BAB 7
“Kak
Fatimah, ada getah rambut tak? Villa punya dah putus la.” Villa menunjukkan
getah yang terputus dua di tangannya.
“Getah
rambut tak ada, Villa.”
“Ya ke?
Macam mana ni?” Villa membiarkan rambutnya yang panjang mengurai itu. Dia
resah. Rimas jika rambut tak diikat.
“Tapi
rubber band ada la.” Suzie mencelah seraya menunjukkan rubber band di
tangannya.
“Rubber
band pun dah kira okey. Thank you,
Suzie. You save my life. “ Villa tersenyum. Dia terus memeluk Villa. Pelukan
dileraikan. “Hujung bulan ni, Kak Villa belanja semua makan seafood,okey.”
Dengan pantas Villa mengikat rambutnya menjadi satu.
“Hish,
rubber band jer. Takkanlah sampai nak kena belanja makan.” Suzie menggeleng
kepala. Dia selesa bekerja bersama Villa. Seorang yang pemurah dan tak pernah
berkira dengan pekerja. Semuanya dilayan sama rata. TIada yang istimewa.
“Alah
….belanja makan seafood saja bukannya belanja makan di hotel 5 stars.”
“ Suzie, orang
dah nak belanja. Kita makan saja.” Fatimah berseloroh.
“Tepat
sekali.” Villa ketawa.
“Lama ke
kerja di rumah Puan Sri tu?’ soal Fatimah.
“Rasanya
hampir sebulan kot. Sekejap saja. Kalau ada apa-apa masalah, call Villa okey.
Oh ya, Abang Halim datang lambat sikit hari ni, nak bawa anak ke klinik.
Katanya Yuni demam.” Beritahu Villa.
Baru sekejap tadi Abang Halima da call aku.
“Baiklah.
Pergilah cepat. Tentang urusan di kedai ni , akak akan uruskan.”
“Ok.” Villa
tersengih. Dia mencapai sling beg di kaunter dan melambai tangan ke arah mereka
sebelum keluar dari kedai bunga miliknya.
******************
Raja
Khatijah menghampiri Raja Khalida yang sedang berdiri di balkoni sejak dari
tadi. Dah hampir 10 minit, Kak Long berdiri di situ. Ada perkara yang menarik
ke? Dahinya sedikit berlipat. “Kenapa
Kak Long tiba-tiba berminat dengan budak perempuan tu?” soal Raja Khatijah.
“Nama dia.
Lain dari yang lain.” Matanya masih memerhati gerak-geri wanita yang sedang
mengangkat pasu bunga.
“Of course.
Lain dari yang lain. Sejak Kak Long tahu nama penuh Villa, perangai Kak Long
berubah. Is there anything that I need to know? ”
“Actually
Kak Long dah upah PI siasat background Villa.”
“Kenapa?”
Raja Khatijah terkejut.
“ I need a
confirmation about her.”
“Kenapa?
Dia ada niat tak baik ke?”
“Tak. Kak
Long akan ceritakan segala-galanya selepas Kak Long dapat full report dari
PI. Be patient, okey!“ tegas Raja
Khalida. Dia perlukan kepastian dahulu. Sekarang hanya ada gerak hati saja tetapi
gerak hatinya kuat mengatakan tekaannya tepat.
Raja
Khatijah mencebek bibirnya. Pandanganya
turut sama dilemparkan ke arah Villa yang sedang membantu salah seorang pekerja
mengangkat pasu besar.
“Good
morning, ladies!” tegur Raja Awwadi. Dia terus memeluk Raja Khalida dari
belakang. Satu ciuman hinggap di pipi Raja Khalida. Dia hanya memakai singlet
putih dan seluar pandek.
Raja
Khalida tersenyum. “Awal Adi bangun hari ni?”
Raja Awwadi
meleraikan pelukannya. “Salah ke kalau Adi bangun awal?” soal Raja Awwadi
semula.
“Selalunya
cuti Am macam ni, Adi bangun bila matahari dah terbit tinggi. Lepas kami lunch,
baru nampak Adi.” Raja Khatijah mencelah. Mereka berdua sudah masak dengan
perangai Raja Awwadi setiap kali cuti.
“Itu penat
namanya. Okeylah, Adi nak pergi gim. Nak exercise. Nak bina badan supaya lebih
mantap lagi.” Raja Awwadi menunjukkan tangannya yang berotot-otot. Dia
mengenyitkan pada ke arah mereka berdua.
“Baguslah
tetapi sayang tiada isteri nak tengok badan Adi yang berotot tu. Hanya
perhiasan saja.” Peril Raja Khalida.
Raja
Khatijah ketawa kuat.
“Hish,
nenek ni! Ke situ pulak. “ Wajah Raja Awwadi berona merah. Dia mengorak langkah
meninggalkan mereka berdua. Jika dilayan, semakin menjadi-jadi nenek menyakat
aku.
“Malulah
tu.” Raja Khatijah masih ketawa.
Raja
Khalida tersenyum simpul.
*****************************
Villa
membuka cap dan meninggalkan cermin matanya. Tuala di tangan digunakan untuk
mengesat peluh yang membasahi wajahnya. Panas betul hari ni. Villa memakai
semula cermin matanya. Hampir 2 jam mereka mengangkat pasu besar yang menghiasi
taman yang berkonsepkan Bali ini.
Sekarang ni mereka sedang berehat sebentar. Pandangannya beralih ke arah 5 orang pekerja
yang sedang berehat tidak jauh darinya
“Kak Villa,
ini airnya.” Raub menghulurkan botol air mineral.
“Terima
kasih, Raub.” Villa mengambil botol itu sambil tersenyum. “Hari ni nak makan
apa? Nasi ayam? Nasi campur? Nasi tomato? Aaaa….Nasi kerabu ke? Yang mana satu?
” soal Villa.
“Kami tak
kisah. Apa-apa pun boleh asalkan perut ni kenyang.” Raub tersengih.
“Hmm….Nasi
ayam. Okey tak?”
“Okey. ”
Jawab Raub sebelum meninggalkan Villa
Penutup botol
dibuka.Terasa dahaga. Villa minum dengan perlahan-lahan. Hilang terus dahaga.
Anak mata tiba-tiba terhenti di tingkat 1. Yang pasti tempat tu adalah gym.
Dinding yang hanya dibina berdasarkan kaca menampakkan peralatan-peralatan gym
yang sedia ada di situ. Anak mata Villa membulat bila melihat lelaki itu
membuka singlet yang dipakainya. Hanya ada seluar pandek yang membaluti tubuh.
Villa tahu siapa lelaki itu. Jelas lagi terang. Badan Villa menjadi kaku secara
tiba-tiba. Matanya masih tidak berkelip. Jantungnya berdegup kencang melihat
Raja Awwadi mengelap tubuh yang tegap dibasahi dengan peluh. Tanpa disedari,
anak matanya menjelajah disegenap susuk tubuh tegap milik Raja Awwadi.
Villa
terkejut apabila Raja Awwadi melihat ke arahnya. Dengan pantas Villa
menundukkan kepala dan cap ditarik menutupi wajahnya. Wajah Villa bertukar
merah. “Alamak, dia perasaan ke? Malunya.” Villa meraup wajahnya beberapa kali.
“Astagfiruallahalazim …..Villa, kenapa dengan kau ni? Dah kemaruk sangat nak
berlaki ke?” Villa mengetap bibir.Dengan pantas Villa bangun dan menundukkan
kepala. Dia malu dengan sikapnya. Langkah diatur pantas menuju ke tandas.
***************************************
Raja Awwadi
berjalan sambil bersiul. Hatinya berasa senang apabila mendapat tahu Bella dan
ibu saudaranya telah bertolak ke New York semalam selama dua minggu. Amanlah
hidup aku selama dua minggu ni! Tak payahlah aku kena kunci pintu bilik aku
setiap kali nak tidur. Ini semua disebabkan oleh Bella. Beberapa bulan yang
lalu, dia terkejut dengan kehadiran Bella di dalam bilik tidurnya. Bella begitu
berani memasuki bilik semasa dia sedang mandi. Selepas kejadian hari itu, dia sudah mula
berhati-hati. Jaket motorbike yang dipakai dibetulkan agar nampak lebih
bergaya.
Langkahnya
tiba-tiba terhenti, kereta kancil yang dipakir disebelah van menjadi perhatian.
Raja Awwadi mendekati kereta kancil dan mengelilingi beberapa kali. “Ini kereta
perempuan tu. Apa dia buat kat sini?
Hantar bunga ke?” Raja Awwadi melihat di sekeliling. Tiada sesiapa pun. Memang
betul ini kereta dia? Kereta buruk macam ni takkan aku lupa. Raja Awwadi
mengetap bibir. Telefon bimbit iphone dikeluarkan. No telefon Fairuz ditekan.
“Hello. I
tak jadi nak jumpa you hari ini. Ada hal sikit. Ok.” Terus menamatkan perbualan. Raja Awwadi
mengubah haluannya. Aku mesti cari perempuan tu. Berani dia datang sini. Kebetulan Raja Awwadi terserempak dengan
Tuti. Raja Awwadi tersenyum apabila mendengar cerita dari Tuti. Langkah diatur
pantas menuju ke Taman Bali.
Dia
tersenyum lebar apabila melihat kelibat Villa yang sedang mengutip batu kerikil
hitam dan putih. “ Well ….It is a small world.” Raja Awwadi berdiri di belakang
Villa.
Air muka
Villa berubah. Matanya meliar ke kiri dan kanan. Macam mana dia tahu? Aduh,
hari pertama pun aku boleh terserempak dengan dia ke. Kalau boleh aku tak mahu jumpa dengan mamat
ni sehingga habis projek ni. Minta simpang!Nampak gayanya terpaksalah aku hadap
perangai mamat ni. Entah-entah dia nampak aku intai dia tadi. Eeee…malunya.
Mana aku nak letak muka aku ni? Villa resah. Tapi kalau dia nampak aku tadi,
awal-awal lagi dia dah cari aku di sini. Rasanya dia tak nampak. Villa menarik
nafas lega.
“I tak
sangka jumpa you di rumah I. Hey, macam mana you tahu ini rumah I? Hey, I cakap
dengan you sekarang ni. You pekak ke?” Raja Awwadi geram. Villa masih
membelakangi dirinya seolah-olah dirinya tak wujud. Dia tak kisah dengan
pandangan pekerja di situ.
Villa
menarik nafas dan menghembus perlahan-lahan. Di dalam hati dia berdoa agar
urusan di sini dipermudahkan. Kalau boleh, dia tak mahu masalah timbul. Villa berpaling dan tersenyum. Cermin mata
berbingkai hitam dibetulkan. “Assalammualaikum ….. I pun tak sangka jumpa you
di sini, Encik Audi. “
Raja Awwadi
terkejut apabila Villa memberi salam. Dia hanya menjawab dengan perlahan. “Apa
you buat di sini, hah? Ekori I?”
Villa masih
tersenyum. Perasaan betul mamat ni! Ekori you? You ingat I tak ada kerja lain
ke? Ada banyak kerja lagi aku nak buat. Sabarlah, Villa. Dia tu cucu client
kau. Buat tak tahu saja. Jangan nak cari pasal. “Beginilah, Encik Audi. Saya
datang sini sebab nak bekerja.Cari rezeki. Saya tak ada niat lain. Kalau I ada
tersinggung perasaan you hari tu, I minta maaf. “
“Minta
maaf! I datang sini bukannya nak dengar maaf dari you. I pelik. Macam mana
tiba-tiba saja you kerja dengan Puan Haliza? Setahu I, you kerja di kedai
bunga. Kenapa? You dah kena pecat ke?” Hujung suara berbunyi sinis.
“En Audi,
asalkan kerja tu halal. Di mana-mana saja I boleh bekerja. Aaaa…I minta maaf, I
kena sambung kerja I semula. I takut Puan Sri marah. I tak nak Puan Sri tuduh I
curi tulang. Banyak lagi batu kelikar yang I nak kena kutip. Minta maaf yer…“
Villa menyambung semula kerjanya. Dia tahu Raja Awwadi masih berdiri di situ.
Beberapa saat kemudian Raja Awwadi berlalu pergi. Villa mengeluh kuat. AKhirnya
mamat tu blah jugak. Apa masalah mamat ni sebenarnya? Suka sangat cari pasal
dengan aku. Kalau boleh aku nak kerja dengan aman, tak naklah ada isu-isu yang
tak sedap didengar. Tak pasal-pasal pulak Puan Sri tuduh aku nak mengorat cucu
dia. Eeee….tak naklah. Simpang malaikat 44. Minta dijauhkan semua itu. Beberapa
batu kelikir berwarna hitam diambil dan dimasukkan ke dalam guni
************************************
Setiap
gerak geri Villa diperhatikan. Hampir 20 minit, Raja Awwadi berdiri di situ.
Tempat yang sama neneknya berdiri pagi tadi. Kejadian yang berlaku beberapa
hari yang lalu masih segar di ingatan.Dia tak sangka Villa bekerja di situ.
Walaupun dia tak tahu apa yang berlaku, yang
pasti tindakkan perempuan itu baling pasu pada Villa tidak disukainya. “Dah
kena pecat ke? Takkanlah bos dia pecat dia sebab hal hari tu?” Sedikit dahinya
berlipat.
“Tak manis
tengok anak dara orang macam tu, Adi. Kalau dah suka, pikat saja.” Usik Raja
Khalida yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Dia terkejut apabila tangannya
ditarik oleh adiknya. Kata Tijah, ada sesuatu yang aku kena tengok. Dia
terkejut melihat Raja Awwadi sedang berbual dengan Villa. Seolah-olah mereka
pernah jumpa sebelum ini.
“Anak dara
siapa ?” soal Raja Awwadi.
“Bougainvillea.”
“Siapa
Bougainvillea?” soal Raja Awwadi sekali
lagi.
Raja
Khalida tercengang dan memandang ke arah Raja Khatijah.
“Eh, bukan
ke tadi Adi cakap dengan Bougainvillea?” Raja Khatijah menuding jari ke arah
Villa yang sedang mengutip batu kerlikir.
“Florist tu
ke? Setahu Adi nama dia Villa, kenapa nenek panggil dia Bougainvillea?” tanya
Raja Awwadi.
“Nama penuh
dia ….Bougainvillea.”
“What!
Seriously! Her real name ….Bougainvillea!” Raja Awwadi ketawa dengan kuat.
“Hish
…budak ni!” tegur Raja Khalida. Peliknya! Macam mana Adi tak tahu nama penuh
Villa?
“Bunga
kertas! Nama dia bunga kertas. Kelakarnya. Bapak dia tak reti nak letak nama
lain ke? Mesti bapak dia mat bunga.
Bougainvillea!” ketawa Raja Awwadi semakin kuat. Tiba-tiba Raja Awwadi
teringat sesuatu, jika nama dia ….Bougainvillea …..maksudnya Bougainvillea
Florist yang aku pergi hari tu, kedai bunga tu milik dia. Wajah Raja Awwadi
berubah dan berhenti ketawa. Terfikir sesuatu.
“Amboi
…sukanya dia. Tak baik mengata orang.” Tegur Raja Khatijah. Seronoknya dia.
Wajah Raja
Awwadi serius. “Kenapa dia bekerja dengan Puan Haliza? Maksud Adi, dia dah ada
business sendiri. Kedai bunga! Adi tak faham”
“Dia ada
kedai bunga. Hmmmm……Setahu nenek, Villa hanya pekerja part time saja. Eh,
sebelum tu nenek nak tahu ….macam mana
Adi boleh jumpa dengan Villa? Adi suka
Villa ke?” Perasaan ingin tahunya berkobar-kobar.
“Me! Like
her! Nenek tak ada kerja lain ke? Suka sangat buat gossip murahan. Tak mungkin Adi suka perempuan comot plus selekeh pulak tu. Not my taste. Lagipun, nak bawa pergi event
buat malu jer. Kalau buat orang gaji, boleh la.” Raja Awwadi ketawa.
“Tak baik
Adi cakap macam tu.” Tegur Raja Khalida.
“Kenyataan,
nenek! “ Masih ada sisa ketawa di penghujung suara. Pandangannya beralih semula
ke arah Taman Bali. Dia terkejut melihat Villa yang sudah tiada di situ begitu
juga dengan pekerjanya. Mana bunga kertas
ni pergi? Sekejap saja hilang. Hish …… Raja Awwadi gelabah. Matanya meliar ke
pelbagai sudut mencari Villa. Ke mana pulak bunga kertas ni pergi? Ini mesti
ambil kesempatan. Kerja sikit dah nak rehat.
Raja
Khalida tersenyum sedikit. Dia nampak apa yang berlaku tadi. Air muka Raja
Awwadi berubah bila sedar Villa dah tiada. Sebelum ni, Adi tak pernah berminat
dengan mana-mana perempuan pun. Selalunya, Adi buat tak tahu saja tetapi kali
ni lain pula. Seolah-olah ada sesuatu
antara mereka berdua.
“Kak Long nampak kan?” bisik Raja Khatijah ke telinga kanan Raja Khalida. Dia juga nampak apa yang berlaku tadi. Raja Khalida masih tersenyum. Jika Adi suka Villa, aku tak akan halang. Hakikatnya aku suka Villa walaupun pada mulanya aku tegas terhadap Villa. Seorang yang ceria dan suka tersenyum. Murah dengan senyuman. Berlawanan dengan cucu aku, Adi. Seorang yang serius dan jarang tersenyum.
*************************************
Villa
membuka pintu surau. Dia baru selesai menunaikan solat Zuhur. Dia terkejut
apabila Raja Awwadi berdiri di muka pintu dan menghalang perjalanannya nak
keluar.
“Encik nak
sembahyang ke? Maaflah, I tahu.” Kata Villa. Selepas selesai sembahyang, dia
berehat sekejap. Time rehat masih ada. Lagipun jam baru pukul 1.45 petang. Ada
chance nak rehat sebentar. Tak sangka pulak mamat ni tunggu turn nak
sembahyang. Tapi bilik dia ada, kenapa nak sembahyang di surau kecil yang
dikhaskan untuk tetamu. Villa hairan.
“You perli
ke?” Raja Awwadi meninggikan suaranya. Hampir 20 minit, dia terpacak di sini. Lepas
tu pulak, ada hati nak tegur aku.
“Perli you?
I tak perli you pun. Kita kan orang
Islam. Memang dah wajib kita tunaikan sembahyang lima waktu. You tahu tak, hikmah di sebalik kita
sembahyang. Ada banyak hikmatnya.Pertama, secara tak langsung kita dekatkan
diri kita dengan Allah S.W.T. Kedua, sembahyang ni dapat kuatkan keimanan
kita. Ketiga, mendidik kita supaya
sentiasa mengingati Allah S.W.T. Apa
saja yang kita nak buat, tak kiralah …baik ke? buruk ke? Kita kena ingat yang
Allah sentiasa memerhati gerak geri kita. Keempat, kita …..”
“Hey, bunga
kertas! I tak nak dengar tazkirah you. Tak payah nak jadi ustazah di depan I.”
Raja Awwadi mencelah. Sedikit demi sedikit air muka berubah. Panjang lebar
perempuan ni beri syarahan kat aku. Segaris senyuman di bibir apabila melihat
Villa terdiam. “You mesti terkejut bila I panggil you bunga kertas kan! Bunga
kertas a.k.a Bougainvillea. Wow, so sweet nama you tu. Ayah you memang pandai
beri nama pada anak-anak dia. Creative.” Perli Raja Awwadi. Hatinya berasa
puas. Sekarang giliran aku pulak.
Kata-kata
Raja Awwadi dibalas dengan senyuman. Macam mana dia tahu nama penuh aku,
Bougainvillea? Siapa yang beritahu? Dia
dah tahu ke? Mustahil dia tahu. Senyuman
masih kekal di wajah.
“You pekak
ke? I cakap dengan you.” Marah Raja Awwadi. Aku pulak yang geram bila kata-kata
aku tak dapat apa-apa feedback. Boleh pulak dia senyum. Sakitnya hati.
“I dengar.
Jelas. Terima kasih sebab puji arwah ayah I. Nama kakak I, Chempaka. Nama bunga
jugak. Mungkin disebabkan ibu bapa I suka nama ni sebab itu mereka berdua namakan
kami nama bunga. Chempaka!
Bougainvillea. Sedap kan.” Villa memuji
dirinya sendiri. Dia tahu agenda sebenar
lelaki ini.
“You tak
malu ke”
“Malu,
kenapa I nak malu? I tak kisah malah I bangga dengan nama I. Kalaulah nama I
beg sampah ke? Besi buruk ke? I terima malah I bersyukur. Sekurang-kurang nama
I diberi oleh arwah ayah dan ibu I.
Tanda kasih sayang mereka terhadap I.” Anak matanya tepat menatap wajah
Raja Awwadi yang terdiam. Aku tahu kau nak sakitkan hati aku tetapi kau bukan
lawan aku, Raja Awwadi. Sekali kau nak sakitkan hati aku, 10 kali ganda hati
kau yang akan sakit. Dalam hati, Villa ketawa. “Maaf yer, I tak boleh cakap
lama-lama dengan you. Banyak kerja I yang belum siap lagi. Maklumlah I hanya
makan gaji saja. Tumpang lalu.”
Raja Awwadi
bergerak sedikit ke tepi .
“Terima
kasih.” Villa melangkah meninggalkan Raja Awwadi. Langkah diatur pantas.
Minta-mintalah esok mamat ni pergi kerja, kalau ada pun asyik nak susahkan
hidup aku .
Raja Awwadi
mengecilkan anak mata. “She’s not ordinary woman.”Raja Awwadi bersuara sebaik
kelibat Villa hilang.
*********************
Sebaik
sahaja jarum pandek tepat menunjukkan pukul 5.00 petang. Villa bergegas menuju
ke kereta. Enjin kereta dihidupkan.
Kereta Perodua Kancil 850 bergerak laju meninggalkan kediaman Raja Khalida.
Villa menarik nafas lega. “Baru boleh bernafas. Kalau begini setiap hari, tak
pasal-pasal aku dapat penyakit lelah. Apa mamat tu nak lagi? Aku dah bayar kos
repair kereta. Minta maaf pun dah. Apa lagi, hah? Weird guy! Nasib baiklah esok
mamat tu dah kerja, senang aku nak bekerja. Tak perlu lagi aku nak bertikam
lidah dengan mamat. Aman tenteram jiwa aku.” Villa bercakap seorang diri di dalam
kereta meluahkan rasa tak puas hati terhadap cucu Raja Khalida. Dia sedar
dirinya diperhatikan. Villa rasa tak selesa.
Villa
menekan brek kereta. Kereta Perodua Kancil 850 dipakir di dalam garaj rumah.
Pintu dibuka. Villa keluar dari perut kereta malah kepulangannya disambut oleh
anak-anak saudaranya. Villa tersenyum lebar.
“Mak Su!”
jerit Zain. Dia bersorak gembira melihat Villa.
“Awal Mak
Su balik hari ni?” tanya Zubir. Selalunya pukul 6.00 petang baru Mak Su balik.
“Kerja Mak
Su dah siap. Mak Su balik awal sebab nak masak makan malam special malam ni.”
“Special!
Mak Su nak masak apa? Chicken chop ke? Zain suka chicken chop” Bulat anak mata
Zain mendengar perkataan special. Dia tersengih.
“Chicken chop lagi! Minggu lepas
Mak Su dah masak chicken chop. Dah jemu. Tekak Zubir ni dah tak boleh terima lagi. Mak Su, Zubir
nak makan tom yam.”
“Chicken chop!”
“Tom Yam.”
“Zain nak chicken chop!” Zain
meninggikan suaranya. Matanya mula berkaca. Dia sedih.
“Abang Zubir nak tom yam. Minggu
lepas Zain dah makan kan. Hari ni turn Abang Zubir pulak. Kenalah adil. Nak
orang ikut cakap dia saja.” Zubir tak mahu mengalah.
Villa hanya tersenyum dan
memerhati gelagat mereka dua beradik.
“Mak Su, Zain nak makan chicken
chop. Zain tak nak tom yam.” Zain merengek. Air mata mula merembes keluar.
“Itulah taktik dia. Tahu nak
menangis saja. Nak kita ikut cakap dialah.” Zubir membuat mimic muka.
“Oklah. Mak Su masak dua-dua
sekali. Chicken chop dan tom yam. The end. Jangan nak gaduh lagi.” Villa
mengusap rambut Zain. Dia mengesat sisa air mata Zain.
“Mak Su!” Zubir rasa tak puas
hati.
Zain menjelir lidah ke arah abangnya.
“Alah ….senang saja. Semua bahan
dah ada, cuma nak masak saja.” Villa tersenyum. “Kak Long tak balik lagi ke?”
soal Villa apabila sedar kereta Perodua Myvi milik Zarina tiada di garaj. Dah 2
hari, dia tak jumpa Zarina. Bila call, tak dijawab. Dia tahu Zarina elakkan
diri darinya.
“Belum. Biasalah. Orang tengah
hangat bercinta, bau kentut pun wangi.” Zubir kurang senang dengan sikap Zarina.
Dia ada ke, tak ada ke? Sama saja.
“Zubir!” tegur Villa. Dia tak
suka melihat mereka berempat bermasam muka.
“Abang Zubir, siapa kata kentut
tu wangi. Busuklah.” Zain mencelah.
Villa ketawa kecil. Geli hati
mendengar kata-kata Zain.
“Hish….susah betul kalau cakap
dengan budak darjah dua. Dari melayan
perangai Zain, lebih baik Zubir masuk dalam siapkan kerja sekolah. Ada faedah.”
Zubir terus meninggalkan mereka berdua sendirian.
Villa masih lagi ketawa. Kerenah
Zubir dan Zain mencuit hati.
“sikit-sikit nak marah. Mak Su,
memang betul kan! Kentut tu bau busuk.” Kata Zain lagi.
“Ya, Zain. Jomlah masuk. Mak Su
nak mandi lepas tu sembahyang. Zain dah sembahyang Asar ke?” soal Villa.
“Dah. Zain sembahyang dengan
Abang Ngah dan Abang Zubir.” Jawab Zain.
“Good boy.” Puji Villa seraya
mengusap rambut Zain. Zain hanya tersengih memandang Villa
9 comments:
Eija, Farah Ryfa,Salmi Fasliena, Rusydiah Wadhihah & Baby Mio .....Terima kasih sbb baca karya akak ni. Setiap komen beri akak semangat nak menulis lagi.....Thanks .. :) .
Is the best novel ever read then other three you have.its a very unik novel keep it up I cant wait for you next chapter all the best
Cite akak semuanya best.selama ni jadi silent reader je..novel akak semuanya mantop..
cerita makin menarik la... xsabar nk baca entry seterusnya.. cepat2 ye kak :D
Wah,dah smakin menarik,apepun karya akak mmg best :D Next N3 please
haha pening kpla dpt anak saudara mcm zain nie semua nya dia tye.. lps nie haru biru lah khdupan villa.. msti adi akan cr mslh jer..
tq kak lily utk n3 nie.. sbug cpt2 ek..
Kak lily...nak lagi. ..suka sgt ngan karya akak ni...akak sambung lg please. ..cepat2 tau. ..tak cukup la ngan satu bab je...
Thumbs up, sis lily! Teruskan berkarya lagi! Seriously, can't wait for ur next entry. May ALLAH ease everything for u! Tak sabar nak tunggu novel "Namaku Bougainvillea publish nanti! :)
bla nak smbg lg...
Post a Comment