Sunday, March 16, 2014

Satu Dua Tiga 2013

BAB 37 Part 2


            Alisa melabuhkan punggungnya di sofa. Dia melihat kearah Alina yang berada di sebelahnya yang begitu khusyuk menonton drama. Setiap hari Selasa pukul 9.00 malam merupakan masa tontonan untuk Alina. Dia sudah angau dengan drama tu. Alisa membuat mimic muka. “Along pergi mana?” soal Alisa. Semasa dia berada di dalam bilik, dia terdengar bunyi enjin kereta.

            “Along keluar dengan ibu!”

            “Ke mana?” soal Alisa.

            “Rumah abah!”

            “Apa!” Suara Alisa tiba-tiba meninggi! Kenapa aku tak tahu pun pasal hal ini? “Kenapa? Kenapa?” soal Alisa lagi.

            “Kenapa? Angah, cuba Angah fikir sampai bila kita nak melarikan diri? Sehingga bila? 5 tahun! 10 tahun! Kita tak buat apa-apa kesalahan pun tetapi kenapa mesti kita yang harus melarikan diri! Kita bukannya criminal. Kenapa?” soal Alina. Dia juga sudah rimas dengan semua ini. Nak pergi ke mana-mana pun, ada limit!

            Alisa tercengang dengan pertanyaan Alina.

            “Dengan melarikan diri macam ni, perkara ini tetap juga tak selesai. Lebih cepat perkara ini selesai, ia akan menyenangkan kedua-dua belah pihak.” Kata Alina.

            “Acu ingat perkara ini akan selesai dalam sekelip mata saja ke?”

            “Tak! Acu tahu semua ini mengambil masa yang lama tetapi kita mesti berani menghadapinya. Walaubagaimana besar risikonya, kita tetap juga perlu tempuhinya. Along dan ibu juga turut sama berfikir seperti itu. Dah tiba masanya kita keluar dari sini! Semua ini!” tegas Alina.

            “Acu rasa Dato’ Kadir akan menceraikan ibu begitu saja ke?” Alisa merenung adiknya. Dia masih tidak berpuas hati.

            “Tak! Sama ada Dato’ Kadir akan menceraikan ibu atau tidak. Itu semua terletak di tangan abah. Dia yang berhak melafazkan cerai. Acu, tak kisah semua ni! Yang penting bagi Acu sekarang ini ialah perkara ini semua mesti berakhir. Finish! The end!”

            Alisa melepaskan keluhan dengan kuat. “Honestly, Acu! Angah pun dah  bosan dengan semua ini.”

            Alina tersenyum. Dia memegang lembut tangan Alisa. “ Acu tahu!”

            “Angah harap perkara ini dapat diselesaikan.” Alisa hanya mampu tersenyum kelat.

Saturday, March 1, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 1 Part 1

BAB 1

            Usai menunaikan solat Subuh, Villa terus membuka kain telekung yang membaluti tubuhnya. Kemudian kain telekung dilipat dan diletakkan di dalam almari. Sekilas ekor mata melihat jam dinding yang tergantung di dalam biliknya. “Alamak dah pukul 6.30 pagi.” Kata Villa bergegas keluar dari biliknya dan menghampiri bilik yang mempunyai bunga kalung berwarna pink.

            “Za, bangun! Dah pukul 6.30 pagi. Bangun solat subuh!” Pintu bilik Zarina diketuk beberapa kali. “Za! Bangun cepat! Hari ini Za ada kelas pukul 8.00 pagi kan!” Villa meninggikan suaranya. Dia masih tidak putus asa memanggil anak saudaranya Zarina. Dia tak mahu Zarina meninggalkan tanggungjawab sebagai orang islam.

            Pintu bilik Zarina dibuka dan matanya masih tertutup rapat. Rambut berserabut. “Mak Su, Za cuti hari ni. Za dah beritahu Mak Su semalam kan!” Beritahu Zarina dan terus menutup pintu bilik. Dia tak suka jika tidurnya terganggu.

            Villa menggaru kepala yang tak gatal. ‘Ops terlupa pulak’. Langkah diatur ke bilik yang bersebelahan dengan Zarina. Dia terkejut apabila Zakri terlebih dahulu membuka pintu. Zakri tersenyum. “Zack dah solat tadi. Mak Su turunlah dulu. Tentang adik-adik biar Zack uruskan.” Itulah tugas Mak Su selama 8 tahun. Selepas kematian mama dan papa, tugas itu dipikul oleh Mak Su.

            Villa tersenyum lebar. Antara Zarina dan Zakri, Zakri lebih matang lagi. Sentiasa mengambil berat tentang adik-adiknya. Jika nak harapkan Zarina, Zubir dan Zain dibiarkan sahaja. Nasib baik ada Zakri. “Baiklah! Mak Su turun dulu. Selepas Mak Su siapkan breakfast Mak Su naik semula, hari ini hari Isnin .....Zack ada assembly di sekolah hari ni kan!”

            Zakri hanya mengganggukkan kepala.

            Villa menuruni anak tangga sehingga ke tingkat bawah. Dia berjalan menuju ke dapur. Peti sejuk dibuka. Dengan pantas Villa menggeluarkan bahan-bahan untuk masak bihun goreng, segala-galanya sudah siap dipotong. Api dapur dibuka. Bahan-bahan masakan dimasukkan ke dalam kuali. Beberapa minit kemudian, bihun goreng sudah siap dimasak. Minuman telah siapkan terhidang di atas meja di ruang dapur.

            Villa menaiki anak tangga dan berjalan menuju ke bilik Zubir dan Zain. Simbol pintu dipulas. “Wah! Handsome baby boy Mak Su hari ni.”  Villa tersenyum melihat Zain yang sedang menyikat rambutnya sendiri di cermin.

            “Mak Su, Zain bukan baby boy lagi. Zain dah 8 tahun.” Zain mencebik bibik. Tanda merajuk.

            “Kenapa? Dulu Zain tak kisah pun ....kalau Mak Su panggil baby boy.” Villa hairan.

            “Itu dulu, Mak Su! Sekarang ni, baby boy Mak Su dah ada girlfriend.” Beritahu Zubir sambil ketawa. Tangannya ligat memeriksa buku-buku di dalam beg sekolahnya. Dia takut tertinggal buku pula.

            Zain tertunduk malu. Wajahnya merah.

“Girlfriend!” Villa terperanjat. Terkebil-kebil Villa melihat anak saudara kesayangannya yang dijaga sejak berumur satu tahun. Biar betul! Alahai, baru darjah dua dah ada girlfriend. Budak-budak sekarang ni terlebih maju. Aku yang dah berumur 30 tahun pun, tak ada boyfriend lagi.

“Hetty namanya, Mak Su. Cantik!”

“Bila nak bawa Hetty jumpa Mak Su?”

“Tak boleh, Mak Su. Hetty malu nak jumpa Mak Su.”

“Malu!” Dahi Villa berkerut.

“Mak Su, sudah. Tak payah nak layan adik lebih-lebih. Cinta monyet saja. Takkan bertahan lama pun. Esok lusa ....putus la.” Zubir mencelah.

“Cinta monyet tu apa, Mak Su?” soal Zain. Terkebil-kebil melihat Villa.

Villa mengalih pandangannya perlahan-lahan pada Zubir. “Mak Su rasa Abang Zubir lebih tahu.” Villa tersenyum lebar.

Pandangan Zain dialihkan pada Zubir. “Abang Zubir!”

Zubir membuat mimic muka. ‘Alamak, mampus aku kali ini. Jika aku terangkan pada adik, pasti ada soalan akan menyusul kemudian.’ Setiap jawapan yang diberi, akan diakhiri dengan pertanyaan. Sebab itu kami akan sentiasa elakkan diri dari bercakap menggunakan perkataan baru. Argh ....aku terlepas cakap pula. Zubir menggaru kepala yang tak gatal.

“Mak Su!” Zakri berdiri di muka pintu. Zakri sudah siap berpakaian seragam sekolah.

“Jom, breakfast! Nanti lambat pula pergi sekolah.” Dengan pantas Zubir meloloskan diri keluar dari biliknya. Beg sekolah dicapai. ‘Nasib baik Abang Zack datang, kalau tak sampai esok aku menjawab soalan adik.

Villa hanya mampu menggelengkan kepala.

Zain memegang tangan Villa dengan lembut. “Abang Zubir tak jawab pun, Mak Su.” Zain membuat muka sedih. Selagi pertanyaan dia tak dijawab, selagi itulah dia akan bertanya. “Mak Su, beritahulah.” Zain membuat muka sedih.

Zakri hanya tersengih.

Giliran Villa pula menggaru kepala yang tak gatal. ‘Zubir! Zubir! Patutlah IQ 110, pandai betul kalau bab mengelak. Tak pasal-pasal pulak, aku nak kena jawab.’ Villa hanya mampu tersenyum. Rambut Zain diusap lembut.

“Adik! Hari adik ada ujian kan! Nanti Abang Zubir beritahu adik selepas balik sekolah. Boleh?” kata Zakri dengan lembut.

Zain masih mencebik mulut. Dia berfikir. “Boleh!” jawab Zain dengan nada suara perlahan. Hampa!

“Jom! Kita turun bawah. Hari ni Mak Su masak sedap.” pujuk Zakri. Tangan Zain dicapai lembut. Zakri tersenyum pada Villa.

Villa menggunakan gerakkan mulut agar Zain tidak mendengarnya. “Thank You.”
Zakri membalas dengan mengangguk kepala. Dia masih lagi memegang tangan Zain dan berjalan seiringan keluar dari bilik.

Villa tersenyum melihat gelagat Zakri dan Zain. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Tahun ini genaplah 8 tahun pemergian arwah kakak dan Abang Zaidi akibat nahas jalan raya. Ketika itu mereka sedang dalam perjalanan pulang dari kerja, sebuah lori dari arah bertentangan hilang kawalan dan melanggar kereta mereka. Arwah kakak dan Abang Zaidi meninggal di tempat kejadian. Masa itu, Zarina, Zakri, Zubir dan Zain masih kecil lagi terutamanya Zain yang hanya berusia 9 bulan. Zain membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Frame photo yang terletak di atas almari diambil. Wajah kakaknya diusap perlahan-lahan. “Kakak, Villa janji selagi Villa masih hidup, Villa akan jaga anak-anak kakak dengan baik. “ Villa mengesat air matanya yang mengalir tanpa disedari.

                                    *************************************
           

            

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...