Saturday, July 26, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

Assalammualaikum ......

Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Dan juga saya ingin memohon jika ada terkasar bahasa. Kosong kosong yer.




Salam Sayang,

Azimah Lily .....:)

Namaku Bougainvillea Bab 5

BAB 5

            Usai menunaikan solat Subuh, kain telekung dan sejadah dilipat dengan kemas. Kemudian Villa mendekati katil dan melabuhkan punggung di birai katil. Fikirannya masih memikirkan tentang peristiwa semalam. Wajahnya diraup beberapa kali menyebabkan rambutnya menjadi kusut. Inilah pertama kali mereka tiga beradik bergaduh besar. Tiba-tiba Villa teringat kembali perbualan terakhir dia dan kakaknya.

Lapan tahun yang lalu ……

            Simbol pintu dipulas dengan cermat. Kasut sneaker yang dipakai diletak di atas rak kasut. Villa berjalan menuju ke biliknya. Beg dan buku diletak di atas meja tulisnya. Getah rambut diambil. Rambut separas bahu diikat menjadi satu. “Aaaa…laparnya.” Villa memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Inilah padahnya jika pergi ke kuliah tanpa bersarapan pagi.  Perutnya asyik berkeroncong semasa kuliah Mr Scott. Nasib baik 2 jam saja. Kalau tak, boleh pengsan dibuatnya. Selepas tamat kuliah, dialah orang pertama yang keluar dari dewan kuliah.  Dia lebih suka memasak dari membeli di luar.

            Langkahnya diatur pantas ke dapur. Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng dikeluarkan dari peti sejuk. Tiba-tiba telefon bimbit Villa berbunyi, dengan pantas Villa menjawab panggilan itu. Senyuman meleret di wajahnya.

            “Kak Long! I miss you.”  Jerit Villa apabila menjawab panggilan itu. Hatinya gembira tak terkata

            “Hish ..budak ni. Baru 2 tahun tinggal di Michigan dah lupa beri salam.” Chempaka mula membebel.

            “Opss…sorry. Assalamualaikum….”

            “Waalaikumussalam.  Inilah yang Kak Long nak dengar. Walaupun kita merantau di Negara orang, budaya dan agama kita …jangan sesekali kita lupa. Ingat tu.”

            “Baiklah, Prof Chempaka.” Villa ketawa kecil. Inilah padahnya kalau bercakap dengan pensyarah bahasa, literasi dan terjemahan USM. Ada saja yang hendak ditegur dan diperbetulkan. Villa sudah lali dengan semua itu. Bak kata orang tua-tua, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

            “Baru habis class ke?” soal Chempaka. Dia tahu pagi ni Villa ada kelas dari pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi. Villa ada beri timetable class untuk semester ni padanya. Kata Villa,  senang untuk call.

            “Abang Long dan anak-anak tengah buat apa?”

            “Tengah buat apa lagi, tidur ler. Dah lupa ke perbezaan zon waktu antara Malaysia dan USA?”
            “Eh, betul la.” Villa menggaru kepalanya. Macam mana aku boleh lupa. Sini pagi, dah tentu sana dah malam.

            “Kata genius.” Perli Chempaka. Ada sedikit nada ketawa dihujungnya.

            “Nobody perfect sis, remember!”

            “I know. Dah breakfast?” soal Chempaka.

            “Belum lagi.  Tak sempat nak prepare breakfast sebab bangun lewat. Don’t worry, Kak Long. Sekarang ni Villa nak masak nasi goreng.  Kill two birds with one stone. Masak breakfast sekali dengan lunch.”

            “Yalah! Ada saja alasannya. Itulah orang zaman sekarang, ambil mudah saja. Tahu tak, betapa pentingnya jika kita breakfast setiap hari. Antaranya membekalkan tenaga, boleh kurangkan berat badan dan yang penting sekali mencegah penyakit jantung.  Kalau Villa tak sempat nak breakfast, bawa roti atau biskut dan letak dalam beg.  Kan senang!  Jangan suka tahan lapar. Dapat gastric, villa jugak yang susah.” Nasihat Chempaka dengan panjang lebar.

            “Ya, Villa akan ikut nasihat Kak Long. Oklah, Kak Long. Esok Villa call Kak Long. Perut Villa dah berkeroncong ni. Dah keluar bermacam-macam irama. Irama Malaysia ada. Rock ada. K-Pop pun ada.“ Villa memegang perutnya. Ini dah kali ketiga perutnya berbunyi.  “Assalammualaikum …..” Villa ingin mematikan talian.

            “Villa.”

            Dahi Villa sedikit berkerut. “Ya, Kak Long.”

            “Study hard, okey! Makan minum mesti jaga. Makan tepat pada waktunya. Jangan lupa solat. Jangan nak ter…miss solat pulak. Always be happy, my dear sis. I love you. Villa , satu-satunya adik Kak Long. Villa tahu kan! Kak Long harap Villa sayang anak-anak Kak Long sepertimana Kak Long sayangkan Villa.” Kata Chempaka dengan lembut.

            “Kak Long, kenapa cakap macam tu?” Hatinya Villa resah. Kenapa tiba-tiba Kak Long cakap seperti ni.  Gerak hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.

            “Nothing. Oklah. Kak Long dah mengantuk ni. Dah lewat. Esok nak kerja. Masaklah cepat, nanti perut tu bunyi irama Bollywood pulak.” Chempaka berseloroh. Dia cuba tukar topic. Dia sedar nada suara Villa tidak ceria seperti tadi.

            “Kak Long.”

            “Hish…..tak ada apa-apalah. Kak Long dah mengantuk ni. Assalammualaikum….”
            “Walaikumussalam.” Jawab Villa sebelum menamatkan talian. Buat seketika Villa termenung. Dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang.  Di corong telinganya masih kedengaran kata-kata dari kakaknya. Itulah kali terakhir dia berbual dengan kakaknya.

            “Mak Su.”

            Villa tersedar. Dengan pantas Villa mengesat air mata yang mengalir tanpa disedari. Dia menoleh. Zain tersenyum ke arahnya.

            “Zain dah solat?” soal Villa seraya bangun menghampiri Zain yang sedang berdiri di muka pintu bilik.

            “Dah!” ringkas jawapan Zain. “Mak Su, Zain lapar.” Zain membuat muka kasihan.

            “Ala kasihannya. Baby boy Mak Su lapar ye.” Villa memegang kedua-dua belah pipi Zain yang tembam itu.

            “Mak Su! Zain tak suka Mak Su panggil Baby Boy.” Bibir Zain sudah muncung ke depan.

            “Sorry! Sorry!Mak Su lupa.”

            “Mak Su kena janji, jangan panggil Baby Boy lagi.”

            “Ya! Ya. Mak Su janji. Jom kita turun bawah. Nak masak apa ye?” Villa tersenyum. Tangan kecil Zain digenggam lembut seiringan melangkah menuju ke anak tangga.  Zain turut sama tersenyum.

                                                            ******************

            Sebuah kereta Ferarari Spyder berwarna hitam berhenti di dalam kotak parking yang bertanda VVIP. Fairuz berlari  sebaik sahaja melihat kelibat Raja Awwadi yang keluar dari perut kereta mewah itu. Kehadiran Raja Awwadi menjadi perhatian pekerja di situ.

            “Good Morning, boss.” Kata Fairuz.

            “Morning, Fairuz.” Raja Awwadi melangkah masuk sambil diiringi oleh Fairuz. Dua orang pengawal keselamatan yang ada di situ memberi tabik hormat sebaik sahaja melihat Raja Awwadi. Kehadiran Raja Awwadi menarik perhatian pekerja di situ.

            Langkahnya terhenti. Sebuah lif telah dikhaskan untuk dirinya sahaja. Dia tak suka bercampur dengan orang lain. Pintu lif terbuka. Raja Awwadi masuk bersama Fairuz. Pintu lif terbuka apabila mereka tiba di tingkat 8. Tingkat teratas Gemilang Bersatu Corp. Berhad. Satu tingkat dijadikan pejabatnya yang juga dikhaskan untuk dirinya seorang.  Terdapat bilik meeting, pantry, gim dan swimming pool di tingkat itu. Manakala interior design pejabat mengikut citarasa Raja Awwadi sendiri. Mesti exclusive dan glamorous .  Raja Awwadi duduk di atas kerusi yang berwarna hitam. Komputer riba jenama Apple dibuka.  Email dibuka.  Itulah rutin hariannya yang pertama apabila mula bekerja.  Raja Awwadi melihat ke arah Fairuz yang masih tercegat di situ.

            “Ada apa lagi, Fairuz?” Wajah Raja Awwadi serius.  Air muka Fairuz kelihatan resah.

            Wajah garang Raja Awwadi membuatkan Fairuz mula teragak-agak. Tapi kalau aku tak beritahu, masalah lain yang timbul “Bos, tadi Cik Bella call.” Beritahu  Fairuz. Dia tahu Raja Awwadi tak suka nama Cik Bella disebut.

            “Apa perempuan tu nak?”

            “Cik Bella nak cakap dengan bos.”

            “Cakap saja, I sibuk. “

            “Dah bos, saya dah beritahu tetapi Cik Bella kata kalau bos still tak nak angkat call dia …dia akan adakan press conference dan umumkan yang bos dan dia akan bertunang tak lama lagi.” Jelas Fairuz.

            “Ridiculous.  Biarkan. Kalau dia berani buat press conference, you suruh lawyer company kita saman dia. “

            Dahi Fairuz berkerut. Pelik dengan reaksi majikannya. Selalunya bila nama Cik Bella disebut, terus saja naik angin. “Bos, okey ke?”

            “Of course, I’m okey. Kenapa?” Raja Awwadi hairan.

            “Maksud saya, bos tak marah ke? Selalunya kalau sebut nama Cik Bella, bos mesti melenting. Tapi bos nampak tenang saja. Maksud saya, sejak kebelakangan ni bos dah jarang marah selepas bos kena tegur dengan Mak Su Zain hari tu.” Fairuz nampak perubahan Raja Awwadi sejak beberapa hari yang lalu.

            “Fairuz!” Tiba-tiba meninggikan suaranya. Matanya bulat melihat Fairuz.

            “Ok, bos! Saya ada kerja lain lagi. “ Dengan cepat, Fairuz menukar topic.  Hish…menyesal aku tegur. Tak pasal-pasal,  angin monsoon dah datang balik. Lebih baik aku beredar dari sini. Fairuz mula mengatur langkah.  Selepas beberapa tapak, Fairuz berhenti. “Oh ya boss, hari ini birthday nenek bos. Bos nak saya order bungo ros seperti selalu ke?” tanya Fairuz. Hari ini merupakan hari jadi Raja Khalida yang ke 79 tahun.  Selalunya setiap kali hari jadi Raja Khalida, dialah person in charge untuk uruskan semuanya termasuklah bunga, hadiah dan dinner sempena hari jadi nenek bos.

            “Today!” Raja Awwadi terkejut. Wajahnya berkerut memikirkan sesuatu. Macam mana aku boleh lupa birthday nenek? Pagi tadi aku straight saja datang ofis tanpa wish birthday kat nenek. Confirm nenek merajuk kat aku nanti.

            Fairuz menggeleng kepala. Dari reaksi bos mesti bos lupa birthday Raja Khalida.  Kasihan nenek bos! “Bos, nak saya arrange seperti selalu ke?” soal Fairuz.

            “No need, Fairuz. Tentang bunga dan hadiah, biar I belikan. I mahu you reserve one penthouse suit di GB Hotel Kuala Lumpur malam ni. Tentang menu makanan, you arrange. I tak kisah apa-apa pun but must be healthy, okey! Atau lebih senang, you suruh Chef Yaakub masak. Dia tahu makanan kegemaran nenek I.” kata Raja Awwadi dengan panjang lebar. Dia tahu nenek makan masakan Chef Yaakub. Kata nenek, masakan Chef Yaakub sesuai dengan citarasanya.

            “Yes, bos.”

            “One more thing, cancel semua appointment I petang ni.” Sempat lagi ekor matanya mengerling ke arah jam dinding. Baru pukul 8.30 pagi. Aku ada masa lagi untuk berfikir tentang hadiah yang aku perlu belikan untuk nenek. Dua tahun lepas, aku dah hadiahkan set barang kemas. Tahun lepas pulak, aku hadiahkan beg Channel yang berharga RM150 ribu.  Tahun ni, aku nak beri hadiah apa? Semua benda nenek dah ada.

            “Yes, bos. Kalau tak apa-apa lagi, saya keluar dulu.”

            Raja Awwadi hanya mengangguk.  Selepas melihat kelibat Fairuz berlalu, Raja Awwadi terus bangun. Dia mula resah. 

                                                ***********************

            “Villa, kes Zarina tak settle lagi ke?” tanya Fatimah. Dia sedar sejak kebelakangan ni Villa jarang tersenyum. Asyik termenung saja. Dah jarang buat lawak antarabangsa.

            “Belum.” Lemah jawapan Villa. Dia sudah hilang arah. Dia sudah tak tahu bagaimana cara untuk menyedarkan Zarina. Nasihat aku langsung tak didengar. Villa mengambil pen dan fail. “Kak Fatimah, kalau ada apa-apa cari saja Villa di bilik stor. Villa nak check stok kat belakang.” Beritahu Villa sebelum melangkah lemah menuju ke stor. Fikirannya masih memikirkan hal Zarina dan Henry.

            Suzie mendekati Fatimah. “Kak Fatimah, kasihan Kak Villa. Sekarang ni dah jarang dengar Kak Villa ketawa. Asyik muka masam saja.”

            “Itulah dugaan namanya, Suzie. Kak Fatimah yakin. Villa dapat tempuhi dugaan kali ni. Kita doakan yang terbaik untuk keluarga Villa”

            Suzie mengangguk setuju.

            Loceng pintu tiba-tiba berbunyi apabila pintu kedai dibuka. “Selamat datang ke Bougainvillea Florist.” Kata Fatimah dan Suzie serentak sebaik sahaja melihat seorang pelanggan lelaki melangkah masuk.

            “Can I help you, sir?” soal Suzie sambil tersenyum.

            “Hmmm…..Actually bunga ni untuk birthday nenek I. Dia suka orchids. I tak kisah you nak wrapping macam mana but make it look beautiful and unique. Lain dari yang lain. Tentang harga, I tak kisah. Make it quick sebab I ada hal selepas ni.”

            “Ya. Aaa… Encik boleh tunggu di sana. Encik nak air ke? Mineral water or coffee?” Fatimah menunjukkan sofa putih yang terletak di hujung sudut kedai. Tempat itu dikhaskan untuk pelanggan menunggu.

            “No! I tak minum di tempat macam ni.” Jawab lelaki itu terus berlalu pergi dan duduk di sofa.

            Suzie membuat mimic muka, kurang senang dengan sikap lelaki itu. “Muka handsome tetapi berlagak lebih. Orang berbudi kita berbahasa, betul tak?”

            “Hish, perlahan sikit suara tu. Kalau dia dengar, teruk nanti kita kena complain. Customer macam tu, jangan nak cari pasal. “ tegur Fatimah. Dia sudah masak dengan perangai pelangaan seperti ini. Lebih teruk dari ni pun, dia pernah jumpa.

            “Tapi ….”

            “Dah. Pergi ambil bunga orkid tu.” Fatimah mencelah. Otaknya ligat berfikir. Gubahan yang unik?  Lain yang lain? Hish, susah betul kalau dapat pelanggan macam ni.

            “Yalah!” jawab Suzie dengan lemah.

            Sekali lagi loceng di pintu berbunyi, dua orang wanita melangkah masuk. Suzie dan Fatimah tersenyum. Begitu murah rezeki mereka hari ini, pelanggan datang tanpa henti.

            “Welcome ….” Fatimah tercengang apabila wanita yang berbaju gaun merah separas lutut itu mencelah.

            “Hey, mana mak cik perempuan perampas tu? I nak jumpa dengan dia. Sekarang!”  jerit wanita itu secara tiba-tiba. Anak matanya meliar ke pelbagai sudut mencari.

            “Aaaa…Maaf, Cik! Siapa sebenarnya Cik nak jumpa?” soal Fatimah secara lagi. Apa masalah wanita ni? Terjah masuk kedai orang lepas tu nak naik angin pulak.
            “Hey, you pekak ke? I nak jumpa mak cik perampas tunang I. Mana dia, hah?” jerit wanita itu sekali lagi.

            Air muka Fatimah dan Suzie berubah. Sekarang mereka sudah tahu siapa yang dicari oleh wanita yang berambut perang yang sedang berdiri di hadapan mereka. Pandangan mereka bertaut dan melihat ke arah bilik stor.

            “Aniza, calm down. Jangan ikutkan perasaan marah you tu.” Wanita yang memakai kemeja jeans bersuara.

            “Kak Ira tak faham perasaan Niza sekarang ni. Lebih baik Kak Ira diam. “ tengking Aniza. Wajahnya merah menahan geram. Dia sudah tak peduli lagi.  Dia ingin bersemuka dengan ibu saudara perempuan yang memusnahkan kebahagiaannya. Sebenarnya dia mahu bersemuka dengan wanita bernama Zarina tetapi Henri menghalang dia dari berjumpa. Kata Henri, dia takut aku akan apa-apakan  perempuan. Begitu sekali sikap Henri membela perempuan tu walaupun mereka berdua hanya berkenalan selama 3 bulan , pada hakikatnya hubungan aku dan Henri dah hampir 5 tahun.  Begitu mudah Henri melupakan cinta dan kasih sayang aku padanya. Di saat akhir, Henri sanggup membatalkan perkahwinan kami kerana perempuan tu. Itu yang membuatkan aku bengang.

            “Aniza!” Ira memegang tangan Aniza. Dia tak mahu sepupunya bertindak terburu-buru.

            Aniza tidak mempedulikan kata-kata Ira.  Pasu bunga yang ada di atas meja, diambil dan dihempas ke lantai. Pecah berderai. Serpihan kaca bertaburan di lantai.

            Fatimah dan Suzie terkejut.

            “Mana dia? I nak jumpa dia. Kalau tak, I musnah kedai bunga ni” Jerit Aniza lagi. Dia tak dapat kawal emosinya.  

            “What is going on here?” Villa terkejut melihat apa yang berlaku. Semasa dia berada di dalam stor, dia terdengar ada suara wanita menjerit. Yang lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu membaling pasu bunga ke lantai. Dia berjalan mendekati Fatimah dan Suzie.

            “You! You mak cik perempuan yang rampas tunang I kan!” Jari telunjuknya tepat dituju ke arah wanita yang memakai cermin mata berbingkai hitam. Wajah perempuan tu ada iras dengan wanita itu. Sah, dia mak cik perempuan tu.

            Villa tergamam. Matanya tepat melihat wanita itu. Adakah wanita ni tunang Henri? Macam mana dia boleh tahu? Mungkin ke Datin Yusni beritahu? Villa mula resah

            “Mana anak saudara you, hah? I nak jumpa dia.  I nak ajar dia cukup-cukup. Berani dia rampas tunang I. Hey, kat luar sana ….banyak lelaki yang boleh nak dibuat suami tetapi kena anak saudara you rampas bakal suami I. Dah tak a da lelaki lain ke?”

            “Saya minta maaf bagi pihak Zarina di atas apa yang berlaku. Saya …”

            “You ingat I datang sini semata-mata nak dengar perkataan maaf dari you, hah! Hidup I musnah disebabkan anak saudara you.  Mahligai perkahwinan yang I impikan selama 5 tahun ni hancur berderai dalam sekelip mata saja. Cinta dan kasih sayang yang kami pertahankan hilang begitu saja disebabkan kehadiran anak saudara you yang tak guna tu. Di mata Henri sekarang ni, I adalah orang luar. Setiap kenangan kami bersama dah tak ada apa-apa erti bagi Henri. Janji Henri untuk membahagiakan I dilupakan begitu saja. Di mata Henri sekarang ni hanyalah anak saudara you.  Dengan mudah saja, Henri batalkan wedding kami sedangkan kami akan berkahwin bulan depan.  Semua persiapan dah complete. Kad dah pun diedarkan.  Maruah keluarga I dipijak begitu saja. Apa yang I nak jawab dengan saudara mara I nanti.You tahu tak apa perasaan I, hah?  I rasa diri I dikhanati. You faham tak? ” Dengan deras butiran jernih mengalir keluar dari kelopak matanya. Hatinya benar-benar sakit.  Tiada sesiapa dapat merasai apa yang dia rasa sekarang ni. Dia terlalu mencintai Henri. Dia tak dapat menerima hakikat yang Henri tidak mencintai dirinya lagi. Dia tak boleh hidup tanpa Henri. Jiwanya terseksa. Aniza mengusap dadanya beberapa kali.

            “I akan pastikan semuanya akan kembali keadaan asal semula. Henri akan kembali semula pada you. Perkahwinan you dan Henri akan berjalan seperti yang telah ditetapkan.  I janji. Zarina tidak akan menjadi orang ketiga dalam hubungan you all berdua.” Kata Villa bersungguh-sungguh supaya dapat menyakinkan wanita itu. Dia sedih melihat keadaan wanita itu. Wajah pucat lesi seolah-olah tidak tidur beberapa hari.   Villa rasa bersalah.

            “Easy for you to say, you ingat I percaya cakap you ke? You tu ibu saudara dia. Jangan nak tipu I. You ingat I bodoh ke?”  marah Aniza. Mustahil wanita ni akan menyebelahi dirinya. Aniza terus membaling pasu ke arah Villa. Pasu itu tepat mengena kepala Villa sebelum jatuh ke lantai dan pecah.

            Semua orang yang berada di situ terkejut dengan apa yang berlaku. Villa tak mengelak dan membiarkan pasu tepat mengena kepalanya.

            “Villa.” Fatimah mendekati Villa. Dia terkejut melihat darah mengalir di dahi Villa. Pantas Fatimah mencapai tisu dan mengelap darah di dahi Villa.

            “I’m fine, Kak Fatimah.” Kata Villa dengan lemah. Dia mengambil tisu dari tangan Fatimah. Dahinya sedikit berkerut. Pedih.

            “Get out! Keluar sekarang sebelum I call polis. Keluar.” Jerkah Suzie. Dia merenung mereka berdua yang masih tercegat di situ.  Kenapa pula perempua ni lepaskan kemarahan kat Kak Villa? Yang bersalah ialah Zarina. Sepatutnya pasu itu ditujukan pada Zarina bukannya Kak Villa.

            “Niza, jom keluar sekarang.” Ira menarik Aniza keluar. Aniza masih terkejut dengan apa yang berlaku. Dia tak sengaja.  Langkah mereka terhenti apabila nama Aniza dipanggil.

            “Cik Aniza,  apa yang I cakapkan tadi bukannya kata-kata kosong. I akan kembalikan semula mahligai you. Untuk pengetahuan you,Zarina seorang anak yang baik. Dia akan kembalikan Henri semula ke pangkuan you. Percayalah“ kata Villa. Wajahnya kelihatan tenang.  Kemudian Villa melangkah meninggalkan mereka dan berjalan masuk ke biliknya.

            “Tunggu apa lagi! Silakan” marah Suzie.  Pintu kedai sudah dibuka. Sebaik mereka berdua keluar, Suzie menutup pintu dengan kasar.  Dia mendekati Fatimah. “Kak Fatimah, Suzie tak puas hati. Kenapa pulak Kak Villa yang kena? Dia tak tahu ke, orang yang menentang kuat hubungan Zarina dan Henri ialah Kak Villa. Hish ….geram betul. Zarina tu tak habis-habis bawa masalah kat Kak Villa. “ Suzie mencekak pinggang.

            “Dah. Kunci mulut tu. Kak Fatimah nak tengok Villa sekejap.” Pesan Fatimah sebelum kelibatnya hilang di sebalik pintu.

            Suzie melepaskan keluhan dengan kuat. “Nasib baik, tak ada customer ….” Matanya tepat melihat bunga orkid yang diletakkan di atas meja, tiba-tiba dia teringat sesuatu. Macam mana aku boleh terlupa? Perlahan-lahan anak matanya melirik ke arah lelaki yang sedang duduk dan memerhati ke arahnya. Wajahnya serius dan tiada secalit senyuman.  “Oh my god!” Suzie tersengih. Matilah aku.

             

Friday, July 18, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 4

BAB 4


            Zakri tersenyum melihat gelagat Zubir yang sedang merenung papan catur. Inilah rutin harian mereka berdua setiap hari Sabtu petang. Bermain catur! “Cepatlah jalan! Dah 5 minit ni.”

            “Hish….sekejap, biar Zubir fikir!” Sedikit hari Zubir berkerut. Berfikir. Eee… yang mana satu aku nak jalan ni! Bishop atau knight! Zubir teragak-agak. Yang pasti untuk dekati King Abang Ngah, aku kena korbankan salah satu buah catur aku. Argh …..Aku kena yakin. Strategi aku pasti akan menjadi.Kali ini aku mesti menang. Buah catur Bishop putih berjalan mendekati buah catur Queen hitam. Zubir tersenyum.

            Zakri masih tersenyum lagi. “Sorry! Nice move but checkmate.” Zakri menggerakkan buah catur rook hitam mendekati buah catur king putih. Zakri ketawa.

            Air muka Zubir berubah. Masih tercengang. Macam mana aku boleh terlepas pandang buah catur rook hitam? Argh..geramnya. “One more!” kata Zubir. Dia masih tak berpuas hati.

            “Tadi Zubir kata nak main 5 round saja.  Tak nak, okey!” Zakri mengeleng.

            “Please, Abang Ngah! Sekali saja.” Zubir merayu.

            “Tak nak! Next week pulak. Kenapa? Masih tak berpuas hati lagi ke? Abang Ngah dah cakap kan, tiada siapa dapat kalahkan Abang Ngah dalam chess.”

            “Perasaan.” Zubir menceber.

            Zakri ketawa.

            “Ini airnya.” Villa meletakkan dua gelas air jus tembikai di atas meja. “ Siapa menang?” soal Villa.

            “Tentulah Zack yang juara.”

            “Iyelah ….Kalau Abang Ngah lawan dengan Mak Su, confirm Abang Ngah kalah. Abang Ngah dah lupa ke? Dalam masa 5 minit, Mak Su dapat kalahkan Abang Ngah.” Giliran Zubir pulak ketawa.

            “Sukalah tu….” Zakri menjeling ke arah Zubir yang sedang ketawa.

            “Mak Su lawanlah dengan Abah Ngah. Biar Abang Ngah putih mata pulak.”

            “Hish …Tak naklah. Dulu bolehlah….Sekarang ni otak Mak Su dah beku. Dah malas nak fikir. Lagipun Mak Su ada date dengan baby boy.” Villa menjiuh bibir ke arah Zain yang sedang menunggu di meja kecil yang tidak jauh dari mereka berdua. “Kalau baby boy merajuk, susah Mak Su nak pujuk nanti.  Oh ya, Mak Su minta diri dulu ye.” Villa tersengih seraya mengenyitkan mata pada Zakri dan ZUbir.

            Langkah Villa terhenti sebaik sahaja melihat Zarina berjalan menuju ke kereta Myvi berwarna kuning.  “Ina! Ina nak pergi mana?” jerit Villa. Matanya masih tidak berganjak memerhati gerak geri Zarina. Villa mula berasa resah.

            Zarina terus masuk ke dalam perut kereta. Dia berpura-pura tak mendengar pertanyaan ibu saudaranya. Enjin kereta dihidupkan dan kereta itu bergerak laju meninggalkan rumah teras dua tingkat itu.

            “Abang Ngah, tengok tu! Kak Long sengaja buat-buat tak dengar soalan Mak Su.  Semakin melampau perangai Kak Long sekarang ni.” Zubir mengetap bibir. Sakit hatinya melihat Mak Su dilayan seperti itu seolah-olah Mak SU tak wujud.

            Zakri mendiamkan diri. Dia tak tahu bagaimana cara nak nasihatkan kakaknya.

            Villa melepaskan keluhan kuat. Kakinya kembali mengorak langkah mendekati Zain yang sedang menunggunya. “Mak Su, Zain dah sediakan bahan-bahan yang Mak Su nak.” Zain tersenyum lebar.

            Villa membalas senyuman Zain. Rambut Zain diusap dengan lembut.

            “Mak Su nak ajar Zain tanam pokok apa?” soal Zain. Dia tak sabar untuk belajar.

            “Pokok Bromeliad” Villa menunjukkan anak pokok Bromeliad yang diambil dari pokok induk Bromeliad.

            “Bromeliad.” Zain menyebut nama pokok itu.

            Villa ketawa kecil. Cutenya!

            “Kenapa Mak Su nak tanam pokok ni.” Zain membelek anak pokok Bromeliad.

            “Pokok ni dapat hasilkan oksigen dan juga dapat singkirkan udara tercemar pada waktu malam. Dalam erti kata lain , pokok ni boleh bersihkan ruang udara kita yang kotor atau tercemar.” Terang Villa.

            “Oooo….kalau macam tu Zain nak satu pokok ni! Letak dalam bilik Zain. Mesti udara bilik Zain bersih, betul tak Mak Su.”

            “Ya.” Villa ketawa kecil. Tingkah laku Zain mencuit hati. “Kita mulakan ye. Kita ambil pot. Masukkan sabut ke dalam pot. Kemudian Zain letak anak pokok di tengah-tengah pot , lepas tu Zain penuhkan pot dengan sabut ni.”  Villa menunjukkan caranya. Zain mengikuti satu persatu langkah yang diajar oleh Villa.

            “Okey! Selepas tu, Zain mesti tuangkan air ke dalam pot ni . Jangan penuh sangat. Okey …dah siap.” Villa menepuk tangan.

            “Senangnya.” Kata Zain.

            “Tapi Zain kena ingat,  bila air tu nampak nak kering saja …..Zain kena siram air di dalam pot ni. Nanti bila pokok ni dah besar, Zain mesti ubah ke dalam pasu.  Kalau Zain nak tahu, pokok ni ada bunga. Cantik bunganya. So, Zain kena jaga baik-baik.”

            “Betul ke cantik, Mak Su.”

            “Betul. Mak Su tak tipu.”

            “Okey! Zain jaga pokok ni baik-baik.” Zain membelek pot bunga itu. Dia tak sabar menunggu pokok ini berbunga. “Mak Su, Zain nak bagi pokok ni untuk Abang Ngah dan Abang Zubir…..boleh tak?”

            “Boleh. Untuk Kak Long tak ada ke?” soal Villa.

            “Kak Long tak suka Zain. Kak Long mesti tak suka pokok ni.” Jawab Zain. Dia kembali menyambung kerjanya.

            Villa terkejut dengan jawapan Zain. Dahi Villa sedikit berkerut. Villa sedar hubungan Zain dan Zarina tak begitu rapat. Zain lebih rapat dengan Zakri dan Zubir.  Sejak kecil lagi, Zarina tak pernah rapat dengan Zain. Zarina lebih suka menjauhkan diri dari mereka. Dulu aku tak berani menegur Zarina kerana aku percaya Zarina akan berubah satu hari nanti namun sangkaan aku meleset sama sekali. Jarak antara Zarina dan adik-adiknya semakin jauh.  ‘ Aku tak boleh biarkan. Aku mesti buat sesuatu. Aku tak mahu Ina lakukan kesilapan dan musnahkan masa hadapannya. Aku tak boleh berdiam diri lagi. Aku ibu saudara dia. Zarina adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kak Long dan Abang Long kepada aku.’ Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. No telefon Datin Yusni didail.


                        *****************************************

            Villa menarik nafas lega sebaik sahaja melihat signboard tandas. Dia sudah tak tahan lagi. Hampir dua jam Villa dan Zain berjalan di shopping kompleks. Hanya mereka berdua sahaja. Zakri dan Zubir ada aktiviti di sekolah. Kerana terlalu bosan tinggal di rumah, Villa membawa Zain berjalan-jalan di shopping complex yang dibuka berdekatan rumahnya. Hanya window shopping saja.  Pengunjung semakin ramai memenuhi GB Mall. Villa bergegas menuju ke tandas seraya memegang tangan Zain.
            “Zain tunggu Mak Su di sini. Mak Su pergi toilet sekejap saja. Don’t go anywhere just stay here, okey?”

            “Okey!” Zain tersenyum.  Sebaik sahaja mendapat green light dari Zain, Villa bergegas masuk ke dalam toilet. Wajah Villa berubah sebaik sahaja melihat  orang yang sedang beratur untuk memasuki tandas. “Alamak …ramainya. Aduh, parah kalau macam ni.” Villa beratur di belakang seorang wanita yang memakai baju t-shirt berwarna merah.  Nak ke tak nak, aku kena beratur jugak. Dah critical ni.

            Zain menyandar diri di dinding yang tidak jauh dari tandas perempuan. Air mukanya sudah berubah menjadi masam. “Mana Mak Su ni? Lamanya.” Bibir sudah muncung ke depan. Jeritan riang kanak-kanak menarik perhatian Zain. “Clown” Zain kembali tersenyum lebar.  Ada seorang badut sedang melakukan persembahan kepada kanak-kanak yang ada situ. Ramai kanak-kanak mengeliling badut itu. Dengan senang badut itu membentuk belon menjadi arnab dan memberi belon itu pada setiap kanak-kanak yang ada di situ. Zain mula melangkah menghampiri badut itu.

            Tiba-tiba Zain terjatuh apabila dirinya dilanggar oleh seseorang.  Zain jatuh terduduk.

            “Hey, budak! Buta ke? Yang kau langgar aku, kenapa?” Lelaki itu merenung Zain seperti ingin ditelan hidup-hidup. Tangan kananya masih melingkar dipinggang teman wanita yang berdiri di sebelahnya.

            Zain bangun dan membetulkan seluarnya. “Zain tak langgar Uncle. Uncle yang langgar Zain tadi. Uncle yang salah. Kalau kita berjalan, kita mesti tengok depan.” Jawab Zain.

            “Kurang ajar!             Kau cuba nak ajar aku ke?” jerkah lelaki itu tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang di situ.

            “Alah, sayang! Sudahlah. Dengan budak kecil pun you nak bergaduh.” Wanita yang berada di sebelah lelaki itu bersuara. Dia sedar banyak mata yang memerhati ke arah mereka. Dia memegang tangan lelaki itu agar beredar dari situ.

            “Argh, you jangan masuk campur.” Lelaki itu menepis tangan teman wanitanya. Tiba-tiba lelaki itu memegang t-shirt Polo yang dipakai oleh Zain. “Hey, budak. Kau sedar tak, kau tu budak kecil. Kau tak layak nak ajar aku. Mak bapak aku pun tak pernah nak tegur aku. “

            Dahi Zain sedikit berkerut. “Kenapa mak bapak Uncle tak tegur Uncle? Mereka dah tak ada di dunia ni lagi ke?” soal Zain. Matanya terkebil-kebil melihat lelaki itu.

            “Hish…budak ni! Mak bapak aku masih hidup lagi, tak mati lagi. Mulut kau memang tak ada insurans. Mana mak bapak kau, hah? Biar aku ajar mereka bagaimana nak didik anak macam kau ni.” Matanya meliar mencari kelibat ibu bapa budak lelaki ni.

            “Kenapa Uncle suka marah? Mak Su kata kalau kita cepat marah nanti hati kita cepat hitam. Bila hati kita hitam,  Allah dah tak sayang kat kita lagi.” Jelas Zain.

            “Budak ni memang dah nak kena dengan aku.” Lelaki itu sudah tidak dapat menahan marah lagi.  Berani budak kecil ni nak ajar aku. Tangan kanan diangkat.  Dia terkejut apabila tangannya dipegang oleh seseorang. Tangan kananya itu dikilas ke belakang. “Sakit! Lepaslah.” Lelaki itu meronta dilepaskan.

            Raja Awwadi melepaskan tangan lelaki itu.  Langkah lelaki itu berundur beberapa tapak. Raja Awwadi berdiri di hadapan budak lelaki itu. Kebetulan hari ini dia datang meninjau keadaan GB Mall yang baru dibuka bulan lepas. Sambutan begitu mengalakkan. Begitu ramai orang mengunjungi GB Mall ini. Keputusannya untuk membuat salah satu cawangan GB di sini memang tepat. Pasti jualan berlipat kali ganda. Kehadirannya ditemani oleh Fairuz. Dari mula lagi dia memerhati, pada mulanya dia malas nak campur tetapi apabila melihat lelaki itu ingin menampar budak lelaki itu, dia tak boleh mendiamkan diri lagi. Budak lelaki itu tak bersalah. Ini shopping complex aku, aku tak boleh biarkan lelaki itu buat sesuka hati.

            “Hey, kau siapa? Jangan masuk campur urusan aku dengan budak ni.” Jerkah lelaki itu. Renungannya tepat ke arah Raja Awwadi.

            “I pemilik GB Mall, Raja Awwadi. Kenapa? You ada masalah dengan I ke? Atau you nak I panggil polis datang sini.” Jawab Raja Awwadi. Mukanya serius. Berani lelaki ni buat kecoh di sini.

            Lelaki itu terdiam. Dia mula resah. Wajahnya pucat lesi. Dia melihat penampilan lelaki tu. Lain dari yang lain. Berpakaian lengkap dengan suit jenama
Emporio Armani

            “I minta maaf. Boyfriend I ni panas baran sikit Err…kami gerak dulu.” Teman wanitanya terus menarik tangan teman lelakinya agar beredar dari situ.

            Raja Awwadi menoleh. “ Ayah dan emak mana?” soal Raja Awwadi seraya tersenyum.

            “Zain anak yatim piatu. Zain tak ada emak ayah.” Jawab Zain dengan nada suara perlahan.

            Raja Awwadi terdiam seketika. “Habis tu, Zain datang dengan siapa?”

            “Mak Su.”

            “Mana Mak Su Zain?” soal Raja Awwadi dengan lembut.  Ada ke patut tinggalkan anak saudara macam tu saja? Tak ada tanggungjawab langsung. Sekarang banyak kanak-kanak hilang, dia tak tengok berita ke? Setiap hari ada saja kes budak hilang.

            “Mak Su pergi toilet. Mak Su suruh Zain tunggu di luar tapi Zain tak dengar cakap Mak Su. Bila Zain nampak clown tu, terus Zain datang sini.” Cerita Zain.

            “Bos, mesti mak cik budak ni tengah tercari-cari.” Fairuz mencelah. Dia melihat keadaan sekeliling.

            Raja Awwadi mengusap rambut Zain perlahan-lahan.  “Beginilah. Zain ingat tak no telefon Mak Su? Biar Uncle call Mak Su.” Soal Raja Awwadi. Dia mengeluarkan telefom bimbit iphone  dari poket seluarnya.

            “Ingat. O11 ……” Zain menoleh sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil.  Zain tersenyum lebar. “Mak Su.” Jerit Zain seraya melambai tangan ke arah Villa.

            Raja Awwadi mengamati wajah wanita yang sedang berlari ke arah mereka. Anak matanya membesar secara tiba-tiba. Bukan ke dia yang aku jumpa hari tu?

            “Zain.” Villa terus memeluk Zain dengan erat. Tangisan Villa semakin kuat. Air matanya begitu laju membasahi pipi.Dia bersyukur kerana dapat berjumpa Zain semula.  Dia terkejut apabila Zain tiada di situ. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Dia dah seperti orang gila. Terjerit-jerit memanggil nama Zain.

            “Mak Su.” Zain bersuara. Pelukan terlerai. “Mak Su jangan menangis lagi. Zain minta maaf sebab tak dengar cakap Mak Su. Mak Su …..” Zain mengelap sisa-sisa air mata Villa. Dia rasa bersalah.

            “Zain mesti janji dengan Mak Su, okey! Jangan buat perangai macam ni lagi.” Tegas Villa. Dia mengesat air matanya.

            “Zain janji. Zain tak suka tengok Mak Su sedih.” Tangan kanan diangkat seperti mengangkat sumpah.

            Villa tersenyum seraya tangannya mengusap lembut rambut Zain.

            Raja Awwadi masih memerhati gelagat mereka berdua. Tanpa disedari hatinya tersentuh dengan melihat kasih sayang antara mereka berdua.

            “Mak Su, tadi ada Uncle langgar Zain lepas tu Uncle terus marah Zain tetapi nasib baik  nice Uncle  tolong Zain.” Beritahu Zain seraya tangannya memegang tangan Raja Awwadi.

            Raja Awwadi terkejut apabila budak kecil itu memegang tangannya secara tiba-tiba.

            Mata Villa terkebil-kebil melihat lelaki yang bertubuh sasa itu.  Alamak, kenapa aku mesti terserempak dengan mamat ni lagi?  Selepas kejadian hari tu, Villa baru ingat siapa lelaki tu. Dia ada baca artikel mengenai lelaki itu di majalah. Pewaris Gemilang Bersatu Corp. Berhad. Salah seorang tokoh korporat yang berjaya di Malaysia. Yang pasti, dia telah salah sangka terhadap lelaki itu . Sebab itulah dia tak mahu terserempak dengan lelaki ini lagi. Namun, sangkaannya meleset. Mereka berjumpa akhirnya. Dengan pantas Villa menarik tangan Zain agar melepaskan tangan lelaki itu.  Villa membetulkan cermin mata berbingkai hitam yang dipakainya. “Encik, terima kasih sebab tolong anak saudara saya.” Villa berlagak seolah-olah itu adalah pertama kali mereka berjumpa. “Zain, dah ucapkan terima kasih pada Uncle ke?”

            “Belum.” Zain memandang Raja Awwadi. “Thank you, Uncle.” Senyuman Zain meleret.

            Raja Awwadi hanya menganggukkan kepalanya. Anak matanya masih tidak lepas memandang wanita itu. Oooo….kau pura-pura tak kenal aku ye.

            “Jom balik.” Villa ingin beredar dari situ segera. Dia tak mahu mencari masalah dengan lelaki ini.

            “You nak pergi mana? I tak habis cakap lagi.” Raja Awwadi bersuara secara tiba-tiba. Jangan harap aku lepaskan kau hari ini. Kau pijak maruah aku hari tu, aku takkan lupa.Ooo…Aku ni tokoh korporat yang terkenal, suka hati kau tuduh aku penipu.

            Villa mengetap bibir dan berpaling. Wajahnya masih bersahaja.  Suka atau tak aku kena hadap muka mamat ni jugak. Eee…malapetaka dah datang.

            Fairuz hairan.

            “Tak sangka kita boleh terserempak di sini. I tahu you masih ingat I lagi kan! Jangan nak berpura-pura tak kenal I, Cik Florists.” Wajahnya tegang.

            “ Dah tentu sekali I ingat you, Encik Audi. I minta maaf sebab terlanggar kereta you hari tu. Tentang duit repair yang I bagi hari tu, cukup tak? Kalau tak cukup I boleh beri lagi.”

            “You ingat I nak sangat duit you tu, hah. “ Tiba-tiba Raja Awwadi meninggikan suara.

            Villa terkejut begitu juga dengan Fairuz dan Zain.

            “Apa masalah you sebenarnya? You tak malu ke?  Menjerit di tempat awam ni. Kita boleh berbincang dengan cara baik.” Tegur Villa. Banyak mata yang sedang memandang ke arah mereka.

            “GB Mall milik I. I nak buat apa pun,  itu hak I. I nak menjerit ke? Melalak ke? Itu I punya pasal”

            Villa menggeleng. Villa melihat Zain dan teringat sesuatu.  “Zain pusing belakang kemudian tutup telinga.”

            “Kenapa Mak Su?” Zain hairan.

            “Zain buat je. Nanti Mak Su belanja Zain makan ice cream. Sekejap saja. Okey?” pujuk Villa. Takkanlah aku nak biarkan Zain lihat perangai lelaki yang tak budi pekerti langsung. Perangai lelaki ini tidak boleh menjadi contoh teladan yang baik pada Zain. Aku tak nak Zain terikut perangai lelaki. Dah macam barbarian aku tengok.

            “I tengah bercakap dengan you, you dengar tak.” Tengking Raja Awwadi.

            “Boss…” tegur Fairuz. Dia mula gelabah. HIsh, bos ni kalau bab bergaduh dengan orang ..dialah yang paling handal.

            “Fairuz, you jangan masuk campur.”

            Fairuz terdiam.

            “Ya, I dengar. Apa yang you tak puas hati lagi dengan I? I dah minta maaf kan. So tell me!” Nada suara Villa masih bersahaja. Lelaki panas baran macam ni , kita kena slow talk dengan dia. Jangan lawan api dengan api, marak jadinya. Lebih baik lawan api dengan air, barulah cool.

            “You sengaja berpura-pura tak ingat kan! Atau you nak I ingatkan you.” Suara Raja Awwadi semakin tinggi. Dia masih tak berpuas hati.

            Villa tersenyum nipis. “Oooo…maksud you semasa I kata you penipu hari tu ke?”

            “Ya. Itu bukan kata tapi you fitnah I. Hey perempuan, I CEO Gemilang Bersatu Corp Berhad. Ikut sedap mulut you saja you tuduh I penipu. Muka I ni nampak macam muka penipu ke? One more thing,  suit Emporio Armani tu I beli bukan pinjam. Kereta Audi R8 yang you langgar hari tu merupakan kereta ke 12  yang I beli tahun ni. You tahu tak? Itulah perempuan bila bercakap ikut suka hati saja. ” Bulat anak mata Raja Awwadi merenung wanita itu.

            Villa hanya mampu menggeleng kepala. Bila tengok mamat ni, nak tergelak pun ada. Perangai mengalahkan budak-budak kecil. Zain pun tak macam ni. Benda kecil pun nak diperbesarkan. Confirm mamat ni nak aku minta maaf.  “I minta maaf jika kata-kata I hari tu menyinggung perasaan you. I tak tahu siapa you pada waktu tu. I’m so sorry, okey!” Dengan mudah Villa meminta maaf. Baginya jika dia bersalah, dia akan terus minta maaf.  Jika dilayan mamat ni entah semua hartanya dia cerita kat aku. Ada harta banyak sikit terus lupa diri. Dia dah lupa ke, apa yang dia miliki sekarang ni sebenarnya hanya pinjaman. Dengan sekelip mata, semua itu itu boleh hilang. Allah tu Maha Mengetahui . Janganlah kita megah dan taksub dengan apa yang kita ada sekarang ni.

            Raja Awwadi terkejut dan kaku buat seketika. Matanya terkebil-kebil melihat wanita itu.  Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Wanita itu kelihatan tenang dan bercakap lembut dengan aku. Kalau perempuan lain, bila aku tengking terus saja mereka menangis tapi perempuan ni lain sikit.

            Villa masih tersenyum. Dia sedar. Semakin ramai orang memerhati ke arah mereka berdua. ‘Mereka ingat kami ni sedang shooting drama ke? Teruklah kalau macam ni. Lebih baik aku blah cepat.’ Anak matanya tepat ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapanya.  “You dah dengar kan! So ….can I go right now?”

            “What ever!” kata Raja Awwadi acuh tak acuh.

            Villa ingin memulakan langkah tetapi berpaling secara tiba-tiba. “Sebelum tu I minta maaf dulu, I sedar I tak layak untuk beri nasihat  dengan orang terhormat macam you. “ Tiba-tiba Villa berjalan mendekati lelaki itu. “Belajar kawal perasaan marah you tu . Tidak salah jika you marah tetapi marah mesti kena dengan tempat dan waktunya. You tahu tak, semulia-mulia manusia adalah orang yang sabar menahan kemarahan.  You tak rugi pun malah I percaya diri you akan lebih dihormati dan jiwa you akan sentiasa tenang.” Villa mengawal tone suaranya. Villa berhati-hati dalam menuturkan kata-katanya. Dia bimbang jika ada orang mendengarnya. Niatnya bukan untuk mengaibkan lelaki itu. Hanya teguran sesama umat. Yang penting hatinya ikhlas.  “Sekali lagi I minta jika kata-kata I tadi menyinggung perasaan you.  I have to go.  Assalammualaikum.” Kata Villa sebelum melangkah pergi.  Tangan kecil Zain di capai lembut dan digenggam kemas. Mereka berdua berjalan berpegangan tangan meninggalkan Raja Awwadi yang masih kaku berdiri di situ.

            ‘Waalaikumussalam.” Jawab Fairuz. Dia kagum dengan sikap wanita itu. Kelihatan tenang. Walaupun ditengking dan dimalukan oleh bos, wanita itu masih mampu tenang dan tidak cepat melatah. Malah wanita ini juga tidak lokek meminta maaf. Jika hendak dibanding dengan bos aku ni, jangan haraplah dia nak minta maaf walahpun dah jelas dia yang salah.Fairuz menoleh. Hairan apabila bosnya masih diam membisu. Selalunya setiap kali berbalah, dialah juara. Dahi Fairuz berkerut. “Boss.” Panggil Fairuz. Masih tiada response. Pelik ni. Dah kena sampuk ke bos aku ni.

            “Bos” Nada suara ditinggikan.

            Raja Awwadi terkejut. Dia menoleh ke arah lelaki yang memakai cermin mata.

            “Perempuan tu dah pergi.” Beritahu Fairuz.

            “I tak tanya pun.” Jelingan maut dihala kepada Fairuz. Dia tak peduli dengan mata-mata yang sedang memerhati ke arahnya. Langkahnya diatur pantas meninggalkan ruang legar GB mall. 
           
            Fairuz menggaru kepala yang tak gatal. “Aku tak faham dengan boss aku ni.” Dengan segera Fairuz mengekori Raja Awwadi.

                        *************************************************

            “Mak Su, kenapa Mak Su jumpa Abang Henri?  Apa niat Mak Su sebenarnya? Jadi betullah, Mak Su nak pisahkan kami berdua. Ina dah warning Mak Su kan! Memang betullah Mak Su tak nak lihat Ina bahagia. Mak Su kejam”  marah Zarina sebaik sahaja Villa dan Zain melangkah masuk ke dalam rumah.

            Zain terpinga-pinga.

            “Ina, boleh tak kita cakap hal ni di tempat lain?”  Nada suara Villa sedikit perlahan. Villa mengerling anak matanya ke arah Zain. Dia tak mahu Zain mendengarnya.

            “Kenapa nak cakap di tempat lain pulak? Ina tak kisah pun kalau Zain tahu.” Tengking Zarina. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Henri. Katanya dia baru saja berjumpa dengan Mak Su dan Mak Su mahu mereka berdua berpisah. Kata Mak Su lagi, mereka berdua tak akan bahagia jika berkahwin tanpa restu keluarga. Itu yang membuatkan Zarina naik angin. Sepatutnya Mak Su menyokong kehendak aku tetapi tidak pula malah Mak Su meminta aku dan Abang Henri berpisah. Mak Su memang tak sayangkan aku.

            “Ina!” Giliran Villa meninggikan suara.

            Zarina terkejut apabila Villa meninggikan suara. Dia diam seketika.

            “Zain naik atas dulu, nanti Mak Su naik.”

            Segera Zain mengangguk kepala dan meninggalkan mereka berdua.

            “Mak Su memang tak mahu lihat Ina bahagiakan? Mak Su nak Ina jadi macam Mak Su kan! Tak kahwin sampai bila-bila.” Tuduh Zarina bertubi-tubi.

            “Astaghfirullahalazim. Ina, Mak Su ibu saudara Ina. Kenapa Ina boleh fikir macam tu sekali? Kebahagiaan Ina  adalah perkara yang begitu penting dalam hidup Mak Su.  I really want you to be happy.” Villa memegang kedua-dua tangan Zarina dengan lembut. Setiap kali selepas sembahyang, dia tak pernah lupa untuk berdoa agar kehidupan mereka akan ditemani dengan cahaya keimanan, kebahagiaan dan kegembiraan.

            “Tetapi kenapa Mak Su tak boleh terima Abang Henri?” Matanya masih merah menahan marah.

            “Ina, listen! Ina masih muda lagi. Masih ada banyak lagi pekara yang Ina belum experience lagi. Ada banyak perkara Ina nak buat kan. Ina suka traveling kan! Banyak tempat Ina boleh belum lawati lagi. Kalau Ina study kat UK, satu benua eropah Ina boleh travel.  Itu yang Ina impikan selama ini kan.” Villa masih cuba memujuk. Walaupun hubungannya dan Zarina tak begitu rapat tetapi itu tidak bermakna dia tidak mengetahui impian anak saudaranya itu.

            Ina menarik tangan yang dipegang dengan kasar. “Mak Su, Ina bukan budak kecil lagi. Taktik Mak Su tu tak akan menjadi. Bila-bila masa saja Ina boleh traveling tetapi Abang Henri ….satu dalam sejuta. I love him. Do you get it? “

            “Ina, please. Dengar cakap Mak Su ni, kebahagian yang lahir disebabkan kesengsaraan orang lain …..Itu bukan kebahagiaan, Ina.”

            “Kenapa Ina tak boleh bahagia, Mak Su? Why?” jerkah Zarina. “Ooooo….disebabkan Abang Henri tu tunang orang. Sebab itu Mak Su tak dapat terima hubungan kami. Sebab itu ke? Ina tak kisah, Mak Su. As long as he loves me, I don’t care. “

            Kelopak mata Villa mula berkaca-kaca. Begitu mudah Zarina menerima apa yang berlaku. Kerana cinta, Zarina sanggup melukai hati orang lain.

            “Nak kahwin dengan tunang orang! Kak Long dah gila ke?” Zubir mencelah secara tiba-tiba. Kebetulan dia dan abangnya baru balik dari sekolah. Mereka mendengar segala-galanya dengan jelas. Mereka berdua berdiri di muka pintu.

            Serentak Zarina dan Villa berpaling, mereka terkejut.

            Zakri mendekati Zarina. “Kak Long, betul ke?”

            “Ya, aku nak kahwin dengan tunang orang. Kenapa? Apa masalahnya? Abang Henri belum kahwin so Abang Henri berhak memilih siapa yang bakal menjadi isterinya.  Yang pasti, aku pilihannya.”  Kata Zarina tanpa ada perasaan bersalah.

            “Kak Long, dia dah ada tunang.  Cubalah berfikir secara rasional. Jangan ikut perasaan Kak Long saja. Perasaan tunang dia dan keluarga tunang dia, Along ada fikir tak?”  nasihat Zakri.

            “Itu bukan masalah aku. Yang penting Abang Henri akan putuskan pertunangan dan berkahwin dengan aku.”

            “Kak Long tak ada maruah diri ke? Zubir tak sangka nilai maruah diri Kak Long begitu murah sekali. Disebabkan seorang lelaki dan disebabkan cinta ….Kak Long sanggup menjadi pihak ketiga atau lebih tepat lagi …..perosak kebahagiaan orang lain.” Kata Zubir dengan nada suara mengejek.

            Anak mata Zarina membulat. Darahnya mengeledak mendengarnya. “Hey budak kecil! Lebih baik kau diam. Ini hal aku, kau tak payah nak masuk campur.” Marah Zarina. Jika ikutkan hati, mahu saja aku tarik mulut Zubir ni.

            “Ya, memang Zubir masih budak-budak lagi tetapi sekurang-kurangnya Zubir dapat bezakan antara baik dan buruk.”  Jawab Zubir.

            “ Kak Long, cubalah fikir. Jangan terlalu ikutkan kata hati. Cinta memang buta tetapi Kak Long kena fikirkan perasaan orang di sekeliling juga. Fikir tentang kami! Jangan merampas kebahagiaan orang lain, tolonglah. Kami tak mahu lihat seumur hidup Kak Long akan dilabel perampas. Apa kata orang sekeling nanti?”

            “Itu mulut mereka. Biarlah mereka nak cakap apa-apa pun. Mulut manusia sampai bila-bila tak boleh ditutup.”

            Villa menundukkan kepala. Suara anak-anak saudaranya bertengkar antara satu sama lain membuatkan hati Villa berasa sakit. Kehadiran Villa di situ tidak dihiraukan. Semakin rancak mereka bertiga bertengkar. “ Stop it! Mak Su kata berhenti! Berhenti.” Villa meninggikan suaranya. Matanya tepat ke arah mereka bertiga yang terkejut.

            “Masuk bilik sekarang.” Villa memberi arahan.

            “Tetapi …..” Zarina cuba bersuara .

            “Mak Su kata masuk bilik sekarang kan! Masuk! Kesabaran Mak Su ada hadnya Ina.” Tegas Villa.

            Zakri terus menarik Zubir agar mengikutinya masuk ke dalam balik. Dia tak mahu naikkan lagi kemarahan ibu saudaranya.

            Zarina menjeling ke arah Villa sebelum meninggalkan Villa keseorang di ruang tamu.


            Villa melangkah menuju ke sofa dan duduk. Keluhan dilepaskan. Hatinya terkilan dengan apa yang terjadi sebentar tadi.


DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...