Monday, April 29, 2013

Satu Dua Tiga 2013


BAB 12


            Alina berdiri di hadapan Alisa yang sedang membaca majalah Rapi di sofa. Alisa menutup majalah yang dibacanya apabila sedar Alina berdiri di hadapannya. Alisa mendongakkan kepala. Wajah Alisa serius. “What’s up?”
            “What’s up? Angah tahu tak apa yang Angah dah buat. Angah ni kalau sehari tak cari pasal dengan orang, tak boleh ke?”
            “Balik-balik terus membebel. Acu dah kena sampuk ke?” Alisa geli hati.
            “Acu serius la, Angah! Acu nak tahu, masa tiba di KLIA! Angah ada kenakan sesiapa tak?”
            “Kenakan siapa?” soal Alisa balik
            “Angah!”jerit Alina geram. Main-main pulak!
            “Ada...Ada! Lelaki mana pun Angah tak tahu. Kenapa?”
            “Lelaki yang Angah kenakan tu anak kawan abah! Peguam abah.”
            “Hmmm...peguam!” Alisa cuba mengingatkan wajah lelaki itu.
            “Ya. Dia ingat Acu ni Angah. Nasib baik la, time tu abah dah masuk jumpa ibu. Kalau tak, terbongkar la rahsia Angah.”
            “Dia cakap apa?” Alisa ingin tahu.
            “Dia tu bernama Zahari! Zahari!”
            “Whatever!”
            “Angah!” Alina geram bila Alisa buat tak endah saja.
            “What do you want to say? He’s pick fight with me first.”
            “Asking a question is wrong for you, sis?”
            “He’s annoying me! Angah dah beri amaran tapi dia degil jugak. Rasakan la.” Alisa masih cuba mempertahankan dirinya.
            Alina menggelengkan kepalanya beberapa kali. Cakap banyak dengan Angah ni memang menyakitkan hati. Dia saja betul, orang lain salah. “Acu dah minta maaf bagi pihak Angah.”
            “What!” Bulat mata Alisa bila mendengar kata-kata adiknya. “Why did you do that?”
            “Salah ke minta maaf! Kita tak rugi apa-apa pun kalau minta maaf. Dapat pahala.”
            “I know about that. Tapi Angah tak salah, kenapa Acu minta maaf pula. Perkataan maaf tu seumpama perkataan yang berharga dan mempunyai maruah yang tinggi, Acu tahu
tak?” Bagi Alisa, perkataan maaf itu seumpama maruah dirinya. Dia hanya akan minta maaf jika dia benar-benar bersalah. Sebab itu dia jarang meminta maaf pada orang.
            Dahi Alina berkerut mendengar kata-kata Alisa. Susah betul bila bercakap dengan peguam ni. “Suka hati, Angah la.” Alina sudah mengalah. “Hmm....sampai bila Angah nak rahsiakan tentang diri Angah. Abah perlu tahu yang abah ada anak lain selain Acu. Satu hari nanti abah akan tahu jugak.”
            Alisa hanya mendiamkan diri. Dia malas nak dengar perkara yang berkaitan dengan orang yang tak ada kena mengena dengan dirinya.
            “Angah! Dia ayah kita.Walaupun Angah cuba bertegas menafikannya, abah tetap ayah kandung Angah.”
            “Please! I don’t want talk about this. Angah tak nak kita bergaduh pasal perkara ni lagi. It’s my problem.” Tegas Alisa terus bangun dan melangkah masuk ke biliknya. Alina mengeluh. Dia tak tahu bagaimana untuk mencairkan hati kakaknya lagi. Hati mereka benar-benar keras.

                                                ********************************
            Dahi Dato’ Syed Mohd Kadir sedikit berkerut memikirkan sesuatu. Kata-kata Munirah sebentar tadi masih terdengar di telinganya. Apa maksud Munirah tadi? Ini bermakna selama ini Munirah pernah gunakan wang itu tetapi kenapa Fuad beritahu aku yang Munirah tak pernah keluarkan wang satu sen pun. Atau ....selama ini Faud telah berbohong pada aku. Dato’ Syed Mohd Kadir menggengam erat tangannya.
            “Sulaiman, bawa aku ke rumah Zahari sekarang.” Beritahu Dato’ Syed Mohd Kadir pada Sulaiman yang sedang memandu. Dato’ Syed Mohd Kadir perlukan kepastian.
            “Baik, Dato’”
            Dato’ Syed Mohd Kadir mengetap bibir menahan marah.  Jika telahan aku tepat ...tetapi kenapa Fuad tipu aku selama ini. Dia adalah orang yang sangat dipercayai oleh arwah Baharom malah dia diberi tanggungjawab untuk menjaga aset Munirah termasuk akuan milik Munirah. Jika Munirah pernah keluarkan duit, pasti Fuad tahu. Tetapi ...kenapa! Kenapa! Fuad berbohong dengan aku?
                                                *********** *********************


            Zahari membaca maklumat yang telah difaks oleh setiausahanya. Zahari mendekati Dato’ Syed Mohd Kadir yang sedang duduk di ruang tamu. Dahi Zahari sedikit berkerut.
            “So ......” soal Dato Kadir sebaik sahaja Zahari melangkah masuk ke ruang tamu. Dia sudah tidak sabar untuk mengetahuinya.
            Buat seketika Zahari, memandang ke arah Dato’ Syed Mohd Kadir. “Menurut rekod ni, Auntie Munirah mengeluarkan duit dalam akuan ni buat pertama kalinya pada bulan Mei 1986 sebanyak RM 500.”
            Dato Kadir menundukkan kepala. Pasti pada masa itu Munirah dihalau keluar dari rumah. Terbit perasaan bersalah yang menebal di hatinya. Aku memang kejam. Aku halau Munirah tanpa memikirkan keadaannya pada waktu itu.
            “Pada bulan Julai 1986, Auntie Munirah telah keluarkan RM5000. Pada bulan Januari 1987 Auntie Munirah mengeluarkan RM10 000 di London buat pertama kalinya” beritahu Zahari lagi.
            “Alina lahir pada bulan Januari 1987. Pasti waktu itu, Munirah memerlukan duit untuk membayar bil hospital dan barang-barang keperluan Alina.” Dato’ Syed Mohd Kadir  menggengam erat tangannya. Dia menyesal. Sangat menyesal. Alina membesar tanpa memori aku bersamanya.
            “Zahari tak faham kenapa mesti uncle berurusan dengan Uncle Fuad. Abah kan ada pada waktu ! Kenapa Uncle tak direct je tanya pada abah?” soal Zahari hairan.
            “Waktu tu ...Arwah Baharom sangat marahkan uncle. Hampir setahun kami tak bercakap disebabkan tindakkan uncle menghalau Munirah dan mengahwini Kartika. Uncle ada jumpa Arwah Bahorom selepas Uncle menyesal di atas perbuatan Uncle. Uncle ada bertanya tetapi Arwah Bahoram tak pernah beritahu apa-apa pun. Mungkin ini balasan Uncle.”
            “Sebab itulah Uncle berurasan dengan Uncle Fuad.”
            “Ya. Sebab Uncle dapat tahu yang Munirah mempunyai akuan bank dan tanah di Johor. Segala aset Munirah dijaga oleh Fuad. Dia berjanji akan menolong Uncle tetapi lain pula yang terjadi. Uncle telah bayar Fuad sebanyak RM20 000 jika dia dapat memberi maklumat di Munirah berada ketika itu. Dia telah terima duit Uncle tetapi dia sanggup tikam Uncle dari belakang. Katanya Munirah tak pernah menyentuh satu sen pun duit dalam akaun bank tu. Uncle percaya bulat-bulat cakap dia.” Dato’ Syed Mohd Kadir mengetap bibir menahan geram. Kalaulah aku tahu di mana Fuad sekarang ni, tunggulah aku kerjakan.
            “ Kenapa Uncle Fuad buat Uncle macam tu? Uncle Fuad yang Zahari kenal selama ini adalah seorang yang amanah. Mustahil.” Zahari tak percaya. Aku kenal Uncle Fuad sejak kecil lagi. Dia adalah orang yang sangat dipercayai oleh abah. Kenapa? Dahi Zahari sedikit berkerut.
            “Zahari! Manusia sangat buat apa saja demi duit. Duit dan harta adalah segala-galanya di dunia ni. Manusia boleh berubah kerana duit dan harta. Apa yang uncle mahu sekarang ni .....berhadapan dengan Fuad. Di mana Fuad sekarang ini? Uncle tahu dia sudah bersara sejak 2 tahun yang lalu. Zahari pasti tahu di mana Fuad sekarang ni! Uncle ingin bertanya ...kenapa dia sanggup berbohong pada uncle? Why?” tegas Dato’ Syed Mohd Kadir. Jika tidak kerana Fuad, pasti sudah lama aku hidup bahagia bersama Munirah dan Alina. Aku dapat melihat Alina membesar . Melihat Alina merangkak. Melihat Alina tersenyum dan ketawa buat pertama kalinya. Melihat Alina berjalan. Mendengar Alina bercakap pertama kalinya. Semua itu! Semua itu aku terlepas. Aku tak pernah alaminya. Aku tiada apa-apa memori tentang Alina sejak kecil. Aku ni memang ayah yang tak bertanggungjawab. Dato’ Syed Mohd Kadir menggengam tangannya dengan lebih erat. Perasaan bersalah di hatinya tak pernah padam.
            “Uncle! Jangan terlampau stress. Uncle, jangan lupa pesanan Nazri. Tak elok jika Uncle terlampau stress. Uncle kena relaks, okay! Tentang Uncle Fuad, biar Zahari uruskan. Zahari akan suruh orang siasat di mana Uncle Fuad sekarang ni. Jika Zahari dapat maklumat tentang Uncle Fuad, Zahari akan beritahu Uncle.”
            Dato’ Kadir hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.

                                                ***********************************

            Alina berjalan mendekati lelaki yang sedang duduk di sudut yang terpencil di cafeteria hospital. Alina hairan apabila menerima panggilan dari Dato’ Syed Mohd Kadir yang ingin breakfast bersamanya. “Assalammualaikum!”
            Dato’ Syed Mohd Kadir berpaling. Sebaik sahaja melihat kehadiran Alina, Dato Kadir tersenyum lebar.”Waalaikumussalam.” jawab Dato’ Kadir.
            Alina bersalam dengan Dato’ Kadir sebelum duduk di kerusi yang berhadapan dengan Dato’ Kadir. “Abah dah makan ke belum?” soal Alina.
            “Belum. Abah tunggu Lina. Biar kita breakfast bersama-sama ...lagipun kita tak pernah breakfast bersama-sama kan. Bila ibu Lina dah sihat, kita breakfast bersama-sama ye!”
            “Baiklah.”
            “Nak minum apa?” tiba-tiba seorang lelaki datang menghampiri mereka berdua. Pen yang dipegang bersedia untuk menulis.
            “Hmm...teh o panas. Abah?”
            “Sama!”
            “Makan pula?” soal pelayan lelaki itu.
            “Dua bihun goreng.” Beritahu Alina.
            “Dua teh o panas dan dua bihun goreng.” Pelayan lelaki mengulang sekali lagi order Alina.
            Alina hanya menganggukkan kepalanya. Selepas pelayan lelaki berlalu pergi, Alina menoleh. “Abah dah melawat ibu ke?”
            “Belum. Abah tak mahu ganggu ibu Lina berehat. Abah sengaja ajak Lina breakfast bersama-sama dengan abah. Lagipun, kita tak pernah breakfast bersama-sama kan!” nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir sayu. Hatinya tiba-tiba sebak.
            “Abah! Sekarang kan kita sedang breakfast bersama-sama. Kalau abah nak, kita boleh breakfast bersama-sama setiap hari. Lina tak kisah.” Alina menggengam erat tangan Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia tak mahu ayahnya bersedih.
            Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum. Dia bersyukar kerana Alina tidak membencinya selepas apa yang berlaku. Alina menerima aku seadanya. “Lina, abah nak tanya sesuatu?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir. Sebenarnya ada banyak soalan yang aku ingin tanya pada Lina tetapi pada masa itu keadaan tidak sesuai. Mungkin ini masanya.
            “Tanyalah.”
            “Sebelum tu, abah nak minta maaf banyak-banyak pada Lina kerana selama ini abah tak tahu kewujudan Lina. Abah tak pernah menjalani tanggungjawab sebagai seorang ayah. Abah gagal menjadi seorang ayah yang baik. Abah minta maaf ye.”
            “Abah! Dalam hal ini, abah tak perlu minta maaf pada Lina. Tiada apa yang perlu dimaafkan. Apa yang berlaku adalah suratan takdir. Lina tak pernah salahkan sesiapa dalam hal ini. Mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. “
            “Terima kasih, Lina. Abah bersyukur kepadaNya kerana memberi peluang pada abah untuk memperbaiki kesilapan abah selama 26 tahun ni. Terima kasih Lina kerana tidak membenci abah selepas apa yang pernah abah lakukan tehadap ibu Lina.” Dato’ Syed Mohd Kadir menggengam erat tangan Alina.
            Wajah Alina berubah pucat. Benci! Kalau abah tahu tentang Along dan Angah, pasti hati abah akan terluka. Mana tidaknya, perangai Along dan Angah tu .....aduh, menyakitkan hati.. Tapi abah berhak tahu tentang anak-anak abah yang lain. Perlu ke aku beritahu abah? Dahi Alina sedikit berkerut. Ahh...tak boleh. Nak cari nahas? Abah baru saja sembuh.
            “Lina, kenapa ni? Lina tak sihat ke?”
            “Sihat...Lina sihat.”  Alina cuba tersenyum. Dia menyembunyikan apa yang sedang berada di fikirannya sekarang ini.
            “Lina, sebenarnya! Ada perkara abah nak tanya.”
            “Ok.”
            “Semasa Lina kecil, ibu Lina ada cerita tentang abah tak?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir ingin tahu.
            Alina terkejut dengan pertanyaan Dato’ Syed Mohd Kadir. Alina terdiam seketika. “Sebenarnya, ibu tak pernah bercerita tentang abah. Lina pernah bertanya tentang abah tetapi ibu beritahu antara abah dan ibu tiada jodoh.. Itu saja jawapan yang diberi oleh ibu.”
            “Ini bermakna ibu Lina bencikan abah.” Nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir sayu. Kecewa.
            “Tidak. Ibu tak pernah bencikan abah. Mungkin pada waktu ibu tak mahu ungkit kisah lamanya. Bagi ibu ...apa yang berlaku antara ibu dan abah, itu adalah rahsia ibu. Kami tahu hal mengenai ibu dan abah dari auntie Khaty.”
            “Kami” Dato’ Kadir merenung Alina secara tiba-tiba. Kami!
            Bulat anak mata Alina. Alamak aku tersasul la. “Aa....Lina tersasul tadi.” Alina cuba cover line.
            “Terkejut abah! Ingatkan abah ada anak seorang lagi. Hmm...siapa Auntie Khaty?”
            “Bestfriend ibu. Mereka kenal sejak sekolah menengah lagi kebetulan pula mereka satu kampung. Auntie Khaty yang menolong ibu selama ini.”
            “Nasib baik, selama ini abah ingat ibu Lina seorang diri di negara orang. Abah nak jumpa Khaty dan berterima kasih padanya.” Ujarnya. Dia perlu berterima kasih pada orang ynag menjaga Munirah dan Alina selama ini. Dia terhutang budi pada wanita yang bernama Khaty.
            “Aaa......Lina rasa buat masa sekarang, leibh baik abah jangan jumpa auntie Khaty.” Nada suara Alina bergetar. Selepas apa yang terjadi pada ibu, auntie Khaty menyuruh ibu pulang ke London dengan segera. Kata Auntie Khaty, abah tak layak untuk menjadi suami ibu. Abah gagal melindungi ibu, Itu yang membuat Auntie Khaty marah dan mahu ibu pulang ke London.
            “Why?”
            “Nothing.” Alina cuba tersenyum. “Wah, dah sampai!” kata Alina sebaik sahaja pelayan itu meletak makanan dan minuman yang mereka pesan sebentar tadi. “Jemput makan, abah. Lepas ni, abah kena terus makan ubat ye.” Ujarnya lagi. Alina segera menumpukan perhatina terhadap makanan. Alina tak mahu Dato’ Syed Mohd Kadir terus bertanya tentang Auntie Khaty.
            Dato’ Syed Mohd Kadir  memerhati gelagat Alina. Macam ada sesuatu yang tak kena je? Kenapa Lina tak bagi aku jumpa Khaty? Ada masalah ke? Senyuman terukir di bibir melihat Alina yang begitu asyik menjamu selera.

                                                *********************************

            Alisa menanggalkan cermin mata Guess yang berwarna hitam sebaik sahaja menutup pintu bilik. Alisa membuat mimik muka melihat jambangan bunga dan bakul bunga ros yang penuh menghiasi bilik itu. Bau bunga ros menusuk deria baunya.
            “Ini bilik untuk pesakit ke atau bilik untuk pameran bunga!” Alisa bersuara. Menyampah betul. Ada hati nak pikat ibu konon? Dasar lelaki buaya. Bila tak bahagia dengan isteri muda, mulalah cari isteri tua.
            Munirah hanya mampu tersenyum. Sebenarnya dia rimas. Bunga-bunga ros yang dihantar oleh Dato’ Syed Mohd Kadir  Kadir sepanjang 3 hari dia dirawat di sini, tidak memberi apa-apa erti padanya.
            Alisa meletakkan beg yang berisi bekalan makanan yang dimasak olehnya untuk dimakan oleh ibu. Alisa terus bersalaman. “Tapi sayang, bunga ros bukan favorite flower ibu. Huh!”
            “Biarlah! Itu duit dia. Dia nak buat apa-apa pun. Itu hak dia.” Kata Munirah. Dia malas nak bertikam lidah dengan Alisa. Yang pasti Alisa tetap akan menang.
            Alisa hanya mengeluh. Melihat reaksi ibu, lebih baik aku diam. Aliasa mengeluarkan tupperware yang berisi nasi goreng .
            Serentak mereka berdua berpaling ke arah pintu apabila pintu itu dibuka.
            “Ibu! Apa kita nak buat sekarang ni?” Wajah Alina resah.
            “Kenapa?” soal Munirah apabila Alina meluru masuk.
            “Abah ...Abah nak jumpa Auntie Khaty. Abah nak ucapkan terima kasih pada Auntie Khaty. Abah kata abah nak ikut kita jika kita balik London.”
            “What!” Nada suara Munirah meninggi. Apa pula yang dia nak kali ni?
            “Nak ikut kita balik ke London? Apa masalah dia sebenarnya? Muka tembok ke?” Alisa merenung Alina.
            “Angah!” Alina menegur Alisa.
            “Kenapa? Memang betul kan Angah cakap. Ibu, jika begini keadaaannya ....masalah ibu takkan selesai. Ibu masih nak tunggu untuk semua ni selesai ke?” Alisa merenung ibunya.
            Munirah mengetap bibir. Kenapa dia masih tak faham? Kenapa?


                                                        *********************************
            “What!” Alisa terus berpaling ke belakang bila mendengar kata-kata Alina. Matanya tepat merenung adiknya yang tersenyum.
            “I’m sure you understand about my job. My patient needs me right now. I have to go back to London. I have to save her. Please pretend to be me for a week.”
            “Kerja gila! How can i be like you? Even we are twins, our behavior totally different. 100% different.” Alisa kurang senang dengan permintaan Alina.
            “Please! Kalau macam tu, Acu rasa lebih baik Angah berterus-terang dengan abah. Tentang kewujudan Angah.”
            “No!” tegas Alisa. Itu bukan cadangan yang baik.
            “So you don’t have a choice, sis!” Alina tersenyum
            Alisa mengeluh. Nampaknya dia sudah tak ada jalan lain lagi. “Ok! ...Ibu tahu tak tentang perkara ni?”
            Alina menganggukkan kepalanya. Dia sudah pun beritahu ibu tentang perkara ni! Ibu setuju..
            “Flight pukul berapa?”
            “8.00pm.”
            Alisa mengeluh kuat. Menjadi seperti Alina bukanlah senang. Kena menjadi lemah lembut dan berbudi bahasa. How can i be like her?
            “Kenapa? Susah hati nampak?” usik Alina. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Alisa sekarang ni.
            “Nampaknya Angah kena zip mulut ni la.”
            “Ya! 100% zip! Kalau orang cakap apa-apa, Angah setuju saja. Yang penting, sabar! Angah kena selalu ingat, Angah adalah Acu! Ingat tu.”
            “Leceh la macam tu.”
            “Kalau tak nak, Angah kena berterus-terang.” Alina tersenyum sinis.
            “Ya! Ya. Angah jaga kelakuan Angah!” Alisa membuat mimik muka. Aa....berapa lama la aku boleh zip mulut aku ni? Alisa resah.

                                                ******************************

            “Acu dah bertolak ke?” tanya Munirah apabila anak keduanya itu tiba. Dia perlu berada di hospital selama seminggu sebelum dibenarkan keluar.
            “Dah,Ibu!”
            Munirah tersenyum melihat Alisa. Sekarang ni penampilan Alisa seperti penampilan Alina. Make upnya yang tebal juga sudah tiada lagi. Rambut pula dilepaskan. Selalunya Alisa akan menyanggulkan rambutnya.
            “Kenapa ibu tengok Angah macam tu?”
            “Aii...salah ke ibu tengok anak sendiri?”
            “Bukan la macam tu! Pandangan ibu pelik semacam saja. Ada apa-apa kat muka Angah ke?”
            “Tak ada apa-apa! Kan cantik kalau Angah macam ni! Nampak cantik dan ayu. Tak payah la mekap tebal-tebal. Eyeliner tu jangan la pakai tebal sangat. Takut ibu bila tengok mata Angah!”
            Alisa tersengih. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Alisa menoleh. Munirah tersenyum bila lihat kedatangan Dr. Nazri.
            “Dr. Nazri tak balik lagi ke? Dah lewat ni!” Sekilas Munirah mengerling matanya ke arah jam dinding di biliknya, Sudah pukul 11.30 malam.
            Dr. Nazri tersenyum bila ada kelibat Alina di situ. Dia dah agak dah mesti Alina ada. Jika tak berjumpa Alina, pasti hatinya resah.
            Alisa membalas senyuman lelaki itu. Lain macam saja senyuman lelaki ni. Nak menggatal ke? Takkan la doktor ni ada hati dengan Acu?
            “sekejap lagi saya balik, auntie. Aaa.....” Dr. Nazri memandang ke arah Alisa.
“Lina, saya nak beritahu awak yang pihak hospital baru saja menerima jantung dari penderma untuk dijadikan kajian. Hari tu awak cakap awak berminat turut serta dalam penyelidikan ini.”
            “JJJJJantung!” nada suara Alisa berketar. Anak matanya tiba-tiba membesar. Seram sejuk bila mendengarnya.
            “Ya....Jantung! Jantung manusia! Saya datang sini sebab nak ajak Lina lihat jantung tu. Lina kan nak jadi doktor pakar jantung.” Dr. Nazri masih lagi tersenyum
            “Sekarang!” mata Alisa dialihkan pada ibunya. Ibu, tolong! Nak tengok jantung manusia, memang cari nahas. Nanti tak pasal-pasal aku pengsan atau mati terkejut.
            “Pergilah, Lina!” Munirah menyampuk. Dia cuba menahan ketawa. Dia nak lihat apa alasan Alisa. Dia tahu Alisa banyak akal.
            Alisa membuat mimik muka bila mendengar kata-kata ibunya. Ibu.....ni bukannya nak tolong. Mata Alisa meliar ke kiri dan kanan sambil memikirkan alasan. “Aduh....sakit kepala la.” Alisa terus memegang kepalanya. Eksperesi wajahnya bertukar menjadi sakit seolah-olah sedang menahan kesakitan. “Aaa...berdenyut-denyut la pulak!” Perlahan-lahan Alisa berjalan mendekati sofa dan terus duduk di situ.
            “Lina nak ubat ke?” tanya Dr. Nazri risau.
            “Tak apa la! Sikit saja ni. Lepas tidur nanti baik la. Saya rasa next week la saya tengok jantung tu!” Alisa terus menyandarkan kepalanya di sofa. Dia terus memejamkan mata.
            Munirah hanya tersengih. Ada ada saja anak aku ni!
            “Kalau begitu, baiklah. Kalau sakit lagi, minta panadol kat nurse yang sedang bertugas. Lina tidur la. Kalau ada apa-apa beritahu saya.”
            Alisa hanya menganggukkan kepalanya. Ala...cepat la berambus. Balik la. Rimas!
            “Auntie, saya balik dulu! Kalau ada apa-apa beritahu saya!”  Dr. Nazri sempat mengerling ke arah Alina yang tidur. Dia risau untuk meninggalkan Alina dalam keadaan sekarang. Kakinya terasa berat untuk melangkah.
            Munirah hanya menganggukkan kepalanya.
            Sebaik saja mendengar pintu bilik di tutup. Perlahan-lahan Alisa membuka sedikit mata kanannya untuk memastikan lelaki itu sudah pergi.
            “Dr. Nazri dah keluar.”
            Alisa pantas bangun bila mendengar kata-kata ibunya. Dia menghampiri ibunya. “Don’t tell me that guy fall.....”
            “As you can see, yes! What do you think about him?” Munirah suka jika Dr. Nazri menjadi menantunya.
            “Huh....Macam la Acu akan terima cinta dia?”
            “Apa maksud Angah!” Munirah terkejut.
            “Nothing.” Alisa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alamak, aku terlepas cakap pulak. Tiba-tiba telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya berbunyi, segera Alisa menggeluarkannya. Air mukanya berubah sebaik saja melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Telefon bimbit itu adalah milik Alina
            “Kenapa tak angkat?”
            “Ibu jawab!” terus Alisa memberi pada ibunya.
            Munirah pelik dengan kelakuan Alisa. Munirah melihat di skrin telefon bimbit itu. Patut la. “Assalamualaikum.”
            “Walaikumussalam. Aaa....Munirah, Lina mana?” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut bila Munirah yang menjawab panggilannya. Sebenarnya dia ingin bercakap dengan Alina.
            “Lina pergi toilet. Apa halnya?”
            “Aaa...Tak ada apa-apa. Munirah beritahu Lina, esok pagi abang ingin berjumpa dengan Lina. Suruh dia datang rumah.”
            “Baiklah.Nanti Munirah beritahu Lina”
            “Terima kasih! Assalamualikum.” Kata Dato’ Syed Mohd Kadir sebelum menamatkan perbualan mereka.
            “Walaikumussalam.” Jawab Munirah. Matanya tepat merenung anak keduanya. “Dato’ Kadir nak jumpa Angah!”
            “For what?” Alisa terkejut.
            “Ibu tak tahu. Esok pagi kat rumah dia.”
            “No way i’ll go meet him.” Tegas Alisa. Lelaki itu adalah lelaki yang dia tak ingin jumpa sepanjang hidupnya.
            “Angah jangan lupa sekarang ni Angah adalah Alina. Act like Alina.” Munirah cuba mengingatkan anaknya.
            “But!”
            “You have to.”
            “Fine! Angah pergi.” Alisa mengalah.Dia tak ingin bergaduh dengan ibunya. Sekarang ni ibu masih sakit. Dahi Alisa berkerut. Dia resah. Boleh ke aku jadi Alina esok? Mulut aku ni boleh ke aku control? Apa la yang akan jadi esok? Aku kena yakin. Aku boleh menyamar menjadi Alina. Can I? I hope so?

Tuesday, April 23, 2013

Satu Dua Tiga 2013


Bab 11


            Aleya mengetap bibirnya menahan geram memikirkan apa yang berlaku pada ibu semasa berada di Malaysia. Tentang keengganan Dato’ Syed Mohd Kadir yang tak ingin menceraikan ibunya! Tentang Datin Kartika yang cuba membunuh ibunya! Ini yang buat dia marah. Semalaman dia tak tidur memikirkan keadaam ibu dan adik-adiknya di sana. Jika ikutkan hati dia ingin segera pergi ke Malaysia tetapi banyak lagi projeknya yang belum diselesaikan. Dia perlu siapkan projek di sini dengan kadar segera.Dia bimbang jika sesuatu perkara yang buruk berlaku. Langkah Aleya terhenti sebaik saja melintasi meja setiausahanya. “Mary, I want you to arrange back all my appointment for next month. I want all next month appointment to be in this month.”
            “Allright, Miss Aleya! Aaa....Jaya Bersatu call again. He want to speak with you again but this time it not Mr. Rahim but...he said his name is.....” Mary melihat ke arah buku catatan yang berada di atas meja. “Iskandar.”
            “Iskandar!” Berkerut dahi Aleya. Aleya mengeluh. Mereka ni memang tak faham bahasa! Aku dah cakap tak nak! Tak nak la. Tiba-tiba telefon di meja Mary berbunyi.
            “I think it’s him again!” kata Mary melihat ke arah majikannya.
            “Ok! I talk to him.” Aleya terus masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja. Tangannya terus mencapai telefon di mejanya.
            “Hello!”
            “Finally, you pick up my phone! Assalamualaikum..” Iskandar tersenyum bila panggilannya disambungkan. Pagi ni sudah beberapa kali dia menelefon wanita ini. Mata Iskandar melirik ke arah jam dindingnya. Sudah pukul 2 pagi!
            “Waalaikumussalam.Yes! Mr. Iskandar, what can i help you?”
            “Tentang tawaran kami! I nak you pertimbangkan lagi.” Senyuman lebar terukir di bibirnya. Tahu juga menjawab salam, ingatkan dah tak tahu.
            “What should i tell you to make you understand perfectly that i not interested.”
            “Jika mengenai bayaran, I boleh bincang dengan you lagi. Berapa you nak?”
            “it’s not about the money! I have my own reason why i’m not accept you offer.” Tegas Aleya.
            “Apa alasan you? Jika you beri alasan yang munasabah, i akan putus asa tapi jika i rasa alasan you tidak munasabah, i akan pujuk you supaya menerima tawaran I. Untuk pengetahuan you, i degil orangnya.”


            “It’s my personal problem. “ Aleya sudah mula geram.
            Iskandar tiba-tiba ketawa. Lucu bila mendengar jawapan Aleya.
            “Why’re you laughing? It’s not funny.” Sakit hati Aleya mendengar lelaki itu ketawa. Dia sedang mengejek aku ke?
            “You tolak tawaran I disebabkan masalah peribadi you. I sangka you ni professional nampaknya telahan I salah. You tak tahu nak bezakan hal peribadi dan hal kerja.”
            “You don’t know me! You don’t have right to judge me and tell me how to manage my life.” Aleya sudah naik angin. Ternyata lelaki ini sedang memperlekehkan dirinya.
            “Semua perempuan sama saja! Jika berkaitan dengan hal peribadi, mereka tak tahu bagaimana cara untuk menguruskannya. Hanya fikirkan tentang diri mereka saja. Yang pelik tu, bangsa lain you boleh tolong tapi bangsa sendiri you enggan nak menolong. You tak rasa malu ke pada bangsa awak sendiri.” Iskandar tersenyum.
            “What!” Bulat mata Aleya bila mendengar kata-kata pedas dari lelaki itu.
            “You ni anti –Melayu atau anti Malaysia sehingga tak nak menolong bangsa sendiri. Mentang-mentang la you membesar di luar negara jadi you lupa asal usul you sendiri. Hmm....baiklah, jika you tak nak berkerjasama dengan syarikat I nampaknya you takut pada cabaran I. I silap sebab menaruh harapan tinggi pada you untuk menjayakan projek ni. You bukanlah seperti mana wanita yang I sangka, seorang wanita yang sanggup menerima cabaran. Ternyata I silap! “ Iskandar sengaja cuba menyakiti hati wanita itu.
            “Fine! I accept your offer.” Kata Aleya tanpa berfikira panjang.
            Iskandar tersenyum sebaik saja mendengar persetujuan dari wanita itu. Dia dah agak dah. Wanita ni pantang apabila dirinya dicabar. “Betul ke? Atau you sekadar cakap kosong saja untuk menyedabkan hati I saja.”
            “I’ll never break my promise! I always keep it. I’ll see you next month.” Aleya terus meletakkan gangang telefon itu dengan kasar. Aleya merenung telefon itu. Sedap-sedap saja kata kat aku macam-macam. Kalau la kau ada depan mata aku sekarang ni, dah lama lebam biji mata kau. Aleya berjalan ke arah tingkap. Tiba-tiba Aleya mengeluh kuat. Kepalanya digeleng beberapa kali. “Kenapa la aku terus setuju saja? Biar la dia nak cakap apa pun.” Aleya sedar dia sudah terlanjur kata. Aleya merenung ke luar tingkap. Dia ada sebab kenapa dia enggan bekerjasama dengan syarikat Jaya Bersatu. Ini kerana syarikat itu adalah syarikat Dato’Syed Mohd Kadir. Dia tak nak ada kena mengena dengan syarikat tu dan Dato’ Syed Mohd Kadir tetapi nampaknya dia tak dapat larikan diri lagi.


                                                *********************

            Zahari terkejut melihat wanita yang berdiri di hadapannya. Badannya kaku bila wanita itu tersenyum kepadanya.
            “Zahari! Ini uncle kenalkan! Alina! Dr. Alina. Anak uncle.” Kadir memperkenalkan Alina pada anak sahabat karibnya.
            “Just call me, Lina! Nice meeting you.” Alina tersenyum. Alina hairan melihat Zahari sedang merenungnya. Alina rasa pelik.
            “Zahari!” panggil Dato’ Kadir.
            “Aaa...Nice meeting you too.” Zahari terkejut bila Dato’ Kadir memegang bahunya secara tiba-tiba.
            “Zahari anak kawan abah.Dia baru saja balik dari Ireland dua hari lepas. Sekarang ni dia peguam syarikat abah dan juga peguam abah.”
            “Ooo...ya ke? Buat phd ke?” soal Alina.
            “Ya!” Dahi Zahari berkerut. Perempuan ni dah tak ingat aku ke atau berpura-pura tak ingat aku! Mustahil dia lupakan aku begitu saja.Tiba-tiba menjadi peramah pula.
            “Kamu berdua berbual la dulu! Lina, abah nak masuk sekejap berjumpa dengan ibu kamu.”
            “Baik, abah!” Alina tersenyum.
            Sebaik saja Kadir masuk. Zahari mendekati Alina. Alina terkejut dan mengundurkan langkahnya. “Awak dah lupa saya ke?”
            “Dah lupa? Kita...kita pernah jumpa ke?” Suara Alina terketar-ketar.
            “Dua hari lepas, di KLIA. Saya takkan lupa apa yang awak dah buat kat saya?”
            “KLIA?” Alina berfikir seketika. Hmm....KLIA? Dua hari lepas mana aku pergi ke KLIA? Tiba-tiba mata Alina menjadi bulat. Angah! Matanya bertentangan dengan mata Zahari.
            “Jadi awak dah ingat la?”
            “Aaa....Ya!” jawab Alina. Apa la Angah dah buat kali ni? Pasti Zahari ni ingat aku la yang dia jumpa 2 hari lepas.
            “Baguslah! Saya tak sangka kita akan berjumpa lagi. Saya dah agak yang satu hari nanti kita akan berjumpa lagi tapi tak sangka pula secepat ni. Awak tahu tak disebabkan awak


, semua orang kat KLIA ingat saya ni pervert. Awak dah jatuhkan maruah diri saya.” Marah Zahari. Bila ingatkan peristiwa hari itu dia betul-betul bengang.
            “Pervert?” Alina mengetap bibirnya. Angah ni kalau tak cari pasal dengan orang tak sah! “Aa....apa yang saya dah buat?” soal Alina ingin tahu.
            “Awak dah tak ingat! Aa....awak jerit kata saya ..saya raba punggung awak.” Mata Zahari meliar melihat ke kiri dan kanan. Dia bimbang jika ada orang terdengar kata-katanya.
            “Apa!” Alina terkejut. Angah ni...
            “Sedangkan saya tak buat apa-apa pun kat awak Cuma bertanya soalan saja. Takkan salah kalau saya bertanya soalan dengan awak.”
            “Aaa.....Maaf! Saya minta maaf banyak-banyak.” Kata Alina memohon maaf bagi pihak kakaknya.
            Zahari terkejut bila Alina meminta maaf. Biar betul perempuan ni minta maaf. Hari tu bukan main sombong lagi. Hari ni perempuan ini berbeza terus saja minta maaf. Tak banyak cakap pulak tu. Pelik.
            “Awak ! Saya benar-benar minta maaf sebab jatuhkan maruah awak hari tu. Saya minta maaf. Saya harap selepas ni kita dapat berkawan.” Alina tersenyum.
            “Aaaa.....Ya! Saya maafkan awak.”
            “Zahari! Kau dah berkenalan dengan Dr. Alina ke?” Langkahnya diatur kemas menghampiri sahabat karibnya.
            “Dah! Yang kau ni tiba-tiba ada kat sini, kau tak kerja ke?” soal Zahari hairan.
            “Kau dah lupa ke? Ni hospital ayah aku la.”
            “Ya tak ya jugak! Aku lupa la.” Zahari ketawa.
            “Hmm....Lina masuk dulu. Kamu berdua berbual la.” Kata Alina sebelum melangkah masuk ke bilik ibunya.
            Zahari memandang Alina dengan pandangan yang pelik.
            “Zahari, kau jangan pandang lebih-lebih. Aku dah cop dulu.” Dr. Nazri tersengih,. Dia sedar sejak tadi Zahari hanya memerhatikan Alina. Sedikit perasaan cemburu terbit di hatinya.
            Zahari hanya menggelengkan kepalanya. “Suhaila, kau nak letak mana?”
            “Shis....kau jangan sebut nama tu. Mulut kau tu masin. Dsebabkan mulut kau hari tu, aku dan Is terpaksa melayan perangai 2 beradik tu.” Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan.
            Zahari ketawa bila lihat air muka Dr. Nazri yang berubah selepas nama Suhaila disebut.
                                    ****************************************
            “Jemputlah duduk.” Pelawa Baharom. Dia tersenyum melihat Munirah kekok berada di dalam pejabatnya.
            “Terima kasih.” Munirah tersenyum. kenapa tiba-tiba peguam keluarga Kadir memanggil aku di sini? Aku ada buat salah ke? Munirah mula gelisah. Kedatangannya di sini tidak diketahui oleh Kadir. Jika dia tahu pasti, teruk aku akan kena.
            “Pasti Munirah tertanya-tanya kenapa saya memanggil Munirah datang berjumpa saya di sini.”
            Perlahan-lahan Munirah menganggukkan kepala. Lelaki ini adalah sahabat baik Kadir sejak kecil lagi malahan hubungan antara keluarga Kadir dan keluarga Baharom sangat akrab.
            Senyuman masih terukir di bibir Baharom. Dia simpati di apa yang telah dilakukan oleh Kadir terhadap Munirah. Munirah seorang wanita yang baik malah hatinya tulus. Kenapa Kadir tak nampak semua itu? Berbagai cara dilakukan pada Munirah semata-mata untuk melepaskan kemarahannya terhadap arwah uncle dan auntie kerana memaksanya berkahwin. “Tentang wasiat terakhir uncle .....”
            “Wasiat! Bukan ke wasiat arwah abag sudah dibaca dua hari yang lalu?” soal Munirah. Hari ini sudah genaplah dua bulan pemergiaan arwah papa dan mama. Munirah masih teringat lagi senyuman arwah abah dan arwah ibu yang dilemparkan ke arahnya sebelum bertolak ke Johor Bharu. Itulah kali terakhir aku melihat arwah abah dan ibu. Kemalangan jalan raya di Muar telah meragut nyawa insan yang disayanginya selama ini.
            “Wasiat itu untuk Kadir tetapi wasiat ni untuk Munirah.”
            “Untuk saya.” Munirah terkejut.
            “Ya.”
            “Tetapi ......”
            “Munirah dengar dahulu ye ....”
Munirah terdiam.
“Beberapa hari sebelum uncle pergi ke Muar, Uncle ada berjumpa dengan saya. Dia suruh saya bukakan satu akuan bank untuk Munirah. Ini buku akuan Munirah.” Baharom memberi sebuah buku kecil pada Munirah.
Matanya masih merenung buku itu. Dia masih teragak-agak untuk mengambil.
“Ambilah .....”
Satu keluhan dilepaskan. Abah  buka akuan bank untuk aku? Untuk apa? Pemberian Baharom disambut. Munirah membuka dan terkejut dengan jumlah wang yang tertera di dalam buku itu. Mulutnya melopong.
“Terdapat RM 100 ribu di dalam akaun Munirah ....dan ini pula geran tanah ladang kelapa sawit yang bernilai RM 1 juta di Mersing. Saya telah melantik sebuah syarikat untuk menguruskan ladang itu. Setiap bulan, keuntungan dari jualan kelapa sawit akan dimasukkan ke dalam akau ni” jelas Baharom .Baharom meletakkan sekeping kertas yang merupakan geran tanah milik Munirah.
Dengan pantas Munirah menutup buku itu dan meletakkan kembali di atas meja. “Saya tak perlukan semua ni....Saya tak ada hak langsung.”
“Munirah berhak. Munirah mesti ingat, Munirah adalah satu-satunya menantu uncle. Terimalah. Ini adalah pemberian terakhir dari uncle. Terimalah, Munirah.”
“Tetapi kenapa? Bagi Munirah, harta dan wang tak penting. Semua itu tak berguna. Munirah bukannya perempuan mata duitan. Jika ....Jika Abang Kadir tentang hal ini, pasti dia akan marah Munirah.” Perasaan takut mula menghantui dirinya. Wajah Kadir mula terbayang.
“Tentang Kadir. Munirah, jangan bimbang. Dia takkan tahu tentang hal ini. Ini rahsia antara kita berdua. Satu hari nanti, semua ini akan berguna juga. Uncle dan auntie lakukan semua ini untuk masa depan Munirah. Jika sesuatu terjadi pada mereka, semua ini dapat membantu masa depan  Munirah pada satu hari nanti. Terimalah. Ini adalah pemberian terakhir dari uncle dan auntie. Jangan hampakan pemintaan mereka. Munirah boleh gunakan duit ini apabila Munirah memerlukannya pada suatu hari nanti. Ambillah .....” pujuk Baharom. Dia merenung wanita yang berbaju kurung berwarna orange bercorak bunga kecil. Baharom tahu tujuan sebentar uncle dan auntie melakukan semua ini. Mereka bimbang dengan masa depan Munirah. Dahlah anak yatim piatu. Tiada saudara mara. Ada suami pun, macam tiada suami. Sakit hati Baharom setiap kali memikirkan layanan Kadir terhadap Munirah. Munirah dianggap seperti orang gaji seolah-olah tiada harga diri. Nasihat aku langsung tidak diendahkan. Setiap kali bercakap mengenai Munirah akan diakhiri dengan pertengkaran. Kau memang bodoh, Kadir.
Dahi Munirah sedikit berkerut. Dia masih teragak-agak. Jumlahnya terlalu banyak. Apa yang aku nak buat dengan duit tu? Dah ada tempat tinggal dan tempat untuk makan dan minum pun aku dah bersyukur.
“Ambilah, Munirah. Demi uncle dan auntie.”
Munirah menganggukkan kepalanya perlahan-lahan sebagai tanya setuju.
Ketukan pintu menyedarkan Munirah dari lamunannya. Dia melihat ke arah pintu. Dia membetulkan kedudukan tangan kanan yang disimen. Terasa lenguh. Siapa pula yang datang ni?
“Assalammualaikumussalam.....” Senyuman lebar terukir di bibir Dato’ Syed Mohd Kadir sebaik sahaja pintu dibuka. Langkahnya diatur kemas.
“Walaikumussalam.” Munirah menjawab salam. Munirah mengetap bibir. Kenapa dia masih tak faham-faham lagi?
“Ini untuk Munirah.” Dato’ Syed Mohd Kadir menghulurkan sejambak bunga ros berwarna merah pada Munirah. Dia sangat rindukan wanita ni. Hatinya telah dicuri oleh Munirah. Setiap saat, dia hanya memikirkan tentang Munirah. Pilihan abah dan ibu tak pernah silap Cuma aku saja yang telah menyalah tafsirkan niat mereka.
“Untuk apa lagi, Dato Kadir? Cukuplah. Boleh tak jika awak berhenti melawat saya. Hentikan semua ni.. Saya tak mahu apa-apa dari awak. Just stop it.”
“Munirah! Kenapa ni ...tiba-tiba sahaja marah pada abang? Ada yang tak kena ke?” Dato’ Syed Mohd Kadir. Munirah naik angin secara tiba-tiba.
Wajahnya merah. Perasaan takut tiba-tiba hilang. Yang ada hanya perasaan marah. Apabila tengok wajah Dato’ Syed Mohd Kadir, perasaan marah datang tanpa disedarinya. Apa yang berlaku sekarang ni adalah berpunca dari lelaki yang sedang berdiri di hadapan aku sekarang? Semua ini terjadi kerana dia!
“Kenapa? Munirah tak boleh marah ke? Awak ingat awak sahaja boleh marah. Saya pun ada perasaan marah juga.” Munirah mengambil jambangan bunga ros dan dibaling ke arah dinding. Kelopok bunga mawar bertaburan di atas lantai.
Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut. Inilah pertama kali dia melihat Munirah marah. Badannya kaku.
“Selama ini Munirah tak pernah minta apa-apa pun dari awak. Susah sangat ke awak nak setuju dengan permintaan Munirah?” Munirah meninggikan suaranya.
“Munirah. Bercerai itu bukan jalan penyelesaiannya. Kita boleh berbincang dengan baik. Tak perlulah Munirah nak marahkan abang seperti ni?”
“Berbincang dengan baik! Awak ingat Munirah tak pernah cuba cara tu ke? Dah berbuih-buih mulut Munirah ni bercakap dengan awak. Tapi awak tak pernah ambil kisah .....”
Munirah melepaskan kemarahan yang selama ini dipendam.
            “Munirah!” Nama Munirah disebut dengan lembut.
“ Kenapa awak beri duit pada Munirah setiap bulan di dalam akaun bank saya? Apa niat awak sebenarnya, Dato’ Kadir?”
            “Munirah .....Percayalah, abang sayangkan Munirah. Abang tiada niat lain pun....Dah memang tanggungjawab abang untuk memberi nafkah pada isteri abang. Abang ikhlas.” Dato’ Syed Mohd Kadir masih memujuk.
            “Sayang! Stop acting, ok!” Munirah ketawa kecil. Geli hati mendengar perkataan yang keluar di bibir Dato’ Syed Mohd Kadir. “Perkataan itu tiada apa-apa makna bagi Munirah. Cukuplah, Dato’ Kadir. Munirah rimas. Rimas dengan semua ni. Kalaulah Munirah tahu, duit tu sebahagian dari duit awak .......jangan haraplah Munirah nak guna satu sen sejak awal lagi. Lebih baik Munirah mati kebuluran.” Matanya merah menyala. Aku akan buat apa saja agar lelaki ni ceraikan aku. Keselamatan anak-anak aku lebih penting dari segala-galanya.Ugutan Kartika tidak boleh dipandang ringan.
            “Munirah!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut dengan kata-kata yang lahir di bibir Munirah. Mata mereka bertemu seketika.
            Pantas Munirah mengalihkan anak matanya ke arah lain, jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja mata mereka bertautan. Munirah menggengam erat jari jemarinya. Kenapa dengan aku? Selepas apa yang dilakukan pada aku selama ini ,kenapa aku masih lagi mencintai dirinya ......Kenapa? Kenapa? Munirah memejam matanya seketika.
            “Abang rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kita membincangkan perkara ini. Lebih baik Munirah berehat sahaja. Esok abang akan datang melawat lagi.” Ujarnya sebelum melangkah keluar dari pintu bilik itu.
            Munirah menoleh ke arah pintu sebaik sahaja pintu itu tertutup rapat. Tanpa disedari air matanya mengalir membasahi pipi. Munirah cuba menahan namun gagal. Air matanya masih juga mengalir tanpa henti. Adakah ini dugaan untuk aku tempuhi sekali lagi? Munirah menekup mulutnya. Dia bimbang jika Alina dan Alisa mendengarnya menangis. Dia tak mahu mereka tahu apa yang dialaminya sekarang ni.

Sunday, April 14, 2013

Satu Dua Tiga 2013


Bab 10


            “Awalnya kau balik, Zahari?” soal Iskandar. Dia terus duduk di sebelah kerusi yang bersebelahan dengan Zahari. Sudah lama dia tak berjumpa dengan sahabatnya itu.
            “Bosan la aku tinggal di negera orang lama-lama. Aku tak sabar nak balik ke sini. Negaraku yang tercinta.” Zahari tersengih.
            “Macam mana dengan life kau kat sana?” soal Dr. Nazri. Mereka bertiga berjanji untuk berjumpa di Secret Recipe petang ini.
            “So far, ok la! Sana sejuk! Fuh, nasib baik la kulit aku tebal.” Zahari ketawa.
            “Special ones?” Iskandar cuba untuk mengorek rahsia.
            “None! Semua minah salleh la, bukan taste aku. Jiwa aku masih pada perempuan melayu!”
            “Boleh percaya ke?” Dr. Nazri tersengih bila mendengar kata-kata Zahari.
            “Tentu la! Aku balik cepat-cepat ni sebab aku kasihan kat Linda yang terpaksa uruskan syarikat guaman arwah papa aku seorang diri. Lagipun tahun depan, dia nak kahwin. Mesti dia sibuk nak buat persiapan perkahwinan lagi. ”
            “Tengok! Adik kau pun dah nak kahwin! Kau bila lagi? Takkan la kau tak jumpa lagi wanita idaman kau?” ujar Dr. Nazri.
            “Aku belum ada jodoh lagi lagi. Sebab pasal wanita ni, masa aku kat KLIA pagi tadi. Ada wanita tu duduk kat sebelah aku. Aku tegur la dia sebab waktu tu aku tengok dia macam bengang. Telefon bimbitnya diketuk-ketuk di kerusi. Aku tegur la dia. Lepas tu dia tiba-tiba naik angin. Dia speaking. Dia suruh aku jangan cakap dengan dia tapi aku cakap jugak.” Zahari mula bercerita. Dia teringat akan peristiwa tadi.
            “Kau memang suka cari pasal.” Sampuk Iskandar. Dia berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut.
            “Aku bukannya buat apa-apa pun. Just tegur je. Aku kan peramah!”
            “Sambung-sambung la, aku nak dengar!” kata Dr. Nazri.
            “Dia beri amaran kat aku supaya jangan bercakap dengan dia lagi tapi aku cakap dengan dia jugak,. Tiba-tiba dia bangun dan terus menjerit.....” Zahari menoleh ke kiri dan kanan. Dia perlu pastikan tak ada orang mendengar perbualan mereka bertiga. “Dia jerit kata aku raba punggung dia.” Nada suara Zahari separuh berbisik.



            “Apa!” Dr. Nazri terkejut.
            Iskandar ketawa kuat bila mendengar kata-kata Zahari.
            “Bagi kau memang la lucu, bagi aku pulak ini perkara yang memalukan. Time tu memang aku geram, marah dan malu! Mana tidaknya, semua orang kat sini pandang aku lain macam ja seolah-olah aku orang gila seks. Perempuan tu pulak terus pergi macam tu saja. Kalau la....kalau la, aku jumpa perempuan tu lagi! Siap la! Aku akan balas dendam balik.” Zahari mengetap bibirnya menahan geram.
            “Lain kali, kau tu jangan la jadi peramah sangat. Kan dah kena! Aaaa....betul ke Uncle Kadir dah lantik kau jadi peguam dia?”
            “Ya! Baru tadi, dia call aku! Dia cakap nak jumpa aku esok.”
            “Mesti Uncle Kadir nak tukar wasiat.” Kata Iskandar.
            “Kenapa?” Zahari tak faham.
            “Auntie Munirah dah balik. Rupa-rupanya Uncle Kadir ada anak dengan Auntie Munirah. Selama ni Uncle Kadir tak tahu yang dia mempunyai pewaris.” Terang Dr. Nazri.
            “So maksud kau, tujuan Uncle Kadir nak jumpa aku esok disebabkan wasiat .”
            “Mungkin ya!”
            “Habis  tu macam mana dengan Auntie Kartika, Sofea dan Suziela. Aku rasa mereka takkan bersetuju pasal hal ni, macam la kau tak kenal dengan perangai Auntie Kartika dan anaknya.”
            Serentak mereka bertiga mengeluh kuat. Mereka tahu apa yang akan berlaku.
            “Aaa....girlfriend kau berdua macam mana? Sihat?”tanya Zahari sambil tersengih.
            “Siapa?” soal Iskandar dan Dr. Nazri serentak.
            “Sofea dan Suziela”
            “Eh, Zahari! Kau jangan sebut nama mereka berdua, nanti tak pasal-pasal muncul kat sini.” Kata Iskandar. Nama Sofea memang sensitif pada dirinya.
            “Ya lah. Kau ni memang sengaja nak hilangkan mood kami.” Dr. Nazri mencelah. Wajahnya berubah pucat bila nama Suziela disebut.
            “Penakut! Takkan la kalau aku sebut nama Sofea dan Suziela, mereka akan muncul kat sini.” Zahari ketawa. Lucu.
            “Hai!” tegur seseorang. Serentak mereka bertiga berpaling.bila mendengar suara wanita menegur mereka. Ketawa Zahari mati secara tiba-tiba bila melihat dua orang wanita yang berada di belakang mereka. Perlahan-lahan matanya dialihkan pada kedua orang sahabatnya yang sedang memerhatinya seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.

            “Happy nampak!Tengah borak pasal apa?” Suziela bersuara. Matanya tepat merenung ke arah kekasih hatinya.
            “Aaa...Nothing.” jawab Zahari. Dr. Nazri dan Iskandar hanya mendiamkan diri. Maaf, sahabatku! Tak sangka mulut aku ni masin pulak!

                                                **********************************
            Khatijah terkejut apabila Aleya tiba-tiba berada di belakangnya. “Leya rupanya! Auntie ingat siapa tadi!” Khatijah mengusap dadanya akibat terkejut. Dia baru saja mengunci pintu restoran. Kenapa Aleya tiba-tiba datang pada waktu ni? Dah tengah malam. Wajahnya serius.
            “So selama ini auntie tahulah sebabnya ...sebab kenapa ibu mahu pulang ke London. Kerana ibu nak minta cerai pada lelaki tu!”
            “Leya dah tahu.”
            Aleya menganggukkan kepalanya.
            “Munirah beritahu ke?”
            “Tak! Angah yang beritahu.”
            Dahi Khatijah sedikit berkerut. Macam mana Alisa boleh tahu pulak?
            “Sekarang ni Angah ada di Malaysia bersama ibu dan Acu.”
            “What!” Bulat anak mata Khatijah. Kehadiran Alisa pasti akan menghuru-harakan keadaan. Siapa tak kenal dengan sikap Alisa? Bercakap! Ikut suka hati dia sahaja. Tak ada brek langsung. Stright to the point.
            “Ya. One more thing, auntie! Ibu accident.” Beritahu Aleya. Dia membetulkan mafela yang berada dilehernya.. Sejuk!
            “Munirah accident.” Mulut Khatijah melopong. Khatijah resah. “Bila? Auntie baru saja cakap dengan Munirah beberapa jam yang lalu. Macam mana boleh accident pula? Bagaimana dengan keadaan Munirah sekarang ni?”
            “Baik Cuma tangan kanan ibu patah. Ambil masa untuk pulih.”
            “Syukur alhamdulilah.” Khatijah mengusap dadanya perlahan-lahan. Rasa lega.Tiada yang serius.
            “Auntie, Leya ada perkara nak tanya! Leya tahu antara auntie dan ibu tiada rahsia selama ini.”
            “Tentang apa?” Jantungnya berdegup kencang.
            “Kenapa ibu mahu bercerai dengan lelaki tu? Mereka sudah tiada apa-apa hubungan. Maksud Leya, mereka bukan suami isteri lagi kan. Talak jatuh ke atas isteri sekiranya ......”
            Sebelum sempat Aleya menghabiskan kata-katanya, Khatijah mencelah. “Jadi, selama ini Aleya ingat mereka berdua bukan suami isteri lagi ?”
            “Ya. Dia tak pernah beri apa-apa nafkah pada ibu malah dia tak pernah ambil tahu tentang ibu. Dia tak pernah cari ibu so ...kenapa pula ibu mesti minta cerai dari lelaki itu.? Ataupun ada perkara yang Leya tak tahu.....”  Aleya merenung Khatijah dengan tajam. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh ibu. Yang pasti, hanya auntie Khaty yang tahu.
            “Apa maksud, Leya?” nada suara Khatijah bergetar. Dia mula panik. Dia tidak berani bertentang mata dengan Aleya.
            Aleya tersenyum sinis. Dari reaksi Auntie Khaty, aku sudah tahu jawapannya. “So ...Auntie tak mahu beritahu Leya ye! Tak apa,  Leya tak memaksa. Malam ni juga, Leya booking ticket ke Malaysia. Leya akan bersemuka dengan ibu. Leya nak dengar penjelasaan dari ibu.”
            “Leya! “ Khatijah terkejut dan memegang lengan Aleya. Khatijah serba salah. Jika Aleya juga pergi ke Malaysia, pasti keadaan akan huru-hara. Kasihan Munirah. “Ok! Auntie beritahu.Tetapi janji dengan auntie, rahsiakan perkara ini dari Lisa dan Lina.” Khatijah mengalah.
            “Sebenarnya, selama ini Dato’ Kadir memberi nafkah pada Munirah tanpa pengetahuan Munirah.” Jelas Khatijah.
            “Maksud auntie .....” Dahi Aleya sedikit berkerut.
            “Munirah tak menyangka selama ini duit yang diguna selama ini adalah pemberian dari Dato’ Kadir. Munirah ingat duit yang terdapat di dalam akaun  tu adalah duit dari hasil tanaman kelapa sawit di Johor Bharu ....Patutlah setiap bulan terdapat RM20 ribu dalam akaun tu. Rupa-rupanya, duit itu sebahagian dari wang pembelajanaan yang diberi oleh Dato’ Kadir.”
            “So ...ibu guna duit tu .....” Aleya mengetap bibir. Kenyataan yang didengari benar-benar menyentap jantungnya.
            “Ya. Munirah tak tahu. Semasa Munirah tiba di sini, kehidupannya susah. Maklumlah merantau di negera orang. Dia bergantung sepenuhnya pada duit tu ....Tiada sesiapa mahu mengambil Munirah bekerja kerana Munirah pregnant . Auntie hanya dapat membantu apa yang mampu kerana waktu tu kehidupan auntie dan uncle belum stabil lagi.”
            “Wait a minute.” Aleya tiba-tiba menundukkan kepalanya. Berfikir. “Maksud auntie .....dalam masa 26 tahun ni , ibu masih guna lagi duit tu lagi ke? Wang untuk pembelajaran kami .....wang untuk rumah yang kami tinggal sekarang ni ......Wang untuk modal restaurant ....Semuanya dari wang lelaki itu ke?” Aleya merenung tepat anak mata Khatijah. Nada suaranya bergetar.
            “Ya....” jawab Khatijah dengan lemah. “Termasuklah wang yang diberi Munirah untuk modal company Leya dan Lisa.”
            “What!” Tiba-tiba kaki Aleya berasa lemah. Perlahan-lahan Aleya berjalan menuju ke bangku panjang yang terdapat di luar restaurant.
            “Jangan salahkan Munirah dalam hal ini. Dia tak tahu. Dia tahu yang duit itu dari Dato’ Kadir sehinggalah Munirah mendapat panggilan dari Maria, cousin Dato’ Kadir. Seperti Leya, Munirah juga beranggapan seperti tu. Mereka dah tiada apa-apa hubungan lagi. Maria memujuk Munirah pulang untuk berjumpa Dato’ Kadir buat kali terakhir. Munirah enggan. Dia tak mahu peristiwa lama menghantui jiwanya lagi. Dia tak mahu terluka lagi. Apabila Maria memberitahu tentang nafkah yang diberi oleh Dato’ Kadir sepanjang 26 tahun ni, Munirah benar-benar terkejut.”
            “Leya tak faham, auntie! Dia dah halau ibu dari hidupnya tetapi kenapa pula dia memberi nafkah pada ibu setiap bulan ....Apa yang sebenarnya rancangan dia pada ibu? Kenapa dia masih enggan melepaskan ibu? Apa dia mahu lagi dari ibu? Nak tengok ibu terseksa ....itu niat dia ke?” Aleya mengeluh. Dia kelihatan kembali tenang.
            “Itu auntie tak tahu. Peluang yang ada ni, Munirah mengambil keputusan meminta cerai pada Dato’ Kadir. Munirah tak mahu perkara ini berlanjutan. Munirah mahu selesaikan hal ini dengan segera. Munirah tak mahu tangguhkan lagi.” Kata Khatijah. Dia tahu Aleya akan memahami. Antara mereka bertiga, Aleyalah yang paling matang. Dia akan berfikir sebelum bertindak tetapi jika dia marah .....tak tahulah apa yang akan terjadi. Dia degil. Khatijah cuba tersenyum. Dia memegang bahu Aleya.
            “Tetapi kenyataan tetap kenyataan auntie ......Ibu masih sayangkan lelaki tu. Leya tahu .....di sudut hati ibu, masih ada lagi rasa cinta ibu pada lelaki itu.”
            “Auntie pun tahu.” Khatijah menganggukan kepala. “Leya dah tahu hal ini. Apa yang akan Leya nak lakukan sekarang ni.”
            “Leya tak akan buat apa-apa auntie. Leya percaya ibu. Leya tak mahu tambah masalah ibu lagi. Cukuplah ......Cuma  Leya risau bila memikirkan Angah di sana.”
            “Ya ...auntie pun sama.”
            “Selain itu, Leya juga risau dengan keselamatan ibu, Angah dan Acu di sana. Kemalangan yang menimpa ibu sebenarnya dirancang oleh isteri lelaki tu. Perempuan tu marah bila lelaki nak ceraikan dia bukannya ibu.”
            “Apa! Dia memang sudah melampau. Dia ingat nyawa orang, main-main ke?” Khatijah terkejut. Dia marah. “Dah report polis?”
            “Auntie kenal sikap ibu kan!”
            Khatijah mengeluh. Dia kenal dengan perangai sahabat karibnya tu. “So ...Leya hanya akan wait and see saja ke ?” soal Khatijah. Dia risau. Munirah sudah tiada sesiapa di Malaysia. Siapa yang akan bantu Munirah jika dia dalam kesusahan nanti.
            “Tak. Leya dah minta tolong kawan Leya yang ada di Malaysia untuk siasat latar belakang perempuan tu......Tengoklah, jika ada apa-apa maklumat tentang wanita tu  yang boleh Leya gunakan against her .” Aleya tersenyum sinis.
            Khatijah turut sama tersenyum.         
           
                                                *********************************
            Perlahan-lahan Alisa membuka kelopak matanya. Terasa berat. Dia terdengar suara. Alisa mengangkat kepalanya.Matanya dikesat beberapa kali. Dia melihat ke arah ibunya yang masih tidur.
            “Lina, bangun! Kenapa tidur macam ni? Nanti sakit badan!”
            Alisa berpaling. Dahinya berkerut melihat lelaki yang berdiri di sisinya. Siapa dia ni?
            “Lina! Bangun! Lina balik dulu! Pasti Lina penat sebab semalaman menjaga ibu. Biar abah pula yang jaga ibu.” Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum.
            Abah! Mata Alisa bulat sebaik saja mendengar lelaki itu membahasakan dirinya abah. Lelaki ni....lelaki ni! Inilah pertama kali aku bersemuka dengan lelaki ni. Serentak Alisa bangun dan terlanggar botol air yang berada di atas almari. Botol itu terjatuh dan menyebabkan Munirah terjaga.
            “Lina, kenapa ni?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir hairan bila melihat reaksi Alina seolah-olah seperti nampak hantu. “Ni abah ni!”
            Munirah terjaga dan melihat ke arah Alisa. Munirah terkejut bila melihat Dato’ Syed Mohd Kadir juga berada di situ. Munirah sedar akan perubahan wajah Alisa. Pasti Kadir ingat Alisa adalah Alina. “Lina! Lina!” panggil Munirah beberapa kali.
            Alisa berpaling apabila mendengar suara ibunya. Dia terus mendekati ibunya. “Lina, balik dulu!” Munirah memegang erat tangan anaknya. Dia bimbang Alisa akan tiba-tiba naik angin. Dia tahu anaknya masih marah.
            “Tapi ibu....”
            “Balik!” tegas Munirah.
            Alisa mengeluh. “Baiklah!” Alisa mengeluh. Dia tak nak bergaduh dengan ibunya lagipun ibunya pun bukannya sudah sembuh sepenuhnya. Semalam adalah gilirannya untuk menjaga ibu. Malam ni giliran Alina pula. Mereka bergilir-gilir menjaga ibu. Alisa tak nak orang lain tahu akan kewujudan dirinya.
            Alisa terus mencapai beg tangannya dan berlalu keluar dari situ tanpa melihat ke arah Dato’ Syed Mohd Kadir yang sedang memerhati.
            “Lina, marah kat abang ke?” soal Kadir. Dia sedar akan layanan dingin Alina pada dirinya.
            “Tak mungkin la! Mungkin dia masih mengantuk lagi. Semalaman dia jaga Munirah. Aa....macam mana Dato’ Kadir tahu ....”
            “Munirah, kenapa panggil abang Dato’ Kadir? Abang kan masih suami Munirah.” Dato’ Syed Mohd Kadir sedar sejak kali pertama mereka berjumpa Munirah asyik memanggil dirinya Dato’ Kadir.
            “Munirah sedar siapa Munirah yang sebenarnya! Kita tak setaraf. Kita berkahwin pun disebabkan oleh keluarga. Munirah tak layak menjadi isteri awak sebab itu Munirah nak kita bercerai. Munirah tak nak buat dosa lagi. Awak dah ada isteri. Tak elok jika Munirah jadi orang kedua.”
            “Munirah isteri abang! Isteri abang yang sah. Isteri pertama abang!” tegas Dato’ Syed Mohd Kadir         
“Selama ni kita hidup tak seperti suami isteri. Kita tak bahagia. Kenapa kita perlu hidup seperti suami isteri lagi? Penceraian adalah jalan terbaik untuk kita.”
            “Munirah, tak boleh ke kita mulakan hidup baru bersama-sama? Adakah sukar untuk menerima abang kembali dalam hidup Munirah?” nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir terketar-ketar. Dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama Munirah.
            “Dah terlambat!”
            “Masih belum terlambat lagi.Berilah peluang pada abang untuk tebus segala-galanya. Abang janji! Abang akan membahagiakan Munirah.” Rayu Dato’ Syed Mohd Kadir sambil tangannya tiba-tiba memegang lembut tangan Munirah.
            Dengan pantas Munirah menarik tangannya. Munirah menoleh ke arah lain. Dia tak sanggup memandang wajah suaminya lagi. Dia takut jika hatinya akan menjadi lembut. Dia perlu tetap dengan pendiriannya. “Sudahlah, Dato Kadir! Awak balik la ke pangkuan Kartika. Munirah tak nak timbulnya masalah baru lagi.”
            “Munirah!” suara Dato’ Syed Mohd Kadir sayu. Hatinya sakit bila Munirah tidak menerima dirinya. Mungkin ini balasan atas apa yang aku telah lakukan pada Munirah dahulu.  

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...