Saturday, March 19, 2011

Satu Dua Tiga 35

BAB 35

            Aleya duduk menyandarkan dirinya pada sofa di ruang tamu. Beberapa kali dia bergerak membetulkan kedudukkannya. Wajahnya serius. Keputusan ibu untuk keluar bersama Dato’ Kadir merunsingkan hatinya.
            “Along! Jangan risau! Ibu takkan berbaik semula dengan abah.” Alina duduk di sebelah Aleya.
            “Macam mana Acu tahu? Ibu beritahu ke” soal Aleya.
            “Tak tetapi Acu pasti tujuan sebenar ibu keluar dengan abah adalah untuk menyelesaikan semua perkara ini.”
            “Acu yakin ke ?” sindir Alisa. Kenyataannya ibu masih mencintai lelaki itu.
            “Angah sendiri tahu sikap ibu kan! Sama seperti Along dan Angah. Jika sudah membuat keputusan, jangan harap la nak berpatah balik. Degil.” Alina membuat mimic muka.
            Aleya hanya diam membisa.
            “Along, nampak tak? Amboi, sekarang ni bila bercakap main lepas saja tetapi bila depan Auntie Kartika, Sofea dan Suhaila……, mulut tu kunci rapat. Pijak semut pun tak mati.”
            Alina menjeling pada Alisa.
            “Bisingnya! Dari dalam bilik, ibu dah dengar suara kamu berdua.” Munirah keluar dari biliknya. Satu langkah demi satu langkah diatur dengan bantuan tongkat di tangan kirinya.
            “Amboi, cantiknya ibu malam ni! Maklumlah special day.” Usik Alina terus mendekati ibunya. Pandangannya dialihkan pada Aleya dan Alisa yang hanya memerhati. Wajah mereka kelat.
            “ Biasa sahaja.” Munirah melirikkan matanya ke arah Aleya. Dia tahu mereka berdua bimbang tentang dirinya. “Don’t worry about me! Nothing will change.” Munirah tersenyum. Dia terdengar deruan enjin kereta di halaman rumah. “Hmm….Dato’ Kadir dah sampai. Ibu pergi dulu.” Munirah terus berlalu keluar.
            Aleya dan Alisa melihat ke luar melalui tingkap. Setiap gerak geri ibu mereka diperhatikan. Alina turut sama melihat.
            “Macam mana dia tahu ibu suka orkid?” Aleya meninggikan suaranya apabila melihat Dato’ Kadir memberi sejambak bunga orkid pada ibunya. Dia terus melihat kea rah Alina.
            Alina terus mengangkat kedua-dua belah tangannya. Dia faham maksud di sebalik pandangan Aleya. Pasti Along ingat aku yang beritahu abah. “Not me!”
            “Actually, I did.” Alisa mengaku. Dia tersengih. “Angah tak sengaja. Terlepas cakap. Sorry!”
            Aleya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia melihat kembali ke luar rumah. Kereta BMW X6 milik Dato Kadir telah meluncur laju keluar dari perkarangan rumah itu.
            Alina perasaan akan perubahan wajah kakak kembarnya. “Along tak percaya ibu ke?”
            “Along percaya pada ibu tetapi ibu tak percaya pada lelaki itu.” Tegas Aleya.
            “Hmmm…kalau macam tu, jom kita ikut ibu!” cadang Alina secara tiba-tiba.
            Aleya dan Alisa terkejut.
            “Biar betul!” Bulat mata Alisa. Ini pertama kali Acu mencadangkan sesuatu yang di luar jangkaan.
            “Acu tahu ke mana ibu pergi makan bersama abah. Sebelum ibu pergi tadi, ibu beritahu Acu.”
            “Pelik! Kenapa ibu beritahu Acu sebab ibu pasti tahu Acu ni bukannya reti simpan rahsia?” Alisa melihat Aleya yang masih berdiam diri.
            “Angah!” Alina mengetap bibirnya sambil merenung tepat pada Alisa yang sering memerli dirinya.
            “Sebab ibu mahu kita ikut ibu.”
            “Why?” Alisa terkejut dengan kata-kata Aleya.
            “Along tak pasti. Lebih baik kita pergi sekarang!” Aleya terus mencapai baju sejuknya. Cekak rambut yang dipakainya dibetulkan. Kunci kereta Audi Q7 berwarna merah yang baru dibelinya semalam dicapainya. Alisa dan Alina mengekori Aleya.

                                   ************************************

            “Macam mana dengan makanan di sini? Sedap kan! Abang selalu makan di sini. This is my favorite restaurant. Do you like it?” Kadir tersenyum. Nasi goreng pattaya telah habis di makannya. Dia sengaja membawa Munirah ke sini. Dia mahu Munirah tahu serba sedikit tentang dirinya.
            “Sedap!” Munirah hanya mampu tersenyum. Dia berasa  janggal apabila bersama Kadir. Hanya mereka berdua. Kadir telah menempah seluruh restaurant hanya untuk mereka berdua sahaja. Munirah rasa pelik. Layanan Kadir terhadap dirinya membuatkan dia sedikit takut. “Hmm….tujuan Munirah ajak awak keluar adalah untuk membincangkan tentang kita. Awak tahu kan Munirah akan balik ke London esok! Munirah harapa perkara mengenai kita dapat diselesaikan dengan segera.”
            “Kenapa Munirah? Kenapa? Abang tahu sikap abang dahulu telah mengecewakan Munirah tetapi abang berjanji abang takkan mengulangi semua itu lagi.”
            “Awak baliklah ke pangkuan Kartika. Awak masih lagi boleh membuka lembaran baru bersama Kartika. Antara kita sudah tamat sejak 25 tahun yang lalu. Biarlah kita membawa haluan masing-masing. Mengenai anak-anak awak berhak terhadap mereka. Munirah takkan menghalang jika awak berjumpa dengan mereka. Berkenaan Aleya dan Alisa, Munirah yakin satu hari nanti mereka dapat menerima awak.”
            “Abang nak Munirah bukannya Kartika. Seharusnya hubungan antara abang dan Kartika yang tamat.” Kadir terus memegang tangan kanan Munirah.
            Dengan pantas Munirah menarik tangannya dari dipegang oleh Kadir. Dia terkejut dengan tindakan Kadir. Jantungnya berdegup kencang bila Kadir memegang tangannya.
            “Munirah tak tahu apa lagi cara yang Munirah dapat buat agar awak faham. Kita sepatutnya sudah tiada apa-apa lagi. Awak perlu ingat siapa isteri awak selama 25 tahun ni? Kartika! Kartika yang berada di sisi awak selama ini. Setiap manusia ada kekurangannya begitu juga Kartika. Awak sebagai suami sepatutnya awak menegur dan guide dia ke jalan yang benar bukannya biarkan dia terumbang ambing seperti sekarang ni.”
            “Abang mencintai Munirah. I love you!” Kadir merenung Munirah.
            “Awak yakin ke awak mencintai Munirah, Dato’ Kadir? Senang betul cinta awak berubah. Sekejap awak cinta Kartika dan sekarang ni awak kata awak mencintai Munirah pula. Lakonan apa yang awak sedang mainkan sekarang ini?”   sindir Munirah.
            “Abang tak bohong! Percayalah! Abang harap kita dapat bersama semula.”
            “You not in love with me, Dato’ Kadir. Semua itu hanya sementara sahaja. Keinginan awak adalah untuk memenuhi kekosongan dan kesunyian yang ada dalam diri awak. Let me free!” ucap Munirah dengan lembut.
            Susah sangat ke untuk Munirah memahami cinta abang? Abang hanya mencintai Munirah seorang saja.” Kadir masih merayu. Wajahnya sedih. Sedih kerana Munirah tidak mempercayai cinta yang telah dilafazkan dari hatinya.
            “Bagaimana pula dengan Kartika? Bukankah awak mengahwini Kartika kerana awak mencintai dirinya? Awak sudah lupa ke? Apa yang telah awak cakapkan pada Munirah sewaktu awak halau Munirah dari rumah awak ?” Munirah mula berasa geram. Cinta? Adakah lelaki ini memahami maksud perkataan tersebut? Adakah kerana dia mencintai aku lantas dia melayan aku seperti sampah pada 25 tahun yang lalu? Inikah namanya cinta! Munirah merenung lelaki itu. “Kartika adalah wanita yang satu-satunya wanita yang aku cintai sehingga akhir hayat aku. Cinta dan kasih sayang aku hanya pada wanita bernama Kartika. Dia akan menjadi ibu pada anak-anak aku. Kau hanya layak menjadi orang gaji aku sahaja. Status kau sebagai isteri aku hanya sementara sahaja. Sekarang ni ibu bapa aku sudah mati, baik kau berambus dari sini. Kau pergi saja ke mana kau suka. Kau sakit ke mati ke? Aku tak mahu ambil tahu. Jangan kau muncul lagi dalam hidup aku!” Kelopak mata Munirah mulai berair. Setiap kata Kadir terhadap dirinya pada hari dia dihalau keluar dari rumah banglo mewah  masih lagi segar di ingatannya. Baginya, itu adalah sejarah hidup yang tidak dilupainya sehingga sekarang.
“Awak nak dengar lagi yang selebihnya ke?”
            “Munirah!” Bibir Kadir terketar-ketar menahan sebak. Nampaknya dia benar-benar telah melukai hati wanita ini. Dia kesal dengan apa yang telah berlaku. Jika masa dapat diputar semula, aku takkan melakukan kesilapan seperti ini. Jika aku menerima Munirah seadanya, mungkin aku hidup bahagia bersama Munirah dan anak-anak aku.
            “Cukup, Dato’ Kadir! Antara kita sudah berakhir. Awak harus terima kenyataannya. Munirah harap walaupun kita bukan suami isteri lagi, kita boleh menjadi seorang kawan.” Munirah cuba tersenyum. Dia tak mahu menyebabkan Dato’ Kadir stress kerana itu tak baik untuk kesihatannya.
            “Tidak. Abang tak mahu menjadi kawan. Abang mahu Munirah menjadi isteri abang!” Kadir tiba-tiba bangun. Matanya masih tepat memandang wajah Munirah.
            “Mustahil untuk kita kembali menjadi suami isteri. Dato Kadir. Kenapa begitu sukar awak menerima kenyataan ini? Sekarang ini isteri awak adalah Kartika bukan Munirah.” Tegas Munirah. Kedegilan Kadir membuat dia rimas.
            “Abang akan ceraikan Munirah!” kata Kadir secara tiba-tiba.
            Munirah terkejut dengan kata-kata Kadir sebentar tadi. Ceraikan Kartika.”Awak dah hilang akal ke? Perceraian bukannya permainan, Dato Kadir.”
            “Untuk memiliki Munirah, abang sanggup buat apa sahaja. Sekarang ni Munirah dan anak-anak abang lebih penting dari segala-galanya. Abang tidak mencintai Kartika.”
            Munirah mengetap bibirnya menahan geram. Nafasnya turun naik. “Jika awak tidak menyintai Kartika, kenapa awak mengahwini Kartika?”
            “Sebab abang ingin membuktikan pilihan abang adalah tepat berbanding pilihan mak ayah abang namun abang telah melakukan kesilapan. Pilihan mak ayah abang adalah tepat. Mereka tahu siapa yang terbaik untuk menjadi isteri abang. Hanya abang yang buta ketika itu. Setelah Munirah pergi, baru abang sedar rupa-rupanya abang sudah jatuh cinta pada Munirah. Hidup abang kosong selepas pemergian Munirah. Abang tidak pernah bahagia bersama Kartika. Inilah balasannya.”
            “Awak fikir Munirah akan percaya semua ini. Munirah tak pernah lupa siapa awak yang sebenarnya? Awak tu playboy! I’m not stupid anymore.”
            “You love me!”
            “What! Apa buktinya?” Munirah merenung lelaki itu. Apa maksudnya di sebalik semua ini?
            “Bukti!” Kadir tersenyum. “Your dairy!”
            Bulat mata Munirah mendengarnya. Ya, memang hari itu aku tertinggal dairi aku. Dia baca kesemuanya ke? Munirah mula gelisah. Segala isi hatinya tercatat di dalam dairi itu.
            Kadir tersenyum lebar melihat reaksi Munirah. “Sehingga sekarang awak masih mencintai abang kan!”
            “Tidak! Itu dulu. Sekarang Munirah tiada apa-apa perasaan pada awak lagi. Awak boleh fikir apa saja yang awak mahu. I’ll still want you to divorce me.”
            “No!”
            ‘Fine! You can do whatever you want to do. I will do everything to make sure you divorce me, Dato Kadir.” Nada suara Munirah sudah berubah. Munirah mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Sebentuk cincin dikeluarkannya. “Ambil ni! Cincin ini tak pernah menjadi milik Munirah. Ini kepunyaan awak.” Munirah meletakkan cincin perkahwinan mereka di atas meja.
            Kadir terkejut dengan tindakan Munirah.
            “Keputusan Munira takkan berubah. Munirah tetap berharap awak akan mengubah fikiran awak dan memberi peluang pada Kartika. I hope we can be friends. Tentang anak-anak kita, Munirah takkan menghalang awak dari berjumpa mereka kerana awak juga berhak terhadap mereka.”
            “Munirah!”
            “Along! Angah! Acu! Ibu nak balik.” Kata Munirah secara tiba-tiba.
            Dahi Kadir berkerut. Dia melihat Aleya, Alisa dan Alina keluar di sebalik pokok besar yang hampir dengan meja mereka. Sejak bila mereka berada di sini?
            Munirah bangun! Alina lebih dahulu mendekati ibunya. Alisa cuba untuk mendekati Kadir tetapi dihalang oleh Aleya. “Angah dan Acu pergi ke kereta dulu bersama ibu.” Aleya memberi kunci kereta pada Alisa.
            “Tapi!”
            “Just go, Angah!” tegas Aleya.
            “Ok! Jom, ibu!” kata Alisa. Mereka bertiga berjalan meninggalkan Aleya dan Kadir. Munirah sempat memandang ke belakang melihat Aleya dan Kadir. Dia hanya mampu mengeluh.
            Aleya berdiri memandang lelaki itu. Setiap perbualan ibu dan lelaki ini telah didengari dengan jelas. “ I dah call Iskandar. He will come to drive you home.” 
            “Abah sedar abah telah gagal menjalankan tanggungjawab abah. Abah harap abah dapat menjalankan tanggungjawab abah jika Aleya dapat menerima abah.”
            “Whatever happens, you still our father! But it’s impossible to accept you to be part of our life! Sejak dari mula lagi, awak bukan sebahagian dari kami. Kami hidup tanpa seorang ayah dan kami akan menjalani hidup kami kembali seperti biasa. Kami bahagia dengan kekurangan yang kami ada. So I merayu pada awak supaya menunaikan permintaan ibu. Just once, let her be happy. Be free from you.” Kata Aleya. Kali ini dia tidak berkeras dengan Dato’ Kadir. Kenyataan tetap kenyataan. Lelaki yang berdiri di hadapannya ini tetap ayah kandungnya. “I minta maaf jika selama ini I dan Alisa telah menyakiti dan mengasari awak. Kami minta maaf.” Kata Aleya dan terus berlalu pergi.
            Badan Kadir tiba-tiba menjadi kaku. Inilah kali pertama Aleya tidak bercakap kasar padanya. Renungannya juga tidak seperti selalu. Dia melihat kelibat Aleya hilang dari pandangannya. Kadir mengusap dadanya perlahan-lahan. Tiba-tiba terasa sakit. Setiap kali memikirkan Munirah dan anak-anaknya akan meninggalkan hatinya berasa sedih. Maaf, Aleya! Abah tak dapat lakukan semua itu. Abah sayang kamu semua. Kerana sayang, abang akan mendapatkan kembali keluarga abah yang telah lama hilang.
            Selain Aleya, Alisa dan Alina ada juga orang lain yang berada di situ! Pokok jarum yang berada di sisinya dicabut tanpa disedarinya. Hatinya sakit melihat mereka berkumpul seperti keluarga. “Kenapa kau dan anak-anak kau begitu berani memijak maruah aku? Kau fikir aku ni apa, hah!” kata Kartika. Sejak dari tadi dia mengekori Dato’ Kadir. Sudah beberapa hari Dato’ Kadir tidak pulang ke rumah. Selepas yang berlaku pada malam itu, Dato’ Kadir tak pernah untuk pulang untuk memujuk dirinya. Dirinya dibiar terkapai-kapai sendirian. Lelaki itu benar-benar sudah berubah hati. Perasaan benci sudah menguasai segala-galanya. “Aku akan pastikan kau terima akibatnya, Munirah! Apa yang akan kau rasa jika salah seorang anak kau tiada? Kartika tersenyum sendirian.

                                   ***********************************

            Aleya menutup pintu keretanya. Semua beg telah dikeluarkan. 2 jam lagi pesawat akan berlepas. Aleya terkejut dengan kehadiran mereka bertiga.
            “Cuaca baik kan hari ini!” tegur Zahari sambil tersengih.
            “Rasanya sekejap lagi mendung la.” Alisa membuat mimic muka. Dia dah datang!
            “Ya ke? Kalau hujan baguslah! Lagi bagus kalau ribut pasti penerbangan akan tergendala kan!”
            “Kau!” Alisa menunding jari pada Zahari.
            “Aiii…..awal-awal pagi dah bergaduh! Ada apa-apa ke ni?” usik Alina. Macam anjing dan kucing. Berjumpa saja mula bergaduh!
            “Acu jangan cuba nak naikkan darah Angah yang telah mendidih ni!” Alisa mengalihkan pandangannya. “Dr. Nazri! Rasanya Alina perlukan bantuaan awak. Maklumlah, tengok beg yang dibawanya terlalu banyak. Kasihan dia kan! Pasti awak tak mahu menjadi lelaki yang tidak gentlemen di mata Alina kan!” giliran Alisa pula.
            “Maaf!” Dr. Nazri terus mendekati Alina dan membantunya membawa beg yang berada di tangan Alina. Senyuman masih tidak lekang di bibir Dr.Nazri.
            “Thank you!” kata Alina pada Dr. NAzri . Perlahan-lahan pandangannya dialihkan pada Alisa. Angah ni memang sengaja nak balas dendam.
            “You’re welcome!” Alisa pula yang menjawabnya. Dia sengaja membuat mimic muka untuk menyakiti hati Alina.
            Iskandar melihat kea rah Aleya yang hanya mendiamkan diri. Wajahnya serius. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Aleya semalam. Tiba-tiba sahaja menyuruh menghantar Uncle Kadir. Kenapa? Bukan ke dia begitu membenci Uncle Kadir? Sepatutnya dia tidak mengambil peduli tentang Uncle Kadir.
            Aleya sedar Iskandar sedang merenung ke arahnya. Pandangannya dialihkan kea rah lain. What’s his problem?
            “Jom! Nanti terlewat pula!” kata Munirah. Alina membantu Munirah begitu juga Aleya.
            “Auntie pergi dulu, nanti Is menyusul kemudian. Ada barang tertinggal di kereta.” Kata Iskandar. Dia terlupa sesuatu.
                                               ***************************

            Mereka sudah berada di entrance KLIA. Alisa terus mendekati Aleya apabila sedar Dato’ Kadir sedang menanti mereka. Tanpa berlengah, Alina terus bersalam dengan Dato’ Kadir. Dato’ Kadir tersenyum. Dia mengusap lembut rambut anak bongsunya. Dato’ Kadir melihat ke arah Munirah yang tersenyum ke arahnya.
            “Along! Angah! Salam Dato’ Kadir. Kita dah nak berlepas ni.” Arah Munirah. Dia tak mahu anaknya menjadi seorang anak yang derhaka.
            “What!” Alisa meninggikan suaranya. “Kenapa kami mesti bersalam dengan lelaki ini?”
            “Angah!”
            “Alisa, awak sedar tak banyak mata sedang memerhati ? Awak memang suka buat kecoh kan! Suka tarik perhatian” kata Zahari. Disebabkan oleh suara Alisa, orang ramai yang berada di situ melihat kea rah mereka.
            Alisa memandang ke sekelilingnya. Memang benar kata Zahari! Aleya menarik Alisa mendekati. “Just do it.”
            “Tapi Along!” Alisa enggan menuruti kata-kata ibunya.
            “Angah mahu ke ibu berubah  fikiran secara tiba-tiba dan membuat keputusan tinggal di sini lagi.” Bisik Aleya.Dia tidak mahu membuat kecoh di sini lebih-lebih lagi di tempat awam. Kenapa semenjak dia menjejakkan kakinya di sini hatinya berada tidak sedap! Berdebar-debar seolah-olah ada perkara yang akan berlaku. Dahi Aleya berkerut.
            Wajah Alisa berubah. “Baiklah!” Dengan cepat Alisa bersetuju, dia tak mahu berada di sini lagi. Rimas! Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang mulutnya seperti burung kakak tua.
            Alisa dan Aleya bersalaman dengan Dato’ Kadir buat pertama kalinya. DIa hampir menanggis apabila memegang tangan mereka berdua.  Alisa teragak-agak menghulurkan tangannya. Sebaik sahaja tangannya menyentuh tangan Dato’ Kadir, ditarikanya dengan pantas. Munirah hanya mampu mengelengkan kepalanya dengan kerenah Alisa. Giliran Aleya pula, dia menoleh kea rah Munirah yang memerhati. Dia hanya ingin menjaga hati ibunya sahaja. Aleya menghulurkan tangannya dan bersalaman dengan Dato’ Kadir. “ I buat semua ini disebabkan oleh ibu!” kata Aleya secara tiba-tiba.
Dato’ Kadir hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Aleya.
            Munirah mengeluh. Mereka berdua ni sama sahaja.
            “Ibu masuk dulu. Along baru teringat Along tertinggal sesuatu di dalam kereta.” Kata Aleya secara tiba-tiba. Macam mana aku boleh terlupa kunci rumah di Dia memberi tiket penerbangan dan passport pada Alina sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka.
            “Angah nak ikut!” kata Alisa terus mengekori Aleya yang sedang melintasi jalan. “Along, tunggu!”
            Aleya berpaling apabila mendengar suara Alisa dan berdiri menanti Alisa. Dia melihat tiada kereta dan dia berdiri di tengah jalan.
            “Nak melarikan diri macam la orang tak tahu.” Kata Alina. Deruan enjin kereta menarik perhatian Alina. Dia menoleh dan melihat sebuah kereta wira putih bergerak laju ke arah Aleya dan Alisa yang tidak sedar akan kehadiran kereta itu.
            “Along! Angah! Kereta!” jerit Alina. Dia tergamam melihat kereta itu semakin laju menghampiri mereka berdua.
            Aleya dan Alisa berpaling dan terkejut melihat kereta itu sedang bergerak laju menghampiri mereka berdua. Aleya menoleh ke arah Alisa yang berada di sisinya. Dengan sekuat tenaga yang ada Aleya menolak Alisa ke tepi. Aleya melihat kereta itu begitu dekat dengannya. Alisa jatuh terduduk di tepi jalan.
            “Along!” jerit Munirah. Hampir saja tersentap jantungnya melihat Aleya berdiri di situ manakala kereta masih bergerak laju menghampiri anaknya.
            Kereta itu semakin dekat. Dekat! Aleya memejamkan matanya. Aleya terkejut apabila tubuhnya ditarik ke tepi. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya turun naik. Kini, dia berada di dalam dakapan Iskandar. Aleya memegang lengan Iskandar. Tangannya masih terketar-ketar.
            Kadir menarik nafas lega melihat Iskandar menarik Aleya ke tepi . Jika tiada Iskandar, entah apa yang akan terjadi pada Aleya.
            Zahari terus menghampiri Alisa yang masih terduduk di tepi jalan. “Awak taka pa-apa ke?” soal Zahari.
            “I’m ok!” kata Alisa mencuba untuk bangun tetapi kaki kanannya tiba-tiba terasa sakit.
            “Kaki awak terseliuh ke?” soal Zahari risau. Dia membantu Alisa bangun.
            “Sikit saja. Along?” Alisa melihat ke arah Aleya. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku pada Along! “Pemandu kereta gila! Tak nampak orang ke? Dia ingat sini Litar Sepang ke?” bebel Alisa. Seketika Alisa terlupa akan persengketaan mereka berdua
            Zahari tersenyum melihat Alisa. Tak habis-habis membebel.
            “Ibu tunggu sini. Acu nak tengok Along dan ANgah! Abah tolong jaga ibu!” Alina segera menghampiri Alisa yang dekat padanya. Dr. Nazri mengekori Alina
            “Baiklah!” kata Kadir. Dia melihat wajah Munirah yang kelihatan risau dengan apa yang berlaku tadi. Kadir menggenggam erat tangannya. Kali ini dia memang sudah melampau! Kartika!
            “Aleya, awak selamat sekarang ni! Kereta tu sudah tiada.” Kata Iskandar. Mujurlah tadi dia sempat menarik Aleya. Aleya masih lagi berada di dalam dakapannya.
            Aleya membuka matanya perlahan-lahan. Dia terkejut apabila melihat dirinya berada di dalam dakapan Iskandar. Wajahnya bertukar merah. Segera dia menjarakkan dirinya dari Iskandar. Aleya melihat kea rah lain. Dia malu untuk bertentangan mata dengan Iskandar. Kenapa aku berperasaan seperti ini? Walauapapun Iskandar telah menyelamatkannya. “Aaa…Terima kasih.” Ucap Aleya. Dia menoleh kea rah Alisa. Dia menarik nafas lega melihat Alisa selamat. Kaki Aleya pantas melangkah meninggalkan Iskandar.
            Dahi Iskandar berkerut. Dia terkejut dengan kelakuan Aleya tadi. Malu! Dia malu ke? Tak sangka wanita keras seperti Aleya ni ada juga perasaan malu. Rupa-rupanya dia ada perasaan juga. Iskandar tersenyum. Dia mengatur langkah mengikuti langkah Aleya yang mendekati Alisa.
            “Along! Are you ok?” soal Alina. Dia risau.
            “I’m fine! Angah!” Aleya melihat Alisa.
            “I’m ok cuma terseliuh sikit.” Alisa tersenyum. Dia memeluk Aleya. “Nasib baik, tiada apa-apa yang terjadi pada Along. Jika tidak, Angah akan bersalah seumur hidup Angah.”
            Aleya mengusap bahu Alisa perlahan-lahan. “That’s my job as your older sister.” Aleya tersenyum dan matanya dialihkan pada ibunya yang sedang memerhati kea rah mereka. Ibu pasti terkejut dengan apa yang terjadi tadi.
            Munirah membalas senyuman yang dilemparkan kepadanya. Hatinya masih tidak tenang. Selagi mereka tidak pergi dari sini, nyawa anak-anaknya dalam bahaya. Nalurinya kuat mengatakan apa yang berlaku sebentar tadi adalah angkara Kartika. Wanita seperti Kartika sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kepentingan dirinya tidak tergugat. Aku mesti bawa anak-anak pergi dari sini. Setiap detik begitu berharga lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan anak-anaknya.
  

Saturday, March 12, 2011

Satu Dua Tiga 34

BAB 34

            Iskandar melihat cermin belakang sekilas pandang. Selepas beredar dari rumah Auntie Munirah. Uncle Kadir hanya mendiamkan diri dan wajahnya murum. Pasti memikirkan apa yang telah terjadi. “Uncle, jangan risau. Tiada apa-apa yang berlaku. Uncle bukannya sengaja cuma terlepas kata sahaja. Sesiapa pun akan terlepas cakap jika dalam keadaan marah. Kita manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan.”Iskandar cuba memujuk Kadir.
            “Betul, Uncle! Esok pasti kemarahan mereka reda. Don’t worry, Uncle. Auntie Munirah bukannya seorang yang pendendam. Dia mesti faham.” Zahari menoleh ke belakang. Dia duduk bersebelahan Iskandar yang sedang memandu.
            “Uncle telah musnahkan satu-satu peluang untuk mendapat kepercayaan Munirah dan anak-anak. Kenapa Uncle begitu bodoh? Kenapa Uncle boleh cakap begitu? Uncle sendiri tak faham kenapa Uncle boleh terlepas cakap. Entah apa pandangan Aleya dan Alisa selepas ini? Pasti sukar untuk mereka menerima Uncle selepas ini tetapi yang paling menyakitkan hati adalah pandangan Alina terhadap Uncle pada waktu.” Kadir teringat pandangan yang dilemparkan ke arahnya. Alina seolah-olah kecewa dengan sikapnya.
            “Alina seorang yang memahami. Dia akan faham.”
Pujuk Dr.
Nazri. Dia risau melihat keadaan Uncle Kadir. Dia bimbang jika penyakit jantung akan menyerang secara tiba-tiba.
            “Uncle, ada sesuatu yang Is perlu beritahu Uncle?”
            “Apa dia, Is?” soal Kadir secara tiba-tiba. Zahari dan Dr. Nazri turut sama melihat ke arah Iskandar.
            “Tadi PI Is di London call, dia beritahu Auntie Munirah telah menjual rumahnya di London. Malah Aleya dan Alisa juga turut sama menjual saham syarikat mereka malah mereka ingin meletak jawatan di syarikat mereka. Mereka akan berpindah ke Paris bulan depan selepas segala urusan di sana selesai.”
            “Apa! Jadi mereka ingin melarikan diri!” Wajah Kadir berubah.
            “Pada mulanya Is turut sama berfikir seperti itu tetapi mustahil Aleya akan beritahu perkara yang sebenarnya pada orang lain. Hakikatnya dia tahu Uncle akan mencari mereka. Alasan berpindah ke Paris, hanyalah sebagai helah sahaja untuk mengelirukan kita”
            “Jadi ke mana mereka pergi?” soal Zahari.
            “Yang peliknya,  Aleya telah membeli tanah di Johor Bharu baru-baru ini.”
            “Apa!” Dr. Nazri terkejut.
            “Jika benar mereka tidak ingin lagi menjejakkan kaki di Malaysia, kenapa Aleya beli tanah di Malaysia?” Dahi Dr. Nazri berkerut.
            “Itu yang buat Is pelik, Uncle tetapi Uncle jangan bimbang Is akan suruh PI siasat perkara ini dengan lebih teliti. Setiap perkembangan, Is akan laporkan pada Uncle.” Kata Iskandar. Dahinya berkerut. Ke mana kau ni pergi sebenarnya, Aleya. Kau nak bawa ibu dan adik-adik kau ke mana?
           
                                                *************************\

            Dr. Nazri merenung wanita yang duduk di hadapannya. Alina sangat cantik hari ini. Kalaulah setiap hari aku bersama Alina, pasti hidup aku bercahaya. Senyuman di bibir Dr Nazri semakin lebar. Dia selalu berangan-angan jika satu hari nanti dia akan bertemujanji dengan Alina. Hanya kami berdua. Tak sangka impiannya termakbul.
            “Dr. Nazri, are you okey?” Alina melihat Dr. Nazri dengan pandangan yang pelik. Sejak dari tadi Dr Nazri asyik tersenyum sahaja. Makanan di hadapannya tidak disentuh langsung.
            “I’m fine!” Dr. Nazri tersedar dari lamunannya. Dia malu melihat Alina memerhati dirinya. “Jemput la makan.”
            Alina hanya menganggukkan kepalanya. Di dalam hatinya, dia berhenti-henti menyumpah Alisa! Eee…suka-suka sahaja mengatur. Bukannya aku tak suka Dr. Nazri tetapi aku tak mahu Dr. Nazri menaruh harapan pada aku. Dia tahu Dr. Nazri menaruh perasaan padanya.
            “Hmm….Macam mana dengan cerita tadi?”
            “Green Hornet ke? Hmm….ok!” jawab Alina. Dia terus makan.
            “Lina tak suka ke keluar dengan saya?” soal Dr. Nazri. Dia sedar sejak dari tadi Alina kurang bercakap. Adakah dia tidak selesa keluar bersama aku?
            “Tak lah!” jawab Alina dengan segera. Dia tidak ingin melukai hati Dr. Nazri. Dia tahu Dr. Nazri seorang lelaki yang baik.
            “Habis tu kenapa sejak dari tadi Lina hanya mendiamkan diri? Lina ada masalah ke? Beritahu saya, mungkin saya boleh tolong.”
            “Macam mana dengan keadaan abah semalam?” soal Alina secara tiba-tiba. Dia ingin mengubah topic perbualan.
            “Jika Lina ingin tahu keadaan Uncle Kadir, kenapa Lina tak call sahaja? Uncle pasti gembira bila mendapat panggilan Lina.”
            “Lina tak tahu nak cakap apa dengan abah. Lina tak marah pada awak Cuma kecewa dengan sikap abah.”
            “Pada waktu itu Uncle Kadir dalam keadaan marah, dia tak sengaja. Kadang kala apabila kita marah, kita tidak sedar apa yang kita telah katakan. Betul tak?”
            Alina tersenyum. “Hmmm…abah sudah berjumpa dengan Datin Kartika ke?”
            “Belum! Sekarang ni Uncle Kadir tinggal di rumah Iskandar untuk sementara waktu.”
            “Apa! Kenapa abah tidak selesaikan kemelut yang telah berlaku dengan segera? Kenapa mesti tangguhkan lagi?” Bulat mata Alina mendengarnya.
            “Lina, kena faham semua ini bukan mudah untuk Uncle Kadir! Dia perlukan masa untuk tenangkan fikirannya. Berhadapan dengan Auntie Kartika bukannya mudah. Lina sendiri tahu bagaimana sikap Auntie Kartika kan!” Dr. Nazri merenung Alina. Dia ingin bertanya sesuatu mengenai apa yang diberitahu oleh Iskandar semalam. Benarkan mereka ingin melarikan diri ? Benarkan mereka ingin memutuskan hubungan dengan Uncle Kadir? Jika benar, mungkin ini adalah kali terakhir aku berjumpa dengan Alina.
Alina hanya mampu mengeluh. Tiba-tiba dia terhidu sesuatu! Macam pernah bau sahaja bau ni? Dahi Alina berkerut. Baunya sama seperti perfume Angah. Alina menoleh ke kiri dan kanan. Baunya kuat. Mesti mereka ada di sini. Patutlah sejak melangkah di komplek membeli-belah ni, dia dapat rasa sesuatu seperti ada orang  mengekori mereka. Matanya terhenti melihat dua orang wanita yang sedang makan tidak jauh darinya. Alina mengetap bibirnya menahan geram. “Excuse me!” Alina terus bangun.
            Dr. Nazri hairan dengan kelakuan Alina secara tiba-tiba. Dia melihat Alina berjalan menghampiri dua orang wanita yang duduk tidak jauh darinya. Kawan Alina ke? Dia melihat Alina menegur mereka.
            “Enough!” Alina merenung dua orang wanita yang sedang makan. “Along! Angah! Jangan nak berlakon lagi. Perfume yang Angah pakai sekarang ni, satu restaurant ni bau tahu tak?”
            “Along dah cakap, lain kali jangan sembur perfume tu banyak sangat. Now, we get caught.”
            “Ops!” Alisa tersengih.
            “Ni apa ni!” Alina terus menarik topi yang dipakai oleh Aleya dan Alisa. Dahi Alina berkerut. “Tiada orang pakai topi koboi macam ni lagi! Lebih-lebih lagi di shopping compleks. “
            “Ouch, be gentle okey!” Alisa membetulkan rambutnya. Cermin mata hitam ditanggalkan.
            ‘Sekarang dah jadi paparazzi ke?”
            “Kami hanya nak melihat sahaja. Macam mana orang bercinta dating bersama.That’s all.” Aleya tersenyum.
            “Oh, really! Apa kata Along dan Angah replace tempat Acu sekarang ni?”
            “Hish…mana boleh? Dr. Nazri tak suka kami. Di dalam hatinya hanya terukir nama Alina sahaja.” Alisa mengusik.
            “He looks like Mr. Nice guy.” Nasihat Aleya. Jika Alina bercinta dengan Dr. Nazri, dia takkan menghalang.
            “Apa kata kalau Abang Is dan Abang Zahari juga Mr. Nice guy!” Giliran Alina pula tersenyum. Matanya merenung kembarnya.
            Serentak Aleya dan Alisa menjuihkan bibir mereka sebaik sahaja mendengar nama lelaki itu.
            “Stop talking about them again! Acu ni spoil mood kami sahaja.” Alisa membuat mimic muka. Mendengar nama Zahari sahaja, sudah gatal telinganya.
            “Kalau Along dan Angah ada di sini, siapa yang menjaga ibu?” Alina baru sedar. Siapa yang jaga ibu sekarang ini? Takkan la Along dan Angah membiarkan ibu seorang diri di rumah.
            “Sekarang ni ibu berada di rumah Auntie Maria! Biar ibu berborak lama dengan Auntie Maria. Esok kita sudah nak balik.” Jawab Aleya.
            “Auntie Maria!” Alina terkejut. “Waktu hantar ibu ke rumah Auntie Maria, Along dan Angah tak jumpa abah ke? Buat sementara waktu ini, abah tinggal di rumah Auntie Maria.” Beritahu Alina.
            ‘Apa!” Aleya tiba-tiba bangun. Air muka berubah serius.
            “Along! Kita telah letak ibu di kandang buaya.” Berkerut dahi Alisa. Dia mula risau.
            “Jom balik!” kata Aleya tanpa berfikir panjang.
            Alisa bangun.
            “Hai, ladies!” Dr. Nazri menghampiri mereka bertiga. Memang tepat jangkaan Zahari! Katanya pasti Aleya atau Alisa akan menjadi orang ketiga pada hari ini. Senyuman terukir di bibir Dr. Nazri.
            “Hai!” balas Alisa sambil mengangkat tangannya.
            “Apa kamu berdua buat di sini?” soal Dr. Nazri..
            “Makan! Lunch! Tak sangka ye kita makan di kedai yang sama!” Alisa berpura-pura. Dia hanya mampu tersenyum.
            “Sorry Dr. Nazri! We need to go right now. Have a nice day.” Kata Aleya. Langkahnya diatur meninggalkan mereka. Macam mana aku boleh lakukan kesilapan besar seperti ini? Macam mana dengan keadaan ibu sekarang ini? Aleya mulai panic.
Alisa melambai tangannya pada Alina.
            “Aaa…Dr. Nazri! I need to go right now. I’m sorry! Thanks for the movies and lunch. I’m so sorry. I need to go with my sisters.” Kata Alina terus meninggalkan Dr. Nazri. Dia perlu balik bersama kembarnya. Dia bimbang jika terjadi sesuatu.
            Dr. Nazri melihat Alina berlari mengejar kakaknya. Hatinya berasa sebak. Beginikah temujanjinya berakhir. Dr. Nazri kecewa.
Mungkinkah Dr
. Alina sudah berpunya? Dr. Nazri melepaskan keluhan perlahan-lahan.

                                    *********************************

            “Sedap betul ikan siakap tiga rasa yang maria masak. Macam ni boleh tak beri resipi pada akak.”
            “Hish….Kak Munirah ni, masakah Maria tidak standing dengan kakak. Masakan kakak lagi sedap dari ini. 5 Star!” Maria tersenyum. Dia berasa senang setiap kali berbual dengan Kak Munirah.
            “Tak adalah! Akak baling saja bahan-bahan yang ada. Kalau sedap tu, kira nasib baik saja la.” Munirah melawak. Maria ketawa mendengar kata-kata Munirah.
            “Aaa…masa Aleya dan Alisa hantar kakak tadi, mereka nampak macam tergesa-gesa sahaja. Ada masalah ke?” soal Maria. Semasa Munirah datang tadi dia sedang memasak, dia tak sempat bertanya.
            “Mereka berdua tu bukannya boleh duduk diam. Ada saja kerjanya.” Munirah tersenyum. Dia tahu pasti sekarang ni mereka berdua mengintip temujanji antara Alina dan Dr. Nazri.
            “Penerangan kakak pukul berapa ?” soal Maria.
            “10.00 pagi!” jawab Munirah.
            “Jadi kakak sudah bertekad untuk pergi ke?” soal Maria. Dia merenung wanita yang bertudung litup itu.
            “Maria sendiri tahu kan sebab apa kakak perlu pergi kan!”
            “Kakak tak buat apa-apa kesalahan pun! Ini tak adil.”
            “Adil atau tidak! Itu bukan persoalannya, Maria. Sejak Dato’ Kadir halau akak pada 25 tahun yang lalu, akak sudah sedar. Akak perlu undur diri. Semua ini bukan milik akak.” Munirah memegang lembut tangan Maria. “Pemergian akak bukannya bermaksud akak akan memutuskan hubungan akak dan Maria. Hubungan kita tetapi sama. Maria boleh hubungi atau melawat akak di sana bila-bila masa”
            “Abang Kadir memang bodoh. Kerana ego, dia memilih perempuan macam Kartika! Hah, sekarang ni memang padan muka Abang Kadir. Balasan dia.” Maria sengaja meninggikan suaranya. Dia tahu Abang Kadir sedang mendengar perbualan mereka. Disebabkan persitiwa semalam, Abang Kadir malu untuk berdepan dengan Kak Munirah.
            “Perkara yang dah berlalu, kita lupakan sahaja, Maria! Kami berkahwin disebabkan oleh orang tua kami. Akak reda dengan semua ini. Tiada secalit benci pun pada Dato’ Kadir. “
            “Jika kakak tidak membenci Abang Kadir, kenapa kakak tidak dapat menerima Abang Kadir kembali.”
            “Ya, memang akak tidak membenci Dato’ Kadir tetapi akak tidak dapat lupa apa yang pernah dia buat terhadap akak. Akak tak sanggup tempohi semua itu lagi. Biarlah hubungan suami isteri kami setakat ini sahaja. Akak tak mahu dia lakukan perkara yang sama pada Kartika. Biarlah akak seorang yang merasai segala keperitan itu. Insya-Allah, Kartika akan berubah satu hari nanti. Percayalah.” Munirah cuba menyakinkan Maria. Dia sedar niat Maria baik malah tujuannya adalah untuk menyatukan keluarga Dato’ Kadir.
            “Kakak!” Maria menggenggam erat tangan Munirah. Hatinya terasa berat untuk melepaskan Kak Munirah pergi.
            Deruan enjin kereta di halaman rumah mengejutkan mereka berdua. Matanya mereka tepat melihat ke arah pintu. Siapa yang datang? Pintu dibuka. Alisa, Aleya dan Alina meluru masuk.
            “Ibu, mana dia? Mana lelaki tu?” soal Alisa. Dia melihat ke arah ibunya. Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan. Segenap sudut ruang tamu itu diperhatikannya. Tiada sesiapa pun! Hanya ibu dan Auntie Maria sahaja.
            “Siapa dia yang kamu cari ni, Angah!” Dahi Munirah berkerut. Dia merenung mereka dengan penuh persoalan.
            Maria melihat wanita yang berbaju kemeja berbelang  merah putih. Alisa! Adalah dia yang Alisa maksudkan adalah Abang Kadir.
            “Aaaa…..” Alisa mulai tergagap-gagap. Anak matanya dilirik perlahan-lahan pada Aleya.
            “Nobody, ibu!” Aleya menjawab pada pihak Alisa.
            “Ya ke? Kamu bertiga jangan nak tipu ibu! Siapa yang Angah maksudkan tadi? Seperkara lagi, kenapa tadi masuk macam pencuri sahaja. Beri salam pun tidak! Apa nak jadi dengan kamu bertiga ni?” Munirah menggelengkan kepalanya. Dia malu pada Maria dengan sikap anak-anaknya yang semakin hari semakin melampau perangai mereka.
            “Kami minta maaf, Auntie Maria!” kata Aleya dengan segera. Matanya masih lagi mencari. Dia yakin Dato’ Kadir ada di sini.
            Maria hanya tersenyum.
            “Eh, Acu! Bukan ke tadi Acu keluar dating dengan Dr. Nazri tetapi macam mana pulak Acu boleh bersama dengan Along dan Angah?” soal Munirah hairan.
            “Ibu ni! Acu bukannya keluar dating dengan Dr. Nazri . Acu hanya teman Dr. Nazri keluar sahaja.” Tegas Alina. Ibu sama seperti Along dan Angah.
            “Terpulanglah!” Munirah mengeluh. Mereka bertiga ni ada bermacam-macam kerenah. Dia tahu Dr. Nazri ada hati pada Alina. Sikap Alina memang pelik Setiap lelaki yang akan mendekatinya pada dia akan mula menjauhkan diri sama seperti Aleya dan Alisa. Kenapa mereka bersikap begitu? Dahinya berkerut bila melihat gelagat Aleya dan Alisa yang seolah-olah sedang mencari sesuatu. “Apa lagi yang kamu berdua cari ni?” Munirah meninggikan suaranya.
            “Tak ada apa-apa, ibu!” ringkas jawapan Alisa. Dia tersengih.
           
            “Ibu, Along rasa kita perlu balik sekarang. Banyak barang yang barang yang belum pack lagi.”
            “Sekarang! Awal lagi. Biar ibu berborak dengan Maria sekejap lagi.” Kata Munirah.
            “Tak boleh, ibu! Tak sempat kalau pack malam nanti.” Alisa bersuara. Alina hanya mendiamkan diri. Dia hanya menjadi pemerhati.
            “Hish…budak-budak ni! Pagi tadi, kamu berdua beriya-iya sangat nak hantar ibu ke rumah Auntie Maria. Sekarang ni pulak, kamu berdua beriya-iya mengajak ibu balik. Apa kena dengan kamu berdua ni?” Munirah geram dengan perangai Aleya dan Alisa. Pagi tadi suruh aku berbual panjang dengan Maria. Apa kena dengan anak-anak aku ni?
“Kalau Along dan Angah nak balik, kamu bertiga balik dulu. Petang nanti ambil ibu balik.”
            “Tak boleh!” jawab Aleya dan Alina serentak. Ibu tak boleh berada di sini. Tidak sama sekali
            Munirah terus bangun. Dia tidak dapat menahan lagi. “Ya, Allah! Budak-budak ni! Cuba Along dan Angah beritahu ibu, kenapa ibu tak boleh duduk di sini? Beritahu ibu sekarang.” Muka Munirah sudah merah kerana menahan geram.
            “Sebab abang!” Kadir terus keluar dari tempat persembunyiannya. Munirah berpaling dan terkejut. Aleya dan Alisa hanya merenung lelaki yang menghampiri mereka yang berada di ruang tamu.
            “Rasanya mereka tahu abang berada di sini!” Kadir tersenyum ke arah mereka bertiga. Dia masih belum dapat membezakan mereka bertiga lagi. Hanya seorang dari mereka yang membalas senyumannya. Itu pasti Alina. Manakala 2 orang wanita yang merenungnya seolah-olah dia telah melakukan kesalahan besar.
            Munirah menoleh ke arah Aleya dan Alisa. “Jadi, inilah sebab kenapa Along dan Angah menyuruh ibu balik!”
            Aleya dan Alisa hanya mendiamkan diri. Pasti ibu tengah marah sekarang ini.
            Melihat kedua-dua orang anaknya itu mendiamkan diri, Munirah hanya mampu melepaskan keluhannya perlahan-lahan. “Baguslah! Awak ada di sini! Ada perkara yang Munirah ingin bincangkan! Malam ni selepas sembahyang isyak, awak jemput saya di rumah. Kita keluar makan.” Beritahu Munirah.
            “Apa!” jerit Aleya dan Alisa serentak. Suara mereka berdua begitu kuat .Kata-kata ibu mereka sebentar tadi mengejutkan semua orang. Alina, Maria dan Kadir turut sama tercengang.
            “Ya!” kata Munirah.
            “Kenapa ibu nak keluar dengan lelaki ni? Ibu nak berbaik semula dengan lelaki ni ke? Ibu demam ke?’ soal Alisa bertubi-tubi. Dia tidak berpuas hati.
            “Ibu ada sebab kenapa ibu perlu keluar dengan ayah kamu. Ini hal ibu. Ibu ada hak untuk buat apa saja yang ibu mahu.”
            “Kami takkan benarkan! Ibu sedar tak apa yang ibu hendak lakukan sekarang ini.” Aleya bersuara.
            “Ini malapetaka!” Alisa menyampuk.
            “Ibu ada sebab kenapa ibu nak keluar dengan ayah kamu. Kamu berdua tak berhak nak menghalang ibu.” Munirah merenung Aleya dan Alisa.
            Dahi Alina berkerut melihat mereka bertiga. It’s not good.
            “Kami tetap akan menghalang ibu dengan apa cara sekalipun agar ibu tidak akan keluar dengan lelaki tu.” Tegas Aleya.
            “Kamu berdua tetap tak mahu beri muka pada ibu ke?” Munirah sudah tidak dapat menahan kesabarannya. Munirah bangun dan menghampiri Aleya dan Alisa
            “Ya!” jawab Aleya dan Alisa serentak.
            “Baiklah! Kalau macam tu, ini yang kamu berdua nak kan!” Munirah mengetap bibirnya. Tongkat yang berada di tangan kanannya dilepaskan. Tanpa melengahkan masa, dia terus menarik telinga Aleya dan Alisa. “Kamu berdua tak pernah dengar cakap ibu.”
            “Sakit! Sakit!” jerit Alisa apabila telingan kananya ditarik oleh ibunya. Sakit!
            “Ibu! Aduh, sakit Ibu!” Aleya memegang tangan ibunya yang  menarik telinga kirinya.
            “Kamu berdua ni degil!” kata Munirah lagi.
            Alina menutup mulutnya menahan ketawa. Sudah lama dia tak melihat scene ini! Rasanya sudah 8 tahun, itulah kali terakhir ibu menarik telinga Along dan Angah. Mungkin kelakuan Along dan Angah hari ini membuat ibu hilang sabar.
            Mata Maria tidak berkelip melihat apa yang berlaku. Selama ini Kak Munirah seorang lemah-lembut, tenang dan jarang melihat dia memarahi orang. Sekarang ini wanita itu lain dari wanita yang dikenalinya dahulu.
            “Munirah! Lepaskanlah! Abang tengok dah lain macam muka mereka berdua tu.” Kadir risau. Wajah Aleya dan Alisa sudah berubah merah.
            “Abah, jangan risau!Along dan Angah sudah biasa dengan semua ini.” Alina ketawa. Itu la tak nak dengar cakap ibu, kan dah kena!
            “Awak! Kita jumpa malam ini. Maria, akak minta maaf sebab tidak dapat berborak panjang dengan Maria hari ini. Akak minta maaf atas kesulitan yang berlaku.” Bibir Munirah muncung kea rah Aleya dan Alisa. Telinganya masih belum melepas telinga Aleya dan Alisa. “Jom balik!” Munirah melepaskan telinga Aleya dan Alisa.
            Alisa dan Aleya akur dengan kata-kata ibunya. Mereka memegang telinga mereka yang masih sakit. Muka mereka muram. Aleya mengambil tongkat ibunya yang terjatuh dan diberikan pada ibunya. Aleya menjeling ke arah Kadir sebelum melangkah keluar dari rumah itu. Alisa membantu Munirah keluar dari situ.
            Alina terus menghampiri Auntie Maria dan Kadir. Dia bersalaman dengan mereka berdua. “Auntie, Lina balik dulu. Esok kita jumpa kat airport ye.” Pandangannya dialihkan pada ayahnya. “Abah jangan risau. Perkara ni normal bagi Along dan Angah.” Alina tersengih. Dia melangkah laju meninggalkan mereka. Dia bimbang Aleya akan meninggalkannya.
            Maria memandang ke arah Kadir. Dia tiba-tiba ketawa. “Family abang lucu la.” Bila teringatkan peristiwa tadi, dia tidak menahan diri dari ketawa. Ingatkan selama ini tiada siapa yang dapat menjinakkan Aleya dan Alisa. Rupanya dalam diam, kak munirah ni berisi jugak
            Kadir hanya tersenyum. Dia menyesal kerana telah mensia-siakan masa selama 25 tahun tanpa mengenali mereka bertiga. Bagaimana wajah mereka ketika berusia 1 bulan, setahun, 10 tahun dan 13 tahun. Dia sudah terlepas semua itu. Hatinya sebak bila mengingatkan mereka berempat akan meninggalkan dirinya. Dia teringat kata-kata Munirah. Mesti Munirah ingin membincangkan tentang penceraian kami! Kadir mula susah hati.
          

Tuesday, March 1, 2011

BAB 33

            “Kaki Munirah masih sakit lagi ke?” soal Kadir merenung wanita yang sedang memasak itu. Walaupun sakit, Munirah tetap memasak.
            “Sikit sahaja. Hmm..terima kasih sebab bagi bunga ros tu. Lain kali tak payah susah-susah beri bunga pada Munirah. Membazir sahaja.” Tangannya masih ligat mengacau gulai nangka yang dimasaknya.
            “Apa yang susahnya! Selama ini abang tak pernah beri apa-apa pada Munirah. Hanya sekadar bunga sahaja. Munirah suka tak?”
            “Macam mana nak suka? Bunga ros bukan bunga kesukaan ibu. Ibu suka orkid bukannya ros. “ Alisa tiba-tiba menyampuk. Dia terus mengambil lauk untuk dihidangkan di ruang makan. Sakit hatinya melihat ibunya berdua-duaan dengan lelaki itu. Alisa sekilas memberi jelingan pada lelaki itu sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.
            “Hish…budak bertuah ni! Awak jangan dengar cakap Alisa tu.” Munirah mengeluh kuat. Semakin hari perangai anak daranya itu memeningkan kepalanya.
            “Abang tak tahu Munirah suka Orkid. Esok abang beri Munirah bunga Orkid ye.” Wajah Kadir berubah. Dia rasa bersalah. Bunga kesukaan Munirah pun aku tak tahu. Aku main agak sahaja.
            “Awak tak payah beri saya apa-apa pun. Hari Rabu ni Munirah akan balik ke London. Apa-apa pun Munirah tak nak.”tutur Munirah dengan lembut. Matanya masih melihat ke arah periuk yang mengandungi masakan gulai nangka itu. Dia tak berani bertentangan mata dengan Kadir. Dia takut dia akan lemah. Cintanya pada lelaki itu tetap tidak pudar.
            “Boleh tak Munirah tinggal di sini lebih lama lagi? Munirah beritahu sahaja apa yang abang perlu lakukan supaya Munirah dan anak-anak tinggal di sini. Apa sahaja?” rayu Kadir. Dia masih berharap. Selagi Munirah tidak pulang ke London, dia masih ada masa dan peluang untuk mengubah fikiran Munirah.
            “Awak!Keputusan kami tetap tidak akan berubah. Pemergian kami untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Bermacam-macam masalah akan timbul jika kami masih berada di sini. Munirah tidak ada pernah menghalang awak berjumpa dengan anak-anak. Walauapa yang terjadi mereka tetap anak-anak awak. Awak ayah kandung mereka, Awak berhak.” Munirah cuba tersenyum.
            “Abang nak Munirah dan anak-anak. Itu sahaja yang abang nak.”
            “Topik ni lagi! Tak ada topic lain lagi ke?” Alisa terus menarik kerusi di dapur dengan kasar. Dia tak boleh biarkan ibu berdua dengan lelaki itu. Dia bimbang ibu akan mengubah fikirannya.
            “Angah!”
            “Makanan sudah siap dihidangkan. Ibu, gulai nangka dah masak ke belum?” Wajah Alisa serius.
            “Lagi 2 minit akan siap.”
            Kadir tersenyum melihat gelagat Alisa. Terlalu protective. “Angah, suka makan apa?” soal Kadir.
            “Western food.” Jawab Alisa.
            “Alisa ni sebenarnya semua makanan dia makan. Tolak kayu dan batu sahaja dia tak makan. Masakan kampung macam gulai nangka, rebung masak lemak, acar dan macam lagi. Kalau tak ada salad dan sambal belacan, jangan harap dia nak makan.” Beritahu Munirah.
            “Ibu!” Alisa membuat mimic muka. Ibu ni bocor rahsia orang.
            “Suka makanan kampung rupanya. Ingat lidah orang putih.” Zahari mencelah. Dia terus duduk di kerusi yang bersebelahan Alisa.
            Alisa berdehem berberapa kali. “Tiba-tiba saja ada lalat besar di dapur ni! Ibu, mana Shelltox ? Nak sembur lalat ni!”
            “Shelltox! Sekejap!” Zahari bangun dan terus membuka pintu cabinet yang berdekatan dengan peti sejuk. Sebotol Shelltox diambilnya. “Mana lalatnya?” soal Zahari terus menyembur pada kaki Alisa.
            Alisa terkejut dan terus bangun. “You!” Alisa menunding jari ke arah Zahari.
Dia tahu Zahari sengaja menyembur ke arahnya.
            “Yes!” Zahari tersenyum kambing.
            Alisa berjalan mendekati Zahari. Alisa cuba menarik botol Shelltox  dari tangan Zahari. “Aku tahu kau sengaja kan!”
            “Ya.” Jawab Zahari. Tangan Zahari memegang erat botol Shelltox apabila Alisa cuba merampas botol itu darinya.
            “Aku tahu apa agenda kau yang sebenarnya.” Alisa mengetap bibirnya. Dia masih cuba menarik botol itu. Tenaga Zahari memang kuat. Walauapapun aku mesti rampas botol ni, biar aku sembur Shelltox ni pada muka lelaki ni.
            “Aku pun tahu agenda kau yang sebenarnya, Alisa.” Zahari menarik Shelltox itu agar dekat padanya. Dia takkan mengalah pada wanita itu. Zahari menghampiri Alisa. Wajahnya mereka semakin dekat. Masing-masing tak ingin mengaku kalah.
            “Ini Alisa! Aku sanggup guna apa cara sekalipun agar rancangan kau gagal. Faham tak!” Alisa merenung tepat ke arah Zahari. Wajahnya didekatkan lagi pada Zahari.
            “Begitu juga aku. Aku akan pasti Uncle Kadir dan Auntie Munirah bersatu semula.”
            “Kau!” Tangan Alisa bergetar menahan geram. Botol Shelltox masih tidak lepas dipegangnya.
            Munirah dan Kadir terkebil-kebil merenung mereka berdua. Apa kena dengan budak-budak ni? Berebut botol Shelltox?
            “What’s going on here?” kata Aleya yang tiba-tiba muncul di dapur. Dia merenung Alisa dan Zahari. Dekatnya!
            Alina turut sama ada di situ. “Wah, dekatnya! Kalau nak ehem..ehem…pun, tunggu la kahwin dulu.” Usik Alina. Rasanya jarak muka mereka 3cm kot.
            Alisa terkejut. Dia baru sedar wajahnya begitu dekat dengan wajah Zahari. Dia terus melepaskan botol Shelltox secara tiba-tiba. Jantungnya berdegup kencang apabila dirinya dekat dengan lelaki itu.  “Pervert guy!” jerit Alisa terus berlalu keluar dari dapur. Wajahnya merah.
            Zahari tergamam. Dahinya berkerut. Dia tak faham apa yang berlaku. Pervert guy!
            Aleya hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Pandangannya dialihkan pada ibunya. Kenapa la lelaki ni selalu melekat dengan ibu? Teruk la kalau macam ni.
            Alina masih tersenyum merenung Zahari. Nampaknya ada peluang Abang Zahari menjadi abang ipar aku!
            “Ibu, gulai nangka dah siap ke belum? Semua lauk dah siap dihidangkan. Kalau sejuk, nanti tak sedap. Dato’ Kadir, saya rasa ini bukan tempat Dato’ kan!”
            “Ehemm….ramai betul bodyguard yang menjaga Munirah.” Kadir tersenyum dan berlalu pergi. Kadang-kala dia terasa lucu dengan perangai anak-anaknya.
            “Acu tolong ibu!” arah Aleya.
            “Ok!” Alina segera berjalan mendekati ibunya. Mangkuk kosong diambilnya untuk meletakkan gulai nangka yang telah dimasak oleh ibunya.
            “En Zahari, lunch sudah sedia.” Aleya merenung lelaki itu.
            “Hmm…Baiklah!” Zahari terus meletakkan botol Shelltox kembali ke tempat asalnya. Langkahnya diatur meninggalkan mereka bertiga. Dia dapat merasakan aura seram dari Aleya. Patut la Alisa dan Alina takut pada Aleya. Auranya boleh buat bulu roma aku berdiri tegak.
            “Tengok tu, ibu! Singa betina sudah menjelma.” Alina tersengih bila melihat Zahari seolah-olah takut pada Aleya.
            “Cepat! Masukkan gulai tu dalam mangkuk. Sudah pukul 12.30 tengah hari dah. Jangan buat tetamu tertunggu lama.” Tegas Aleya.
            “Baiklah!” akur Alina. Suara Along dah boleh buat aku kecut perut.

                        *************************************************

            “Ibu duduk di sini!” kata Aleya menarik kerusi supaya ibunya duduk bersebelahan dengannya. Dia tak mahu ibunya duduk di sebelah lelaki itu.
            Munirah melepaskan keluhannya. Kata-kata Aleya diturutkan sahaja.
            Iskandar hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Mengawal tak kena gaya. Kadir hanya memerhati. Jika aku nak ambil hati Munirah, aku kena ambil hati Alisa dan Aleya dahulu.
            Setelah Munirah duduk, Alisa dan Aleya duduk di sebelah ibunya. Alina menggaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali.
            “Tak sangka pula Auntie Munirah ada bodyguard. Agaknya kalau Auntie pergi toilet, mereka ni pasti ikut.” Zahari bersuara.
            “Itu semestinya. Orang kata air yang tenang tidak semestinya tiada buaya. Kita perlu mencegahnya dari berlaku. Betul tak, Along?” Alisa menoleh ke arah Aleya. Aleya yang tersenyum sinis sambil matanya tepat merenung Zahari.
            Zahari menelan air liurnya. Kelat! Dia terus mati kata-kata sebaik sahaj Aleya merenung ke arahnya.
            “Aiii…kenapa kau tiba-tiba diam ni?” soal Iskandar. Hairan.
            “Lidah aku ni tiba-tiba saja jadi keras bila Aleya tengok aku macam tu.” Zahari membisik perlahan.
            Iskandar hanya tersenyum. Dia melihat ke arah Aleya  Sifatnya yang suka mendiamkan diri kadang kala membuat orang rasa gementar.
            “Hmmm…jemput la makan! Jangan malu-malu. Masakan kampung saja.”Munirah bersuara.
            “Banyak betul auntie masak! Memang patut pun Auntie jadi Chef kat London.”
Puji Dr.
Nazri. Hampir meleleh air liurnya melihat rebung masak lemah yang berada di hadapannya.
            “Biasa-biasa saja. Makan la.” Munirah tersenyum. Hatinya gembira melihat ramai tetamu datang makan tengah hari bersamanya hari ini. Meriah! Selalunya kalau makan mereka berempat sahaja.
            Iskandar menggaul nasi yang dipenuhi dengan gulai nangka dan ikan goreng yang diambilnya sebentar tadi. Nasi itu disuapkan ke mulut. Air mukanya berubah apabila dia mula mengunyah. Matanya bulat. Masinnya. Jika dia nak buang , apa kata Auntie Munirah nanti. Perlahn-lahan dia menelan nasi tersebut. Iskandar melihat nasi di pinggannya. Garam! Iskandar terus melihat kea rah Aleya yang duduk bertentangan dengannya. Ini mesti kerja Aleya. Aleya hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Iskandar melihat Zahari yang begitu selera makan. Dahi Iskandar berkerut.
            “Kenapa Is?’ soal Zahari.
            “Nasi aku ada garam.” Bisik Iskandar.
            “Garam! Nasi aku tak ada pun.” Jawab Zahari. Dia melihat pinggan miliknya. Tiada apa-apa pun.
            Iskandar menolak pinggannya agar dekat pada Zahari. Bulat mata Zahari melihat timbunan garam pada bawah nasi.
            Zahari terus mencapai gelas sirap di sebelahnya. Sebaik sahaja dia minum, wajahnya berubah. Pandangannya dialihkan kea rah Iskandar.
            Iskandar hairan! “Kenapa?”
            “Manisnya! Ini bukan air sirap tetapi air gula.” Bisik Zahari. Dia merenung gelas yang berisi air sirap. Entah berapa senduk mereka letak air gula di dalam air ini.
            “Pasti mereka kenakan kita.” Kata Iskandar.
            “Zahari! Is! Kenapa tak makan?” soal Maria hairan.
            “Mungkin nasi tak cukup kot. Nak tambah lagi ke?” jawab Aleya secara tiba-tiba. Dia terus menambah nasi ke dalam pinggan Iskandar. Iskandar terkejut. “Jemput la makan! Jangan segan-segan.” Aley tersenyum. Sekarang giliran kau pula makan nasi garam.
            Bibir Iskandar terketar-ketar menahan geram. Ingin marah tetapi apa kata Auntie Munirah dan Uncle Kadir. Perlahan-lahan Iskandar cuba mengukir senyuman. “Terima kasih!”
            “Zahari, air awak nak air lagi ke? Gelas tu kecil pasti tak cukup kan.” Alisa bangun dan terus mengambil mug di sisinya dan diletakkan pada Zahari.
            Zahari tercengang. Besarnya mug! Pasti ini bukan air sirap tetapi air gula lagi. Mereka memang berniat nak kenakan aku dan Is. Ternyata mereka berdua bukannya orang yang normal. Mampus aku nak habis satu mug ni! Tak pasal-pasal aku kena kencing manis nanti. Gula dan Garam!
            Alina melihat telatah kakak kembarnya. Hmm…nampaknya Abang Is dan Abang Zahari dah terkena. Sebaik-baiknya lebih baik jika Abang Is dan Abang Zahari tidak cari pasal dengan Along dan Angah. Mereka berdua ni tidak normal. Entah apa yang Along dan Angah letak dalam nasi dan air mereka berdua. Mungkin garam dan gula. Alina tersenyum sendirian.

                        **********************************************

            Alisa meletakkan sepinggan buah epal dan buah lai di atas meja di ruang tamu.
            “Terima kasih, Angah!” Kadir tersenyum. Dia cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan Alisa dan Aleya.
            “Dato’ pasti ke saya ni Alisa!” kata Alisa.
            Kata-kata Alisa membuatkan Kadir tercengang. Aku tersalah lagi ke? Dia mulai keliru
            “Angah!” tegur Munirah. Dia tahu Alisa sengaja ingin menduga Dato’ Kadir.
            “Yang berdiri di hadapan Uncle sekarang ni adalah Alisa. Dia sengaja nak peningkan kepala Uncle. Untuk pengetahuan Uncle, senang saja nak bezakan mereka bertiga. Berdasarkan kepada pemerhatian Zahari, mereka bertiga ni mempunyai style rambut yang berbeza. Alina selalu melepaskan rambutnya malah Alina juga sering memakai cekak di kepalanya. Alisa pula, dia sering menyanggulkan rambutnya. Manakala Aleya, dia selalu mengikat rambutnya. Sekarang ni, yang berdiri di hadapan kita adalah wanita yang menyanggul rambutnya. Ini bermakna dia adalah Alisa, betul kan!”
            Alisa memandang Zahari dengan hati yang panas membara. Lelaki ini memang tak serik lagi ke? Sepatutnya aku letak satu paket gula dalam mug air tadi.
            “oooo…di sini rupanya perempuan tak tahu malu ni menyembunyikan diri.” Kata Kartika apabila kakinya melangkah masuk ke banglo itu malah diiringi 2 orang anak perempuannya. Matanya bulat melihat suaminya yang turut sama berada di situ. “Apa abang buat di sini?” soal Kartika dengan suara yang lantang.
            Kadir bangun. “Salah ke aku nak melawat isteri dan anak-anak aku? Selama ini aku pergi mana, ada kau peduli?”
            “Kartika, sabar! Jangan salah faham.” Munirah bangun.
            “Kau diam! Kau Memang sengaja jemput suami aku ke sini sebab kau nak jerat dia supaya balik ke pangkuan kau kan! Kau ingat aku tak dapat baca helah kau ke?” jerit Kartika.
            “Kartika, sumpah kakak tak pernah fikir macam tu. Kakak jemput Dato’ Kadir sebab hari Rabu ni, kami akan pulang ke London. Kakak ingat selesaikan segala-galanya sebelum kakak pergi. Kakak takkan rampas apa yang telah menjadi milik Kartika.”
            “Bohong! Kau ingat aku budak-budak lagi ke? Nak percaya cakap kau bulat-bulat.” Marah Kartika.
            “Munirah masih isteri aku! Aku ada hak nak datang ke sini.” Tegas  Kadir. Perangai Kartika sudah melampau. Macam mana aku boleh mengahwini wanita ini?
            “Abang!”
            “Papa sedar tak tujuan mereka sebenarnya adalah untuk mengikis harta papa? Mereka ni parasit.” Sofea bersuara.
            “Parasit! Hey, siapa yang sebenarnya yang prasit ni? Keluarga kau ke keluarga aku, hah! Selama kami tinggal di sini, satu sen pun duit Dato’ Kadir , kami tak pernah guna jika nak dibandingkan dengan keluarga kau. Entah berapa juta keluarga kau belanja. Keluarga kau tu yang parasit sebenarnya.” Alisa bersuara. Dia geram dengan Sofea yang menuduh keluarganya.
            “Mama, tengok! Dia kata kita parasit, mama!” Sofea mengadu pada ibunya.
            “Macam ini kau didik anak kau? Tak ada budi bahasa langsung.” Kartika merenung wanita berambut sanggul itu.
            “Jangan nak salahkan ibu aku pulak! Anak kau pun apa kurangnya! Kurang ajar! Tak ada budi bahasa langsung. Jika nak bandingkan antara aku dan anak kau, aku lebih baik lagi.” Kata Alisa.
            “Angah! Jaga sikit bahasa tu. Jangan cakap lepas sahaja.” Tegur Munirah.
            Kadir merenung Alisa. Dia memang berbeza dari Alina. Jika Alina, dia pasti akan mendiamkan diri. Sifatnya seperti Munirah manakala Alisa lantang bersuara. Apa yang dia tidak puas hati, dia akan suarakannya
            “Ibu, orang macam mereka ini kalau kita buat baik pun, mereka takkan hargai walau sedetik pun. Buang masa sahaja. Betul tak, Acu?” Alisa menoleh kea rah Alina yang baru saja keluar dari daput.
            Langkah Alisa menjadi kaku melihat kehadiran 3 orang tetamu di rumah itu. Dia baru sahaja selesai membasuh pinggan di dapur. Masalah besar ni. Wajahnya pucat.
            “Mama, ada dua orang Alina!” Suhaila terkejut.
            Kartika tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Memang benar ada 2 orang Alina.
            “Mama, kan Sofea sudah cakap! Alina ni ada kembar sebenarnya.”  Kata Sofea. Pada mulanya ibu tidak percaya, sekarang bila ada di depan mata baru ibu tahu aku tidak berbohong.
            “I’m Alisa! Kembar Alina.” Alisa tersenyum. Dia mendekati Alina dan meletakkan tangannya di bahu Alina. “Tetapi kau bertiga belum mengenali seorang lagi kembar kami iaitu Aleya! Kakak kembar kami.”
            “Apa!” Kartika terkejut besar. Kakak kembar kami!
            “Ya! I’m Aleya. Kakak kembar Alisa dan Alina. Akhirnya kita dapat berjumpa secara face to face tanpa perlu menggunakan identity Alina.” Aleya keluar dari dapur. Langkahnya diatur kemas mendekati adiknya. Tiada secalit senyuman di bibirnya
            “Mama! Satu! Dua! Tiga! Mereka ada tiga.” Suhaila menunding kea rah mereka bertiga.
            Bibir Kartika terketar-ketar menahan geram. Tiga! Aku bermimpi ke? Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Ketiga-ketiga wanita ini memang seiras.
            “Aleya, Alisa dan Alina adalah anak aku dan Munirah. Yang kau kenal selama ini hanyalah Alina tetapi aku pasti kamu bertiga pernah berjumpa dengan Alisa dan Aleya melalui identity sebagai Alina.” Kata Kadir dengan bangga. Akhirnya dia dapat memperkenalkan anak-anaknya pada Kartika, Sofea dan Suhaila. Kewujudan Aleya, Alisa dan Alina perlu diketahui umum. Mereka berhak dikenali sebagai anak aku. Pewaris harta aku!
            “Hanya kami sahaja yang tidak tahu kewujudan mereka berdua.” Kartika menunding jarinya tepat pada Aleya.
            Aleya mengatur setapak ke hadapannya. “Perlu ke Datin tahu tentang kami? Tentang kami Datin jangan risau. Jika Datin tidak mengacau keluarga kami, kami takkan mengganggu keluarga Datin.”
            “Jadi kau sedang mengugut aku sekarang ni ke?” Kartika merenung tepat pada wanita yang mengikat rambut itu. Wajahnya selamba dan serius.
            “Ini bukan mengugut tetapi sebagai amaran. Peringatan jika lebih tepat lagi. Pasti Datin tak mahu nama Datin atau anak-anak Datin terpampang di dada akhbar lagi.”
            “Maksudnya, hari itu adalah kerja kau kan!”
            “Ya! Saya boleh buat lebih teruk dari itu lagi, Datin. Saya boleh buat Datin kehilangan segala-galanya. Jadi jangan sesekali bermain dengan keluarga kami kerana semua rahsia Datin, saya tahu termasuklah….”  Aleya tersenyum
            Bulat mata Kartika mendengarnya. Apa maksudnya? Adakah dia tahu rahsia yang selama ini hanya aku sahaja yang tahu. Mustahil.
            “Kau!” Sofea terus mendekati Aleya. Dia ingin menampar Aleya tetapi Aleya sempat mengelak. Tangan kanan Sofea dipegang dan dikilas ke belakang.
            “Sakit! Mama, sakit!” jerit Sofea mengerang kesakitan.
            “Kakak!” jerit Suhaila melihat air muka Sofea berubah merah.
            “Apa! Tak sakit!” Aleya menarik tangan kanan Sofea dengan kuat. Biar dia rasa.
            Suhaila cuba untuk menolong Sofea tetapi dihalang oleh Alisa.
            “Nak ke mana?  Atau kau pun nak turut sama merasai apa yang kakak kau rasa sekarang ni!”
            Suhaila menelan air liurnya perlahan-lahan. Dia melihat ke arah Sofea yang masih mengerang kesakitan.
            “Along! Cukup!” tegas Munirah. Aleya sudah melampau kali ini.
            “Kau dan anak-anak kau memang penghancur kebahagian aku!” marah Kartika. Dia melangkah mendekati Munirah. Hari aku mesti ajar wanita ini supaya dia sedar di mana dia berpijak sekarang ini. Langkah terhenti apabila ada seseorang menghalang perjalanannya.
            “Cukup, Kartika! Jangan buat kecoh di sini! Aku beri amaran pada kau, jangan ganggu Munirah dan anak-anak aku lagi. Jika tidak jangan harap nama kau ada dalam wasiat aku, satu sen pun kau takkan dapat. Kau sepatutnya sedar status kau! Kau hanya isteri kedua aku.”
            Kartika terpana dengan kata-kata suaminya. Hatinya menjadi sebak secara tiba-tiba. Air matanya mula bergelinangan. “Abang sudah lupa ke siapa yang bersama abang selama 25 tahun ini?”
            “Ya, aku tak pernah lupa siapa yang berada di samping aku selama ini. Kau yang bersama aku selama ini tetapi aku takka pernah lupa apa yang kau pernah buat pada aku selama 25 tahun. Kau tak layak menjadi isteri aku. Kau tak pernah ikhlas mencintai aku, kau hanya mencintai duit, harta dan status aku sahaja. Kau ingat aku tak tahu apa yang telah kau buat di belakang aku. Kau ingat aku buta ke?”
            “Abang!”
            “Balik! Bawa anak-anak kau balik. Sekali lagi aku beri amaran pada kau, jangan ganggu isteri dan anak-anak aku lagi, Jika aku dapat tahu kau dan anak-anak kau masih mengganggu anak-anak aku lagi, kau tunggu dan lihat apa aku akan lakukan pada kau. Aku telah melakukan kesilapan besar apabila aku menjadikan kau sebagai isteri aku. Sekarang ni kau tiada apa-apa makna dalam hidup aku,” Tegas Kadir. Dia harus melindungi Munirah dan anak-anaknya.
            Aleya melepaskan Sofea dengan kasar. Sofea memegang tangannya yang sakit itu dan terus mendekati ibunya.
            Kartika melihat orang disekelilingnya yang memerhati ke arahnya. Pandangan mereka terhadap Kartika telah memberi jawapan tentang pandangan mereka terhadapanya. Tiada siapa yang menyebelahi dirinya.
            “Mama!”Suhaila memegang lengan ibunya yang masih kaku membisu. Air matanya deras mengalir.Ternyata dirinya sudah tiada lagi di hati lelaki itu. Pandanganya dialihkan tepat pada Munirah yang sedang melihat dirinya. Kau ingat kau akan dapat memiliki suami aku kembali ke? Tidak, aku tak benarkan.
            “Auntie, Is rasa lebih baik jika auntie beredar dari sini.” Iskandar bersuara.
            “Abang Is! Halau kami ke?” Sofea bersuara. Sakit hatinya bila kekasihnya sendiri menyebelahi mereka.
            “Ini untuk kebaikkan semua pihak.” Jelas Iskandar. Dia menoleh ke arah Aleya yang diam membisu. Iskandar perasaan dahi Aleya berkerut.
            “Mari kita balik! Tetapi kau perlu ingat Munirah, aku takkan mengalah pada orang seperti kau.” Kartika terus menarik tangan anak-anaknya supaya beredar dari situ.
            “Tapi ibu….” Suhaila hairan kenapa ibunya ingin pergi begitu sahaja. Mereka berempat ini belum diajar lagi.
            “Balik!” Kartika terus mengheret tangan Suhaila supaya mengekorinya.
            “Lelaki! Bila habis manis, sepah terus dibuang.” Aleya bersuara sebaik sahaja melihat kelibat Kartika dan anak-anaknya sudah hilang dari pandangannya. Aleya terus melangkah beredar dari situ. Ya, keadaan ini takkan berakhir lagi! Selagi aku, ibu dan adik-adik aku masih belum menjejakkan kaki di dalam kapal terbang, kami belum lagi selamat. Pasti dendam Datin Kartika pada ibu semakin menebal. Kerana dengki dan cemburu, mereka sanggup buat apa sahaja.
            Kadir terkejut dengan kata-kata Aleya. Pasti kata-kata tersebut ditujukan pada dirinya.
            Alisa melepaskan keluhan dengan kuat. “Nampaknya malam ini kena berjaga lagi!”  Alisa mengekori Aleya.
            “Abah tahu tak, kata Abah tadi telah mengguris perasaan Datin Kartika. Walau seburuk mana pun perangai Datin Kartika, abah adalah suaminya. Abah tak berhak cakap begitu pada Datin Kartika.”  Alina begitu kecewa dengan sikap ayahnya. Dia berjalan meninggalkan mereka semua. Mungkin inilah sebabnya kenapa Along dan Angah tidak membenarkan ibu bersama semula dengan abah. Mereka bimbang ibu akan terluka lagi.
            “Alina!” Kadir terkejut. Adakah kata-kata aku tadi melampau? Kadir menoleh pada Munirah.
            “Kata Alina memang benar! Apa yang awak lakukan sekarang ini adalah sepertimana yang awak pernah lakukan pada Munirah dahulu? Munirah  pernah rasa apa yang Kartika rasa sekarang ni. Munirah rasa perkara yang perlu awak lakukan sekarang ini adalah meminta maaf pada Kartika. Dia mesti tengah sedih sekarang ni. Awak pujuklah dia. Bincang elok-elok. Awak ada rumahtangga yang perlu awak selamatkan. Belum terlambat lagi.” Munirah tersenyum. Langkahnya diatur meninggalkan Kadir yang masih kebingungan. Iskandar, Zahari  dan Dr. Nazri hanya diam mebisu
            Maria mengeluh dengan kuat. “Abang tak pernah berubah. Macam mana Kak Munirah nak percaya pada abang” Maria menggelengkan kepalanya. Dia juga kecewa dengan sikap abang sepupunya itu.
           
           

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...