Monday, February 21, 2011

Satu Dua Tiga 32

BAB 32

            Alisa mendekati Alina yang begitu asyik memerhati beberapa jambangan bunga di ruang tamu. Siapa yang hantar bunga awal-awal pagi begini? Haruman bunga ros memenuhi ruang tamu. Wangi! “Acu, siapa yang bagi bunga ros ni? Untuk siapa? Wangi!” Alisa memegang jambangan bunga ros merah yang berada di atas meja. Senyuman terukir di bibirnya. Dia suka bunga ros.
            “Abah! Untuk ibu.” Ringkas jawapan Alina.
            Senyuman Alisa hilang apabila mendengar nama itu. Jambangan bunga yang berada di tangannya diletakkan dengan kasar. “Patut la busuk.”
            “Aiii….bukan ke baru sekejap tapi Angah puji wangi.” Usik Alina.
            “Bila? Mana buktinya? Acu ada rekod ke?” Alisa menjeling kea rah jambangan bunga yang berada di situ. Pasti nak ambil hati ibu? Bunga ros merah bukannya bunga kegemaraan ibu.
            Alina hanya ketawa kecil. Lucu betul Angah ni! Setiap kali bercakap mesti ada perkataan bukti atau rekod. Maklumlah peguam.
            “Hmm…Along mana?”
            “Market! Beli ikan dan sayur.”
            “Ibu?”
            “Dapur!”
            “Sakit mata la bila nampak bunga-bunga ni!” kata Alisa sambil melangkah ke dapur.
            “Sekejap wangi sekejap busuk! Hidung Angah mesti ada masalah. Acu rasa selepas ini Angah kena lakukan medical check up. Deria bau tu penting, Angah!” Alina ketawa besar.
            Alisa membuat mimic muka mendengar usikan Alina. Langkahnya di atur ke dapur untuk membantu ibunya di dapur.
            Alina menyusun jambangan bunga itu dengan penuh berhati-hati. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Alina membawa jambangan bunga yang telah diletakkan ke dalam pasu ke meja makan. Kakinya kaku secara tiba-tiba bila melihat wanita yang berdiri di muka pintu. “Kak Sofea!”
            “Ya, aku! Kenapa kau terkejut? Oooo…rupanya di sini kau dan mak kau bersembunyi dari mama aku ye!” Sofea memasuki rumah itu tanpa diundang. Matanya melihat segenap sudut rumah banglo milik Iskandar. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki di sini.
            “Kau ingat bila kau berjaya tinggal di rumah, kau telah berjaya merampas Abang Is dari aku.” Tengking Sofea. Jambangan bunga yang menghiasi rumah itu menaikkan lagi kemarahan Sofea. “Bunga ni Abang Is beri pada kau ke?”
            “Bukan! Kak Sofea sudah salah faham.”
            “Kau ingat aku bodoh ke? Kau ingat kau tak tahu ke agenda kau yang sebenarnya. Kau mahu balas dendam kan! Kau nak rampas Abang Is dari aku sepertimana mama aku pernah rampas ayah kau dari mak kau kan.”
            “Bisingnya!  siapa yang menyalak awal-awal pagi ni!” Alisa tiba-tiba muncul. Suara Sofea dapat didengarnya dari dapur.
            Sofea terkejut melihat wanita yang muncul entah dari mana. Matanya melirik ke arah Alina yang berdiri tidak jauh darinya . Memang betul ada dua  orang Alina. “Siapa kau?”
            “Siapa aku? Takkan kau tak dapat teka siapa aku lagi! Sedap tak fresh orange yang aku buat untuk kau hari tu.” Alisa berjalan sambil tersengih. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di belakang .
            “Jadi kaulah orangnya!” Bulat matanya apabila mendengar pengakuan wanita itu. Disebabakan oleh air fresh orange itu, aku dan kakak telah minum bergelen-gelen air untuk menghilangkan pedas. Entah berapa biji cili perempuan ni letak.
            “Aku Alisa. Kakak kembar Alina.” Alisa mendekati Alina dan meletakkan tangannya di bahu Alina.
            “Kembar!” nada suara Sofea meninggi. Mereka berdua memang seiras. Aku tak dapat bezakan yang mana satu Alina. Aku mesti beritahu mama tentang ni. Memang betul ada dua Alina. “Siapa yang buat pipi aku lebam sebegini, hah?” tengking Sofea. Jari telunjuknya ditunjukkan pada pipinya yang lebam. “Siapa?”
            “Secret!”
            “Secret!” Sofea merenung Alisa. Perempuan ini sengaja nak naikkan darah aku. Hutang lama belum dibayar lagi. Tunggu, sekejap lagi kau akan tahu bagaimana aku nak ajar kau dua beradik.
            “Rahsia!”
            “Kau !” Tangan kanannya sudah diangkat untuk menampar Alisa.
            Dengan pantas, Alisa mengeluarkan kuali bertangkal satu di tangan kanannya.
            Sofea tergamam. Tangannya teragak-agak untuk menampar.
            “Tunggu apa lagi! Kalau berani, tampar la.” Alisa merenung wanita yang berambut merah itu.
            “Angah!” Alina terkejut. Pasti Angah bawa kuali tu dari dapur.
            “Tahu pun takut! Kau ingat penampar dapat menyelesaikan masalah ke? Kau dengan mak kau sama sahaja.”
            “Apa maksud kau?”
            “Perangai kau, mak kau dan adik kau sama saja. Pentingkan diri sendiri! Obsess! Hmm…satu perkataan yang sesuai untuk kau bertiga! Gila.” Alisa tersengih. Memang gila pun.
            “Kau!” Sofea menunding jari kea rah Alisa. Berani kata aku gila! Perempuan ni memang dah nak kena dengan aku ni.
            “Aku tak takut dengan kau. Kalau kau datang dengan seangkatan tentera pun, aku tak takut sebab orang macam kau tak layak menjadi musuh aku. Faham tak? Low class!”
            “Hey! Kau tu low class. Orang kampung! Kau patut sedar diri siapa asal usul kau!” marah Sofea.
            “Aku terima asal usul aku. Ya, memang aku orang kampung! Ibu  aku orang kampung. Aku bangga dengan asal usul aku. Sekurang-kurangnya aku tahu asal usul aku. Walaupun aku orang kampung, aku pernah tinggal di London selama 25 tahun. Membesar dan bersekolah di sini. Belajar di Universiti Oxford. Diri aku lengkap dengan ilmu pengetahuan. Malah sekarang ni aku seorang peguam dan mempunyai firma guaman sendiri. Jika nak dibandingkan dengan kau, apa yang kau ada! Otak kosong!Poket kosong! Itu pun duit makan minum pakaian minta kat mak lagi. Tak rasa malu ke?”
           
            “Hey, jaga sikit mulut kau!” Tangan Sofea sudah bergetar-getar. Berani dia hina aku!
            “Ini mulut aku! Aku ada hak nak cakap apa yang aku suka. Kau peduli apa?”
            “Kau!”
            “Aku tak faham dengan mak kau! Apa lagi yang dia tak puas hati dengan ibu aku! Dia sudah dapat segala-galanya. Apa yang dia nak dari ibu aku lagi?”
            “Mak kau nak rampas papa dari mama!”
            “Rampas! Apa buktinya ibu aku nak rampas bapak kau, hah? Ibu aku dah pun failkan penceraian dengan Dato’ Kadir. Kenapa pula ibu aku nak rampas Dato’ Kadir dari mak kau. Fikir la, sikit. Jangan asyik guna otak tu untuk bergedik dengan lelaki sahaja.” Alisa membuat mimic muka.
            “Angah! Stop it! Don’t make it more worse than this.” Nasihat Alina. Muka Sofea sudah merah padam menahan marah.
            “Acu! Dengan perempuan macam ni jangan diberi muka sangat, nanti dipijaknya kepala kita.”
            “Kau, adik kau dan ibu kau seumpama parasit. Asyik menumpang kekayaan orang sahaja. Tak ada maruah diri.”
            “Apa buktinya kami ni seumpama parasit. Ada ke kami minta duit dari Dato’ Kadir? Ada ke? Satu sen duit dia, kami tak ingin la. Kalau kau sekeluarga nak sangat harta Dato’ Kadir, kau ambil sahajalah.” Marah Alisa. Matanya tidak berkelip merenung wanita itu. Dia mulai bengang dengan sikap wanita itu.
            “Bukti! Sekarang ni buktinya! Ini rumah Abang Is. Kenapa kau bertiga tinggal di sini? Tak mengaku lagi ke? Perangai macam parasit.  Bukti sudah ada di depan mata. Anak dan mak sama sahaja, Parasit!”
            “Dia memang nak kena ni!” Alisa ingin sahaja menghayun kuali yang berada di tangannya di muka Sofea. Namun sempat di halang oleh Alina.
            “Auntie yang benarkan mereka bertiga tinggal di sini.” Tiba-tiba sahaja ada suara yang menyampuk perbualan mereka. Maria melangkah masuk diekori oleh Dr. Nazri. Maria merenung tepat ke arah anak sulung Kartika. Ibu dan anak sama sahaja. Sering memperlekehkan orang lain.
            “Eloklah auntie ada di sini! Kenapa auntie benarkan mereka tinggal di sini? Auntie tahu kan, perangai mereka yang sebenar macam mana! Suka ambil kesempatan di atas kebaikkan orang lain. Papa dah pun buang mereka sekeluarga, kenapa auntie masih berbuat baik pada mereka. Mereka tiada kaitan dengan auntie!”
            “Ya, memang Abang Kadir sudah buang mereka tetapi hakikatnya mereka berdua masih lagi suami isteri yang sah. Jika mereka sudah bercerai sekalipun, auntie tetapi anggap Kak Munirah dan anak-anak seperti saudara auntie sendiri. Tiada apa yang akan berubah.”
            “Auntie!” jerit Sofea geram. Sakit hatinya bila Auntie Maria menyebelahi musuhnya.
            “Auntie rasa lebih baik Sofea balik sekarang! Balik.” Tegas Maria. Tak hormat orang tua langsung. Menjerit sesuka hati dia sahaja. Rimas! Macam ni nak jadi menantu aku, jangan bermimpi la.
            “Tapi auntie!” Sofea masih tidak berpuas hati. Dia melirik matanya kea rah Alina dan Alisa. Alisa tersenyum kambing.
            “Balik!” Maria meninggikan suaranya. Dia sudah tak tahan lagi melayan kerenah Sofea.
            Sofea menghentak kakinya beberapa kali untuk melepaskan geram. Dia terus berlalu pergi. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat menahan marah. Aku takkan mengaku kalah. Aku akan datang lagi.
            “Sikit-sikit hentak kaki! Spesis kuda agaknya.” Alisa bersuara.
            Maria tersenyum apabila mendengar kata-kata wanita yang berambut sanggul itu. Pasti ini adalah Alisa.
            “Angah ni!” Alina menjeling pada Alisa yang sedang ketawa kecil. Alina berjalan mendekati Maria. Dia terus bersalaman dengan Maria. Dia mengalihkan pandangannya pada Dr Nazri dan senyum.
            “Auntie Maria dari mana? Rumah ke?” soal Alisa sebaik saja bersalam dengan Maria.
            “Hospital!Hmm….macam mana Sofea boleh tahu kamu bertiga ada di sini?” soal Maria hairan.
            “Anak auntie!”
            “Iskandar!” Maria terkejut. Apa yang berlaku?
            “Maria ke? Ingatkan siapa yang datang tadi!” tegur Munirah. Senyuman terukir di bibirnya.
            Maria tersenyum. Fikirannya masih tertumpu pada apa yang dikatakan oleh Alisa tadi. Iskandar!

                                    *********************************

            Alina merenung lelaki yang berdiri di hadapannya. Dia sedang menanti apa yang ingin dikatakan oleh lelaki itu. “Dr. Nazri! Tadi Dr. Nazri kata ada hal nak cakap dengan Lina! Apa halnya?”
            “Hmm….dulu Lina pernah berjanji dengan saya, kalau saya benarkan Auntie Munirah keluar awal dari hospital hari tu Lina akan keluar temujanji dengan saya!” Dr. Nazri tersenyum. Dia merenung wajah wanita yang menjadi teman mimpinya selama ini.
            “Apa!” Alina terkejut. Temujanji! Bila masa aku pernah berjanji dengan Dr Nazri.
            “Lina sudah lupa ke?’ Wajah Dr. Nazri berubah.
            “Seingat Lina, Lina tak pernah berjanji apa-apa pun pada Dr. Nazri! Agaknya Dr. Nazri tersilap kot.”
            “Tetapi hari itu, Lina kata kalau saya benarkan Auntie Munirah keluar awal dari hospital, Lina sanggup keluar temujanji dengan saya walau ke mana pun. Lina tak ingat ke?”
            Dahi Alina berkerut. Macam ada sesuatu yang tak kena sahaja? “Bila? Di mana? Tarikhnya?”
            “21 Januari! Di café Hospital. Pukul 3.50 petang.” Beritahu Dr. Nazri secara terperinci.
            Alina mengetap bibir menahan geram. Jika mengikut tarikh yang diberitahu oleh Dr. Nazri, orang yang bersama pada hari itu adalah Angah!
            “Maksud Lina, bukan Lina ke yang bersama saya hari itu!” Dr. Nazri sedar akan perubahan wajah Alina.
            “Ya! Angah, Acu tahu Angah sedang menyorak di belakang pokok. Come out, now!”
            Alisa mengeluarkan kepalanya di sebalik pokok tersebut. Alisa tersengih. Tahu-tahu saja aku sedang mengintip mereka berdua. “Macam mana Acu boleh tahu Angah ada di sini?” soal Alisa.
            “I’m part of you, remember!” Bulat mata Alina merenung kembarnya. Sehari kalau tidak mendatangkan masalah, tak sah!
            Alisa ketawa. Langkahnya diatur mendekati mereka berdua. “So, what’s up?”
            “What’s up? Angah, cuba terangkan kepada Acu apa yang berlaku?”
            “Errrr…sebenarnya waktu tu, Angah tak ada cara lain. Maaf ye!”
            “ Angah! Dr. Nazri, Lina minta maaf la di atas sikap nakal kembar Lina. Dia memang suka buat sesuatu suka hati dia sahaja. Lina minta maaf.”
            “Tak mengapa!” Dr. Nazri tersenyum kelat. Harapanya untuk bertemujanji bersama Alina pudar.
            “Tetapi jika Dr. Nazri tetap ingin bertemujanji dengan Alina, boleh sahaja!” kata Alisa secara tiba-tiba. Dia mengenyitkan matanya pada Alisa.
            “Boleh ke?” suara Dr. Nazri kembali ceria.
            “Angah!”
            “Janji tetap janji kan!”
            “Angah yang sepatutnya keluar dengan Dr. Nazri sebab Angah yang memulakan semua ini.”
            “Ya, memang Angah yang memulakan semua ini tetapi janji tetap janji. Kita kena kotakannya. Yang penting sekarang ini ialah siapa yang Dr. Nazri ingin keluar untuk bertemujanji?
Siapa Dr
Nazri?’ Alisa melihat kea rah Dr. Nazri.
            “Aaaa….Dr. Alina!” jawab Dr. Nazri dengan segera.
            “Acu, dengar tak? Dr. Alina! Angah bukan Dr. Alina. Jika lihat kad pengenalan Angah, nama Angah adalah Alisa bukannya Alina.” Alisa masih sengih. Dia seronok bila mengenakan adiknya. Dia tahu Dr. Nazri sukakan adiknya. Seperti biasa Alina akan mengelakkan dirinya apabila ada lelaki yang ingin mendekatinya.
            Wajah Alina merah menahan geram. Dia tahu apa yang cuba dilakukan oleh Alisa sekarang! “Angah!”
           
Kalau Dr
. Alina tak sudi keluar dengan saya, saya tak paksa!” Dr. Nazri bersuara. Dari tingkahlaku Alina, dia sudah dapat menduga yang Dr. Alina tidak ingin keluar dengannya. Mungkinkah Dr. Alina sudah berpunya?
            “Aaa….Bukan begitu, Dr Nazri. Saya sudi. Bila?”
            “Esok!” nada suara Dr. Nazri kembali ceria apabila mendengar persetujuan Alina. Senyuman lebar di bibirnya. Impiannya menjadi kenyataan.
            “Esok!” Dahi Alina berkerut. Cepatnya. Aku belum bersedia lagi.
            Alisa mendekati Alina. “Good luck!” bisik Alisa.
            Dengan pantas Alina mencubit lengan kanan Alisa, Alina mengetap bibirnya. Inilah peluang untuk menghukum Alisa.
            Alisa mengetap bibirnya rapat. Sakit. Dia cuba menahan kesakitan akibat dicubit oleh Alina. Sakitnya! Berbisa betul tangan Acu ni! Wajah Alisa berubah merah.
            “Alisa, awak tak sihat ke? Kenapa muka awak merah tiba-tiba?” soal Dr. Nazri hairan.
            “Aaaa….I’m fine!” Tanpa membuang masa, Alisa menarik tangannya supaya tidak menjadi mangsa balas dendam dari Alina. Jika dibiarkan, pasti lebam tangan aku ni “Aaa…Along dah balik. Saya nak pergi tolong.” Alisa terus berlalu pergi dari situ. Lebih baik aku beredar dari sini! Bahaya! Kalajengking tengah mengamuk. Langkahnya diatur menuju ke kereta Mazda 2 milik Aleya.
            Alina merenung Alisa. Perangai Alisa seperti kebudak-budakkan. Bila nak matang? Dahi Alina berkerut. Alina lihat Alisa memberitahu sesuatu pada Aleya. Serentak  Aleya berpaling dan tersenyum ke arahnya. Alina faham di sebalik senyuman Aleya. Pasti Angah telah ceritakan segala-galanya pada Along. Mulut tempayan. Alina membuat mimic muka. Keluar temujanji? Di dalam hati, Alina mula susah hati. Ini semua gara-gara Angah. Disebabkan oleh Angah, aku yang jadi mangsanya.

                        **************************************************

            Alisa meletakkan beberapa beg plastic yang mengandungi barang-barang dapur yang dibeli oleh Aleya di atas meja. Banyaknya! “Ibu, banyaknya barang-barang dapur! Ibu nak buat kenduri ke?” Alisa menggeluarkan barang yang dibeli oleh Aleya. Satu persatu dikeluarkan. “Timun! Tomato! Labu! Petai! Rebung! Hmmm..sedapnya. Ibu boleh tak kalau ibu masak Rebung masak lemak! Angah teringin nak makan! Masa belajar, Tina selalu cerita tentang rebung masak lemak yang dimasak oleh ibunya setiap kali balik ke Malaysia. Ibu tahu tak masak rebung masak lemak?” soal Alisa. Matanya bercahaya melihat rebung itu.
            “Tentulah ibu tahu!” Munirah tersenyum.
            “Makan! Makan!” bebel Aleya meletakkan barang-barang yang telah dibelinya sebentar tadi di atas meja.
            “Kita makan untuk hidup, Along!” jawab Alisa tersengih.
            “Ya, memang kita makan untuk hidup tetapi jika makan melepasi hadnya, itu sebenarnya makan untuk diri sendiri. Tamak!” Alina mencelah. Dia menolong Aleya mengangkat barang yang selebihnya di kereta. Macam mana Along beli semua barang ni seorang diri? Jika aku tahu, aku ikut Along tadi.
            “Selagi kita masih bernyawa di muka bumi ini, kita seharusnya mencuba semua jenis makanan. Kita  seharusnya menikmati semua itu jika tidak kita yang rugi. Betul tak, Along?” Alisa berpaling kea rah Aleya yang sedang mengasingkan barang-barang yang telah dibelinya.
            “Ya!” jawab Aleya endah tak endah. Jika bercakap dengan Alisa, jangan harap la kita boleh menang. Lebih baik iyakan sahaja.
            “Tengok tu, Along pun setuju dengan Angah.”
            “Along setuju sebab Along malas nak melayan kerenah Angah.” Alisa mengerling sekilas pada Alisa.
            “Jealous! Ibu, semua barang-barang ini cukup untuk bekalan sebulan. Lagi dua hari kita nak balik ke London! Atau ibu ada jemput orang untuk makan tengahari bersama hari ini?” Alisa dapat menghidu sesuatu. Dia melihat tepat kea rah ibunya yang sedang duduk memotong bawang. Alisa mula berasa pelik.
            Maria melihat kea rah Munirah yang tiba-tiba terdiam apabila mendengar soalan Alisa. Kalau Alisa tahu yang Kak Munirah jemput Abang Kadir makan bersama, pasti bergegar rumah ni.
            “So, memang betul la ibu jemput lelaki itu makan di sini!” tegas Alisa. Matanya dialihkan kea rah Alina.
            Alina berdehem beberapa kali. “Bukan Acu yang jemput abah!” Alina menoleh ke sudut lain.
            “Along, tahu kan! Why you agree to let him lunch with us?” marah Alisa.
            “Jangan nak salahkan Along, okey! Along dah cakap tetapi ibu tetap jugak nak jemput lelaki itu.”
            “Ibu sedar tak apa yang ibu lakukan sekarang ini mengeruhkan lagi keadaa. Tadi Sofea dah datang, Angah yakin sekejap lagi Datin Kartika pasti akan datang ke sini. Jika dia nampak lelaki itu datang ke sini, Angah tak tahu apa yang akan terjadi.”
            “Angah! Jika Datin Kartika datang ke sini, baguslah! Kita boleh duduk berbincang dan selesaikan segala kekusutan yang terjadi. Selesaikan secara aman!”
            “Aman!” Alisa menggelengkan kepalanya beberapa kali.  “Ibu tahu kan perangai Datin Kartika macam mana?”
            “Angah! Kita mesti cuba. Walauapapun yang terjadi, kita mesti mencuba. Mungkin kita berbincang antara hati ke hati, segala-galanya akan berjalan dengan lancar seperti yang ibu inginkan.” Munirah cuba menyakinkan Alisa.
            “Along, say something!” kata Alisa melihat Aleya mendiamkan diri.
            “What! Ibu takkan dengar cakap kita. Just let it go! Kita lihat apa yang akan terjadi nanti.”
            “Along!” jerit Alisa. Begitu senang Along membiarkan semua ini terjadi.
            “Stop it! Angah, behave yourself. Angah tak malu ke kat Auntie Maria?” Munirah melihat kea rah Maria yang duduk memerhati mereka berempat. Malu!
            Alisa terdiam bila melihat Auntie Maria melihat ke arahnya. Wajahnya masam. Ibu memang degil. Patut la Along malas nak bersuara.
            “Hmmm…..Macam mana dengan rebung masak lemak?” soal Alina secara tiba-tiba.
            “Cancel!” jawab Alisa tanpa teragak-agak. Tak ada mood nak makan! Alisa mengetap bibirnya. Dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan ibu.
            Aleya hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
            “Macam budak-budak!” Alina ketawa. Maria tersenyum melihat gelagat Alisa.
            “Along! Mana garam dan gula yang ibu suruh beli tadi?”
            “Garam! Gula! Ibu maaf! Along terlupa nak beli.” Aleya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya berkerut.
            “Ya Allah, Along! Macam mana ibu nak masak kalau tak ada gula dan garam.” Munirah melihat barang-barang dapur yang telah dibeli
            “Maaf ibu!”
            Alisa menoleh ke arah kakaknya. Tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya. Cerdik jugak kakak aku ni! Aku yakin Along sengaja tak beli garam dan gula sebab nak sabotaj makan tengahhari hari ini.
            Aleya sedar Alisa tersenyum lebar ke arahnya. Aleya segera menoleh kea rah lain. Kenapa pulak Angah ni tengok aku? Nanti ibu sedar aku sengaja tak beli garam dan gula. Rosak rancangan aku nanti! Turn  away.
            Dahi Alisa berkerut. Along bukannya seorang yang pelupa! Pasti ada udang di sebalik batu ni. Alisa syak sesuatu. Dia turut sama merenung Aleya.
            “Jangan risau, Auntie Munirah! Masa on the way datang ke sini, Is dah beli garam dan gula.” Iskandar berjalan masuk ke dapur sambil menunjukkan beg plastic yang berisi garam dan gula.
            “Kami rasa pasti garam dan gula auntie dah nak habis. Tak sangkaan kami tepat.” Kata Zahari mengekori Iskandar dari belakang. Dia tersenyum. Kata-kata Iskandar memang tepat. Pasti Aleya atau Alisa akan sabatoj lunch hari ini.
            Senyuman Alisa hilang. Dia mengetap bibirnya. Kenapa mamat ni boleh datang? Tak kerja ke?
            Aleya merenung Iskandar seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup. Kau sengaja nak cabar aku!
            Alina tersenyum melihat reaksi Aleya dan Alisa. Hampir nak terkeluar biji mata mereka berdua merenung Iskandar dan Zahari. Pasti Along dan Angah tengah bengang sekarang ni! Mereka dah jumpa lawan mereka sekarang ni.
            “Terima kasih! Is memang penyelamat, auntie!” Munirah tersenyum lebar. Lega hatinya.
            “No problem!” Iskandar menoleh ke arah Aleya dan mengenyitkan sebelah matanya pada Aleya. Pasti darah kau tengah mendidih sekarang ni. Kau ingat aku tak tahu apa rancangan kau, Aleya. Tujuan dia datang awal hari ini ialah untuk memastikan tiada siapa akan merosakkan makan tengahhari hari ini.
           
           

Saturday, February 12, 2011

Satu Dua TIga 31

BAB 31

Deruan enjin kereta menarik perhatian Aleya. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati langsir biliknya. Langsir itu diselak sedikit. Aleya melihat kelibat  4 orang lelaki yang keluar dari perut kereta Mercedes berwarna hitam itu.
            “Mereka dah sampai ke, Along?” soal Alisa terus melabuhkan punggungnya di katil Aleya.
            Aleya menutup langsir biliknya dengan kasar. Wajahnya serius dan masam.
            “Sangkaan Along memang tepat. Alien tu pasti takut kita akan berpindah lagi sebab itu dia bawa lelaki itu untuk berjumpa dengan kita.”
            “Dia sengaja cari nahas.”
            “Angah tak faham, apa lagi yang dia mahu dari ibu?”
            “Kebahagiaan.” Jawab Aleya.
            “Apa maksud Along?” Dahi Alisa berkerut. Kebahagian?
            “Perkahwinan dia bersama Datin Kartika tidak memberi kebahagian jadi dia berharap ibu akan memberinya kebahagian yang tidak pernah dikecapinya selama ini.”
            “Apa!”
            “Along takkan sesekali membenarkan dia merasakan semua itu.” Tegas Aleya terus berjalan keluar meninggalkan biliknya. Nak hidup bahagia bersama ibu, jangan harap.
            “Ooo…jadi ibu adalah pilihan kedua. Hmmm….interesting.” Alisa bangun dan terus mengekori Aleya.
            Alina membuka pintu. Dia terkejut dengan kedatangan 4 orang lelaki yang sedang berdiri memandangnya. “Abah!”
            “Alina ke?” soal Kadir. Dia takut tersalah.
            “Ya, abah! Abang Is! Abang Zahari! Dr Nazri!”
            “Tak nak jemput kami masuk ke?” soal Zahari sambil tersengih.
            “Masuklah! Terlupa pulak. Sekejap Lina pergi panggil ibu. Jemput la duduk” Alina bergegas berjalan menuju ke biliknya.
            Mereka berempat berjalan menuju ke sofa di ruang tamu.
            “Wah, ramainya tetamu malam ini. Ada apa-apa event ke?”
            Serentak mereka berempat berpaling apabila mendengar suara itu. Kadir terkejut melihat dua orang wanita yang berjalan menuruni tangga. Begitu juga Zahari dan Dr. Nazri. Iskandar hanya merenung.
            “Aleya! Alisa!” Nama itu disebutnya. Senyuman terukir di bibirnya. Mereka memang seiras. Dia bersyukur kepadaNya kerana mengurniakan harta yang tiada nilainya di dalam hidupnya. Aleya, Alisa dan Alina merupakan anugerah yang begitu indah padanya. Dia sangat gembira. Akhirnya dia berjaya berjumpa dengan anaknya
            Zahari merenung mereka berdua. Mana satu Alisa? Hish…susah betul. Tiada perbezaan langsung. Patut la Is selalu merunggut susah untuk membezakan mereka bertiga.
            Kadir ingin mendekati mereka berdua.Dia ingin memeluk mereka berdua dengan erat.
            “Stop right there!” Aleya bersuara. Wajahnya serius. Lelaki itu direnungnya dengan tajam. Langkah Kadir terhenti.
            “Hmm….What’re you trying to do? Hug us? You must be joking.” Alisa membuat mimic muka.
            “Listen! I need to know! Why do you come here? What do you want from us?” soal Aleya dengan nada kasar. Walaupun dia sudah tahu jawapannya namun dia ingin sekali mendengarnya dari bibir Dato’ Kadir.
            Air muka Dato’ Kadir berubah. Melalui nada suara, dia sudah tahu mereka berdua sangat membenci dirinya. “Abah minta maaf jika kedatangan abah ni tidak disenangi oleh Aleya dan Alisa. Niat abah adalah ikhlas. Abah tahu kamu berdua sudah tahu tujuan abah yang sebenarnya kan.”  Anak matanya masih melihat mereka berdua dengan kasih sayang. Yang mana satu Aleya dan yang mana satu Alisa? Kadir keliru.
            “Ooo…Hakikatnya kami nak dengar sendiri dari mulut Dato’ sendiri.”
            Pilu hatinya apabila anak-anaknya hanya memanggil namanya sahaja. “Abah sedar selama ini abah telah gagal menjadi seorang suami dan ayah yang baik pada kamu dan juga ibu kamu. Abah tak salahkan Aleya dan Alisa jika membenci abah. Abah gagal menjalankan tanggungjawab abah. Abah abaikan kamu berempat. Oleh itu abah berharap Aleya dan Alisa dapat memberi peluang pada abah untuk menebus segala-galanya. Abah akan menebus kembali masa 25 tahun yang telah hilang. Mulai sekarang abah akan sentiasa bersama kamu. Berilah peluang untuk abah buktikan semua ini. Kita buka lebaran baru. Buku baru.” Kata Kadir dengan bersungguh-sungguh. Dia berharap dirinya diberi peluang.
            “Lebaran baru! Buku baru.” Alisa ketawa mendengar kata-kata Kadir. Geli hatinya mendengar semua itu. “Tak payah Dato’ menyusahkan diri untuk semua ini. Kami tidak perlukan lebaran baru ataupun buku baru. Hidup kamu sudah perfect tanpa kehadiran Dato’. Lebih baik Dato’ buka lebaran baru bersama isteri kesayangan Dato’.”
            “Aleya! Berilah peluang pada abah.” Kadir merayu. Matanya merenung ke arah wanita yang bersanggul rambutnya.
            “Dato’ pasti ke saya ni Aleya?’ Bulat mata Alisa merenung lelaki itu. Orang macam ni nak jadi ayah aku. Jangan harap la. Dia tak layak.
            Kadir tergamam. Dia merenung kedua-dua wanita itu. Aku tersalah ke? “Alisa
            “Dato’ pasti ke saya ni Alisa?” soal Alisa lagi. Dia sengaja ingin mengelirukan lelaki itu.
            “Alisa! Aleya! Apa yang kamu berdua nak lakukan, hah! Uncle Kadir cuba berbaik. Uncle Kadir ingin menjadi seorang ayah yang baik pada kamu berdua. Salah ke?” Zahari bersuara. Sakit hatinya melihat gelagat mereka berdua.
            “Ayah! Seorang ayah yang tidak kenal anaknya sendiri. Layakkah dia menjadi seorang ayah!”
            Aleya tersenyum sinis.
            Kadir tercengang.
            “Kamu berdua langsung tidak memberi peluang pada Uncle Kadir. Macam mana Uncle Kadir nak mengenal kamu berdua sedangkan kamu berdua sudah pun membina tembok besar untuk menghalang Uncle Kadir dari menjadi sebahagian dunia kamu berdua. Ini tidak adil.” Iskandar bersuara.
            “Hey, alien! Baik kau diam. Ini bukan urusan kau. Semua yang terjadi adalah salah kau.” Marah Alisa.
            Iskandar tersenyum. Sekarang ini dia sudah tahu yang mana satu Aleya dan yang mana satu Alisa. “Uncle, itu Alisa! Hanya Alisa sahaja yang akan panggil Is, Alien.”
            Alisa mengetap bibirnya menahan geram. Busybody!
            “Aleya!” Kadir melihat ke arah wanita yang berbaju biru tua dan seluar jeans hitam. Rambutnya diikat satu.
            Aleya melangkah satu tapak ke hadapan. “Untuk pengetahuan Dato’, kami tidak akan mengalu-alukan Dato menjadi sebahagian dari hidup kami. Untuk kebaikan semua pihak lebih baik Dato’ turuti sahaja permintaan ibu. Bercerai! Jangan pentingkan diri sendiri lagi. Tempat Dato’ bukan di sini. Selama 25 tahun ini, Dato’ telah buang ibu dari hidup Dato’ dan tiba-tiba sahaja Dato’ ingin kutip kembali sampah yang Dato’ telah buang! Dato’ tak berasa malu ke pada diri Dato’ sendiri.”
            “Along!” Alina terus mendekati kakaknya. Ibu masih lagi menunaikan solat Isya’ sebab itu dia terus keluar kerana bimbang sesuatu akan terjadi. Sangkaan dia memang tepat. “Along! Tak baik cakap kat abah macam tu.”
            Kadir, Zahari dan Dr.Nazri terkejut melihat mereka bertiga. Sesuatu yang jarang dapat dilihat dalam seumur hidup. Mereka bertiga benar-benar seiras .
            “Acu! Ini urusan kami berdua. Jangan masuk campur! Selagi kita tak ajar lelaki ini, dia takkan mengerti tindakannya sekarang ini memberi masalah kepada kita. Kehidupan kita tidak tenteram sejak pertama kali kita menjejakkan kaki di sini. Ibu cedera disebabkan dia” marah Alisa. Sakit hatinya bila Alina sering menyebelahi lelaki itu.  
            “Alisa, abah tak bermaksud untuk menyusahkan Munirah dan kamu bertiga. Berilah abah peluang. Abah ikhlas.”
            “Peluang!” nada suara Alisa meninggi. “Semasa ibu berkahwin dengan Dato’, pernah tak Dato’ beri peluang pada diri Dato’ sendiri untuk mengenali ibu. Tak pernah, kan! Kenapa pula kami perlu beri peluang pada Dato’? Dato’ bukan ayah kami. Ibu adalah mak ayah kepada kami selama ini. Kami tak perlukan sesiapa pun. Lebih baik Dato’ ceraikan ibu dan pulang ke pangkuan Datin Kartika. Kembali kepada keadaan asal. Anggap sahaja Dato’ tak pernah tahu tentang kami.”
            Alina terus memegang tangan Aleya. Dia mulai bimbang. “Along!”
            Mereka semua yang berada di situ terkejut dengan kata-kata Aleya.           
            Wajah Kadir bertukar muram. Kata-kata Aleya mengguris hatinya sebagai seorang ayah.
            “Aleya! Jangan kurang ajar. Beginikah cara awak bercakap dengan seorang ayah?” marah Iskandar. Aleya sudah melampau. Pasti hati Uncle Kadir terluka bila mendengar kata-kata Aleya.
            “Ayah! Ayah siapa? Tengku orang luar. Jangan masuk campur hal orang lain. Jaga dulu tepi kain sendiri. Lelaki ni tak layak menjadi ayah kami. Sejak dia buang ibu dari hidupnya, sejak itulah kami juga buang dia dari hidup kami.”
            Iskandar menggelengkan
            “Along! Bawa mengucap, Along!” Alina memegang erat tangan Aleya.
            Dr. Nazri dan Zahari tergamam. Aleya memang berbeza dari Alina. Garang! Tegas!
            “Acu! Dengar sini baik-baik, kehadiran lelaki ini akan mengundang bencana dalam hidup kita. Acu faham tak?” Alisa terus memegang tangan Alina dengan kasar.
            “Abah tetap abah kita.Walaupun beribu kali Along dan Angah cuba menggelakkan diri, kebenaran tetap kebenaran. Abah adalah ayah kandung kita yang sah.”  Alina merenung tepat ke arah kedua-dua orang kakaknya.

            “Acu!” jerit Alisa.
            “Itu hak Acu jika Acu ingin mengaku Dato’ ni sebagai ayah Acu tetapi bagi kami lelaki ini bukan ayah kami. Along akan pastikan dia takkan menjadi sebahagian dari keluarga kita, faham tak?” Along menjegil kedua-dua matanya pada adiknya. Sikap Alina seperti ibunya. Begitu cepat mengalah dan memaafkan orang lain.
            “Along!” Dahi Alina berkerut.
            “Sudah! Abah tak mahu kamu bertiga bergaduh disebabkan abah!” Melihat mereka bertiga bergaduh, hatinya berasa bersalah.
            Aleya berpaling. Dia mendekati Kadir. Wajahnya serius. “Jika begitu, jangan muncul lagi dalam hidup kami!”
            “Aleya! Kau hanya pentingkan perasaan kamu sendiri sahaja. Perasaan Uncle Kadir, kau tak pernah pertimbangkan? Kau ni manusia ke?” Iskandar mula naik angin. Layanan mereka terhadap Uncle Kadir sudah melampau batas. Begini caranya mereka melayan seorang ayah?
            “Jika Tengku berada di tempat saya, pasti Tengku akan melakukan perkara yang sama. Sanggup ke Tengku membenarkan lelaki yang pernah kecewakan hati ibu kembalike sisinya? Tidak kan! Boleh ke dia jamin yang dia tidak akan mengecewakan ibu seperti dahulu? Boleh ke? Saya takkan benarkan ibu merasai apa yang pernah ibu rasakan selama ini. Tidak sama sekali.”
            “Aleya, abah akui abah pernah melayan ibu kamu dengan teruk. Abah kesal dengan sikap abah pada waktu. Abah terlalu ikutkan hati. Jika abah dapat kembali putarkan masa, abah akan pastikan perkara ini akan berlaku.” Kadir masih merayu.
            “Sudah terlambat. Walaupun Dato’ menangis air mata darah sekalipun, keputusan kami tidak akan berubah.” Tegas Alisa.
            “Berilah peluang untuk abah buktikan semua ini. Abah tidak cakap kosong. Abah ingin kita berlima hidup seperti sebuah keluarga. Walauapa yang terjadi, abah akan berusaha untuk memastikan Aleya dan Alisa menerima abah. Abah takkan putus asa.” Tegas Kadir. Sekarang ini dia sudah tekad, dia akan guna apa cara sekalipun asalkan Aleya dan Alisa dapat menerima dirinya.
            “We wait and see.” Alisa tersengih. Jangan harap la.
            “Jika macam itu, saya juga akan guna apa cara sekalipun untuk memastikan Dato’ tidak akan menjadi sebahagian dari keluarga kami.” Balas Aleya.
            Kata-kata Aleya membuat lidah Kadir kelu untuk berkata-kata. Mungkin ini balasan di atas perbuatannya terhadap Munirah sehingga anak kandungnya sendiri tidak mengaku dirinya sebagai seorang ayah.
            Alina mengalihkan pandangannya ke ayahnya. Pasti abah sedih sekarang ni.
            “Along! Angah! Ibu tak pernah mengajar anak-anak ibu menjadi seorang yang biadap.” Marah Munirah. Dia sudah mendengar segala-galanya. Along dan Angah sudah melampau. Dengan menggunakan tongkat, Munirah berjalan mendekati mereka berdua.
            “Ibu!” Alina terkejut dan terus membantu Munirah berjalan.
            Kehadiran Munirah menyebabkan Aleya dan Alisa terdiam. Air muka mereka berubah.
            “Ibu mahu Along dan Angah minta maaf pada Dato’ Kadir sekarang! Sekarang.” Tegas Munirah. Kedua-dua anak matanya merenung tepat ke arah Aleya dan Alisa yang sedang berdiri.
            Alisa mengalihkan pandangannya ke arah lain. Kenapa ibu selalu berpihak pada lelaki ini? Pelik! Memang sah ibu masih menyintai lelaki ini.
            Aleya merenung lelaki yang berada di hadapannya. Aku benci lelaki ini.
            Munirah melihat tiada apa-apa reaksi dari mereka berdua. Kata-kata tadi tidak diendahkan oleh Aleya dan Alisa. “Aleya! Alisa!” Munirah meninggikan suaranya. Geram dengan perangai anak-anaknya.
            Alina menoleh. Setiap kali kalau ibu marah pasti ibu akan memanggil nama kami. Along! Angah selalu begini.
            “Munirah! Mereka tak buat apa-apa kesalahan pun. Tak payah la mereka minta maaf.” Kadir tidak mahu keruhkan keadaan. Dia tak mahu Aleya dan Alisa lebih membenci dirinya.
            “Munirah tak pernah ajar anak-anak Munirah menjadi seorang yang kurang ajar lebih-lebih lagi terhadap ayah kandungnya sendiri. Aleya! Alisa! Ibu nak kamu berdua minta maaf sekarang jugak. Dengar tak ?” marah Munirah.
            “Ok! Ok! Sorry.” Ucap Alisa dengan nada kasar. Alisa tak ingin bergaduh dengan ibunya. Biarlah dia beralah
            Munirah menggelengkan kepalanya. Apa la yang nak jadi dengan anak aku ni? Munirah tahu Alisa bukannya ikhlas bila mengucapkan maaf sebentar tadi.
            Iskandar melihat ke arah Aleya. Wajahnya serius.
            “Sorry!” Ucap Aleya dengan nada tegas. Matanya tepat merenung Kadir. Bibirnya digerakkan seperti menyatakan sesuatu.
            Kadir terkejut. Dia tahu apa yang diucapkan oleh Aleya. I hate you! Itulah ungkapan yang keluar di bibir Aleya. Kadir kaku.
            “Ibu, Along nak keluar sekejap. Ambil angin.” Beritahu Aleya dan terus berlalu keluar dari rumah itu. Jika dia berada di sini lebih lama lagi, entah apa yang akan berlaku selepas ini.
            “Angah nak ikut. Hmm….tiba-tiba saja rumah ni berasa panas.” Alisa terus mengekori Aleya keluar.
            Munirah melepas keluhan dengan kuat. Ya Allah, apa kena dengan anak-anak aku ni? Kenapa mereka bersikap begini? Munirah menoleh ke arah Kadir. Wajahnya sedih. “Awak! Saya minta maaf di atas sikap Aleya dan Alisa. Mereka tidak sebegini sebenarnya.” Munirah rasa bersalah.
            “Tak apa, Munirah! Abang faham kenapa mereka bersikap begitu.” Kadir tersenyum kelat.
            Dr. Nazri mendekati Iskandar. “Betul cakap kau, Is! Aleya dan Alisa berbeza dari Dr. Alina.”
Bisik Dr.
Nazri.
            Iskandar hanya diam membisu. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
            “Ibu, Acu nak pergi ke dapur. Buatkan ibu. Abah duduklah.” Alina tersenyum. Di sebaliknya dia risau. Ke mana Along dan Angah pergi tengah-tengah malam begini?

                                    **************************************

            Sofea melihat keadaan di sekelilingnya. Aku di mana ni? Macam mana aku boleh berada di sini? Sofea cuba memikirkan apa yang berlaku. Dahinya berkerut seribu.
            “Aaa…akhirnya bangun juga anak mama ni!” tegur Kartika apabila melihat anaknya yang baru sahaja terjaga. Matanya tepat melihat ke arah kesan lebam di pipi kanan Sofea. “Tadi Datin Zulaikha call mama, dia beritahu Sofea penampar anaknya di party Zahrin semalam. Sakit telinga mama mendengarnya. Setiap kali Sofea pergi party mesti ada masalah. Mana mama nak letak muka mama ni?” Kartika sudah bosan dengan sikit anaknya yang sering memberi masalah padanya.
            Sofea bangun dan tiba-tiba terasa pipinya sakit. “Aduh!” Perlahan-lahan dia mengusap pipinya. Pantas Sofea bangun dan menuju ke meja solek.Dia terkejut melihat pipinya yang lebam. “Mama, macam mana pipi Sofea boleh lebam ni?” soal Sofea separuh menjerit.
            “Mana mama tahu? Bukan ke semalam Sofea bergaduh dengan Tina? Kenapa sudah lupa ke? Dah hilang ingatan ke?”
            “Sofea belum hilang ingatan lagi mama! Sofea masih ingat apa yang berlaku. Memang betul semalam Sofea bergaduh dengan Tina tetapi selepas Sofea tampar Tina, dia menangis dan terus meninggalkan party tu. Itu saja. Dasar anak manja” Sofea sedaya upaya mengingati setiap peristiwa yang berlaku. Ada ke dia kata aku ni perempuan muka tembok? Selepas sengaja reka-reka cerita yang Abang Is ada perempuan lain, memang cari pasal.
            “Hish…tak ada benda lain asyik bergaduh saja lepas tu mabuk. Nasib baik la, Iskandar yang hantar Sofea balik.” Kartika menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Abang Is!” Sofea terkejut. Dia sudah ingat apa yang berlaku. Matanya bercahaya. “Mama! Alina bukan seorang tetapi dua!” beritahu Sofea secara tiba-tiba.
            “Apa yang Sofea merepek ni?”
            “Mama! Betul. Sofea dah ingat. Pagi tadi, Sofea ikut abang Is. Sejak kebelakangan ni, perangai Abang Is pelik. Sofea rasa seolah-olah Abang Is cuba mengelakkan diri dari Sofea. Hati Sofea mula rasa tak sedap bila Tina beritahu yang Abang Is ada perempuan lain.”
            Kartika ketawa kecil. “Pelik! Sejak dulu lagi Iskandar tu cuba elakkan diri dari Sofea, semua orang nampak. Hanya Sofea saja yang buta. Mama tak hairan la.”
            “Mama! Abang Is first love Sofea. Cinta Sofea hanya untuk Abang Is. Tiada siapa boleh rampas Abang Is dari Sofea.”
            “Cinta!” Kartika hanya mengeluh. Sofea terlalu taksub dengan Iskandar. Dunianya hanya ada Iskandar. Nasihat aku jangan harap la dia nak dengar.
            “Mama, semasa Sofea ekori Abang Is, dia berhenti di rumahnya di puchong. Abang Is berbual dengan seseorang di luar rumahnya. Mama tahu tak siapa? Alina. Maksudnya selama ini mereka dua beranak bersembunyi di rumah Abang Is di Puchong.” Sofea melihat kea rah  ibunya
            Kartika terkejut mendengar kata-kata anaknya.
            “Bukan main mesra lagi mereka berdua tu! Sofea terus keluar dari kereta dan serang Alina tetapi Abang Is halang. Sakit hati Sofea, mama! Masa Sofea nak serang Alina, tiba-tiba saja ada orang tarik rambut Sofea. Perempuan itu wajah seiras Alina, mama!”
            Bulat mata Kartika mendengar cerita Sofea. Wajah seiras Alina! Kartika merenung anaknya dengan pandangan yang pelik.
            Ada 2 orang Alina. Wajah mereka seiras. Waktu tu, Sofea betul-betul terkejut, mama! Selepas itu ada orang cuit bahu Sofea, Sofea pun toleh la. Sofea tak tahu apa yang berlaku sehinggalah  Sofea sedar.”
            Kartika masih diam membisu. Matanya masih tidah berganjak dari merenung Sofea. Demam ke anak aku ni? Macam mana pulak Alina boleh ada dua? Mustahil! Sah, anak aku ni pasti mabuk pada ketika itu. Merepek yang bukan-bukan
            “Mama! Dengar tak apa yang Sofea cakapkan tadi?” Sofea hairan melihat ibunya hanya mendiamkan diri.
            “Mama rasa sekarang ini lebih baik Sofea masuk ke dalam bilik air dan mandi. Releks! Tenangkan fikiran. Hilangkan kesan mabuk tu. Suka merepek yang bukan-bukan.” Kartika menghampiri Sofea dan menepuk lembut bahu Sofea beberapa kali.
            “Mama! Sofea tak tipu. Sofea nampak dengan mata Sofea sendiri, mama!” kata Sofea dengan penuh yakin.
            “Hmm…..Lain kali saja mama dengar, sekarang ni mama ada temujanji. Bye! Bye!” Kartika tersengih. Kata-kata Sofea tidak diendahkannya. Langkahnya diatur meninggalkan bilik Sofea.
            “Mama! Pentingkan anak ikan dari anak sendiri. Huh, Sofea akan buktikan pada mama. Memang benar ada 2 Alina. Siapa seorang lagi? Esok awal-awal pagi lagi aku akan pergi ke situ.”  Sofea melirikan matanya  kea rah ibunya yang berjalan meninggalkan dirinya.

                                    ***************************************

            Alina bangun dari sofa apabila mendengar pintu rumah di buka. Jam di dinding sudah menunjukkan tepat pukul 11 malam. Ke mana Along dan Angah pergi tadi?
            Langkah Aleya dan Alisa terhenti bila sedar Alina sedang menanti mereka berdua di ruang tamu.
            ‘We need to talk!”
            Alisa tersengih dan mengatur langkah menghampiri adiknya. “Tentang Dato’ Kadir lagi ke? Aiii…tak ada topic lain ke kita nak bincang!”
            “Kenapa Along dan Angah terlalu berkeras dengan abah? Along dan Angah tak kasihan ke pada abah. Abah sudah tua! Salah ke kita sebagai orang muda beralah pada orang yang lebih tua dari kita?” marah Alina.
            “Tengok Along! Betul tak cakap Angah! Kita balik nanti confirm kena dengar leteran Acu.”  Alisa berpaling ke arah Aleya.
            “Memang betul jika dipihak Acu, kami yang bersalah tetapi apa yang kami lakukan sekarang adalah untuk kebaikan ibu. Kebaikan untuk semua pihak.” Terang Aleya berjalan menuju ke ruang tamu dan terus duduk di sofa yang empuk itu.
            “Kebaikan apanya? Sehingga Along dan Angah sanggup jadi anak derhaka.”
            “Hish….Acu ni! So, Acu suka la ibu berbaik semula dengan lelaki itu. Acu yakin ke ibu akan bahagia di samping lelaki itu?” soal Alisa. Ikut sedap mulut saja.
            “Abah mencintai ibu malah ibu juga mencintai ibu. Acu yakin mereka akan bahagian. Along dan Angah sepatutnya merestui mereka.” Senyuman terukir di bibir Alina. Dia sering berangan-angan yang satu hari nanti keluarganya menjadi keluarga yang lengkap seperti orang lain.
            “Kenapa la adik Angah ni naïf sangat?” Alisa menggeleng kepalanya beberapa kali.
            Senyuman Alina mati sebaik saja mendengar kata-kata Alisa. Matanya tepat melihat kea rah Alisa. Wajahnya serius.
            “Kenapa Acu yakin sangat yang ibu akan bahagia jika bersama lelaki itu? Acu yakin ke jika hidup bermadu itu, ibu akan bahagia! Berkongsi suami! Berkongsi kasih sayang suami! Berkongsi kebahagian dan kegembiraan dengan orang lain ! Itu boleh menjamin kebahagian ke? Acu nak ibu hidup seperti itu ke?” Alisa tersengih. Begitu cetek permikiran Alina! Acu fikir segala-galanya mudah ke?
            Alina terdiam. Dia tergamam dengan pertanyaan Alisa.
            “Setiap wanita pasti mahu suaminya hanya untuk dirinya sahaja. Kasih sayang dan cinta hanya pada dirinya seorang bukannya dikongsi bersama wanita lain. Acu rasa Datin Kartika dapat ke menerima hakikat yang dirinya dimadukan? Adakah Datin Kartika akan menerimanya dengan hati yang terbuka?” tanya Aleya.
            “Tapi…tapi……” Alina tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan kembarnya.
            “Tapi apa, Acu? Acu kan tahu perangai Datin Kartika bagaimana! Sejak kita balik sini, dia tak berhenti-henti nak menyusahkan ibu. Jika ibu menerima lelaki itu kembali, Datin Kartika pasti tidak akan benarkan ibu mengecapi kebahagiaan walau sesaat pun. Dia akan gunakan apa sahaja cara untuk membuat hidup ibu menderita. Itu ke kehidupan yang Acu nak ibu jalani?” Aleya merenung tepat anak mata adiknya.
            “Sebelum ia berlaku, kita perlu elakkannya! Angah tak nak ibu menderita lagi. Jodoh antara ibu dan lelaki itu sudah berakhir sejak 25 tahun yang lalu. Selama ini lelaki itu sudah mempunyai isteri dan keluarganya sendiri, kita adalah orang luar. Acu perlu sedar semua itu.”
            Perlahan-lahan Alina menganggukkan kepalanya, kata-kata Along dan Angah ada kebenarannya. Berdasarkan kepada sikap Datin Kartika, dia pasti tidak akan membiarkan perkara ini begitu sahaja termasuklah anaknya Sofea dan Suhaila. Sebenarnya dia mahu ibu bahagia bersama abah tetapi jika diberi pilihan, dia pasti akan memilih keselamatan ibunya. Dia tak mahu sesuatu berlaku lagi kepada ibu.
            “Baguslah! Beberapa hari lagi kita akan pulang ke London, semua masalah akan selesai selepas kita pulang ke London.” Aleya tersenyum. Dia tahu Alina seorang yang memahami.
            “Satu lagi Angah nak beri amaran pada Acu, jangan sesekali Acu beritahu sesiapa pun yang kita akan menetap di sini selepas kita selesaikan segala urusan di London. Faham tak? Ini untuk kebaikkan dan kegembiraan semua pihak. Jika Angah dapat tahu Acu beritahu sesiapa pasal hal ini, jangan harap la Along dan Angah bercakap dengan Acu lagi! Faham tak?”
            “Angah ingat Acu ni mulut tempayan ke?” Alina membuat mimic muka.
            “Mana nak tahu tiba-tiba tersasul keluar?”
            “Sudah! Jangan bergaduh lagi! Along sudah mengantuk ni. Esok kita akan berdepan seseorang! Jadi kita memerlukan tenaga yang mencukupi.”
            “Siapa?” soal Alisa dan Alina serentak. Siapa yang nak datang lagi?
            “Dah lupa ke? Sofea!” Aleya bangun dan terus berjalan menuju ke tangga.
            “Sofea!” kata Alisa dan Alina serentak. Mereka memandang antara satu sama lain.




DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...