Wednesday, December 30, 2015

Tuk Tuk Dia Kutuk Pintu Hatiku Bab 8

Bab 8

            “Aii… Mak termenung jauh nampak? Teringat buah hati ke?” usik Liya. Dia meletakkan bakul kosong di tepi. Dia baru saja selesai menyidai baju di luar. Cuaca elok sekarang ni. Panas terik pulak tu. Time ni kalau sidai baju mesti cepat kering. Matanya tiba-tiba melihat beberapa periuk yang ada di sinki. Dia bergegas mendekati sinki. Dia mula membasuh.

            Hajah Salmiah mengeluh kuat. Dia sempat menjeling bila mendengar usikan Liya. “Hang berdua memang suka usik mak kan! Dua-dua sama saja.”

            “Dah kembar mesti perangai sama, betul tak?”

            Hajah Salmiah terus bangun dan mendekati Liya yang sedang sibuk membasuh. “ Mak rasa rugi la.”

            Liya menoleh. “Rugi apa mak?”

            “Mak rasa rugi kalau Adli tu tak jadi menantu mak. Orangnya baik, sopan santun, cakap tu lembut saja, hormat orang tua dan ada pelajaran pulak tu. Kalaulah Adli tu tak ada girlfriend, sekarang jugak mak pinangkan Adli untuk hang. Bulan depan terus nikah, senang cerita.”

            Liya ketawa terbahak-bahak. Pili air ditutup agar tidak membazir. Liya meletakkan periuk semula dan berdiri berhadapan emaknya. “Mak ni dah macam desperate sangat. Liya okey saja. Adli tu dah ada girlfriend, mak. Takkan mak nak rosakkan hubungan depa. Kita takkan bahagia kalau kita bina hubungan itu berlandaskan air mata orang lain, mak! Mak sendiri pernah cakap kan. Lagipun, belum ada mana-mana lelaki yang berjaya ketuk pintu hati Liya. Yang ketuk tu tak berbunyi langsung.“ ujur Liya dengan lembut.

            “Macam mana nak berbunyi kalau hang bina pintu konkrit dalam hati hang tu.” Perli Hajah Salmiah. Ada riak wajah hampa.

            Liya hanya mampu tersenyum. Aku tahu niat mak baik tapi aku tak bersedia lagi untuk semua tu. Dia belum ada keyakinan. Cukuplah sekali diriku dikecewakan. Yang penting kini, aku nak tumpu perhatian dalam business aku. Aku nak majukan lagi. “Mak, Liya rasa Liya nak beli baka lembu jenis droughmaster. Yang ada baka Kedah Kelantan, kalau ada banyak pilihan mesti ramai nak beli nanti.” Liya menyambung semula kerjanya.

            “Apa benda droughmaster tu?” Dahi sedikit berkerut.  

            “Aaaa…. Lembu tu asal dari Australia. Kacukan antara Shorthorn dan Brahman. Warna merah. Yang penting tahan panas. Maklumlah cuaca kat sini kan panas terik. Yang lebih penting lagi, subur dan cepat beranak. Rezeki Liya bertambah la, mak. Bayangkanlah ….. wah, banyak duit masuk nanti.” Liya mula berangan-angan. Semakin lebar bibir Liya.

            Hajah Salmiah mengetap bibir rapat menaham geram. “Tak abis-abis dengan lembu dia. Senang-senang hang kahwin saja dengan lembu hang tu.” Perli Hajah Salmiah.

            “Boleh ke mak? Esok Liya terus bawa jumpa tok kadi.”

            “Hish budak bertuah ni?” Suara Hajah Salmiah mula meninggi. Boleh kena darah tinggi kalau aku cakap dengan Liya ni? Sengaja nak buat aku naik angin.

            “Just kidding, mak!” Liya menutup pili air. Dah pun selesai membasuh. Tangan yang basah dilap kat kain putih yang tersangkut di dinding. “Mak, sat gi Liya nak keluar jap dengan Zaiton. Kami nak pi kenduri sepupu Lah kat kampung sebelah tu.” Beritahu Liya

            “Balik nanti singgah sat kat kedai Mak Yah. Belikan bawang putih sikit. Dah habis. Aaaa…. Cabai kering sekali tau. Jangan banyak sangat tau.”

            “Ya, mak!” jawab Liya sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

            Sepuluh minta kemudian Liya keluar dari biliknya. Dia sudah bersiap nak pergi kenduri.

            “Liya!”

            Langkah Liya terhenti dan menoleh bila mendengar suara ibunya.

            “Hang nak pi mana?”

            “La …. Tadi Liya dah bagitau mak kan, Liya nak pi kenduri sepupu Lah.”

            “Hang nak pakai baju kurung ni. Dah tak ada baju kurung lain ka hang nak pakai Liya. Baju kurung raya tahun lepas kan ada. Tukarlah. Malu orang tengok nanti. “ Hajah Salmiah melihat anaknya dari atas ke bawah. Baju raya tahun bila dia pakai? Dah lusuh.

            “Ala….. Mak! Pi makan ja, nak makan lawa-lawa buat pa. Lagipun baju kurung ni tak payah nak sterika. Terus pakai ja, senang kerja. ”  Liya membelek baju kurung cotton berwarna merah. Ok saja, aku tengok.

            “Eeee…. Pemalas betul.” Hajah Salmiah membuat mimic muka. Dia dah tak tahu cakap apa lagi. Sepatutnya sebagai seorang wanita, dia kena jaga penampilan diri. Kena tahu fasion jugak. Baru sedap mata orang pandang. Sejak Liya bela lembu dan kambing, Liya tak ambil berat tentang penampilan diri dia. Pakai baju main redah saja. Tudung pulak, pakai ikut style dia saja. Aku tengok pun berserabut.

            “Oklah, mak! Liya dah lambat ni. Nak kena ambik Zaiton, kalau lambat nanti dia dok pot pet pot pet 24 jam nanti. Pi dulu mak.” Sebelum pergi terlebih dulu Liya hulurkan tangan untuk salam.
            “Bawa motor tu baik-baik. Ingat tau belikan barang yang mak pesan tu.” Pesan Hajah Salmiah.

            “Roger, mak!” Liya menghidupkan enjin motor dan kemudian memakai topi keledar. Dia melambai tangan beberapa kali sebelum motor bergerak meninggalkan perkarangan rumah.


                                                *********************

            Beg pakaian dimasukkan ke bonet kereta sebelum ditutup. Langkah Hazri terhenti mendengar deringan telefon dalam kereta Adli. Hazri bergerak mencari. Dia membuka pintu pemandu dan mengambil telefon Adli. “Hish… boleh pulak letak phone dalam kereta. Sassy girl? Siapa sassy girl ni?” Dia membaca nama yang tertera di skrin telefon. Tiba-tiba telefon itu terdiam dan beberapa saat kemudian telefon itu berbunyi lagi.  “Adli! Oooo…. Adli! Ada call.” Jerit Hazri memanggil Adli.

            “Apa!” Bergegas Adli keluar menyarungkan selipar seraya mengunci pintu rumah dan kemudian berjalan mendekati Hazri.

            “Ada call.”

            “Siapa?”

            “Sassy girl!” beritahu Hazri.

            Adli mengeluh. “Biarlah. Dah sampai KL nanti aku call dia balik.” Kepala digaru beberapa kali mengenangkan bencana yang akan menimpa sebaik saja tiba di KL. Hampir kusut rambut Adli.

            “Siapa Sassy girl tu? Aaaa… aku tahu, girlfriend baru kau kan.” Teka Adli sambil tersengih.

            “Hish…. Cousin aku la. Nama dia Zalika.”

            “Kenapa kau letak sassy girl?”

            “Sebab perangai dia sassy. Ini mesti dia dah tahu pasal hal aku dan Rita. Kalau dia dah start cakap, jangan harap dapat celah.” Di wajah Adli sudah terpancar wajah resah. Kalau Zalika masuk campur makin kecoh hal aku nanti. Macamlah aku tak kenal perangai sepupu yang seorang tu. 

            “Bunyi macam scary saja.”

            “Memang scary! Lebih menakutkan dari kau. Oklah, aku dah nak kena bertolak ni. Takut lewat pulak nak sampai. “ Sempat lagi Adli melirik mata ke arah jam tangan berjenama Rolex di tangan. Dah pukul 2.00 petang. “Aaaa… kirim salam kat mak ayah kau. Next week aku datang.” Tangan dihulurkan untuk bersalaman. Dia terus melangkah masuk ke dalam perut kereta.

            “Drive elok-elok. Dah sampai sms aku.” Pesan Hazri sebelum kereta Volkswagen Polo bergerak. Tangan dilambai sehingga kereta itu hilang dari pandangan.


                                                ****************************

`           “Itulah aku dah banyak kali suruh hang tukar motor baru tapi tak nak. Nak guna motor buruk ni jugak. Banyak saja duit tapi berkira nak mampus. Kalah Haji Bakhil dalam filem labu labi tu. Nasib baiklah buat perangai bila kita dah habis makan kat kenduri sepupu Lah. Kalau tak, kebulurlah kita tadi.”

            Liya yang sedang menolak motor tiba-tiba berhenti. Dia menoleh.“Hang ni, Ton! Tak habis-habis nak pot pet pot pet. Dari tadi sampai sekarang tak henti-henti. Disebabkan mulut hang la motor aku buat hal. Nak tahu pasai pa? Sebab hang tak henti-henti kutuk dia. Buruklah! Lambatlah! Dia kecik hati tau dak!Sebelum ni tak ada masalah pun, elok saja. Itulah aku suruh hang pi dengan laki hang, hang tak nak sebab family mertua hang pi lambat sikit. Nak ikut aku sangat.” Liya yang sejak tadi diamkan diri terus meletup. Dahlah panas, aku jugak yang tolak motor ni. Si Zaiton ni tak habis-habis komplen motor aku, sakit telinga aku. Bukan nak tolong, panaskan darah aku lagi adalah.

            “Hang salahkan aku ke Liya?” Wajah Zaiton terus berubah nak menangis. Semakin keruh.

            Liya menundukkan kepala beberapa saat. Inilah susah kalau cakap dengan orang tengah mengandung. Sensitif betul! Tak boleh naik cuit langsung, mulalah nak menangis. “Aku tak marah kat hang, Ton! Sorry!” ucap Liya. Dia mengalah. Sapa betul atau salah, itu tak penting. Kalau Zaiton teriak, mampuslah aku nak kena pujuk nanti. Dahlah tengah panas sekarang ni. “Dah nak sampai kat kedai motor Zam tu. Hang tu mengandung! Payung tu pegang betul-betul!” Liya membetulkan payung yang dipegang Zaiton yang sudah senget ke tepi.

            “Takkanlah aku nak payung sorang, mesti hang panas jugak.” Zaiton rasa bersalah.

            “Aku ni dah biasa. Dah kerja aku hari-hari kena panas. Hang tu mengandung, kena ingat tu. Kalau demam, hang dengan baby susah nanti.” Pesan Liya.Liya menolak semula motor. Kini badannya sedang bermandi dengan peluh. Terasa peluh sedang mengalir di wajahnya.

            Liya dan Zaiton terkejut bila bunyi hon yang dibunyikan beberapa kali. Dua buah motor berhenti di hadapan mereka.

            “Kasihan. Motor rosak ke? Nak aku tolong? Aaaa…. Tak mau la, bazir tenaga saja tolong. Tak ada faedah pun. “ Ali tersengih.
            “Betul tu! Buat malu saja. Siapa nak kawan dengan perempuan plastik macam ni?” Fuad mencelah. Dia ketawa kecil.

            Liya mengeluh kecil sebelum bersuara. Dia memandang lelaki yang berkulit hitam manis itu. “Hang nak apa,Ali? Kalau hang tak nak tolong, baik hang blah. Tak ingin aku minta tolong kat hang!”

            “Amboi! Sombong! Hang dengar tak, Fuad?”

            “Dengar, Bro! Jelas!”

            “Itulah orang cakap bodoh sombong! Sapa yang susah la ni, dia kan!”

            Zaiton mengetap bibir. “Apa masalah hang, Ali? Apa hang tak puas hati kat Liya? Oooo…. Aku tahu sebab time sekolah dulu Liya tolak cinta hang kan sebab tu hang dendam kat Liya sampai la ni kan! Kenal A B C pun tak betul lagi, ada hati nak bercinta.”

            “Hang jaga mulut hang baik-baik, Ton!” Tiba-tiba Ali tersentap bila kisah lama diusik. Memang dulu dia sukakan Liya tapi Liya tolak cintanya kerana Muaz. Maklumlah time tu Muaz pelajar contoh kat sekolah. Aku ni budak nakal kat sekolah. Memang tak sesuai dengan Liya. Tapi sekarang tengoklah apa Muaz buat kat hang? Dia tinggalkan hang sebab hang cacat. Baru padan muka hang. Hang rasa apa aku rasa.

            “Hang nak buat apa dengan mulut aku ni?Buatlah kalau hang berani!” cabar Zaiton dengan berani.

            “Hang ingat aku tak berani? Tunggu!” Ali ingin turun dari motor tapi dihalang oleh Muaz.

            “Hang nak buat apa? Hang dah gila ka? Bapak dia bekas ketua balai polis, hang nak masuk lokap ka?”tegah Muaz.

            Ali mengetap bibir seraya merenung Zaiton yang tersenyum sinis ke arah merea berdua. Tangan digenggam erat. “Jom, blah! Malas nak layan perempuan gila ni” Ali terus memecut laju meninggalkan mereka diekori Fuad dari belakang.

            “Takutlah tu!”

            “Eee…. Ton, hang ni mulut memang tak ada insurans!”

            “Aku tak takut la dengan mamat rempit macam Ali tu! Sebab bapak dia ketua kampung, dia ingat kita kena takut dengan dia. Sorrylah! Hello! Berani ke dia nak buat apa-apa kat aku? Dia kena ingat, bapak aku bekas ketua balai. Abang Long aku ASP polis! Abang ngah aku Major tentera. Kak Lang aku lawyer. Aaa….cuma aku ni saja melencong kot lain jadi surirumahtangga. ”  Zaiton tersengih.

            Liya mengelengkan kepala beberapa kali melihat perangai Zaiton. Memang patutlah hang jadi juara pidato setiap tahun, tiada sapa dapat bangkang cakap hang. Macam manalah Ghani hadap dengan perangai hang 24 jam. Tak dapat aku bayangkan.

            Sekali lagi Liya dan Zaiton terkejut bila mendengar bunyi hon kereta.

            “Motor rosak ke?” tanya Adli sebaik saja menurunkan cermin kereta dan kepala dikeluarkan sedikit.

            “Ya.”

            “Biar saya tolong!”

            “Eh…. Tak payah! Kedai nak repair motor dekat saja. Tu aaa….” Liya menunjukkan kedai yang terletak tak jauh dari mereka berdiri. Dia tak susahkan orang lain. Dia lebih suka berdikari.

            “Betul ke tak nak saya tolong!” tanya Adli untuk kepastian.

            “Betul!. Awak dah nak balik ke?”

            “Ya! Ada banyak benda tak settle kat KL. Aaa… kalau macam tu, saya minta diri dulu.” Adli tersenyum.

            Senyuman Adli dibalas dengan senyuman.

            “Sampai hati tak perkenalkan aku kat mamat tu?” Zaiton bersuara. Dari tadi Zaiton hanya mendiamkan diri menanti dirinya diperkenalkan oleh Liya.

            “Tak payah nak kenalkan pun, nanti hang dapat kenal jugak.” Liya menolak semula motor agar tiba di destinasinya. Tumpuan hanya satu, rumah kedai berwarna coklat tu.  Kalau macam ni, bila nak sampai. Asyik ada saja orang nak ganggu. Baju aku dah basah lencun. Kalau diperah entah-entah boleh penuh satu baldi.

            “Kenapa suara dia macam tu? Dah macam suara Sallem jer! Memang asli ke?”

            “Dia sakit tekak la.” Jawab Liya.

            “Aku rasa kalau dia potong rambut bagi pandek lepas tu buang janggut dengan misai, confirm handsome. Tapi kan …. Aku tengok mamat tu macam ada masalah saja. Mata tu kuyu macam tak cukup tidur. Rasanya masalah apa? Abang hang ada cerita tak?” Zaiton masih tak berhenti-henti bercakap.

            Liya menghembus nafas perlahan-lahan. Sabar jerlah! Bateri apa Ton ni guna, tak reti-reti nak berhenti. Asyik pot pet pot pet. Sejak mengandung kali ketiga semakin menjadi-jadi. Nak tegur, nanti merajuk pulak. Aduh, tahan jalah! Motor ditolak perlahan-lahan. Dibiarkan saja Zaiton membebel seorang diri.

           

                     

Friday, November 27, 2015

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku Bab 7


Bab 7



            “Assalammualaikum …..”

            “Waalaikumussalam.” Jawab Liya dengan suara kasar. Anak mata sempat mengerling melihat pemilik suara yang memberi salam tadi. Tangan masih lagi memegang senduk.

            “Amboi! Garangnya! Awal-awal pagi dah makan cabai ke? Berapa biji? Dah macam singa lapar aku tengok, sapa buat hang marah-marah ni.” Tanpa dijemput, langkah Zaiton terus masuk ke dapur . Tupperware yang dibawa tadi diletakkan di atas meja makan dapur.

            “Sapa lagi kalau bukan abang aku! Eeee…. Geram betul! Aku penat-penat goreng kuih nak bawa makan kat ladang, suka hati dia balun kuih aku. Bukan nak minta permission aku dulu, terus saja bawa kat kawan dia. Makan tak ingat dunia pulak tu. Kalau nak, beritahu la boleh aku goreng lebih sikit. Ini tak  …suka hati samun makanan orang. Ini ke perangai seorang pensyarah? Tak ada etika langsung.” Senduk digenggam dengan erat. Lepas bersiap, dia terus keluar bilik nak ke kandang. Dia terkejut bila Tupperware ringan, bila dibuka kosong. Terkejut beruk aku! Mendidih darah aku time tu, yang pasti ini kerja abang aku. Siapa lagi?

            “Dari kecik sampai dah besaq panjang, tak abis-abis bergaduh. Tak cemuih ka? Aku yang dengar ni pun, dah tak larat nak dengar. Dah jemu.” Komplen Zaiton.

            “Kalau hang tak mau dengaq, baik hang diam. Hati aku tengah mendidih ni. Nanti tak pasai-pasai aku goreng hang dalam kuali ni.”

            “Amboi….. Muat ka hang nak goreng aku? Bukan aku saja, anak aku sekali” Zaiton menunjuk perutnya. Dia usap perutnya beberapa kali.

            Air muka Liya berubah. “Sorry…….” Liya terus mendekati Zaiton. Perut Zaiton diusap. “Sorry! Mak cik tak sengaja. Aaaa... dia gerak la.”  Liya tersenyum bila dapat rasa pergerakkan dalam perut Zaiton.

            “Aaa… Rasa tak? Anak aku terkejut bila kau nak goreng dia sekali. Cakap main sedap mulut saja.”

            “Ala… sorry! Biasa la mulut aku ni, straight to the point.” Liya tersengih. Dia rasa bersalah pulak. “Nak karipap? Sedap tau” Sebiji karipap dihulurkan pada Zaiton, konon nak ambil hati.

            Zaiton terus makan karipap itu dengan lahap. “Permohonan maaf diterima. Tahu-tahu saja, aku lapar. Kat luar tu, …..”

            “Itulah kawan abang aku a.k.a penyewa baru rumah tu.” Liya terus mencelah.

            “Ooooo…. Tapi awat dia macam tu? Baru keluar dari bertapa ka?” tanya Zaiton.

            “Itu aku tak tahu. Hang pi tanya dia! Hang bawa apa?” Matanya tepat melihat Tupperware hijau yang dibawa Zaiton.

            “Ni ha…. Mak mertua aku buat kuih lapis, dia suruh bagi sikit kat kau.”

            “Kuih lapis mak mertua hang memang the best. Sedap! Aku bawa sikit la.” Liya terus memasukkan beberapa biji kuih lapis ke dalam Tupperware untuk dibawa bersama.

            “Liya, hang nak pi ladang kan?” soal Zaiton.

            “Habis tu, hang ingat aku nak pi bercuti ke awal-awal pagi ni. Memang confirm la aku pergi ladang. Ini mesti hang nak ikut aku kan! Kenapa hang tak ikut laki hang tadi? Confirm Ghani tak bagi hang ikut, betul tak? Hang tu dah pregnent, duduklah kat rumah.”

            Tiba-tiba air muka Zaiton sebak, dah mula keroh. Air mata dah mula berlinangan di kelopak mata. “Hang dengan abang Ghani sama saja.  Suka kecikkan hati aku. Aaa…. Aku bukannya apa, aku nak ikut saja. Salah ka? Aku bosan tau dok kat rumah. Aku tau la, aku ni beban hangpa berdua.” nada suara mula bergetar.

            Liya menggaru kepala beberapa kali sehingga senget tudung yang dipakainya. Aduh, parah aku macam ni! Dah nak mula tu, tak boleh bangkang sikit mulalah nak menangis. Hati perempuan mengandung memang sensitif. “ Iyelah…. Ikut la.”  Liya mengalah.

            “Betul ka?” Nada suara Zaiton kembali ceria.

            “Yaaa… Cepat! Aku dah lambat ni.” Api dapur ditutup. Kunci motor di atas peti sejuk dicapai sebelum keluar. Zaiton mengekori Liya dari belakang sambil tersenyum.

                       
                                                **********************************

            Mata Adil terkebil-kebil melihat vespa yang dipakir di hadapan matanya.  “Biar betul kita nak naik vespa ni?”

            “Iyalah. Kenapa?”

            “Cuba kau tengok, mampu ke vespa kau ni bawa kita? Tak pasal-pasal semput tengah jalan nanti.” Mata Adli masih tak berganjak merenung vespa berwarna kuning air yang kelihatan usang.

            “Eh…… Kau jangan cakap macam tu, nanti kalau dia merajuk aku jugak yang susah nak pujuk.” Hazri mengusap vespa milik arwah atuk perlahan-lahan. “Don’t listen to him. Walauapapun abang tetap sayang, Miah.” Ucap Hazri.

            “Miah! Kau namakan vespa ni Miah. ” Adli meninggikan suara kerana terkejut. Betul ke tak betul kawan aku ni.

            “Ya. Salah ke? Ada ke law yang tak benarkan aku namakan vespa aku? Ada ke?”

            “Kau ni …..”

            “Tak payah banyak songeh, naik saja. Cepat!Kalau tak aku tinggal kau.” Adli terus menghidupkan enjin vespa.

            “Yalah!”

            Perlahan-lahan vespa bergerak meninggalkan perkarangan rumah Haji Razali dan memasuki jalan utama. Hazri menunjukkan tempat-tempat yang menarik manakala mulutnya tak henti-henti bercoleteh bercerita tentang kampungnya.

Adli hanya tersenyum mendengar . Hakikatnya dia sendiri akui telah jatuh cinta dengan kedamaian kampung Hazri. Tenang dan damai. Berbeza dengan suasana di Kuala Lumpur.

Adli menghentikan vespa di hadapan warung kecil yang terletak di sebelah sawah padi. “Ini warung Mak Jah. Ala… mee goreng yang kau makan semalam tu, ini la warung dia. Mee goreng Mak Jah memang tip top, mee kuah pun sama. Tengah tidur pun boleh mimpi mee goreng Mak Jah. Tapi jangan kau tersangkut kat Mak Jah sudah la ….” Hazri berselorah.

“Ada-ada saja kau ni!” Adli menampar lembut bahu Hazri yang tak habis-habis buat lawak bodoh. Tiba-tiba telefon Adli berbunyi, telefon dikeluarkan dari poket seluar. Adli mengeluh melihat nama yang tertera di skrin. Ingatkan Rita tapi bukan.

“Kenapa tak jawab? Siapa call? Rita?” tanya Hazri. Dia tahu mesti Adli sedang tunggu panggilan dari Rita. Dia tahu Adli masih lagi mengharap.

“Bukan. Cousin aku, Zalika.”

“La … cousin kau, apa salahnya angkat. Tu dia call lagi. Jawab la.” Telefon Hazri berbunyi lagi.

“Nantilah aku angkat. Jom jalan.” Hazri cuba mengelak. Kalau aku angkat, confirm Zalika akan berleter dekat aku pasal Rita. Aku tak ada mood nak dengar.

Hazri akur. “Ok! Next stop ladang adik aku. “Mereka bergerak menyusuri jalan kecil yang sekelilinginya sawah padi. Hazri mengeluh melihat beberapa orang lelaki yang sedang berdiri di tengah jalan. Hazri memperlahankan vespa sebelum berhenti apabila mereka bertiga tidak berganjak memberi laluan.  Hish…. Time ni jugak aku jumpa makhluk tiga ekor ni! Dah tak ada tempat lain nak lepak ke?

“Wah…..seronok nampak? Tak pi kerja ka? Ada masa pulak jalan-jalan dengan vespa buruk ni. Tak takut ke orang kata hang ni kutu rayau?” perli Ali.

“Hish… hang jangan takut aku takkan ambil title kutu rayau hang tu. Hang masih raja kutu rayau kampung ni.” Senyuman masih kekal di bibir Hazri.

Adli mendiamkan diri dan memerhati. Siapa mereka ni? Tak macam kawan Hazri pun. Cara macam nak cari gaduh saja.

Dua orang kawan Ali cuba untuk dekati Hazri tetapi dihalang Ali. Langkah diatur mendekati Hazri. Ali cuba tersenyum walaupun hati tengah membara sekarang ini. Dia masih mengawal perasaan marah.  Matanya terhenti melihat lelaki yang duduk di belakang Hazri. Tak pernah nampak pun. “Siapa ni? Makhluk apa kat belakang hang, Hazri? Monyet? Orang Utan? Atau big foot? Oooo… aku tahu ini mesti bakal adik ipar hang. Bakal suami Liya. Memang sesuai pun.” Ali mendekati Adli dan melihat dari atas hingga bawah sambil tersengih. Kawan-kawan Ali ketawa.

Dahi Adli berkerut. Dia tak faham apa yang mereka cakapkan.

Tiba-tiba saja Adli menepuk tangan. “Wow…. Hebat! Macam mana hang boleh tahu? Hang patut jadi nujum Pak Belalang. Buka kedai. Dapat jugak income. Dari hang habiskan dulu mak bapak hang, kan bagus hang bekerja. Sejuk hati mak bapak hang. Maklumlah selama ini hang selalu cekek darah mak bapa hang, nak beli spender pun minta kat mak bapak lagi. Malu …. Aku tumpang gembira. Akhirnya hang berubah jugak. Doa orang-orang kampung termakbul jugak. Amin!“ Walaupun cara Adli bercakap lembut tetapi sebenarnya menyakitkan hati.

“Hang ….. “ Ali menundingkan jari hampir di wajah Hazri.

“Boleh aku lalu sekarang?” nada suara Hazri terus berubah serius.

Ali mengenggam erat tangannya sebelum memberi laluan untuk Hazri. Ikut hati aku memang nak ajar Hazri tetapi aku belum lupa lagi yang Hazri ni guru silat di kampung ni. Nak cari nahas? Tak pasal-pasal teruk aku dibelasah. Ali menahan marah. Matanya tepat memerhati vespa Hazri yang dah mula bergerak meninggalkan mereka bertiga.

Adli hanya mendiamkan diri. Dia sedar ada sesuatu yang tak kena. Siapa lelaki itu? Mood Hazri terus berubah. Tak lagi berceloteh malah diam membisu sejak dari tadi. Kalau tak, dari tadi tak henti-henti bercerita tentang kampung dia. Ada saja kisah dia cerita tapi sekarang sunyi sepi. “Hazri ….” Adli memberanikan diri untuk bersuara.

“Aaaa…. Dah sampai.” Hazri terus menghentikan vespa.

Adli terus turun. “Aaaa…. Hazri, tadi tu siapa? Tak nampak macam kawan kau pun.”

“Mamat tu? Ala… nanti kau akan kenal dengan dia jugak. Dia famous kat kampung ni. Tak payah aku introduce kat kau.” Jawab Hazri acuh tak acuh. So …. Apa pendapat kau? Aaa… ini ladang ternakan lembu dan kambing adik aku. Tapi kau tak ada penyakit allergic lembu dan kambing kan?”  Dengan cepat Hazri menukar topic perbualan.

“Ke situ pulak? Ini ladang adik kau? Besarnya.” Adli tergamam seketika melihat ladang yang luas itu. Terbentang luas menghijau.

“Dulu kecik saja tapi sikit-sikit dia beli tanah kat kampung ni. Tup-tup dah luas macam ni. Jom, aku tunjuk kat kau.” Hazri berjalan. Adli mengekori dari belakang.  Mulut Hazri tak henti-henti bercerita tentang ladang Liya.

“Hazri!”

“Yo, bro!” Hazri tersengih melihat sepupunya berlari ke arah mereka.

Ghani terus bersalaman dengan mereka berdua. “Kenapa hang tak beritahu aku nak mai? Liya tak cakap apa-apa pun.” Dahi Ghani sedikit berkerut. Pelik!

“Aku bawa kawan aku round satu kampung, dah alang-alang aku bawa la mai sini.  Oh ya…. Ghani, ini kawan aku dari KL. Adli. Ini pulak Ghani, sepupu aku merangkap manager ladang ni. Aaa…. PA Liya pun boleh jadi jugak.” Hazri memperkenalkan mereka berdua.

“Pandai hang nak kenakan aku, Hazri.” Ghani ketawa.

“Liya mana?” tanya Hazri. Dari tadi mata meliar mencari kelibat Liya. Tak nampak bayang pun.

“Pi jumpa Tok Imam. Nak bincang pasal berapa ekor lembu nak tumbang hari raya haji nanti. Tak tahu bila balik. Lama kot. Jom kita duduk sembang kat pangkin tu. Zaiton ada tu kat sana.” Bibir dijuih panjang ke arah Zaiton yang melambai ke arah mereka bertiga.

“Hang bawa Zaiton mai sini?” soal Hazri dengan wajah terkejut.

“Bukan aku yang bawa, adik hang yang bawa. Tak pasal-pasal aku nak layan kerenah dia. Penat tau. Kat rumah aku kena layan dia, kat sini pulak aku kena jaga dia. Ada saja tak kena. Sensitive pulak tu.” Ghani merunggut.

“No komen. Bini hang! Nak sangat kahwin muda, rasalah.” Hazri ketawa terbahak-bahak.

“Gelaklah. Nanti turn hang pulak, entah-entah mulut bini hang tu 5 kali ganda lancang dari mulut bini aku. Padan muka hang”

Air muka Hazri terus berubah masam. “Sedapnya mulut hang kata kau aku. Cakap hang tu umpama doa tau dak. “

“Amin!” Ghani terus menadah tangan

Adli turut sama ketawa melihat telatah Hazri dan Ghani.

“Oklah. Aku tak boleh sembang lama-lama, aku ada kerja. Aku nak buka kandang. Tengok tu lembu-lembu dah tak sabaq nak keluar. Sat gi aku sambung sembang.  Hazri , hang bawa la Adli jalan-jalan. Kalau nak, ambik Peah dan Mat. Taklah penat nanti.”

“Peah? Mat? Siapa tu?” Adli hairan. Tertanya-tanya siapa orang yang Ghani cakapkan.

Giliran Ghani dan Adli ketawa melihat Adli yang terpinga-pinga.

“Kalau nak tahu, meh ikut aku. Aku kenalkan kau dengan gadis yang paling cantik di kampung. Nama dia Peah.Kot-kot kau berkenanan nanti, boleh jadi penganti Rita.”

“Dengarlah cakap Hazri tu. Peah tu kuda kesayangan Liya. Mat pulak kuda kesayangan Hazri. Tak baik kenakan orang.  Dah, aku kena pergi sekarang.” Ghani meminta diri menyambung kerjanya.

“Jom! Kau tak pernah naik kuda kan. Meh, aku ajarkan. Aku kenal kau dengan Peah. Tapi jangan terjatuh cinta pulak, jealous adik aku nanti.” Usik Hazri

“Kau sukakan kenakan aku….” Adli mengeleng kepala beberapa kali. Dirinya tak habis-habis menjadi mangsa usikan Hazri. Adli ekori Hazri. Dia terkejut melihat kandang-kandang yang ada di situ. Rasanya hampir 20 buah kandang. Bersih pulak tu. Dia kagum melihat system pengurusan ladang itu.


Sunday, November 22, 2015

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku Bab 6

BAB 6

            Adli membuka pintu sebaik saja menjawab salam. “ Awalnya kau datang. Kau bawa apa tu?”

            Hazri menunjukkan dulang yang dipenuhi dengan makanan dan minuman. “Jeng Jeng! Breafast la.  Kita makan kat pangkin tu.” Bibir dijuih ke arah pangkin kayu yang terletak berhadapan sawah padi. Hazri berjalan dan meletakkan dulang di atas pangkin.

            Tanpa banyak soal, Adli terus ekori Hazri dan kemudian duduk di atas pangkin.

            “Air kopi! Karipap daging ! Cucur badak! Aaa… makan cepat. Dah sejuk nanti, tak sedap.”

            “Homemade ke?”  Adli menunjukkan kuih karipap di tangan.

            “Of course la.”

            “Mak ayah kau dah makan ke? Takkanlah kita berdua saja breakfast.” Tiba-tiba Adli teringat, mata melihat mencari Haji Razali dan Hajah Salmiah.

            “Diorang dah breakfast. Awal-awal lagi dah pergi kebun.”

            “Oooo…. Liya?”

            “Entah. Tadi aku nampak dia packing kuih muih ni nak bawa pergi kerja. lepas tu dia masuk bilik balik. Tidur balik kot.” Kuih cucur badak dimakan dan dikunyah perlahan-lahan. Sedap betul cucur badak ni. Tiada sesiapa yang dapat tandingi cucur badak yang dibuat Liya.

            Adli yang sedang mengunyah karipap tiba-tiba terhenti. Anak mata tepat memandang Hazri. “Maksud kau, kau ambil kuih muih ni tanpa pengetahuan Liya?” tanya Adli.

            “Aaaaaa………..”

            “Abang!” Tiba-tiba terdengar jeritan dari arah rumah Hazri. Suara Liya memecah suasana sepi pagi itu.

            “Tu ….. Liya dah tahu. Cepatlah makan.” Jawab Hazri seraya tersengih mendengar suara Liya. Pasti dah tahu, aku rembat makanan dia. Ala… takkan adik beradik nak berkira.

            “Kau ni tak abis-abis nak usik adik kau! Suka sangat sakat orang. Dulu sampai sekarang still lagi tak berubah” Kepala digeleng beberapa kali mengingatkan perangai Hazri. Kat sekolah, Hazri memang famous. Famous sebab kuat menyakat orang.

            “Well …. You know me!” Hazri tersengih. “Oh ya…. Ini air kau kena minum. Air madu. Sebelum pi kebun, mak aku dah pesan banyak kali. Bagi kau minum air madu ni.” Mug berisi air madu diletakkan di hadapan Adli.

            “Ala … susahkan mak kau pulak.” Hazri rasa bersalah.

            “Tak ada susahnya pun. Minum saja. Mak aku tu doktor kampung. Cakap saja sakit apa, confirm mak aku ada ubatnya. Ubat tradisonal la. Rebus daun itu la, rebus akar pokok ini la. Sebab tu kami semua tak sakit, kalau sakit pun pura-pura tak sakit. Iyelah takut kena minum ubat mak aku.  Nasib baik kau batuk saja, kalau tak  …. Dapatlah kau rasa ubat mak aku tu. “ cerita Hazri dengan penuh perasaan.  Dia masih ingat rasanya, boleh termuntah balik makanan yang ada dalam perut. Pahit giler. La ni, mak ada hobi baru pulak. Suka blend buah dan sayur buat jus. Takut aku tengok, entah apa rasanya. Yang selalu jadi mangsa, Liyalah… Dalam hati, Hazri ketawa.

            “Aku suka family kau. Kelakar and warm dengan kasih sayang. Tak macam keluarga aku ….. Dingin. Kalau jumpa pun, gaduh saja. Aku cemburu dengan family kau.” Kata Adli. Dia cuba tersenyum. Kenapa keluarga aku tak seperti keluarga Hazri? Walaupun mereka hidup sederhana, kasih sayang mereka tak pernah kurang.  Lain pula dengan family aku, hanya tahu kejar kekayaan dunia saja. Hatinya sedih.

            Bahu Adli dipegang dengan lembut. “Kau anggap saja family aku macam keluarga kau. “ kata Hazri. Dia faham pergolakan kelurga Adli. “Lagipun mak aku suka kalau ada anak seorang lagi. Adalah teman nak minum jus mak aku nanti. Selamat aku!” Adli terus ketawa.

            “Pandai kau nak lepaskan diri yer….”

            “Nak hidup! Barang-barang kau, kenapa sikit saja kau bawa?” tanya Hazri. Dia baru teringat untuk bertanya. Beg pakaian satu saja. Dalam bonet kosong pulak tu.

            “Sorry, aku terlupa nak beritahu kau. Lepas raya haji baru aku pindah sini, ada banyak benda kat KL aku nak kena settle dulu.”

            “It’s okey, aku faham. Kau settle dulu hal kau.” Bahu Adli ditampar Hazri dengan lembut. “Cepat makan! Lepas ni aku bawa kau round kampung aku. Kita naik vespa arwah tok aku. Confirm kau suka.” Adli tersengih.  Dia tuang air kopi di dalam cawan Hazri. Lepas dah makan boleh la aku bawa Adli cuci mata tengok kampung aku. Releks…