyerang organ-organ utama. Semakin hari racun itu akan merebak ke seluruhan badan. Kak Dania akan menjadi lemah dan mati. Tiada siapa akan syak ini semua plan aku.Mereka akan ingat Kak Dania mati disebabkan oleh penyakit barah otak. Shiela tersenyum sendirian. Tiba-tiba telefon bimbit Shiela berbunyi, Shiela menoleh. Siapa pulak la yang ganggu aku ni? Shiela melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya.
“Hello, kau nak apa lagi! Aku kan dah bagi duit kat kau. Tak cukup lagi ke?”
“Cik Shiela, tolong saya!” Mata Herman menoleh ke kiri dan kanan. Dia bimbang jika ada orang sedang mengekori dirinya.
“Hey, apa yang kau cakapkan ni!” Shiela bengang.
“Maimun dah kena tangkap!”
“Apa!” Shiela terkejut.
“Sekarang ni mereka nak tangkap saya pula tapi saya berjaya larikan diri. Cik Shiela, tolong saya. Saya tak nak meringkuk dalam penjara.”rayu Herman. Selama ini dia telah diupah oleh Shiela untuk menukarkan report kesihatan Dania.
“Siapa?”
“Rasanya orang Cik Muda. Agaknya mereka dah tahu tentang rancangan Cik Shiela sebab itulah mereka telah menangkap Maimun dan ingin menangkap saya. Cik Shiela, saya tak tahu nak pergi mana lagi. Tolong saya, Cik Shiela.”
Shiela terus menamatkan panggilan itu. Shiela resah. Dia berjalan ke hulu dan ke hilir. Jika Kak Dania dah tahu semua ni, pasti dia akan cari aku. Aku tak boleh tinggal di sini lagi. Aku mesti tinggalkan negara ni. Pantas Shiela menuju ke almari dan mengeluarkan pakaiannya. Aku harus pergi dari sini. Shiela mulai takut.

******************************

Langkah Shiela diatur dengan pantas menuju ke balai berlepas. Mata Shiela meliar melihat ke kiri dan kanan. Dia bimbang jika Kak Dania mencarinya hingga ke sini. Hanya beberapa langkah lagi, dia akan selamat.
“Lajunya jalan, nak pergi mana?” tiba-tiba ada satu suara menegur Shiela. Langkah Shiela terhenti. Dia kenal benar dengan pemilik suara itu. Perlahan-lahan Shiela berpaling. Dania tersenyum ke arahnya.
“Aaa...Kak Dania! Aaa....flight Shiela dah nak berlepas ni. Shiela pergi dulu.” Shiela ingin mengatur langkahnya tapi dia terkejut apabila ada 2 orang lelaki sedang menghalang perjalanannya.
“We need to talk.” Kata Dania berjalan menghampiri Shiela.
“Aaa...nanti flight Shiela akan terlepas. Lain kali ye.” Shiela cuba mengelak. Badannya sudah bergigil bila Dania sudah hampir dengannya. Dia tak berani bertentangan mata Dania.
“Kalau flight Shiela terlepas, kak akan beli tiket flight yang baru untuk Shiela. Now, shall we?”
“Tapi!” Shiela mula resah. Mati la aku kali ni.
Tiba-tiba Dania menarik rambut Shiela. Shiela terkejut dan mengerang kesakitan. “I said only once.” Wajah Dania sudah berubah serius.Tiada lagi senyuman di bibirnya. Dia memegang kuat rambut Shiela.
“Kak....sakit! Tolong la lepaskan!” Shiela merayu. Air matanya mula mengalir.
Rayuan Shiela tak dipedulikan. Dia menarik rambut Shiela mengikutnya duduk di kerusi. Orang ramai yang berada di situ tidak dipedulikannya. Apa yang penting, aku kena ajar perempuan ni. Setelah duduk beberapa minit, baru Dania melepaskan rambut Shiela.
Shiela mula menangis teresak-esak.
“Kau ingat dengan menangis sebegini, aku akan lepaskan kau begitu saja.”
“Kak, Shiela minta maaf. Shiela merayu kak.....Shiela minta maaf.”
“Masa kau rancangan nak bunuh aku dulu, kau tak pernah fikir pun pasal semua ni. Sekarang kau nak aku maafkan kau, kau ingat aku ni baik sangat ke?”
“Kak...Shiela, betul-betul minta maaf.” Shiela cuba memegang tangan Dania tetapi Dania sempat mengelak.
“Kau ikhlas ke minta maaf dengan aku? Anak dengan bapak sama saja. Pembunuh! Kau nak tahu tak kenapa aku tak suka kau dekati Daniel....sebab kau anak pembunuh ibu bapa kami. Bapak kau bunuh ibu bapa kami.” Tegas Dania.
Shiela terkejut. Bibirnya terketar-ketar.
“Dan bapak kau pernah cuba bunuh Daniel sewaktu dia sedang belajar di Ireland 7 tahun yang lalu. Nasib baik aku datang tepat pada waktunya. Kau ingat Daniel akan sukakan kau kalau kau berjaya bunuh aku!” Dania tiba-tiba ketawa.
“Tak! Dia takkan sukakan kau sampai bila-bila! Kau anak pembunuh ibu bapa kami. Kau ingat kami akan terima kau dalam keluarga kami. Jangan harap la. Orang macam kau tak layak masuk ke dalam keluarga kami.”
Shiela tergamam dengan kata-kata Dania. Patut la sikap Abang Daniel berubah selepas balik dari Ireland. Ini papa punya pasal. Gelojoh.
“Aku bagi kau satu peluang lagi. Aku nak kau pergi dari sini. Jangan sesekali kau balik ke Malaysia lagi.” Kata Dania secara tiba-tiba. Shiela tercengang. Sekali lagi rambut Shiela ditarik kasar oleh Dania. “Kalau aku dapat tahu kau pulang ke Malaysia, aku akan masukkan kau ke dalam penjara. Kau duduk sekali dengan bapak kau meringkuk dalam penjara.Oleh itu, aku beri kau peluang! Hanya sekali saja. Jika kau tak nak menerima nasib yang sama seperti bapak kau, kau jangan lagi balik ke Malaysia. Orang aku akan sentiasa mengawasi kau. So, be careful.” Rambut Shiela dilepaskan. Dania terus bangun dan meninggalkan Shiela yang masih duduk menangis. Tangisan Shiela semakin kuat sehingga menjadi perhatian orang yang berada di situ. Tangannya masih menggigil. Kata-kata Dania sebentar tadi masih kedengaran di telinganya.

***************************

Daniel terkejut bila mendapat panggilan telefon dari Kak Wardina sebentar tadi. Katanya kakak dah hilang. Dia larikan diri dari hospital. Ali dan Murni juga tiada. Daniel mengatur langkahnya dengan laju menuju ke keretanya. Daniel risau. Kakak bukannya sihat sepenuhnya. Langkah Daniel terhenti. Melissa tersenyum melihat Daniel.
“What can i help you?”
“Tuan Muda pasal semalam ...I boleh explain.”
“Tentang you nak perangkap I! I tak nak dengar apa-apa lagi dari you. So please, go away.”Daniel malas ingin melayan kerenah wanita ini. Selepas kejadian semalam, dia sudah kenali siapa Melissa yang sebenarnya.
“Tuan Muda, please I love you!” ucap Melissa.
Daniel tiba-tiba ketawa. “You ingat I akan percaya cakap you! You tak cintai I. You hanya nak memenangi Halina saja.”
“Tuan Muda, apa yang Halina pernah cakap pasal I ,semua tu satu pembohongan. Dia sengaja nak burukkan I.”
“Halina tak pernah cerita apa-apa keburukan tentang you pun. You jangan nak tuduh Halina yang bukan-bukan. Halina tak seperti you.”
“Itu hanya lakonan saja. Halina belum tunjuk belangnya lagi. Selepas dia dapat apa yang dia mahu, dia tunjukkan siapa dirinya yang sendiri. You have to believe me.”
“ I know who is Halina. The real Halina. You don’t know her. Please, go away. Irfan!” Daniel sudah geram. Fikirannya kini berserabut. Kakak tiba-tiba hilang dan sekarang ni perempuan ni sengaja nak serabutkan otak aku. Daniel merenung Melissa.
Irfan dan dua orang lagi pengawal peribadi Daniel mendekati Melissa.
“Cik Melissa, saya rasa lebih baik Cik Melissa beredar dari sini.”
“Ini urusan I dengan bos you. Jangan masuk campur.” Melissa bengang. Dia geram bila Tuan Muda tidak peduli tentang dirinya langsung.
“Please!” tegas Irfan. Wanita ni memang tak layak untuk mendampingi Tuan Muda. Wanita ni jauh berbeza dari Cik Halina. Patut la Cik Muda tak suka wanita ni.
“I don’t care! Tuan Muda, Halina tidak mencintai Tuan Muda. Dia masih sayang dan cintai Abang Rizal. Abang Rizal adalah cinta pertamanya. Halina sukakan Abang Rizal sejak kecil lagi. Cinta Tuan Muda tak setanding cinta Halina terhadap Abang Rizal”
Daniel terkejut mendengar kata-kata Melissa. Tiba-tiba dia rasa dirinya tergugat. Mungkinkah Halina masih mencintai Rizal? Aku? Bagaimana dengan aku? Adakah cinta aku tak setanding dengan cinta Halina terhadap Rizal?
Melissa tersenyum bila melihat Tuan Muda tiba-tiba terdiam kaku. Yes, jerat sudah mengena. Pasti Tuan Muda mula sangsi akan cinta Halina. “Selama ni, ada tak Halina beritahu Tuan Muda yang dia cinta dan sayang Tuan Muda!...Hmmm..pasti tak kan! Hanya Tuan Muda saja mencintai Halina. Dah jelas, Halina tak mencintai Tuan Muda.”
Irfan menoleh ke arah Daniel. “Tuan Muda!” panggil Irfan. Dia takut jika Tuan Muda termakan kata-kata wanita ni. Wanita ni memang jahat. Dia cuba nak rosakkan hubungan Tuan Muda dan Cik Halina.
“Are you trying to manipulate him?”
Mereka semua terkejut bila ada suara mencelah perbualan mereka. Daniel terkejut melihat Dania yang sedang menghampiri mereka. Air muka Melissa berubah. Jantungnya mula berdegup kencang. Kenapa perempuan ni ada kat sini? Eee...asyik ganggu plan aku saja. Sikit lagi Tuan Muda akan percaya dengan cakap aku.
“Kakak! Kakak pergi mana?” Daniel terus menghampiri Dania. Lega sikit hatinya bila melihat Dania.
“Biar kak uruskan perempuan ni dulu.” Dania mengatur langkah mendekati wanita yang memakai gaun biru. Yang penting aku perlu ajar perempuan ni.
“ You fikir adik I akan termakan hasutan you tu kemudian adik I akan berpisah dengan Halina. Selepas tu you akan mula masuk jarum kan!”
Melissa mengundur beberapa langkah ke belakang bila Dania mendekati dirinya.
“You fikir jika orang itu tak pernah melafazkan kata cintanya pada orang yang dia cintai, itu bermaksud yang dia tak mencintai orang yang dia cintai. You silap sama sekali, setiap orang ada caranya sendiri untuk mencintai orang yang dia sayang. Setiap orang caranya berbeza sekali. You pun sama kan! Cara you mencintai orang yang mencintai you juga lain kan. You tak pernah menghargai orang yang benar-benar ikhlas dan tulus mencintai you so you tak layak untuk mengajar orang lain bagaimana untuk mencintai orang yang mereka cintai.”
“Cik Muda, ini urusan saya dan Tuan Muda. Cik Muda, jangan....” Belum sempat Melissa menghabiskan kata-katanya, satu tamparan hinggap di pipi Melissa. Pedih! Mata Melissa tepat merenung wanita yang bertudung litup itu. Daniel terkejut. Dia tak sangka kakaknya akan bertindak seperti itu.
“Daniel adik I. Satu-satunya adik I. You ingat i akan benarkan perempuan ular macam you ni rosakkan hidup adik I. No, i won’t let you do that. Daniel love Halina and I know Halina love Daniel to. You tak payah bazirkan masa you untuk rosakkan hubungan mereka berdua.”
“Cik ....” Satu tamparan lagi hinggap di pipi Melissa.
“I tak habis cakap lagi!” Dania merenung Melissa seolah-olah ingin ditelannya. “Daniel akan berkahwin dengan Halina. Hanya Halina saja layak mendampingi Daniel . I akan pastikan Halina berkahwin dengan Daniel. I takkan benarkan semut macam you rosakkan kebahagian Daniel.”
“You don’t know Halina. Siapa Halina yang sebenarnya?” Melissa masih tidak berputus asa.
“Really! Plus, you don’t know me!” Dania tiba-tiba tersenyum. Satu tamparan hinggap di muka Melissa lagi. Melissa memegang pipinya. Ini sudah masuk kali ke-tiga Cik Muda menamparkanya.
“What’s wrong with you? You ingat you anak orang kaya, I takut dengan you. You silap! I’m Melissa. I tak takut dengan sesiapa pun.” Melissa sudah tidak menahan sabar lagi. Perempuan ni kena ajar. Dia ingat aku takut sangat dengan dia. Aku takkan lepaskan perempuan ni begitu saja. Melissa cuba menampar Dania tetapi Dania dengan pantas menampar Melissa dahulu. Rambut Melissa ditariknya dengan kasar.
“You sepatutnya takut dengan I. I makan garam dulu dari you. Perempuan macam you dah banyak I jumpa. I tahu macam mana nak ajar perempuan macam you. I dah beri peluang untuk you tapi you tak faham langsung apa yang i katakan selama ni. So this time, I takkan berlembut dengan you lagi.” Dania melepaskan rambut Melissa dan menolaknya dengan kasar sehingga terjatuh.
“Kakak!” Daniel terkejut dengan tindakkan Dania. Dia cuba untuk mendekati Dania.
“Jangan masuk campur.” Dania meninggikan suaranya.
Melissa jatuh terduduk. Dia lihat tapak tangannya dan lututnya berdarah disebabkan tolakkan Cik Muda tadi. Dania menghampiri Melissa.
“You dengar sini baik-baik! I akan beri you peluang terakhir, jika i nampak you dekati Daniel atau Halina lagi. Tahulah macam mana i nak ajar you. I akan buat hidup you merana sehingga you rasa menyesal hidup di dunia ni. Orang macam you tak layak berlawan dengan I.” Dania tersenyum sinis.“Apa tunggu lagi! Get out from here. I don’t want to see your face anymore “
Perlahan-lahan Melissa bangun, matanya masih tepat merenung Dania. Perkara ni takkan berakhir di sini lagi. Aku takkan putus asa disebabkan ugutan kau. Melissa berjalan menuju ke keretanya.
“Daniel, let’s go!” kata Dania bila melihat kereta Melissa sudah hilang dari pandangannya.
“Kakak, nak pergi mana lagi? Kak tak sihat lagi. Kak Dina risaukan kakak.Jom, kita balik ke hospital” Daniel lihat wajah Dania pucat lesi.
“No! Kita perlu menziarahi seseorang.” Tujuan Dania berjumpa Daniel adalah untuk mengajar Daniel menemaninya menemui seseorang.
“Siapa?” Daniel hairan.
“Ikut saja jangan banyak tanya.” Dania mula mengatur langkah.
“Tapi kak....”
“Kalau Daniel tak nak pergi, biar kakak pergi seorang.” Dania terus meninggalkan Daniel.
Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak jumpa siapa pulak ni?Daniel bimbang jika biarkan Dania seorang diri. Ke mana kakak nak pergi? Ke hospital tak nak! Daniel mula serba salah.
“Do you want to go along with me or not?” Dania bersuara.
“Ok! Ok!” Daniel mengalah. Kakaknya memang degil. Kalau datuk tahu pasal ni, teruk la aku akan kena nanti.

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...