Bab
5
TIBANYA
di hadapan pintu masuk firma guaman, Umie masih berdiri di situ. Dia menjenguk
di sebalik pintu kaca, tiada sesiapa pun kaunter reception. Bag kertas
digenggam erat. Mula dia teragak-agak nak masuk ke dalam. Sebenarnya sudah dua
hari, dia tak jumpa Emiir. Di bakeri dan di kondominum, dia tetap tak jumpa
kelibat pujaan hatinya. Tertanya-tanya sama ada Emiir cuba elakkan diri
darinya.
Kerana
itu, Umie buat keputusan untuk ke firma guaman Emiir. Dia bawa minuman dan
makanan untuk Emiir dan Aariz sebagai alasan.
“
Excuse me! You
cari sapa?” Tiba-tiba ada suara menyapa dari belakang.
Umie
terkejut dan berpaling ke belakang. Dia melihat wanita tinggi lampai itu.
“
Saya nak hantar makanan dan minuman untuk Encik Emiir
dan Encik Aariz.” jawab Umie. Dia menunjukkan bag kertas yang ada di tangan.
“Ooo…
Delivery girl rupanya.” kata Rose dengan sinis. Dia melihat wanita
bertudung litup yang ada di hadapannya. Dipandang atas bawah.
Dahi
Umie berkerut. Delivery girl? Wah, kurang ajar betul minah ni! Baru saja
jumpa, dah mula kurang ajar.
“Encik
Emiir dan Encik Aariz busy. Bagi saja kat I, nanti I
sendiri bagi kat mereka.” kata Rose. Dia cuba ambil bag kertas itu tapi Umie
sempat mengelak.
“No!
Saya akan bagi sendiri kat Encik Emiir dan Encik Aariz.” tegas Umie. Jangan
harap la dia nak bagi. Entah-entah bag kertas ini tak sampai ke tangan Emiir
dan Aariz. Sikit pun dia tak percaya cakap wanita tinggi lampai ini. Lagipun
dia tak kenal pun siapa wanita ini, takkan la nak bagi membuta tuli.
Rose
mendengus kuat dan terus mencekak pinggang.
“Cik
Umie!” tegur Aariz. Dia berlari anak-anak mendekati Umie yang berdiri di
hadapan pintu masuk firma guaman.
Umie
tersenyum melihat kehadiran Aariz. Lega rasanya.
“Apa
Cik Umie buat kat sini?” tanya Aariz.
“Encik
Aariz kenal ke dengan delivery girl ni?” Terlebih dahulu Rose bersuara.
Senyuman
Umie terus mati. Pandangan Umie berubah ke arah Rose. Dalam hati tertanya-tanya
siapa perempuan ini.
“Delivery
girl? Apa you merepek ni, Rose! Ini Cik
Umie, owner Herma Bakery Cafe. Nampak tak bakeri yang berwarna biru tu,
itu la Herma Bakery Cafe!” Dahi Aariz berkerut. Dia turut sama melihat Rose.
“Mana
la I tahu, sekali saja pandang, nampak macam delivery girl!”
jawab Rose. Mulutnya terus senget.
Air
muka Umie berubah. Argh…. macam nak cili saja
mulut wanita ni! Kurang ajar betul! Tak reti hormat orang langsung.
“Rose!
Baik you masuk sekarang. Kerja yang I bagi, dah siap ke belum? I
nak pagi ini.” arah Aariz.
Dengan
wajah masam, Rose terus masuk.
“Saya
minta maaf bagi pihak Rose. Dia
memang macam tu.”
“Dia
lawyer kat sini jugak ke?” tanya Umie. Dalam masa sama Umie akui Rose
memang cantik orangnya. Tiba-tiba rasa tergugat.
“Tak
la. Dia intern. Baru kerja kat sini. Oh ya, kenapa Cik Umie datang
sini?”
“Aaaa…
Saya datang sebab nak bagi ini. Dah dua hari Encik Aariz dan Encik Emiir tak
datang bakeri. Mesti sibuk kan! Sebab itu saya datang hantar.” kata Umie. Dia
terus beri bag kertas pada Aariz.
“Apple
pie! Brownies! Kaya bun! Iced latte! Iced americano! Semuanya dalam bag ni.”
kata Umie.
“Cik
Umie, susah-susah la pulak.” Senyuman Aariz meleret. Dia melihat isi kandungan
bag kertas itu. Rasa gembira macam nak lompat saja. Kebelakangan ini dia dan
Emiir memang sibuk sangat-sangat. Makan minum pun dah tak tentu hala.
“Kalau
nak apa-apa, mesej saja saya. Nanti saya suruh Bob atau Mina hantarkan. Aaa…
Encik Emiir mana?”
“Emiir
pergi jumpa client. Tengahhari nanti baru balik. Aaa…. Berapa semua ni?”
“Kan
saya cakap free setahun.”
“Segan
la kalau macam tu.” kata Aariz.
“Tak
payah nak segan-segan. Ini cara saya nak balas balik budi baik Encik Aariz dan
Encik Emiir. Ok la, saya balik dulu. Ada banyak tempahan kek hari ini. Kirim
salam saya kat Encik Emiir. Saya gerak dulu. Assalammualaikum…..” kata Umie.
Dia terus beredar dari situ. Dalam hati dia mengeluh kerana kecewa tidak dapat
berjumpa dengan Emiir. Mulut Umie terus muncung sambil berjalan ke bakeri.
***************************************
UMIE
berdiri melihat penampilan dirinya di cermin. Dahi sedikit berkerut. Baju blaus
berwarna hijau muda dengan seluar jeans. Ditambah pulak dengan tudung bawal.
Dia tak nampak pun ada masalah dengan penampilan dia hari ini. Chic and
casual! Mendidih darah apabila teringat kata-kata Rose.
“
Okey aper! Mata dia tu yang ada masalah. Ada hati nak
kutuk style orang!” kata Umie. Dia masih rasa tak puas hati. Dia harap
sangat tak jumpa Rose selepas ini.
Umie
terus masuk ke dalam tandas dan menukar pakaian. Dia keluar dari tandas dengan
pakai uniform chef. Dengan segera dia bergegas turun ke dapur bakeri. Hari ini
saja ada 6 tempahan kek yang nak diambil petang nanti. Pasti Ena dan Iza
perlukan bantuan dia.
Tibanya
di dapur bakeri, Umie melihat Ena dan Iza begitu sibuk membuat kek. Dia
mendekati mereka berdua.
“So
kek apa yang tak buat lagi?” tanya Umie.
“Tinggal
lagi 3 kek, Kak Umie. Blueberry cheese cake! Tiramisu cake! Last sekali,
Black forest cake!” jawab Iza.
“Hmm….
Kalau macam tu, Kak Umie buat Tiramisu cake!” kata Umie. Dia melihat ke arah
jam dinding di situ yang menunjukkan pukul 12.30 tengahhari. Langkah diatur ke
stor yang mengandungi bahan-bahan untuk membuat kek. Diambil bakul yang
disediakan di situ. Keadaan stor itu seperti berada di dalam supermarket. Dia berjalan menuju ke peti sejuk.
“Kak
Umie kat sini rupanya! Kak Umie, ada orang nak jumpa.” Mina muncul di sebalik
pintu stor itu.
“Sapa?
Lelaki ke perempuan?” tanya Umie.
“Perempuan
…” jawab Mina.
Dahi
Umie berkerut. Siapa pulak ni nak jumpa? Dia meletakkan semula bakul dan terus
berjalan mengekori Mina.
Air
muka Umie berubah apabila melihat wanita yang berdiri di kaunter. Dia harap
sangat tak jumpa lagi alih-alih wanita ni dah terpacak kat sini.
“Hi!
Tak sangka you betul-betul owner bakeri ni. Ingatkan you menipu
sebab nak impress Encik Aariz dan Encik Emiir. Maklum la sekarang ini
ramai sangat kaki penipu sebab itu la I datang check.” Rose
bersuara sebaik saja nampak Umie. Dia memegang cawan hot chocolate yang
dipesannya tadi.
Mina,
Bob dan Rani yang ada di situ berpandangan antara satu sama lain.
Lidah
Umie kelu untuk berkata-kata.
“
Lagipun I nak tahu jugak, sedap sangat ke pastries
dengan kek you sampaikan Encik Aariz dan Encik Emiir selalu datang sini.
I tengok pastries dengan kek you biasa saja, tak ada pun
yang special. Okey la, I kena gerak dulu. Banyak kerja kat ofis I
kena siapkan dari I buang masa datang sini.” kata Rose. Dia terus
berlalu pergi.
“
Kurang ajar betul mulut customer ni! Kalau la
Mina tahu, Mina tak panggil Kak Umie. Dah datang sini lepas tu complain
macam-macam, muka tak tahu malu betul! Kak Umie, kenal ke dengan customer tu?
Tadi dia sebut Encik Aariz dengan Encik Emiir, kawan mereka ke?” Mina bersuara
lantang sebaik saja Rose keluar. Panas telinga ni dengar.
“Kak
Umie jumpa dia pagi tadi masa hantar makanan kat Encik Aariz dengan Encik
Emiir. Dia tu intern kat situ.” jawab Umie.
“
Hah, intern saja pun tapi berlagak nak mampus.
Kalau sekali lagi dia datang, siap la dia nanti.” kata Mina.
“
Mina! Apa-apa pun dia tetap customer, jangan
pulak cara gaduh dengan customer. Jangan dilayan sangat perangai Rose
tu. Biar saja dia. Dia cakap apa-apa pun, buat tak tahu saja.” nasihat Umie.
Dia tak mahu pulak ada isu lain.
“
Kak Umie ni baik sangat la sebab itu la dia berani
cakap macam tu kat Kak Umie. Apa masalah dia dengan Kak Umie? Kenapa dia macam
tak puas hati saja dengan Kak Umie?” tambah Mina lagi.
Umie
terdiam. Soalan Mina ada betulnya? Cara Rose cakap dengan dia macam musuh pun
ada. Seingat dia tak ada pun cakap sesuatu yang membuatkan Rose terasa hati.
Pagi tadi baru saja pertama kali mereka berdua jumpa. Dia mengeluh perlahan.
*******************
SATU
persatu bawang merah dipilih dengan teliti. Umie mencari bawang merah yang elok
dan kemudian dimasukkan ke dalam bag plastik. Selepas balik kerja, dia singgah
di supermarket yang berdekatan dengan rumahnya. Dia nak masak malam ini tetapi
bawang merah dah habis.
Tiba-tiba
ada orang terlanggar troli Umie.
Umie
terkejut dan menoleh. Matanya terbeliak luas dan kemudian tersenyum meleret.
Matanya kini bersinar-sinar.
“Encik
Emiir! Apa Encik Emiir buat kat sini?” tanya Umie. Dia tak sangka takdir
menyebelahi dia. Berhari-hari dia tak jumpa Emiir akhirnya dia jumpa jugak hari
ini. Seperti selalu Emiir nampak segak bergaya. Terubat jugak rindunya.
Emiir
hanya terdiam perhatikan gerak-geri Umie
“Sorry!”
Ucap Emiir kerana salahnya terlanggar troli Umie dan terus menolak troli ke
tempat sayur-sayuran. Dia langsung tak jawab soalan Umie.
Melihat
Emiir mula berlalu pergi, Umie terus sudah mengambil bawang merah. Dia terus
menolak trolinya dan mengekori Emiir.
“
Encik Emiir baru balik kerja ke? Tak sangka kita
kebetulan terserempak kat sini! Encik Emiir mesti selalu masak kat rumah. Saya
pun suka masak. Nampaknya kita sama-sama suka memasak kat rumah.” Umie tak
berhenti-henti cakap walaupun Emiir tak pedulikan dia.
Emiir
sikit pun tak pedulikan kehadiran Umie. Dia cepat-cepat mengambil bahan-bahan
yang dia nak masak malam ini.
“Encik
Emiir nak masak apa malam ni? Saya ingat nak masak nasi goreng saja. Senang
kan! Dah duduk seorang kan, kalau masak banyak-banyak, tak habis lepas tu
membazir. Kalau Encik Emiir nak, saya boleh bagi nasi goreng yang saya nak
masak nanti. Tak payah la Encik Emiir susah-susah nak masak.” Umie tersenyum.
Tiba-tiba saja dia dapat idea bagaimana nak rapatkan lagi hubungan dia dengan
Emiir.
Secara
tiba-tiba Emiir terus berhentikan troli dia, pandangan tepat ke arah Umie
dengan wajah serius.
“Cik
Umie! Terus-terang I cakap yang I rasa tak selesa dengan you.
Apa-apa pun niat you nak dekat dengan I, baik you matikan
saja hasrat you tu! I harap sangat lepas ini you jangan
tegur I lagi. Anggap saja kita
tak pernah kenal sebelum ini.” tegas Emiir. Dia terus berlalu pergi
meninggalkan Umie.
Mulut
Umie sedikit melopong. Dia masih terkejut dengan apa yang keluar dari mulut
Emiir sebentar tadi. Belum apa-apa lagi, Emiir sudah reject dirinya.
Terasa bahang di wajahnya.
******************
SUDAH
tiga puluh minit, Umie duduk di kerusi besi di balkoni. Bulan penuh yang
menerangi langit malam itu direnung. Dibetulkan cardigan yang dipakainya
apabila angin malam menyapa dirinya. Terasa sejuk sehingga ke tulang.
Umie
mengeluh kuat.
“
Tak sangka semudah tu aku kena reject. Apa yang
tak kena dengan aku ni? Apa kurangnya aku ni di mata Emiir? Aku ni serba serbi complete!
Ada business sendiri! Ada kerjaya sendiri! Ada rumah sendiri! Pandai
memasak! Pandai mengemas rumah! Pandai menjahit. Semuanya aku pandai. Tapi
kalau ikutkan rupa, Si Rose tu lawa lagi. Tapi aku ni dalam kategori comel la
jugak.” Umie bercakap seorang diri. Dia cuba mengembalikan keyakinan diri dia.
“
It’s okey, Umie! Kena reject
sekali takkan kau dah nak mengalah. Betul tak?
Selagi Emiir single, aku masa ada peluang. Aku akan buktikan pada
Emiir aku betul-betul serius dan ikhlas sukakan dia. Aku usaha buat Emiir jatuh
cinta dengan aku. Ini Sharifah Umie Aira la.” Umie bertekad untuk menawan hati
Emiir.