Saturday, May 18, 2013

Satu Dua Tiga 2013


BAB 14


            “Kak rasa dia buat air tak kat kita.” Kata Suziela sebaik saja keluar dari kolam renang. Dia mencapai tuala di kerusinya.
            “Mesti dia buat! Macam mama kata la, perangai dia kan seperti maknya! Bodoh dan suka ikut cakap orang.” Sofea menyapukan losyen di seluruh badannya.
            “Itu Su tahu la! Tapi hari ni dia kuat melawan, kak tengok tak cara dia tengok kat kita. Lain macam saja.”
            “Ala, tak ada apa-apa la.!” Sofea menyandarkan diri pada kerusi santai yang berada di tepi kolam.
            “Kak....dia dah datang.” Kata Suziela bila nampak Alina datang mendekati mereka berdua. Sofea tersenyum.
            Alisa tersenyum ke arah mereka berdua yang sedang menanti dirinya. Alisa meletakkan kedua-dua gelas itu di atas meja. “Silakan minum. Aaa....Lina balik dulu ye!” ucap Alisa dengan lembut. Senyum Alisa dengan penuh makna. Bersantai konon! Ingat pantai ke? Berbikini lagi. Nak jadi orang putih tapi bahasa inggeris , satu perkataan pun tak tahu.
            “Suka hati kau la.” Kata Sofea dengan kasar. Tak payah datang , lagi bagus.
            Alisa terus mengatur langkah meninggalkan dua beradik itu. Selamat menjamu selera. Alisa mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail no telefon kakaknya. “What’s up, sis? There is something that i want to tell you.” Kata Alisa sebaik saja mendengar suara Aleya.
            “Nampak macam sedap je, kak!” kata Suziela. Tiba-tiba pulak rasa dahaga. Serentak mereka berdua mencapai gelas itu dan terus minum. Wajah mereka berubah sebaik saja.minum air itu. Serentak mereka berdua tersembur.
            “Kak.....pedas dan masin! Ni air apa ni?” Suziela seolah-olah ingin menangis. Pedas.
            “Mak Jah....Mak Jah, air!” jerit Sofea. Dia sudah tak tahan lagi. Apa yang dia perlukan sekarang adalah air untuk hilangkan rasa masin dan pedas.
            Zahari ketawa melihat gelagat mereka berdua. Geli hati! Nak kenakan orang sangat, last-last diri sendiri terkena. Inilah wanita yang dia kenal sewaktu di KLIA tapi hari tu wanita itu berlainan dari wanita yang ada sekarang. Perangai Alina ni suka berubah-ubah ke? Siapa Alina yang sebenarnya. Dia ingat mengenali Alina dengan lebih dekat lagi. Senyuman terukir di bibir Zahari.

                                      *********************************************

            Alisa berjalan menuju ke bilik ibunya. Hari ni dia masak bubur ayam untuk ibunya. Ibu memang sukakan bubur ayam.
            “Lina! Wait a minute!”
            Langkah Alisa terhenti bila mendengar nama Alina. Lelaki ni lagi. Alisa kurang senang  kehadiran lelaki itu. Alisa cuba tersenyum.
            “Lina dah ok ke? Masih sakit kepala lagi ke?”
            “Aaa....dah ok dah! Sebaik saja bangun tidur, sakit kepada dah hilang.”
            “Hmm...esok Lina free tak?” soal Dr. Nazri.
            “Why?”
            “Saya nak ajak Lina keluar. Kita pergi makan ke, tengok wayang ke, main bowling ke? Nak tak?”
            “Aaa....maaf la, esok tak boleh la. Minggu depan boleh tak?” Alisa cuba mengelak. Aku nak keluar dengan dia ni? Tak nak la.
            “Lina ada hal ke?” Hati Dr. Nazri tiba-tiba menjadi hampa.
            “Ya. Ada hal sikit.” Bohong Alisa sedangkan sebenarnya esok dia tak buat apa-apa pun.
            “Ooo...Tak apa la, macam tu! Minggu depan la kita keluar sama-sama. Lina dah janji dengan saya tau.”
            “Baiklah! Aaa....Lina kena pergi dulu. Ibu belum makan lagi. Aa....minta diri dulu.” Alisa terus berlalu keluar. Sebaik saja dirinya membelakangkan Dr. Nazri, Alisa membuat mimik muka. Nasib baik bukan aku yang keluar dengan dia minggu depan. Alisa mengeluh lega.

                                                *******************************

            “What are you doing here?” kata Alisa bila melihat Zahari sedang berbual dengan ibunya. Dia meletakkan bubur ayam yang dibawanya di atas meja.
“Get out! I said get out.” Jerit Alisa tiba-tiba naik angin. Alisa takut jika lelaki itu memberitahu tentang hasrat Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia bimbing jika ibunya berlembut hati dan akhirnya setuju.
            Munirah terkejut bila Alisa tiba-tiba naik angin. Zahari hanya memerhati dan mendiamkan diri.
            “Lina! Zahari datang nak melawat ibu. Kenapa ni?”
            “Ya ke? Boleh percaya ke? You beritahu Dato’ Kadir, Lina dan ibu takkan tinggal kat rumah seumpama nereka tu.” Alisa merenung lelaki itu.
            “Saya datang dengan niat.....”
            Alisa terus mencelah. “Lina tak perduli apa niat you! Apa yang penting sekarang, Lina tak nak you datang dekati ibu lagi. Beritahu Dato’ Kadir, ibu saya tetap akan ceraikan dia. Walauapapun caranya, saya akan tetap nak Dato’ Kadir ceraikan ibu. Do you understand.” Tegas Alisa.
            “Alina!” Munirah meninggikan suaranya. Dia tergamam dengan kata-kata Alisa. Apa yang berlaku pagi tadi sehingga kelakuan Alisa begini rupa. Selalunya Alisa begitu tenang.
            Zahari mengeluh. Niatnya hanya untuk melawat Auntie Munirah dan dia tak sangka niatnya itu disalah tafsirkan. Kenapa wanita ni tiba-tiba menjadi garang? “understood. Auntie, Zahari balik dulu. Semoga auntie cepat sembuh.” Zahari tersenyum ke arah wanita tu  yang sedang terbaring di atas katil. Sekilas dia melihat ke arah Alina yang merenung dirinya seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup. Zahari terus keluar.
            “Angah! Kenapa Angah bersikap begitu pada Zahari?”  marah Munirah.
            “Angah tak nak orang dia dekati ibu lagi.”
            “Angah, apa yang berlaku ni? Ada sesuatu yang berlaku ke masa Angah berjumpa dengan Dato’ Kadir?” Munirah dapat rasakan sesuatu tak kena dengan Alisa hari ni. Selalunya Alisa seorang yang rasional.
            “Angah dah carikan rumah untuk kita tinggal sementara  tangan ibu sembuh. Lepas tu kita akan balik ke London, pasal penceraian ibu! Biar kawan Angah uruskan!” Alisa cuba mengelakkan diri dari menjawab soalan ibunya. Tangan Alisa terketar-ketar bila membuka tapperware berisi bubur ayam itu. Panggilan yang diterimanya selepas berjumpa dengan Dr. Nazri benar-benar
            “Angah!” tegas Munirah. Dia tahu Alisa sedang rahsiakan sesuatu darinya.
            “Ibu, makan! Ni Angah masak makanan kegembaran ibu. Bubur ayam!”  Alisa meletakkan bubur itu di dalam mangkuk.
            “Ibu takkan makan selagi Angah tak beritahu ibu!” Suara Munirah semakin meninggi.
            Alisa mengeluh kuat. Matanya tepat merenung mangkuk yang berisi bubur ayam itu. Dia serba salah untuk beritahu ibunya. “Dato’ Kadir nak kita berdua tinggal berdua di rumahnya.”
            “Apa!”
            “Tinggal bersama 3 ekor ular tu! Bukanlah tindakan yang bijak. What he trying to do? Cuba nak ambil hati ibu ke? Nak putarkan masa ke?” marah Alisa.
            “Angah! Ibu takkan setuju dengan permintaan Dato’ Kadir. Ibu tahu batas ibu setakat mana! Ibu takkan berbaik semula dengan Dato’ Kadir.” Munirah cuba menyakinkan anaknya.
            “I know that! Tapi dia tak faham! Tak nak faham langsung.”
            “Biarkanlah dia, Angah! Ibu tetap dengan keputusan ibu.”
            “Sehingga bila ibu? Setahun, dua tahun! Dia takkan ceraikan ibu, ibu percayalah cakap Angah!.”
            “Ibu tetap akan bercerai. Angah, jangan risau. Tahu la ibu uruskan hal ibu.”
            “Tapi ibu, kita kena balik ke London dengan segera.” Pujuk Alisa. Dia bimbang akan keselamatan ibunya.
            “Apa lagi yang Angah rahsiakan dari ibu?”
            Kalau ibu tahu, Along upah orang untuk siasat dan ekori Datin Kartika pasti ibu akan marah. Tapi Along lakukan semua ni kerana bimbangkan keselamatan ibu. Lebih baik aku berterus terang“Along upah orang untuk ekori Datin Kartika.”
            Bulat mata Munirah bila mendengar pengakuan Alisa.
            “Kami lakukan semua ini kerana bimbang akan keselamatan ibu! Perempuan macam tu tak boleh dipercayai. Dia pernah cuba untuk membunuh ibu, dia takkan teragak-agak untuk lakukannya sekali lagi.”
            “Angah!”
            “Tadi ....penyiasat pensendirian yang Along upah, call! Dia kata Datin Kartika sedang merancang sesuatu. Sesuatu yang tak baik. Ibu, faham tak maksud Angah!”
            Munirah menundukkan kepalanya. Kata anaknya ada betulnya, wanita seperti Kartika sanggup lakukan apa sahaja bila dirinya terasa terancam.
            “We have to go back.” Tegas Alisa.
            “Baiklah. Selepas urusan penceraian ibu selesai, kita akan segera pulang.” Munirah tetap dengan keputusannya. Walauapa yang terjadi, dia mesti selesaikan semua ni.
            “Ibu! Kita tak boleh tunggu lagi. Sekarang ni nyawa ibu terancam. Senang-senang ibu minta fasak saja. Habis cerita.”
            “Angah! Ibu tak boleh buat macam tu nanti nama baik Dato’ Kadir akan terjejas. Ibu tak nak perkara ini diketahui oleh pihak media.” Tegas Munirah. Dato’Syed Mohd Kadir adalah salah seorang orang ternama di Malaysia. Jika dia tak selesaikan secara baik, perkara ini akan menjadi lebih besar. Dia tak nak itu berlaku.
            “Ibu! Kenapa ibu masih fikirkan tentang dia tu lagi? Nak jadi apa pun jadilah! Yang penting sekarang adalah ibu, Angah tak nak apa-apa terjadi pada ibu.” Pujuk Alisa. Sakit hatinya bila tahu ibunya masih lagi mengambil berat mengenai lelaki itu.
            “Kalau Angah nak balik, Angah balik la. Biar je ibu kat sini. Ibu akan balik selepas segala-galanya selesai.” Tegas Munirah terus memandang ke arah lain. Munirah terasa hati bila Alisa tak pernah faham akan kehendak dirinya. Dia nak segala-galanya diselesaikan secara baik. Dia tak nak ada pihak yang terasa atau berdendam di atas penceraian ini.
            Alisa mengeluh bila mendengar kata-kata ibunya. Tak mungkin aku akan tinggalkan ibu di sini. Alisa mengetap bibir. Dia tahu jika ibunya sudah membuat keputusan jangan harap la dia mengubahnya lagi. Aku perlu lakukan sesuatu. Alisa berfikir.
            

Friday, May 3, 2013

Satu Dua Tiga 2013


BAB 13


            Mata Alisa meliar melihat setiap sudut mahligai mewah milik Dato’ Syed Mohd Kadir. Perabot-perabot yang menghiasi ruang rumah itu disusun rapi. Mesti perabot mahal dan berjenama. Orang kaya biasa la. Kalau tak beli barang-barang mahal dan berjenama, jatuh standard mereka pulak nanti. Alisa membuat mimik muka. Aku tak hairan dengan semua ni. Rumah aku kat London walaupun kecil tapi ia penuh dengan kegembiran.
            “Kau apa kau buat di sini?” Alisa menoleh bila ada orang menegurnya. Sofea dan Suziela menghampiri Alisa.
            Alisa hanya mendiamkan diri. Dia malas nak melayan kerenah mereka berdua ni.
            “Aku tanya! Hey, kau bisu ke?” marah Suziela. Dia bengang bila Alina tidak menjawab soalannya.
            “You know why i’m here!”
            “Hey, kau tak boleh ke cakap bahasa Melayu. Kau sedar tak yang kau sekarang berada di Malaysia!” marah Sofea. Dia sedar dia tak faham apa yang dicakapkan oleh Alina.
            “Like I care!” Alisa tersengih. Dia sengaja ingin menyakitkan hati mereka berdua. Awal-awal pagi dah menyalak.
            “Kau!” jerit jerkah Suziela. Wanita ini sengaja menguji kesabarannya.
            “I don’t have time to fight with you guys. Just go!” Alisa mengatur langkah ingin meninggalkan mereka berdua. Lisa, ingat kau sekarang ni Alina. Kau jangan layan mereka ni. Bersabar.
            “Kau dengan mak kau sama saja. Perempuan parasit!”kata Sofea.
            Langkah Alisa terhenti bila mendengar kata-kata mereka. Dia menggenggam erat tangannya.
            “Betul tu, kak! Selepas 26 tahun, tiba-tiba muncul mesti ada sebab. Nakkan harta papa, macam la kita tak tahu. Perempuan tak tahu malu.” Suziela sengaja menyakitkan hati adik tirinya.
            Alisa berpaling. Matanya tepat merenung mereka berdua. Mereka dah melampau. Aku...dah tak boleh nak berdiam diri lagi ni!
            “Cik Alina berhak ke atas semua harta milik Dato’ Syed Mohd Kadir kerana Cik Alina adalah anak kandung Dato’ Syed Mohd Kadir. Ujian DNA sudah membuktikan bahawa Cik


Alina adalah anak kandung Dato’ Syed Mohd Kadir dan pewaris bagi segala harta Dato’ Syed Mohd Kadir termasuklah apa yang dimiliki oleh Cik Sofea dan Cik Suziela sekarang.” Tiba-tiba Zahari mencelah. Dia menghampiri mereka bertiga. Sejak dari tadi dia melihat apa yang berlaku.
            Alisa terkejut melihat kehadiran lelaki itu. Dia ni masa kat airport hari tu. Alamak, kenapa la nasib aku malang hari ni?
            “Orang yang tak ada pertalian tak berhak mendapat satu sen pun dari Dato’ Syed Mohd Kadir.” Zahari tersengih.
            “Kau!” Sofea tiba-tiba menjerit bila mendengar kata-kata Zahari. Sakit hatinya bila Zahari menghina dirinya.
            “Cik Alina, mari! Uncle sedang tunggu kita di bilik bacaan.” Terus mengajak Alisa.
            Sebelum meninggalkan mereka berdua, Alisa sempat menghadiahkan senyuman sinis pada Sofea dan Suziela. Padan muka!

                            ****************************

            Dato’ Syed Mohd Kadir melihat ke arah Alina yang duduk jauh darinya. Sejak masuk dari bilik tadi, Alina hanya mendiamkan diri. Lina, tak tegur aku langsung. Salam pun tidak. Dia dapat rasakan kedinginan antara Alina dan dirinya. “Lina, mari duduk kat sini!” ajak Dato’ Syed Mohd Kadir supaya Alina duduk di sebelahnya
            “It’s ok! Lina lebih suka berdiri.” Jawab Alisa. Matanya tepat melihat ke luar.
            Dato’ Syed Mohd Kadir melihat ke arah Zahari. Dia tak tahu apa yang berlaku seolah-olah Alina marah pada dirinya. Aku dah buat salah ke? Kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan anak tunggalnya hari ni seolah-olah yang berada dengannya sekarang bukan Alina.
            “Lina! Dua hari nanti, ibu Lina akan keluar dari hospital kan!”
            “Yes!”ringkas jawapan Alisa. Alisa malas nak ambil tahu.
            “Abah nak ibu Lina tinggal kat sini. Dia perlukan jagaan.” Beritahu Dato’ Syed Mohd Kadir Dia sudah buat keputusan supaya Munirah tinggal di mahligai ini.
            Alisa tersenyum bila mendengar kata-kata lelaki tu. Hampir saja dia ingin ketawa.
Tiba-tiba saja ambil berat tentang ibu, selama ni tak pernah pun nak ambil tahu tentang ibu.
            “Tak payah susah-susah! Lina dah pun dapat cari rumah kat Bangsar. Duit deposit pun Lina dah bayar.”
            “Apa! Kenapa Lina tak bincang dengan abah dulu tentang perkara ni?”
            “Tak penting pun!”
            Zahari hanya memerhati. Dia dapat rasakan seolah-olah Alina cuba mengelakkan diri dari Uncle Kadir. Renungan dia pada Uncle Kadir berlainan dengan Alina yang dia jumpa beberapa hari yang lalu.
            “Bagi abah penting! Ini rumah Lina dan ibu Lina. Kamu berdua berhak.”
            Alisa mendekati mereka berdua. “Ini rumah Datin Kartika! Dia yang berhak. Selama 25 tahun, dia berada di sini. She’s not agree with this! Betul tak, Datin Kartika! Masuk saja la, tak payah lagi nak curi dengar perbualan kami.” Alisa sedar sejak dari tadi Datin Kartika berada di sebalik pintu.
            Zahari dan Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut dan menoleh ke arah pintu. Tanpa berlengah, Datin Kartika terus meluru masuk. Wajahnya merah padam menahan geram. Di sebalik pintu tadi, dia menahan kemarahannya.
            “Abang! Ika tak setuju  bagi mereka berdua tinggal di rumah Ika. Ini rumah Ika!” tegas Kartika.
            “Ini rumah mereka juga. Mereka lebih berhak .”
            Alisa menggelengkan kepalanya. Zahari hanya memerhati.
            “Ika takkan biarkan perempuan tu dan anaknya tinggal di rumah ni. Langkah mayat Ika dulu” Kartika masih berdegil.
            “Kartika!” jerkah Dato’ Syed Mohd Kadir. Wanita ni memang tamak!
            “Stop!” jerit Alisa. Sakit telinga dia mendengar mereka berdua bertengkar. “ Can both of you stop fighting in front of us? Dengar sini baik-baik, Lina dan ibu takkan tinggal di sini! Muktamad. I have to go!” Alisa terus melangkah keluar dari bilik bacaan itu. Dia malas nak masuk campur. Ini bukan masalah aku pun. Tak ada kaitan langsung.
            “Lina! Lina!” panggil Dato’ Syed Mohd Kadir namun panggilan Dato’ Syed Mohd Kadir tidak diendahkan oleh Alina. Kartika tersenyum puas. Mereka tak layak berebut dengan aku!
Dato’ Syed Mohd Kadir merenung isterinya. Dia menyesal kerana beristerikan wanita ini.

                                    *****************************

            Alisa mengeluh bila perjalanannya dihalang. Apa lagi la dua beradik ni nak dengan aku? Apa la yang mereka tak puas hati.
            “Seronok nampak! Nak pergi mana? Nak jelajah seluruh rumah ni ke? Oooo...terlupa pulak! Sekarang ni dah jadi Tuan rumah kan!” perli Sofea.
            Alisa tersenyum. “Nak pergi dapur, takkan salah kot!”
            “Tak salah! Silakan! Lagipun ni rumah kau kan! Kami ni menumpang saja. Aaa....dah alang-alang kau nak ke dapur, tolong buatkan air fresh oren dua untuk kami berdua. Kami kan tetamu. Kau selaku tuan rumah perlu layan tetamu kan.” Suhaila tersengih.Dia sudah ada idea untuk kenakan wanita yang berada di hadapannya itu.
            “Betul tu! Tuan rumah kan kena layan tetamu. Nanti tolong hantarkan kat kolam renang ye!” Sofea tersenyum sinis dan terus berlalu pergi bersama adiknya.
            Alisa mengetap bibirnya. “Macam la aku bodoh sangat!Ingat aku tak tahu agenda kau berdua nak buat aku macam orang gaji kan. Semua rentak kau, aku boleh baca la.” Bebel Alisa seorang diri. Dia mengatur langkah ke dapur. Rumah ni penuh dengan ular. Nak tinggal kat sini bersama mereka bertiga, tak payah la. Sebaik saja, kaki Alisa melangkah di dapur, telefon bimbitnya berbunyi. “Yes! Speaking! I nak you selidik latar belakang bekas suami Datin Kartika. Asal usul dan segalanya.” Arah Alisa pada pemanggil itu sebelum perbualan mereka berdua ditamatkan. Alisa mengetap bibirnya. Kau tak kenal aku siapa! Aku takkan biarkan orang yang cuba bunuh ibu aku begitu saja. Ini Nur Alisa.
            “Lina!”
            Alisa terkejut. Dia melihat ada orang tua sedang menghampirinya. Ini pasti Mak Jah! Sebelum Alina bertolak pulang, dia sudah menerangkan segalanya. “Mak Jah!”
            “Lina, nak air ke? Air apa? Biar Mak Jah buat.” Mak Jah meletakkan cili padi yang diambilnya di belakang rumah.
            “Tak ape, Mak Jah! Aa...buah oren kat mana? Lina nak buat fresh oren.” Ucap Alisa lembut.
            “Ooo...kata dalam peti sejuk tu.” Beritahu Mak Jah.
            “Banyak cili! Mak Jah tanam ke?” Alisa membuka peti sejuk dan mengambil 2 biji oren.
            “Sekarang ni harga cili mahal! Lagipun Mak Jah suka tanam pokok. Kat belakang tu macam-macam pokok Mak Jah tanam. Lina nak ke? Terung, Peria , aa....macam lagi la. Kalau Lina nak, Lina ambil saja kat belakang tu.”
            “Lina suka tanam pokok juga tapi kan London, Lina tanam pokok tomato saja. Itu je yang hidup pun.”
            “Sana sejuk! Cuaca lain. Aa...Mak Jah nak pergi ambil terung jap. Kalau Lina, nak apa-apa panggil Mak Jah kat luar ye.” Kata Mak Jah.
            “Ok, Mak Jah!” Alisa tersengih. Dia senang berbual dengan Mak Jah walaupun baru saja kenal. Ada juga insan yang baik dalam rumah ni. Selepas Mak Jah keluar, Alisa melihat dua biji oren dihadapan tiba-tiba matanya beralih pada cili padi yang diambil oleh Mak Jah sebentar tadi.
            Alisa tiba-tiba ketawa. Aku dah dapat idea. Alisa melihat ke kiri dan kanan. Clear! Tak ada orang. Alisa terus membuang kulit oren itu. Dia memasukkan oren itu ke dalam blender. “Kulit oren ni....letak saja la. Ni resipi baru aku. Fresh Oren London.” Tangan Alisa pantas mengambil cili padi yang berada di atas meja.
Alisa mengira bilangan cili itu. 20 biji! “Mesti pedas! Aaa..tak payah basuh la. Rasa mesti organik” Alisa tersengih seorang diri. Dia terus memasukkan cili padi itu.
“Garam...mana garam?” Alisa membuka satu persatu balang kaca yang ada di dapur. Sebaik saja dia jumpa balang berisi garam pantas dia mengambil senduk sup. “3 senduk!” Alisa meletakkan garam itu ke dalam blender. Alisa tersenyum puas.
            “Tapi ......warna air ni nampak lain la. Kalau mereka lihat warna air ni, mesti mereka tahu aku  campurkan sesuatu di dalam air ni. Cordial Orange mana? Kalau aku letak, pasti warnanya macam air oren.” Pantas Alisa membuka peti sejuk. Dia tersenyum.
            Alisa mengacau air itu. Senyuman semakin lebar di wajahnya.
 “Rasakan! Nak sangat fresh oren kan!”
            Alisa tak sedar sejak dari tadi Zahari memerhati gelagat Alisa. Zahari menelan air liurnya bila melihat ramuan yang diletakkan oleh Alisa di dalam blander itu. Biar betul nak bagi mereka minum. Perempuan ni menakutkan betul. Dahi Zahari berkerut. Apa la rasa fresh orenge tu nanti?

                                  ************************
           
            Kartika menghempas pintu bilik dengan kuat. Hatinya sakit apabila disisihkan. Apa yang berlaku sebentar tadi benar-benar menyakitkan jiwanya. Dirinya rasa dikhanati. “Habis madu sepah dibuang! Semua lelaki sama sahaja” jerit Kartika.
            “Nak ceraikan aku! Jangan harap la. Apa yang sudah menjadi milik aku, aku takkan biarkan ia dirampas. Kau ingat aku ni senang dibuli. Tak! Tak! Aku tak akan biarkannya berlaku. Munirah, aku takkan biarkan kau mengambil segala-galanya dari aku. Aku tak akan benarkan.” Kartika mengetap bibir. Dia cuba mengawal kemarahannya. Aku mesti lakukan sesuatu.
            Kartika melangkah laju ke meja solek. Telefon bimbitnya diambil dengan kasar. Dia menelefon seseorang. “Aku ada kerja untuk kau. Kita jumpa di tempat biasa sekarang.” Kata Kartika dengan nada tegas.
            Senyuman sinis terukir di bibirnya. “Aku pernah gagal sekali tetapi kali ini aku tak akan biarkannya berlaku sekali lagi. Aku nak kau rasa bagaimana jika kau kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup kau, Munirah. Aku pasti hidup kau selepas ini hari kau tak seindah yang kau gambarkan.” Kartika ketawa secara tiba-tiba. Hatinya puas. Puas!

                                        *******************************************
            “Kau ni ...biar betul! Selepas apa yang terjadi, kau masih berani nak tinggal di sana!” Khatijah memulakan syarahan. Khatijah terus menyandarkan dirinya di sofa.  Keputusan Munirah untuk tinggal di Malaysia tidak disetujuinya. “Kau sedar tak, sekarang ni kau berada dekat dengan mulut harimau. Kau ingat dia tak berani nak lakukan perkara yang sama sekali lagi kat kau. Perempuan macam tu ...tak takut apa-apa tau asalkan hasratnya tercapai.”
            “Kau ni, Khaty! Suka sangat takutkan aku! Kau tu suka sangat berfikiran negatif.”
            “Aku tak berfikiran negatif la. Aku nak ingatkan kau sahaja. Beringat dahulu sebelum kena. Lebih-lebih sekarang ni ....suami dia nak ceraikan dia. Lagilah dia hot kat kau. Entah apa yang bermain di fikiran dia sekarang ni, aku tak tahu.”
            “Itu tak akan berlaku. Aku yang mahu diceraikan bukannya Kartika. Suka atau tidak, Dato’ Kadir mesti ceraikan aku juga.”
            “Itu kata kau ....bukannya suami kau! Selepas dia dapat tahu dia ada anak, jangan haraplah dia nak ceraikan kau. Itu satu-satunya zuriat dia ....Eh, aku tersasul pulak. Aku lupa pada Leya dan Lisa pula. Kau jangan lupa .....dua orang anak Dato’ Kadir ni! Aii......nampak gayanya susah la kau nak lepaskan diri jika Dato’ Kadir tahu tentang Leya dan Lisa.”
            Munirah mengeluh. “Aku tahu tetapi hubungan kami sebagai suami isteri dah lama putus sejak 26 tahun yang lalu.”
            “Tetapi kau masih cintaikan Dato’ Kadir kan ...walaupun sudah 26 tahun berlalu.”
            Munirah terdiam. Lidahnya kelu untuk menuturkan kata-kata seterusnya.
            Khatijah turut sama terdiam seketika. Khatijah membetulkan kedudukan telefon bimbit yang dipegangnya. “Munirah, kau tahu kan selama ini aku menyokong apa sahaja keputusan yang kau buat tetapi kali ini aku rasa ........lebih baik kau minta fasak sahaja. Itu saja jalan yang aku nampak sekarang ni. Nak tunggu Dato’ Kadir ceraikan kau ....aku rasa ia akan mengambil masa.”
            “Khaty! Aku berkahwin dengan Dato’ Kadir secara baik dan aku berharap juga kami akan berpisah secara baik.”
            “Tetapi kau tak pernah hidup bahagia dengan dia. Dia tak pernah terima kau sebagai isteri dia. Kenapa pula kau nak menjaga maruah diri dia? Selepas apa yang dia  buat pada kau selama ini, dia tak layak untuk dilayan dengan baik. For once Munirah, please! Think about yourself first.”
            “Aku tahu kau risaukan aku di sini. Believe me! Hal ini akan selesai tak lama lagi.” Munirah cuba yakinkan sahabat baiknya itu. “Hmm..Bagaimana dengan Leya dan Lina di sana?” soal Munirah. Dia cuba mengubah topik perbualan mereka.
            “See.....Kau cuba nak elak kan!” Khatijah menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Khaty!” Munirah meninggikan suaranya.
            “Fine!” Khatijah mengalah. “Leya dan Lina okey je. Kau jangan risau, mereka berdua dah besar. Dah pandai jaga diri. Aaa....How about Lisa? Macam mana? Lisa tak buat perangai ke?”
            “Lisa! Hmm...aku sendiri tak tahu sehingga bila Lisa boleh bertahan. Bila nampak Dato’ Kadir saja, Lisa akan pandang ke tempat lain.” Munirah mengeluh dengan kuat apa mengenangkan anak keduanya.
            “Kau kena beri mereka berdua masa. Perasaan marah mereka pada ayah mereka masih belum hilang lagi. Lagipun, kurang sedikit perasaan risau aku pada kau.”
            “Kenapa?”
            “Ye..lah! Kau tu! Orang buat apa saja kat kau, kau biarkan sahaja. Tetapi sekarang ni Lisa berada di sisi kau, jangan haraplah perempuan tu dan anak tiri dia buli kau lagi.”
            “Kau ni, Khaty!”
            “Aku cakap perkara benar. Aaa...kalau hujung bulan ni, kau masih tak selesaikan masalah aku .....aku sendiri akan datang ke Malaysia dan bawa kau pulang. Tiada apa-apa alasan lagi. Understand.” Tegas Khatijah. Dia benar-benar akan menjemput Munirah pulang jika Munirah masih berdegil.
            Munirah tergamam. “But ....”
            “Tiada alasan ok! Aku dah buat keputusan. Kau kena ingat. Hmm....aku akan call kau esok. Berehatlah. Assalammualaikum....” ucapnya sebelum menamatkan perbualan.
            “Waalaikumussalam.” Dahi Munirah sedikit berkerut. Aduh, berserabut hidup aku macam ni. Khaty nak datang sini. Munirah menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia gelisah. 

Monday, April 29, 2013

Satu Dua Tiga 2013


BAB 12


            Alina berdiri di hadapan Alisa yang sedang membaca majalah Rapi di sofa. Alisa menutup majalah yang dibacanya apabila sedar Alina berdiri di hadapannya. Alisa mendongakkan kepala. Wajah Alisa serius. “What’s up?”
            “What’s up? Angah tahu tak apa yang Angah dah buat. Angah ni kalau sehari tak cari pasal dengan orang, tak boleh ke?”
            “Balik-balik terus membebel. Acu dah kena sampuk ke?” Alisa geli hati.
            “Acu serius la, Angah! Acu nak tahu, masa tiba di KLIA! Angah ada kenakan sesiapa tak?”
            “Kenakan siapa?” soal Alisa balik
            “Angah!”jerit Alina geram. Main-main pulak!
            “Ada...Ada! Lelaki mana pun Angah tak tahu. Kenapa?”
            “Lelaki yang Angah kenakan tu anak kawan abah! Peguam abah.”
            “Hmmm...peguam!” Alisa cuba mengingatkan wajah lelaki itu.
            “Ya. Dia ingat Acu ni Angah. Nasib baik la, time tu abah dah masuk jumpa ibu. Kalau tak, terbongkar la rahsia Angah.”
            “Dia cakap apa?” Alisa ingin tahu.
            “Dia tu bernama Zahari! Zahari!”
            “Whatever!”
            “Angah!” Alina geram bila Alisa buat tak endah saja.
            “What do you want to say? He’s pick fight with me first.”
            “Asking a question is wrong for you, sis?”
            “He’s annoying me! Angah dah beri amaran tapi dia degil jugak. Rasakan la.” Alisa masih cuba mempertahankan dirinya.
            Alina menggelengkan kepalanya beberapa kali. Cakap banyak dengan Angah ni memang menyakitkan hati. Dia saja betul, orang lain salah. “Acu dah minta maaf bagi pihak Angah.”
            “What!” Bulat mata Alisa bila mendengar kata-kata adiknya. “Why did you do that?”
            “Salah ke minta maaf! Kita tak rugi apa-apa pun kalau minta maaf. Dapat pahala.”
            “I know about that. Tapi Angah tak salah, kenapa Acu minta maaf pula. Perkataan maaf tu seumpama perkataan yang berharga dan mempunyai maruah yang tinggi, Acu tahu
tak?” Bagi Alisa, perkataan maaf itu seumpama maruah dirinya. Dia hanya akan minta maaf jika dia benar-benar bersalah. Sebab itu dia jarang meminta maaf pada orang.
            Dahi Alina berkerut mendengar kata-kata Alisa. Susah betul bila bercakap dengan peguam ni. “Suka hati, Angah la.” Alina sudah mengalah. “Hmm....sampai bila Angah nak rahsiakan tentang diri Angah. Abah perlu tahu yang abah ada anak lain selain Acu. Satu hari nanti abah akan tahu jugak.”
            Alisa hanya mendiamkan diri. Dia malas nak dengar perkara yang berkaitan dengan orang yang tak ada kena mengena dengan dirinya.
            “Angah! Dia ayah kita.Walaupun Angah cuba bertegas menafikannya, abah tetap ayah kandung Angah.”
            “Please! I don’t want talk about this. Angah tak nak kita bergaduh pasal perkara ni lagi. It’s my problem.” Tegas Alisa terus bangun dan melangkah masuk ke biliknya. Alina mengeluh. Dia tak tahu bagaimana untuk mencairkan hati kakaknya lagi. Hati mereka benar-benar keras.

                                                ********************************
            Dahi Dato’ Syed Mohd Kadir sedikit berkerut memikirkan sesuatu. Kata-kata Munirah sebentar tadi masih terdengar di telinganya. Apa maksud Munirah tadi? Ini bermakna selama ini Munirah pernah gunakan wang itu tetapi kenapa Fuad beritahu aku yang Munirah tak pernah keluarkan wang satu sen pun. Atau ....selama ini Faud telah berbohong pada aku. Dato’ Syed Mohd Kadir menggengam erat tangannya.
            “Sulaiman, bawa aku ke rumah Zahari sekarang.” Beritahu Dato’ Syed Mohd Kadir pada Sulaiman yang sedang memandu. Dato’ Syed Mohd Kadir perlukan kepastian.
            “Baik, Dato’”
            Dato’ Syed Mohd Kadir mengetap bibir menahan marah.  Jika telahan aku tepat ...tetapi kenapa Fuad tipu aku selama ini. Dia adalah orang yang sangat dipercayai oleh arwah Baharom malah dia diberi tanggungjawab untuk menjaga aset Munirah termasuk akuan milik Munirah. Jika Munirah pernah keluarkan duit, pasti Fuad tahu. Tetapi ...kenapa! Kenapa! Fuad berbohong dengan aku?
                                                *********** *********************


            Zahari membaca maklumat yang telah difaks oleh setiausahanya. Zahari mendekati Dato’ Syed Mohd Kadir yang sedang duduk di ruang tamu. Dahi Zahari sedikit berkerut.
            “So ......” soal Dato Kadir sebaik sahaja Zahari melangkah masuk ke ruang tamu. Dia sudah tidak sabar untuk mengetahuinya.
            Buat seketika Zahari, memandang ke arah Dato’ Syed Mohd Kadir. “Menurut rekod ni, Auntie Munirah mengeluarkan duit dalam akuan ni buat pertama kalinya pada bulan Mei 1986 sebanyak RM 500.”
            Dato Kadir menundukkan kepala. Pasti pada masa itu Munirah dihalau keluar dari rumah. Terbit perasaan bersalah yang menebal di hatinya. Aku memang kejam. Aku halau Munirah tanpa memikirkan keadaannya pada waktu itu.
            “Pada bulan Julai 1986, Auntie Munirah telah keluarkan RM5000. Pada bulan Januari 1987 Auntie Munirah mengeluarkan RM10 000 di London buat pertama kalinya” beritahu Zahari lagi.
            “Alina lahir pada bulan Januari 1987. Pasti waktu itu, Munirah memerlukan duit untuk membayar bil hospital dan barang-barang keperluan Alina.” Dato’ Syed Mohd Kadir  menggengam erat tangannya. Dia menyesal. Sangat menyesal. Alina membesar tanpa memori aku bersamanya.
            “Zahari tak faham kenapa mesti uncle berurusan dengan Uncle Fuad. Abah kan ada pada waktu ! Kenapa Uncle tak direct je tanya pada abah?” soal Zahari hairan.
            “Waktu tu ...Arwah Baharom sangat marahkan uncle. Hampir setahun kami tak bercakap disebabkan tindakkan uncle menghalau Munirah dan mengahwini Kartika. Uncle ada jumpa Arwah Bahorom selepas Uncle menyesal di atas perbuatan Uncle. Uncle ada bertanya tetapi Arwah Bahoram tak pernah beritahu apa-apa pun. Mungkin ini balasan Uncle.”
            “Sebab itulah Uncle berurasan dengan Uncle Fuad.”
            “Ya. Sebab Uncle dapat tahu yang Munirah mempunyai akuan bank dan tanah di Johor. Segala aset Munirah dijaga oleh Fuad. Dia berjanji akan menolong Uncle tetapi lain pula yang terjadi. Uncle telah bayar Fuad sebanyak RM20 000 jika dia dapat memberi maklumat di Munirah berada ketika itu. Dia telah terima duit Uncle tetapi dia sanggup tikam Uncle dari belakang. Katanya Munirah tak pernah menyentuh satu sen pun duit dalam akaun bank tu. Uncle percaya bulat-bulat cakap dia.” Dato’ Syed Mohd Kadir mengetap bibir menahan geram. Kalaulah aku tahu di mana Fuad sekarang ni, tunggulah aku kerjakan.
            “ Kenapa Uncle Fuad buat Uncle macam tu? Uncle Fuad yang Zahari kenal selama ini adalah seorang yang amanah. Mustahil.” Zahari tak percaya. Aku kenal Uncle Fuad sejak kecil lagi. Dia adalah orang yang sangat dipercayai oleh abah. Kenapa? Dahi Zahari sedikit berkerut.
            “Zahari! Manusia sangat buat apa saja demi duit. Duit dan harta adalah segala-galanya di dunia ni. Manusia boleh berubah kerana duit dan harta. Apa yang uncle mahu sekarang ni .....berhadapan dengan Fuad. Di mana Fuad sekarang ini? Uncle tahu dia sudah bersara sejak 2 tahun yang lalu. Zahari pasti tahu di mana Fuad sekarang ni! Uncle ingin bertanya ...kenapa dia sanggup berbohong pada uncle? Why?” tegas Dato’ Syed Mohd Kadir. Jika tidak kerana Fuad, pasti sudah lama aku hidup bahagia bersama Munirah dan Alina. Aku dapat melihat Alina membesar . Melihat Alina merangkak. Melihat Alina tersenyum dan ketawa buat pertama kalinya. Melihat Alina berjalan. Mendengar Alina bercakap pertama kalinya. Semua itu! Semua itu aku terlepas. Aku tak pernah alaminya. Aku tiada apa-apa memori tentang Alina sejak kecil. Aku ni memang ayah yang tak bertanggungjawab. Dato’ Syed Mohd Kadir menggengam tangannya dengan lebih erat. Perasaan bersalah di hatinya tak pernah padam.
            “Uncle! Jangan terlampau stress. Uncle, jangan lupa pesanan Nazri. Tak elok jika Uncle terlampau stress. Uncle kena relaks, okay! Tentang Uncle Fuad, biar Zahari uruskan. Zahari akan suruh orang siasat di mana Uncle Fuad sekarang ni. Jika Zahari dapat maklumat tentang Uncle Fuad, Zahari akan beritahu Uncle.”
            Dato’ Kadir hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.

                                                ***********************************

            Alina berjalan mendekati lelaki yang sedang duduk di sudut yang terpencil di cafeteria hospital. Alina hairan apabila menerima panggilan dari Dato’ Syed Mohd Kadir yang ingin breakfast bersamanya. “Assalammualaikum!”
            Dato’ Syed Mohd Kadir berpaling. Sebaik sahaja melihat kehadiran Alina, Dato Kadir tersenyum lebar.”Waalaikumussalam.” jawab Dato’ Kadir.
            Alina bersalam dengan Dato’ Kadir sebelum duduk di kerusi yang berhadapan dengan Dato’ Kadir. “Abah dah makan ke belum?” soal Alina.
            “Belum. Abah tunggu Lina. Biar kita breakfast bersama-sama ...lagipun kita tak pernah breakfast bersama-sama kan. Bila ibu Lina dah sihat, kita breakfast bersama-sama ye!”
            “Baiklah.”
            “Nak minum apa?” tiba-tiba seorang lelaki datang menghampiri mereka berdua. Pen yang dipegang bersedia untuk menulis.
            “Hmm...teh o panas. Abah?”
            “Sama!”
            “Makan pula?” soal pelayan lelaki itu.
            “Dua bihun goreng.” Beritahu Alina.
            “Dua teh o panas dan dua bihun goreng.” Pelayan lelaki mengulang sekali lagi order Alina.
            Alina hanya menganggukkan kepalanya. Selepas pelayan lelaki berlalu pergi, Alina menoleh. “Abah dah melawat ibu ke?”
            “Belum. Abah tak mahu ganggu ibu Lina berehat. Abah sengaja ajak Lina breakfast bersama-sama dengan abah. Lagipun, kita tak pernah breakfast bersama-sama kan!” nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir sayu. Hatinya tiba-tiba sebak.
            “Abah! Sekarang kan kita sedang breakfast bersama-sama. Kalau abah nak, kita boleh breakfast bersama-sama setiap hari. Lina tak kisah.” Alina menggengam erat tangan Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia tak mahu ayahnya bersedih.
            Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum. Dia bersyukar kerana Alina tidak membencinya selepas apa yang berlaku. Alina menerima aku seadanya. “Lina, abah nak tanya sesuatu?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir. Sebenarnya ada banyak soalan yang aku ingin tanya pada Lina tetapi pada masa itu keadaan tidak sesuai. Mungkin ini masanya.
            “Tanyalah.”
            “Sebelum tu, abah nak minta maaf banyak-banyak pada Lina kerana selama ini abah tak tahu kewujudan Lina. Abah tak pernah menjalani tanggungjawab sebagai seorang ayah. Abah gagal menjadi seorang ayah yang baik. Abah minta maaf ye.”
            “Abah! Dalam hal ini, abah tak perlu minta maaf pada Lina. Tiada apa yang perlu dimaafkan. Apa yang berlaku adalah suratan takdir. Lina tak pernah salahkan sesiapa dalam hal ini. Mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. “
            “Terima kasih, Lina. Abah bersyukur kepadaNya kerana memberi peluang pada abah untuk memperbaiki kesilapan abah selama 26 tahun ni. Terima kasih Lina kerana tidak membenci abah selepas apa yang pernah abah lakukan tehadap ibu Lina.” Dato’ Syed Mohd Kadir menggengam erat tangan Alina.
            Wajah Alina berubah pucat. Benci! Kalau abah tahu tentang Along dan Angah, pasti hati abah akan terluka. Mana tidaknya, perangai Along dan Angah tu .....aduh, menyakitkan hati.. Tapi abah berhak tahu tentang anak-anak abah yang lain. Perlu ke aku beritahu abah? Dahi Alina sedikit berkerut. Ahh...tak boleh. Nak cari nahas? Abah baru saja sembuh.
            “Lina, kenapa ni? Lina tak sihat ke?”
            “Sihat...Lina sihat.”  Alina cuba tersenyum. Dia menyembunyikan apa yang sedang berada di fikirannya sekarang ini.
            “Lina, sebenarnya! Ada perkara abah nak tanya.”
            “Ok.”
            “Semasa Lina kecil, ibu Lina ada cerita tentang abah tak?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir ingin tahu.
            Alina terkejut dengan pertanyaan Dato’ Syed Mohd Kadir. Alina terdiam seketika. “Sebenarnya, ibu tak pernah bercerita tentang abah. Lina pernah bertanya tentang abah tetapi ibu beritahu antara abah dan ibu tiada jodoh.. Itu saja jawapan yang diberi oleh ibu.”
            “Ini bermakna ibu Lina bencikan abah.” Nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir sayu. Kecewa.
            “Tidak. Ibu tak pernah bencikan abah. Mungkin pada waktu ibu tak mahu ungkit kisah lamanya. Bagi ibu ...apa yang berlaku antara ibu dan abah, itu adalah rahsia ibu. Kami tahu hal mengenai ibu dan abah dari auntie Khaty.”
            “Kami” Dato’ Kadir merenung Alina secara tiba-tiba. Kami!
            Bulat anak mata Alina. Alamak aku tersasul la. “Aa....Lina tersasul tadi.” Alina cuba cover line.
            “Terkejut abah! Ingatkan abah ada anak seorang lagi. Hmm...siapa Auntie Khaty?”
            “Bestfriend ibu. Mereka kenal sejak sekolah menengah lagi kebetulan pula mereka satu kampung. Auntie Khaty yang menolong ibu selama ini.”
            “Nasib baik, selama ini abah ingat ibu Lina seorang diri di negara orang. Abah nak jumpa Khaty dan berterima kasih padanya.” Ujarnya. Dia perlu berterima kasih pada orang ynag menjaga Munirah dan Alina selama ini. Dia terhutang budi pada wanita yang bernama Khaty.
            “Aaa......Lina rasa buat masa sekarang, leibh baik abah jangan jumpa auntie Khaty.” Nada suara Alina bergetar. Selepas apa yang terjadi pada ibu, auntie Khaty menyuruh ibu pulang ke London dengan segera. Kata Auntie Khaty, abah tak layak untuk menjadi suami ibu. Abah gagal melindungi ibu, Itu yang membuat Auntie Khaty marah dan mahu ibu pulang ke London.
            “Why?”
            “Nothing.” Alina cuba tersenyum. “Wah, dah sampai!” kata Alina sebaik sahaja pelayan itu meletak makanan dan minuman yang mereka pesan sebentar tadi. “Jemput makan, abah. Lepas ni, abah kena terus makan ubat ye.” Ujarnya lagi. Alina segera menumpukan perhatina terhadap makanan. Alina tak mahu Dato’ Syed Mohd Kadir terus bertanya tentang Auntie Khaty.
            Dato’ Syed Mohd Kadir  memerhati gelagat Alina. Macam ada sesuatu yang tak kena je? Kenapa Lina tak bagi aku jumpa Khaty? Ada masalah ke? Senyuman terukir di bibir melihat Alina yang begitu asyik menjamu selera.

                                                *********************************

            Alisa menanggalkan cermin mata Guess yang berwarna hitam sebaik sahaja menutup pintu bilik. Alisa membuat mimik muka melihat jambangan bunga dan bakul bunga ros yang penuh menghiasi bilik itu. Bau bunga ros menusuk deria baunya.
            “Ini bilik untuk pesakit ke atau bilik untuk pameran bunga!” Alisa bersuara. Menyampah betul. Ada hati nak pikat ibu konon? Dasar lelaki buaya. Bila tak bahagia dengan isteri muda, mulalah cari isteri tua.
            Munirah hanya mampu tersenyum. Sebenarnya dia rimas. Bunga-bunga ros yang dihantar oleh Dato’ Syed Mohd Kadir  Kadir sepanjang 3 hari dia dirawat di sini, tidak memberi apa-apa erti padanya.
            Alisa meletakkan beg yang berisi bekalan makanan yang dimasak olehnya untuk dimakan oleh ibu. Alisa terus bersalaman. “Tapi sayang, bunga ros bukan favorite flower ibu. Huh!”
            “Biarlah! Itu duit dia. Dia nak buat apa-apa pun. Itu hak dia.” Kata Munirah. Dia malas nak bertikam lidah dengan Alisa. Yang pasti Alisa tetap akan menang.
            Alisa hanya mengeluh. Melihat reaksi ibu, lebih baik aku diam. Aliasa mengeluarkan tupperware yang berisi nasi goreng .
            Serentak mereka berdua berpaling ke arah pintu apabila pintu itu dibuka.
            “Ibu! Apa kita nak buat sekarang ni?” Wajah Alina resah.
            “Kenapa?” soal Munirah apabila Alina meluru masuk.
            “Abah ...Abah nak jumpa Auntie Khaty. Abah nak ucapkan terima kasih pada Auntie Khaty. Abah kata abah nak ikut kita jika kita balik London.”
            “What!” Nada suara Munirah meninggi. Apa pula yang dia nak kali ni?
            “Nak ikut kita balik ke London? Apa masalah dia sebenarnya? Muka tembok ke?” Alisa merenung Alina.
            “Angah!” Alina menegur Alisa.
            “Kenapa? Memang betul kan Angah cakap. Ibu, jika begini keadaaannya ....masalah ibu takkan selesai. Ibu masih nak tunggu untuk semua ni selesai ke?” Alisa merenung ibunya.
            Munirah mengetap bibir. Kenapa dia masih tak faham? Kenapa?


                                                        *********************************
            “What!” Alisa terus berpaling ke belakang bila mendengar kata-kata Alina. Matanya tepat merenung adiknya yang tersenyum.
            “I’m sure you understand about my job. My patient needs me right now. I have to go back to London. I have to save her. Please pretend to be me for a week.”
            “Kerja gila! How can i be like you? Even we are twins, our behavior totally different. 100% different.” Alisa kurang senang dengan permintaan Alina.
            “Please! Kalau macam tu, Acu rasa lebih baik Angah berterus-terang dengan abah. Tentang kewujudan Angah.”
            “No!” tegas Alisa. Itu bukan cadangan yang baik.
            “So you don’t have a choice, sis!” Alina tersenyum
            Alisa mengeluh. Nampaknya dia sudah tak ada jalan lain lagi. “Ok! ...Ibu tahu tak tentang perkara ni?”
            Alina menganggukkan kepalanya. Dia sudah pun beritahu ibu tentang perkara ni! Ibu setuju..
            “Flight pukul berapa?”
            “8.00pm.”
            Alisa mengeluh kuat. Menjadi seperti Alina bukanlah senang. Kena menjadi lemah lembut dan berbudi bahasa. How can i be like her?
            “Kenapa? Susah hati nampak?” usik Alina. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Alisa sekarang ni.
            “Nampaknya Angah kena zip mulut ni la.”
            “Ya! 100% zip! Kalau orang cakap apa-apa, Angah setuju saja. Yang penting, sabar! Angah kena selalu ingat, Angah adalah Acu! Ingat tu.”
            “Leceh la macam tu.”
            “Kalau tak nak, Angah kena berterus-terang.” Alina tersenyum sinis.
            “Ya! Ya. Angah jaga kelakuan Angah!” Alisa membuat mimik muka. Aa....berapa lama la aku boleh zip mulut aku ni? Alisa resah.

                                                ******************************

            “Acu dah bertolak ke?” tanya Munirah apabila anak keduanya itu tiba. Dia perlu berada di hospital selama seminggu sebelum dibenarkan keluar.
            “Dah,Ibu!”
            Munirah tersenyum melihat Alisa. Sekarang ni penampilan Alisa seperti penampilan Alina. Make upnya yang tebal juga sudah tiada lagi. Rambut pula dilepaskan. Selalunya Alisa akan menyanggulkan rambutnya.
            “Kenapa ibu tengok Angah macam tu?”
            “Aii...salah ke ibu tengok anak sendiri?”
            “Bukan la macam tu! Pandangan ibu pelik semacam saja. Ada apa-apa kat muka Angah ke?”
            “Tak ada apa-apa! Kan cantik kalau Angah macam ni! Nampak cantik dan ayu. Tak payah la mekap tebal-tebal. Eyeliner tu jangan la pakai tebal sangat. Takut ibu bila tengok mata Angah!”
            Alisa tersengih. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Alisa menoleh. Munirah tersenyum bila lihat kedatangan Dr. Nazri.
            “Dr. Nazri tak balik lagi ke? Dah lewat ni!” Sekilas Munirah mengerling matanya ke arah jam dinding di biliknya, Sudah pukul 11.30 malam.
            Dr. Nazri tersenyum bila ada kelibat Alina di situ. Dia dah agak dah mesti Alina ada. Jika tak berjumpa Alina, pasti hatinya resah.
            Alisa membalas senyuman lelaki itu. Lain macam saja senyuman lelaki ni. Nak menggatal ke? Takkan la doktor ni ada hati dengan Acu?
            “sekejap lagi saya balik, auntie. Aaa.....” Dr. Nazri memandang ke arah Alisa.
“Lina, saya nak beritahu awak yang pihak hospital baru saja menerima jantung dari penderma untuk dijadikan kajian. Hari tu awak cakap awak berminat turut serta dalam penyelidikan ini.”
            “JJJJJantung!” nada suara Alisa berketar. Anak matanya tiba-tiba membesar. Seram sejuk bila mendengarnya.
            “Ya....Jantung! Jantung manusia! Saya datang sini sebab nak ajak Lina lihat jantung tu. Lina kan nak jadi doktor pakar jantung.” Dr. Nazri masih lagi tersenyum
            “Sekarang!” mata Alisa dialihkan pada ibunya. Ibu, tolong! Nak tengok jantung manusia, memang cari nahas. Nanti tak pasal-pasal aku pengsan atau mati terkejut.
            “Pergilah, Lina!” Munirah menyampuk. Dia cuba menahan ketawa. Dia nak lihat apa alasan Alisa. Dia tahu Alisa banyak akal.
            Alisa membuat mimik muka bila mendengar kata-kata ibunya. Ibu.....ni bukannya nak tolong. Mata Alisa meliar ke kiri dan kanan sambil memikirkan alasan. “Aduh....sakit kepala la.” Alisa terus memegang kepalanya. Eksperesi wajahnya bertukar menjadi sakit seolah-olah sedang menahan kesakitan. “Aaa...berdenyut-denyut la pulak!” Perlahan-lahan Alisa berjalan mendekati sofa dan terus duduk di situ.
            “Lina nak ubat ke?” tanya Dr. Nazri risau.
            “Tak apa la! Sikit saja ni. Lepas tidur nanti baik la. Saya rasa next week la saya tengok jantung tu!” Alisa terus menyandarkan kepalanya di sofa. Dia terus memejamkan mata.
            Munirah hanya tersengih. Ada ada saja anak aku ni!
            “Kalau begitu, baiklah. Kalau sakit lagi, minta panadol kat nurse yang sedang bertugas. Lina tidur la. Kalau ada apa-apa beritahu saya.”
            Alisa hanya menganggukkan kepalanya. Ala...cepat la berambus. Balik la. Rimas!
            “Auntie, saya balik dulu! Kalau ada apa-apa beritahu saya!”  Dr. Nazri sempat mengerling ke arah Alina yang tidur. Dia risau untuk meninggalkan Alina dalam keadaan sekarang. Kakinya terasa berat untuk melangkah.
            Munirah hanya menganggukkan kepalanya.
            Sebaik saja mendengar pintu bilik di tutup. Perlahan-lahan Alisa membuka sedikit mata kanannya untuk memastikan lelaki itu sudah pergi.
            “Dr. Nazri dah keluar.”
            Alisa pantas bangun bila mendengar kata-kata ibunya. Dia menghampiri ibunya. “Don’t tell me that guy fall.....”
            “As you can see, yes! What do you think about him?” Munirah suka jika Dr. Nazri menjadi menantunya.
            “Huh....Macam la Acu akan terima cinta dia?”
            “Apa maksud Angah!” Munirah terkejut.
            “Nothing.” Alisa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alamak, aku terlepas cakap pulak. Tiba-tiba telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya berbunyi, segera Alisa menggeluarkannya. Air mukanya berubah sebaik saja melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Telefon bimbit itu adalah milik Alina
            “Kenapa tak angkat?”
            “Ibu jawab!” terus Alisa memberi pada ibunya.
            Munirah pelik dengan kelakuan Alisa. Munirah melihat di skrin telefon bimbit itu. Patut la. “Assalamualaikum.”
            “Walaikumussalam. Aaa....Munirah, Lina mana?” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut bila Munirah yang menjawab panggilannya. Sebenarnya dia ingin bercakap dengan Alina.
            “Lina pergi toilet. Apa halnya?”
            “Aaa...Tak ada apa-apa. Munirah beritahu Lina, esok pagi abang ingin berjumpa dengan Lina. Suruh dia datang rumah.”
            “Baiklah.Nanti Munirah beritahu Lina”
            “Terima kasih! Assalamualikum.” Kata Dato’ Syed Mohd Kadir sebelum menamatkan perbualan mereka.
            “Walaikumussalam.” Jawab Munirah. Matanya tepat merenung anak keduanya. “Dato’ Kadir nak jumpa Angah!”
            “For what?” Alisa terkejut.
            “Ibu tak tahu. Esok pagi kat rumah dia.”
            “No way i’ll go meet him.” Tegas Alisa. Lelaki itu adalah lelaki yang dia tak ingin jumpa sepanjang hidupnya.
            “Angah jangan lupa sekarang ni Angah adalah Alina. Act like Alina.” Munirah cuba mengingatkan anaknya.
            “But!”
            “You have to.”
            “Fine! Angah pergi.” Alisa mengalah.Dia tak ingin bergaduh dengan ibunya. Sekarang ni ibu masih sakit. Dahi Alisa berkerut. Dia resah. Boleh ke aku jadi Alina esok? Mulut aku ni boleh ke aku control? Apa la yang akan jadi esok? Aku kena yakin. Aku boleh menyamar menjadi Alina. Can I? I hope so?

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...