BAB 1
“Abang!
Abang! Bang oiii…..” panggil Hajah Salmiah. Mata meliar mencari kelibat
suaminya di halaman rumah “Abang!”
panggil Hajah Salmiah sekali lagi dengan nada suara yang lebih kuat. Dahi mula berkerut seribu. Mana pulak laki
aku ni? Takkanlah tak balik lagi?
“Abang!” jerit Hajah Salmiah sekuat hati.
“Sini!”
Tiba-tiba ada suara yang menyahut. Suaranya datang dari belakang rumah. Hajah
Salmiah bergegas berjalan menuju ke dapur. Pintu besi dapur dibuka. Hajah
Salmiah tersenyum melihat suaminya yang sedang memberi makanan di reban
ayam. Selipar jepun disarung dengan
pantas. “Abang!” Langkah diatur mendekati Haji Razali.
“Pasal
pa? Suara Miah tu boleh dengar satu kampung, tahu tak!” Pintu reban ayan
dikunci. Haji Razali menoleh.
“Abang!
Tadi Cikgu Noraini call, abang ingat tak anak Cikgu Noraini yang study kat Jepun?”
Haji
Razali hanya mengangguk. Penyapu lidi yang tersandar di reban ayam diambil .
Tangannya ligat menyapu daun-daun kering yang bersepah di luar reban ayam.
“Sekarang
ni Lokman dah balik Malaysia selepas sambung PHD di sana.” Beritahu Hajah
Salmiah dengan nada suara gembira.
“Ya
ka? Baguslah kalau macam tu. Daripada berbakti di negara orang, lebih baik
berbakti di tanahair sendiri.” Cakap
Haji Razali acuh tak acuh.
Air
muka Hajah Salmiah serta merta berubah masam. Senyuman terus hilang. Rasa geram
bila dirinya tak dipedulikan. “Abang dengar tak apa Miah cakap ni?”
Haji
Razali mengeluh. Dia melihat ke arah
Hajah Salmiah. Sejak mula lagi dia faham tujuan sebenar isterinya. “Miah! Abang
dah bagitau banyak kali, jangan nak pandai-pandai nak jodohkan anak kita dengan pilihan Miah. Biarlah Liya dengan cara
hidup dia. Kalau dah sampai jodoh, Liya
akan kahwin jugak.” Nasihat Haji Razali. Dia tak suka cara isterinya.
Asyik-asyik cakap pasal kahwin Ada saja
calon lelaki yang nak dijodohkan kat Liya. Zaman sekarang ni, anak-anak sendiri
yang cari pasangan mereka bukannya ibu bapa.
“Itulah
abang, suka pandang ringan! Hal anak-anak tak nak ambil tahu langsung, biarkan
saja. Abang, Liya tu bukannya muda lagi. Dah umur 28 tahun . Kawan-kawan sebaya
Liya semuanya dah kahwin. Zaiton tu anak dah nak masuk no tiga. Esah yang kahwin tahun lepas pun dah
mengandung. Dania anak Kalsom dah nak kahwin hujung minggu ni. Tinggal anak
kita saja tak kahwin lagi.” Air muka dah muka berubah keruh. Rasa kecil hati
bila niat baiknya disalahertikan.
“Dah
nak buat macam mana, jodoh depa berdua tak sampai lagi. Kenapa Miah kalut
sangat nak kahwinkan Liya? Kenapa Miah tak cari jodoh untuk Hazri jugak?”
“Hazri
tu lelaki. Umur kalau dah 30 lebih pun laku lagi, Miah tak risau. Liya tu
perempuan, ada tarikh luput. Apa orang kampung ni akan cakap nanti? Miah tak tahu nak cakap apa lagi setiap kali
orang kampung tanya bila Liya nak kahwin. Malu, abang tahu tak? Nanti orang
ingat Liya tu lesbian, asyik kawan dengan perempuan saja. Kawan lelaki tak ada langsung.”
Hajah Salmiah meluahkan rasa bimbangnya. Setiap hari memikirkan masa depan anak
perempuannya, Nur Hasliya.
“Siapa
kata Liya tak ada kawan lelaki? Lah tu kan
lelaki!”
“Abang!
Lah tu bukan lelaki tulen!” Hajah Salmiah cuba membetulkan kenyataan suaminya.
Dalam kad pengenalan, jantina Lah memanglah lelaki tetapi naluri lebih kepada
perempuan. Lemah lembut semacam aku tengok. Hampir nak luruh jantung aku bila
tengok cara Lah berjalan, lenggang lenggoknya mengalahkan perempuan di kampung
ni.
“Hish,
tak baik cakap macam tu. Kecik hati Lah kalau dia dengar. Lembut sikit saja.
Pakaian dia tak berubah pun, masih pakai t-shrit dan seluar. Walapun Lah buka
butik pengantin kat pekan tu, tak ada pulak dia make up atau ubah penampilan
dia macam perempuan. Elok saja abang tengok”
“Lelaki
macam tu ada ke perempuan nak kahwin dengan dia?” sinis soalan Hajah Salmiah.
“Miah!
Lelaki macam Lah tu perempuan suka. Bila kahwin goyang kaki saja. Tak payah nak
memasak dan buat kerja rumah, semua tu Lah boleh buat. Entah-entah nanti ada
puteri raja masuk meminang Lah, aaaa…. Kita tak tahu, macam-macam boleh
terjadi.” Haji Razali ketawa kecil. Dia sengaja mengusik.
“Abang,
jangan nak merepek.”
“Kalau
Lah jadi menantu kita, abang setuju.” Usik Haji Razali. Dia suka melihat reaksi
air muka Hajah Salmiah berubah merah.
“Abang!”
tegah Hajah Salmiah. Dia tak suka bercakap pasal hal ni. Kalau masin mulut tu,
tak pasa-pasal Lah tu jadi menantu aku. Eeee… tak nak!
Haji
Razali ketawa kuat. “Kalau dah jodoh, kita tak boleh nak buat apa. Terima ja.”
Senyuman lebar dibibirnya. Wajahnya Hajah Salmiah dipandang. “Miah! Janganlah
paksa Liya lagi. Apa yang berlaku tahun lepas, Miah dah lupa ke? Disebabkan
Miah paksa Liya bertunang, Liya lari dari rumah. Miah tak takut ke Liya lari
sekali lagi. Entah-entah dia dah tak balik ke sini lagi kalau Miah ulang
perkara yang sama.” Ujurnya. Peristiwa tahun lepas masih segar di ingatan, masa
hari pertunangan Liya lari dari rumah kerana enggan bertunang dengan lelaki
pilihan Hajah Salmiah. Kecoh satu kampung jadinya. Terpaksa majlis pertunangan
itu dibatalkan. Sebulan Liya hilang tanpa khabar berita sehinggalah Zaiton
beritahu yang Liya ada di Singapura. Dia bekerja di sana. Selepas dipujuk
beberapa bulan, barulah Liya setuju untuk balik’
Hajah
Salmiah terdiam beberapa saat mengingatkan semula hal yang berlaku. Dia masih
belum lupa peristiwa itu. Dah macam orang gila aku jadinya bila tak tahu Liya
hilang entah ke mana. Anak matanya
bertemu dengan anak mata suaminya. “Suka hati abanglah! Miah malas nak cakap
lagi. Semua salah kita” Bibir dijiuh ke depan tanda merajuk. Dia memulakan
langkah untuk masuk ke dalam rumah.
“Mak!”
tegur Hazri yang kebetulan baru balik dari kerja. Dia hairan bila tegurannya
tidak disambut. Menonong saja ibunya melangkah masuk ke dalam rumah. Hazri
menoleh ke arah ayahnya inginkan penjelasan.
“Biasalah,
Hazri! Bila tegur sikit, mulalah nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Tak
habis-habis nak jodohkan Liya. Tak serik-serik!”
“Niat
mak tu baik cuma cara saja tak kena.” Hazri tersenyum. Dia sudah masak dengan
ibunya. Tak habis-habis topic kahwin.
“Ayah
tahu! Tadi masa on the way balik, Hazri ada nampak tak Liya?”
“Tak
nampak. Mungkin kat kandang lagi. Sekejap nanti baliklah. Kenapa ayah? Ayah nak
Hazri panggilkan ke?”
“Tak
yahlah. Hazri kan baru balik. Nanti baliklah tu. Lagipun Bobby pun tak balik
lagi.” Penyapu lidi diletakkan semula setelah selesai menyapu. Dah bersih.
“Abah!
Rumah sewa tu masih kosong ke?” tanya Hazri. Dia memandang ke arah rumah sewa
ayahnya yang terletak sebelahan dengan rumah mereka.
“Belum
lagi! Lepas Rahim sekeluarga keluar, rumah tu masih kosong lagi. Pasal pa?”
“Begini
ayah, kawan Hazri dari KL baru saja dapat tukar mengajar di UNIMAP. So sekarang
ni dia tengah cari rumah nak disewa, Hazri ingat nak suruh dia sewa saja di
rumah tu. Boleh tak ayah?”
“Boleh! Lagipun rumah tu kosong, tak
ada orang pun.”
Hazri tersengih.
“Bila dia nak mai?”
“Next week!” jawab Hazri.
“Kalau macam tu, hujung minggu ni Hazri
kena tolong ayah bersihkan rumah tu. Dah dua bulan kosong, mesti banyak habuk.”
“No problem, ayah! Jom masuk. Dah
lewat ni.” Ajak Hazri.
“Yalah! Jom masuk! Ayah nak kena
pujuk isteri kesayangan ayah dulu, nanti tak berasap dapur tu. Kebulur kita nanti.”
Haji Razali masih berseloroh.
Hazri ketawa seraya mengelengkan
kepala. Dah jadi rutin harian abah selepas pencen setiap kali mak merajuk.
Merajuk manja katakan! Siapa lagi nak pujuk kalau bukan suami sendiri. Langkah
mereka berdua diatur menuju ke pintu dapur.