Saturday, October 22, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 12

BAB 12

            Aril melangkah dengan kemas menuju ke kereta Ferrari Enzo berwarna putih miliknya. Dia memegang sebuah beg yang berisi baju ibunya. Dia balik ke rumah untuk mengambil beberapa helai baju ibunya. Kemungkinan malam ini mama akan bermalam di hospital. Atuk dah pun berada di sana. Langkah Aril terhenti. Deringan telefon bimbit miliknya memecah kesunyian di malam itu. Nama Aina tertera di skrin telefon Samsung Wave miliknya.
            “Assalammualaikum!”
            Aina menarik nafas lega sebaik saja mendengar suara abangnya. Sejak mendengar cerita Tengku Fazira, jantungnya berdegup kencang. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya. Jiwanya tidak tenang selagi tidak mengetahui keadaan ibunya sekarang ini. “Waalaikummussalam. Abang, bagaimana dengan mama? Is she all right?”
            “Fine!”
            “Mama jumpa dia ke?” soal Aina secara tiba-tiba. Dia dapat merasakan apa yang terjadi disebabkan oleh Tahir. Nama lelaki yang sangat dibencinya malah nama itu tidak mungkin dia akan lupa sepanjang hayatnya.
            Aril terdiam seketika. Dia hairan bagaimana Aina tahu. “Ya. Macam mana Aina tahu?”
            Ada sumber-sumber yang boleh dipercayai yang memberitahu Aina. Apa dia buat di sini? Apa dia nak dari ibu?”
            Aril mengeluh. Kepulangan Tahir kali ini menyebabkan luka yang pernah sembuh selama ini berdarah kembali. Jiwa yang kini tenang, bergelora kembali. “Dia nak buka cawangan syarikat perlancongannya di Malaysia.” Aril tidak memberitahu Aina yang Tahir ingin berjumpa dengan mereka berdua kerana dia tahu apa yang akan berlaku.
            “Kenapa tiba-tiba saja dia nak buka cawangan di sini? Nak menunjuk pada kita yang dia sudah kaye ke?”
            “I don’t know, sis. Mama terserempak dengan dia di Majlis Amal Mutiara malam tadi dan keadaan menjadi huru-hara. Nasib baik atuk ada. ” Datuk telah menceritakan segala-galanya padanya.
            “Sekarang abang di mana?”
            “Di rumah. Ambil beberapa barang keperluaan mama. Kemungkinan mama akan bermalam di hospital.”
            “Apa! Hospital mana? Nanti Aina datang jaga mama.”  Aina terkejut apabila mendengar perkataan hospital. Serius sangat ke? Aina mula bimbang. Dia tahu mama ada penyakit darah tinggi.
            “No. She’s fine. Esok mama dah boleh keluar hospital. Jangan risau. Tak ada apa-apa. Oklah, abang dah lambat ni. Mesti atuk tertunggu-tunggu. Lain kali abang akan call Aina lagi.” Aril tersenyum. Tangannya membuka pintu kereta Ferrari Enzo. Beg pakaian diletakkan di dalamnya.
            “Baiklah. Kirim salam pada mama dan atuk.”
            “Baiklah. Aina jaga diri baik-baik ye.” Pesan Aril sebelum menamatkan perbualan mereka berdua.
            Aina menarik nafas sedalam-dalamnya. Kini dia boleh bernafas. Aina mendongak ke langit. Tiada bintang pada malam ini. Awan gelap mula berarak menuju destinasi. Mungkin malam ni nak hujan. Hembusan angin di luar rumah itu membuat Aina membetulkan tudung yang dipakainya. Sejuk. Lebih baik aku masuk. Aina berpaling. Dia terkejut apabila Tengku Fauziah berdiri di belakangnya. Badannya kaku.
            “Sharifah Aina Aishah Bt Syed Ridzuan”
            Wajah Aina pucat. Dia menelan air liurnya. Kelat! Bagaimana nenak tahu nama penuh aku. Aina gelisah. Identitinya sudah terbongkar. Tiada secalit senyuman di bibir Tengku Fauziah. Serius.

                                    **************************************

            Aina berdiri tegak. Dia menundukkan kepala. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Tengku Fauziah. Badannya seram sejuk. Pasti nenek marah sebab aku menipu siapa diri aku yang sebenarnya. Sudah hampir 5 minit, aku berdiri di sini. Nenek masih berdiam diri. Situasi ini membuat Aina berasa dirinya berada di tempat yang sempit. Suasan sunyi sepi di bilik bacaan itu. Aina menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia perlu kekuatan untuk memecah kesunyian di antara mereka berdua. “Nenek, sebenarnya Aina…..”
            “Akhirnya Aina bersuara juga.” Tengku Fauziah tersenyum.
            Mulut Aina sedikit ternganga apabila melihat reaksi Tengku Fauziah. Tiba-tiba saja tersenyum.
            “Kenapa Aina tak beritahu nenek yang Aina merupakan cucu Tan Sri Syed Abu Bakar?”
            “Nenek kenal atuk?” Aina terkejut. Dia tak pernah tahu pun yang atuk mengenali Tengku Fauziah. Kebanyakkan kawan atuk adalah lelaki.
            “Kami sudah kenal lama. Arwah suami nenek dan atuk Aina berkawan sejak bangku sekolah lagi. Selepas arwah suami nenek meninggal, kami sudah jarang berjumpa lagi. Mungkin kerana Aina masih kecil pada waktu, Aina dah lupa yang Aina selalu datang ke rumah nenek bersama Aril. Kamu berdua adalah teman sepermainan Haikal ketika itu.”
            Dahi Aina berkerut. Haikal! “Maksud nenek, Aina dan Haikal pernah kenal sebelum ini?” Aina seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Aku dan Haikal!
            “Ya. Mungkin waktu tu, Aina masih kecil lagi. Aina tidak ingat semua itu. Selepas Aina mengikut keluarga Aina berhijarah ke New York,  kita sudah tidak berjumpa lagi tetapi nenek ada juga dengar cerita mengenai Aril dan Aina dari Abang Bakar.”
            Dahi Aina berkerut. Macam tak percaya saja yang dahulunya aku dan Haikal pernah berjumpa. Hmmm….Sebelum aku ke New York, umur aku 6 tahun.  Aina cuba mengingati. Memorinya semasa umur 6 tahun masih lagi samar-samar.
            “Mamee Monster.” Kata Tengku Fauziah secara tiba-tiba.
            Aina menggangguk kepalanya dengan laju. Dia sudah ingat. Mamee Monster adalah nama timangannya. Itu pun diberi oleh Haikal. “Jadi budak lelaki yang suka menangis tu adalah Haikal.”
            Tengku Fauziah tersengih.
            Aina menepuk tangannya beberapa kali. Ketawanya semakin kuat. Dia sudah mengingatinya. Memang kelakar bila mengenangkan kenangannya bersama Haikal semasa kecil dulu. Dia suka membuli Haikal. Apa saja katanya Haikal pasti akur dan mengikutnya tanpa membantah. Disebabkan itu, Aril selalu memarahi dirinya kerana membuli Haikal. “Aina ingat nenek!”
            “Jadi Aina sudah ingat.”
            “Ya! Ya! Tak sangka kami boleh berjumpa lagi.” Wajah Aina yang putih itu berubah merah. Cermin matanya ditanggalkan.
            “Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Aaaa…nenek nak tanya sesuatu! Aina ada adik ke? Kamalia? Siapa Kamalia? Setahu nenek, kamu berdua saja anak Mawar.”
            Ketawa Aina tiba-tiba terhenti. Setiap kali mendengar nama Arwah Kamalia, darahnya seperti terhenti mengalir. Peristiwa yang pernah menimpa keluarganya tidak pernah dilupakan.
            Tengku Fauziah melihat perubahan wajah Aina. Aku sudah tersalah cakap ke?
            “Kamalia adalah kawan baik Aina sejak sekolah rendah lagi. Kami sangat rapat. Semasa Kamalia berumur 13 tahun, ibu bapanya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Dia anak tunggal dan tiada saudara mara yang lain. Aina tak sampai hingga melihat dia tinggal di rumah anak-anak yatim. Jadi Aina mengajak Kamalia tinggal bersama kami. Atuk, mama dan abang pun tak kisah.” Aina cuba menahan sebak di hatinya. Aina cuba mengawal agar air matanya dari mengalir. Kisah Kamalia telah ditutup rapat selama 11 tahun tetapi hari ini kisahnya dibuka kembali. “Kami menjadi sebuah keluarga walaupun tiada pertalian darah. Kamalia seperti kawan dan adik pada Aina. Namun, Allah S.W.T lebih menyayangi Kamalia dari kami. Kami reda dengan permergian Kamalia, Nenek.” Kelopak mata Aina mula berlinangan. Aina menundukkan kepalanya.
            “Bumi yang kita pijak sekarang ni hanyalah pinjaman dari Allah S.W.T. Setiap makhluk di muka bumi ini pasti akan kembali. Dari mana kita datang dan di situlah kita akan kembali. Cuma kita saja yang tidak tahu bila?” nasihat Tengku Fauziah. Dia merenung lembut wajah Aina. Tetapi apa kaitan lelaki muda itu dan arwah Kamalia? Mawar seperti menyalahkan lelaki itu di atas kematian arwah Kamalia.
            Aina menggangguk kepalanya. Dia tahu semua itu. Pemergian arwah Kamalia telah diterimanya. Kenangan bersama Kamalia tidak mungkin aku lupa. Walaupun arwah Kamalia sudah tiada namun di hatinya, Kamalia masih hidup.
            “Aina tak mahu jumpa mama Aina ke? Nenek benarkan Aina bercuti esok untuk menjaga mama Aina.”
            “Mama dah okey, nenek! Abang tak benarkan Aina pergi kerana takut darah tinggi mama naik lagi.”  Aina tersenyum kelat.
            “Hmm…baiklah! Jika Aina nak cuti, beritahu saja pada nenek.”
            “Baiklah, nenek!” Aina tersenyum. Patutlah aku rasa seperti pernah berjumpa sebelum ini. Setiap kali berbual dengan nenek, hatinya tenang.
           
                                    ***********************************

            Tahir  bangun sebaik sahaja pintu rumah itu terbuka. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Puan Sri Sarimah masuk dengan wajah yang keletihan. Hampir empat jam dia menunggu di ruang tamu untuk mengetahui keadaan Datin Sharifah Mawar. Dia bimbang jika terjadi sesuatu pada ibu Aril.
            “Mak Lang, bagaimana dengan auntie Mawar?”
            Puan Sri Sarimah merenung lelaki yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Rupa-rupanya inilah Tahir yang sering diceritakan oleh Mawar selama ini. Tak sangka dunia ini begitu kecil. Dia tak sangka Julia yang merampas Tahir dari arwah Kamalia adalah anak saudaranya sendiri. Setiap apa yang berlaku pada arwah Kamalia. Dia tahu segala-galanya kecuali satu perkara sahaja iaitu dia tak tahu siapa sebenarnya Tahir dan Julia. Dia tak tahu bagaimana untuk berdepan dengan Mawar selepas ini.
            “kenapa Tahir nak tahu? Rasa bersalah ke?”
            “Mak Lang!”
            “Lupakan sahaja. Ikut saja nasihat Mak Lang, lebih baik Tahir dan Julia pulang ke UK secepat mungkin. Batalkan sahaja hasrat Tahir untuk membuka cawangan syarikat di sini.”
            “Kenapa, Mak Lang?” Julia tiba-tiba berada di situ. Sejak dari tadi dia menunggu suaminya di bilik namun Tahir masih juga belum naik ke bilik mereka.
            “Kenapa?” Puan Sri Sarimah meninggikan suaranya. Wajahnya serius menatap wajah anak tunggal abangnya. “Julia tahu tak siapa keluarga arwah Kamalia? Pengaruh Tan Sri Syed Abu Bakar tidak boleh dipandang remeh. Kamu berdua telah memberi  parut pada keluarga mereka. Kamu telah merampas Tahir dari arwah Kamalia, mustahil mereka akan melepaskan kamu berdua begitu saja lebih-lebih lagi Datin Sharifah Mawar.”
            “Mak Lang, Julia tak rampas sesiapa pun. Tahir yang pilih Julia. Bukannya salah Julia.”
            “Ya, memang Tahir berhak untuk memilih sesiapa pun. Tetapi kenapa Tahir masih mengganggu arwah Kamalia? Tahir sudah pun mengahwini Julia tetapi kenapa mesti mengganggu hidup arwah Kamalia lagi. Apa salah dia  sehingga Tahir memperlakukan sebegitu pada arwah Kamalia? Dia tidak bersalah.”
            Tahir terkejut. “Apa maksud Mak Lang? Kenapa Mak Lang dan auntie Mawar bercakap perkara yang sama? Tahir tak faham Apa yang Tahir sudah buat?.”
            Julia mula gelisah. Jika Tahir tahu, akulah yang mengganggu Kamalia selama ini. Pasti Tahir akan meninggalkan aku. Tak! Tahir takkan tinggalkan aku. Jika dia tinggalkan aku, dia akan rugi. Kemewahan yang dirasanya selama ini datangnya dari aku.           “Sebenarnya Mak Lang menyebelahi siapa? Mak Lang dah lupa ke siapa keluarga Mak Lang sekarang ini.” Julia bersuara. Dia mesti mengalih perhatian.
            Puan Sri Sarimah mendengus. Dia geram dengan sikap Julia. Tiada langsung wajah penyesalan. “Ya, memang kamu berdua adalah keluarga Mak Lang. Orang yang bersalah tetap juga bersalah walaupun mereka dari darah daging Mak Lang sendiri. Mak Lang hanya akan berpihak pada pihak yang benar.“
            “Mak Lang! Kematian arwah tiada kaitan dengan kami. Dah ajalnya awal dari kami.”
            “Julia!” jerit Puan Sri Sarimah. Dia menggeleng kepalanya beberapa kali. “Mak Lang tak sangka begini. Julia langsung tak hormat pada orang yang sudah tiada. Mak Lang kecewa dengan sikap Julia.” Puan Sri Sarimah terus berlalu pergi. Dia malas untuk bertekad dengan anak saudaranya lagi.
            “Julia, why did you talk like that to her? She’s your aunt.” Marah Tahir. Dia tak sangka Julia kurang ajar dengan ibu saudaranya sendiri.
            “What! I don’t care.” Julia geram apabila Tahir memarahi dirinya. “Kenapa abang nak tahu tentang Kamalia? Dia dah mati. Tiada kaitan dengan kita lagi.”
            “I need to know what happens to her. Abang nak tahu kenapa semua orang salahkan abang. Abang perlu tahu semua itu.” Tegas Tahir terus berlalu pergi dari situ.
            Badan Julia kaku. Tangannya bergetar. Tahir tak boleh tahu semua ini. Aku mesti fikir cara agar Tahir tidak berjumpa dengannya lagi. Tahir tak boleh tahu yang semua ini. Julia gelisah. Wajahnya pucat lesi.

                                 ******************************************

            Tan Sri Syed Abu Bakar membetulkan selimut yang membaluti tubuh anak tunggalnya. Semalaman Mawar tidur. Mungkin disebabkan oleh pil tidur yang diberi oleh Dr. Zakaria. Tan Sri Syed Abu Bakar mengeluh. Semalaman dia dan Aril tidak pulang ke rumah. Mereka bimbang kesihatan Datin Sharifah. Emosinya terganggu.
            Pintu bilik terbuka. Aril memasuki bilik itu sambil membawa bekalan sarapan pagi yang disiapkan oleh Mak Mah. Dia pulang ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian datuknya.
            “Atuk! Mama belum bangun lagi ke?” Aril meletakkan barang yang dibawanya di atas meja yang disediakan. Matanya tepat melihat ke arah ibunya yang sedang terbaring. Sebelum dia melangkah masuk, Aina ada menelefon untuk bertanya khabar mengenai ibu mereka.
            “Belum. Biarlah! Aril, betul Aril tak tahu yang Tahir sudah pulang ke Malaysia?’
            “Ya, atuk! Is ada beritahu yang Tahir nak jumpa Aina dan Aril.Tak sangka pula yang Tahir dah pun balik ke Malaysia.”
            “Apa yang Tahir mahu lagi? Arwah Kamalia sudah tiada. Tiada sesiapa yang akan kacau kebahagiaan dia lagi. Tengok, sekarang ni! Apa sudah terjadi?” Tan Sri Syed Abu Bakar menoleh. Dia tahu Mawar begitu menyayangi arwah Kamalia. Jika ingin dibandingkan antara mereka bertiga, orang yang paling rapat dengan Mawar adalah Kamalia. Pemergian Kamalia benar-benar memberi tamparan hebat pada Mawar.
            “Aril dapat tahu yang Tahir ingin membuka cawangan syarikat pelancongannya di sini.”
            Tan Sri Syed Abu Bakar menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Abah! Aril”
            Mereka berdua terkejut apabila mendengar nama mereka dipanggil.
            Datin Sharifah Mawar sudah sedar. Kepalanya masih pening. Dia melihat di sekelilingnya. Di mana aku sekarang ini? Dia cuba mengenalpasti di mana dia berada sekarang ini.
            “Mama!” Aril bergerak mendekati ibunya. Perlahan dia memegang lembut tangan Datin Sharifah Mawar.
            “ Di mana ni?”
            “Hospital, mama! Semalam mama pengsan.” Jawab Aril.
            “Pengsan!” Datin Sharifah Mawar terkejut. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Fikirannya masih kabur. Dahinya berkerut.         
            Aril mula gelisah. Pasti mama cuba mengingat apa yang berlaku malam tadi.
            “Tahir!” Bulat mata Datin Sharifah Mawar secara tiba-tiba.
            Aril dan Tan Sri Syed Abu Bakar terkejut.
            “Mana dia? Berani dia tunjuk muka dia di sini lagi!” Datin Sharifah Mawar meninggikan suaranya. Dia sudah ingat apa yang berlaku. Semuanya sudah jelas.
            “Stop it. Jangan diungkit lagi apa yang telah berlaku.” Tegas Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Apa! Abah mahu Mawar melupakan apa yang berlaku pada Kamalia begitu saja ke? Tak mungkin! Setiap saat, mustahil untuk Mawar melupakan semua itu. Abah sudah lupa ke? Siapa yang menyebabkan Kamalia meninggalkan kita? Siapa yang menyebabkan hidup Kamalia sengsara?” jerit Datin Sharifah Mawar. Dia geram apabila ayahnya tidak mengambil berat tentang apa yang terjadi pada Kamalia.
            “Abak tak lupa semua itu, Mawar!” Tan Sri Syed Abu Bakar mendekati anaknya yang mula menangis. “Tetapi siapa kita untuk menghukum orang lain, kita bukannya tuhan. Walauapa jua yang kita lakukan, arwah Kamalia takkan kembali lagi. Mawar kena sedar dan jangan terlalu mengikut hati. Ikut hati binasa, ingat tu.”
            “Jadi abah nak biarkan dia begitu saja. Lihat dia bahagia di atas kesengsaraan orang lain. Mawar takkan biarkan. Apa yang pernah dia lakukan pada Kamalia, Mawar mahu dia merasainya juga.”
            Aril tergamam. Mama masih berdendam dengan Tahir. Aril perasaan akan perubahan air muka datuknya.
            “Jadi Mawar mahu Tahir bunuh diri seperti mana yang arwah Kamalia telah lakukan, baru Mawar puas hati. Begitu ke yang Mawar mahu? Cuba beritahu abah!” marah Tan Sri Syed Abu Bakar.
            Datin Sharifah Mawar terkejut dengan kata-kata ayahnya. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia tak pernah terfikir sebegitu. Air matanya berhenti mengalir.
            “Jika begitu tiada bezanya antara Mawar dan Tahir!”
            Aril hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak berani untuk masuk campur. Jika atuk sedang marah, dia tidak berani untuk bersuara. Walaupun atuk sering bertolak ansur dengan mama tetapi hakikatnya inilah sikap atuk yang sebenar. Tegas.
            “Mawar…..” nada suara Datin Sharifah bergetar.
            “Pada 11 tahun yang lalu, kita sudah pun membincang perkara ini. Apa yang berlaku pada arwah Kamalia adalah ketentuan ilahi. Kita perlu terima takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Kita tak boleh menyalahkan sesiapa dalam perkara ini. Apa yang telah berlaku, kita perlu terima dengan hati yang tenang. Semua kenangan pahit arwah Kamalia haruslah dilupakan, yang kekal hanyalah semua kenangan manis arwah Kamalia bersama kita. Itu yang sepatutnya kita ingat. “ tegas Tan Sri Syed Abu Bakar. Matanya tepat merenung anak mata anak perempuannya itu. “Selepas ini, abah tak mahu dengar semua ini lagi. Faham, mawar.”
            Perlahan-lahan Datin Sharifah Mawar menganggukkan kepala. Dia menundukkan kepalanya. Air matanya masih mengalir di pipi. Dia tidak berani untuk bersuara. Arahan abah perlu dipatuhi. Setiap kenangan bersama arwah Kamalia mula bermain di mindanya.
            Aril memegang bahu ibunya. Dia faham perasaan mama sekarang ini. Mungkin masa dapat mengubat mama melupakan semua ini. Ya,masa penentu segalanya. Ya, masa juga pengubat hati yang lara.

                                    *********************************

            Aina merenung Haikal. Dahinya berkerut. Dia tak tahu apa yang menyebabkan Haikal ketawa begitu kuat. Adakah permintaan aku ni lucu?
            “Tuan dengar tak? Fail ini sepatutnya Mak Engkau bawa untuk mesyuarat lembaga pengarah petang ni. Penting, tuan! Tuan mesti hantar fail ini pada Mak Engku.” Jelas Aina lagi.
            Kan lebih baik jika kau hantar sendiri! Kau kan orang kepercayaan nenek.” Haikal menggosak tayar kereta BMW Z4 miliknya. Bahagian yang kotor itu digosoknya beberapa kali.
            “Saya tak ada lesen memandu.” Bohong Aina. Walauapa yang terjadi, Haikal mesti hantar fail ini.
            “Naik saja teksi. Senang saja. Duit tambang teksi, kau claim kat nenek. Full stop.”
            “Tetapi tuan….”
            “Sudah! Kau jangan nak berdrama dengan aku di sini. Kau ingat aku tak tahu taktik kau!” Wajah Haikal serius. Dah banyak kali aku terperangkap dalam helah kau, sekarang tidak lagi.
            Aina terkejut dengan kata-kata Haikal. Dia dapat baca ke rentak aku? Teruk aku macam ni. Mata Aina meliar ke kiri dan kanan.
            “Selepas aku hantar fail ini, pasti aku tak boleh keluar lagi kan! Pasti nenek suruh kau untuk memastikan aku menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah hari ini. Kau dah kenakan aku  dua kali, kau ingat aku ni bodoh sangat ke?” Haikal berhenti menggosok. Matanya dialihkan tepat pada Aina. Wajahnya serius.
            Aina menelan air liurnya. Kelat. Memang dia dah tahu.
            “Kau beritahu nenek. Aku akan berkerja jika aku rasa nak bekerja, faham.”
            Dahi Aina berkerut. Di dunia, ada lagi orang seperti ini. Tahu menghabiskan beras saja. Aina mengetap bibirnya. Macam mana aku nak beritahu nenek ni! Plan aku tak berjaya.
            “Kenapa kau tercegat di sini lagi? Aku nak basuh kereta. Pergi! Pergi!” Haikal menjeling. Dia tak senang dengan kehadiran Aina di situ.

                                    *****************************************

            Tengku Fazira mengeluh. Pandangannya tepat pada Haikal yang sedang duduk di sofa fabric dari Itali. Haikal begitu asyik menonton tv. Kehadirannya tidak dipedulikan. Apa nak jadi dengan  anak teruna aku ni? Kerja tak mahu. Asyik membuang masa saja.
            “Kenapa Haikal tak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah petang tadi?”
            “Malas.” Ringkas jawapan Haikal. Matanya masih tidak berganjak melihat drama yang ditayang oleh TV3.
            “Haikal dah lupa ke ? Haikal salah seorang dari board director. Sepatutnya Haikal turut sama hadir. Satu hari nanti Haikal akan mengambil alih tempat nenek. Haikal tak kasihan pada nenek? Dah tua tetapi masih bekerja.” Pujuk Tengku Fazira. Dia kasihan melihat ibunya.
            “Tengoklah macam mana nanti! Ibu, wanita yang bergaduh semalam adalah auntie Mawar ke?”
            “Haikal masih ingat dengan Mawar ke?” Tengku Fazira terkejut.
            “Tentulah ingat. Masa kecil dulu, auntie Mawar selalu bawa hadiah untuk Haikal setiap kali datang ke rumah kita. Atuk Bakar pun baik dengan Haikal.” Haikal masih ingat semuanya walaupun waktu itu dia hanya berumur 7 tahun.
            “Syed Aril.”
            “Of course. Abang Aril selalu tolong Haikal setiap kali dibuli.” Kata Haikal. Artikel mengenai Aril sering terpampang di dada akhbar dan majalah. Dia seorang usahawan yang berjaya.
            “Mamee Monster?” Tengku Fauziah bersuara. Dia baru saja pulang dari pejabat. Dia menutup pintu rapat. Kebetulan dia mendengar perbualan mereka berdua.
            Haikal membuat mimic muka sebaik sahaja nama itu disebut. Gegendang telinganya sangat sensitive apabila mendengar perkataan itu. “Huh, jangan disebut. Menyakitkan hati saja.”
            “Bukan ke semasa kecil dulu Haikal rapat dengan Aina! Ke mana saja Aina pergi, Haikal mesti ikut!” Tengku Fazira tersengih.
            “Masa itu Haikal kecil lagi, tak tahu nak fikir. Main ikut saja. Eee….Ada ke patut dia suruh Haikal pakai baju gaun perempuan? Make up lagi! Siap ikat tocang dua lagi. Ibu! Nenek! Malu Haikal dibuatnya. Bila difikirkan balik, macam mana Haikal boleh ikut saja cakap Mamee  monster tu.” Haikal menjuih bibir. Kenangan itu masih terpahat segar di mindanya. Memalukan! Menjatuhkan maruh aku sebagai seorang lelaki sejati. Aku harap selepas ini jangan aku jumpa dia lagi. Pasti dia akan ejek aku.
            Tengku Fazira dan Tengku Fauziah ketawa apabila mengingatkan peristiwa itu. Hampir pengsan mereka berdua melihat Haikal berpakaian seperti budak perempuan.
            “It’s not funny, you know!” Haikal geram melihat nenek dan ibu ketawa dengan kuat.
            Aina tersengih mendengar kata-kata Haikal. Rupa-rupanya dia masih ingat aku. Dari tadi dia mencuri dengar perbualan mereka bertiga. Hmmm….bukan ke aku ada simpan gambar tu! Aina tiba-tiba teringat sesuatu. Senyuman di bibirnya semakin lebar.

Sunday, October 16, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 11

BAB 11

            Aina mengurut kakinya. Inilah akibat mengikut Haikal membeli belah. Seluruh kedai di pusat membeli belah dimasuki oleh Haikal. Ada saja barang yang dibelinya. Aku ni dijadikan sebagai mesin pengangkut. Membawa barang yang dibelinya dan mengekorinya  dari belakang. Ahhh…ikut hati, mahu saja aku lempar beg-beg itu tetapi aku ni baik hati. Bertolak-ansur. Perlahan-lahan tangan Aina mengurut kaki kanan yang masih sakit. Dah putus ke urat kaki aku?
            “Sakit sangat ke?” tegur Tengku Fauziah. Kasihan dia tengok Aina. Sepanjang hari Haikal membawa Aina keluar. Dia yakin haikal ingin membalas balik apa yang Aina pernah lakukan pada dirinya. Apa ni jadi dengan Si Haikal tu?
            Aina terkejut. Dia segera bangun. “Mak Engku!” Mata Aina meliar ke kiri dan kanan. Walaupun dia berada di dalam bilik namun dia mesti berjaga-jaga dengan tutur bahasanya.
            “Duduk! Jika Aina nak cuti, nenek boleh berikan cuti untuk Aina berehat.”
            “Sikit saja, nenek! Esok dah ok. Dah lama tak exercise, beginilah akibatnya.” Aina ketawa. Dia kembali duduk di atas katil miliknya. Dia tidak dapat berdiri lama.
            Tengku Fauziah hanya mampu tersenyum. Hatinya tenang setiap kali mendengar gelak tawa wanita muda ini. Dia duduk di sebelah wanita itu.
            “Aina tahu sebab nenek datang ke sini. Ada tugas untuk Aina kan!”
            “Ya.”
            “Aina dah tahu tugasnya. Nenek nak Aina cari jalan untuk Haikal kembali bekerja di hotel kan?”
            Tengku Fauziah menganggukkan kepalanya. Aina memang bijak. Dia dapat membaca rentak pemikiran aku.
            “Itu semua ditanggung beres. Aina akan pastikan Haikal bekerja. Selepas ini giliran nenek pula berehat.”  
            “Aina dah ada plan ke?”
            “Kenapa nenek? Nenek ada masalah ke? Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran nenek.” Aina sedar ada sesuatu yang tak kena mengenai Tengku Fauziah. Aina merenung Tengku Fauziah.
            Tengku Fauziah mengeluh. Dia tak tahu sama ada dia perlu memberitahu Aina mengenai hal ini. Berita yang diterimanya sebentar membuat dia bimbang.
            Ada apa nenek?” pujuk Aina dengan lembut.
            “Mungkin Sofea akan kembali ke sini.”
            “Sofea!”
            “Bekas tunang Haikal.”
            “Ya, Sofea! Baguslah nenek jika Sofea balik. Bukankah itu yang ditunggu oleh Haikal selama ini?” Aina tersenyum. Dia hairan. Nenek seperti kurang senang dengan kepulangan Sofea. Mungkin kepulangan Sofea dapat mengubati perangai Haikal.
            “Tidak! Nenek takkan membenarkan mereka bersama semula. Perempuan seperti Sofea, tak layak menjadi sebahagian dari keluarga nenek. Perkara itu tidak mungkin akan berlaku.” Tegas Tengku Fauziah. Wajahnya serius. Tiada secalit senyuman di wajahnya.
            Mata Aina terkebil-kebil melihat Tengku Fauziah. Reaksi Tengku Fauziah membuat Aina terkejut. Apa yang Sofea  dah buat sehingga nenek marah seperti ini? Kenapa nenek tidak senang dengan kepulangan Sofea? Memanglah Sofea pernah memalukan keluarga nenek tetapi apa yang berlaku pasti bersebab. Dahi Aina berkerut. Di dalam hatinya, dia ingin berjumpa dengan wanita yang bernama Sofea itu.

                                    **************************************

            Aril merenung wanita memakai gaun merah yang sedang berdiri di hadapannya. Matanya merenung wanita itu.Wanita itu telah menghalang perjalanannya. Kenapa aku mesti berjumpa dengan wanita ini? Dalam banyak-banyak tempat, kenapa mesti aku berjumpa dengan wanita ini di sini? Bencinya pada wanita ini tidak pernah padam. Wanita yang telah merampas Tahir dari Kamalia. Jika Julia ada di sini, bermakna Tahir ada bersama. Aril mula rasa tak senang hati.
            “Dah 10 tahun kita tidak berjumpa, you masih tidak berubah, Aril!” Julia tersenyum. Dia melihat lelaki itu dari atas ke bawah. Masih kacak. Sejak di Universiti lagi, Aril menjadi buruan wanita. Setiap wanita mengimpikan untuk memiliki lelaki seperti Aril termasuklah dirinya. Wajahnya yang tampan, matanya yang bulat, hidung yang mancung dan bibirnya yang nipis membuat setiap wanita tergoda. Tinggi. Bertubuh sasa. Bergaya
            “Apa you nak lagi, Julia?”
            “Bertanya khabar! Salah ke?”
            “Lebih baik you tak perlu tahu.” Jawab Aril dengan dingin.
            “Sikap you masih tidak berubah! Sombong. Pilihan I memang tepat. Tahir lebih baik dari you.” Dulu dia pernah menyukai Aril tetapi cintanya ditolak. Maruahnya tercabar apabila Aril tidak menerimanya. Tiada mana-mana lelaki pernah menolak cintanya. Aku adalah wanita yang sempurna. Aku ada segala-galanya.
            “Ya ke! Congratulations.”
            Julia mengetap bibirnya menahan geram. Sikap Aril yang tidak endah membuat hatinya berasa panas. Dia masih melayan aku seperti ini. “Kamalia, apa khabar? Selepas I berkahwin dengan Tahir, I tak dengar apa-apa cerita tentang Kamalia. Dia dah kahwin ke? Did she already meet her prince charming? Atau Kamalia masih menunggu Tahir?”
            “Kenapa you nak tahu?”
            “sekadar suka-suka.” Julia tersenyum sinis.
            “You tak ada kerja lain ke? Lebih baik you jaga suami you baik-baik.”
            “Kenapa? Kamalia masih bertekad nak merampas Tahir dari I ke?” Mata Julia tepat memandang Aril. Nada suaranya sedikit bergetar.
            “You takut ke?”   Aril tersengih.
            “Aril!”
            Aril kaku. Ada seseorang menegur dirinya. Aril tidak berpaling. Jantungnya berdegup kencang. Dia kenal dengan pemilik suara itu. Suara yang tidak ingin didengarnya sepanjang hayatnya.
            “Abang!” Julia merengek manja. Air mukanya terus berubah dengan kehadiran Tahir. Dia terus merangkul pinggang Tahir. Dia mesti menunjukkan pada Aril yang mereka bahagia.
            “Aril!” Tahir sudah berada di hadapannya. Selepas kejadian hari itu, hubungan mereka berdua sudah tidak rapat lagi. Hubungan mereka dingin. Dia tidak salahkan Aril. Semuanya yang berlaku adalah kesalahannya sendiri. Tahir menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Dia ingin memulakan persahabatan mereka yang telah lama putus.
            “Aku kenal kau ke?” kata Aril dengan tiba-tiba. Renungan Aril pada Tahir seolah-olah ingin menelannya. Berani dia nak berbaik dengan aku? Dia ingat aku ni ada amnesia ke? Sudah lupa apa yang telah berlaku 11 tahun yang lalu.
            Julia menjeling pada Aril. Dahinya berkerut.
            “Aril! Aku……..”
            “Tuan!” Hayati mengatur langkah menghampiri Aril yang sedang berbual. Siapa mereka berdua ni? Selepas saja mesyuarat bersama Encik Kamil di Hotel Hilton, dia bergegas ke tandas. Biasalah jika dah berjam-jam di dalam bilik berhawa dingin.
            “Dah ke?”
            “Ya, tuan!” jawab Hayati. Dia dapat merasakan suasana tegang di sini. Air muka Aril juga berubah. Seperti tidak menyukai kehadiran pasangan itu.
            “Jom, balik!”  Aril mula mengatur langkah
            “Aril, aku ada perkara nak cakap dengan kau.”
            Langkah Aril terhenti. Dia langsung tidak berpaling pada Tahir.
            Kan aku dah cakap, persahabatan kita dah lama berakhir sejak 11 tahun yang lalu. Aku harap kau jangan muncul di depan aku lagi.” tegas Aril. Dia tidak pernah berharap untuk berjumpa dengan mereka berdua lagi. Kenangan dia bersama Tahir, telah lama dipadamkan. Memori itu telah hilang. Aril berjalan laju meninggalkan lobby Hotel Hilton. Aku tidak boleh berada di sini dengan lebih lama lagi jika tidak entah apa yang aku akan lakukan pada Tahir nanti. Hayati hanya mengekori jejak langkah majikannya.
            Tahir tergamam.
            “What’s wrong with him? Kita nak berbaik dengan dia, dah kira bagus. Sayang, jangan susah hati ye! Dia yang rugi sebab tidak mahu berkawan dengan kita.” Julia mengusap lembut bahu Tahir. Hatinya sakit melihat suaminya dilayan sebegitu rupa.
            Tahir masih terdiam. Tahir memandang Julia. Dia masih merahsiakan pada Julia tentang kematian Kamalia. Aku perlu tahu apa yang berlaku. Iskandar enggan menceritakan apa-apa pada aku. Katanya lebih baik jika aku tahu dari mulut Aril dan Aina sendiri. Nalurinya kuat untuk mengetahui apa yang berlaku.

                        **********************************************

            Tengku Fauziah menoleh ke kiri dan kanan. Dia berasa janggal berada di Majlis Amal Mutiara. Rata-rata tetamu yang menghadiri majlis ini tidak dikenalinya. Semuanya sebaya dengan anaknya. Jika diikutkan hati , dia tak mahu menghadirinya tetapi disebabkan Tengku Fazira memujuk agar menemani dirinya, dia terpaksa akur. Tengku Fazira sedang sibuk berbual dengan kawan-kawannya manakala aku ditinggalkan sendiri. Tengku Fauziah mengeluh. Bosan. Majlis seperti ini sudah tidak sesuai untuk orang yang berumur seperti aku. Matanya meliar di setiap sudut majlis amal itu. Pandangannya terhenti pada seorang lelaki yang sedang menjamu selera seorang diri di meja yang terletak jauh.  Tengku Fauziah membetulkan kedudukan cermin mata yang dipakainya. Dia ingin memastikan siapa gerangan lelaki itu. Senyuman terukir di bibir. Tengku Fauziah mengambil keputusan untuk menyapa lelaki itu.
            “Assalammualaikum.”
            “Waalaikummusalam.” Jawab Tan Sri Syed Abu Bakar. Mulutnya masih lagi mengunyah sate ayam. Dia terkejut melihat kehadiran Tengku Fauziah. Tan Sri Syed Abu Bakar segera bangun. “Fauziah kan! Wah, dah lama kita tak berjumpa.”
            “Rasanya dah 5 tahun kan, Abang Bakar!”
            “Ya! Jemputlah duduk. Tak sangka kita dapat berjumpa lagi.” Tan Sri Syed Abu Bakar tersengih.
            Tengku Fauziah duduk di kerusi yang terletak berhadapan dengan Tan Sri Syed Abu Bakar. Arwah suaminya merupakan junior Tan Sri Syed Abu Bakar di bangku sekolah dahulu. Semasa arwah suaminya masih ada, hubungan mereka sangat rapat. “Abang Bakar datang bersama Mawar ke?”
            “Ya. Entah lesap ke mana pun abang tak tahu! Dia nak sangat datang ke sini, dengan kita sekali diheretnya.” Tan Sri Syed Abu Bakar menggelengkan kepalanya apabila mengingatkan sikap anak tunggalnya itu.
            “Nasib kita sama, Abang Bakar.” Tengku Fauziah ketawa kecil.
            “Budak-budak sekarang ni, buat sesuatu ikut kata hati mereka sahaja. Kita yang tua ni dibiarkan sahaja. Aaaa…..Abang nak minta maaf sebab tak dapat nak menghadiri majlis perkahwinan cucu Fauziah. Aaa….Haikal kan! Ada hal sikit di Singapura.” Tan Sri Syed Abu Bakar meminta maaf. Tengku Fauziah ada mengirim kad jemputan padanya. Kerana tidak dapat menghadiri majlis itu, dia mengirim hadiah sebagai penganti dirinya.
            Tengku Fauziah menarik nafas dalam-dalam. Pasti Abang Bakar masih tidak tahu yang majlis perkahwinan Haikal telah dibatalkan. “Majlis perkahwinan itu dibatalkan.
            Tan Sri Syed Abu Bakar terkejut.
            “Pengantin perempuan tiba-tiba sahaja menghilangkan diri semasa hari pernikahan mereka.”
            Tan Sri Syed Abu Bakar mengeluh. “Apa yang akan terjadi pada masa akan datang, kita memang tidak tahu. Sabarlah, Fauziah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin jodoh mereka setakat itu saja.” Ucap Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Ya, Fauziah tahu! Aaa….Cucu-cucu abang dah kahwin ke?” soal Tengku Fauziah secara tiba-tiba. Dia teringat yang Tan Sri Syed Abu Bakar mempunyai dua orang cucu iaitu Aril dan Aina. Dia pernah berjumpa mereka semasa mereka berdua masih kecil lagi. Dia ingat lagi peristiwa di mana Haikal pernah dibuli oleh Aina. Setiap kali bermain dengan Aina, pasti Haikal akan menangis namun mereka rapat. Walaupun Aina muda setahun dari Haikal, pemikirannya tidak seperti kanak-kanak berumur 6 tahun. Aina seorang bijak. Hubungan mereka renggang apabila Aina mengikut bapanya berhijrah ke New York. Haikal sedih selepas pemergian Aina. Tiba-tiba Tengku Fauziah teringin untuk berjumpa Aina.
            “Aril dan Aina ke? Belum kahwin lagi. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.”
            “Baguslah jika begitu. Ada kerjaya. Ada tanggungjawab. Mungkin jodoh mereka belum sampai lagi. Pasti abang bangga mempunyai cucu seperti Aril. He’s brilliant. Dalam usia yang muda, Aril telah meluaskan empayer Bersatu Holdings malahnya namanya juga tersenarai dalam usahawan berjaya. Jika nak dibandingkan antara Haikal dan Aril, jauh bezanya. “ Sakit hati Tengku Fauziah mengingat sikap Haikal yang pemalas itu. Tahu menghabiskan beras saja. Sikap tanggungjawab tiada.
            Tan Sri Syed Abu Bakar tersenyum. Dia bersyukur kerana Aril tidak pernah memberi masalah padanya. “Mungkin belum sampai masanya lagi. Satu hari nanti Haikal akan berubah. Beri sedikit masa untuknya.”
            “Aina!”
            “Aina!” Tan Sri Syed Abu Bakar ketawa kecil. “Abang sendiri pun tak tahu apa yang Aina sedang buat sekarang ini. Selepas balik saja dari Switzerland, terus saja menghilangkan diri.”
            “Kenapa?” soal Tengku Fauziah hairan.
            “Aina takut. Jika dia pulang ke rumah, dia tahu Mawar akan memaksa dia berkahwin. Rasanya seluruh Malaysia tahu yang Datin Sharifah Mawar sedang mencari bakal menantu untuk anak-anaknya. Rasanya setiap halaman suratkhbar ada iklan tentangnya. “Tan sri Syed Abu Bakar berseloroh.
            Tengku Fauziah turut sama ketawa. Hal itu memang dia tahu.
            “Abang ada gambar Aina. Fauziah nak tengok tak?” Tan Sri Syed Abu Bakar mengeluarkan telefon bimbit Nokia dari poket seluar.
            “Boleh jugak.”
            Tan Sri Syed Abu Bakar menekan icon photo dan kemudian icon my photo ditekan. Dia mencari gambar Aina. Ya, dah dapat. Gambar aku dan Aina.Tan Sri Syed Abu Bakar menekan icon view. “Ini dia.” Tan Sri Syed Abu Bakar memberi telefon bimbitnya pada Tengku Fauziah.
            Tengku Fauziah mengambil telefon bimbit itu. Matanya tidak berkelip sebaik sahaja melihat skrin telefon bimbit itu. “Ini….Ini ke Aina?” nada suaranya bergetar. Dia inginkan kepastian. Patutlah aku rasa seperti macam pernah jumpa saja. Jadi Aina yang sedang menyamar sebagai orang gaji di rumah aku adalah cucu kedua Tan Sri Syed Abu Bakar. Sharifah Aina Aishah tetapi hari itu dia hanya memperkenalkan dirinya sebagai Aina Aishah Bt Ridzuan. Oooo..rupanya dia sengaja tidak meletakkan perkataan Sharifah di hadapan namanya. Aina seolah-olah tidak mahu orang tahu siapa dirinya yang sebenar. Tak sangka dunia ini memang kecil.
            “Ya! Kenapa? Fauziah pernah jumpa dengan Aina ke?’ soal Tan Sri Syed Abu Bakar secara tiba-tiba. Dia hairan dengan perubahan air muka Tengku Fauziah yang terkejut melihat gambar Aina.
            “Tak! Tak!” jawab Tengku Fauziah dengan pantas. Jika Abang Bakar tahu, cucu kesayangannya menjadi orang gaji di rumah aku, aku tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
            “Selama ini, Aina belajar di Switzerland. Dalam bidang psikologi. Katanya nak jadi doctor psikologi. Nak tolong orang yang ada masalah.” Tan Sri Syed Abu Bakar tersengih.  Nak tolong orang konon, masalah sendiri pun tidak dapat diselesaikan terutamanya ibu Aina sendiri.  Dalam hati Tan Sri Syed Abu Bakar ketawa kecil.
            Tiba-tiba suasana riuh-rendah  menarik perhatian mereka. Serentak mereka berpaling melihat orang ramai yang sedang melihat sesuatu. Terdengar suara yang sedang menjerit seperti memarahi seseorang.
             Tan Sri Syed Abu Bakar mengerutkan dahinya. Suara itu macam pernah dengar saja. Bulat mata Tan Sri Syed Abu Bakar melihat wanita yang sedang menampar seorang lelaki. Tan Sri Syed Abu Bakar terus bangun. “Mawar!”

                                    *************************************

            Wajah Datin Sharifah Mawar berubah. Lelaki yang berada di hadapannya turut sama terkejut dengan kehadirannya. Mata Datin Sharifah Mawar beralih kepada wanita yang sedang memaut mesra lengan lelaki itu. Sakit hatinya melihat gelagat mesra mereka berdua.
            “Mawar, kenalkan anak saudara aku Julia!” Puan Sri Sarimah memperkenalkan anak tunggal kakaknya.
            “Hai!” Julia tersenyum manja.
            Datin Sharifah Mawar terdiam membisu. Dia hanya memerhati. Dia cuba menahan geram. Jadi inilah perempuan yang menyebabkan kematian Kamalia. Selama ini dia hanya tahu namanya sahaja. Dahulu dia ingin bersemuka dengan Julia tetapi ditegah oleh ayahnya. Nak saja dia ajar perempuan tak tahu malu ni. Akhirnya mereka bersemuka juga.
            “Ini pula, suaminya Tahir. Selama ini mereka tinggal di UK. Baru minggu lepas mereka balik sebab mereka ingin membuka cawangan syarikat mereka di Malaysia.”
            Jantung Tahir berdegup kencang memandang Datin Sharifah Mawar. Renungan wanita itu membuat dirinya rasa tergugat. Walaupun Kamalia hanyalah anak angkat Datin Sharifah Mawar, Kamalia sangat disayangi oleh ibu Aina.
            “Ini kawan baik Mak Lang! Datin Sharifah Mawar.” Puan Sri Sarimah memperkenalkan sahabat baiknya itu.
            “Nice meeting you, auntie! Mak Lang selalu cerita mengenai auntie.” Kata Julia dengan manja. Julia menoleh. Dia hairan bila suaminya masih berdiri kaku.
            “Auntie Mawar, sebenarnya….” Akhirnya Tahir bersuara. Dia membuat keputusan untuk menyapa Datin Sharifah Mawar.
            Pang!
            Satu penampar hinggap di pipi Tahir.
            Semua orang yang berada di situ terkejut dengan apa yang berlaku begitu juga Julia dan Puan Sri Sarimah.
            Tahir masih kaku. Pipi masih pedih akibat ditampar oleh Datin Sharifah Mawar.
            “Jangan sebut nama aku! Kau tak layak memanggil nama aku!” marah Datin Sharifah Mawar. Matanya merah menyala. Bibirnya terketar-ketar menahan geram.
            “Mawar.” Puan Sri Sarimah tercengang dengan tindakan sahabatnya itu. Mawar dan Tahir pernah kenal antara satu sama lain. Dia tak pernah tahu pun?
            Julia mengusap pipi suaminya yang merah akibat ditampar oleh Datin Sharifah Mawar. Siapa wanita ini sehingga berani menampar suami aku? “ Kenapa kau tampar suami aku, hah? “ kata Julia dengan kasar.
            “Sebab memang patut pun suami kau ditampar. Jika diikutkan hati, kau pun aku nak tampar juga.” Datin Sharifah Mawar telah mengangkat tangan kanannya namun sempat ditahan oleh Tan Sri Syed Abu Bakar. “Abah!”
            Julia tergamam. Kenapa tiba-tiba saja wanita ini mengamuk? Inilah pertama kali aku berjumpa dengan nya. Tahir masih mendiamkan diri.
            “Sudah, Mawar! Perkara tu dah lama terjadi. Kita sepatutnya reda dengan pemergian Kamalia. Apa yang terjadi pada Kamalia, kita patut terima. Sudah ketentuanNya.” Nasihat Tan Sri Syed Abu Bakar. Dia tak mahu Mawar buat kecoh di tempat itu. Banyak mata sedang memerhati ke arah mereka.
            “Abah! Abah dah lupa ke siapa yang menyebabkan kematian Kamalia. Abah dah lupa ke?” jerit Datin Sharifah Mawar. Dia sudah tidak dapat menahan emosinya. Walaupun  hanya 5 tahun Kamalia menjadi sebahagian dari keluarganya, kasih sayangnya pada Kamalia tidak pernah kurang. Dia amat menyayangi Kamalia tetapi disebabkannya Kamalia pergi meninggalkan dirinya. “Mereka berdua yang menyebabkan kematian Kamalia. Mereka pembunuh.” Jerit Datin Sharifah Mawar sambil menunding jari ke arah mereka berdua.
            “Kamalia dah mati.” Julia terkejut dengan apa yang didengarnya. Julia menoleh ke arah Tahir yang tidak terkejut dengan berita kematian Kamalia. Mungkinkah Tahir sudah tahu. Tangan Julia terketar-ketar.
            Tahir hanya diam membisu.
            “Bawa mengucap, Mawar! Bawa mengucap.” Tan Sri Syed Abu Bakar cuba memujuk anaknya yang sudah hilang kawalan. Terlalu mengikut perasaan.
            Air mata Datin Sharifah Mawar deras mengalir membasahi pipinya. Perasaan marah tidak dapat dikawal lagi. Dia perlu ajar pasangan yang berada di depannya sekarang ini. “Hey, Tahir! Aku tak tahu kenapa kau masih mengganggu Kamalia semasa dia masih hidup? Apa salah dia? Kau dah pun berpisah Kamalia sebab ingin bersama perempuan gedik ni? Dah nak kahwin tetapi kau tetap mengganggu hidup Kamalia. Apa kau mahu lagi? Tak cukup lagi ke kau menyeksa dirinya! Melukai hatinya! Memberi tekanan padanya.Tak cukup ke semua tu? Sekarang ni Kamalia dah meninggal, puaslah hati kau sekarang.” Jerkah Datin Sharifah Mawar.
            Mulut Tahir melopong mendengarnya. Kamalia meninggal disebabkan aku. Apa maksud Auntie Mawar? Aku mengganggu Kamalia? Bila? Selepas aku berpisah dengan Kamalia, aku tidak lagi menghubungi Kamalia. Kisah cinta mereka telah berakhir. “Apa maksud, auntie?”
            “Kau jangan berpura-pura tak tahu! Keluarga aku takkan maafkan kau. Seumur hidup aku, aku takkan maafkan kau dan perempuan ini. Aku takkan maafkan kau.” Jerit Datin Sharifah Mawar. Pandangannya tiba-tiba menjadi kabur. Datin Sharifah Mawar tiba-tiba rebah. Nasib baiklah Tan Sri Syed Abu Bakar sempat memegang anaknya yang tiba-tiba pengsan.
            “Mawar!” Puan Sri Sarimah segera membantu Tan Sri Syed Abu Bakar. Keadaan menjadi kecoh.
            “Auntie!” Tahir terkejut dengan apa yang berlaku. Dia ingin menolong ibu Aril tetapi ditegah oleh Tan Sri Syed Abu Bakar. Renungan Tan Sri Syed Abu Bakar saja sudah menyatakan maksudnya.
            “Uncle, kita bawa Mawar ke hospital segera.” Kata Puan Sri Sarimah. Puan Sri Sarimah sempat berpaling ke arah anak saudarnya. Sekarang ni dia sudah faham apa yang berlaku.
            Wajah Julia pucat lesi. Lidahnya kelu berkata-kata. Dia mula gelisah. Jika Tahir tahu apa yang berlaku, pasti Tahir akan membenci dirinya. Perasaan takut mula menghantui dirinya. Dia tak sanggup jika Tahir meninggalkan dirinya.

                                                ****************************

           
            Aina mengelengkan kepalanya beberapa kali. Haikal sedang menonton tv di ruang tamu. Entah apa yang lucu , dia sendiri tak tahu. Sesekali Haikal ketawa melihat drama Aksi Supermak.  Aina meletakkan segelas air fresh oren yang diminta oleh Haikal tadi.
“Tuan, tak bosan ke?”
            Haikal berpaling. Dahinya berkerut. Dia tidak faham di sebalik pertanyaan yang diajukan oleh Aina. “Apa maksud kau?”
            “Dengan cara hidup tuan sekarang ni! Tuan tak bosan ke?”
            “Kenapa kau nak menyibuk? Aku bosan ke tak, itu masalah aku! Kau tak ada kena mengena. Pergi! Pergi buat kerja kau di dapur tu. Aku nak tengok tv pun tak boleh!”
Bebel Haikal. Pandangannya dialihkan pada skrin tv plasma yang diletakkan di ruang tamu.
            “Apa nak jadi dengan tuan ni? Mengalahkan penggangur terhormat.”
            Haikal menoleh bila mendengar kata-kata Aina. Sempat lagi menegur aku. Haikal berpaling ke arah pintu apabila mendengar deruan bunyi enjin kereta memasuki garaj kereta. Haikal hairan. Matanya memandang tepat ke arah jam dinding. Baru pukul 9.50 malam.
            Pintu terbuka. Dari luar lagi, suara Tengku Fazira sudah dapat didengari. Entah apa yang dibualkan.
            “Awalnya ibu dan nenek balik. Selalunya pukul 11 lebih baru balik.”
            Ada orang bergaduh. Majlis amal dibatalkan.” Jawab Tengku Fazira.
            “Aiii…..Majlis amal pun ada orang bergaduh! Advance.” Haikal ketawa. Haikal kembali menyambung melihat drama Aksi Supermak di TV3. Best jugak cerita ni.
            “Umi, tak jawab lagi pertanyaan Fazira! Bukan ke Mawar hanya ada 2 orang anak. Kalau tak silap, nama mereka Aril dan Aina kan!” soal Tengku Fazira. Sejak dari tadi ibunya hanya mendiamkan diri.
            Tengku Fauziah memandang tepat ke arah Aina yang berdiri tidak jauh dari Haikal. Aina kelihatan terkejut apabila namanya disebut oleh Tengku Fazira.
            “Siapa Kamalia, Umi? Umi mesti tahu. Umi dan Tan Sri Syed Abu Bakar kan berkawan baik.”
            Aina memandang ke arah Tengku Fauziah yang masih merenung dirinya. Apa hubungan atuk dan nenek? Kamalia? Kenapa nama arwah Kamalia disebut? Apa sebenarnya yang berlaku? Wajah Aina pucat. Dia sedar yang Tengku Fauziah sedang merenung dirinya.
            “Umi, dengar tak?”
            “Dengar! Hal keluarga orang lain, jangan masuk campur. Biarlah. Itu masalah mereka.”
            “Nak tahu sikit pun tak boleh!” Tengku Fazira membuat mimic muka apabila ditegur oleh ibunya. “Sekarang ini pasti ramai orang nak tahu kenapa Mawar menampar lelaki muda itu? Apa sebenarnya hubungan lelaki itu dan Mawar? Kenapa Mawar tuduh lelaki itu sebagai pembunuh? Pasti ada sesuatu berlaku antara mereka berdua. Pasti berkaitan dengan wanita bernama Kamalia sehingga Mawar menjerit dan terus pengsan. Mesti perkara serius kan, umi!” Tengku Fazira membuat andaian sendiri. Dia ingin mengetahui apa yang berlaku.
            “Fazira!” Tengku Fauziah berpaling. Nada suaranya ditinggikan. Suka sangat menjaja cerita rumahtangga orang lain! Apa nak jadi dengan Fazira ni?
            Tengku Fazira terkejut. “Baiklah! Baiklah!” Tengku Fazira mengangkat kedua-dua belah tangannya sebagai tanda mengalah.
            Tengku Fauziah kembali melihat ke arah Aina. Tiada sesiapa di situ. Entah ke mana Aina menghilangkan diri. Memang sah Aina adalah Sharifah Aina Aishah! Jika dilihat secara dekat, wajah Aina ada iras wajar Mawar. Yang menjadi persoalannya adalah siapa Kamalia. Setahu aku, cucu Abang Bakar hanya Aril dan Aina. Dahi Tengku Fauziah berlipat empat.

Wednesday, October 5, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 10

BAB 10

            Rina ketawa kuat apabila mendengar keseluruhan cerita dari Aina. Air matanya mengalir kerana ketawa tidak berhenti-henti. Dia dapat membayangkan bagaimana keadaan Haikal.
            “Hish…jangan kuat sangat nanti, dia dengar.” Aina memberi isyarat agar Rina memperlahan ketawanya. Aina melihat ke arah bilik Haikal. Dia bimbang jika Haikal keluar.
            Rina menganggukkan kepalanya. Air mata dikesat. “Biar padan muka Abang Haikal. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah ..Aaaa…Selepas ini, apa pula tugas Kak Aina?”
            Aina menoleh ke kiri dan kanan. Dia bimbang jika ada orang mendengar perbualan mereka berdua. Aina masih berdiri di sebelah Rina yang sedang duduk di kerusi jati yang terletak di tengah-tengah taman bunga ros yang memwarnai rumah itu dengan pelbagai jenis warna. Setelah memastikan keadaaan, tiada orang. Aina terus duduk.
            “Tak tahu! Sekarang ni nenek pergi outstation. Kasihan pulak kak tengok nenek. Orang di atas itu releks saja seolah-olah tiada perasaan”
            “Rina pun kasihan tengok nenek. Jika cuti sekolah, bolehlah Rina tolong nenek di hotel. Rina pun tak tahu sehingga bila Abang Haikal nak berperangai sebegini. Terlalu ikutkan perasaan.”
            “Tiga hari lepas dah puas kak berceramah, rasanya seperti mencurah di daun keladi. Tiada apa-apa tindakbalas pun. Sekarang ni Tengku Fazira dah beri warning pada kak supaya jangan mendekati Haikal lagi.”
            “Itulah Mak Long. Sejak dulu lagi asyik memihak pada Abang Haikal, sebab itulah Abang Haikal naik lemak. Nenek tahu tak?”
            “Tak! Kak tahu mahu nenek dan Tengku Fazira bergaduh disebabkan perkara kecil ni. Buat masa sekarang ni, kak low profile dulu. Kak kena tengok dulu situasi sekarang.’
            “Rina rasa tugas kak yang seterusnya ialah mencari jalan untuk Abang Haikal kembali bekerja semula di pejabat.” Teka Rina.
            “Kak pun sependapat dengan Rina.”
            “So Kak Aina dah ada rancangan ke? Helah apa pulak yang kak akan gunakan selepas ini?” Rina tersengih. Dia tahu pasti Kak Aina sudah menyediakan sesuatu.
            “Kenapa? Rina nak join sekali ke?”
            “Ya.” Jawab Rina dengan laju. Seronok juga apabila dapat mempermainakan Abang Haikal.
            Aina dan Rina ketawa bersama. Pada masa itu mereka tidak sedar yang diri mereka sedang diperhatikan.
            “Apa sebenarnya hubungan Aishah dan Rina? Mereka kelihatan rapat dan seperti sudah kenal lama.” Matanya masih memerhati gelagat mereka berdua. Entah apa yang mereka sedang bualkan? Entah-entah tentang aku? Sejak kejadian hari itu, Aishah sudah tidak lagi mendekati aku. Setiap malam Murni yang menghantar susu padanya. Kenapa? Bukan ke hari tu aku yang sepatutnya marah pada Aishah? Haikal terkejut apabila Aina memberi syarahan panjang padanya. Kata-kata Aina menusuk jiwanya. Disebalik kata-kata Aina ada juga kebenarannya tetapi yang pelik kenapa Aina seperti menjauhkan diri dari aku?

                                    ***************************************

            “Ya, tuan! Ada apa yang saya boleh bantu?” soal Aina sebaik sahaja menjejakkan kaki di bilik tidur Haikal. Dia hairan apabila Murni beritahu yang Haikal ingin berjumpa dengannya. Dah buang tabiat ke? Apa pulak yang dia nak dari aku kali ini? Hati Aina mula resah. Dia dapat merasakan ada udang di sebalik batu. Aina tersenyum lebar.
            “Aku tengok sejak kebelakangan ini, kau free saja. Di rumah ini dah tak ada kerja ke. Sempat lagi berbual dengan Rina. Kau kena ingat sikit kau tu orang gaji.” Haikal bangun dari kerusi malas dan berjalan ke almari baju.
            “Melayan tetamu juga adalah salah satu dari tugas saya. Cik Rina tetamu di rumah ini. Dia ingin berjumpa dengan Mak Engku tetapi Mak Engku kan pergi outstation. Puan pun tiada di rumah. Jadi tugas saya untuk melayan Cik Rina. Jika nak harapkan tuan, huh! Jangan haraplah. Asyik terperuk dalam bilik saja.”
            “Menjawab! Aku cakap sepatah, beribu patah kau menjawab.” Bulat anak mata Haikal merenung Aina. Setiap kali bercakap, ada saja kau nak perli aku. Macam mana nenek boleh tahan dengan perangai kau, hah! Macam kuda liar! Sukar dikawal.
            “saya tiada niat untuk melawan cakap tuan! Tetapi saya berhak mempertahankan diri saja dari tuduhan yang tidak berasas.”
            Haikal melepaskan keluhan dengan kuat. Setiap kali bercakap dengan Aishah, pasti lidah aku yang akan kelu akhirnya. Ada-ada saja jawapan darinya. Haikal menarik nafas panjang dan dihembus perlahan-lahan. Control, Haikal! Control. “Aku nak keluar.”
            “Ya.” Jawab Aina.
            “Aku kata aku nak keluar.” Kata Haikal sekali lagi. Dia hairan dengan jawapan Aina.
            “Ya. Silakan. Tuan boleh keluar bila-bila masa. Tak ada pun peraturan di rumah ini yang melarang tuan dari keluar dari rumah ini.”
            “Aku bukannya minta kebenaran dari kau . Aku nak keluar, jadi kau kena ikut aku sekali.”
            “Keluar!” Dahi Aina berkerut. Pasti dia ada agenda sendiri, jika tidak mustahil dia akan nak ajak aku keluar. “Maaf, tuan! Saya ada banyak kerja nak disiapkan.”
            “Aku tak mahu dengar semua itu. Kau mesti ikut aku. Aku tahu nenek ada suruh kau perhatikan aku 24 jam kan.”
            Aina menggerakkan tangannya ke belakang. Dia gelabah. Memang lah nenek ada suruh aku tengokkan kau tetapi aku tidaklah bodoh seperti yang kau sangkakan. Mustahil aku akan melangkah masuk ke kandang singa yang sedang menanti aku.
            “Untuk pengetahuan tuan, Puan telah memberi arahan pada saya agar menjauhkan diri dari tuan. Jadi saya kena patuh pada arahan Puan.”
            “Huh, bila pula kau patuh pada arahan ibu aku?”
            “Mengikut keadaan.”
            Haikal tersenyum sinis. Aku tahu kau nak mengelakkan diri dari aku kan. Kau tahu aku ada plan untuk kau. “Baiklah jika begitu kata kau. Jika aku tak balik selepas ni, kau jawablah sendiri pada nenek ye.” Haikal terus memakai topi berwarna hitam. Cermin mata hitam dipakainya. Haikal melangkah keluar dari biliknya.
            Wajah Aina pucat lesi apabila mendengar kata-kata terakhir Haikal. Apa maksudnya tadi? Aina tercengang.

                                    *********************************

            Aina merenung lelaki yang berjalan di hadapannya. Aku dah agak perkara ini akan berlaku.Sudah  3 jam, aku mengekori lelaki ini. Dia tak kenal erti penat ke? Kaki aku ni dah nak tercabut. Shopping mengalahkan wanita. Aku sendiri pun tak pernah shopping berjam-jam seperti ini. Sebaik sahaja aku membeli barang yang mahu, aku akan terus pulang.
            Aina mengangkat kedua-dua belah tangannya yang penuh dengan beg-beg kertas yang mengandungi barang-barang yang dibeli oleh Haikal. Kemeja, kasut, t-shirt, tali pinggang, tali leher, kasut, jam tangan, minyak wangi dan macam-macam lagi. Semuanya dari pelbagai jenis jenama terkenal seperti Levis, Polo, Reebok, Nike, Ralph Lauren, Calvin Klein, Hugo Boss dan Giorgio Armani. Apa faedahnya jika membeli semuanya sedangkan Haikal hanya duduk dalam rumah sahaja? Pergi kerja pun tak mahu? Tahu menghabiskan duit nenek saja. Haikal tak rasa segan ke pada nenek? Muka tembok, mana nak malu? Abang jarang shopping sebegini. Jika barang keperluannya masih elok , abang akan tetap menggunakannya. Abang selalu mengingatkan aku jangan membazir dan perlu bijak menggunakan wang ada. Kata abang lagi, wang yang ada kita boleh menggunakan untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan. Sebab itulah aku suka membuat kerja amal. Menolong orang lain membuatkan jiwa aku tenang.Walaupun kami dari keluarga yang senang, kami tidak pernah melupakan kesusahan yang dihadapi oleh orang lain. Itulah yang diajar oleh atuk. Haikal jauh berbeza dari abang. Abang lebih matang dan bertanggungjawab. Aina bangga mempunyai abang seperti Aril.
            “Diam saja, mesti kau sedang kutuk aku di dalam hati kan.” Tegur Haikal yang tiba-tiba berada di sebelah Aina.
            Aina terkejut. Matanya bulat. Bila masa dia ada di sebelah aku ni? “Nasib baik saya tak ada sakit jantung. Hmm…tuan nak beli apa lagi?”
            “Kenapa? Penat ke?”
            “Taklah…Seronok! Jarang saya berjalan di pusat membeli-belah yang besar di sini. Ini pertama kali saya menjejakan kaki di tempat seperti ini. Semua barang berjenama. Orang kaya saja boleh membeli-belah di sini, kan tuan!” Aina tersenyum. Aina sengaja tidak mengaku. Jika aku mengaku, pasti dia akan bersorok keriangan. Aku tahu dia sengaja menyuruh aku keluar bersamanya untuk aku membawa barang-barang yang dibelinya. Inilah peluang Haikal untuk memperkena aku balik. Macamlah aku tak tahu. Aku tak bodohlah. Aku faham setiap rentak pemikiran kau, Haikal.
            Wajah Haikal berubah masam. Tak penat ke? Haikal merenung Aina dengan penuh tanda tanya. “ Ya, tempat ini orang kaya saja boleh datang. Orang gaji seperti kau jika datang ke sini hanya boleh bawa balik bau saja. Di sini tiada wang, jangan haraplah boleh membeli barang.” Haikal tersenyum sinis. Aku nak kau terasa.
            “Ya, memang betul tu. Tetapi jika wang itu bukannya dari hasil usaha sendiri , tak berbaloi. Tahu menghabiskan duit keluarga saja.”
            “Kau tujukan untuk aku ke?” Haikal meninggikan suaranya.
            “Taklah. Kenapa tuan guna duit Mak Engku dan Puan ke sekarang ni?” Aina berpura-pura terkejut.
            “Kau ni memang pandai berlakon.” Haikal mencebik bibir. “Cepat. Banyak barang lagi aku nak beli. Selagi, aku belum habis membeli, jangan harap kau nak berehat.” Tegas Haikal. Dia melangkah laju meninggalkan Aina. Setiap kali bersama Aishah, boleh dapat penyakit darah tinggi.
            Aina ketawa. “Itulah nak sangat cari pasal dengan aku.” Apabila melihat Haikal sudah jauh meninggalkan dirinya, Aina berlari mengejar Haikal.

                                    ***********************************

            Aina meletakkan beg-beg kertas yang dipegangnya tadi. Sekarang ini, dah pukul 3.00 petang. Sehingga bila Haikal nak shopping. Tangan aku ni dah naik lenguh. Barang apa yang belum dibeli. Rasanya semua dah dibeli. Haikal sengaja nak buli aku. Sakit hati apabila mengingatkan apa yang berlaku tadi. Ada ke patut dia beri aku duit sebanyak RM 2 ringgit untuk aku belanja makan tengahhari. Mana cukup? Kerana tergesa-gesa keluar rumah, aku tersalah membawa dompet. Dompet yang tiada wang di dalamnya. Dia hanya mampu membeli sebiji roti saja. Dah la berjam-jam aku penat berjalan membawa barang-barang yang dibeli oleh Haikal. Nak beli air pun tak cukup. Kedekut! Jauh lebih kedekut berbanding dari Haji Bakhil dalam filem Labu Labi.
            Hati lebih panas bila tengok Haikal menjamu selera di Pizza Hut. Aku pula dibiarkan makan roti saja. Ini tidak adil. Aina mengetap bibir. Tak mengapa, hari ini hari kau, esok atau lusa giliran aku pula.
            “Aina!”
            Badan Aina kaku apabila ada seseorang memanggil namanya. Aina kenal  dengan pemilik suara itu. Sudah 2 tahun, dia tidak mendengar suara itu. Lelaki yang tak pernah putus asa mengejar cintanya. Bila dia balik ke Malaysia? Bukan ke dia telah menetap di Perth, Australia?  Aina tidak berani berpaling. Jika tidak rahsianya pasti akan terbongkar. Aku mesti buat tak tahu. Aku tak dengar apa-apa pun. Jika dia lihat tiada apa-apa response dari aku, mesti dia akan pergi dari sini.Matanya dialihkan pada bilik persalinan yang dimasuk oleh Haikal sebentar tadi. Janganlah Haikal keluar pada waktu ini. Hati Aina berdebar-debar.
            “Aina! Awak Aina kan?” Lelaki itu sudah berada di hadapan Aina.
            Aina terkejut. Dia ingatkan lelaki yang bertubuh sasa itu telah berlalu pergi. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Kini lelaki itu berada di hadapanya.
            “Maaf, saya rasa Encik sudah tersalah orang. Saya bukan Aina.” Aina cuba mengawal nada suaranya. Dia mesti berpura-pura tidak mengenal lelaki itu.
            Lelaki itu masih merenung dirinya.
            Aina mula gelisah. Eee…apa dia mahu lagi? Kan aku kata aku bukan Aina. Aina cuba mengawal perasaannya.
            “Ya, saudara! Ada yang boleh saya bantu? Awak kenal dengan orang gaji saya ke?” Haikal tiba-tiba berada di situ. Siapa lelaki ini? Aishah kenal ke?
            Wajah Aina berubah pucat. Kusut kepala aku kalau macam ni. Bila pula dia keluar? Aina menundukkan kepalanya. Otaknya ligat berfikir. Alasan apa yang perlu dia beri pada Haikal dan Iskandar.
            “Orang gaji.” Iskandar terkejut. Dia tak percaya. Aku tersalah orang ke? Tetapi wajahnya memang mirip Aina Cuma wanita ini bertudung. Suara pun serupa.
            “Ya. Aishah namanya. Aishah, kamu kenal ke dengan saudara ini?” Haikal menoleh ke arah Aina yang hanya mendiamkan diri.
            Aina menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Mungkin saya tersalah orang. Maaf.” Iskandar meminta maaf.
            “It’s ok! Perkara seperti ini selalu terjadi.” Haikal tersenyum.
            Iskandar turut sama tersenyum tetapi matanya masih lagi memandang wanita itu. Mungkin pelanduk dua serupa kot. Tetapi mereka benar-benar mirip. Orang gaji! Dahi Iskandar berkerut. Mustahil cucu Tan Sri Syed Abu Bakar menjadi orang gaji. “Saya minta diri dulu.” Iskandar melangkah meninggalkan mereka berdua.
            “Kenapa terdiam? Seronok ada lelaki handsome mengurat kau ke?”
Iskandar bersuara selepas lelaki itu jauh meninggalkan mereka. Dia hairan dengan sikap Aina. Diam.
            Aina menjeling pada Haikal.
            “Hampa ke? Jangan nak berangan-angan. Dia tersalah orang.” Haikal tersenyum. Dia gembira melihat wajah Aina yang masam. “Cepat, ikut aku.”
            Aina menarik nafas panjang. Nasib baik! Nyaris-nyaris nak terbongkar. Aina melihat ke arah kelibat Iskandar yang semakin jauh. Apa Abang Is buat di sini?
            “Aishah!” jerit Haikal yang berdiri di kaunter pembayaran. Dia hairan melihat Aina yang masih tercegat di situ.
            “Tak boleh tengok orang senang sikit.” Aina merunggut. Dia membuat mimic muka. Tahu mengarah saja.

                                    ******************************************

            Aril menoleh apabila mendengar bunyi ketukan pintu. “Masuk!” Helaian demi helaian report dari projek perumahan di Puchong. Matanya masih merenung report itu.
            “Hello my best friend!”
            Aril terkejut. Dia tersenyum melihat lelaki yang melangkah masuk ke dalam biliknya. Aril bangun dan segera menghampiri lelaki itu, Senyuman terukir di bibirnya. Mereka berjabatan tangan. “Bila kau balik ke Malaysia? Kenapa tak beritahu aku?” Aril menepuk bahu Iskandar beberapa kali. Sudah 3 tahun, dia tidak berjumpa sahabat baiknya itu.
            “Kalau aku beritahu kau pun, kau mesti sibuk. Aku faham tugas kau sebagai CEO Bersatu Holding.”
            “Jemput duduk! Dah 3 tahun, aku tak jumpa kau! Kau tetap tidak berubah.” Aril menjemput Iskandar duduk.
            “Kenapa, kau harap aku ni cepat tua ke? Kalau aku tua, kau pun tua. Kita sebaya. Kau kena ingat tu.” Iskandar ketawa.
            Aril turut sama ketawa.
            “Macam mana business kau di sana?” soal Aril.
            “Alhamdulilah. Bagus.”
            “Bila kau nak kahwin?”
            “Aku tunggu adik kau.”
            Aril menggelengkan kepalanya. Sejak dari bangku sekolah lagi, Iskandar sudah menyukai Aina tetapi cintanya ditolak oleh Aina. Walaupun beberapa kali cintanya ditolak tetapi Iskandar masih berharap. “ Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Sebagai abang Aina , aku suka jika kau menjadi adik ipar aku tetapi sebagai kawan kau, aku rasa kau jangan menunggu Aina lagi. Aku tak mahu lihat kau kecewa lagi. Hati adik aku tu keras. Selepas kematian Kamalia, dia sudah tidak mempercayai cinta. Kau tak payah tunggu dia lagi. Kau cari saja orang lain.” Aril mengeluh.
            “Tetapi aku tak dapat melupakan Aina, kau tahu aku mencintai Aina setulus hati aku. Walau pelbagai cara aku lakukan, cinta aku pada Aina tetap kukuh. Aina adalah soulmate aku.”
            “Jadi kau balik ke sini disebabkan Aina?” teka Aril. Matanya tepat merenung anak mata Iskandar. Wajah Iskandar kelat.
            “Ya.”
            “Mama aku call kau ke?” soal Aril secara tiba-tiba. Dia dapat merasakan kepulangan Iskandar ada kaitan dengan mamanya.
            “Aril, kau jangan nak salahkan mama kau! Dia berniat baik. Dia hanya nak tolong aku.”
            Aril menundukkan kepalanya. Dia dah agak. Kenapa mama masih menimbulkan masalah lagi? Jika Aina tahu tentang ini, pasti Aina takkan balik ke rumah. Aina pernah beritahu yang Iskandar pernah melamarnya semasa dia belajar di Switzerland tetapi lamaran itu telah ditolak oleh Aina. Kata Aina lagi, Iskandar sudah pun menerima kenyataan yang mereka tidak mungkin akan bersama. Tetapi apa yang berlaku sekarang ni? Dari gaya Iskandar, Iskandar seperti masih menaruh harapan pada Aina.
            “Aku jumpa Tahir di Tokyo pada bulan lepas.” Beritahu Iskandar. Dia tak tahu sama ada tindakannya betul atau tidak dengan menyebut nama Tahir. Sejak di bangku sekolah lagi, mereka bertiga bersahabat baik tetapi selepas Tahir berpisah dengan Kamalia, hubungan antara Aril dan Tahir renggang.
            Aril terdiam.
            “Dia ada tanya pasal kau, Aina dan arwah Kamalia. Dia terkejut bila aku beritahu Kamalia dah meninggal.”
            “Kenapa kau mesti beritahu tentang arwah Kamalia pada dia? Dia tak ada apa-apa kaitan dengan arwahKamalia selepas dia tinggalkan Kamalia disebabkan oleh Julia.” Nada suara Aril tegas. Wajahnya berubah serius. Dia tak sangka Tahir sanggup meninggalkan Kamalia disebabkan harta.
            “Aku tahu kau masih berdendam pada Tahir. Dia pun tak sangka perkara ini boleh pergi sejauh ini.”
            “Aku tak berdendam pada Tahir. Aku hanya terkilan dengan sikapnya. Aku tak sangka Tahir seperti itu. Jika aku tahu Tahir akan melayan arwah Kamalia seperti ini, aku takkan bersetuju dengan hubungan mereka berdua. Jika benarlah aku berdendam pada Tahir, dah lama aku hancurkan syarikat perlancongan Tahir di UK tetapi aku masih ada iman. Otak aku masih waras. Aku tahu jika aku lakukan semua itu, arwah Kamalia takkan kembali semula.” Hatinya sebak apabila mengingatkan kembali kisah sedih Kamalia. Dia telah menganggap Kamalia seperti adik kandungnya sendiri. Lima tahun, Kamalia membesar bersama mereka sejak ibu bapa Kamalia meninggal dalam satu kemalangan jalan raya.
            “Aku tahu! Tahir ada beritahu aku yang dia ingin berjumpa dengan kau dan Aina.Dia ingin minta maaf pada kau berdua”
            Bulat mata Aril mendengar kata- kata Tahir. “ Maaf! Simpan saja maaf dia tu. Jika kau masih berhubung dengan dia, kau beritahu dia yang semua itu sudah terlambat. Aku tak mahu tengok muka dia lagi. Jika dia muncul di hadapan aku sekarang ni, penumbuk aku ni akan hinggap di mukanya dulu. Lebih baik dia batalkan saja niat dia tu.”
            “Kau masih belum memaafkan Tahir ke?” soal Iskandar dengan lembut. Aril yang dikenalinya selama ini berlainan dengan lelaki yang duduk di hadapannya sekarang ini. Mungkin naluri sebagai seorang abang membuatkan Aril menjadi seorang yang pendendam. Kamalia telah dianggapnya sebagai adik sendiri. Hati siapa yang tidak sakit jika melihat penderitaan yang dihadapi oleh adik sendiri.
            “Aku tak berhak memaafkan dia . Dia tak buat apa-apa kesalahan pun kat aku.”
            “Tetapi kenapa kau tak mahu jumpa dia?”
            “Buat apa aku jumpa dia? Untuk apa?” Aril meninggikan suaranya.
Iskandar terkejut apabila Aril meninggikan suara padanya.
Aril sedar akan perubahan wajah Iskandar. Dia sedar dia terlalu emosi tadi.  “ Iskandar, aku rasa lebih baik kita jangan berbincang tentang hal ini. Perkara yang lepas, kita lupakan saja.” Aril melihat ke arah jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 12.45 tengahhari. “Dah waktu lunch ni, jom kita pergi makan.” Aril segera bangun. Dia tak mahu bercakap mengenai Tahir lagi. Setiap kali bercakap mengenai Tahir, perasaan marahnya tidak dapat dikawal lagi.

                                    *****************************

“Mama! Mama!” Aril memanggil nama ibunya sebaik saja melangkah masuk ke rumah mewar dua tingkat yang tersergam indah itu. Tali lehernya segera ditanggalkan. Dia perlu mendengar penjelasan dari ibunya mengenai Iskandar. Apa rancangan mama pada Aina? Adakah mama ingin menjodohkan Iskandar dan Aina?
“Apa halnya, Aril! Balik saja, dah cari mama Aril! Kenapa mama Aril buat hal lagi ke?” soal Tan Sri Syed Abu Bakar yang sedang duduk membaca majalah di rumah tamu. Suara Aril dapat didengarinya. Air muka Aril semacam saja.
Aril berhenti melangkah apabila ditegur oleh Tan Sri Syed Abu Bakar. “ Atuk tahu tak di mana mama sekarang ni?”
Ada. Rasanya di dapur.”
Sebaik sahaja Aril ingin melangkah, Datin Mawar muncul di sebelahnya. “Apa halnya, Aril?” Di dapur lagi dia sudah mendengar Aril menjerit memanggil dirinya.
“ Mama, kenapa mama selalu sangat timbulkan masalah?”
“Mama tak faham maksud Aril.” Datin Mawar terkejut.
“Apa niat mama menyuruh Iskandar pulang ke Malaysia? Mama tahu Aina tak sukakan Iskandar kan? Kenapa mama mesti memberi harapan pada  Iskandar?” soal Aril bertubi-tubi. Sikap ibunya setiap hari membuat dia rimas.
“Mawar!” Tan Sri Syed Abu Bakar terkejut dengan kata-kata Aril. Bukankah Iskandar telah berputus asa mengejar cinta Aina? Nampaknya Mawar telah melakukan sesuatu.
“Salah ke jika Iskandar menjadi menantu mama? Mama tengok Iskandar sesuai menjadi suami Aina. Sejak dulu lagi, mama berkenanan dengan Iskandar. Semua pakej dia ada. Apa yang kurang pada Iskandar tu?” Datin Mawar geram apabila Aril menyalahkan dirinya.
“Mama! Aina tu adik Aril! Aril tahu Aina takkan menerima Iskandar sebagai suaminya. Walauapa yang mama buat, keputusan Aina takkan berganjak. Iskandar adalah kawan Aril. Aril tak mahu lihat Iskandar dikecewakan lagi. Cukuplah, mama! Untuk memenuhi hasrat mama, mama sanggup menggunakan orang lain demi kepentingan mama sendiri.”
“Aril!” jerkah Datin Mawar. Dia tak sangka Aril sanggup bercakap begitu padanya. Selama ini, Aril tidak pernah meninggikan suara padanya. Inilah pertama kali Aril bersikap begitu.
“Kenapa mama masih belum lagi faham? Kami belum bersedia untuk berkahwin lagi. Susah sangat ke mama nak faham semua itu. Kami sayang dan hormati mama tetapi perangai mama setiap hari membuat kami rimas. Jangan mama buat kami hilang rasa sayang dan hormat pada mama suatu hari nanti!” tegas Aril sebelum melangkah meninggalkan Datin Sharifah Mawar dan Tan Sri Syed Abu Bakar. Wajahnya merah menahan geram.
“Aril! Aril!” Datin Sharifah  Mawar tergamam. Matanya dialihkan ayahnya yang hanya diam memerhati. “Abah tengok tu! Begitukah cara seorang anak bercakap dengan ibunya sendiri?”
“Jangan nak salahkan Aril pulak! Mawar tu yang sepatutnya perbaiki sikap Mawar! Sekarang lihat apa dah jadi. Disebabkan sikap mawar, hubungan mawar dan anak-anak menjadi renggang. Abah dah tak larat menasihati Mawar! Mawar tak pernah mendengar cakap abah.”
“Salahkah Mawar nak lihat anak-anak Mawar bahagia?”
“Tetapi bukan dengan cara ini! Mawar tak malu ke dengan sikap Mawar sekarang ni! Seperti budak-budak kecil.” Marah Tan Sri Syed Abu Bakar. Dia turut sama berlalu pergi meninggalkan Datin Sharifah Mawar.
“Abah!” Datin Sharifah Mawar tercengang.

                                    ******************************

Aril memejam mata dengan rapat. Dirinya sudah terbaring di atas katil. Baju yang dipakai masih belum ditukar lagi. Nama Tahir tiba-tiba bermain di fikirannya. Nama yang telah lama dilupakannya. Dia teringat peristiwa semasa dia belajar di Universiti Melbourne, Austrialia Tahir dan Iskandar turut sama belajar di universiti yang sama.
Aril memintas perjalanan Tahir. Dia berdiri tegak di hadapan Tahir yang terkejut dengan kehadirannya.
“What’s up, bro?”
Aril masih lagi merenung Tahir. Khabar angin yang didengarnya benar-benar mengundang beribu pertanyaan. Perasaan marah turut sama ada. Dia ingin mendengar semua ini dari bibir Tahir sendiri.
“Kenapa dengan kau ni, Aril? Kenapa kau renung aku macam tu? Aku ada buat salah kat kau ke?” Tahir hairan. Aril masih diam membisu.
“Betul aku dengar sekarang ni kau bercinta dengan Julia, anak Tan Sri Jamal.” Soal Aril dengan nada tegas. Wajahnya serius.
Tahir tergamam dengan pertanyaan Aril. Badannya tiba-tiba menjadi kaku. Lidahnya menjadi kelu. Bagaimana Aril boleh tahu? Mata Tahir meliar ke kiri dan kanan. Otaknya ligat berfikir untuk menjawab pertanyaan Aril.
            “Betul atau tidak? Tahir!” jerit Aril. Melihat dari reaksi Tahir, dia sudah tahu jawapannya. Memang benar Tahir mempunyai hubungan dengan Julia.
            Perlahan-lahan Tahir menganggukkan kepalanya. Dah jelas dia tidak boleh menipu lagi.
            Aril terus menarik kolar baju Tahir dengan kasar. Matanya merah menyala menahan geram. “Kamalia! Kamalia, bagaimana?”
            “Kami…Kami…akan berpisah.” Nada suara Tahir terketar-ketar. Perasaan bersalah tersemat di jiwanya. Dia tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan Kamalia. Memberitahu Kamalia tentang perpisahan ini.
            “Kau dah gila ke, Tahir? Tiga tahun, kau berdua bercinta. Sejak di bangku sekolah lagi, kau berdua bersama. Sekarang ni kau nak tamatkan begitu saja. Bagi kau, percintaan kau dan Kamalia selama ini tiada nilai ke?  Kau dah lupa ke Kamalia tu anak yatim piatu. Dia tiada sesiapa lagi. Kaulah harapannya. But now, you want to break up with her because Julia.  Kau nak bunuh Kamalia ke, Tahir!” marah Aril. Dia tahu Kamalia begitu mencintai Tahir.
            “Tetapi Kamalia ada kau dan Aina! Dia akan dapat terima semua ini.”
            “Aku dan Aina tak sama seperti kau! Kau lain! Kau cinta sejatinya dan nyawanya. Kau sedar tak tindakan kau ini secara tidak langsung membunuh Kamalia.”
            “Kau nak aku buat apa, Aril! Hati aku sekarang ni dah ada orang lain. Kau nak aku berpura-pura mencintai Kamalia ke? Menduakan Kamalia? Kau nak ke aku buat macam tu.” Tahir tiba-tiba naik berang. Dia menolak tangan Aril yang memegang kolar bajunya dengan kasar. Dia sangka Aril akan memahami dirinya.
            “Aku tak sangka kau seperti ini Tahir! Cepat betul hati kau berubah.”
            “Aku pun tidak menjangka semua ini akan terjadi. Mungkin cinta aku pada Kamalia hanyalah cinta monyet. Kami tidak ditakdirkan untuk bersama.”
            “Apa! Tidak ditakdirkan untuk bersama!” Aril terkejut dengan kata-kata sahabat baiknya itu. “Bagaimana janji kau pada aku untuk menjaga Kamalia sepanjang hayat kau? Mana semua tu?”
            “Aku minta maaf, Aril! Ya, memang aku telah memungkiri janji tetapi aku tak boleh menipu diri aku. Aku telah jatuh cinta pada Julia. Aku sangat menyayanginya begitu juga Julia. Kami saling mencintai. Mustahil kami akan berpisah.”
            “Aku tahu Julia adalah seorang wanita yang menarik, cantik, bijak malah dari keluarga yang berada. Semua itu adalah dugaan untuk kau. Semua itu adalah sementara. Kau hanya mencintai Kamalia seorang saja. Jika kau berpisah dengan Julia sekarang ini, aku berjanji aku takkan beritahu sesiapa tentang hal ini. Aku nak kau fikir baik-baik. Aku tak mahu kau membuat keputusan terburu-buru untuk berpisah dengan Kamalia. Pleasa,Tahir! Aku merayu pada kau, jangan melukai hati Kamalia.” Nada suara Aril berubah. Dia merayu agar Tahir tidak berpisah dengan Kamalia yang telah dianggap seperti adik kandungnya sendiri.
“I’m sorry, Aril! Aku tak boleh lakukan semua itu. Aku tak boleh tipu diri aku sendiri. Cinta aku pada Kamalia sudah tiada lagi. Aku hanya mencintai Julia seorang saja. Selepas kami tamat belajar, kami sudah membuat keputusan untuk berkahwin. Aku minta maaf, Aril! Aku harap Kamalia akan menemui lelaki yang mencintai dirinya sepenuh hati.” Tahir berlalu pergi meninggalkan Aril yang masih kaku berdiri di situ. Kata-kata Tahir memberi tamparan hebat padanya.  Bagaimana Kamalia akan menghadapi semua ini? Aril menggengam erat tangannya.

            

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...