Friday, March 19, 2010

Rahsia Hati 33

Bab 33

“Hey, Johari! Berita baik apa yang kau nak sampaikan kat aku ni? Tak boleh ke kau beritahu saja kat aku melalui telefon.” tegur Mansur sebaik saja melangkah masuk ke bilik VIP di kelab Legend milik Mansur. Dia tersenyum melihat Johari berseronok bersama 2 orang wanita seksi yang duduk di sebelahnya.
”You never guess, Mansur!” Johari tersenyum. Dia meletakkan gelas yang dipegangnya di atas meja.
”What!” Mansur terus duduk.
”Tak lama lagi, Global Bersatu akan menjadi milik aku!”
”Kau ni dah hilang akal ke? Merepek tak tentu pasal.“ Mansur ketawa kecil.
”Kau ingat aku cakap main-main ke? Ni Johari la.“
”Kau dah lupa siapa pesiang kau selama ni? Kau ingat senang Si Dania tu nak bagi Global Bersatu kat kau. Dania tu musuh kuat kau, kau dah lupa ke? Lagi satu, pak cik kau dan Daniel! Mereka tu kau jangan pandang rendah pulak.”
”Pasal Uncle Daud dan Daniel, kau jangan risau. Tahu la bagaimana aku nak uruskan mereka berdua nanti. Yang penting sekarang ni, Dania! She’s dying, Mansur!“ Johari tersenyum lebar.
”Apa maksud kau?“ Air muka Mansur berubah.
”Yeah! Dania akan mati. Dia ada penyakit barah otak. Tempoh Dania untuk hidup hanya 3 bulan saja lagi. Do you know what this means? That bitch can’t do anything to me after she die.”
“Kau pasti ke? Dari mana kau dengar ?”
“Telinga aku ni sendiri dengan Dania bercakap dengan kawan baik dia, Dr Wardina.”
“Shiela dah tahu ke pasal perkara ni?”
“Dah. Yang peliknya, dia tak tunjukkan apa reaksi pun. Terus je dia pergi party kat rumah kawan dia.” Johari pun hairan dengan perangai Shiela kebelakangan ni! Selalunya dia pasti akan sentiasa melekat dengan Daniel tapi selepas Daniel balik, Shiela buat tak tahu. Tapi bagus la, kalau macam tu. Senang aku nak hapuskan Daniel nanti.
”Dia dah tak obses dengan Daniel dah ke?”
”Tak tahu. Cinta konon! Semua tu hangat-hangat tahi ayam saja. Daniel tak layak jadi menantu aku.Yang penting sekarang ni penantian aku akan berakhir tak lama lagi”
”So apa rancangan kau?” soal Mansur.
“Rancangan apa bendanya! Dia dah nak mati. Kita tunggu saja. Selepas Dania mati, kita laksanakan rancangan kita. Global Bersatu akan menjadi milik kita” Johari ketawa. Hari ni dia memang sangat gembira.
”Jangan terlalu gembira sangat, Johari. Kita tak tahu apa Dania sedang rancangkan sekarang ni! Kau ingat dia nak lepaskan kita begitu saja selepas dia tahu kita yang bertanggungjawab akan kematian ibu bapanya. Dia tu pendendam orangnya! Aku yakin sekarang ni dia pasti tengah rancangkan sesuatu. Kes Suffian pun belum selesai lagi.” Wajah Mansur serius.
Ketawa Johari hilang sebaik saja mendengar kata-kata Mansur. Wajahnya berubah. Kata-kata Mansur ada benarnya. Orang seperti Dania bukanlah jenis orang yang akan putus asa begitu saja. Mata Johari tetap merenung Mansur. Mansur hanya menganggukkan kepalanya. Johari tiba-tiba berasa risau. Dia yakin Dania takkan lepaskan dirinya begitu saja.

**********************

”Cik Muda!” panggil Murni sebaik saja lihat Dania ingin masuk ke dalam perut kereta BMW milik Dania. Dengan pantas, Murni mengatur langkah menghampiri majikannya. Wajahnya serius.
”Ada apa, Murni?” soal Dania.
”Cik Muda, betul ke? Betul ke?” tanya Murni bertubi-tubi. Kelopak matanya sudah berair. Berita yang diterimanya sebentar tadi benar-benar mengejutkan dirinya. Dia tidak percaya sebab itu dia perlu bersemuka dengan Cik Muda.
”Kenapa ni, Murni? Betul apa ni?” Dahi Dania berkerut. Apa kena dengan Murni ni? Apanya yang betul ni?
”Apa yang saya dengar tentang Cik Muda, betul ke?” Murni cuba menahan sebak di dadanya.
Sekilas Dania menoleh ke arah Ali dan Zamri yang berada di sisinya. Namun tiada reaksi dari mereka berdua. Dania memegang tangan Murni dengan lembut. ”Beritahu saya, apa yang kamu dengar?”
”Tentang .. Cik Muda menghidap penyakit barah otak. Cik Muda hanya ada masa sehingga 3 bulan saja untuk hidup, betul ke?” Air mata Murni deras mengalir. Dia memegang tangan Dania dengan erat. Dia perlukan kepastian. Selagi dia tidak dengar sendiri dari mulut Cik Muda, hatinya tidak tentang.
Zamri terkejut bila mendengar kata-kata Murni. Tepat matanya beralih ke arah Dania.
Dania juga terkejut. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Matanya tepat merenung Murni yang sedang berdiri di hadapannya.Dania mengeluh. Nampaknya Uncle Johari dah tahu tentang penyakit aku. Aku tak boleh berlengah lagi.
”Kamu dengar ni dari mana, Murni?” soal Ali.
”Dari informer saya yang....bekerja kat Legend Club...Dia..dia dengar perbualan Dato Johari dan Dato Mansur. Dato’ Johari kata Cik Muda menghidap penyakit otak, betul ke Cik Muda? Betul ke?” Air mata Murni semakin deras mengalir. Dia perlukan jawapan. Dania hanya mendiamkan diri. Pandangannya juga dialihkan ke arah lain.
”Cik Muda, betul ke?” kali ni Zamri pula bertanya. Wajanya serius.
”Apa yang kita perlu buat sekarang, Cik Muda?” tanya Ali.
Zamri dan Murni terkejut dengan pertanyaan Ali. Serentak mereka menoleh ke arah Ali yang masih tenang.
”Jika Uncle Johari sudah mengetahui tentang penyakit saya, nampaknya perkara ni akan sampai ke pengetahuan atuk dan Daniel tak lama lagi.” Dania menundukkan kepalanya seketika. Dia seolah-olah sedang berfikir.
”Jadi, kau tahu la tentang penyakit Cik Muda selama ni?” Bulat mata Zamri merenung Ali. Nada suaranya keras.
”Ya!” ringkas jawapan Ali. Wajahnya hanya selamba. Tiada apa-apa reaksi.
”Ali, kenapa kau tak beritahu kami?” marah Murni. Dia merenung Ali seolah-olah ingin diterkamnya.
”Jangan salahkan Ali mengenai perkara ni! Saya yang suruh Ali rahsiakan hal ini dari pengetahuan sesiapa pun.” Dania melihat ke arah Murni dan Zamri. Dia tahu pasti sekarang mereka marah pada Ali.
”Tan Sri dan Tuan Muda?”
“Tiada sesiapa tahu perkara ni kecuali Dr. Hazwan, Wardina dan Hairi.”
“Tuan Hairi!” Murni terkejut.
“Ya. Saya pinta jasa baik kamu berdua rahsiakan perkara ni dari sesiapa! Boleh kan!” Dania tersenyum ke arah 2 orang pengawal peribadinya yang selama ini setia berkhidmat untuk dirinya. Dia bertuah kerana selama ni Ali, Zamri dan Murni sentiasa berada di sisinya.
“Cik Muda!” Murni masih lagi menangis.
“Sudah la, Murni! Jangan kamu bazirkan air mata kamu tu untuk saya. Ia takkan mengubah apa-apa pun. Kalau saya boleh terima semua ni, kamu pun boleh terima kan. Hmm.....Jangan menangis ye, Murni! Kamu pasti tak nak lihat saya sedih kan!” Dania mengesat air mata Murni yang masih lagi sedang mengalir.
Zamri merenung Dania dengan wajah yang sayu. Kenapa Cik Muda perlu terima semua ni? Dia tak pernah buat salah pun? Hatinya sedih dan pilu bila mengenangkan nasib Cik Muda.
Murni mengesat air matanya perlahan-lahan. Dia tak nak Cik Muda sedih. Walauapa yang akan berlaku, dia akan tetap setia dan berada di sisi Cik Muda. “Apa rancangan Cik Muda selepas ni?” tanya Murni secara tiba-tiba.
Dania hanya mendiamkan diri. Fikirannya sekarang ligat berfikir. Aku kena ubah semula rancangan aku sekarang. Yang pasti, aku yakin langkah pertama Uncle Johari akan lakukan adalah singkirkan aku dari jawatan yang aku pegang sekarang. Jangan harap la dia dapat pegang jawatan aku. Yang layak hanyalah Daniel. Hanya Daniel.

****************************

”Happy nampak? Ada apa-apa perkara yang menggembirakan ke?” tegur Dania sebaik saja Johari dan Mansur keluar dari Legend Club. Wajah Johari dan Mansur berubah sebaik saja sedar akan kehadiran Dania. Dania tersenyum bila melihat gelagat mereka berdua. Mansur menoleh ke arah Johari.
”Hmm...salah ke kalau enjoy sekali-sekala.” jawab Johari dengan nada sinis. Apa la perempuan ni buat kat sini? Dia nak apa lagi. Betul ke dia ni sakit?
”Tiap-tiap malam datang sini pun masih lagi sekali sekala.” perli Dania.
Johari mengetap bibir menahan geram. Perempuan ni! ”Kau nak apa?” tanya Johari dengan kasar.
”Tak ada apa-apa. Kita kan keluarga, tak kan la nak berborak pun tak boleh. ” Dania tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur.
”Ya ke? Kau anggap aku macam keluarga kau ke selama ni? Layanan kau kat aku seperti keluarga ke? Jangan nak berpura-pura la, Dania“
Dania ketawa bila mendengar kata-kata Johari. ”Keluarga! Orang macam kau faham ke dengan erti keluarga?” kata Dania secara tiba-tiba.
Air muka Johari berubah.
”Keluarga konon! Selama ni ada ke Uncle anggap Dania dan Daniel macam keluarga Uncle sendiri? Tak kan!”
”Apa maksud kau?”
”Hmm...biar Dania berterus-terang saja, tak payah la kita nak berpura-pura lagi!” kata Dania. Senyuman yang terukir di bibirnya sebentar tadi terus hilang. ”Look! Uncle ingat dengan mengetahui tentang penyakit Dania, Uncle akan menang. Jangan mimpi la.”
Johari dan Mansur terkejut dengan kata-kata Dania.
”Dendam aku pada kau berdua takkan padam! Kalau aku mati sekalipun, aku akan heret kau berdua sekali dengan aku. Aku takkan biarkan kau berdua hidup dengan senang” Nada suara Dania berubah kasar.
”Kau ni dah gila ke?” Mansur tiba-tiba bersuara.
”Gila! Ya, aku memang gila tetapi tidak la segila kau berdua.”
”Dania, kau ingat sikit dengan siapa kau sedang bercakap sekarang?” Johari tiba-tiba meninggikan suaranya. Mukanya berubah merah menahan marah. Dania ni memang kurang ajar.
”Siapa ye? Awak berdua ni siapa? Manusia ke binatang?” perli Dania.
“Dania!” jerit Johari. Kali ni Dania memang melampaui batas.
“Kenapa ? Dania tersalah cakap ke?” Dania merenung mereka berdua. Melihat perubahan wajah mereka berdua, Dania tiba-tiba ketawa. “Takut ke?”
“Apa kau nak , hah?” jerkah Johari. Dania sengaja cuba menguji batas kesabarannya. Kalau ikutkan hati mahu, saja cekik Dania ni tetapi disebabkan kehadiran Ali, Zamri dan Murni , dia terpaksa matikan hasratnya. Kenapa perempuan ni tak mampus cepat!
“Nyawa kau berdua.”
Bulat mata Johari dan Mansur bila mendengar jawapan Dania.
”Hutang nyawa akan dibayar dengan nyawa. Orang kata hutang budi di bawa mati tetapi hutang nyawa perlu dibalas dengan nyawa. Betul kan? Orang macam aku takkan biarkan orang yang musnahkan kebahagian keluarga aku begitu saja. Aku nak mereka menderita seperti mana aku dan Daniel alami selama ini.” Dania melangkah mendekati mereka berdua.
”Semua rahsia kau ada di dalam tangan aku!” Dania menunjukkan genggaman tangannya pada Johari. “So...wait and see! Apa yang aku akan buat pada kau berdua nanti? Aku akan buat kau berdua perlahan-lahan merana dan musnah. Ini janji aku. Ini janji Tengku Dania Dahlia. Kalau aku mati sekalipun, aku tetap tak akan biarkan kau berdua terlepas. So be careful out there.” Dania ketawa sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka berdua yang masih kaku. Johari menggengam erat tangannya. Matanya masih memerhatikan Dania yang memasuki ke dalam perut keretanya. Aku takkan biarkan perkara ni begitu saja.

********************************

”Daniel, atuk ada hal nak cakap dengan Daniel sekejap?” Tan Sri Daud bersuara sebaik saja melihat Daniel melintasi ruang tamu.
”Apa halnya, atuk?” Daniel terus menghampiri Tan Sri Daud yang sedang duduk berehat di sofa.
”Atuk nak mulai sekarang, Daniel jangan berkawan lagi dengan perempuan tu.” kata Tan Sri Daud secara tiba-tiba.
”Apa maksud atuk?” Daniel terkejut. Wajahnya berubah.
”Kau jangan nak berpura-pura tak tahu pulak. Atuk tahu sekarang ni Daniel berkawan dengan wartawan perempuan GBTVS tu. Lebih baik Daniel putus saja. Perempuan macam tu hanya nakkan harta kau saja. Dia tak ikhlas nak berkawan dengan kau pun.”
”Atuk! Halina bukan macam tu. Atuk tak kenal Halina so atuk tak berhak untuk kritik Halina. Lagipun, Daniel berhak berkawan dengan sesiapa pun. Atuk tak ada hak untuk menghalang.”
“Aku datuk kau! Aku berhak untuk halang dengan siapa kau berkawan dengan sekarang ni. Perempuan tu tidak setaraf dengan kita.”
“Atuk ingat perempuan yang setaraf macam kita ni baik ke? Mereka tu lagi teruk. Tak ada harga diri langsung. Hipokrit. Walau apa yang terjadi, Daniel tetap akan berkawan dengan Halina. You know why? Because i love her. I love her!” jerit Daniel. Kali ini Daniel sudah bengang. Inilah pertama kali dia bergaduh dengan atuk sejak pulang dari korea hari itu. Ingatkan perangai atuk dah berubah, rupanya tidak.
“Daniel, kau jangan degil. Kalau kau masih tak nak putuskan hubungan kau dengan perempuan tu, atuk akan pecat perempuan tu dari GBTVS. Kau jangan pandang ringan dengan kata-kata atuk ni. Kau pilih sekarang ni!”
“Atuk!” jerit Daniel. Dia geram dengan perangai atuknya yang suka mengugut.
“Kalau macam tu, dengan serta mertanya Dania dan Daniel akan letak jawatan.dari Global Bersatu jika atuk pecat Halina dari GBTVS.” Tiba-tiba ada suara menyampuk. Daniel dan Tan Sri Daud menoleh ke arah Dania yang sedang menghampiri mereka berdua.
”Kakak!” Daniel tersenyum sebaik saja melihat kehadiran Dania. Hatinya berbunga riang.
”Dania apa kau cakapkan ni?”
”Atuk, apa salahnya kalau Daniel membuat pilihannya sendiri. Biar dia tentukan sendiri siapa yang akan dicintainya seumur hidupnya. Susah sangat ke atuk nak faham?”
”Dania, kau jangan masuk campur. Ini hal antara atuk dan adik kau!” Tan Sri Daud bengang bila Dania berpihak pada Daniel.
”Daniel adik Dania. Satu-satunya adik Dania di dunia ni. Apa yang Dania ingin lihat sekarang ni adalah kebahagian dan kegembiraan Daniel. Dania takkan benarkan atuk musnahkan kebahagian Daniel. I will not let you do that to Daniel. Dania yakin Halina wanita yang sesuai untuk Daniel. Dia tak macam perempuan pisau cukur kat luar tu. I know her better than you do, atuk. So stop being selfish atuk!”
“Dania!” Tan Sri Daud mengetap bibir menahan geram. Daniel terkejut dengan apa yang berlaku. Inilah kali pertama kakak bertikam lidah dengan atuk. Selama ini, kakak hanya mendiamkan diri tetapi kali ni.....
”Dania restui hubungan Daniel dan Halina. Dania takkan benarkan atuk rosakkan hubungan mereka berdua. Dania takkan benarkan.” Nada suara Dania tegas. Wajahnya serius. ”Atuk tak pernah serik ke selepas apa yang telah berlaku? Tentang hal papa dan mama. Atuk dah lupa ke? Atuk nak tinggal seorang diri lagi ke?”
”Kau ugut atuk ke?” Tan Sri Daud terkejut dengan kata-kata Dania.
”Bukan nak mengugut hanya mengingatkan atuk saja. Kalau atuk masih berdegil juga nak halang hubungan Daniel dan Halina, hubungan kita akan putus. Atuk buatlah pilihan”
”Kakak!” Daniel terperanjat dengan kata-kata kakaknya.
”Dania, berani kau ugut atuk! Kau dah lupa ke siapa yang besarkan kau selama ni?” Bulat mata Tan Sri Daud merenung cucu perempuannya. Kali ni Dania berani mencabarnya.
”Dania tak pernah lupa atuk tetapi kami tak pernah pinta atuk besarkan kami pun. Jika diberi pilihan, Dania lebih selesa dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Hidup kami mungkin lebih gembira dan bahagia dari sekarang.”
”Jadi selama ni Dania tak gembira la ?” Nada suara Tan Sri Daud bergetar menahan marah.
”Gembira? Maksud atuk, gembira dengan semua ni ke? Harta, duit dan pangkat ni ke? Kami tak minta semua tu, atuk. Yang kami nak hanya kasih sayang atuk saja. Susah sangat ke untuk atuk faham? Selama ni segala arahan atuk , kami ikut saja. Atuk nak kami buat apa, kami turutkan saja. Kenapa kali ni tak boleh ke atuk fahami diri kami ? Sokong kami membuat pilihan sendiri? Susah sangat ke pemintaan kami ni, atuk! Salah ke kami kejar kebahagian kami sendiri? Atuk tak nak lihat kami bahagia ke?” Dania mengeluh.
”Atuk buat semua ni untuk kamu semua? Kamu tak nampak ke?”
”Betul ke atuk buat semua ni untuk kami atau untuk diri atuk sendiri? Atuk fikirlah baik-baik. Sekarang ni atuk buatlah pilihan, sama ada atuk pilih kami ataupun taraf hidup yang atuk banggakan selama ni? Daniel, jom!” Dania terus memegang tangan Daniel.
”Nak ke mana?” soal Daniel terkejut.
”Kita keluar dari rumah ni.” Dania terus melangkah meninggalkan Tan Sri Daud yang masih kaku mendengar kata-kata Dania.
”Apa!” Daniel terkejut. Matanya terkebil-kebil memandang Dania yang berada di hadapannya. Biar betul ni kakak aku?

***************************************

”Kakak!” selepas beberapa minit tiba di penthouse milik Dania, Daniel mula bersuara. Sejak dari tadi dia teragak-agak untuk bersuara. Selepas keluar dari rumah, kakaknya hanya mendiamkan diri.
”Hmmm.....”
”Betul ke kakak isytiharkan perang dengan atuk?”
”Kenapa?” soal Dania balik.
”Hmmm....selama ni kakak kan selalu ikut cakap atuk tapi kali ni.....kakak pelik la.”
”Jadi, Daniel nak kakak berpihak pada atuk la.”
”Bukan...Bukan! Kakak ni.” Daniel gelabah sebaik saja Dania kata nak ingin berpihak dengan atuk.
Dania ketawa apabila melihat reaksi Daniel.
”Bukan macam tu, Daniel tak nak disebabkan Daniel hubungan kakak dan atuk renggang.” Daniel rasa bersalah.
”Ala perkara ni small matters saja. Lagipun sesekali, kita kena ajar juga atuk tu. Semua benda atuk nak tentukan. Kakak dah rimas la. Atuk je nak menang. Mana boleh macam ni”
”Tapi .....”
”Percaya cakap kakak, atuk takkan berani pecat Halina. Adanya kakak, atuk takkab berani buat apa-apa. Lagipun kitakan satu-satunya darah dagingnya, pasti bila atuk nak buat sesuatu atuk akan fikir beberapa kali.” Dania tersenyum. Dia tahu pasti Daniel risau bila memikirkan tentang Halina.
Daniel perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.
”Kakak buat semua ni sebab nak atuk berubah. Kakak nak atuk boleh memahami dan bertimbang rasa. Kalau satu hari nanti kakak tiada, kakak nak Daniel dan atuk saling memahami antara satu sama lain.”
”Apa maksud kakak?” Daniel terkejut dengan kata-kata Dania. Matanya tepat merenung Dania.
Dania hanya tersenyum. ”Kalau la! Fikir yang bukan-bukan saja!” Dania cuba mengelak. “Hmm....bila nak berterus-terang dengan Halina? Susah sangat nak cakap ke? Berbohong pandai pulak?” Dania mengubah topik perbualan.
”Kakak cakap memang la senang, yang kena tempiasnya nanti Daniel. Halina paling benci dengan orang yang suka berbohong.”
”Kalau dah tahu, kenapa bohong?”
”Daniel tak sengaja la, kakak! Kakak ni sengaja nak naikkan darah Daniel la.” Daniel meninggikan suaranya. Dia geram.
”So bila nak berterus-terang ? Sebulan lagi ke ?” perli Dania. Dia sengaja nak mengusik Daniel. Selepas ni, belum tentu lagi dia boleh mengusik Daniel seperti ni lagi.
Hatinya tiba-tiba sebak namun Dania tetap kuatkan semangatnya. Dia mesti kuat kerana apa yang dia buat semua ni hanya untuk Daniel.
”Esok ! Esok confirm Daniel berterus-terang dengan Halina. Nak jadi apa pun jadilah.”yakin Daniel.
”Boleh percaya ke ?” kata Dania dengan nada suara ragu-ragu.
Daniel mengetap bibir bila Dania memperlekehkan dirinya. ”Ok ! Esok kalau kakak tak percaya, kakak datang tengok Daniel berterus-terang dengan Halina. Ok ! ”
”No problem ! I’m ok !”
”Kakak sampai bila kita nak perang dingin dengan atuk ni ?” Daniel tiba-tiba teringat akan atuknya.
”Sehingga atuk mengalah. Kali ni kita mesti keras hati. Jangan sesekali mengalah. Kita mesti degil jugak. 2 lawan 1! Siapa akan menang?” Dania tersenyum. Dia terus bangun. ”Oklah! Kakak nak mandi dan sembahyang sekejap. Lepas tu nak tidur. Good night.” Dania sempat mengenyitkan matanya pada Daniel.
Daniel hanya membuat mimik muka pada Dania. Dia masih belum berganjak dari tempat duduknya. Apa yang bermain difikirannya sekarang adalah dapatkah Halina menerima siapa dirinya yang sebenar?

****************************************

“Kau ingat bila diri kau dah terpilih jadi pengacara rancangan tu, kau dah boleh berlagak. Jangan perasaan la.” Kata Melissa menghalang perjalanan Halina dan Salwa yang ingin ke cafeteria.
”Kau ni apa halnya? Ribut tak ada, yang kau tiba-tiba naik angin apa halnya!” kata Salwa. Geram betul bila lihat perangai Melissa.
”Hey, kau jangan menyampuk! Sekarang ni aku bercakap dengan Lina bukannya kau!” Melissa menuding jari ke arah Salwa. Menyibuk saja Si Salwa ni! Di mana ada Halina, pasti ada Salwa. Dia ni parasit ke?
”Kau cakap dengan aku ke cakap dengan Lina ke? Sama saja.” Salwa sengaja cuba menyakinkan hati Melissa.
”Apa lagi yang kau tak puas hati lagi dengan aku ni, Melissa?” Halina malas nak melayan kerenah Melissa.
”Kau ingat bila kau dah jadi pengacara, taraf kau lebih tinggi dari aku! Jangan mimpi la. Aku takkan biarkan kau menang, Lina.”
”Taraf apa pulak ni? Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah pun nak berlawan dengan kau. Tiada siapa yang menang atau kalah pun dalam hal ni. Melissa, sudah sudahlah. Aku dah naik menyampah dengan semua ni. Apa kata kita berdamai saja? Bergaduh macam ni tak ada faedahnya. Friends, ok?” Halina menghulurkan tangannya. Tak rugi pun kalau dia mengalah.
”Lina!” Salwa terkejut dengan kata-kata Halina.
Dengan kasar Melissa menepis tangan Halina. ”Kau ingat aku akan mudah jatuh ke dalam perangkap kau tu ke? Aku tak bodoh la. Nak berbaik dengan aku konon. Semua tu helah.” Melissa tiba-tiba meninggikan suaranya.
”Helah apa pulaknya ni? Aku tak faham la. Kenapa kau mesti nak berprasangka buruk kat aku? Kenapa?” Halina menggelengkan kepalanya beberapa kali.
”Kau ni ada masalah mental ke? Orang nak berbaik dengan kau, kau tak nak.” kata Salwa secara tiba-tiba.
”Kau diam!” jerkah Melissa. Tiba-tiba saja, dia naik angin!
”Melissa cubalah banyak mengucap! Ramai orang kat sini.” Halina sedar banyak mata sedang memandang ke arah mereka sekarang ni.
”Aku peduli apa!”
”Kau dah lupa ke kau tu sekarang ni personaliti TV ?” kata Salwa.
Melissa tiba-tiba terdiam. Dia baru sedar. Dia lihat ramai orang sedang memerhati ke arahnya. Tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya.
“Hipokrit!” kata Salwa secara tiba-tiba.
Senyuman Melissa hilang sebaik saja mendengar kata-kata Salwa.
“Jom, Lina! Perut aku dah lapar ni. Baik kita blah cepat sebelum perempuan hipokrit ni tiba-tiba hilang akal lagi.” Salwa terus menarik tangan Halina meninggalkan Melissa.
Melissa mengetap bibirnya menahan geram. Salwa ni memang nak kena dengan aku ni. Kalau tunggu la, bila aku dah jadi isteri Tengku Daniel nanti aku akan pastikan kau berdua sujud kat kaki aku. Kau berdua lihat la nanti. Melissa berpaling ke belakang. Dia terkejut bila lihat wanita yang bercermin mata hitam sedang memerhati dirinya. Dia kenal siapa perempuan tu. Bukan ke dia bodyguard Tuan Muda? Kenapa dengan dia tu? Gila ke?Melissa merenung Murni. Selepas beberapa saat, Murni terus berlalu pergi. Sejak dari tadi, dia memerhati Melissa. Dia dapat rasakan perempuan tu ada niat tak baik pada Tuan Muda sebab itu dia perlu perhatikan gerak geri perempuan ni dan laporkan pada Cik Muda.

Wednesday, March 10, 2010

Rahsia Hati 32

BAB 32

Daniel mengeluh dengan kuat. Pen yang dipegangnya diletakkan dengan kasar. Kebelakangan ni, hidupnya memang tidak tenteram. Buat apa semua tak kena.Perasaan takut sentiasa menghantui dirinya malah dia sentiasa bimbang jika Halina mengetahui siapakah dirinya yang sebenar. Daniel tiba-tiba bangun. Berada di GBTVS bukanlah tempat yang selamat lebih-lebih bekerja sebumbung dengan Halina. Memang cari maut. Daniel akui kata-kata kakaknya memang benar, dia perlu berterus-terang tetapi dia belum ada kekuatan untuk menyatakannya. “Ahhh......” Daniel tiba-tiba menjerit. Dia seolah-olah seperti cacing kepanasan.
”Tuan Muda tak apa-apa ke?” soal Irfan.
Murni hanya memerhati.
“Murni, pinjam telefon awak sekejap?” Daniel terus berjalan ke arah Murni.
Tanpa banyak soal, Murni mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket baju kotnya.
Pantas Daniel mengambil telefon Murni dan terus mendail no telefon kakaknya. Sejak hari itu, sudah beberapa kali dia menelefon kakaknya tetapi panggilannya tidak dijawab. Kakak benar-benar isytiharkan perang padanya. Ini membuatkan dirinya geram.
Dia perlu bercakap dengan Dania. Dia perlukan nasihat Dania. Kalau aku call guna telefon Murni pasti, kakak akan jawab.
“Hello! Kakak!” kata Daniel secara tiba-tiba. Matanya bercahaya. Yes! Jerat dah mengena.
“Maaf, no telefon yang anda dial tiada dalam perkhidmatan! Tuttttttt........” kata Dania bila mendengar suara Daniel. Pantas Dania menamatkan panggilan tersebut. Dania tersenyum. Sesekali dia perlu ajar adiknya untuk menyelesaikan masalah sendiri sampai bila perlu bergantung dengan dirinya.
“Kakak!...Kakak! Jangan letak dulu.” jerit Daniel. Dia kenal benar dengan pemilik suara itu. Telefon bimbit Murni dipegang erat. Daniel mengetap bibirnya menahan geram.
Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir Murni. Irfan melihat telatah Murni. Inilah pertama kali Murni tersenyum. Murni menoleh ke arah Irfan. Senyumannya tiba-tiba hilang bila sedar Irfan sedang memerhati dirinya.
”Murni! Saya hairan macam mana awak boleh tahan dengan perangai kakak saya!” Daniel memberi kembali telefon Murni.
Murni menyambutnya. ”Saya dengan Cik Muda tak pernah ada masalah. Saya amat menghormati Cik Muda.”
”Ye la tu!” Daniel terus kembali duduk di kerusinya. Fail yang berada di atas meja tidak disentuhnya. Selagi dia tak selesaikan masalahnya dengan Halina, dia tak boleh tumpukan perhatiannya.
Tiba-tiba telefon bimbit Murni tiba-tiba berbunyi, pantas Murni menjawabnya. “Hmmm....Ya! Baiklah Cik Muda!” kata Murni.
Mata Daniel tepat merenung Murni. Dia tahu siapa yang telefon Murni sebentar tadi. Daniel hanya berlagak seperti biasa. “Hmm....Murni, apa halnya kakak saya call awak?”
“Rahsia. Ini antara Cik Muda dan saya.” Jawab Murni dengan selamba.
“Rahsia!” Daniel meninggikan suaranya. Dia merenung Murni yang berada tidak jauh dengannya. Kalau la si Murni ni jadi bodyguard aku, alamatnya tak lama lagi aku dapat darah tinggi la. Tetapi bila dia bersama kakak, dia hanya turutkan saja. Tak melawan pun. Ilmu apa la yang kakak guna ni sehingga Ali, Zamri dan Murni begitu setia pada kakak? Apakah rahsia antara kakak dan mereka? Dahi Daniel berkerut.

**********************

Tan Sri Daud menyandarkan dirinya di sofa sebaik saja mesyuarat yang dihadirinya sejak pagi tadi selesai. Tali lehernya dilonggarkan. Tan Sri Daud menundukkan kepalanya seketika. Letih! Pintu tiba-tiba diketuk. Karim terus masuk dan berjalan menghampiri majikannya.
“Hmmm….apa yang awak tahu tentang Dania?”
“Saya dah suruh orang saya cari fail kesihatan Cik Muda di hospital Dr. Hazwan. Yang peliknya, fail kesihatan Cik Muda tak ada. Yang ada hanya Tan Sri dan Tuan Muda saja.”
“Apa!” Tan Sri Daud terkejut.
”Orang saya ada tanya pada jururawat yang bertugas hari itu, katanya fail kesihatan Cik Muda ada pada Dr. Hazwan. Selama ni, fail kesihatan Cik Muda, Dr. Hazwan yang pegang.”
Wajah Tan Sri Daud berubah. Jantungnya tiba-tiba berdengup kencang. Hatinya sudah tak tenteram. Pantas Tan Sri Daud mencapai telefon bimbit yang berada di atas mejanya. Dia perlu menelefon Dr. Hazwan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang sedang dirahsiakan oleh cucunya itu.
”Tan Sri. Dr. Hazwan tak ada di Malaysia sekarang ni! Dia ada seminar selama 2 minggu di Cape Town.“ beritahu Karim. Dia tahu siapa yang Tan Sri Daud ingin telefon.
”Tak ada di Malaysia?“ Berkerut dahi Tan Sri Daud.
”Ya. Tan Sri jangan bimbang, saya dah arahkan orang saya cari fail kesihatan Cik Muda sampai dapat.” Karim faham akan kebimbangan Tan Sri Daud. Di dunia ni, Tan Sri Daud hanya ada Dania dan Daniel saja.
Perlahan-lahan Tan Sri Daud menganggukkan kepalanya. Kenapa hati aku berasa tidak tenang? Dania! Wajah Dania mula muncul. Sejak dari kecil, Dania tidak pernah menyusahkan dirinya. Dia pandai berdikari sebab itulah dia tidak pernah bimbang akan Dania tetapi sekarang ni kenapa aku tiba-tiba berasa bimbang akan Dania? Adakah ada sesuatu yang serius yang sedang berlaku yang aku tak tahu.
“Sekarang ni, Dania buat apa?”
”Sekarang ni Cik Muda ada di Kuantan, Pahang.”
”Buat apa?” Bulat mata Tan Sri Daud merenung pengawal peribadinya.
”Mencari Suffian.”
Tan Sri Daud tiba-tiba tersenyum. Dania benar-benar tidak pernah kenal akan erti putus asa. ”Karim, saya nak kamu tangkap Suffian sebelum Dania. Saya ada banyak perkara yang saya nak tanya pada Suffian.”
“Baiklah!” Karim akur dengan arahan Tan Sri Daud.
Selama ini mengenai Suffian, dia memang sudah lama tahu. Apa yang berlaku pada anak dan menantunya,dia sememangnya sudah tahu cuma dia tiada bukti untuk menuduh anak saudaranya itu. Johari memang licik. Dia tahu Johari yang merancang kemalangan yang mengorbankan nyawa anak dan menantunya. Dia hanya berpura-pura tidak tahu tetapi sebenarnya dia sudah arahkan orang untuk menangkap Suffian kerana Suffian merupakan satu-satunya saksi penting untuk mengheret anak saudaranya itu ke muka pengadilan tetapi sukar untuk menjejaki Suffian. Dia pandai menyembunyikan diri. Yang paling mengejutkan dirinya apabila sejak beberapa tahun yang lalu, dia mendapat tahu Dania juga cuba menjejaki Suffian. Dia tak tahu macam mana, Dania mengetahui mengenai Suffian. Jika Dania mengetahui mengenai Suffian bermakna Dania juga tahu mengenai kemalangan yang melibatkan ibu bapanya adalah dirancang. Selama ini, Tan Sri Daud hanya mendiamkan diri dan memerhati tindak tanduk Dania. Dia ingin tahu apa tindakan cucunya selepas ini.
“Tan Sri! Tan Sri Daud melihat ke arah Karim yang seolah-olah ingin menyatakan sesuatu.
“Ada apa lagi yang kamu nak laporkan pada saya?” soal Tan Sri Daud.
“Tentang Tuan Muda.”
“Kenapa dengan Daniel?”
“Kebelakangan ni, Tuan Muda rapat dengan seorang wanita. Wartawan!”
”Wartawan!” Tan Sri Daud hairan. Pelik! Daniel seorang yang susah bergaul dengan orang. Kawan di sekelilinginya pun boleh di kira berapa orang. Kawan perempuan! Memang tak ada.
”Namanya Halina Hanis. Wartawan GBTVS. Rasanya Cik Muda tahu mengenai hubungan mereka berdua sebab hari tu Cik Muda mengintip gerak-geri Tuan Muda dan wanita itu.“
”Apa! Mengintip!“ Tan Sri Daud terkejut. Siapa wanita itu? Adakah dia berkawan dengan Daniel semata-mata kerana wang dan pangkat? Aku tak boleh biarkan. Kebanyakkan wanita sekarang ni hanya mengejar lelaki kaya dan berpangkat saja. Dia tak nak Daniel menjadi mangsa mereka.”Saya nak kamu siasat latarbelakang wanita dan keluarganya. Saya nak laporannya secepat mungkin.“
”Baiklah! Saya keluar dulu!“ Karim menundukkan kepalanya dan terus berlalu keluar meninggalkan Tan Sri Daud masih duduk di sofa itu. Entah apa yang bermain di fikiran Tan Sri Daud sekarang ni, tiada siapa yang tahu.

************************************

”Cik Muda, sudah 6 hari kita berada di sini. Namun kelibat Suffian, kita tak nampak. Mungkin dia tahu, kita akan berada di sini.” Ali tiba-tiba bersuara.
Wajah Dania tenang saja. Mata Dania masih memerhati orang yang keluar masuk hospital Melati. Setiap orang yang berada di situ diamatinya di sebalik cermin mata hitam yang dipakainya. ”Dia tetapi akan datang. Kasih sayang seorang ayah takkan pernah padam. He’s coming.” Dania yakin. Anak Suffian yang bongsu baru saja dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit jantung. Mustahil Suffian tak akan melawat anaknya.
”Tapi....”
”Awak juga seorang ayah, Ali. Awak pasti faham akan perasaan Suffian. No matter what’s, tiada apa yang lebih penting di dunia selain darah daging kita sendiri.” Dania tersenyum.
Tiba-tiba pintu tingkap kereta diketuk, Dania menurunkan cermin keretanya. ”Ada apa Zamri?”
”Ridzuan dah mula sedar.” beritahu Zamri.
”Alhamdulilah.” Dania tersenyum lega. ”Nampaknya operation tu berjaya.”
“Ibu Ridzuan ingin berjumpa dengan Cik Muda , dia ingin ucapkan terima kasih kepada Cik Muda sebab tolong membayari kos perubatan Ridzuan.”
“Tak payah la Saya menolong dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Melihat Ridzuan sihat, itu sudah cukup bagi saya.“
“Baiklah. Saya faham, Cik Muda.” Zamri tersenyum. Sejak dulu lagi, Cik Muda memang baik hati. Tak kira siapa, kenal atau tidak, siapa yang susah dia akan bantu. Dia tak pernah berkira pasal duit.
“Zamri, saya nak awak tempatkan lebih ramai orang kita di setiap sudut hospital termasuk pintu keluar belakang hospital.” Arah Ali.
“Baik! Cik Muda, sebenarnya saya tak pasti sama ada apa yang saya nampak sebentar tadi betul atau tidak!” Zamri seolah-olah ragu untuk bersuara.
“Tentang apa, Zamri!” Dania tiba-tiba berminat.
“Saya rasa saya nampak Razif di hospital tadi!”
“Razif! Anak buah Karim!” Ali terkejut.
“Ya. Saya rasa macam tak percaya. Tapi saya yakin memang itu Razif. Yang peliknya, apa Razif buat di sini?”
Dania terdiam. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Mustahil untuk Razif untuk berada di sini secara kebetulan. Apakah tujuan Razif berada di sini? Adakah ia adalah arahan dari atuk? Adakah atuk tahu mengenai Suffian?

**************************

Murni melihat wanita yang sedang berdiri di hadapannya. Murni merenungnya dari atas ke bawah. Murni sedar wanita itu juga sedang memerhati dirinya. “Do you have any problem with me?”
“No!” jawab Murni menghalang perjalanan wanita itu. Zarina hanya memerhati gelagat mereka berdua.
”Saya ada hal nak bincang dengan Tuan Muda.” kata Melissa. Hish...perempuan ni, menyampah betul. Aku nak masuk jumpa Tuan Muda pun tak boleh. Dia ni siapa nak halang aku?
”Tentang apa?” soal Murni lagi. Nada suaranya tegas.
”Awak tak perlu sibuk! Hey, awak ni siapa?” Melissa mula rimas.
”Sesiapa saja yang ingin jumpa Tuan Muda, saya perlu tahu tujuan mereka dahulu sebelum membenarkan mereka untuk berjumpa Tuan Muda.Ini demi keselamatan Tuan Muda”
”What?” Melissa meninggikan suaranya. Melissa mengetap bibirnya menahan geram.
”Jadi, boleh Cik beritahu saya tujuan Cik ingin berjumpa Tuan Muda?” soal Murni lagi. Wajahnya serius. Matanya tepat merenung wanita yang sedang berdiri di hadapannya.
”Aaaa......” Melissa sedang berfikir.
”Jika tak penting, lebih baik Cik balik. Tuan Muda sangat sibuk. Perkara yang tidak penting, Tuan Muda tak ingin ambil tahu.” Murni tiba-tiba mencelah.
Air muka Melissa berubah. Dia terkejut dengan kata-kata wanita itu. Dia ni macam tahu-tahu je tujuan sebenar aku ingin berjumpa Tuan Muda. Sebenarnya tujuan dia datang berjumpa dengan Tuan Muda adalah untuk menjemputnya makan malam bersamanya malam ni dengan alasan untuk meminta maaf disebabkan hari itu.
”Betul tak, Zarina?” Murni tiba-tiba menoleh ke arah Zarina.
“Ya...Ya....” terus Zarina menjawab tanpa berfikir. Sebenarnya dirinya sendiri pun tak faham kenapa Murni menghalang wanita ini dari berjumpa dengan Tuan Muda.
“Hmmm....baiklah!” Melissa mengalah. Dia terus berlalu meninggalkan pejabat itu tanpa banyak soal. Ingatkan senang nak dekati Tuan Muda tapi rupanya ada bentang pertahanan pulak! Menyampah betul dengan perempuan tadi. Kau ingat aku akan putus asa begitu saja, jangan harap la. Tuan Muda tetap akan jadi milik aku. Bila ianya dah terjadi, orang pertama aku akan pecat adalah kau. Tunggu dan lihat la.
“Murni! Apa halnya?” soal Zarina selepas Melissa sudah beredar dari situ.
“Cik Muda beri arahan, jangan benarkan seekor pacat pun melekat di badan Tuan Muda.” beritahu Murni. Sebenarnya sudah beberapa hari, dia memerhatikan wanita tadi. Di mana saja Tuan Muda berada, wanita itu mesti ada. Melalui tingkah lakunya, dia sudah tahu apakah tujuan sebenar wanita tadi. Dasar pisau cukur!”
“Pacat!” berkerut dahi Zarina. Dari mana datangnya pacat pulak ni?
“Wanita tu ada niat tak baik pada Tuan Muda! Cik Muda tak nak mana-mana wanita dekati Tuan Muda. Awak faham maksud saya kan! Takkan awak mahu wanita tu jadi isteri Tuan Muda?”
”Apa!” Zarina membuat mimik muka tidak setuju. Minta simpang la. Tengok dari gaya pun dah tahu. Berlagak!
”Jadi, berhati-hati dengan wanita ni. Dia takkan putus asa begitu saja. Saya masuk dulu. Kalau dia datang lagi, awak beritahu saya.” kata Murni sebelum masuk ke bilik pejabat Tuan Muda. Zarina mengangguk faham.

***************************

”Dania!” Wardina tiba-tiba berada di belakang Dania. Senyuman terukir di bibirnya sebaik saja melihat kelibat sahabatnya itu.
“Ada apa, Dina?” soal Dania hairan. Dania memberi isyarat kepada Ali dan Zamri untuk meninggalkannya sendirian bersama Wardina.
“Ada apa kau tanya aku! Seminggu aku call kau tak dapat, kau tahu tak!”
”Aku ada urusan sikit di Pahang. So what’s up?’ tanya Dania.
“Hmm….aku nak ingatkan kau datang jalani pemeriksaan minggu depan. Dr. Hazwan tak ada. Dia suruh aku bertanggungjawab ke atas kau. Kau jangan lupa datang tau. Kalau kau tak datang, siap la kau nanti.” ugut Wardina.
”Baik, Dr Wardina.”
”Ubat kau ada lagi tak?” soal Wardina lagi.
”Ada la. Kau jangan bimbang.”
”Ada! Kau cakap kat aku betul-betul, selama ni ubat yang Dr. Hazwan beri kau makan ikut time tak? Aku tahu kau paling benci makan ubat!” Air muka Wardina tiba-tiba serius. Sejak dia berkawan dengan Dania, perkara yang Dania paling benci adalah ubat. Bila dia demam, susah benar nak paksa Dania makan ubat. Macam-macam alasan diberinya.
Dania tersenyum.
“Aku dah agak dah. Dania, kau dengar cakap aku! Penyakit kau ni bukan main-main. Penyakit kau ni serius. Penyakit barah otak ni, kau ingat penyakit biasa ke?” Wardina geram bila Dania tidak ambil berat langsung mengenai kesihatan dirinya.
“Aku tahu, Dina! Aku tak nak terlalu bergantung pada ubat. Sebanyak mana ubat yang aku makan pun, keputusannya tetap sama. Aku tetap akan mati. Hanya tinggal 3 bulan lagi. I need to enjoy my life.” Dania memegang bahu Wardina dengan lembut.
“Dania!” Kelopak mata Wardina mula berair.
“Ala, Dina! Kau jangan la menangis. Kau ni!” Dania masih tersenyum. “Jom, aku belanja kau lunch hari ni!”
”Aku memang tak nak menangis, tapi kau tu buat aku sedih. Aaaaa....kenapa air mata aku ni tak nak berhenti ni.” pantas Wardina mengesat air matanya
Dania ketawa melihat gelagat Wardina. Tanpa mereka sedari, Dania tidak sedar perbualannya bersama Wardina didengar oleh seseorang.
”Dania! Ada penyakit barah otak!” Johari tersenyum. Dia memerhati kelibat Dania dan Wardina menuju ke cafeteria di Global Bersatu. Ini merupakan berita gembira untuk dirinya. Johari ketawa. Pantas Johari mendial no telefon Mansur. Perkara baik ni dia perlu berkongsi dengan Mansur. Perkara ni perlu diraikan bersama.

Monday, February 22, 2010

Rahsia Hati 31

Bab 31


Dania menarik nafas panjang sebaik saja tiba di mahligai milik atuknya .Hatinya berdebar-debar. Kakinya terasa berat untuk melangkah. Semalaman dia berfikir, apakah perkara penting yang ingin dikatakan oleh atuknya. Adakah Hairi telah beritahu atuk tentang penyakit aku? Dania tiba-tiba kaku. Dia dapat rasakan badannya tiba-tiba berasa sejuk. Kalau-kalau atuk…dah tahu, macam mana ni?
Ali melihat perubahan wajah Dania yang tiba-tiba pucat. “Cik Muda, sakit ke?” soal Ali. Dia mula risau.
“I’m ok!” Dania menoleh ke arah Ali. Aku mesti kuat semangat. Dania mula melangkah masuk.
”Dania!” tegur Mak Munah. Dia tersenyum lebar sebaik saja nampak Dania. Sudah beberapa hari Dania tidak balik ke rumah. Tan Sri pulak asyik saja bertanyakan tentang Dania. Mereka berdua bergaduh ke? Mak Munah terus memeluk Dania.
Dania terus membalas pelukan itu. ”Mak Munah, Dania rindu la kat Mak Munah.” Dania tersenyum.
”Dania dengan Tan Sri bergaduh ke?” soal Mak Munah secara tiba-tiba. Dia terus meleraikan pelukan tadi.
Dania hanya tersenyum. ”Tak ada la, Mak Munah. Sekarang ni Dania sibuk dengan projek baru. Banyak perkara Dania nak kena buat. Hmm...atuk ada tak?” Mata Dania meliar melihat ke kiri dan kanan mencari kelibat atuknya.
”Tan Sri tak ada. Awal-awal pagi tadi, dia keluar. Katanya ada urusan yang perlu diselesaikan di Australia. Dia pesan selepas dia pulang nanti dia mahu Dania jumpa dia.”
“Mak Munah tahu tak kenapa atuk nak sangat jumpa Dania?”
“Tak tahulah tapi Tuan Hairi, tiap-tiap hari dia datang cari Dania!”
“Apa!” Dania terkejut. Hairi datang sini! Kenapa? Apa dia mahu lagi? Entah-entah dia sudah beritahu atuk tentang penyakit aku. Dania panik. ”Hairi jumpa atuk tak?”
”Tak. Dia cuma tanya Dania ada ke tak. Lepas tu dia balik. Kenapa? “ Mak Munah hairan dengan kelakuan Dania.
“Aaa....tak ada apa-apa.” Pantas Dania menjawab. Sebenarnya sudah banyak kali, Hairi menelefonnya tetapi panggilan Hairi tidak dijawabnya langsung. Dia malas nak melayan Hairi selepas apa yang terjadi tapi bila difikirkan balik, perkara ni perlu diselesaikan dengan segera. Jika tidak, teruk la aku. Masalah Uncle Johari belum diselesaikan lagi, kini bertambah lagi satu masalah. Ahhh.....
“Dania!” panggil Mak Munah bila lihat Dania tiba-tiba termenung. “Dania!”
“Ya...Ya.... Aaaa....Daniel mana, Mak Munah?”
“Awal-awal lagi dia pergi ke pejabat. Kelam-kabut je Mak Munah tengok. Daniel ada masalah ke?” soal Mak Munah. Dia perasaan perubahan Daniel kebelakangan ni, asyik termenung je. Makan pun sikit je.
“Biasalah, Mak Munah. Orang muda sekarang ni! Perangai mereka pelik sikit.” Dania tersengih. Semalam Daniel ada telefonnya tapi dia tak angkat pun. Saja! Sesekali merajuk.
”Daniel tengah bercinta ke sekarang ni?” teka Mak Munah.
”Mak Munah ni....ada-ada saja la. Pagi ni Mak Munah masak apa? Dania lapar la.” Dania cuba mengubah topik perbualan. Tangannya diletakkan di atas bahu Mak Munah.
“Bihun goreng je!” jawab Mak Munah.
“Sedapnya! Jom makan! Dania lapar la. Dania belum sarapan lagi.Kita makan sama-sama ye!” Dania terus berjalan menuju ke dapur bersama Mak Munah.
Mak Munah hanya tersenyum. Dia gembira kerana Dania balik hari ni. Rumah besar ni sunyi tanpa kehadiran Dania.

************************

Melissa terkejut bila ada tangan yang menghalang pintu lif dari tertutup. ”Maaf” kata lelaki itu.
Lelaki itu memberi laluan kepada seorang lelaki bercermin mata hitam masuk ke dalam lif tersebut. Diikuti oleh lelaki itu dan seorang lagi lelaki. Melissa merenung lelaki yang bercermin mata hitam itu. Bergaya tapi siapa lelaki ni? Macam anak orang kaya saja. Melissa melihat lelaki itu dari atas ke bawah. Perfect! Hatinya tiba-tiba saja tertarik dengan lelaki ni. Tak pernah nampak pun sebelum ni.
Sebaik saja pintu lif ingin ditutup, terdengar suatu suara. ”Wait.” Kata Rizal.
Dengan pantas, Irfan menekan butang lif. Pintu lif kembali terbuka. Rizal terkejut dengan kehadiran beberapa orang lelaki yang berada di dalam lif itu.
”Encik Rizal! Masuklah.” kata Daniel secara tiba-tiba. Daniel tersenyum.
”Terima kasih!” Sekali imbas Rizal menoleh ke arah Melissa yang berdiri. Rizal tersenyum. Melissa membalas senyuman itu.
”Awal Encik Rizal datang hari ni?” soal Daniel. Dia cuba beramah mesra dengan pekerjanya. Dia sedar Rizal seolah-olah kekok bila bersamanya.
”Pagi ni saya ada mesyuarat, Tuan Muda.” Kata Rizal. Melissa memerhati gelagat mereka berdua dengan penuh tanda tanya.
“Tentang rancangan terbaru tu yang awak cadangkan tu masih dalam pertimbangan. Tapi saya suka idea awak tu.”
“Terima kasih, Tuan Muda.” Rizal tersenyum bila dipuji.
Pintu lif terbuka. Daniel keluar diikuti Irfan dan Zamri. Sebaik saja mereka bertiga keluar, Melissa terus mendekati Rizal. ”Siapa tu?” soal Melissa ingin tahu.
”Itu Tuan Muda!”
”Tuan Muda! ”Berkerut dahi Melissa.
”Itu panggilan untuk Tengku Daniel Darius, cucu Tan Sri Tengku Daud. Pemilik Global Bersatu.”
”Maksudnya GBTVS ni dia punya la.” Nada suara Melissa tiba-tiba tinggi. Melissa tersenyum lebar. Nampaknya anggapan pertamanya terhadap lelaki tu memang benar. Memang ciri-ciri lelaki idaman aku. Kaya dan handsome. Pewaris Global Bersatu. Mesti kaya giler.
”Ya! Kenapa?” Rizal perasan akan perubahan Melissa. Ada tercalit sedikit perasaan cemburu dihatinya.
” Saja tanya. Hairan.Tapi kenapa Tuan Muda ada di GBTVS?’ soal Melissa lagi ingin tahu.
”Selepas apa yang terjadi, Tuan Muda perlu pulihkan pengurusan GBTVS kepada asal. Ini arahan ahli lembaga pengarah kerana mereka percaya, GBTVS akan pulih kepada keadaan asal di bawah pimpinan Tuan Muda.” terang Rizal. Sebenarnya dia respect dengan Tengku Daniel kerana walaupun dia orang atasan tetapi dia hormat dengan pekerja bawahannya. ”So malam ni jadi tak kita dinner bersama-sama.”
”Ok!” Melissa tersenyum. Pintu lif terbuka. Rizal tersenyum sebelum melangkah keluar dari lif.
”I love you!” ucap Rizal.
“I love you too.” Melissa mengenyitkan sebelah matanya sebelum pintu lif tertutup.
Melissa tersenyum lebar sebaik saja pintu lif tertutup. “Tengku Daniel Darius.” Tiba-tiba saja nama itu muncul di bibir Melissa.

************************

“Suzana! Berapa kali saya nak cakap kat awak, saya tak nak diganggu hari ni!” Marah Hairi bila mendengar pintu bilik pejabatnya diketuk. Sekarang ni fikirannya berserabut. Asyik fikirkan tentang Dania saja. Selagi dia tidak berjumpa Dania, hatinya tidak tenteram. Sudah beberapa kali dia menelefon Dania namun panggilannya tidak dijawab. Malah bila pergi ke rumah dan pejabat, Dania tiada. Dia tahu Dania cuba elakkan diri dari berjumpa dengannya.
“Tak sangka awak bad mood hari ni.” tegur seseorang.
Hairi terkejut bila mendengar suara itu. Dia tahu siapa pemilik suara tersebut. Pantas Hairi memusing kerusi yang diduduknya, matanya bulat melihat wanita yang sedang berdiri di hadapannya. Perlahan-lahan senyuman terukir dibibirnya. “Dania!” Hairi tiba-tiba bangun dan terus menghampiri Dania.
“Stop!” kata Dania. Dia terkejut dengan reaksi Hairi. Dania mengundurkan beberapa langkah ke belakang. Dania mengetap bibirnya. Ni mesti nak peluk aku ni! Ah....kenapa perangai dia ni pelik sangat kebelakangan ni? Buat aku takut saja.
Hairi berhenti.
”Kalau ...kalau....awak dekati saya,...saya...akan balik....” Suara Dania tiba-tiba bergetar. Alamak....apa kena dengan aku ni?
Hairi ketawa kecil. Geli hatinya bila mendengar ugutan Dania. Hairi cuba melangkah setapak untuk mendekati Dania. Dengan pantas, Dania mengundurkan langkahnya beberapa tapak. Hairi tersenyum lagi. ”Tak sangka awak takut pada saya.”
”Apa!” Bulat mata Dania merenung lelaki yang sedang tersenyum ke arahnya. Alamaknya....handsomenya dia bila tersenyum macam tu. Ahh...Dania, wake up! Dania memejamkan matanya. Dahinya berkerut.
”Dania, awak sakit lagi ke?” Hairi tiba-tiba risau bila melihat wajah Dania yang tiba-tiba berubah. Hairi cuba mendekati Dania lagi.
”Jangan dekat.” jerit Dania. Wajahnya kini serius. ”Let’s stright to point, kita perlu berunding.”
”Tentang apa?”
”Tentang perkara yang awak tak patut tahu.”
”Oooo...hal itu! Saya minta maaf pasal hari tu, saya tak berniat pun nak sakiti awak tapi....apa yang saya cakap hari tu memang tulus dan ikhlas. Ia lahir dari hati saya.”
”That you love me! Are you trying to fool me, Hairi?” Dania tiba-tiba marah. “Cintakan orang yang hanya ada 4 bulan lagi untuk hidup! Itu yang awak namakan cinta. Awak dah hilang akal ke?.”
“No! I’m sincerely love you, no matter what you say my feeling to you never change. Saya tahu sukar untuk mempercayai kata-kata saya tapi …apa yang saya katakan ni benar. I can’t live without you.”
“Hairi, awak sedar tak apa yang awak sedang cakapkan ni! Awak fikir dengan kata-kata manis yang awak taburkan ni, dengan mudah saya akan rebah di pangkuan awak. I can’t live without you! Nonsence!” Hampir nak termuntah Dania apabila mendengar kata-kata Hairi sebentar tadi. Dia fikir aku ni macam perempuan yang dia kenal ke? ”Setiap cacian awak pada saya pada hari pertunangan tahun lepas masih lagi segar dalam ingatan saya. Awak nak saya rewind balik ke?”
”Dania!”
”Kau ingat aku ni kemaruk sangat ke nak terima kau sebagai isteri aku. Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri aku. Dasar perempuan cukur. Kau hanya nak kikis harta aku saja. Aku benci perempuan macam kau. Jika kau perempuan terakhir kat dunia ni pun, tak ingin aku nak kahwin dengan kau. Lebih baik aku hidup seorang diri” Dania mengulangi kembali kata-kata yang pernah diucapakan oleh Hairi kepadanya.
Hairi terkejut besar. Badannya tiba-tiba kaku. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.
Dania tersenyum secara tiba-tiba. ”Untuk pengetahuan awak, Encik Hairi! Orang macam saya, bukannya mudah untuk melupakan atau memaafkan oranyg yang pernah menyakiti atau menjatuhkan maruah saya. Semuanya akan terpahat dalam hati saya. Takkan kurang walau seinci pun. So listen here carefully, if you dare to tell them about my illness. I’ll make sure your life miserable until you die. Like in hell. Hmm…satu lagi, cinta awak yang tulus dan ikhlas tu simpan saja untuk perempuan lain. Goodbye. I’ll hope we never meet again, Encik Hairi.” Kata Dania sebelum melangkah keluar dari bilik Hairi.
Hairi menggengam erat tangannya. “Dania, awak jangan ingat awak boleh singkirkan saya dari hidup awak dengan senang. Jangan harap la. Orang macam saya takkan mudah putus asa. Selagi awak tak terima cinta saya, selagi itulah saya akan sentiasa muncul dalam hidup awak.” Tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya. Aku akan pastikan Dania merasai keikhlasan cinta aku terhadap dirinya. Ini janji aku.

*****************************

”Cik Muda, pagi ni sudah beberapa kali Tuan Muda telefon. Tuan Muda pesan Cik Muda perlu call dia balik. Katanya urgent.” beritahu Suria sebaik saja Dania masuk ke pejabat..
”Hmm...baiklah. Ali, ada apa-apa perkembangan tentang Sufian?” soal Dania.
“Tak ada lagi, Cik Muda. Selepas kejadian malam tu, dia hilang tanpa dikesan. Saya yakin dia pasti sedang bersembunyi sekarang ni. Dia tahu Johari sedang mencarinya.”
“Walauapapun, kita mesti cari Suffian sehingga dapat sebelum Uncle Johari.. I need him. ”
“Shiela?”
“Tak ada apa-apa perkara yang mencurigakan tentang Shiela.”
Dania mengeluh kuat. ”Tak ada apa-apa perkara yang mencurigakan tu lah, buat hati saya tak tenteram....Ali, segala bukti tentang pengelibatan Uncle Johari dalam pengedaran dadah dan sindiket pelacuran dah cukup ke belum untuk kita heret Uncle Johari ke muka pengadilan?”
”Dah lebih dari cukup, Cik Muda.”
”Tapi hati saya masih tak puas jika Suffian belum dijumpai. Suffian adalah saksi utama bagi kes ibu bapa saya. Saya nak atuk dan Daniel tahu bahawa kemalangan yang telah mengorbankan ibu bapa saya adalah dirancang. Saya nak Uncle Johari menerima balasannya di atas apa yang dia lakukan pada saya.Disebabkan sifat tamaknya itu, Daniel dan saya menjadi anak yatim piatu. Saya takkan maafkan dia sampai bila-bila” Wajah Dania serius. Dendamnya pada Uncle Johari tidak pernah padam. Selagi dia tak tengok Uncle Johari merengkuk dalam penjara, hatinya takkan tenteram. Uncle Johari takkan terlepas.
Ali, Suria dan Murni hanya terdiam. Lidah mereka kelu untuk berkata-kata.
”Hmm...nampak saya ni terlebih emosional la pulak.” Dania sedar akan perubahan wajah mereka. Dania tersenyum. ”Ok! Murni, saya nak awak gantikan tempat Zamri. Awasi Daniel. Setiap pergerakkan Daniel, awak beritahu saya.”
”Baik, Cik Muda.”
”Ali, awak arahkan Zamri ke sini sekarang. Kita bertiga ada tugasan penting. Jika Suffian enggan keluar dari persembunyiannya, kita perlukan umpan agar Suffian keluar. Saya tak sanggup untuk menunggu lagi. Malam ni kita bertolak.”
”Ke mana?” soal Ali hairan.
“Kuantan, Pahang!” jawab Dania.
“Jadi, appointment Cik Muda .....” Suria bersuara.
“Batalkan. Suria, kamu tahu kan apa yang kamu perlu buat seterusnya!” Dania tersengih.
“OK!” Suria mengenyitkan matanya. Dia faham maksud Dania.

**********************************

“Murni! Kenapa kamu gantikan tempat Zamri secara tiba-tiba? Mana Zamri?” soal Daniel bertubi-tubi. Daniel terkejut dengan kehadiran Murni sebaik saja balik dari makan tengahhari.
“Mulai hari ini saya, saya akan menggantikan tempat Zamri.” Beritahu Murni.
Daniel menoleh ke arah Irfan. Pelbagai soalan bermain di fikirannya sekarang. Irfan hanya menggelengkan kepalanya.
”Mana Zamri?“ soal Daniel tidak puas hati bila soalanya tidak dijawab.
”Bersama Cik Muda.“
”Saya tahu la. Kenapa tiba-tiba kakak saya suruh awak gantikan tempat zamri?“
”Cik Muda mahu saya serasi dengan Tuan Muda.“
”Serasi!“ Daniel meninggikan suaranya. Berkerut dahi Daniel.
”supaya Tuan Muda tidak berasa kekok bila bersama saya!”
”Kekok!” Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tak faham langsung apa yang cuba disampaikan oleh Murni. Dia tahu pasti ada tujuan kenapa kakaknya menghantar Murni menjadi bodyguardnya.
”Selain Zamri, saya dan Ali akan bergilir menjadi bodyguard Tuan Muda.”
”Kenapa?”
”Tak tahu!” ringkas jawapan Murni dengan wajah bersahaja.
”Mustahil, kamu tak tahu. Kamu kan rapat dengan kakak saya.”
”Saya hanya bodyguard, Cik Muda. Tugas kami hanya mengikut arahan Cik Muda saja.”
Daniel merenung wanita yang sedang berdiri di hadapannya. Setiap kali bercakap dengan Murni mesti menyakitkan hati. Perangai Murni serupa Ali. Menjengkelkan! Walaupun Murni muda setahun darinya, Murni jarang menyapanya. Dia hanya rapat dengan kakak sahaja. Ke mana saja kakak pergi, Murni akan sentiasa bersama kakaknya. Wajahnya serius dan jarang tersenyum. Apa masalahnya pun, aku pun tak tahu. Tetapi beberapa bulan yang lalu, Murni tiba-tiba bercuti. Pelik. Sejak dari dahulu lagi dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang dirahsiakan oleh kakaknya. Daniel tiba-tiba berdehem. ”Hmm....kakak saya ada apa-apa pesanan tak kat saya?” tanya Daniel.
”Cik Muda suruh saya beritahu Tuan Muda yang Cik Muda takkan bercakap dengan Tuan Muda selama seminggu.”
”Apa!” Daniel terkejut. Takkan la kakak terasa dengan aku. Daniel susah hati.
”Dan ....masalah cinta Tuan Muda, Cik Muda takkan masuk campur. Pandai-pandailah Tuan Muda selesaikannya. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Sekian! Itu saja pesanan Cik Muda untuk Tuan Muda” Wajah Murni tenang saja.
Air muka Daniel berubah sebaik saja mendengar kata-kata Murni. Bibirnya terketar-ketar menahan geram. Kakak kalau tak perli aku, memang tak sah. Irfan hanya mendiamkan diri. Dia memerhati Murni. Murni ni memang pelik.

*********************************************

Melissa meluru masuk ke dalam bilik Rizal tanpa mengetuk pintu dahulu. Dia terkejut apabila mendapat tahu Halina terpilih menjadi pengacara bagi rancangan baru yang akan dikeudarakan di GBTVS. Hatinya benar-benar panas. Hatinya lebih sakit bila mendapat tahu penerbit bagi rancangan tu adalah Rizal. Pasti Rizal menolong Halina. Jika tidak, macam mana Halina boleh terpilih.
”Macam mana Halina boleh terpilih menjadi pengacara dalam segment terbaru tu? Dia tak layak, awak tahu tak!” jerit Melissa sebaik saja tiba di bilik Rizal.
Rizal terkejut besar. Air mukanya berubah.
“Awak tolong dia ke? Pasti awak tolong dia kan! Awak tolong dia sebab awak pun cintakan Halina kan! Kata tak cintakan Halina konon” marah Melissa. Sekarang ni kemarahannya tidak dapat dibendung lagi.
“Apa yang kamu merepekkan ni, Melissa?”
”Jangan nak berpura-pura tak tahu pulak. Halina takkan terpilih menjadi pengacara segment tu kalau tidak disebabkan awak” marah Melissa. Maruahnya tercabar apabila Halina telah melebihi dirinya.
”Melissa!”
”Apa! Awak ingat saya akan biarkan perkara ni begitu saja. Halina tak layak setanding dengan saya. Awak faham tak? Pemilihan Halina sebagai pengacara merupakan keputusan yang tidak tepat. Apa kata penonton nanti? Rating segemen tu pasti jatuh. Sedikit sebanyak ia akan menjatuhkan prestasi GBTVS. Halina kurang berpengalaman malah penampilannya tidak sesuai untuk menjadi seorang pengacara. Pasti ramai penonton akan bosan . Takkan awak tak fikir semua tu?” Melissa menegur Rizal.
”Pada pendapat saya, semua ini terletak pada penonton sama ada mereka suka atau tidak bukannya kita. Tugas kita hanya mencadangkan rancangan yang memberi faedah dan hiburan untuk dipertontonkan kepada penonton sahaja.”
Melissa terkejut apabila ada suara yang mencelah. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah lelaki yang sedang duduk di sofa. Bila pulak ada orang kat sini? Aku tak perasaan pun. Lelaki itu menoleh ke arah Melissa. Wajahnya serius.Bulat mata Melissa bila melihat lelaki itu.
Daniel bangun. Rizal hanya menundukkan kepalanya. Dia malu untuk memandang Daniel selepas apa yang berlaku.
”Saya tak tahu apa hubungan awak berdua tetapi awak perlu bijak untuk membezakan hal peribadi dan pejabat. Saya mahu semua pekerja GBTVS profesional dan beretika.” Daniel menegur mereka berdua. Matanya tepat merenung mereka berdua. Tujuan dia datang berjumpa dengan Rizal adalah untuk membincangkan tentang rancangan terbaru yang dicadangkan oleh Rizal. Tak sangka pula girlfriendnya tiba-tiba datang mengamuk. Di GBTVS, semua orang tahu hubungan antara Rizal dan Melissa tetapi Daniel hanya berpura-pura tak tahu. Dia malas nak masuk campur.Perempuan! Asyik cemburu buta saja.
”Rizal, petang ni awak datang ke bilik saya. Perbincangan kita sebentar tadi belum habis lagi. Awak selesaikan dulu hal awak.” kata Daniel sebelum berlalu pergi.
”Baik, Tuan Muda.”
Sebaik saja Daniel keluar, Rizal terus memegang lengan Melissa dengan kasar. ”Melissa, kamu ni kenapa? Dah kena rasuk hantu ke? Mengamuk tak tentu pasal. Kamu tak malu ke! Apa kata Tuan Muda nanti!” kini giliran Rizal pula memarahi Melissa.
Melissa hanya mendiamkan diri. Fikirannya kini serabut. Tuan Muda tahu ke tentang hubungan aku dan Rizal? Tak mungkin dia tahu. Habislah rancangan aku macam ni. Pasti pandangan Tuan Muda terhadap aku tak berapa elok selepas apa yang berlaku. Aku mesti ubah strategi aku. Walauapapun aku mesti jadi isteri kepada pewaris Global Bersatu.Melissa sudah bertekad. Aku perlu dekati Tuan Muda.



Thursday, February 11, 2010

Rahsia Hati 30

Bab 30

“Dania!” kata Wardina sebaik saja Dania sedar.
“Wardina!” Dania terkejut dengan kehadiran Wardina yang berada di sisinya.
“Syukurlah, kau dah sedar. Kau tahu tak 1 hari kau tak sedarkan diri. Aku risau, takut kau dah tak bangun lagi” Air mata Wardina tiba-tiba mengalir. Wardina mula menangis.
Dania terkejut apabila Wardina menangis secara tiba-tiba. Macam mana Wardina boleh ada di sini. Dania melihat keadaan sekeliling. Aku di mana? Hospital! Adakah….Dina dah tahu tentang penyakit kau? Pantas Dania bangun dari katil.
“Kau ni memang pentingkan diri sendiri. Aku ni bukan sahabat baik kau ke? Kau ingat aku jenis kawan yang berkawan dengan kau bila kau senang ke? Aku ....aku dah 11 tahun kawan dengan kau. Sampai hati kau rahsiakan penyakit kau ni dari aku.“
”Dina!“
”Kenapa kau tak nak terima rawatan, Dania? Kau tahu betapa seriusnya penyakit kau ni! Kau tak sayangkan nyawa kau ke?” Wardina meninggikan suaranya.
”Tapi aku tetap juga akan mati, Dina! Itu kenyataannya.”
”Dania!” jerit Wardina. Dia terkejut dengan kata-kata sahabatnya itu. ”Dengan cepat kau mengalah, kau sedar apa kau cakapkan ni! Dania yang aku kenal takkan cepat mengalah.Kau perlu lawan penyakit ni dan jangan terus mengalah”
”Aku tetap akan mati, Dina. Itu takdir aku. Kalau aku boleh terima kenyatannya, kenapa kau tak boleh, Wardina!” Dania tersenyum.
”Dania! Kau sedar tak apa yang kau cakap tadi. Kau ingat penyakit barah otak ni main-main ke? ”
”Dina! Dengar sini, kalau aku terima rawatan pun, kesudahannya tetap sama. Walauapa carapun, aku lakukan, penyakit ni takkan sembuh. Aku perlu selesaikan dulu urusan aku sebelum aku pergi, i hope you understand.”
”Aku tak faham.” jerit Wardina. Air matanya masih deras mengalir. Kata-kata Dania benar-benar menyakitkan hatinya. Dengan senang kau mengalah, sampai hati kau nak tinggalkan aku, Dania.
Dania memegang lembut tangan Wardina. ”Dina, kalau aku terima rawatan, badan aku akan lemah! Aku akan jadi macam mayat hidup. Aku tak nak, Dina. Aku tak nak atuk dan Daniel sedih bila lihat aku macam tu nanti. Aku mahu sebelum aku pergi, mereka hanya akan mengingati memori yang indah tentang aku. Bukan tentang penderitaan aku.” ucap Dania dengan lembut. Dia tahu sahabatnya itu akan memahami dirinya.
Wardina mengeluh. Dia kenal benar dengan perangai Dania yang degil tu. Nasihat aku takkan diterimanya. “So bila kau nak beritahu Daniel dan atuk kau tentang penyakit kau ni?”
“Bila tiba masa yang sesuai, aku akan beritahu mereka.”
”Betul ke kau dah bertekad tak nak terima rawatan. At least, kau ada sikit harapan, Dania.” Wardina masih tidak berputus asa.
“Harapan!” Dania ketawa kecil.
Dahi Wardina berkerut bila melihat reaksi Dania. Aku tersalah cakap ke?
”Orang macam aku sudah tak ada harapan. Apa yang penting sekarang? Aku perlu urusakan sesuatu sebelum aku pergi.” Wajah Dania berubah. Nada suaranya berlainan.
”Maksud kau, Uncle Johari!”
”Ya. Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa.” tegas Dania. Wardina merenung Dania. Pantas Wardina mengesat air matanya.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Serentak mereka berdua menoleh apabila Ali masuk ke dalam bilik itu. ”Cik Muda!” Ali tersenyum bila melihat Dania sudah pun sedar. Sepanjang malam, dia risau dengan keadaan majikannya.
”Ali”
”Ya, Cik Muda” pantas Ali menjawab dan mendekati Dania.
“Ada apa-apa berlaku sewaktu saya tidak sedarkan diri?” soal Dania.
“Tiada”
“Daniel?”
“Tiada apa-apa perkara yang berlaku pada Tuan Muda. Cik Muda, jangan risau. Zamri dan Irfan akan sentiasa menjaga keselamatan Tuan Muda.”
“Shiela?” tiba-tiba nama disebut oleh Dania.
“Sepanjang Tuan Muda balik, Cik Shiela tak pernah pun datang jumpa Tuan Muda. Mungkin Cik Shiela takut dengan ugutan Cik Muda hari tu!”
“Tak mungkin. Mustahil. Orang macam Shiela takkan mengalah begitu saja. Dia pasti ada rancangan.” Dania berfikir seketika. Hatinya mula tak senang. “Ekori Shiela ke mana saja. Setiap gerak-geri dia, laporkan kepada saya.”
“Baik.”
Dania mengenggam erat tangannya.Kenapa saja aku rasa macam tak sedap hati saja? Adakah ada sesuatu yang akan berlaku? Mesti Shiela sedang merancangkan sesuatu, aku perlu tahu rancangan Shiela.
Wardina merenung Dania. Macam ada sesuatu yang bermain di fikiran sahabatnya itu. Kenapa kau langsung tak pernah ambil berat tentang diri kau? Kenapa kau masih pentingkan orang lain sedangkan sekarang ni nyawa kau dalam bahaya. Adakah dendam lebih penting dari nyawa sendiri, Dania? Wardina mengeluh.
”I’m fine!“ Dania tersenyum. Dia faham makna sebalik dari keluhan Wardina sebentar tadi.

***************************************

”Hmm...Karim! Ada apa?“ soal Tan Sri Daud sebaik saja Karim berdiri di hadapannya. Tan Sri Daud meninggalkan cermin matanya. Dia merenung orang kanan yang amat dipercayainya selama ni. Sudah 20 tahun, Karim berkhidmat dengannya.
”Tan Sri, kebelakangan ni Cik Muda sering kelihatan di hospital. Yang peliknya, bila setiap kali ke hospital, hanya Ali yang akan iringi Cik Muda tanpa diiringi oleh pengawal peribadi yang lain.“ Beritahu Karim.
”Mungkin dia berjumpa dengan kawannya, Wardina.“ Tan Sri Daud kenal dengan Wardina, kerana Dania hanya ada seorang saja kawan baik iaitu Dr. Wardina yang dikenalinya sejak sekolah menengah.
”Padanya saya mula fikir macam tu juga tapi kebetulan hari tu Dr. Wardina cuti manakala Dr. Hazwan menghadiri seminar di Johor. Yang peliknya, siapa yang Cik Muda jumpa? sebab selepas 5 jam baru Cik Muda beredar dari situ. Semalam, orang saya beritahu yang Cik Muda pergi ke hospital dan sehingga sekarang Cik Muda tidak beredar dari situ malah kereta Cik Muda juga masih berada di kawasan tempat kereta hospital.”
Wajah Tan Sri Daud berubah dan dia berfikir seketika. Semalam, Daniel beritahu Dania bermalam di rumah Wardina, takkan la Daniel berbohong. Mustahil.
“Selain itu, Tan Sri! Orang saya beritahu mereka nampak Tuan Hairi keluar dari hospital itu awal-awal pagi tadi. Wajahnya sugul. Macam ada masalah.”
“Hairi!” Tan Sri Daud terkejut.
”Ya. Dan orang saya beritahu, setiap kali Cik Muda ke hospital, wajahnya pucat dan tidak bermaya seolah-olah seperti orang yang sedang menahan kesakitan.”
Tan Sri Daud terdiam seketika. Tiba-tiba saja hatinya resah. Tak sedap hati. Baru-baru ni, Munah ada beritahunya yang Dania semakin kurus dan wajahnya pucat. Dania juga jarang makan di rumah. Perangainya pelik. Setiap kali balik dari pejabat terus masuk ke dalam bilik. Adakah Dania merahsiakan sesuatu dari aku? ”Karim, aku nak kau siasat kenapa Dania ke hospital? Siapa dia jumpa? Lepas tu beritahu saya dengan segera” tegas Tan Sri Daud.
”Baik, Tan Sri.” jawab Karim.

********************************

Halina menghempas gagang telefon yang berada di tangannya dengan kasar. Dia tidak peduli dengan mata-mata yang sedang memandangnya, tahap kesabarannya sudah sampai hadnya. Perasaan marahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Api kemarahannya sudah tidak dipadamkan lagi. Kali ini sudah 6 kali, pemintaannya ditolak. Dengan alasan sibuk! Tiada masa. ”Kenapa kau ingat kau seorang saja yang sibuk? Orang lain tak sibuk. Dasar anak orang kaya. Kau ingat, diri kau hebat sangat ke?” marah Halina. Matanya tepat merenung telefon yang berada di atas mejanya.
”Kenapa? Ada masalah ke? Takkan tugasan sekecil kuman tu, kau tak dapat nak selesaikan.” tegur Melissa secara tiba-tiba. Dia mendekati Halina yang sedang berdiri.
Halina mengetap bibirnya sebaik saja Melissa mendekatinya . “Kenapa? Kau nak tolong aku ke?” kata Halina dengan kasar. Dia sedaya upaya menahan kemarahannya.
”Maaf la, bukan la aku tak nak tolong tapi maklumlah selepas aku jadi penyampai berita pukul 8 ni. Kerja aku terlalu banyak. Meeting tiap-tiap hari. Lepas tu ramai reporter nak interview aku, maklumlah dah jadi penyampai berita ni. Famous la sikit. ”Melissa tersenyum. Dia sengaja ingin sakitkan hati Halina. Sekarang kau dah tak boleh pandang rendah kat aku lagi. Aku lebih hebat dari kau.
” Ada aku kisah.” jawab Halina secara tiba-tiba.
Muka Melissa berubah. Dia terkejut dengan kata-kata Halina.
”Hey, Melissa! Kau ni boleh tak kalau sehari tak sakitkkan hati aku! Setiap kali kau bercakap dengan aku, tiba-tiba saja aku rasa nak termuntah! Kau tahu tak apa sebabnya? Sebab mulut kau busuk!”
”Halina! Kau ni kenapa? Aku cakap elok-elok dengan kau! Kenapa kau cakap macam tu dengan aku?” Melissa tiba-tiba naik angin. Kata-kata Halina benar-benar memalukan dirinya. Banyak mata sedang memandang ke arah mereka.
”Kau ikhlas ke setiap kali bercakap dengan aku, Melissa? Macam la aku tak tak tahu agenda kau yang sebenarnya. Kau dah dapat Abang Rizal! Apa la yang kau tak puas hati lagi dengan aku, Melissa? Sudah! Sudah la. Kau tak malu ke, berperangai macam budak-budak!” kata Halina terus menolak Melissa dengan kasar apabila Melissa menghalang perjalanannya. Halina terus berjalan meninggalkan Melissa. Dia ni memang gila. Malas aku nak layan. Langkah Halina terus diatur menuju ke lif. Fail yang berada di tangannya digengam erat. Tengku Daniel Darius, kau tunggu la.

*******************************************

” Hello! Kakak!” Kata Daniel sebaik saja menjawab panggilan telefon dari Dania.
”Wah...impressive! Cepatnya jawab. Selalunya kalau kakak telefon, pasti Daniel lambat angkat. Pasti ada sesuatu yang tak kena ni.” Dania ketawa kecil sambil langkahnya diatur menuju ke tempat letak kereta.
”Kakak ni! Daniel ada masalah ni.” Beritahu Daniel. Semalaman dia tak tidur, nak makan pun tak lalu. Nak buat kerja pun, semuanya tak kena. Ni disebabkan temubual yang ingin dilakukan oleh Halina. Kalau Halina tahu siapa aku yang sebenarnya mampus aku.
”Pasal interview tu ke?” Dania sudah dapat meneka. Suria ada beritahunya pasal interview tu.
”Kak pun!” Daniel terkejut.
”Ya. Termasuk atuk sekali. Wartawan yang ditugaskan untuk temubual ni, Halina kan!”
”Itu pun kak tahu!” Daniel mengeluh.
”Ya. ”
”Oh ya, Daniel terlupa! Kakak kan ahli nujum. Semua perkara kak tahu.” perli Daniel.
”Kakak dah tetapkan appointment kakak dengan Halina, minggu depan!” beritahu Dania.
”Apa!” Daniel terkejut.
”So....Daniel yang start semua ni, apa kata Daniel selesaikannya. Kakak tak nak terlibat langsung.”
”Tapi kak, kalau Lina tahu selama ni Daniel tipu dia pasti Lina tak nak maafkan Daniel.” Daniel resah.
”Sekarang ni Daniel kat mana? GBTVS?” soal Dania.
”Kat rumah. Daniel takut la nak pergi sana. Takut terserempak dengan Lina.”
Ketawa Dania semakin kuat. ”Rupanya adik kakak ni penakut jugak la ye! Take my advice, take her out tonight and explain everything to her. Kan dari dulu kakak dah cakap, berterus-terang tapi Daniel degil. Sekarang dah jadi macam ni, mula la cari kakak. Orang yang selalu hidup dengan pembohongan ni, hidupnya takkan aman. Sentiasa takut dan hati tak tenang. Contohnya, tak payah la kakak beritahu.”
“Kakak!” Daniel meninggikan suaranya. Dia tahu Dania sedang memerlinya.
“ I got to go now! Good luck for tonight.” Dania terus menamatkan perbualan mereka.
”Hello...Kakak! Wait.” kata Daniel tetapi Dania sudah menamatkan panggilan tersebut. Daniel mengetap bibirnya menahan geram. ”Orang tak habis cakap lagi! Dia dah letak. Hmm...apa nak buat ni! Baik je, aku ikut cakap kakak.” Daniel terus mendail no telefon Halina tanpa ragu-ragu.

********************

”Assalamualaikum! Cik, saya Halina Hanis! Kita pernah bercakap beberapa kali di telefon pasal ....” kata Halina sebaik saja tiba di meja setiausaha Tengku Daniel Darius
”Awak!” kata Zarina secara tiba-tiba. Zarina terus bangun
Halina terkejut. ”Oh ya....awak yang........hari tu....masa kat Sabah!” Halina tersenyum bila lihat wanita yang berada di hadapannya.
”Ya....Awak masih ingat lagi ke?”
”Tentu la saya ingat, penangan penampar hari tu takkan saya lupa. Ini semua gara-gara perasaan cemburu sepupu saya. Terlalu ikutkan perasaan. Dengar sangat cakap orang. Aaaa....lelaki hari tu yang ....pakai cermin mata hari tu....” Halina tiba-tiba teringat akan lelaki yang bercermin hitam pada hari tu tapi ....rasanya macam pernah jumpa la sebelum ni. Berkerut dahi Halina
”Yal Itulah Tuan Muda!” Zarina tersenyum.
”Sebenarnya tujuan saya .....” belum sempat Halina menghabiskan percakapannya. Zarina sudah mencelah.
”Maaf, Cik Halina. Hari ni Tuan Muda tak datang ke pejabat. Dia cuti.” Kadang-kadang Zarina kasihan dengan Halina yang tidak putus asa menelefon untuk memujuk Tuan Muda menerima temubualnya. Bila sebut saja nama Halina, pasti Tuan Muda gelabah macam ada sesuatu yang tak kena je.
”Apa!” Wajah Halina berubah. Macam nak larikan diri dari aku saja!
”Boleh tak awak beritahu saya no telefon Tuan Muda?” tanya Halina.
”Maaf, Cik Halina. Tuan Muda tak benarkan saya beri no telefonnya pada sesiapa pun. Saya minta maaf.”
Halina mengeluh hampa.
”Cik Halina, hmmm beginilah! Kalau esok Tuan Muda datang, saya akan call awak, Ok!” Zarina tersenyum. Dia kasihan juga dengan wanita ni. Walaupun permintaannya ditolak namun dia tetap juga tak putus asa. Sebab tu Zarina respect dengan wanita ni.
”Ok! Terima kasih.” Halina tersenyum. Nampaknya dia ada harapan.
”Oh ya! Tadi setiausaha Cik Muda ada call, dia suruh saya sampaikan pada awak yang Cik Muda setuju dengan permintaan awak. Hmm...kata minggu depan, hari Rabu pukul 9 pagi, Cik Muda free.” beritahu Zarina.
”Yes!” Halina menjerit kegembiraan. Yes, aku dah berjaya.
Zarina tersengih bila melihat gelagat Halina. ”Tapi.....jangan awak lupa pula tentang Tuan Muda.”
Kata-kata Zarina sebentar tadi mengejutkan Halina. Halina terdiam seketika. Betul jugak!
”Tapi perangai Tuan Muda pelik sejak .....” kata Zarina. Matanya tepat memandang wanita yang berhadapannya.
”Pelik!” Halina terkejut.
”Tak ada-apa!”
Tiba-tiba telefon bimbit Halina berbunyi, Halina melihat no telefon yang tertera di skrin telefonnya. Halina tersenyum. ”Terima kasih. Saya pergi dulu. Nanti saya belanja awak minum ok!”
”Ok!” Zarina tersenyum. Tiba-tiba saja dia rasa senang hati bila berbual dengan Halina.
Halina mengatur langkah meninggalkan Zarina. ”Daniel, guess what?” kata Halina secara tiba-tiba sebaik saja menjawab panggilan tersebut. Senyuman terukir di bibirnya.
”Daniel!” Berkerut dahi Zarina mendengar nama itu. Kebetulan saja kot! Tak mungkin. Mustahil. Zarina memerhati kelibat Halina sehingga hilang dari pandangannya.

***************************************

”Munah!” jerit Tan Sri Daud sebaik saja tiba di mahligainya. ”Munah”
”Ya....Ya.....” Dengan pantas Mak Munah berlari keluar dari dapur sebaik saja mendengar namanya dipanggil. ”Ya, Tan Sri.”
”Dania dah balik?” tanya Tan Sri Daud. Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan.
”Belum.” jawab Mak Munah. Hari ni air muka Tan Sri Daud berlainan dari biasa.
”Hish...mana budak ni pergi? Kat pejabat pun tiada. Bila orang call, dia offkan handphonenya. Budak ni memang nak kena ni! ” bebel Tan Sri Daud seorang diri. Sudah seminggu dia tidak berjumpa dengan Dania kerana sejak peristiwa hari tu, Dania sering mengelakkan diri darinya.
”Tapi tadi Daniel ada beritahu saya, semalam Dania tidur di rumah kawannya, Dr Wardina.”
”Wardina!” Berkerut dahi Tan Sri Daud. Tan Sri Daud mengetap bibirnya menahan geram. ”Munah, kalau Dania balik nanti suruh dia jumpa saya.”
”Baik, Tan Sri!”
”Karim, saya nak kamu cari Dania sampai dapat. Kamu bawa dia balik jumpa saya. Kalau dia enggan, saya tak kisah kamu guna apa carapun asalkan kamu bawa Dania jumpa dengan saya. Faham!” tegas Tan Sri Daud terus meninggalkan mereka berdua yang masih berdiri di situ. Dia dapat rasakan yang Dania takkan pulang malam niMana la budak bertuah ni pergi?
“Angin Tan Sri macam tak baik je hari ni. Apa la Cik Muda dah buat?” Mak Munah tiba-tiba bimbang.Mak Munah berpaling ke arah Karim. Karim hanya mendiamkan diri.

*********************************************

”Cik Muda, kalau Tuan Muda tahu kita menghendap dia dating pasti dia marah.” Murni tiba-tiba bersuara.
”Kalau dia tak tahu, dia takkan marah.” Dania tersenyum. Matanya tepat memerhati gelagat pasangan yang berada tidak jauh dari meja mereka.
Ali hanya menggelengkan kepalanya. Tadi Cik Muda kata ada urusan penting yang perlu diuruskan rupanya ini urusan pentingnya. Menghendap Tuan Muda dating. Ini dah kira macam stalker.
”Order cepat. Kamu berdua nak makan apa, saya belanja.” Dania tersenyum sambil membetulkan cermin mata yang dipakainya.
”Cik Muda, telefon!” beritahu Ali bila mendengar telefon Dania berbunyi vibrate.
”Atuk! Biarlah. Malas saya nak jawab.” Dania langsung tidak mempedulikan panggilan tersebut. Matanya masih lagi memerhatikan gelagat Daniel dan Halina. Dia gembira melihat Daniel sentiasa tersenyum dan ketawa bila bersama Halina. Dia yakin Halina sesuai dengan adiknya jika dibandingkan dengan wanita lain yang sentiasa memburu cinta adiknya.
Tiba-tiba telefon bimbit Ali berbunyi! Ali terkejut melihat no telefon yang tertera di skrin telefon bimbitnya. ”Tan Sri!” Ali menunjukkan telefon bimbitnya pada Dania. Air mukanya berubah.
”Ala. Kamu ni Ali!” Dania terus mengambil telefon bimbit Ali dan off telefon bimbit Ali. ”Macam ni kan senang.” Dania memberikan kembali telefon bimbit Ali.
”Cik Muda!” Bulat mata Ali bila secara tiba-tiba Dania off telefon bimbitnya.
”Jangan bimbang.”
Tiba-tiba telefon bimbit Murni pula berbunyi, wajah Murni berubah sebaik saja melihat no telefon yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Perlahan-lahan Murni melihat ke arah Dania.
Dania tersenyum bila melihat pandangan Murni ke arahnya. Pantas Dania mencapai telefon bimbit Murni dan off telefon bimbit tersebut.
”Cik Muda!”
”Mood saya tengah baik ni, saya tak nak sebarang gangguan. Pasal atuk saya tu, biarkan saja. Hmm….Murni! Ali! Kamu rasa Daniel akan berterus-terang dengan Halina tak ?” Dania cuba mengubah topik perbualan.
“Ya.” Jawab Murni tanpa berfikir dengan lebih panjang. Ali hanya mendiamkan diri.
“Bagi pendapat saya, tak!”
“Kenapa Cik Muda cakap macam tu?” Murni hairan.
“Saya kenal sangat dengan perangai adik saya. Kamu lihat la saja nanti.” Dania tersengih. Berani ke Daniel nak berterus-terang? Tak! You love her.

********************************

“Tahniah!” ucap Daniel sambil tersenyum. Hatinya gembira sebaik saja dapat berjumpa dengan Halina. Sudah beberapa hari mereka tidak berjumpa , ini disebabkan interview Daniel hilang semangat untuk berjumpa dengan Halina. Dia bimbang jika rahsianya terbongkar. Malam ni, aku dah bertekad. Aku mesti berani berterus –terang. Sampai bila aku nak larikan diri.
“Belum lagi la. Interview saya antara Tuan Muda tak selesai lagi. Perangai Tuan Muda tu pelik la, bila saya nak jumpa dia saja. Macam-macam alasan dia beri. Buat saya geram, awak tahu tak. Saya tahu la dia tuan punya syarikat, apa salahnya kalau beri kerjasama. Interview saya tak ambil masa lama pun, rasanya tak sampai 20 minit. Susah sangat ke nak luangkan masa 20 minit tu? Anak orang kaya memang macam tu, tak pernah faham kesusahan orang lain.” Halina meluahkan perasan tidak puas hatinya. Selama ni dia hanya pendamkan rasa.
Daniel menelan air liurnya sebaik saja mendengar kata-kata Halina. Wajahnya berubah pucat. Kata-kata Halina sebentar tadi, sedikit sebanyak telah menghilangkan semangat Daniel untuk berterus-terang.
”Mungkin dia ada alasan dia tersendiri.” Daniel cuba membela diri sendiri.
“Saya faham dia seorang yang sibuk tapi apa salahnya beri peluang kepada orang lain. Tak salah kan! Macam Cik Muda, dengan senang saja dia setuju akan permintaan saja. See! She’s different with her brother. Rasanya orang yang lebih sibuk adalah Cik Muda. Kalau dia boleh luangkan masanya, kenapa adiknya tak boleh? “
Daniel menundukkan kepalanya. Sibuk! Iye la tu, sibuk main saja kerjanya. Kalau la awak tahu perangai kakak yang sebenarnya. Pasti awak takkan cakap macam ni. “Awak ni ….tak kenal dia lagi, kenapa awak cakap macam tu? Tak elok !”
“Saya tahu tetapi bila saya teringatkan perangai dia, buat saya geram. Kalau la saya jumpa dia, nak saja saya tumbuk dia. Geram!” Halina menghentak tangannya di atas meja dengan kuat.
Daniel terkejut. Mampus la aku macam ni. Macam mana aku nak berterus-terang ni ? Kalau aku berterus-terang sekarang, pasti teruk aku dikerjakan nanti. Aaaa....macam mana ni?
”Daniel, kenapa dengan awak ni? Muka pucat saja. Awak sakit ke?” kata Halina melihat wajah Daniel yang pucat.
”Saya okay!” Daniel tersenyum. Dia cuba menyembunyikan apa yang sedang bermain di fikirannya.
Pang! Tiba-tiba kedengaran bunyi pinggan pecah. Serentak Daniel dan Halina berpaling ke belakang untuk melihat apa yang berlaku. semua pelanggan di kedai itu terkejut dengan apa yang berlaku. ”Maaf!” ucap pelayan itu. Dia terus mengutip serpihan pinggan yang pecah itu.
Tiba-tiba minta Daniel terhenti ke arah meja yang berada tidak jauh darinya. Macam kenal saja.Lelaki yang memakai topi dan cermin mata. Dua orang perempuan yang pakai cermin mata dan hud pun. Mata Daniel bulat sebaik saja sedar siapa sebenarnya ketiga-tiga orang itu. Daniel mengetap bibirnya dan tangannya digengam erat. Kakak! Sepatutnya aku dah dapat agak! ”Lina, sekejap ye. Saya nak jumpa kawan saya sekejap.” Daniel tiba-tiba bangun
”Ok!”
Daniel mengatur langkah menuju ke arah meja itu. Dia melihat kakaknya masih tersenyum. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Daniel menarik kerusi dengan kasar sebelum duduk.
”Daniel apa Daniel buat kat sini?” Dania tiba-tiba bersuara dahulu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
”Kakak, jangan nak berlakon di sini. Macam la Daniel tak tahu tujuan sebenar kakak kat sini? Ingat menyamar macam ni, Daniel tak kenal.”
Dania ketawa kecil manakala Ali dan Murni hanya mendiamkan diri. Mereka tahu Daniel sedang marah.
”Kakak! Sekarang ni lebih baik, kakak balik!” tegas Daniel. Dia geram bila privacynya diganggu.
”Dah berterus-terang ke belum?” tanya Dania tidak mempedulikan kemarahan adiknya.
”Kakak! Balik! Sebelum kakak terima nasib yang sama dengan kuih ni, baik kakak balik sekarang.” ugut Daniel terus makan kuih karipap yang berada dihadapannya dengan kasar. Matanya masih tepat merenung kakaknya.
”Sedap tak?” Dania masih tersenyum.
”Kakak!” tegas Daniel. Dia geram bila Daniel tidak mempedulikan katanya.
”Ok...Ok! Kakak balik. Biasa la bila orang tengah bercinta ni, kakak sendiri pun dia ketepikan. Bila dia susah nanti, baru la dia teringatkan kakak dia. Ali! Murni! Jom balik.” Dania membuat memimik muka sedih dan terus bangun meninggalkan Daniel yang terkejut dengan reaksi Dania. Ali dan Murni hanya mengikuti Dania keluar dari situ. Selepas saja meninggalkan Daniel, air muka Dania terus berubah.Dia tersenyum. Sesekali merajuk apa salahnya.
Daniel menggaru kepalanya yang tak gatal. Alaaa....kakak merajuk pulak! Macam mana ni. Perasaan bersalah mula terbit di hatinya. Tension! Tension. Daniel berpaling ke arah Halina yang memerhati ke arahnya. Daniel hanya tersenyum.

**********************************

Langkah Dania terhenti bila ada seseorang menghalang perjalanannya. Dania tersenyum.
”Cik Muda! Tan Sri arahkan Cik Muda ikut saya pulang ke rumah sekarang. Ini arahan!” tegas Karim.
”Uncle, Dania bukan budak-budak lagi. Dania ingat lagi di mana rumah Dania. Nanti Dania balik.”
“Maaf Cik Muda, Tan Sri nak Cik Muda balik sekarang.”
“Kalau saya tak nak balik, Uncle nak buat macam mana ?” soal Dania.
“Kalau macam tu, Cik Muda jangan salahkan saya jika saya bertindak kasar?” Karim memberi amaran.
Dania tersenyum. Dia sedar akan kehadiran beberapa orang pengawal peribadi yang lain di belakang Karim. Nampaknya Uncle memang serius. Penting sangat ke sampai atuk arahkan Uncle mencari aku?
Ali dan Murni terus berdiri di hadapan Dania sebaik saja melihat kehadiran mereka. Mereka perlu melindungi Cik Muda. “Ali! Murni!”
Mereka berdua berpaling. Dania memberi isyarat ke arah mereka berdua. Ali dan Murni berundur.
“Jadi Uncle nak tangkap dan ikat saya la.”
”Jika terpaksa!” jawab Karim. Wajahnya serius.
”So Uncle ingat mereka semua ni dapat kalahkan saya.” Nada suara Dania berubah .
Karim terkejut. Air mukanya berubah. Kata-kata Dania ada benarnya. Siapa yang tak kenal Dania? Dania mahir dalam seni mempertahankan diri. Silat, karate dan taek kwan doo. Jika ditambah dengan kehadiran Ali dan Murni, dia sudah tahu keputusannya. Orang yang berada di sisi Dania, bukan sebarangan orang.
”Esok awal-awal pagi, Dania akan jumpa atuk. Sampaikan pesanan ni kat atuk.” Dania terus berlalu pergi tanpa mempedulikan Karim dan orangnya.
Karim masih tercegat dan membisu.
”Kita nak biarkan begitu saja ke?” soal Razif secara tiba-tiba.
”Jika kita bertindak pun, kita akan kalah. Cik Muda bukan sebarangan orang. Lagipun, kita tak boleh cederakan Cik Muda.”
”Tapi Tan Sri ....”
”Jangan bimbang! Cik Muda seorang yang menepati janji. Pasal Tan Sri, pandai-pandailah saya jawab nanti.” Karim memerhati kereta Mercedes milik Dania meluncur laju meninggalkan mereka.

Tuesday, January 26, 2010

Rahsia Hati Bab 29

Bab 29


“Wah, bertuahnya badan! Tiap-tiap hari dapat bunga. Siapa bagi kat kau?” tanya Salwa sebaik saja tiba di meja Halina. Dia tersenyum melihat sejambak bunga ros pink di atas meja Halina.
“Kawan aku la.”
“Lelaki ke perempuan?” soal Salwa lagi ingin tahu.
“Kawan!” Halina menegaskan lagi katanya. Dia faham maksud pertanyaan Salwa.
“Kawan! Kawan macam mana? Tiap-tiap hari bagi kau bunga, itu kau kata kawan. Menurut firasat aku, ini bukan kawan. Special ni. Kau perasaan tak, Si Melissa tu bila pandang kau macam nak telan saja. Sebab dia jealous kat kau, tiap-tiap hari dapat bunga. Dia ingat dia seorang saja boleh bercinta”
“Aku tak tahu la, macam mana nak cakap kat kau. Daniel tu kawan aku masa kat korea. Full stop tu je!” tegas Halina.
”Ooo...namanya Daniel. Sedap nama tu. Mesti handsome. Ala...kau kan single, tak berpunya. Kau terima saja Daniel tu. Aku tahu mesti dia mengharap cinta kau.”
Halina mengeluh kuat. Pen yang dipegangnya sebentar tadi diletakkan. “ Salwa, aku dan Daniel! Kawan! Kau nak ke aku eja satu persatu dan terangkan maksudnya sekali. Lagipun buat masa ni aku malas nak bercinta. Aku nak tumpukan perhatian untuk karier aku saja. Faham! Yang kau ni, releks nampak. Tak ada kerja ke?”
“Aku dah siapkan dah. Lagipun bahagian berita sukan, tak banyak kerja sangat. Hmm...kau tahu tak , mulai minggu depan Si Melissa akan jadi pembaca berita Buletin 8 menggantikan tempat Kak Sofea.”
“Kak Sofea? Kenapa?”
“Aku dengar Kak Sofea sambung belajar kat London. Sebab tu mereka replace tempat Kak Sofea dengan Melissa. Mentang-mentang la mereka berdua tu bestfriend.” kata Salwa dengan nada tidak puas hati.
”Dah rezeki dia.” kata Halina.
”Ye ke, rezeki dia! Entah-entah Abang Rizal tolong dia sebab tu dengan senang saja dia dapat.”
”Itu hal mereka, Salwa. Kalau Abang Rizal tolong pun, apa kena mengena dengan kita.Lagipun orang yang dia tolong, girlfriend dia sendiri.”
”Ini tak adil, Lina.” tegas Salwa.
Halina mengeluh kuat. ”Salwa! Adil ke, tidak adil ke! Kita tidak berhak judge orang berdasarkan perasaan kita, kita tak tahu sama ada perkara itu benar atau tidak. Kita tak tahu perkara yang sebenarnya.Mungkin Melissa dapat jawatan tu disebabkan kerajinan dan daya usahanya sendiri. You sholud think postive, Salwa.”
”Kau ni memang terlebih baik la.” Salwa menggelengkan kepalanya. Selepas apa yang berlaku, Halina masih tenang. Kalau la aku, dah lama aku balas dendam. Biar Melissa rasa !
”Halina!”
Salwa dan Halina menoleh ke arah suara tersebut. ”Puan Melati nak jumpa awak sekarang, Halina!” kata Anuar yang baru saja keluar dari bilik Puan Melati.
”Kenapa?”
”Aku tak tahu la! Kau pergi la cepat!” kata Anuar terus duduk di mejanya.
Halina terus bangun. ”Nanti kita lunch sama-sama, ye !”
”Ok!” jawab Salwa sambil tersenyum. Dia melihat ke arah Melissa yang sedang merenung dirinya. ”What!” kata Salwa dan terus berjalan ke arah mejanya. Nak cari pasal dengan aku ke?

**********************

Dr. Hazwan merenung Ali seolah-olah ingin ditelannya. Dr. Hazwan mengeluh kuat. Ali hanya mendudukkan kepalanya. Dia tahu dirinya bersalah. Sudah beberapa kali Dr Hazwan berpesan kepadanya untuk menjada Cik Muda tapi.... ”Ali, saya tak tahu nak cakap apa lagi dengan kamu ni! Dah banyak kali, saya pesan supaya jaga kesihatan Dania. Bulan ni saja, sudah banyak kali Dania pitam! Kalau tahu kan maksudnya, kalau perkara ni berterusan.” Dr. Hazwan meninggikan suaranya.
”Maafkan saya!”
Hairi berasa bersalah bila melihat Ali dimarahi. Apa yang terjadi pada Dania adalah kerana dirinya bukannya Ali. “Uncle, sebenarnya semua ni salah Hairi bukannya Ali.” Hairi tiba-tiba bersuara.
Dr. Hazwan mengeluh. Disebabkan terlalu marah, dia tak sedar kehadiran Hairi di situ. “Hairi, apa Hairi buat kat sini?” tanya Dr. Hazwan. Dia kenal Hairi kerana Hairi adalah anak kepada sahabat baiknya, Sufian. Arwah Ayah Hairi dan Arwah Ayah Dania adalah sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah ke universiti. Kini hanya tinggal dirinya saja.
“Dania jadi macam ni disebabkan Hairi, Uncle. Perkara ni tak ada kaitan dengan Ali.” kata Hairi bersungguh-sungguh. Matanya sudah merah . “aaa....Dania, macam mana dengan Dania? Dia tak apa-apa kan!” Hairi terus menggengam erat tangan Dr. Hazwan.
“Hairi tahu tentang penyakit barah otak yang dihadapi oleh Dania ke?” Matanya tepat merenung anak muda yang berdiri dihadapannya.
Hairi menganggukkan kepalanya sebagai tanda ya. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Dr. Hazwan.
”Kalau Hairi tahu, kenapa Hairi tetap juga nak kahwin dengan Dania?” Minggu lepas, Dania ada datang berjumpa dengannya untuk pemeriksaan kesihatan. Wajahnya sugul seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Bila dipujuk barulah, Dania menceritakannya segala-galanya.
Hairi mendiamkan diri.
”Jawab! Kenapa Hairi nak kahwin dengan Dania, hah! Beritahu uncle! Hairi dah tahu kesihatan Dania macam ni tapi kenapa Hairi tetap nak kusutkan fikiran Dania.Dania hanya ada masa beberapa bulan lagi nak hidup. Hairi tahu kan, penyakit barah otak tiada ubatnya. Hairi nak Dania mati cepat ke?” marah Dr. Hazwan. Perasaan marahnya kali ni sudah tidak dapat dibendung lagi.
”No! I love her, Uncle. I love Dania!” tegas Hairi. Kenapa? Salah ke aku mencintai Dania. Berdosa ke?
Dr. Hazwan kaku seketika sebaik saja mendengar pengakuan Hairi. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Wajah Hairi direnunginya. Benarkan Hairi mencintai Dania? Dr. Hazwan menoleh ke arah Ali. Ali hanya menganggukkan kepalanya. Dr. Hazwan mengeluh.
“Dr. Wardina!” tercetus nama tersebut di bibir Ali sebaik saja melihat seorang wanita yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Serentak Hairi dan Dr. Hazwan berpaling. Mereka terkejut dengan kehadiran Wardina di situ.
Air mata Wardina mengalir tanpa disedarinya. Bibirnya terketar-ketar seolah-olah ingin menyatakan sesuatu tetapi lidahnya kelu untuk berkata-kata. Apa yang didengarnya sebentar tadi benar-benar diluar jangkaannya. Kakinya tiba-tiba lemah untuk melangkah. Dania!...Dania! Air mata Wardina deras mengalir. Wardina melihat satu persatu wajah lelaki yang berada di hadapannya. Benar ke dengan apa yang aku dengar sebentar tadi? Dania ! Barah otak! Tak mungkin. Pandangan Wardina tiba-tiba terhenti pada Ali. Dengan lemah, Ali mengganggukkan kepalanya. Dia tahu maksud disebalik pandangan Wardina terhadapnya. Wardina tiba-tiba terduduk. Tangisannya semakin kuat.

**************************************

”Halina, saya ada tugasan untuk awak!” kata Puan Melati sebaik saja Halina duduk.
”Tugasan!”
”Ya. Tugasan ini untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia. Saya rasa awak layak memikul tugasan ni.” Puan Melati tersenyum. Dia tahu Halina seorang yang berkaliber. Tugasan ni sesuai untuk Halina.
”Mengenai apa, puan!”
”Saya nak kamu temubual pewaris Global Bersatu! Saya yakin pasti segmen ni akan menarik perhatian penonton.”
”Pewaris Global Bersatu!”
”Ya! Tengku Dania Dahlia dan Tengku Daniel Darius!” beritahu Puan Melati.
”Daniel Darius!” Halina terkejut. Nama sama macam Daniel je. Tetapi mustahil la. Kebetulan nama mereka berdua sama je. Seorang cucu jutawan dan seorang lagi pengawal keselamatan. Berbeza. Memang berbeza.
”Kenapa, Halina? Kamu kena dengan Tuan Muda ke?” soal Puan Melati.
”Tuan Muda!” Halina hairan.
”Tengku Daniel! Ooo...saya terlupa, kamu baru lagi kat sini. Semua staf Global Bersatu mesti panggil Tengku Dania dan Tengku Daniel , Cik Muda dan Tuan Muda.”
”Tuan Muda! Tapi kenapa?” Soal Halina hairan. Tinggi sangat ke taraf mereka sehingga kena panggil seperti itu.
”Arahan dari Tengku Daud. Pengerusi Global Bersatu. Bila big boss, beri arahan macam tu, kita kena ikut la. Hmm....saya pasti ramai ingin tahu kehidupan Tuan Muda dan Cik Muda kerana mereka berdua ni low profile. Oklah, Halina! Saya beri masa pada kamu selama 2 minggu. Boleh kan! Ini untuk tingkatkan rating rancangan Selamat Pagi Malaysia.”
”Baiklah, Puan! Saya takkan kecewakan Puan. Sekarang jugak, saya pergi ke Ibu Pejabat Global Bersatu.” yakin Halina. Sekarang ni semangat dia berkobar-kobar, inilah peluang untuk dirinya menunjukkan bakatnya. Dia takkan sia-siakan peluang ni.
”Kamu nak ke sana buat apa?”
”Aaa....kan, Puan suruh saya interview Cik Muda dan Tuan Muda” Halina hairan.
”Tuan Muda ada di sini. Kamu interview dia dulu.”
”Tuan Muda ada di GBTVS?” Halina terkejut besar.
”Ya. Selepas apa yang berlaku diGBTVS hari tu, sudah seminggu Tuan Muda ada di sini untuk memperbaiki pengurusan GBTVS. Kalau tak salah saya, pejabat Tuan Muda di tingkat 4. Kamu call setiausaha dia dulu, tetapkan temujanji. Saya rasa Tuan Muda takkan menolak kerana ni untuk kepentingan GBTVS ”
”Baiklah, Puan!” Halina bangun dan berlalu keluar.

**************************************************

”Tuan Muda!”
Daniel menoleh apabila namanya dipanggil. ”Ya, Zarina!”
”Tuan Muda, tadi ada wartawan dari GBTVS call. Dia nak adakan temubual dengan Tuan Muda petang ni! Pukul 3.00petang.”
“Temu bual. Untuk apa?” Dahi Daniel berkerut.
”Untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia. Segment ni tentang life Cik Muda dan Tuan Muda.“
”Apa!“ Daniel terkejut.
”Cik Halina beritahu, segmen ni....“ belum sempat Zarina menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba Daniel mencelah.
”Halina!” bulat mata Daniel sebaik saja nama itu disebut.
”Ya! Cik Halina Hanis. Nama wartawan tu Halina Hanis.”
”Apa!” Nada suara Daniel tiba-tiba meninggi pantas Daniel bangun. Wajah Daniel berubah pucat. Biar betul, Lina nak interview aku. Kalau dia tahu siapa aku yang sebenarnya pasti Lina akan benci aku! Macam mana ni? Daniel sudah gelabah. Irfan hanya tersenyum. Dia tahu sebabnya kenapa Daniel seperti itu.
”Tuan Muda, kenapa ni?” Zarina pelik dengan kelakuan Daniel.
”Cakap saya sibuk. Saya tak nak ditemubual.” Daniel terus mengambil kotnya. Daniel merenung jam tangannya sudah menunjukkan pukul 2 petang. Fuh, nasib baik! Aku kena tinggalkan tempat ni cepat. Bahaya ni.
”Esok?” soal Zarina.
”Sibuk!”
Zarina terkejut dengan jawapan Daniel. Kenapa Tuan Muda kelam-kabut saja? Macam nak larikan diri dari seseorang?
”Tapi apa saya nak beritahu Cik Halina?”
”Hmm...saya busy.Zarina, hmmm....kalau sesiapa tanya pasal saya, cakap saja saya ada hal kat rumah. Saya balik dulu.” pesan Daniel. Dia mengambil cermin mata hitam dan topinya. Pantas dia memakai sebelum keluar. Dia takut kalau terserempak dengan Halina. Sejak dia bekerja di sini, setiap langkahnya perlu berhati-hati. Perasaan takut sentiasa menghantui jiwanya. Dia bimbang jika Halina mengetahui identitinya yang sebenar. ”Zamri, kita turun ikut tangga.” beritahu Daniel.
Zamri hanya tersenyum dan mengekori Daniel tanpa banyak soal. Zarina menggaruk kepalanya yang tidak gatal. Pelik! Dah buang tabiat ke boss aku ni, baru je pukul 2 dah nak balik. Selalunya selagi tak terbenam matahari, jangan harap la nak balik. Kali ni, lain pulak. Sebut saja nama Cik Halina, reaksi Tuan Muda memang pelik. Hmm....misteri ni!

********************************
Wardina masih setia berada di sisi Dania yang masih belum sedarkan diri. Tangannya masih erat memegang tangan Dania. Wardina memejamkan matanya. ”Dania! Kenapa kau sorakkan perkara ni dari aku? Kan kita dah berjanji takkan berahsia antara satu sama lain. Kau lupa ke?”
Wardina membuka matanya dan merenung wajah Dania yang pucat lesi. Sejak dari pagi hingga sekarang Dania masih belum sedarkan diri. Wardina menoleh ke arah Ali yang berada tidak jauh dari katil Dania.
”Pasti Daniel dan Tan Sri tak tahu tentang penyakit Dania!”
”Ya.”
”Jadi awak seorang saja yang tahu.” wardina kenal benar dengan perangai Dania. Tak hairanlah jika Daniel dan atuknya tak tahu.
”Saya, Dr Hazwan dan Hairi.”
“Hairi dah balik?” soal Wardina.
“Belum. Tuan Hairi ada kat luar. Dia masih menunggu Cik Muda sedar. Dia rasa bersalah dengan apa yang berlaku.” Beritahu Ali.
Wardina mengeluh. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Wardina menoleh ke arah Ali. Bunyi itu datang dari beg tangan Dania. Pantas Wardina mengeluarkan telefon bimbit Samsung milik Dania. Nama Daniel tertera di skrin telefon itu. “Daniel!”
“Pasti Tuan Muda risau sebab Cik Muda tak balik lagi.” Ali menoleh ke arah jam dinding yang berada di dalam bilik itu. Sudah pukul 10 malam.
Wardina mengeluh. Pantas Wardina menjawab panggilan itu. ”Assalamualaikum.”
”Waalaikumussalam. Daniel, ni Kak Dina.“
”Oooo....Kak Dina, kakak ada tak?” soal Daniel berjalan menuju ke balkoni. Ada perkara yang perlu dia bincangkan dengan kakaknya.
”Ada. Sekarang ni Dania tengah mandi. Kami baru saja balik dari tengok wayang. Mungkin Dania akan bermalam kat rumah kak. Dania ingat selepas mandi ni, dia akan call Daniel tapi dah alang-alang Daniel call ni, kak beritahu Daniel la. Hmm...ada perkara penting ke nak cakap dengan Dania?”
”Hmm....tak apa la! Tak penting sangat tapi nanti boleh tak kak Dina beritahu kakak, jumpa Daniel kat GBTVS. Baiklah...kirim salam kat kakak ye! Assalammualaikum...” kata Daniel sebelum menamatkan panggilan.
Wardina mengeluh dan menoleh ke arah Dania. ”Dania, sampai bila kau nak berahsia dari Daniel, hah! Kau ni memang pentingkan diri sendiri” kata Wardina geram. Wardina menundukkan kepalanya sebaik saja air matanya ingin mengalir. Dengan pantas Wardina mengesat air matanya.

Friday, January 15, 2010

Rahsia Hati 28

Bab 28

Mata Halina masih tepat memandang pintu masuk Coffee Bean. Hatinya masih tertanya-tanya siapakah yang mengirimkan sejambak bunga ros kepadanya pagi tadi. Kad yang terselit di jambangan bunga itu tidak ditulis siapa pengirimnya tetapi terdapat pesanan di kad tersebut. ”Jika nak tahu siapa saya, jumpa di Coffe Bean di hadapan GBTVS pukul 5 petang ni.” Dahi Halina berkerut. Pantas dia merenung jam tangannya. Dah 5.20 ni! Aku kena tipu ke! Siapa yang bagi bunga tu? Abang Rizal? Tak mungkin. Secawan kopi yang berada di hadapannya sudah habis diminum. Halina mengeluh.Nampaknya memang benar la aku kena tipu! Kalau aku tahu siapa, siap la! Halina bangun.
”Sorry!” tegur satu suara.
Halina terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Hanya bibirnya bergerak cuba untuk bersuara tetapi tidak kedengaran. Mata Halina terkebil-kebil merenung lelaki yang berdiri di hadapannya. Dia tak percaya.
”Duduk la, Lina!” Daniel terus duduk tanpa dipelawa oleh Halina yang masih kaku.
”Daniel!”
”Ya, saya!” Daniel tersengih.
”Bila awak balik? Pagi tadi kita chatting, awak tak beritahu saya apa-apa pun!” Halina terus duduk.
”Saya sampai pagi tadi. Saja nak surprise awak! Awak suka tak dengan bunga yang saya bagi.” Sebaik saja mendengar suara Halina yang lemah –lembut itu. Rindunya sudah terubat. Matanya masih tepat merenung wajah Halina. Rasanya macam lama saja tak jumpa Halina.
”I like it. But why?” Halina hairan. Dia ingat lagi kata-kata Daniel sebelum berlepas.
”I had been caught by my scary sister.” Daniel ketawa kecil.
“Aaaa….” Halina terkejut.
“It’s time for me to come back, Lina. Anyways, this is my hometown. Dengan melarikan diri, masalah takkan selesai. I have to face it.”
“Melarikan diri?” Kata-kata Daniel sebentar tadi mengejutkan Halina. Larikan diri? Dari siapa?
”Tak ada apa-apa. So, macam mana dengan suasana tempat kerja? Boss baik ke? Rakan sekerja sporting tak?” tanya Daniel bertubi-tubi.
”Amboiii....macam pulak jadi wartawan. Satu-satu ok!”
”Excited la.”
”So far, ok la. I like it.” Halina tersenyum. Halina merenung Daniel yang hanya berseluar jeans dan t-shirt putih. Makin handsome la Daniel ni. Hatinya gembira dengan kehadiran Daniel dalam hidupnya. ”Sekarang awak dah dapat kerja ke belum?”
”Dah”
”Kat mana?” soal Halina lagi.
”Aaa...tempat kerja yang lama.”
”Syarikat apa?”
Mata Daniel meliar ke kiri dan kanan. Aaa...dia tanya aku kerja kat mana pulak? Aku nak cakap apa ni? Daniel masih berfikir. Kat mana? Ini la akibatnya kalau menipu...”Aaa...GB SafeGuard.”jawab Daniel secara tiba-tiba.
”Ooo...anak syarikat Global Bersatu! Sama la kita.” Halina tersengih. Muka handsome tapi kasihan kerja guard tapi tak apa la asalkan halal.
”So ...awak dah order ke belum? Ari ni biar saya belanja, ok!” kata Daniel. Dia terus melambai tangan ke arah pelayan cafe itu.
Halina tersenyum melihat gelagat Daniel. Dirinya bertuah kerana dapat berkenalan dengan Daniel.

************************************

Dania mengetap bibirnya menahan geram. Biliknya penuh dengan bunga lagi. Hampir keseluruhan biliknya dipenuhi bunga ros. Ini kerja Hairi. Dah 2 minggu, Hairi asyik mengirimkan jambangan bunga ros merah kepadanya. Kalau tak di pejabat, di rumah juga ada. Rimas dibuatnya. Dia ingat aku suka sangat bunga ke?Semakin menjadi-jadi Hairi ni, tak faham bahasa. Dia nak aku buka kedai bunga ke? ”Suria....Suria.....”
Suria bergegas masuk bila mendengar namanya dipanggil. ”Kenapa, Cik Muda?” soal Suria.
”Suria, kan saya dah pesan! Saya tak nak semua bunga ni ada dalam bilik saya. Kamu bagi saja kat siapa-siapa! Saya tak kisah. Yang penting bilik saya kosong! Tak ada bunga.” beritahu Dania.
”Sebenarnya....,Cik Muda! Kita ada masalah besar.”
“Masalah besar?” Dania terkejut. Ali berdiri di sebelah Suria. Kelihatan Suria teragak-agak untuk beritahu apa yang berlaku.
“Tan...Tan Sri pesan kat semua staff, kalau Tan Sri dapat tahu sesiapa ambil bunga yang diberi oleh Cik Muda! 50% dari gaji kami hujung bulan ni akan dipotong termasuklah saya.” Suria menunding jarinya ke arah dirinya sendiri.
Dania menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Atuk ni tak munasabah langsung.” Dania mengeluh. Kenapa la atuk asyik sebelahkan Hairi? Sekarang ni siapa cucu atuk yang sebenarnya? Aku ke Hairi. Macam mana la aku nak singkirkan Hairi dalam hidup aku? Apa motifnya? Tiba-tiba Dania tersenyum ke arah 2 orang pekerjanya. Senyuman Dania penuh makna.
”Aa....kenapa Cik Muda senyum macam tu? Lain macam je!” Suria menoleh ke arah Ali. Namun tiada reaksi dari Ali. Dia ni patung ke?
“Saya nak idea dari kamu berdua. Apa saja yang awak nak saya berikan? Hmm...kereta Ferari saya yang berwarna hitam tu, saya boleh beri. Asalkan idea yang kamu berdua berikan dapat menghalau mamat sewel tu dalam hidup saya.”
”Aaa.....kalau Tan Sri tahu saya tolong Cik Muda, mati saya nanti.” Jawab Suria. Kalau la Tan Sri tentang ni, pasti aku kena pecat. Kat Global Bersatu, siapa tak kenal Tan Sri Daud. Kalau hitam katanya, hitam la jawabnya. Siapa berani nak bersuara!
”Ali!”
”No komen, Cik Muda. Tugas saya hanya untuk menjaga keselamatan Cik Muda saja.” jawab Ali dengan tenang.


Dania mengeluh dengan kuat. Semakin hari, perangai Hairi semakin melampau. Pening kepala dibuatnya. Bukan saja kat pejabat, kat rumah pun penuh dengan bunga yang diberi oleh Hairi. Setiap jam Hairi menelefon dan ajak dia keluar. Dia ingat aku ni girlfriend dia ke? Nak ajak keluar! Tak kuasa aku, nasib baik aku tukar no telefon. Aman sikit dunia aku! Tapi....ni hanya sementara saja! Dania berfikir sesuatu.
Suria dan Ali hanya memerhati gelagat majikannya yang tiba-tiba mendiamkan diri. ”Cik Muda!” panggil Suria.
”Ali!” kata Dania secara tiba-tiba. Matanya tiba-tiba bercahaya.
“Ya, Cik Muda!”
“Saya nak kamu culik Hairi, lepas tu kamu lepaskan dia kat mana-mana saja!. Somalia ke? Afrika selatan ke? Kat mana-mana sajalah. Asalkan dia tak muncul lagi di depan saya.” Wajahnya serius.
Suria terkejut dengan kata-kata Dania.
“Hmm...saya rasa, mustahil!” ringkas jawapan Ali.
”Kenapa?” Bulat mata Dania. Mustahil!
”Orang-orang Tan Sri sentiasa mengawasi gerak-geri Tuan Hairi. Mustahil untuk saya menculik Tuan Hairi.Mungkin Tan Sri sudah tahu apa Cik Muda akan lakukan pada Tuan Hairi.”
Dania menundukkan kepalanya. Hampa! Atuk! Seolah-olah atuk sudah dapat membaca pergerakkan aku yang seterusnya. Atuk nak sangat aku kahwin dengan Hairi! Kenapa? Macam mana ni? Banyak perkara perlu aku selesaikan sebelum aku pergi. Kehadiran Hairi merosakkan rancangannya satu persatu. Aku perlu bersemuka dengan Hairi, aku tak boleh larikan diri lagi! Ini bukan aku.
”Ali! Sediakan kereta!” arah Dania.
”Baiklah!” kata Ali terus berlalu pergi.
”Cik Muda nak pergi mana?” soal Suria.
“Batalkan semua appointment saya hari ni. Susunkan semula appoinment saya untuk esok!” Dania terus keluar meninggalkan Suria seorang diri.
“Mampuslah, Tuan Hairi kali ni! Cik Muda sudah bertukar menjadi singa.” Suria menggelengkan kepalanya.

********************************

”Apa halnya, Zul!” soal Rizal. Dia terkejut bila mendapat notis ada emergency meeting pagi ni.
“Tak tahu la tapi kes En. Mokhtar memberi kesan yang buruk pada GBTVS. Perkara ni dah dibawa ke ahli lembaga pengarah dan aku dengar mereka hantar seseorang untuk pulihkan kewangan dan pengurusan GBTVS.” kata Zul. Mereka berdua berjalan seiringan ke bilik mesyuarat.
”Siapa?” soal Rizal hairan.
”Tengku Daniel Darius!”
”Siapa dia?”Berkerut dahi Rizal mendengar nama itu. Tak pernah dengar pun nama tu.
”Pemilik GBTVS! Cucu Tan Sri Tengku Daud.” Mereka terus masuk ke dalam bilik mesyuarat. Langkah mereka berdua terhenti melihat lelaki yang sedang duduk dikerusi yang berhadapan dengan mereka. Wajahnya serius. Matanya tepat merenung mereka berdua yang baru saja masuk ke dalam bilik itu.
”Encik Rizal dan Encik Zulkifli! Kita akan mulakan mesyuarat sebentar lagi. Duduk di tempat masing-masing!” tegur Daniel.
Mereka berdua terkejut bila Daniel memanggil nama mereka. Dengan pantas mereka menuju ke tempat duduk masing-masing. Semua pengurus setiap jabatan sudah pun ada di situ termasuklah beberapa orang eksekutif lain.
Mata Daniel masih tepat merenung Rizal. Akhirnya kita bertemu juga Rizal. Inilah lelaki pertama yang dicintai oleh Halina. Terbit perasaan cemburu di hati Daniel. Dia rasa dirinya tercabar. Halina telah menceritakan segalanya tentang lelaki yang dicintainya sejak kecil lagi. Walaupun Rizal menolak cinta Halina, tetapi dia tahu Halina masih mencintai lelaki ni. Bukan mudah untuk melupakan cinta pertama! Adakah aku mempunyai harapan untuk berada di hati Halina? Tetapi dapatkan Halina menerima siapa aku yang sebenarnya?

***************************************

Hairi membrek keretanya secara tiba-tiba apabila sebuah kereta BMW merah menghalang perjalannnya secara tiba-tiba di hadapan rumahnya. Hairi terus keluar dari kereta. Dia sudah lambat nak pergi ke pejabat. Tak reti bawa kereta ke? Langkah Hairi terhenti sebaik saja pemandu kereta mewah itu keluar. Hairi tersenyum. Sudah beberapa minggu dia tidak berjumpa dengan wanita ni.
”Saya ingat awak masih cuba elakkan diri dari saya!”
Dania mendekati Hairi. Dania juga tersenyum. “Elakkan diri! Kenapa pulak Dania nak elakkan dari awak? Dania ada buat salah ke?” soal Dania balik.
“Ya! Sebab awak takut untuk menerima cinta saya. Sebab itu awak elakkan diri dari saya! Betul tak, Nia sayang!” Hairi membuat gaya yang menggoda. Dia cuba mendekati Dania dengan lebih dekat lagi.
Dania mengundurkan langkahnya bila Hairi menghampirinya. Wajah Dania berubah. Senyumannya sebentar tadi hilang secara tiba-tiba
”You love me, right!” Hairi tersenyum. Dia mematikan langkahnya sebaik saja melihat tindakbalas Dania.
“Say who?”
“Me!”
“Gila!”
Hairi ketawa kecil.Seronok jugak kalau mengusik Dania. Bulat saja matanya!”Tak nak mengaku lagi ke?”
”Dengar sini, Hairi! Tujuan saya datang sini adalah untuk mencari jalan penyelesaikan untuk masalah kita.” kata Dania secara tiba-tiba. Kalau aku layan mamat ni, masalah ni takkan selesai.
”Masalah! Masalah apa?” Hairi hairan. Masalah apa pulak ni?
”Awak la masalahnya!”
Hairi terkejut.
”Ok! Stright to the point, what do you want from me? Sincerely!”
“It’s easy! You!”
Dania mengetap bibirnya menahan geram! Orang serius, dia buat lawak pulak. “Hairi!” Dania tiba-tiba meninggikan suaranya.
“Ya! Awak yang saya nak! Dalan dunia ni, hanya awak saja yang saya nak!” kata Hairi dengan nada suara yang serius.
“Don’t try to mess up with me, Hairi. You don’t know who I am!”
“I know you very well, Dania Dahlia. I know you better than yourself.. You’re afraid to fall in love.”
“Awak siapa nak nasihatkan saya? Playboy macam awak layak ke untuk bercakap tentang cinta. Awak tahu ke tentang cinta sejati. Bukan dulu awak pernah cakap, awak benci saya! Jangan harap la awak nak cintai saya. Malah awak juga orang yang membantah pertunangan kita, tetapi sekarang hasrat awak tercapai! Now, what do you want from me? Cakap, awak nak apa? Pulau! Kereta mewah! banglo mewah! Syarikat!Duit! Anything, I can give it to you!” Wajah Dania merah padam menahan geram. Ingat aku ni macam perempuan lain yang kau pernah dampingi ke? Dengan kata-kata kau, kau ingat aku akan rebah di pangkuan kau. Jangan bermimpi la.
“Your love. Cinta awak yang saya nak! Harta dan duit tak setanding dengan cinta awak. Awak cinta sejati saya,Dania” Hairi akui sekarang ni dirinya amat mencintai wanita yang berdiri dihadapannya. Cintainya tulus dan ikhlas.
Dania menggenggam erat tangannya. Mamat ni dah lebih ni! Aku serius la. Kalau ikutkan hati ,mahu saja lelaki ni kena tumbukan aku. ”Ok, dengar sini! Lebih baik awak cari orang lain, untuk awak lafazkan cinta awak tu. Saya bukan orang yang sesuai untuk awak. Lebih awak membenci saya dari mencintai saya. Ini untuk kebaikan awak sendiri.”
”Dania, boleh tak kalau sekali! Sekali, jangan fikirkan tentang orang lain. Cuba awak fikirkan tentang diri awak! Kegembiran awak! Kebahagian awak! Stop thinking about another people.” Tegas Hairi.
Mata Dania tepat memandang Hairi. Kenapa dengan mamat ni hari ni? Lain macam saja. Betul ke dia cintakan aku? Dania berfikir seketika. Tidak! Tidak! Jerit hati Dania. Aku tak boleh. Aku tak boleh. ”Hairi, saya takkan kahwin dengan awak! Walauapapun awak kata, saya tetap tak akan kahwin dengan awak.Kegembiraan saya, kebahagian saya tak penting. Semua itu sudah berakhir. ” Dania tiba-tiba tersenyum. Dia cuba menenangkan dirinya. Cinta! Orang macam aku tak perlukan cinta! Dania memulakan langkah meninggalkan Hairi dan menuju ke keretanya. Sejak dari mula, Ali hanya setia memerhati. Tiada reaksi dari Ali.
Kata Dania sebentar tadi mengejutkan dirinya. Inilah pertama kali, wanita menolak cintanya oleh insan yang bernama Dania. Begitu keras hati Dania untuk menerimanya dirinya. Aku takkan mengalah.
”Awak tetap akan mengahwini saya walau awak suka atau tak!” Hairi masih tidak berputus asa.
”Cukuplah, Hairi!” Langkah Dania terhenti. Kenapa dengan mamat ni? Tak faham-faham bahasa!
”You dying, Dania! I know about it.”
Dania terkejut. Pantas Dania berpaling ke belakang. Mata Hairi direnungnya. Wajah Dania berubah. Ali terkejut dengan kata-kata Hairi.
“Tiada siapa yang tahu tentang penyakit awak termasuklah Daniel dan Tan Sri Daud. Kalau awak tak nak perkara ni, sampai ke telinga adik dan datuk awak! You must married me! No matter what!” ugut Hairi secara tiba-tiba.
Pantas Dania berjalan menuju kea rah Hairi, tangan kanannya digenggam erat. Satu tumbukan hinggap di muka Hairi. Hairi jatuh terduduk. Hairi memegang mukanya yang terkena tumbukan sebentar tadi. Bibirnya berdarah. Ali terkejut dengan apa yang berlaku. Hairi memandang tepat ke arah Dania yang sedang merenungnya.
“Kau! Kau ingat aku takut dengan ugutan kau tu! Aku…...” Nada suara Dania sudab berubah kasar. Dia marah bila atuk dan adiknya terbabit sama dalam hal ni.
“Awak tetap akan mengahwini saya!” tegas Hairi lagi. Hairi tahu Dania degil orangnya. Untuk dapatkan Dania, dia perlu gunakan cara kotor dengan menggunakan kelemahan Dania iaitu Daniel dan Tan Sri Daud. Dia tak kisah jika Dania salah faham pada dirinya yang penting dia ingin menghabiskan masa yang ada bersama Dania.
“Kau…!” Belum sempat Dania menghabiskan ayatnya, tiba-tibanya kepalanya sakit. Pengelihatannya juga semakin kabur. Dania memegang kepalanya. Sakit! Teramat sakit. Ubat! Ubat ada di dalam kereta. ”Ali...Ali...” nada suara Dania semakin perlahan-lahan. Gelap.....
Dengan pantas Hairi menyambut Dania, Hairi memeluk Dania yang sudah tidak sedarkan diri. “Dania....Dania!” panggil Hairi beberapa kali. Namun tiada reaksi! Hairi risau.
“Cik Muda!” Ali tiba-tiba berada di sisi Hairi. Wajahnya risau. Kali ni, Cik Muda semakin kerap pengsan. Inikah petandanya.
“Please! Dania, don’t leave me! I’m sorry, ok! I didn’t’ mean it.” Hairi memeluk Dania dengan erat. Air mata Hairi mengalir tanpa disedari. Dia menyesal. Ali terkejut melihat Hairi. Lelaki ni benar-benar mencintai Cik Muda tapi tadi …..
“Tuan Hairi, kita perlu bawa Cik Muda ke hospital sekarang!”
Hairi hanya menganggukkan kepalanya. Matanya masih tepat merenung Dania yang berada di dakapannya.

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...