Tuesday, June 7, 2016

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku Bab 12

BAB 12

            Zaiton mencuit bahu Lah yang begitu asyik menjahit labuci dekat dress pengantin yang ditempah.

            “Apa!”

            “Tu… Tengok kawan kita seorang tu, dok termenung dari tadi lagi. Macam ada masalah aku tengok.” Bibir dijuih muncung tepat pada Liya. Tadi dia yang beriya-iya nak datang butik Lah, dah sampai sepatah pun tak cakap. Selalunya mulut tu tak henti-henti celoteh.

            Mereka berdua melihat ke  arah Liya yang duduk termenung di sofa
. Suara langsung tak dengar, asyik diam membisu. 

            “Hang tanyalah….” Cadang Lah.

            “Hanglah…. Hang lebih rapat dari aku.”

            “Aku pulak! Hang pandai kan, terus tolak kat aku! Hang tu saudara dia, hang tanyalah…..”

            “Hish…. Susah betui cakap dengan hang! Apa kata kita dua pi tanya? Abis citer”

            “Aaa… Itu aku setuju.” Zaiton terus bangun dan pegang tangan Lah.

            “Eh… eh…. Sat la! Sabar, tahu tak! Biaq aku letak dulu jarum ni, nanti tercucuk hang baru hang tahu.” Jarum ditunjukkan. Dress pengantin diletakkan di atas meja. Lah berjalan ekori Zaiton.

            “Liya!” tegur Zaiton. Dia terus duduk di sofa yang terletak berhadapan dengan Liya. Lah duduk di sebelah Zaiton dengan penuh sopan santun.

             Dengan perlahan-lahan, Liya menoleh.

            “Pasal pa ni? Ada masalah ka? Cuba habaq kat kami.” Tanya Lah.

            Liya mengeluh kuat. Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan.

            “Habaq la kat kami! Besaq sangat ka masalah hang, Liya?” Giliran Zaiton bertanya.

            Wajah Lah dan Zaiton direnung. Nak cakap ke tak? Tapi tak pasti lagi … “Sebenarnya ……. Aaaaa…. Sebenarnya……” Liya masih ragu-ragu.

            “Sebenarnya apa? Cakaplah cepat!” Zaiton menyampuk. Dia tak sabar nak dengar.

            “Aaaa…. Tak ada apa-apa lah.”

            “Hish….. Aku pantang kalau orang cakap sekerat ni! Nak cakap, cepatlah cakap.” Marah Zaiton seraya bangun. Renungan geram tepat pada Liya.

            Lah memegang lengan baju Zaiton. “Ton, hang tu tengah mengandung. Ingatlah sikit. Terkejut anak hang dalam perut tu. Garang nak mampus.” Tegur Lah bila Zaiton mula naik angin. Sensitif betul!

            “Astaghfirullahalazim….”  Zaiton cuba menenangkan diri dan duduk semula.

            “Kami tahu hang ada masalah. Cakaplah. Takkanlah dengan kami pun hang nak berahsia.” Ujur Lah dengan lembut.

            Sekali lagi, Liya mengeluh. Senyuman senget ke kiri. “Oklah…. Sebenarnya aku rasa aku dah jumpa lelaki yang selamatkan aku masa accident dulu.”

            “Apa!..... Sapa? Sapa?”

            “Hang ni, Ton! Boleh sabar tak, bagi Liya cerita dulu!” tegur Lah.

            Zaiton duduk mendiamkan diri bila ditegur Lah. Posisi duduk dibetulkan agar lebih selesa.

            “Aku rasa Adli lelaki tu.” Beritahu Liya.

            “Adli kawan abang hang tu! Yang sewa rumah tu?” tanya Zaiton terkejut.

            “Yup.”

            “Tapi hang kata hang rasa Adli lelaki tu, maksudnya tak pasti lagi kan!” kata Lah.

            Kepala diangguk perlahan-lahan. “ Suara tu memang aku takkan lupa sampai bila-bila. Kalau dia tak jumpa aku time tu kat semak, dah tentu aku takkan berbual macam ni dengan hangpa berdua. Aku terhutang budi kat dia. Sebab tu aku nak cari dia dan ucapkan terima kasih. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Suara Adli sama! Sangat sama!” Liya memberitahu niatnya. Dah lama aku mencari tapi tak jumpa. Sebelum aku pejam mata, aku nak jumpa dia. Nak ucapkan terima kasih.  “Tapi yang buat aku sakit hati sekarang ni , abang aku!” Nada suara Liya dengan serta merta berubah mengingatkan perangai Hazri.

            “Kenapa pulak dengan abang hang? Apa kena mengena abang hang dalam hal ni?”

            “Betul tu? Hazri dah buat apa?” soal Lah hairan.


            “Dah banyak kali aku nak korek info kat Adli tapi abang aku asyik potong line. Bila aku nak tanya, abang aku mesti ada. Eeee… busybody betul! Yang aku tahu setakat ni, Adi ada saudara tinggal di Perth. Dia selalu pergi sana. Bila aku nak tanya lagi, abang aku mesti dah terpacak kat sebelah aku. Dia dengan Adli dah macam kembar siam aku tengok. Asyik berkepit 24 jam. Geram betul! Kalau macam ni, macam mana aku nak tanya…. ” Bibir Liya digigit rapat.

            “Senang cerita, hang minta tolong abang hang! Mungkin dia boleh tolong!” cadang Zaiton.

            “No! Nope! Aku takkan cerita. Hang tahu perangai abang aku tu kan! Mulut tu dah macam longkang. Tak sampai satu saat, hal ni mesti dah sampai kat telinga mak ayah aku. Kalau betul Adli tu lelaki malam tu, tak ada masalah. Tapi kalau bukan, seumur hidup aku mesti jadi bahan ejekan abang aku. Tak nak! Tak nak! Kalau boleh, ini rahsia kita bertiga. Janji!” pesan Liya. Selagi hal ini belum disahkan lagi aku takkan beritahu keluarga aku terutamanya abang aku. Masa kecik-kecil dulu, aku pernah terkencing dalam seluar  gara-gara disebabkan terkejut dengan seekor biawak yang masuk dalam rumah. Disebabkan abang aku, satu sekolah tahu hal ini. Malu betul!
           
            Zaiton dan Lah berpandangan antara satu sama lain.

            “Janji!” tegas Liya lagi.

            “Ya… Janji!” jawab Zaiton dan Lah serentak.

            “Good! Sekarang ni,  macam mana nak alihkan perhatian abang aku? Bagi idea kat aku.”

            “Senang saja. Kau cari bini kat abang hang! Habis cerita! Dia dah tak obsess kat hang lagi. Lepas tu biaq dia obsess kat bini pulak.” Cadang Zaiton sambil tersengih.

            “Otak hang memang geliga, Ton! Sangat-sangat geliga. Hang rasa siapa calon bini abang aku tu? Dia setuju?” sindir Liya. Mata membulat besar menahan geram. Zaiton pun satu, bagilah idea yang logic sikit. Macamlah tak kenal perangai cerewet abang aku tu!

            “Yalah…. Hazri tu cerewet nak mampus! Hang bagi puteri raja kat dia pun, jangan harap dia nak pandang.” Sampuk Lah sambil tangan kiri bergerak ke kiri dan kanan.

            “Sorry…. He he he…” Zaiton ketawa kecil.

            “ Next! Idea lain? Lah, hang mesti idea kan!”
           
            Lah tersenyum. “ Dah tentulah…. Aku namakan operasi Cobra. Mai dekat sikit. ”

            Semakin lebar senyuman Liya! Dia terus bangun dan duduk di sebelah Lah. Dia tak sabar dengan plan Lah.

                                                ***************************

Beberapa hari kemudian…..

            Hari ini merupakan hari gotong royong untuk membersihkan rumah orang tua yang terletak di hujung kampung. Begitu ramai penduduk kampung hadir menyertai program gotong royong ini. Tak kiralah tua atau muda yang kedatangan mereka ikhlas untuk menjayakan program ini. Mereka dibahagikan beberapa kumpulan berdasarkan tugas yang diberi.

            “Hang dah bagitau Tok Ramli, Lah!” tanya Liya. Anak mata sempat mengerling ke arah Hazri dan Adi yang berdiri tak jauh dari mereka dua.

            “Dah! Aku dah bagitau tok aku yang Hazri nak jumpa dia bincang pasai rombongan nak ke Singapura tu.”

            “Bagus! Bagus!” Bahu Lah ditepuk dengan lembut. Liya tersengih.

            “Sakit la!” Lah mengadu sakit. Tangan Liya ditepis lembut

            “Over! Kalah perempuan!” Zaiton mencebik bibir. Dia berdiri di belakang Liya dan Lah. Dia baru saja sampai.

            Lah dan Liya terkejut besar dengan kehadiran Zaiton.

            “Ton! Hang mai sini buat apa? Hang tu pregnant! Mana boleh buat kerja-kerja berat ni? Ghani mana?” tanya Liya bertubi-tubi.

            “Hish…. Aku datang saja-saja. Boring duduk rumah. Ghani nak datang sini, aku ikutlah. Memang dia tak bagi tapi aku nak ikut jugak. Dia nak cakap apa lagi.”

            “Eeee… hang ni memang ketagaq! Suka lawan cakap laki hang. Berdosa tahu tak?” tegur Lah.

            “Suka hati akulah. Ini rumahtangga aku. Hang nak sibuk buat apa?” Air muka Liya dah mula berubah merah.

            “Hish….stop! Asyik nak gaduh ja! Sekarang ni focus kat plan kita.” Marah Liya dengan wajah yang serius.

            Lah dan Zaiton terus diamkan diri.

            “Ok…. Lah!Turn hang!” Liya mula memberikan arahan. “Ton, hang pulak pastikan laki hang jangan dekat dengan abang aku. Kalau tak, rosak plan kita.”

            “Ya….” Jawab Zaiton.

            “Plan kita akan jadi, percayalah. Jangan bimbang. Hang pi menyorok lekas.”

            “Ok! Good luck. Pastikan abang aku percaya cakap hang.” Kata Liya sebelum menyorok di sebalik dewan kecil. Kepala dikeluarkan sedikit melihat apa yang berlaku. Harap-harap berkesanlah plan ini. Aku inginkan jawapan dan kepastian. Itu saja yang aku pinta.

            Lah menghampiri Hazri dan Adi yang sedang membuat kerja membersihkan kawasan semak samun di belakang rumah orang tua. Lah bercakap sesuatu dengan Hazri. Beberapa minit kemudian Hazri bergerak meninggalkan Adli.

            Liya tersenyum lebar. Yes! Abang aku dah makan umpan.

            Kemudian Lah memberi isyarat pada Liya sebelum meninggalkan Adli seorang diri. Inilah peluang aku. Sebelum bergerak menghampiri Adli, Liya membetulkan dulu tudung dan penampilan diri agar nampak cantik. Jantung mula berdegup kencang. Mula gementar.

            “Assalammualaikum!”

            “Waalaikumussalam.” Jawab Adli. Dia menoleh.

            “Aaa… Nampak Lah tak?” tanya Liya berpura-pura tak tahu. Ini sebahagian dari rancangan mereka.

            “Lah! Oooo… tadi ada tapi Lah kata dia dahaga, terus pergi sana nak minum air sekejap.”

            “Oooo…. Hazri?”

            “Dia ada hal. Aaa… Nak jumpa tok penghulu katanya.” Jawab Adi.

            “Oooo… Ya ke? Kalau macam tu, biar Liya tolong.”  Cangkul yang ada di situ diambil dan terus Liya membuat kerja. Dia mencari masa yang sesuai untuk bertanya.

            “Eh….Eh… Tak payah. Banyak ni! Tebal pulak tu.Kerja berat ni.” Adli terkejut. Takkanlah Liya nak buat kerja ni. Semak-samun ni tebal.

            “No hal! Ini benda kecik saja. Kat ladang tu, kerja lebih berat dari ni Liya pernah buat.”  Liya mencuri pandang ke arah Adi.

            Adi tersenyum. “Hari tu Hazri ada bawa pergi ladang Liya, banyak betul lembu dan kambing Liya. Pandai betul Liya uruskan. Kenapa Liya pilih business ni? Maksud saya, ada banyak lagi business yang sesuai untuk Liya tapi kena Liya pilih business yang rumit ni.” Adi mula berborak seraya menyambung semula kerjanya.

            Pertanyaan Adi membuatkan Liya tersenyum. Memang betul! Dah ramai orang bertanyakan soalan itu. Kenapa aku pilih business ternakan lembu dan kambing ni? “ Memang business ni rumit tapi Liya suka business yang mencabar macam ni. Perlukan banyak kesabaran dan pengetahuan. Kita jadi lebih matang.” Beritahu Liya. Hakikatnya, inilah satu-satunya jalan untuk sibukkan diri. Bila aku sibuk dan penat, aku takkan teringat memori berdarah itu. Kalau boleh aku nak lupa semua itu.

            “Baguslah. Sepatutnya ramai orang contohi sikap Liya. Iyelah, orang muda-muda sekarang ni mana mahu kerja berat macam Liya buat ni. Asyik nak kerja senang saja. Nak duduk kat tempat air cond, dah tak nak kerja kat tempat panas.”

            Liya tersipu-sipu malu mendengar pujian Adli. Rasa kembang kempis hidung ni! Semakin lama aku dengar, suara itu benar-benar sama dengan pemilik suara malam itu. “ Hari tu awak kata ada saudara tinggal di Perth kan?”

            “Ya.”

            “Tahun 2007, ada datang Perth tak? Maksud Liya, time tu ada accident on the way pergi Perth. Kalau tak silap Liya, sebuah trailer dan tiga buah kereta.” Tanya Liya. Dia menanti jawapan dan reaksi Adi.

            “Tahun 2007? Hmmmm……” Adi berhenti melakukan kerja. Otak ligat memikirkan sesuatu. “ Oh…. I remember! Saya ada kat situ.  Kalau tak silap saya, hanya seorang saja selamat. Dia rakyat Malaysia. Time tu, dia cedera parah. Kawan-kawan dia meninggal on the spot. Kasihan. Dia macam mana agaknya… Lepas teman dia ke hospital, saya tak dapat tunggu lama sebab flight saya pukul 5 pagi. Kebetulan kawan dia datang, saya pun baliklah.” Cerita Adli. Dia tak mungkin lupakan peristiwa malam itu. Sepuluh orang mangsa mati di tempat kejadian. Memang ngeri. Kebetulan waktu tu, aku terdengar suara di sebalik semak samun berhampiran. Bila dihampiri, Aku terkejut melihat ada wanita terbaring di situ dengan wajah yang berdarah malah badannya penuh dengan luka. Dia bertanyakan kawan-kawannya. Tak tergamak aku nak beritahu. Macam mana keadaan dia sekarang ni? Dah 7 tahun berlalu. Tiba-tiba Adli teringat sesuatu. Dia berpaling ke arah Liya. “Liya kenal mereka ke?” tanya Adli. Dia terkejut melihat Liya. “Liya, kenapa ni?” soal Adli yang mula cuak bila Liya menangis secara tiba-tiba. Aku ada tersalah cakap ke?

            Tanpa menjawab soalan Adli, Liya terus melarikan diri meninggalkan Adli yang terpinga-pinga. Wajahnya basah dibanjiri dengan air mata. Langkah dipercepatkan memasuki tandas wanita. Liya menangis sekuat hati.

            “Liya” panggil Zaiton. Sejak dari mula dia dan Lah memerhati apa yang berlaku. Lah berdiri di muka pintu tandas.

            “Ton!” Liya berpaling dan terus memeluk Zaiton seerat-eratnya. “Ton, aku dah jumpa dia. Aku dah jumpa dia.” Semakin kuat tangisan Liya. Ya Allah, terima kasih! Terima kasih kerana pertemukan aku dengan dia.

            Zaiton menggosok badan Liya perlahan-lahan. Dibiarkan saja Liya menangis. Anak mata Zaiton sempat mengerling ke arah Lah. Mereka berdua berbalas senyuman. Mereka berdua gembira kerana akhirnya pencarian Liya selama ini berakhir jua.

                                                **************************

            Usai melakukan solat sujud syukur, Liya duduk di atas tikar sejadah seraya mengangkat tangan untuk berdoa. “Ya Allah! Aku bersyukur kepada Mu kerana menemukan ku dengan insan yang aku cari selama ini. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui segala-galanya. Terima kasih, Ya Allah!”  Senyuman lebar mekar di wajah Liya. Baginya hari ini hari yang sangat gembira dalam hidupnya. Orang yang dinanti selama ini rupa-rupanya ada di depan mata. Peluang yang ada akan digunakan sebaik-baiknya.

            Setelah selesai berdoa, Liya membuka kain telekung  dan kemudian dilipat dan diletakkan dibirai katil. Telefon bimbit dicapai. “Tak sabarnya aku nak beritahu Suraya!” Liya ketawa sendirian seraya duduk di birai katil. Lantas no telefon Suraya didail, bunyi deringan membuatkan Liya tak sabar-sabar. Eh… mana pulak, Soraya ni!

            “Bueno!”

            “Kau ni tak habis-habis nak bueno bueno dengan aku. Tak reti-reti nak bagi salam?”

            “Quien le desea hablar? (siapa ni?)”

            Bibir diketap rapat. “Ini mesti baru ambil kelas bahasa Spanish kan! Soraya, kau cakaplah bahasa Jepun ke? Bahasa Jerman ke? Bahasa Korea ke? Aku kenal sangat dengan suara kau tu. “

            “De parte de quien? (Siapa call ni?)”

            Dahi ditepuk dengan kuat. Eee… suraya ni memang sengaja nak uji kesabaran aku. Tak nak mengaku. Okey! “ Quisiera hablar con Soraya (saya nak cakap dengan Soraya? Le atiende Liya (Ini Liya)”  Liya terus bercakap bahasa Spanish. Dia tahu jugaklah sikit-sikit.

            “Lo siento (saya minta maaf), numero equivocado (salah nombor).

            Air muka Liya sedikit demi sedikit berubah. Senyuman dah hilang entah ke mana. Darah mula mendidih  “ En el peligro se conoce el amigo (A friend in need is a friend indeed)”

            “Kenapa, Liya? Kau ada masalah ke?” tanya Soraya dengan nada gelisah. Itulah trademark mereka berlima. A friend in need is a friend indeed.

            “Boleh pulak cakap bahasa melayu.” Liya ketawa.

            “Hish… suka buat orang risau. Ingatkan apa tadi. Eh, bila pandai cakap Spanish ni?” tanya Soraya. Terkejut jugak bila tiba-tiba Liya bercakap Spanish. Aku sengaja nak usik tadi.

            “Tengok oranglah!”

            “Aku ingatkan kau pandai cakap bahasa lembu dengan kambing. Maklumlah, sekarang ni kawan baik lembu dengan kambing. Kita kat sini dilupakan macam tu jer.” Nada suara kedengaran merajuk.

            “Jangan nak buat drama! Hello! Dalam sebelum 4 atau 5 kali aku call kau, nak harapkan kau call aku …. Hmm…. Jangan haraplah.”

            “Ewah… Ewah….. Sedapnya mulut kau bercakap. Aku call tapi kau suruh aku call lain kali. Sibuklah! Meetinglah! Macam-macam! Dah jadi businesswoman berjaya… dua puluh empat jam sibuk kan! Kita suruh dia datang sini pun dah tak nak. Siapalah kita jika nak bandingkan dengan lembu dan kerbau dia.” bebel Soraya.

            “Kau suka buat aku rasa bersalah. Tengoklah nanti macam mana, ada free time nanti aku terus fly jumpa kau kat Australia.”

            “Yelah tu! Aku jugak nanti yang pergi jumpa kau kat Malaysia.” Perli Soraya.

            “Suraya! Guess what? Aku dah jumpa.” Beritahu Liya. Disebabkan hal tadi aku terus terlupa nak cakap tujuan sebenar aku call Soraya. Ada berita baik yang nak dikongsikan bersama.

            “Jumpa siapa?” Dahi Soraya berkerut.

            “My savior!”

            “What! Really?”

            “Ya. Aku dah jumpa dia, Soraya!”

            “Siapa? Nama apa? Jumpa kat mana?” soal Soraya bertubi-tubi ingin tahu.

            “Sabar! Biar aku cerita dulu.”

            “Okey!Kau cerita, aku dengar!”

            Liya mula bercerita dari mula hingga habis. Dicerita satu persatu tentang lelaki bernama Adli. Senyuman tak lekang di bibir Liya. Dia mahu berkongsi berita ini dengan Soraya.

            “Tak sangka kan, rupa-rupanya Adli tu bestffriend abang kau. Kecil betul dunia ni kan! Handsome tak? Lebih handsome dari abang aku ke?” tanya Soraya ingin tahu.

            “Kau kan dah jumpa dia?”

            “Memang aku jumpa dia … Tapi time tu chaos, kau dalam emergency room. Kritikal pulak tu. Aku tak ada masa nak tengok muka dia.” Soraya mengingati semula kejadian malam itu. Memang jelas sekali. Kebetulan waktu itu, aku dan keluarga baru  melangkah masuk ke Sydney Airport nak pergi melawat Jalil yang accident di New Zeland. Mujurlah Jalil cedera ringan saja. Panggilan yang diterima membuatkan aku jatuh terduduk di atas lantai. Tak percaya dengan berita yang baru disampaikan tadi.

            “Ya tak ya kan! Aku seorang ja yang terselamat.” Nada suara Liya yang ceria tadi berubah sayu.

            Soraya tersedar. “Aaaa……family kau dah tahu pasal Adli tu?” Suraya menukar topic perbualan.

            “Belum! Hanya kau, Lah dan Zaiton yang tahu.”

            “Why?”

            “Nantilah aku beritahu. Aaa…. So, mak aku panggil la. Esok aku call kau yer. Assalammualaikum” kata Liya sebelum mematikan panggilan itu. Dia merenung kosong telefon bimbitnya. Wajah Karen, Zetty dan Yana mula muncul. Kedengaran suara mereka bertiga menjerit. Jelas sangat jelas! Peristiwa 7 tahun yang lalu mula menghantui dirinya. Flashback malam itu membuatkan Liya jatuh terjelepok ke bawah. Kaki menjadi lemah, tiada tenaga untuk bangun manakala Jantung berdegup kencang. Dada berasa pedih secara tiba-tiba. Nafas dah mula turun naik.  Badan dah mula berpeluh. Kedua-dua telinga ditekup agar tidak mendengar jeritan mereka . “No! No!” Liya cuba melawan perasaannya.. Air mata merembes keluar membasahi wajah di saat mengenangkan detik-detik cemas semasa kemalangan itu. Semakin sejuk kaki dan tangan Liya. Tiba-tiba dia teringat pesanan Dr. Hani yang merawatnya. Banyakkan beristigahfar dan berfikir. Insya Allah, semuanya akan dipermudahkan! Bibir Liya terkumit-kumit beristigfar dan berfikir. Beberapa minit kemudian, perasaan Liya mula tenang. Dada digosok perlahan-lahan. Air mata dilap dengan lengan baju t-shirt yang dipakai. Sempat lagi Liya mengerling ke arah pintu, bimbang jika mak dan ayah terdengar. Dengan perlahan-lahan Liya bangun dan berjalan menuju ke tandas dalam biliknya. Niat untuk berwuduk dan kemudian menunaikan solat Isya yang masih belum disempurnakan.  


                      

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...