Sunday, May 25, 2025

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 4)

 


    Tibanya di rumah sewa, Emma masuk ke dalam bilik tidurnya yang dikongsi dengan Janna. Bag galas diletakkan di atas meja study dan dia melihat semula jadual kelas untuk esok.

            Emma menoleh setelah menyedari Janna masuk.

            “Macam mana? Perut dah okey ke?” tanya Emma. Sebaik saja sampai ke rumah, Janna terus berlari ke tandas.

            “ Fuh lega dah lepas, nasib baik perut meragam masa sampai rumah.” Janna terus duduk di katil dia selepas menutup pintu bilik.

            “Kau macam mana dah okey ke?” Janna bertanya pula.

            Emma tersentak dengan soalan Janna.

            “ Cuba cerita apa dah jadi sebenarnya? Share dengan aku. Hari ini seharian kau tak sebut nama Rauf, kat kelas pun kau tak dekat langsung dengan Rauf. Selama ini, kau selalu berkepit dengan Rauf. Duduk sebelah Rauf, lunch dengan Rauf, bercakap dengan Rauf tapi hari ini kau langsung tak buat semua tu. Semua orang pelik dengan perangai kau hari ini. Pagi tadi sebelum pergi kuliah, kau happy sangat sebab nak jumpa Rauf. Tiba-tiba sekelip mata kau berubah, kenapa? Rauf ada cakap something kat kau? Rauf sakitkan hati kau?” tanya Janna bertubi-tubi. Dia risau sebenarnya.

            Air muka Emma berubah keruh dan kemudian dia terus menangis.

            Janna terkejut. Dia mendekati Emma.

            Emma memeluk Janna dan terus menangis.

            “Menangis sampai hati kau puas, Emma!” Janna mengusap bahu sahabat baiknya itu.

            Selepas lima minit, Emma berhenti menangis dan bertenang. Dia merungkai pelukkan mereka berdua.

            “Citer kat aku, apa dah jadi ni?” tanya Janna lagi.

            Emma menceritakan apa yang berlaku pagi ini dekat Janna.

            “Masa itu buat aku terfikir, Rauf tak pernah pun senyum dan ketawa bila dengan aku. Kenapa? Sebab Rauf tak pernah suka aku. Aku usaha macam mana pun, kalau orang dah tak suka, sampai bila-bila takkan suka. Saat itu sekelip mata, mata aku terbuka, hati aku terbuka, aaaa…. Cinta aku ini cinta sehala, Rauf takkan toleh ke belakang tengok aku pun, aku saja yang asyik pandang dari belakang. Aku pentingkan diri sendiri dan abaikan perasaan Rauf. Mesti Rauf rimas kan, aku asyik ikut dia ke mana-mana saja. Aku dah fikir masak-masak, Janna. Aku akan lepaskan Rauf, memang hati ini sakit dan sedih tapi demi kegembiraan Rauf, aku mengalah. Cinta tak semestinya untuk dimiliki, aku reda, first love is one you never forget.” Emma meluahkan perasaan dia. Baki air mata yang mengalir dikesat dengan jarinya.

            Janna menahan diri dari bersedih selepas mendengar cerita Emma.

            “So aku tekad tahun ini, aku nak fokus belajar saja. Dah tahun ketiga kan, tak boleh main-main lagi. Perlahan-lahan aku cuba lupakan Rauf, masa yang akan jadi penentu segala-galanya kan!”  tambah Emma lagi. Dia cuba tersenyum kelat.

            “ Tepat sekali. Kau jangan fikir pasal Rauf, Rauf yang rugi sebab tak tahu hargai kau. So malam ini kita makan sate, aku belanja kau sempena kau nak mulakan hidup baru.” Janna tersenyum. Dia cuba memujuk hati Emma.

            “Wow, sate! Memang favourite aku tu.” Emma ketawa kecil. Dalam hati, dia mengucapkan selamat tinggal dekat Rauf.


No comments:

Post a Comment

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...