Friday, July 22, 2016

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku Bab 13

BAB 13

Kepala dijengulkan sedikit keluar di muka pintu. Setiap gerak geri Liya diperhatikan dan dianalisa satu persatu. Dahi Hazri sedikit berkerut. Sejak kebelakangan ini dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena pada kembarnya. Liya nampak lain. Selepas kemalangan Liya disahkan menghidap PTSD atau lebih dikenali sebagai Post-Traumatic Stress Disoder. Liya lebih suka mendiamkan diri dan mengasingkan diri dari orang ramai. Teringat pula kata Dr. Hani beberapa tahun yang lalu, ada sesuatu yang dipendam oleh Liya sehinggalah sekarang. Selagi Liya tak luahkan, selagi itulah Liya tidak dapat menangani trauma ini.

Beberapa tahun yang lalu ….

Hazri meraup wajah beberapa kali. Mata masih tidak lepas memandang Liya yang masih terlantar tidak sedarkan diri di katil. Sayu hatinya melihat keadaan Liya, tubuh Liya dipenuhi dengan wayar. Sudah beberapa bulan Liya tidak sedarkan diri. Hazri sangat rindu nak dengar suara Liya ketawa. Dah lama tak bergaduh dengan Liya, maklumlah gaduh style adik-beradik. Gaduh mengusik! Tanpa Liya, jiwa aku kosong . Setiap saat aku tak henti-henti berdoa agar Liya cepat sedar, tak sanggup  aku lihat Liya begini. Kaku terlantar di atas katil. Malah Dr. Edward ada beritahu untuk bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan. Hampir luruh jatuh aku dibuatnya. Tak dapat bayangkan hidup aku tanpa Liya. Kami sentiasa bersama dan kami kongsi segala-galanya. Hazri bangun dari sofa dan mendekati Liya. Dia melabuhkan punggung di kerusi di sebelah katil Liya. Tangan kiri Liya digenggam lembut.

“Please, Liya! Wake up! I need you. Kita pernah berjanji kan, akan sentiasa bersama. Walauapa yang terjadi kita akan bersama, don’t leave me alone! I need you, Liya.” Bibir Hazri bergetar. Dia cuba menahan sebak namun gagal. Dia tak bayangkan jika Liya benar-benar tinggalkan dirinya. Dunianya pasti gelap gelita.

“Look! I’m here for you. Disebabkan Liya, abang sanggup extend satu semester demi Liya. Bangunlah, Liya. Kasihan kat mak ayah! Please! Liya!” Tangisan Hazri semakin kuat. Dia tak kuat lagi. Tangan Leya diletakkan di pipi malah gengaman semakin erat. Kepala ditundukkan sedikit. Aku takkan lepaskan Liya. Takkan!

“Aaaaa… Abang…..”

Hazri terkejut dan terus bangun. Dia memandang wajah Liya yang dibalut. Kelopak mata Liya sedikit terbuka.

“Aaaa… Abang!” tutur Liya dengan nada suara cukup perlahan.

“Liya dah sedar! Syukur alhamdulilah …..” Hazri tersenyum. Dia gembira mendengar suara Liya. Kalau mak ayah tahu, pasti depa gembira.

“Kaa…. Karen! Ya..Yana! Zeeee… Zetty!” Walaupun sukar untuk bercakap, Liya tetap juga bercakap. Dia ingat apa yang berlaku. Setiap detik tak mungkin dia lupa.

Hazri terkejut dengan soalan Liya. Ini bukan waktu yang sesuai. Belum masanya Liya tahu. Hazri tak berani bertentang mata dengan Liya. “Shish…. Jangan cakap banyak, Liya tak sihat lagi. Rehat dulu. Abang panggilkan doktor!” Hazri cuba mengelak.

“Aaaa Are they …..” Kelopak mata kiri Liya mula berair. Dia faham di sebalik reaksi Hazri.

“Liya! Please!” Hazri cuba tenangkan dia. Emosi Liya masih tak stabil. Berita kematian Karen, Yana dan Zetty akan memudaratkan lagi kesihatan Liya. Mereka bertiga adalah orang penting dalam hidup Liya.

“No! No!” jerit Liya. Dia meraung menangis begitu kuat. Wajah Karen, Yana dan Zetty mula berlegar di ruang minda. Kenangan mereka mula-mula bertemu sehinggalah di saat kemalangan itu berlaku. Liya tidak dapat menerima hakikat.

Dengan pantas, Hazri menekan butang loceng. Beberapa saat kemudian, beberapa orang jururawat datang bersama Dr Edward. Dia menyuruh Hazri keluar agar mereka senang melakukan kerja mereka.

Hazri terus melangkah keluar. Wajah diraup beberapa kali dengan kasar. Hazri resah mendengar suara Liya menjerit. Luluh hati Hazri melihat apa yang terjadi tadi. Tanpa disedari Hazri menangis seraya badan tersandar di dinding.



“Tengok apa aaaaa……” tegur Haji Razali yang kebetulan baru melangkah masuk ke dapur. Dia hairan melihat anak terunanya yang sedang terhendap-hendap di pintu dapur.

“Ayah! Hish… nasib baik tak gugur jantung ni!” Dada diusap perlahan-lahan. Dia terkejut bila ada suara yang menegur dari belakang. Begitu asyik memerhatikan Liya yang sedang sidai pakaian di luar.

“Kalau gugur, ayah tangkap dan letak balik jantung Hazri tu.” Jawab Haji Razali yang diiring dengan ketawa.

“Ada-ada ja ayah ni!”

“Dari tadi ayah tengok hang asyik skodeng Liya, kenapa? Tak puas lagi ke tengok 24 jam kat rumah ni. Kalau nak skodeng pun, skodeng anak dara kampung ni! Boleh jadi bini!”

“Ke situ pulak! Ayah perasaan tak? Kebelakangan ni perangai Liya pelik. Asyik tersengih! Masak pun tersengih! Basuh pinggan pun tersengih! Bancuh air pun tersengih jugak. Ayah tak rasa pelik ka?”

“Hang tu yang pelik ayah tengok! Adik hang termenung, hang kalut! Adik hang sedih, hang kalut jugak. Ni tersengih pun, hang kalut. Habis tu hang nak adik hang jadi macam mana? Cuba habaq mai kat ayah!”

“Honestly, Hazri suka Liya gembira tapi gembira Liya semacam sikit. And then pulak Liya rapat dengan Adli, balik kerja mesti singgah kat pangkin tu dan berborak dengan Adli. Sebelum ni tak pernah pun macam tu, buat tak hairan saja. One more thing, dulu Hazri yang selalu panggil Adli makan tapi sekarang ni Liya sendiri volunteer diri nak panggil Adli. Ayah nampak tak? ” Adi beritahu apa yang bersarang di dalam hatinya selama ini. Dia nampak Liya dan Adli semakin rapat. Risau jugak! Kot-kot Liya terjatuh cinta kat Adli tu. Tak ke naya nanti!

“Ooooo….. Ayah dah faham. Ini mesti kes cemburu. Jealous sebab Liya rapat dengan Adli, betul tak? Biarlah. Cakap kosong saja. Takkanlah dengan kawab baik sendiri nak jelous. ”

“Susah betul cakap dengan ayah ni! Positif sangat!”  Kepala digeleng kepala beberapa kali.

“Suka hati hanglah. Ayah dah lambat, nak pi jumpa Tok Iman sat. Mak hang mana?” Haji Razali menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat isterinya. Tak ada. Kosong! Patutlah sunyi saja rumah ni!

“Pi rumah Mak Cik Senah, nak minta daun cenohom sebab mak nak masak asam pedas hari ni.” Beritahu Hazri. Mak ada beritahu sebelum keluar tadi.



“Elah… Tu alasan mak hang saja. Ingat ayah tak tahu tujuan mak hang pi sana. Nak gosiplah tu dengan Kak Senah! Suka sangat sibuk hal orang. Hazri, kenapa hang tercegat kat sini lagi? Eh … bukan ke kelas tuisyen start pukul 9.30 pagi?” Haji Razali cuba ingatkan. Dia sempat mengerling anak mata ke arah jam dinding di dapur. Dah pukul 9.10 pagi. Setiap hari Ahad, Hazri akan mengajar kelas tuisyen secara percuma untuk budak-budak kampung di sini yang akan menduduki SPM tahun. Dah dua tahun Hazri mengajar. Katanya nak berbakti kepada masyarakat di sini. Berkongsi ilmu yang dia ada.

“Alamak!” Hazri terkejut. Tangan kanan diangkat. Jam tangan jenama Casio direnung. Betullah dah pukul 9.10 pagi. Aduh! Aku tak prepare lagi apa aku nak ajar hari ni. Bergegas Hazri berlari meninggalkan ayahnya.

“Itulah suka sangat skodeng orang. Sapa yang susah!” bebel Haji Razali.

“Awat ayah ni pagi-pagi lagi dah membebel?” tegur Liya. Dia baru selesai sidai baju di luar.

“Sapa lagi…. Abang hang la! Liya, Ayah nak keluar jumpa tok iman. Bagitau mak hang! Aaa… mungkin ayah tak balik makan tengahhari, depa ada buat makan sikit-sikit kat sana.” Beritahu Haji Razali.

“Baik ayah!” Liya tersenyum. Dia berdiri di muka pintu seraya melambai ke arah ayahnya sehinggalah kereta Toyota Vios milik Haji Razali hilang dari pandangannya. 

                                    *********************

Hazri menutup buku dan tersenyum memandang lima belas orang pelajarnya yang akan menduduki SPM tak lama lagi. “ Jangan lupa buat kerja rumah yang saya bagi tu. Next week, saya nak tengok. Oklah! Kamu semua boleh balik sekarang tapi jangan melencong kot lain pulak. Terus balik rumah tau.” Pesan Hazri.

“Bangun! Terima kasih, cikgu!” Fuad selaku ketua kelas terus bangun dan diikuti beberapa orang pelajar lain.

“Sama-sama!” Hazri tersenyum. Pemadam papan hitam di ambil. Sekilas Hazri memandang ke arah pintu melihat pelajar-pelajarnya yang dah beransur pulang. Hazri kembali menyambung kerjanya. Papan hitam dipadam dengan bersih dan kemudian dia menyusun kerusi dan meja agar lebih teratur. Hazri melangkah keluar dan memastikan pintu berkunci. Tak nak pula kalau ada benda yang hilang. Lagipun dia dah bersyukur bila ketua kampung benarkan dia gunakan bangunan kecil yang terletak bersebelahan dengan masjid secara percuma.



Bag digalas di belakang. Enjin motor vespa dihidupakan. “Let’s go home, sayang!” kata Hazri sebelum memulas minyak. Perlahan-lahan motor vespa bergerak menuju ke pintu keluar masjid.

Tiba-tiba sebuah kereta Posche 911 berwarna merah berhenti betul-betul di hadapan pintu keluar masjid sehingga menyebabkan Hazri brek motor secara tiba-tiba. Nyaris-nyaris nak berlanggar. Hazri merenung kereta mewah itu. Masih tak bergerak.



“Amboi! Amboi! Aku tahulah kereta hang tu mahai tapi agak-agaklah nak parking depan pintu keluar masjid. Gunalah akai sikit.” Bebel Hazri. Dia sengaja menekan hon beberapa kali agar kereta mewah itu beredar dari situ.  Tetapi kereta mewah itu masih juga tidak bergerak. “Argh, memang nak kena ni! Saja nak cari pasai dengan aku. ” Hazri terus turun dari motor vespa dan bergerak menghampiri kereta itu. Tingkap diketuk. Disebabkan cermin kereta tinted terlalu gelap hingga menyukarkan Hazri melihat siapa pemandu kereta mewah itu. Hazri bergerak ke tempat pemandu dan sekali lagi cermin diketuk.

Akhirnya pintu kereta dibuka dengan kasar, seorang wanita yang memakai t-shirt merah tanpa lengan dan skirt pandek keluar seraya menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai. “Excuse me! Kalau pecah cermin kereta I, you ada duit nak bayar ke? Kereta I mahal tahu tak” marah wanita itu dek kerana cermin kereta diketuk.

Hazri merenung wanita itu. Bertambah mendidih darahnya sekarang ini.  “Argh… mahal ke tak? Saya peduli apa? Sekarang ni kereta mahal Cik ni dah halang saya nak keluar. Cik nampak tak cik  letak kereta cik  depan pintu masjid? Cik ada mata tak? Masa belajar memandu, tak belajar ke? Cik nak saya langgar kereta Cik ke?” Hazri sudah mula bengang.  Jari ditunjukkan ke arah pintu masuk masjid.

“What!” Tiba-tiba wanita itu ketawa melihat  vespa milik Hazri . “Motor you nak langgar kereta I? Come on, logiklah sikit. Motor buruk tu kalau langgar kereta I silap-silap motor you tu yang hancur berkecai.” Perli wanita itu.

Hazri mengetap bibir menahan geram. Rasa nak pecah gegendang telinga ni bila perempuan tu ketawa. Berani betul perempuan ni perli vespa kesayangan aku! Dia siapa nak kutuk vespa kesayangan aku! At least, vespa aku tu harta warisan keluarga aku. Sebelum sempat Hazri membuka mulut, perempuan itu terlebih dulu mencelah.

“By the way, you tahu tak rumah Shahrul Adli? Dia baru jer pindah.”

Hazri melihat wanita itu. kenapa dia tanya pasal Shahrul Adli? Dahi Hazri sedikit berkerut Siapa perempuan ni? Apa kaitan dia dengan Adli?

“Hello!  You dengar tak? Do you know him? I mean cousin I, Shahrul Adli. Opsss… sorry! I terlupa, you mesti tak faham I cakap apa kan! You orang kampung kan, mana tahu cakap English. “ perli Zalika.

Hazri mendengus kuat. Wah..Wah… Bisa betul mulut perempuan ni! Dah la masuk kampung orang! Tak sedar diri langsung. Anak mata Hazri terus membulat besar. Cousin! Takkanlah sassy cousin yang Adli selalu cakapkan tu! Mungkin dialah kot. Tak apa! Biar aku ajar kau dulu! Aku peduli apa kau ni sepupu Adli.  “Pensyarah UNIMAP yang baru pindah tu ka?” Hazri mula memancing umpan.

“Ya! Rumah dia kat mana? Puas I call, asyik masuk voicemail jer. ” Zalika tersenyum. Dia gembira. Jari ni dah nak tercabut asyik call Abang Adli, Itulah datang tak nak beritahu, kononnya nak surprise. Inilah padahnya. Yang aku tahu rumahnya area Mata Ayer.

“Oooo… Rumah dia jauh. Ada pen dan kertas tak?” Semakin lebar senyuman Hazri. Jauh? Sedangkan dekat jer! Tak sampai 5 minit pun. Tapi disebabkan perempuan ni kutuk motor aku, aku kena ajar dia sikit. Masuk kampung orang, beradablah sikit.

“Ada” jawab Zalika terus berlari dan mengambil kertas dan pen dalam perut kereta.

Pen dan kertas disambut dan Hazri mula melukis peta kononnya jalan itu ke rumah Adli. Hazri menahan diri dari ketawa. Nasib kaulah kau nak pergi mana!Sampai Thailand pun tak apa!  “Dah siap! Good luck!” Setelah selesai, Hazri memberi semula kertas dan pen milik wanita itu.

Zalika tersenyum melihat peta ke rumah Adli. Dia tak sabar nak jumpa Adli.

“Oh ya! Next time kalau nak masuk kampung orang, tutuplah aurat tu sikit. Jangan asyik nak jimat kain saja.” Sempat lagi Hazri perli. Dia menunjuk pakaian wanita itu begitu menjolokkan mata

Zalika mendengus. “Whatever! Kalau tak suka, jangan tengok.” Zalika terus masuk ke dalam perut kereta sebelum meluncur laju meninggalkan perkarangan masjid.

“Buruk betul perangai! Memang patut Adli panggil kau, sassy! Orang dah tolong bukannya nak ucap terima kasih, terus blah macam tu saja. But it’s okey, bukannya aku tolong pun. “ Adli tiba-tiba ketawa dengan kuat. Tak dapat bayangkan riak wajah perempuan tu bila sedar yang peta tu peta tipu. Nasib kaulah…. Hazri naik Vespa kesayangannya seraya bersiul. Hati rasa gembira hari ni, iyalah dapat kenakan orang.

Hazri menegur setiap orang kampung yang dia jumpa. Dia begitu ramah menegur mereka. Semua orang kampung dia kenal. Maklumlah hidup berjiran kenalah saling tegur-menegur. Tak semestinya jiran sebelah rumah saja kita kena ambil tahu. Dalam islam, konteks kejiranan  sangat penting kerana ia akan menjana satu kehidupan masyarakat yang aman dan harmoni. Disebabkan itulah Islam menekankan betapa pentingnya hidup berjiran dan ia bukan hanya perlu dipraktikkan untuk sesama masyarakat islam malah tak kira agama, bangsa, keturunan dan bahasa. Dengan ini, kita akan hidup bahagia dan gembira.

Hazri membelok kiri. Tak sabar pulang ke rumah. Terbau-bau masakan asam pedas mak! Semakin berbunyi perut ni. Anak mata dikecilkan sedikit agar apa yang dilihat sekarang ini nampak jelas. Bibir digigit rapat. “Hish…. Pantang aku tak ada saja, mulalah.” Bebel Hazri. Hon terus dibunyikan beberapa kali.

Hazri memberhentikan vespa di hadapan Liya dan Adli. “Buat apa?” sergah Hazri. Pandangan tajam ke arah mereka berdua. Ada bau curiga.

Liya menghadiahkan jelingan maut bila perbualan mereka berdua diganggu. Dalah hati, tak henti-henti menyumpah perangai Hazri. Langsung tak bagi aku pelung nak cakap dengan Adli, tup-tup dah tercongak kat sini. Argh… menyampah.

“Kau ni agak-agaklah. Boleh pekak telinga kami dengar hon kau ni!” Kepala Adli digeleng beberapa kali seraya tersenyum. Dia masih memegang mangkuk yang berisi asam pedas ikan pari.

“Jangan nak tukar topic! Pasai pa kau sembang berdua dengan adik aku ni? Jangan-jangan kau dengan adik aku dah declare jadi couple belakang aku.” Teka Hazri. Dia dapat rasakan ada sejenis aura antara mereka berdua. Aura cinta ke? Aaaa… jangan buat pasai! Sekejap wajah Liya dipandang dan sekejap pula wajah Adli dipandang.

Liya terkejut. Muka bertukar merah kerana malu. Pandangan Liya dan Adli bertaut.  Segera Liya memandang ke arah lain dan dengupan jantung membuatkan Liya tak keruan. Dia terus menampar belakang Hazri dengan cara ini Hazri takkan syak sesuatu.  “Hish….. jangan abang nak merepek! Suka cakap yang bukan-bukan. Tak benda lain ke nak fikir? Malas nak layan! Huh….” Dengan pantas Liya berjalan laju menuju ke rumah sebelum proses soal jawab berlanjutan.

“Tengok tu! Tak habis cakap lagi dah blah…. Eee……” Adli masih rasa tak puas hati melihat Liya sudah masuk ke dalam rumah.

“Ni ha …. Mak kau suruh adik kau bagi asam pedas ni kat aku. “ Hazri menunjukkan mangkuk yang dipegang tadi “Kenapa dengan kau ni, Adli  ? Masa on the way, kepala kau ada terhantuk kat mana-mana tak? Iyelah, lain macam aku tengok kau ni. Sihat ke tak?“ gurau Adli. Dah masak dengan perangai Hazri sejak tinggal di sini. Jangan haraplah aku boleh borak dengan Liya. Langsung tak bagi aku rapat dengan Liya, kononnya aku cuba nak pikat Liya. Eeee… macam mana boleh fikir sampai ke situ pulak? Hazri …. Oooo…. Hazri oiii…. Lawak pun ada jugak.

“Aku sihat la. “ jawab Hazri acuh tak acuh. Sedikit Hazri menarik nafas lega, kurang sikit bebanan kat dada ni.  “Tapi ….. “

“Tak habis lagi?” keluh Adli.

“Tak….. Kau cakap apa dengan adik aku?”

“Ucap terima kasih and then aku tanya pasal harga seekor lembu sekarang ni berapa.”

“For what?”

“Aku ingat nak buat kenduri arwah kat mak aku.”

“Ooooo…. Kalau macam tu kau tanya saja aku, aku tahu. Harga kambing! Harga kerbau! Harga kuda! Semua aku tahu. Kalau kau nak, aku uruskan semua. ”

“Eee…. Teruk betul perangai kau! Macamlah aku tak tahu niat kau! Cemburu tak bertempat. Baik kau balik!” arah Adli. Dia sudah malas nak layan perangai Hazri. Adli menanggalkan seliper jepun sebaik saja melangkah masuk. Langkah terhenti bila nama dipanggil. Adli menoleh.

“Tadi aku call kau, tak dapat! Masuk voicemail pulak tu. Battery habis ke?” Tiba-tiba Hazri teringat sepupu Adli.

Adli terkejut dan menepuk tahu secara tiba-tiba. “Alamak aku tertinggal phone kat ofis. Tak apalah, esok aku pergi ambil. ”

“Ya ka? Tak per ke? Kot-kot la ada orang call nanti.”

“Ala … Tak ada siapa nak call aku hujung minggu ni. Aku kan sebatang kara.” Jawab Adli dengan sengaja membuat mimic muka sedih.

Hazri melepaskan keluhan dengan perlahan. Rasa kasihan pulak. Nasib kaulah, Sassy girl! Kalau sesat tu, pandai-pandailah kau cari jalan pulang. Alah negeri Perlis ni kecik saja. Kona kanan kona kiri sampailah.  GSP ada. Cara Adli cakap macam tak tahu saja cousin sassy dia datang, argh biarlah. Bukan masalah aku pun. Hazri tersenyum secara tiba-tiba. “ Pandai betul kau susan ayat! Tengok hati aku dah cair. Kalau macam tu aku teman kau makan.”

“Wo… Woooo… Stop right there! Ini asam pedas aku punya seorang. Kalau kau nak, kau balik makan kat rumah kau. Aku nak makan seorang, tak nak share. “ tegas Hazri. Pintu besi pagar terus ditutup malah dikunci.



“Eee….. kedekut nak mampus!” Hazri ketawa kecil.

“Memang pun ….” Adli turut sama ketawa. Dia sendiri rasa lucu dengan perbuatannya.


“Aku cou dulu!” Vespa Hazri mula bergerak menuju ke garaj. Bau masak asam pedas dah meresap masuk ke dalam rongga hidup. Tak sabar rasanya nak makan.  Vespa Hazri dipakir di sebelah motor Liya.  Langkah laju menerjah masuk ke dalam rumah.

Monday, July 18, 2016

Foto Cinta Bab 1

Bab 1


            Senyuman terukir di bibir mungil milik JJ. Gelagat kanak-kanak berusia sepuluh tahun bersama datuknya menarik perhatiannya sejak bersarapan pagi di hotel.  Kelihatan rapat dan mesra.  Dia begitu sabar melayan kerenah cucunya yang nakal.



            Lensa kamera dihala ke arah mereka berdua. JJ menangkap gambar mereka berdua tanpa disedari. Dia suka melihatnya. Memori seperti patut ditangkap. “Bertuah kalau dapat datuk penyayang seperti ni.” Puji JJ seraya melihat datuk budak itu membuang biji tembikai sebelum diberi pada cucunya. Dia tersenyum. Beberapa saat kemudian, senyuman JJ mati. “Tak semua datuk sebaik ni.” Sinis suara JJ. Tiba-tiba dia teringat datuknya.

Enam belas tahun yang lalu …..


            “Kau dengan emak kau memang bawa sial dalam keluarga aku.” Jerkah Tan Sri Isa.

            JJ yang berusia sepuluh tahun ketika itu menangis teresak-esak bila dijerkah seperti itu. Dia memeluk erat teddy bear berwarna putih itu. Dia begitu takut dengan lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ini

            “Abah! Tak baik cakap macam tu.” Jeffery terus mendukung JJ. Dia mengesat  sisa-sisa air mata JJ. “Don’t cry! Uncle ada. Sayang, jangan menangis yer.” Pujuk Jeffery.

            “Jeff!” tegah Tan Sri Isa melihat anak bongsunya memujuk budak kecil itu. Hatinya rasa panas. Dia tak suka Jeffery rapat dengan budak sial itu.

            “Abah! Kalau pun abah bencikan abang Musa dan kak Aton, Jasmin tak bersalah. Abah tak kasihan ke kat Jasmin? Cukuplah, abah! Abang Musa dan Kak Aton pun dah tak ada.  Siapa nak jaga Jasmin selain kita. Kita darah daging dia. Satu-satunya saudara terdekat dia ada.” Nasihat Jeffery. Walaupun masa dah berlalu, benci abah pada Abang Musa dan Kak Aton tak pernah padam. Abang Musa sanggup tinggalkan segala-galanya demi Kak Aton. Maklumlah, Kak Aton bukan calon menantu pilihan abah. Hanya orang biasa dan seorang pelukis jalanan. Kemalangan jalan raya dua hari lalu meragut nyawa mereka berdua. Mujurlah JJ tak ada sama dalam kereta tu.

            “Budak sial ni bukan cucu aku. Dia tak ada apa-apa hubungan dengan keluarga kita. Aku tak nak tengok muka dia. Sakitkan hati aku saja. Sejak abang kamu keluar dari rumah ni, aku hanya ada seorang anak saja … Kamu,Jeff!” marah Tan Sri Isa. Dia tak sangka Musa memilih pelukis jalanan itu. Hatinya hancur lebur.

            “Abah!” Kepala Jeffry digeleng pantas.

            “Aku dah bagi macam-macam kat dia. Segala kemahuan dia , aku ikut tapi dia pilih perempuan tu dari aku. Aku ni bapak dia. Aku besarkan dia. Tapi dia tetap pilih perempuan yang dia tak tahu asal usul jadi isteri dia. Apa kekurangan Rosa, hah? Anak Tan Sri Jalani. Anak orang berada. Educated!  Cantik! Aku pilih perempuan yang setaraf dengan kita tetapi dia tetap nakkan perempuan tu. “ Tan Sri Isa mengungkit kisah lalu.

            “Itu namanya jodoh, abah!”

            “Argh! Jodoh ke bodoh! “ Tiba-tiba jari ditunjukkan ke arah JJ. Renungan tajam masih pada JJ. “Budak tu bukan cucu aku. Hantar dia ke rumah anak-anak yatim. Biar dia tinggal kat situ. Aku tak nak tengok muka dia lagi. Aku tak nak dia bawa sial dalam family ni.”

            “Abah!” jerkah Jeffry secara tiba-tiba.  Dia tak tahan sabar lagi. Tak habis-habis dengan perkataan sial. Percaya sangat benda karut tu. Orang dah tak ada, patutnya ada rasa simpati. Ini tak, semakin tebal benci. Dia menoleh ke arah Jasmin yang masih menangis di bahunya. Walaupun masih kecil, dah tentu Jasmin faham apa yang berlaku sekarang ni. Dia tak sangka sekejam itu hati ayahnya. “Kalau abah tak nak jaga Jasmin, biar Jeff yang jaga.” Jeffry terus meninggalkan Tan Sri Isa.

            “Jeff!” jerit Tan Sri Isa.

            Lamunan JJ terhenti sebaik saja bunyi telefon bimbit mengganggunya. JJ tersenyum.

            “Sweetie! Kau pergi mana? Puas aku call.”

            “Hish…. Tak reti bagi salam ke?”

            “Assalammualaikum, Cik Jasmin Junaidah.” Ucap Nana.

            “Waalaikumussalam, Cik Nana! Aaa… ada apa?” Kamera Nikon diletakkan di atas meja.

            “Ada apa kau tanya aku!” Suara Nana separuh tinggi. Ada perkara yang dia ingin tahu tentang teman serumahnya. Kedatangan lelaki ke rumah mereka minggu lepas benar-benar menimbulkan tanda soal. “Kau tahu tak dari minggu lepas aku call. Asyik tak dapat saja.”

            “Nana! Kau tahu kan tempat yang aku pergi tu dalam hutan. Kawasaan pendalaman pulak tu. Mana ada line phone! Aaa.. Kenapa ni? Ini baru saja aku stay kat hotel di Ho Chi Minh city. Kalau kau nak tahu aku balik bila, flight tiket aku esok pagi.  Aku balik sendiri, kau tak payah datang ambil aku.”  Beritahu JJ. Dia tahu Nana pasti penat. Maklumlah kerja nurse mesti shift tak ikut waktu. Kadang-kadang tu terpaksa standby.

            “Itu aku tak nak tahu. Yang aku nak tahu siapa Tan Sri Isa?” tanya Nana tanpa berselindung. Setahu aku la, JJ anak yatim piatu. Dah tak ada saudara mara. Tapi kenapa tiba-tiba lelaki yang datang hari tu cakap dia lawyer Tan Sri Isa, datuk JJ. Sepanjang enam tahun aku kenal JJ, tak pernah pun dia sebut yang dia ada datuk. Tan Sri pulak tu.

            JJ terdiam apabila nama Tan Sri Isa disebut. Badan kaku secara tiba-tiba. Dah lama aku tak dengar nama tu.

            “Sweetie, are you listening?” soal Nana bila suasana sunyi sepi.

            “Dia nak apa?” tanya JJ. Kenapa tiba-tiba cari aku selepas enam belas tahun? Apa dia nak? Bukan ke dia dah buang aku jauh dari hidup dia? Apa dia nak lagi? Argh ….Why should I care!

            “Jadi betullah kau ada datuk! Kenapa kau tak pernah citer kat aku?”

            Bibir digigit rapat. Kalau boleh aku tak nak ingat kisah silam aku dengan Tan Sri Isa. Tapi macamlah aku tak kenal perangai Nana macam mana … kalau tak dapat apa dia nak jangan haraplah hidup aku senang selepas ni. Nak tak nak kena cerita jugak. “Long story, okey! Lagipun aku punya kisah nak sama dengan kau tapi  version lain sikit dari kau. Balik nanti aku citer. Apa dia nak?”

            “Datuk kau tak datang tapi lawyer datuk kau yang datang. Nama dia …. Zakaria. Dia nak cakap dengan kau.”

            Dahi JJ sedikit berkerut. Berfikir. Macam pernah dengar! Ingat- ingat lupa pulak. “About what?”

            “Tak tahu. Aku tanya tapi dia tak nak cakap. Dia nak tahu kau kat mana.”

            “So kau beritahu ….”

            “Of course tak la … Hello! Aku baru kenal dia, takkan nak beritahu. Tapi dia ada tinggalkan name card dia, dia nak kau call dia bila dah balik sini.” Beritahu Nana. Dia melihat kad nama yang ada di tangannya. “ Sweetie, aku nak kena pergi ni. Shift aku dah sampai. Aku tunggu kau balik esok. Rasanya aku nak kena cuti jugak. Tak sabar nak dengar story kau! Bye.” Kata Nana sebelum menamatkan panggilan mereka berdua.

            “Macamlah story aku best sangat. Ada-ada saja kau ni, Nana!” Kepala digeleng beberapa kali. Tiba-tiba air muka JJ berubah serius. Kenapa tiba-tiba cari aku sekarang ni? Apa dia nak dari aku? Kalau nak cari aku semata-mata nak cakap aku ni bawa sial kat family dia … baik tak payah! Aku pun tak ingin nak ada kena mengena dengan Tan Sri Isa. Apa-apa aku tak nak! Walaupun aku sebatang kara tapi alhamdulilah aku gembira.  Susah senang aku seorang tanggung. Aku tak perlukan sesiapa pun.  Dia masih ingat kata-kata Tan Sri Isa terhadapnya lebih-lebih kat arwah ibu bapanya. Sial! Memang itu perkataan dia selalu lemparkan kat aku dan arwah ibu. Di mata dia, kami ni hina dan jijik maklumlah tak setaraf dengan keluarga dia. Aku takkan lupa renungan lelaki itu setiap kali pandang aku. Aku dapat rasakan kebencian dia.  Terlalu benci! Tangan kanan digenggam erat. Kata-kata itu bermain-main di telinganya.

            “Excuse me!”

            JJ berpaling bila ada suara menegur. Siapa pulak mamat ni?  JJ memandang lelaki itu dari atas hingga bawah.



            “Do you remember me?” tanya lelaki itu.

            Bibir digigit rapat. Siapa? Aku kenal ke? Argh …. Malas nak layan! “Get lost!”

            Lelaki itu terkejut dan terdiam beberapa saat. “Actually ….”

            “Get lost!” Kali ini suara JJ lebih kuat dari tadi. Dia tak nak diganggu.

            “But …..”

            Tiba-tiba JJ bangun dan terus meninggalkan lelaki itu. Dia jeling kat lelaki itu. Aku peduli apa! Aku tak kenal kau pun. Dia tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun. Langkah diatur pantas menuju ke biliknya.
           
                                                ****************************

Dua bulan kemudian …….

            Zakaria datang menghampiri Tan Sri Isa yang sedang menanti kedatangan dia. Yang pasti Tan Sri Mahmood nak tahu progress.

            “Duduk, Zakaria!” pelawa Tan Sri Isa.

            “Terima kasih, Uncle!” Zakaria duduk.

            “Kau dah jumpa budak tu?”

            “Jasmin, Uncle!” Zakaria tahu Tan Sri Isa sengaja tak menyebut naka cucu tunggalnya. Sebenarnya dia sendiri terkejut bila Tan Sri Isa suruh dia cari Jasmin selepas enam belas tahun. Sebelum ni jangan haraplah … sebut nama pun dah melenting.

            “Jumpa tak?”

            “Tak, Uncle!”

            “Apa!”

            “Roomate dia cakap, Jasmin dah pindah selepas dapat tahu kedatangan saya hari tu.” Beritahu Zakaria. Agaknya Jasmin tak nak ada apa-apa kaitan dengan Tan Sri Isa.

            Air muka Tan Sri Isa terus berubah.

            “Selepas tamat boarding school, Jasmin terus berpindah  ke New Zealand. Duit yang selalu saya masukkan dalam akaun bank Jasmin tak pernah disentuh selama ini. Kemudian dia sambung belajar di university sana. Ada degree dan master dalam business. Habis saja study, dia jadi humanitarian photographer. Sebab itu dia jarang ada di rumah. Dia banyak travel merata tempat. Kadang-kadang tu dua tiga bulan baru dia balik. Selain itu, dia juga melukis. Boleh dikatakan dia pelukis terkenal di sana. Ada gallery kat Auckland. Hasil jualan lukisannya diderma pada badan-badan NGO.”



            Tan Sri Isa masih mendiamkan diri.

            “Ini gambar Jasmin”  Zakaria meletakkan sekeping gambar di atas meja yang berdekatan dengan Tan Sri Isa. “Uncle, boleh saya tahu kenapa Uncle suruh saya cari Jasmin?” tanya Zakaria sekali lagi. Dia ingin tahu.

            “Zakaria! Uncle dah cakap kan ini arahan. Buat saja! Uncle nak kamu bawa dia balik Malaysia.” Tegas Tan Sri Isa.

            “Uncle kena faham! Kalau Jasmin tanya, apa saya nak jawab. Selama enam belas tahun ni, Uncle tak pernah ambil tahu langsung pasal Jasmin but now …. Uncle nak saya bawa Jasmin balik ni. Jasmin nak ke, Uncle? Tengok sekarang ni, dia hilang tanpa dikesan.”

            “Dia nak ke tak nak ke? Kamu heret dia balik sini. Kamu upah PI, suruh diorang cari dia sampai dapat. Ini arahan Uncle, Zakaria. Uncle tak nak lagi kamu tanya soalan ni. Dan Uncle ingatkan sekali lagi, jangan beritahu Ikwan pasal hal ini. Uncle tak nak dia tahu lagi.” Tan Sri Isa terus bangun dan meninggalkan Zakaria.


            Zakaria mengeluh. Kepala digeleng beberapa kali. “Degil betul! Aduh…. Macam-macam hal!” Zakaria terus bangun. Sekilas ekor mata bergerak melihat gambar Jasmin! Zakaria tersenyum. Dah besar pun anak Musa. Cantik orangnya. Yang penting hati dia baik. Sanggup menolong orang susah. Pasti kau bangga Musa.

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...