“Apa! Esok Ibu nak
balik Malaysia!” Alisa terkejut dengan keputusan ibunya secara tiba-tiba.
Aleya
terus saja bangun dari sofa bila mendengar kata-kata ibunya.
“Ibu bukan ke ibu dah berjanji
takkan menjejakkan kaki di Malaysia! Why?” Aleya melihat ke arah ibunya. Dia
tak puas hati.
Alina hanya duduk diam membisu di
sebelah ibunya. Dia sedar kedua-dua kakaknya pasti tidak bersetuju dengan
rancangan ibu untuk pulang ke Malaysia.
“Abah kamu sakit.”beritahu Munirah.
Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Maria semalam. Maria merupakan
sepupu suaminya. Katanya kini suaminya berada di wad ICU. Sudah seminggu
suaminya berada di situ akibat penyakit jantung malah doktor juga beritahu
harapan untuk sedar juga amat tipis. Tujuan Maria menelefon adalah untuk
mengajak Munirah pulang dan berjumpa dengan suaminya untuk kali terakhir. Puas
semalaman dia berfikir dan akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang ke
Malaysia. Dia tahu Aleya dan Alisa takkan setuju dengan keputusannya.
Aleya dan Alisa terdiam seketika
bila mendengar kata-kata ibunya.
“Abah sakit! Along! Angah! Jom la,
kita balik jumpa abah buat kali terakhir. “ pujuk Alina.
“Buat apa kita nak jumpa dia
sedangkan kewujudkan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia
kenal kita pun. Selama ni pun, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa
peranan pun.” Aleya bersuara. Dia geram bila Alina begitu senang menerima orang
yang menghalau ibu sehelai sepinggang hanya disebabkan ingin berkahwin dengan
pelakon terkenal. Kerana pelakon itu, ibu disisihkan. Habis madu sepah di
buang.
“She’s right! Kenapa tiba-tiba saja
kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 26 tahun, kita tinggal di
London! Ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak berbaloi kita buat baik dengan orang
seperti itu.” Tegas Alisa. Telinga Alisa panas bila mendengar kata adik
kembarnya. Walaupun mereka bertiga kembar seiras namun personaliti mereka jauh
berbeza.
“Dia tu....abah kita! Walauapa pun
kesalahan abah pada kita dulu, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita” ucap Alina
lembut. Dia tahu Aleya dan Alisa berdendam dengan ayah mereka sehingga
menyebabkan hati mereka keras untuk menerima abah dalam hidup mereka
“It’s
easy for you to say!” Aleya merenung adiknya. Aleya tak mahu hati ibunya
terluka lagi. Kembali ke Malaysia, bukanlah idea yang baik.
“Kami takkan balik.” Tegas Alisa.
Mereka berdua tetap dengan keputusan mereka.
“Ikut suka hati kamu la! Ibu malas
nak cakap lagi.” Munirah tiba-tiba bangun dan berjalan terus masuk ke dalam
biliknya. Dia malas nak dengar anak-anaknya berbalah antara satu sama lain. Apa
yang penting sekarang ni, sempatkan dia berjumpa dengan suaminya esok?
“Ibu!” panggil Alina bila ibunya
meninggalkan mereka. Alina menoleh ke arah kakaknya. Aleya dan Alisa terus
memandang ke arah lain bila Alina memandang ke arah mereka berdua. Alina
mengeluh. Degil! Keras hati.
******************************************
Hati Maria sayu bila melihat
sepupunya yang terlantar di katil. Seluruh badan Kadir dipenuhi dengan wayar
malah alat bantuan pernafasan juga digunakan untuk bernafas. Sudah hampir
seminggu Kadir berada dalam keadaan koma. Dia teringat permintaan Kadir yang
terakhir sebelum memasuki bilik pembedahan minggu lepas. Kadir ingin berjumpa
dengan Munirah. Dia ingin minta maaf pada Munirah di atas kesalahannya yang
lalu. Sebenarnya selama ni dia sering berhubung dengan Munirah tanpa
pengetahuan Kadir kerana Munirah menyuruhnya merahsiakan perkara ni. Dia
terserempak dengan Munirah sewaktu melancong di London bersama suaminya pada
tahun lepas
“Kak Munirah!” panggil Maria terus
memegang tangan wanita yang berada di hadapannya. Wanita yang hilang tanpa
berita sejak 25 tahun yang lalu.
Munirah terkejut dengan kehadiran
Maria. Wajahnya berubah. “M...Maria!” Munirah menoleh ke arah Alina yang berada
di sebelahnya.
Maria tersenyum. Sudah lama dia tak
berjumpa dengan kak Munirah sejak Kak Munirah dihalau keluar oleh Abang Kadir.
Sejak itu mereka terputus hubungan. Maria melihat wanita muda yang berdiri di
sebelah Munirah. Wajahnya seiras Kak Munirah. Rambut lurus yang melepasi bahu
menambahkan keayuannya. Matanya berwarna coklat seperti Abang Kadir. Pantas
Maria menoleh ke arah Munirah dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
Perlahan-lahan Munirah hanya
menganggukkan kepalanya. Dia tahu soalan di sebalik pandangan Maria
terhadapnya. Dia tahu sesiapa saja yang melihat Aleya, Alisa dan Alina
pasti akan mengaitkan
mereka bertiga dengan suaminya kerana mata mereka yang berwarna coklat itu sama
seperti suaminya.
“Abang Kadir tahu tak?” soal Maria.
“Tak tahu!” lemah jawapan Munirah.
Selepas di halau keluar dari rumah, dia baru mendapat tahu yang dirinya kini
mengandung 2 bulan. Dia terus membuat keputusan untuk berhijrah ke luar negara.
Dia ingin memulakan lebaran baru dan melupakan kisah silamnya yang perit itu.
Dia berjanji takkan pulang ke Malaysia lagi malah dia tak ingin bertemu dengan
suaminya. “Ini Alina!” Munirah memperkenalkan anak bongsunya.
Alina terus bersalam dengan Maria.
“Ini Auntie Maria! Sepupu abah
kamu.” Beritahu Munirah.
“Oooo...Auntie, apa khabar?”
“Baik! Alhamdulilah. Alina, buat apa
sekarang ni?” soal Maria ingin tahu.
“Sekarang ni Lina....doktor pelatih
di Hospital St. Edward.”
“Doktor rupanya.” Maria tersenyum.
Lamunan Maria tiba-tiba terganggu bila mendengar suara Kartika. Maria melihat
ke arah pintu.
“Oooo....kau rupanya! Laki kau tak
marah ke kalau tiap-tiap hari asyik datang sini saja.” Kata Kartika sebaik saja
masuk ke bilik suaminya.
“Apasal pulak laki aku nak marah!
Aku bukannya pergi berfoya-foya dengan lelaki muda. Aku melawat sepupu aku je.”
Balas Maria. Dia menyampah dengan perangai Kartika. Dah tua tapi perasaan diri
tu muda.
Kartika mengetap bibir bila
mendengar kata-kata sepupu suaminya. Kata-kata itu memang ditujukan tepat ke
mukanya. Kartika malas nak layan dan terus duduk di sofa. Dia membaca majalah
yang dibawanya. Bosan betul duduk di sini.
Maria merenung Kartika. Dia geram
dengan perangai Kartika yang tidak langsung menjenguk suaminya sendiri. Isteri
apa ni? Abang Kadir memang silap besar bila memilih janda beranak dua ni. Apa
kelebihannya pun, aku tak nampak pun. Meluat lagi ada la.
“Mama!....Mama!” jerit Suhaila bila
menglangkah masuk. Dia terus berlari anak-anak menuju ke ibunya. Dia langsung
tak pedulikan kehadiran Maria di situ. “Mama.....Jenama Gucci dah keluarkan beg
tangan terbaru. Jom la, kita pergi beli cepat sebelum orang lain beli.”
“Gucci!” Bulat mata Kartika bila
mendengar kata-kata anaknya. Majalah yang dibacanya ditutup serta merta.
“Mama! Cepat la nanti dah habis.”
Suhaila merengek seperti budak kecil.
“Baiklah! Baiklah!” segera Kartika
bangun. “Aa....Maria, kau tolong aku jap jaga suami aku ni. Aku keluar sekejap.
“kata Kartika sepintas lalu sewaktu meninggalkan bilik itu.
Maria mengenggam erat beg tangannya
berjenama Bonia. Sakit hatinya bila melihat perangai Kartika. Laki dia sendiri,
dia suruh aku jaga pulak! Eee...perempuan ni. Tak sampai 5 minit duduk di sini,
dah keluar dah. Apa punya isteri? Perangainya jauh berbeza dengan Kak Munirah.
Jika Kak Munirah, dia takkan sesekali tinggalkan Abang Kadir. Dia pasti akan
sentiasa berada di sisi Abang Kadir. Maria menoleh ke arah Abang Kadir. “Isteri
macam ni ke yang Abang Kadir nak?” kata Maria sebelum berlalu pergi. Dia kesal
kerana Abang Kadir mensia-siakan Kak Munirah.
****************************************
Aleya melangkah masuk ke bilik
ibunya. Dia menyandar tubuhnya di dinding bilik apabila melihat ibunya sedang
memasukkan baju ke dalam beg.
“Do you think this is a good idea,
ibu?”
Munirah berpaling. Pandangannya tepat
pada anak sulungnya. Keluhan dilepaskan dengan kuat.
“Walau apa yang terjadi, dia masih
suami ibu yang sah. Walaupun kami dah lama berpisah, ibu tetap isterinya. Apa
yang pernah terjadi selama ini, ibu dah lupakan.” Kata Munirah dengan lembut.
Dahi Aleya sedikit berkerut. Suami
yang sah ...“Ibu tahu kan, kehadiran ibu di situ tidak dialu-alukan. How about
his second wife ? Tiba-tiba sahaja
muncul selepas 20 tahun lebih berlalu dan pada ketika itu pula suaminya sedang
nazak. Ibu tahu kan apa orang akan fikir tentang ibu.”
“Apa sahaja mereka ingin fikirkan
tentang ibu, ibu tak kisah. Mereka bebas berfikir apa sahaja. Yang penting,
hanya ibu sahaja tahu niat ibu. Ibu tak mahu menyesal di kemudian hari ,
biarlah ibu melihat dia pada kali terakhir.”Munirah cuba tersenyum
Aleya menggelengkan kepalanya
beberapa kali. Dia hanya mahu melindungi ibunya dari terluka lagi. Dia tak mahu
melihat ibunya menderita sekali lagi. Cukuplah sekali ibu menderita disebabkan
lelaki yang pernah menjadi suami dalam masa yang singkat.
“Along, don’t worry about me! Acu
bersama ibu. Ibu tak akan paksa Along dan Angah ikut ibu pulang ke Malaysia.
Kamu berdua dah besar. Ibu hormati keputusan Along dan Angah.” Munirah bangun dan berjalan ke arah Aleya.
“Do you still love him?” tiba-tiba
soalan itu keluar di bibir Aleya.
Langkah Munirah terhenti. Wajahnya
pucat. Soalan Aleya membuat jantungnya berdegup kencang.
“Do you still love him, ibu?” ulang
Aleya sekali lagi. Nada suara sedikit tegas.
Munirah masih terdiam.
“Thanks sebab ibu telah menjawab
pertanyaan Along.” Aleya mula melangkah keluar. Langkahnya terhenti dan Aleya
berpaling. “Have a nice trip, ibu.” Aleya terus berlalu pergi.
Munirah masih kaku berdiri. Dia
sendiri keliru. Kelibat Aleya sudah hilang dari pandangannya. Adakah aku masih
mencintai lelaki itu? Perlahan-lahan Munirah mengatur langkahnya ke meja solek.
Laci meja solek di tarik. Sebuah kotak
berwarna hijau dikeluarkan. Munirah membuka kotak tersebut. Sekeping gambar
lama dikeluarkan. Munirah merenung gambar itu. Air matanya mengalir tanpa
disedari. Semakin deras air matanya membasahi pipi. Tangisannya semakin kuat..
Dia mendakap erat gambar itu.
Aleya melihat di sebalik pintu bilik
ibunya. Dia masih berdiri di situ memerhati gelagat ibunya. Hatinya sebak. Kenapa
ibu masih mencintai lelaki yang tidak pernah menghargai pengorbanan ibu selama
ini? Lelaki itu tidak layak mendapatkan cinta dan kasih sayang ibu. Bencinya
pada lelaki itu tidak akan pudar walaupun lelaki itu adalah ayah kandungnya
sendiri.
3 comments:
ni sinopsis ker apa ni yaa writer? oh yea novel ni bila akan diterbitkan yea?
Ini bukan sinopsis. Saya ada buat tambahan utk Satu Dua Tiga. Saya akan start update setiap minggu. InsyaAllah ...Rahsia Hati akan diterbitkan x lama lgi.
ooo..cepat la update novel Satu Dua Tiga nii yea Lil, bab saya suka sangat cerita ni..novel rahsia hati ni diterbitkan oleh penulisan2u ker macam novel siapa orang gajiku?
Post a Comment