Bab 19
Fuad
mendenguk air Nescafe yang dipesan sebentar tadi. Dia baru saja balik dari
menunaikan umrah beberapa hari yang lalu. Semalam dia terkejut apabila menerima
panggilan dari anak bekas majikannya, Zahari. Kata Zahari, ada perkara penting
yang ingin ditanya. Tak sesuai berbual di dalam telefon. Mengenai hal pejabat
ke? Penting ke? Zahari berjanji untuk berjumpa di Restoran Makanan Thai di
Kuala Perlis. Sesekali Fuad melihat jam
tangan miliknya. Dah 3.10 petang ni. Mana Zahari ni?
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam.”
Fuad menjawab salam dan bingkas bangun. Dia memusingkan badan. Dia tersenyum
melihat Zahari yang sedang berjalan mendekati dirinya. Fuad membetulkan cermin
mata. Siapa tu?Siapa yang mengekori Zahari dari belakang. Fuad mengamati wajah
lelaki itu. Bulat anak matanya.
“Dato’ Kadir!”
Akhirnya nama itu tercetus di bibir Fuad. Bibirnya terketar-ketar. Tubuhnya
menjadi sejuk secara tiba-tiba. Wajahnya turut sama pucat. Apa….Apa ..dia buat
di sini? Kenapa dia datang bersama Zahari? Fuad mula gelisah. Pelbagai soalan
mula timbul di fikirannya.
“Uncle, apa
khabar?” Zahari menghulur tangan untuk bersalam. Dia tersenyum.
“Sihat
alhamdulilah. Dah lama kita tak jumpa ye.” Jawab Fuad. Dia cuba berlagak
seperti biasa. Senyuman terukir di bibirnya. Dia menyembunyikan kegelisahan
yang sedang bergelora di hati.
Pandangan
dialih kea rah Dato’ Syed Mohd Kadir. Tiba-tiba Fuad kaku seketika.
Wajah Dato’ Syed Mohd Kadir serius. Tiada
secalit senyuman. Jantungnya mula berdegup
kencang. Adakah dia sudah tahu segala-galanya? Fuad mula takut.
Dato’
Syed Mohd Kadir merenung Fuad. Dia menggenggam erat tangannya. Jika diikutkan
hati, mahu saja aku belasah lelaki ni. Tetapi Zahari menyuruh aku bersabar.
Kata Zahari, kita perlu selidik dulu apa yang berlaku. Mungkin ada sesuatu yang
telah berlaku. Tetapi berani dia menipu
aku selama ini? Tetapi kenapa? Dia cuba membendung kemarahannya.
“Apa
khabar, Dato?” soal Fuad. Dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya. Jantungnya
masih berdegup kencang.
Dato’
Syed Mohd Kadir terus duduk tanpa mempedulikan soalan Fuad.
Wajah
Fuad pucat. Dia mula takut. Takut tentang kebenaran yang disimpannya selama
ini. Adakah mereka sudah tahu
segala-galanya? Tiba-tiba seluruh badan mengeletar.
“Uncle,
apa khabar?” soal Dr. Nazri secara tiba-tiba. Dia tersenyum sambil menghulurkan
tangan untuk bersalam. Dia cuba untuk menenangkan keadaaan yang sedang tegang
sekarang ini. Zahari menyuruh dia turut sama menemani mereka berdua ke Perlis.
Zahari bimbang jika Uncle Kadir diserang penyakit jantung sekali lagi.
“Baik.
Alhamdulilah. Makin handsome.” Faud menyambut tangan Dr. Nazri yang dihulurkan
kepadanya.
“Jemput
duduk! Uncle, dah minum ke?” soal Zahari. Dia terus duduk. Diekori Zahari dan
Fuad.
“Aaa…belum.”
Fuad menundukkan kepala. Dia merenung meja seketika. Dia menggenggam erat
tangan. Aku perlu kuat. Aku perlu berterus-terang. Semua ini salah aku. Pasti
mereka sudah tahu segala-galanya. Apa yang aku telah lakukan, aku mesti berani
mengaku.. Mungkin kedatangan mereka berjumpa aku hanyalah untuk mendengar
kebenaran dari aku.
“Kita
order air dulu ye ….. Uncle Fuad, nak minum apa?” soal Zahari.
“Sebenarnya
Uncle tahu tujuan sebenar kedatangan Zahari berjumpa Uncle hari ini.” Nada
suara Fuad perlahan. Walaupun sukar untuk menyatakannya namun aku harus
berterus-terang tentang apa yang berlaku selama ini. Beban yang disimpan selama
ini harus diluahkan juga.
Zahari
dan Dr. Nazri terkejut.
“Bagus
kau dah tahu! Tak payah aku nak soal kau. Kenapa Fuad? Kenapa kau tipu aku
selama ini? Kenapa kau buat aku begini? Apa salah aku pada kau? Kau tipu aku?
Kau kata Munirah tak pernah mengeluarkan duit sesen pun. Tapi …..ni, buktinya.”
Dato’ Syed Mohd Kadir melemparkan fail yang mengandungi rekod setiap duit yang
dikeluarkan oleh Munirah. Suara Dato’ Syed Mohd Kadir yang kuat mengejutkan
pelanggan yang sedang menjamu selera di situ.
Fuad
terkejut.
“Uncle!”
Dr Nazri memegang tangan Dato’ Syed Mohd Kadir agar cuba bertenang.
“Saya
minta maaf, Dato’. Saya tak ada niat untuk menipu Dato’”
“Tak
ada niat!” nada suara Dato Syed Mohd Kadir separuh meninggi. Dia cuba mengawal
api kemarahannya. “Tapi kau buat juga kan! Hidup aku hancur kerana kau. Apa
yang kau nak sebenarnya dari aku? Duit yang aku beri tu tak cukup lagi ke?
Kalau tak cukup, aku boleh beri. Kau cakap saja berapa yang kau mahu.” Matanya
tepat merenung lelaki yang sebaya dengan dirinya. Aku percayakan dia. Tak
sangka dia sanggup menipu aku.
“Saya
benar-benar minta maaf, Dato’. Saya kesal. Apa yang berlaku memang salah saya.
Waktu itu, saya benar-benar memerlukan duit untuk membayar kos pembedahan
isteri saya.” Fuad mengerutkan dahinya. Jika dia diberi pilihan lain, tak
mungkin dia melakukan perbuatan terkutuk ni. Dia benar-benar tiada pilihan. Dia
perlu menyelamatkan isterinya.
Air
muka Dato’ Syed Mohd Kadir berubah. Terbit perasaan simpati pada Fuad.
Jelas
terpancar kekesalan di wajah Fuad. “Tetapi Zahari tak faham, apa yang uncle
dapat jika menipu Uncle Kadir?” soal Zahari secara tiba-tiba. Dia musykil.
“Sebenarnya,
ini adalah plan Datin Kartika.”
“Apa!”
Dato’ Syed Mohd Kadir mengetap bibir. Kenapa Kartika turut sama terlibat dalam
hal ini?
Dr.
Nazri dan Zahari terkejut apabila nama Datin Kartika disebut.
“Datin
Kartika tahu yang Dato’ sedang cuba mengesan di mana Puan Munirah berada pada
waktu itu. Selepas Dato’ jumpa saya hari itu, Datin Kartika datang jumpa saya
pada hari itu juga. Dia sanggup membayar kos pembedahan dan rawatan isteri saya
jika saya bersetuju untuk membantunya. Pada mulanya, saya enggan tetapi …….
Datin Kartika tahu kisah silam saya dan mengugut saya. Saya tiada pilihan lain.
Saya minta maaf Dato” Fuad menjelaskan
segala-galanya. Fuad memandang tepat wajah Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Jadi,
dia suruh awak beritahu saya yang Munirah tak pernah keluarkan sesen pun wang!”
Dato’ Syed Mohd Kadir mula memahami apa yang berlaku.
“Datin
Kartika tahu yang itu saja jalan yang Dato’ ada untuk mencari Puan Munirah. Dia
tak mahu Dato’ kembali kepada Puan Munirah.” Beritahu Fuad.
Dato’
Syed Mohd Kadir menghentak tangan kanan di atas meja untuk melepaskan
kemarahannya.
Mereka
bertiga terkejut dengan reaksi Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Uncle.”
“Pada
waktu itu, awak ada beritahu pada Kartika di mana Munirah sebenarnya.” Soal
Dato’ Syed Mohd Kadir secara tiba-tiba. Dia kembali tenang. Kini dia sudah
dapat berfikir secara waras. Kenapa pula aku harus salahkan Fuad dalam hal ini?
Segala-galanya berpunca dari aku! Akulah punca semua ini. Akulah yang
beriya-iya ingin mengahwini Kartika. Akulah yang menghalau Munirah keluar dari
rumah tanpa belas kasihan. Mungkin inilah balasan untuk aku. Aku tak berhak
menyalahkan orang lain dalam hal ini.
“Ada,Dato!
Tetapi saya tipu Datin Kartika. Saya beritahu yang Puan Munirah berada di
Australia.” Beritahu Faud. Pada waktu
itu, dia sengaja menipu Datin Kartika. Dia bimbang jika terjadi sesuatu pada
Puan Munirah. Puan Munirah baik orangnya.
“Bagus.”
Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum puas.
“Dato’
….. Saya benar-benar minta maaf. Saya
sanggup buat apa sahaja untuk menebus kembali kesalahan saya.” Sekali lagi
perkataan maaf terbit di bibir Fuad. Dia tak mampu menghilangkan perasaan bersalah
yang bersarang di hatinya selama 25 tahun.
“Fuad!
Awak tak bersalah. Aku yang bersalah.
Aku puncanya. Saya silap. Silap memilih antara kaca dan permata. Saya minta
maaf Fuad.” Dato’ Syed Mohd Kadir
meminta maaf. Wajahnya sayu. Perasaan marahnya kini sudah hilang.
“Dato’
…..Saya yang bersalah. Dato’ tak perlu minta maaf pada saya. “
“Fuad,
saya maafkan awak. Awak tak bersalah pun. Awak hanya mangsa keadaan. Terima
kasih kerana awak berani berterus-terang dengan saya. Saya amat menghargainya.
Saya minta diri dulu. Ada lagi perkara yang perlu saya uruskan.” Dato’ Syed
Mohd Kadir bangun. Dia menepuk belakang Fuad perlahan-lahan sebelum berlalu
pergi. Aku mesti bersemuka dengan Kartika. Aku nak dengar segala-galanya dari
Kartika.
“Nazri,
kau dan Uncle balik dulu. Aku akan ikut kau balik kemudian. Aku ada hal dengan
Uncle Fuad.”
“Baiklah.”
Dr. Nazri bersalam dengan Fuad sebelum
mengekori Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Zahari,
Uncle minta maaf.” Fuad memegang erat tangan Zahari. Dia tahu dia telah
mengecewakan Zahari.
“Uncle!
Zahari faham keadaan Uncle …tetapi kenapa Uncle tak minta bantuan dari abah?”
soal Zahari. Abah pernah menceritakan keadaan keluarga Uncle Fuad. Miskin.Uncle
Fuad merupakan anak sulung dari 12 adik beradik.. Semuanya ditanggung oleh
Uncle Fuad seorang diri.
“Uncle
malu. Dah banyak kali arwah abah Zahari menolong Uncle. Uncle tak sampai hati
untuk meminta lagi. “ nada suara Fuad bergetar. Budi baik keluarga Zahari tak
akan dia lupa. “Lagipun pada waktu Datin Kartika tahu tentang masa silam Uncle,
Uncle tiada pilihan lain.”
Dahi
Zahari sedikit berkerut. Masa silam! “Uncle, jika Uncle tak keberatan …boleh
Uncle ceritakan pada Zahari?”
“Maksud
Zahari, masa silam Uncle?”
Zahari
hanya menganggukkan kepala.
“Uncle
pernah dimasukkan ke Pusat Serenti beberapa tahun. Ia berlaku sebelum Uncle
berkerja dengan arwah abah Zahari. Uncle malu. Uncle tak mahu sesiapa pun tahu
mengenainya sebab itulah ….Uncle terima tawaran Datin Kartika.”
“Uncle,
semua orang ada kisah silam masing-masing. Yang penting, kita harus menerima
kisah silam kita untuk menjadi sebahagian dari kehidupan kita. Sebenarnya
Uncle, Auntie Munirah sudah pulang ke Malaysia.”
“Puan
Munirah dah balik?” Fuad terkejut. Dia pernah berjumpa dengan wanita itu
beberapa kali sebelum wanita itu membawa diri ke Kota London.
‘Ya,
bersama anaknya Alina.”
“Alina
…..Jadi, Alina tu ……..” nada suara Fuad bergetar. Mungkinkah Alina …?
“Ya.
Anak Auntie munirah dan Uncle Kadir. Auntie Munirah rahsiakannya selama ini”
Fuad
terpana. Ya, Allah! Apa aku dah buat ni? Badannya menjadi kaku.
**********************************
“Mama!”
tegur Suziela sebaik sahaja menghampiri ibunya yang sedang membaca majalah hiburan.
Beg tangan jenama Guess diletakkan dengan kasar di atas meja. Dia tahu pada
waktu ini pasti ibunya akan berehat di ruang santai yang terletak di bahagian
kiri kediaman dua tingkat itu. Ruang santai konsep Inggeris Moden adalah
pilihan ibu.
“Hah,
dah nak senja baru nampak muka? Ke mana Su pergi ni?” soal Kartika. Majalah
hiburan ditutup dengan kasar. Tak pernah nak melekat kat rumah? Asyik merayap
saja. Bila suruh kerja, ada saja alasan yang diberi! Tak pernah berubah. Tahu
menghabiskan duit aku saja.
“Jumpa
kawan.”
“Kawan!”
Kartika ketawa apabila mendengar jawapan anak bongsunya. Geli hati. “Kawan ke
Nazri?” perli Kartika. Sejak di bangku sekolah lagi, Suziela sangat menyukai
Nazri. Ke mana Nazri pergi, di situ ada Suziela. Apa nak jadi dengan anak-anak
aku ni. Si Sofea pula tergila-gilakan Is. Aduh, sakit kepala aku?
“Mama
perli Su ke?” Nada suara Suziela separuh meninggi. Mama sengaja nak menambahkan
lagi kemarahan aku.
“Terasa
ke?” perli Kartika lagi.
Suziela
membuat mimic muka. “Kakak mana?” soal Suziela. Dia menoleh ke kiri dan kanan.
“Langkawi.”
“Bercuti
ke?” soal Suziela ingin tahu. Kenapa kakak tak beritahu aku pun? Boleh aku ikut
sama. Suziela mengetap bibir.
Kartika
menjeling ke arah Suziela. Bercuti! Ya ke bercuti? Tujuan Sofea pergi ke
Langkawi adalah kerana Iskandar. Asyik Iskandar! Iskandar! Tak ingin aku nak
berbesan dengan Maria.
“Kartika!”
Dato’ Syed Mohd Kadir menyergah Kartika secara tiba-tiba.
Mereka
berdua terkejut.
Suziela
mengusap dadanya perlahan-lahan. Terkejut. “Papa ni, kenapa? Tak reti beri
salam ke?”
“Suziela,
masuk ke dalam rumah sekarang ni?” arah Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia tak mahu
Suziela mendengar perbualan mereka. Sebaik sahaja tiba di KLIA, dia bergegas
pulang untuk bersemuka dengan Kartika. Dia tak sangka Kartika sanggup bertindak
sejauh ini.
“Papa!”
Suziela menrengek.
“Masuk!”
jerkah Dato’ Syed Mohd Kadir apabila Suziela tidak mendengar arahan.
Suziela
tersentak.
“Su,
jom ikut abang!” Dr. Nazri tiba-tiba berada di situ. Keadaan semakin tegang
sekarang.
“Abang
Naz.” Nada suara Suziela berbunga riang. Seharian dia mencari kekasih hatinya
namun tidak jumpa. Tiada sesiapa tahu ke mana dia pergi. Telefon pula
dimatikan. Segera Suziela menghampiri Dr. Nazri. Dia memegang lengan Dr. Nazri
dengan lembut dan senyuman yang menggoda.
Kartika
mengetap bibir melihat telatah Suziela. Pantang nampak lelaki! Aku pun dia
boleh lupa
“Let’s
go.” Dr Nazri dan Suziela berjalan seiringan meninggalkan mereka berdua.
Sebaik
sahaja memastikan Dr. Nazri dan Suziela meninggalkan mereka berdua,
pandangannya dialihkan semula pada isterinya Kartika.
Kartika
turut sama merenung Dato’ Syed Mohd Kartika. Apa halnya kali ni? Menjerit nama
aku! Dah kena sampuk ke laki aku ni!
“Fuad!”
Itulah perkataan yang pertama disebut oleh Dato’ Syed Mohd Kadir.
Wajah
Kartika berubah pucat.
“Kenapa?
Terkejut! Tika ingat abang tak tahu apa yang berlaku antara Tika dan Fuad.”
Wajahnya bertukar merah. Menahan marah dan geram.
“Jadi,
apa yang abang nak dengar dari Tika? Kemaafan! Penyesalan!” wajah Kartika
serius. Dia takut pun . Aku tak bersalah. Aku hanya mempertahankan hak aku
sebagai seorang isteri.
“Kartika!”
“Abang
tak malu ke? Benda yang abang dah ludah, kini abang jilat balik. Di mana maruah
diri abang selama ini, hah?”
“Maruah
diri!” giliran Dato’ Syed Mohd Kadir ketawa. “Maruah diri abang dah lama
hilang. Hilang! Dah hilang sejak Tika
curang di belakang abang. Abang tahu apa yang Tika buat di belakang abang
selama ini. Berfoya-foya dengan anak-anak ikan peliharaan Tika. Satu KL ni tahu
siapa sebenarnya Tika. “
Kartika
mengetap bibir.
“Abang
bersabar dan memberi peluang agar Tika berubah tapi sayang …..Tika
sia-siakannya. Hidup Tika dikelubungi dengan dosa dan maksiat. Tika tak pernah
nak berubah.”
“Ooooo…..sekarang
ni abang cuba salahkan Tika pula. Ya, selepas isteri tua pulang, abang memang
sengaja cari salah Tika. Apa yang berlaku sekarang semuanya dihalakan ke arah
Tika. Kenapa? Abang tak pernah buat salah ke?” Bulat anak mata Kartika. Cuba
nak ajar aku pula? Diri sendiri pun sama sahaja. “ Abang fikir jika abang
ceraikan Tika, perempuan tu akan kembali di pangkuan abang. Abang silap. Sekali
hati wanita terluka, parutnya tetap ada. Abang dah lupa apa yang abang pernah
buat pada perempuan tu?”
Dato’
Syed Mohd Kadir terdiam.
Kartika
tersenyum sinis apabila melihat Dato’ Syed Mohd Kadir terdiam.
“Abang
pukul perempuan tu! Abang tampar perempuan tu!Abang layan dia macam binatang.
Setiap kata cacian abang pada dia dan keluarga dia. Abang ingat dia dah lupa
ke?”
“Tapi
Munirah dah maafkan abang.” Nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir bergetar. Mustahil
aku akan lupakan semua itu. Aku menyesal. Kini aku sudah berubah. Aku ingin
mulakan buku baru bersama Munirah. Salah ke aku?
“Maaf!
Ye,memang perempuan tu maafkan abang tetapi nak kembali ke sisi abang semula
……jangan haraplah. Sampai mati pun perempuan tu takkan kembali ke sisi abang.
Tika berani bertaruh. Abang hanya kisah silam dia saja.” Kartika sengaja cuba
menyakiti hati suaminya
“Kartika!”
“Tentang
Alina …… Ya, dia memang anak abang …..tetapi abang nak tahu tak apa yang Alina
beritahu Tika. Dia beritahu yang dia akan pastikan abang ceraikan ibunya.”
“Bohong!
Alina takkan bercakap seperti itu.” Dato’ Syed Mohd Kadir tidak mempercayainya.
Adakah Alina turut sama tidak menerima aku? Sebab itu kebelakangan ini,
sikapnya semakin berubah. Dia melayan aku dengan mesra seperti dulu. Dia sedih.
“Terpulanglah
pada abang untuk mempercayainya atau tidak. Yang pasti, Tika tak bohong. Mereka
berdua bencikan abang. Itu hakikatnya yang perlu abang terima.“
Tiba-tiba
Dato’ Syed Mohd Kadir memegang dada. Kata-kata Kartika memberi tekanan pada
dirinya. Sakit. Dia cuba menahan
kesakitan. Wajahnya pucat.
Kartika
terkejut. Dia kaku. Dia tak tahu nak buat apa.
“Uncle!”
jerit Zahari. Segera dia menghampiri dan membawa Dato’ Syed Mohd Kadir ke
kerusi. Dia barus sahaja selesai mempakirkan kereta di luar.
“Auntie!” Zahari melihat ke arah Kartika yang
masih berdiri tercegat di situ tanpa membantu suaminya sendiri.
“Auntie
tak tahu! Bukan salah auntie!” segera Kartika berlalu pergi dari situ. Aku tak
salah. Dia sakit sebab ada penyakit jantung. Tiada kaitan dengan aku. Kartika
mengatur langkah dengan pantas meninggalkan mereka berdua.
“Auntie!”
jerit Zahari. Dia terkejut. Dia tak sangka auntie Kartika sanggup meninggalkan
uncle begitu sahaja.
Dato’
Syed Mohd Kadir masih memegang dadanya. Sakit.
“Nazri!
Nazri!” jerit Zahari dengan kuat. Dia masih cuba mencari ubat di dalam poket
kot milik Dato’ Syed Mohd Kadir. Tiada. Mana uncle letak ubat ni? Zahari resah.
“Uncle bersabar ye!”
“Nazri!”
jerit Zahari sekali lagi. Dia mula panic. Mana pula Nazri ni?
“Zahari!”
Dr. Nazri segera berlari apabila mendengar namanya dipanggil. Dia terkejut. Apa
yang berlaku ni?
“Aku
tak dapat cari ubat. Kita bawa Uncle ke hospital sekarang ni.” Zahari resah.
Mereka membantu Dato’ Syed Mohd Kadir
bangun.
“Baiklah!
Aku akan call jururawat aku untuk stand by.” Dr. Nazri segera mendail no
telefon hospital.
*************************
Alisa membuka pintu rumah bila
mendengar loceng rumah berbunyi. Siapa yang datang rumah pagi-pagi buta ni? Tak
tahu tengok jam ke? Alina mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul
tepat pukul 7.00 pagi. Dia melihat kembali ke pintu pagar. Dia terkejut melihat
lelaki yang berpakaian kot serba hitam yang berdiri di luar pintu pagar
rumahnya. Macam mana lelaki ni boleh tahu rumah aku? Alisa terus keluar dan
mendekati Zahari yang tersenyum melihat dirinya. “Kau nak apa?” soal Alisa
dengan kasar.
“Berbincang!”
“Tentang apa?”
“Dato’ Kadir!” jawab Zahari.
“I don’t want to talk about him
anymore. Do you understand? Now, go away!” marah Alisa. Jika Zahari dapat
mencari rumahnya pasti Datin Kartika juga boleh. Perasaan bimbang mula menular
di hati Alisa.
“Lina, dia ayah kamu! Selaku anak,
tak boleh ke kamu bertolak-ansur dengan dia. Lagipun dia sekarang sedang sakit.
Kamu tak kasihan ke kat ayah kamu, Alina?” nasihat Zahari.
“Isteri dan anak-anak dia ada.
Mereka boleh jaga.”
“Tapi kamu tahu kan perangai Datin Kartika dan
anak-anaknya.Layanan mereka terhadap ayah kamu macam mana?”
“Itu hal dia. Pilihan dia. Dulu kan dia tergila-gila
sangat kat pelakon tu tetapi kenapa kini bila dah susah, nak cari ibu! Dulu
masa dia halau ibu keluar, ada dia fikir tentang ibu pada waktu tu. Anak yatim
piatu! Dihalau sehelai sepinggang. Tak ada belas kasihan secubit pun pada ibu.
Sekarang, kenapa pulak kami perlu fikirkan tentang dia?”
Zahari terkejut dengan kata-kata
Alina. Nampaknya wanita ini benar-benar membenci ayah kandungnya sendiri.
Kebenciannya jelas boleh dilihat di matanya.
“Ibu hampir terbunuh disebabkan oleh
sikap Dato’ Kadir yang begitu mementingkan diri. Fikir perut sendiri saja.
Kalau kau nak tahu, kemalangan ibu hari itu adalah kemalangan yang telah
dirancang. Ada
orang sengaja merosakkan brek kereta ibu. Pasti awak tahu siapa kan ?”
“Mungkin itu adalah telahan awak
saja.” Kata Zahari. Apa yang diberitahu Alina sebentar tadi di luar jangkaan.
Takkanlah Auntie Kartika sanggup buat begitu? Membunuh ni bukan perkara
main-main.
“Telahan apa,hah! Masa ibu terlantar
di hospital, dia dan anak-anak dia datang. Dia mengaku yang dia upah orang
rosakkan brek kereta ibu. Tujuan dia untuk membunuh ibu. Nasib baiklah, nyawa
ibu masih panjang. Allah S.W.T masih sayangkan ibu. Lina nak buat laporan polis
tetapi ibu halang. Dia kata tak nak panjangkan cerita.”
Zahari mengetap bibirnya menahan
geram. Auntie Kartika sudah melampau kali ini.
“Selepas kejadian semalam, Lina dah
tekad. Lina akan bawa ibu pulang. Di sini bukan tempat yang selamat untuk ibu.
Jika Datin Kartika berniat nak bunuh Lina kelmarin pasti dia akan mencuba lagi.
Orang macam tu tak pernah kenal erti putus asa. Kelmarin, kalau Lina tak sempat
mengelak pasti Lina dah jadi arwah sekarang ni. Lina takkan benarkan Datin
Kartika mencederakan ibu lagi.”
“Lina!”
Alisa terkejut bila mendengar
suaranya. Perlahan-lahan Alisa menoleh ke belakang. Dia terkejut melihat ibunya
yang berdiri di belakangnya. Alisa kaku. Bila ibu berdiri di belakang aku?
Adakah ibu mendengar perbualan kami tadi? “Ibu”
“Alina! Luka di tangan dan badan
Lina semalam bukannya disebabkan Lina terjatuh kan ?
Kartika….Kartika…cuba
bunuh kamu kan ?”
Bibir Munirah terketar-ketar. Dia pelik bila Alina pulang dari pasar dengan
baju yang kotor dan luka di tangan dan di badanya. Katanya terjatuh dalam
longkang. Apa yang didengarnya sebentar
tadi amat membimbangkan? Dia bimbang akan keselamatan anaknya. Kartika sudah
melampau kali ni. Dia tak kisah jika sesuatu terjadi padanya tetapi jika
melibatkan anaknya, dia takkan biarkan.
Alisa hanya mendiamkan diri. Dia
tidak berniat untuk berbohong pada ibunya. Alisa tak mahu ibunya bimbang.
“Lina, booking tiket untuk esok!
Kita akan balik ke London .
Zahari ,kamu beritahu Dato’ Kadir yang penceraikan tetap akan diteruskan.
Selepas apa yang terjadi, auntie rasa untuk kebaikkan semua orang, biarlah
auntie dan Alina pergi.” Kata Munirah sebelum melangkah perlahan-lahan
menggunakan tongkatnya menuju masuk ke dalam rumah.
Alisa tercengang bila mendengar
kata-kata ibunya. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dengan
sekelip mata saja, ibu bersetuju untuk pulang. Bagus! Senang macam ni. Aku tak
perlu pujuk ibu lagi. Alisa menoleh ke arah Zahari. “Sorry, I have to go. I hope
we don’t see each other again. Bye! Bye” Alisa mengenyitkan matanya sambil
tersenyum. Alisa terus melangkah masuk ke rumahnya dan membiarkan Zahari
berdiri di luar pagar rumahnya.
Zahari melepaskan keluhannya dengan
kuat. Macam mana ni? Jika Uncle Kadir tahu pasal perkara ini, pasti
kesihatannya akan lebih terjejas. Dahi Zahari berkerut. Dia taak tahu bagaimana
untuk menyampaikan berita ini.
************************************************
“Baiklah, Tengku! Saya akan siapkan
rekabentuk bangunan hotel ini dalam 2 hari. Saya akan reka bangunan berdasarkan
dengan criteria-criteria yang Tengku inginkan. Selepas dua hari, saya akan
menghubungi Tengku.” Kata Aleya sambil tangannya ligat menyusun kertas yang
berselerak di atas meja.
Iskandar memerhati gelagat wanita
itu. Ada
sesuatu tentang wanita ini yang dia ingin tahu. Dia seolah-olah takut akan
sesuatu. “Dua hari! Cepatnya awak boleh siap ke? Saya tak nak hotel 5 bintang
ini tak berkualiti kerana rekaannya siap dalam masa yang singkat. Saya tak
kisah kalau awak memerlukan masa untuk menyiapkannya. Sebulan ke? Setahun ke?
Saya tak kisah.”
Aleya merenung lelaki yang sedang
duduk di hadapannya. Lelaki ini memang menguji kesabaran aku. Otak dia ada
masalah ke? Kalau aku siapkan awal, proses pembinanan akan dimulakan dengan
segera. Projek ini takkan tertangguh lagi. Masalah selesai. “Kalau saya
hasilkan rekaan yang tidak berkualiti, kenapa Tengku beriya-iya ingin mengupah
saya?” soal Aleya.
“Sebab saya peminat awak. Bangunan yang
awak reka sangat unik. I like it.”
“Thank you!” jawab Aleya endah tak
endah. Dia malas melayan lelaki ini. Selepas ini dia akan check out hotel.
Penerbangan ke KL pukul 12.00 tengah hari.
“Selepas ini, apa kata saya bawa
awak jalan-jalan di Langkawi! Saya yakin awak belum lagi melawat tempat
bersejarah di sini.”
“Terima kasih sajalah, hari ini saya
akan pergi ke KL.”
“Saya rasa ada sesuatu yang tak kena
dengan awak ni, Cik Aleya! Awak seperti tergesa-gesa seolah-olah awak hendak
melarikan diri dari sesuatu. Awak ada masalah ke?” soal Iskandar ingin tahu.
Belum sempat Aleya menjawab, telefon
bimbitnya berbunyi. “Excuse me!” Aleya terus bangun bila melihat nama adiknya
tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia berjalan keluar dari Coffee House itu.
Dia tak mahu perbualan mereka didengar oleh Iskandar.
Setelah melihat Aleya pergi, mata
Iskandar tepat melihat k arah sebuah buku yang berada di dalam beg Aleya. Tanpa
berfikir panjang, Iskandar terus mengambilnya. Helaian demi helaian dibukanya.
Lukisan bangunan di dalam buku itu menarik perhatinya. “Impressive! Creative!
Aku tak pernah silap pilih dia.” Tangannya terhenti apabila melihat lukisan
potret 4 orang wanita. Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an dan 3
orang wanita lagi adalah Aleya. Wajah mereka sama! Terkebil-kebil mata Iskandar
merenung potret itu. “Wanita ni mesti ibunya sebab wajahnya ada iras Aleya tapi
dua orang wanita ni siapa? Adik-adik dia ke? Seiras pulak tu. Hmm…mungkin….”
Iskandar tiba-tiba tersenyum.”daya imaginasi Aleya ni memang tinggi. Mungkin
dia inginkan kembar sebab itu dia lukis wanita yang berwajah seiras dengannya.
Pelik betul la akitek ni.” Iskandar terus meletakkan kembali buku Aleya di
tempat asalnya. Pandangan Iskandar kaku bila melihat wanita yang sedang berdiri
di luar Coffee House. Sepantas kilat,
Iskandar terus menyorak di bawah meja.
“Aduh! Macam mana dia tahu aku ada
di sini? Menyusahkan hidup aku kalau macam ni selalu. Aku mesti pergi dari
sini.” Iskandar gelabah. Ke mana saja aku pergi Sofea mesti ikut? Fikirannya
ligat berfikir. Dia tersenyum bila melihat seorang pelayan wanita yang sedang
mengambil order di meja yang berada di sebelahnya.
“Piss…Piss….” Panggil Iskandar.
Pelayan itu terkejut bila melihat
Iskandar yang berada di bawah meja. Dia terus mendekati Iskandar. “Encik, ada
apa-apa yang boleh saya tolong?”
“Aaa…Pintu belakang kat mana ye!”
Iskandar tersenyum. Malu pun ada. Dia sedar pelanggan yang berada di situ
melihat ke arahnya tetapi disebabkan oleh Sofea, dia sudah tak kisah. Iskandar
sempat meninggalkan nota pada Aleya sebelum keluar melalui pintu belakang.
*****************************************
“Assalamualaikum!” kata Aleya sebaik
saja menjawab panggilan adiknya.
“Waalaikumussalam!” jawab Alisa. Dia
meletakkan beg yang berisi pakaiannya di atas katil. Semua pakaian sudah siap
dikemas.
“Ibu dan Angah, apa kabar?”
“Kami sihat, Along! Hmm…sebenarnya
tujuan Angah telefon Along sebab nak beritahu esok kami akan bertolak balik ke London . Ibu suruh Along
balik sekali.”
“What! Why? I mean, why suddenly ibu
decide to go back to London ?
What’s about the divorce?” Aleya terkejut besar. Pelik! Selama ini, sudah
bermacam-macam cara mereka buat untuk pujuk ibu pulang ke London . Keputusan yang tiba-tiba drastic ini
mengejutkan dirinya.
“It’s a long story, sis! I’ll tell
you later. So how’s your work?”
“I’m glad you call! Tadi sikit saja
lagi, Along nak penumbuk mamat tu. Aduh, banyak sangat soalannya, mendidih
darah Along mendengar soalannya. Nasib baik la, dia anak Auntie Maria jika
tidak dah lama rasa penumbuk Along ni. Penyibuk!” Aleya meluahkan apa yang
terbuku di hatinya. Bersama Tengku Iskandar benar-benar menguji kesabaraannya.
Alisa ketawa kecil dengan kata-kata
kakaknya. Siapa tak kenal dengan sikap panas baran Aleya? Marah saja terus
penumbuk jadi penyelesaiannya.
“Hari ini Along akan balik. Flight
Along pukul 12 tengahhari ini.”
“Baiklah nanti Angah beritahu ibu!”
“Kirim salam kat ibu ye! Take care,
sis!” Aleya tersenyum sebelum menamatkan panggilan Alisa. Hubungan dia dengan
adik-adiknya memang rapat. Dah lama dia rindu untuk berjumpa dengan
keluarganya. Aleya terkejut bila ada orang menolaknya dari belakang.
“Apa kau buat di sini, hah?” soal
Sofea dengan kasar. Dia merenung Aleya. Panas hatinya bila Aleya turut sama
berada di Langkawi.
“Excuse me!” Air muka Aleya berubah.
Main tolak-tolak pulak. Siapa perempuan celup ni? Aleya merenung wanita itu
dari atas ke bawah. Skirt jeans pandek sendet dipakainya atas dari lutut dan
baju bertali halus berwarna pink.
“Hey! Alina, kau tak dengar ke
soalan aku tadi? Jawab! Apa kau buat di sini?” marah Sofea.
Alina! Dahi Aleya berubah! Melihat
dari gaya
wanita ni seperti …. Aleya tiba-tiba tersenyum. Pasti anak-anak Datin Kartika!
Lihat dari gaya
pun sudah tahu. “Suka hati aku la. Yang kau sibuk sangat, kenapa? Ada aku jaga tepi kain
kau?”
Sofea terkejut bila mendengar
kata-kata Alina. Kasar dan biadap.
“Hey, kau ni tak ada adab sopan ke?
Kau sedar tak dengan siapa kau sedang bercakap ni?”
Aleya tersengih. Ada hati pulak cakap pasal adab sopan dengan
orang, diri sendiri pun 2 x 5 saja. “Kau tu kakak tiri aku saja! Kau tak pernah
cakap elok-elok dengan aku, kenapa mesti aku bercakap sopan dengan kau?”balas Aleya.
“Eee….geramnya. Kau ni memang
perempuan hipokrit! Iskandar mana?” jerit Sofea.
Mata Aleya terkebil-kebil melihat
Sofea menjerit. Patut la Angah beritahu mereka ni spesis burung gagak! Suara
nyaring betul. Iskandar! Aleya terus menoleh ke arah meja yang berdekatan
dengan cermin. Dah hilang! Tadi ada kat situ. Dahi Aleya berkerut.
“Mana Iskandar?” soal Sofea lagi.
“Mana aku tahu!”
“Baik kau berterus-terang dengan
aku, kau datang sini sebab Abang Is ada kat sini kan ? Kau nak rampas Abang Is dari aku
kan.Kau tak dapat nak rampas Dr. Nazri dari adik aku jadi kau nak rampas Abang
Is pulak dari aku.” Tuduh Sofea. Dia yakin tujuan Alina berada situ kerana
Abang Iskandar.
Aleya menggelengkan kepalanya.
Perempuan ni memang dah gila. Obsses! “Kau ni normal ke tak?”
Tiba-tiba satu penampar hinggap di
pipi Aleya, Sofea tersenyum puas. Aleya memegang pipinya yang sakit akibat
ditampar oleh Sofea. Aleya mengetap bibirnya menahan geram.
“Perempuan macam kau patut ditampar.
Perampas!”
Pang! Pang! Dua tamparan hinggap di
pipi kanan Sofea terkejut. Sakit! Pedih. Air matanya mengalir selepas ditampar.
Dia merenung Aleya yang sedang berdiri di hadapannya. Sofea mengangkat
tangannya untuk menampar Aleya lagi. Dia takkan biarkan tetapi sempat dipegang
oleh Aleya. Dua lagi tamparan hinggap di pipi kiri Sofea. Sofea jatuh terduduk.
Dia tergamam.
“Sekali lagi kau berani tampar aku,
aku akan tampar kau 5 kali ganda. Faham tak?” Aleya memberi amaran dan terus
masuk ke dalam Coffee House itu. Dia langsung tidak mempedulikan Sofea yang
masih terduduk di kaki lima
itu. Tangisan Sofea semakin kuat. Dia memegang kedua-dua belah pipinya yang
masih sakit. Alina, nanti aku beritahu mama! Siap la kau nanti! Sofea tiba-tiba
menjerit dengan kuat. Orang ramai yang melalui Coffee House itu terkejut dengan
jeritan Sofea.