Bab 11
Aleya mengetap bibirnya menahan
geram memikirkan apa yang berlaku pada ibu semasa berada di Malaysia. Tentang
keengganan Dato’ Syed Mohd Kadir yang tak ingin menceraikan ibunya! Tentang
Datin Kartika yang cuba membunuh ibunya! Ini yang buat dia marah. Semalaman dia
tak tidur memikirkan keadaam ibu dan adik-adiknya di sana. Jika ikutkan hati
dia ingin segera pergi ke Malaysia tetapi banyak lagi projeknya yang belum
diselesaikan. Dia perlu siapkan projek di sini dengan kadar segera.Dia bimbang
jika sesuatu perkara yang buruk berlaku. Langkah Aleya terhenti sebaik saja
melintasi meja setiausahanya. “Mary, I want you to arrange back all my
appointment for next month. I want all next month appointment to be in this
month.”
“Allright, Miss Aleya! Aaa....Jaya Bersatu
call again. He want to speak with you again but this time it not Mr. Rahim
but...he said his name is.....” Mary melihat ke arah buku catatan yang berada
di atas meja. “Iskandar.”
“Iskandar!” Berkerut dahi Aleya.
Aleya mengeluh. Mereka ni memang tak faham bahasa! Aku dah cakap tak nak! Tak
nak la. Tiba-tiba telefon di meja Mary berbunyi.
“I think it’s him again!” kata Mary
melihat ke arah majikannya.
“Ok! I talk to him.” Aleya terus
masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja. Tangannya
terus mencapai telefon di mejanya.
“Hello!”
“Finally, you pick up my phone!
Assalamualaikum..” Iskandar tersenyum bila panggilannya disambungkan. Pagi ni
sudah beberapa kali dia menelefon wanita ini. Mata Iskandar melirik ke arah jam
dindingnya. Sudah pukul 2 pagi!
“Waalaikumussalam.Yes! Mr. Iskandar,
what can i help you?”
“Tentang tawaran kami! I nak you
pertimbangkan lagi.” Senyuman lebar terukir di bibirnya. Tahu juga menjawab
salam, ingatkan dah tak tahu.
“What should i tell you to make you
understand perfectly that i not interested.”
“Jika mengenai bayaran, I boleh
bincang dengan you lagi. Berapa you nak?”
“it’s not about the money! I have my
own reason why i’m not accept you offer.” Tegas Aleya.
“Apa alasan you? Jika you beri
alasan yang munasabah, i akan putus asa tapi jika i rasa alasan you tidak
munasabah, i akan pujuk you supaya menerima tawaran I. Untuk pengetahuan you, i
degil orangnya.”
“It’s my personal problem. “ Aleya
sudah mula geram.
Iskandar tiba-tiba ketawa. Lucu bila
mendengar jawapan Aleya.
“Why’re you laughing? It’s not
funny.” Sakit hati Aleya mendengar lelaki itu ketawa. Dia sedang mengejek aku
ke?
“You tolak tawaran I disebabkan
masalah peribadi you. I sangka you ni professional nampaknya telahan I salah.
You tak tahu nak bezakan hal peribadi dan hal kerja.”
“You don’t know me! You don’t have
right to judge me and tell me how to manage my life.” Aleya sudah naik angin.
Ternyata lelaki ini sedang memperlekehkan dirinya.
“Semua perempuan sama saja! Jika
berkaitan dengan hal peribadi, mereka tak tahu bagaimana cara untuk
menguruskannya. Hanya fikirkan tentang diri mereka saja. Yang pelik tu, bangsa
lain you boleh tolong tapi bangsa sendiri you enggan nak menolong. You tak rasa
malu ke pada bangsa awak sendiri.” Iskandar tersenyum.
“What!” Bulat mata Aleya bila
mendengar kata-kata pedas dari lelaki itu.
“You ni anti –Melayu atau anti
Malaysia sehingga tak nak menolong bangsa sendiri. Mentang-mentang la you
membesar di luar negara jadi you lupa asal usul you sendiri. Hmm....baiklah,
jika you tak nak berkerjasama dengan syarikat I nampaknya you takut pada
cabaran I. I silap sebab menaruh harapan tinggi pada you untuk menjayakan
projek ni. You bukanlah seperti mana wanita yang I sangka, seorang wanita yang sanggup
menerima cabaran. Ternyata I silap! “ Iskandar sengaja cuba menyakiti hati
wanita itu.
“Fine! I accept your offer.” Kata
Aleya tanpa berfikira panjang.
Iskandar tersenyum sebaik saja
mendengar persetujuan dari wanita itu. Dia dah agak dah. Wanita ni pantang
apabila dirinya dicabar. “Betul ke? Atau you sekadar cakap kosong saja untuk
menyedabkan hati I saja.”
“I’ll never break my promise! I
always keep it. I’ll see you next month.” Aleya terus meletakkan gangang
telefon itu dengan kasar. Aleya merenung telefon itu. Sedap-sedap saja kata kat
aku macam-macam. Kalau la kau ada depan mata aku sekarang ni, dah lama lebam
biji mata kau. Aleya berjalan ke arah tingkap. Tiba-tiba Aleya mengeluh kuat.
Kepalanya digeleng beberapa kali. “Kenapa la aku terus setuju saja? Biar la dia
nak cakap apa pun.” Aleya sedar dia sudah terlanjur kata. Aleya merenung ke
luar tingkap. Dia ada sebab kenapa dia enggan bekerjasama dengan syarikat Jaya
Bersatu. Ini kerana syarikat itu adalah syarikat Dato’Syed Mohd Kadir. Dia tak
nak ada kena mengena dengan syarikat tu dan Dato’ Syed Mohd Kadir tetapi
nampaknya dia tak dapat larikan diri lagi.
*********************
Zahari terkejut melihat wanita yang
berdiri di hadapannya. Badannya kaku bila wanita itu tersenyum kepadanya.
“Zahari! Ini uncle kenalkan! Alina!
Dr. Alina. Anak uncle.” Kadir memperkenalkan Alina pada anak sahabat karibnya.
“Just call me, Lina! Nice meeting
you.” Alina tersenyum. Alina hairan melihat Zahari sedang merenungnya. Alina
rasa pelik.
“Zahari!” panggil Dato’ Kadir.
“Aaa...Nice meeting you too.” Zahari
terkejut bila Dato’ Kadir memegang bahunya secara tiba-tiba.
“Zahari anak kawan abah.Dia baru
saja balik dari Ireland dua hari lepas. Sekarang ni dia peguam syarikat abah
dan juga peguam abah.”
“Ooo...ya ke? Buat phd ke?” soal
Alina.
“Ya!” Dahi Zahari berkerut.
Perempuan ni dah tak ingat aku ke atau berpura-pura tak ingat aku! Mustahil dia
lupakan aku begitu saja.Tiba-tiba menjadi peramah pula.
“Kamu berdua berbual la dulu! Lina,
abah nak masuk sekejap berjumpa dengan ibu kamu.”
“Baik, abah!” Alina tersenyum.
Sebaik saja Kadir masuk. Zahari
mendekati Alina. Alina terkejut dan mengundurkan langkahnya. “Awak dah lupa
saya ke?”
“Dah lupa? Kita...kita pernah jumpa
ke?” Suara Alina terketar-ketar.
“Dua hari lepas, di KLIA. Saya
takkan lupa apa yang awak dah buat kat saya?”
“KLIA?” Alina berfikir seketika.
Hmm....KLIA? Dua hari lepas mana aku pergi ke KLIA? Tiba-tiba mata Alina
menjadi bulat. Angah! Matanya bertentangan dengan mata Zahari.
“Jadi awak dah ingat la?”
“Aaa....Ya!” jawab Alina. Apa la
Angah dah buat kali ni? Pasti Zahari ni ingat aku la yang dia jumpa 2 hari
lepas.
“Baguslah! Saya tak sangka kita akan
berjumpa lagi. Saya dah agak yang satu hari nanti kita akan berjumpa lagi tapi
tak sangka pula secepat ni. Awak tahu tak disebabkan awak
, semua orang kat
KLIA ingat saya ni pervert. Awak dah jatuhkan maruah diri saya.” Marah Zahari.
Bila ingatkan peristiwa hari itu dia betul-betul bengang.
“Pervert?” Alina mengetap bibirnya.
Angah ni kalau tak cari pasal dengan orang tak sah! “Aa....apa yang saya dah
buat?” soal Alina ingin tahu.
“Awak dah tak ingat! Aa....awak
jerit kata saya ..saya raba punggung awak.” Mata Zahari meliar melihat ke kiri
dan kanan. Dia bimbang jika ada orang terdengar kata-katanya.
“Apa!” Alina terkejut. Angah ni...
“Sedangkan saya tak buat apa-apa pun
kat awak Cuma bertanya soalan saja. Takkan salah kalau saya bertanya soalan
dengan awak.”
“Aaa.....Maaf! Saya minta maaf
banyak-banyak.” Kata Alina memohon maaf bagi pihak kakaknya.
Zahari terkejut bila Alina meminta
maaf. Biar betul perempuan ni minta maaf. Hari tu bukan main sombong lagi. Hari
ni perempuan ini berbeza terus saja minta maaf. Tak banyak cakap pulak tu.
Pelik.
“Awak ! Saya benar-benar minta maaf
sebab jatuhkan maruah awak hari tu. Saya minta maaf. Saya harap selepas ni kita
dapat berkawan.” Alina tersenyum.
“Aaaa.....Ya! Saya maafkan awak.”
“Zahari! Kau dah berkenalan dengan
Dr. Alina ke?” Langkahnya diatur kemas menghampiri sahabat karibnya.
“Dah! Yang kau ni tiba-tiba ada kat
sini, kau tak kerja ke?” soal Zahari hairan.
“Kau dah lupa ke? Ni hospital ayah
aku la.”
“Ya tak ya jugak! Aku lupa la.”
Zahari ketawa.
“Hmm....Lina masuk dulu. Kamu berdua
berbual la.” Kata Alina sebelum melangkah masuk ke bilik ibunya.
Zahari memandang Alina dengan
pandangan yang pelik.
“Zahari, kau jangan pandang
lebih-lebih. Aku dah cop dulu.” Dr. Nazri tersengih,. Dia sedar sejak tadi
Zahari hanya memerhatikan Alina. Sedikit perasaan cemburu terbit di hatinya.
Zahari hanya menggelengkan
kepalanya. “Suhaila, kau nak letak mana?”
“Shis....kau jangan sebut nama tu.
Mulut kau tu masin. Dsebabkan mulut kau hari tu, aku dan Is terpaksa melayan
perangai 2 beradik tu.” Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan.
Zahari ketawa bila lihat air muka
Dr. Nazri yang berubah selepas nama Suhaila disebut.
****************************************
“Jemputlah duduk.” Pelawa Baharom.
Dia tersenyum melihat Munirah kekok berada di dalam pejabatnya.
“Terima kasih.” Munirah tersenyum.
kenapa tiba-tiba peguam keluarga Kadir memanggil aku di sini? Aku ada buat
salah ke? Munirah mula gelisah. Kedatangannya di sini tidak diketahui oleh
Kadir. Jika dia tahu pasti, teruk aku akan kena.
“Pasti Munirah tertanya-tanya kenapa
saya memanggil Munirah datang berjumpa saya di sini.”
Perlahan-lahan Munirah menganggukkan
kepala. Lelaki ini adalah sahabat baik Kadir sejak kecil lagi malahan hubungan
antara keluarga Kadir dan keluarga Baharom sangat akrab.
Senyuman masih terukir di bibir
Baharom. Dia simpati di apa yang telah dilakukan oleh Kadir terhadap Munirah.
Munirah seorang wanita yang baik malah hatinya tulus. Kenapa Kadir tak nampak
semua itu? Berbagai cara dilakukan pada Munirah semata-mata untuk melepaskan
kemarahannya terhadap arwah uncle dan auntie kerana memaksanya berkahwin.
“Tentang wasiat terakhir uncle .....”
“Wasiat! Bukan ke wasiat arwah abag
sudah dibaca dua hari yang lalu?” soal Munirah. Hari ini sudah genaplah dua
bulan pemergiaan arwah papa dan mama. Munirah masih teringat lagi senyuman
arwah abah dan arwah ibu yang dilemparkan ke arahnya sebelum bertolak ke Johor
Bharu. Itulah kali terakhir aku melihat arwah abah dan ibu. Kemalangan jalan
raya di Muar telah meragut nyawa insan yang disayanginya selama ini.
“Wasiat itu untuk Kadir tetapi
wasiat ni untuk Munirah.”
“Untuk saya.” Munirah terkejut.
“Ya.”
“Tetapi ......”
“Munirah dengar dahulu ye ....”
Munirah
terdiam.
“Beberapa
hari sebelum uncle pergi ke Muar, Uncle ada berjumpa dengan saya. Dia suruh
saya bukakan satu akuan bank untuk Munirah. Ini buku akuan Munirah.” Baharom
memberi sebuah buku kecil pada Munirah.
Matanya
masih merenung buku itu. Dia masih teragak-agak untuk mengambil.
“Ambilah
.....”
Satu
keluhan dilepaskan. Abah buka akuan bank
untuk aku? Untuk apa? Pemberian Baharom disambut. Munirah membuka dan terkejut
dengan jumlah wang yang tertera di dalam buku itu. Mulutnya melopong.
“Terdapat
RM 100 ribu di dalam akaun Munirah ....dan ini pula geran tanah ladang kelapa
sawit yang bernilai RM 1 juta di Mersing. Saya telah melantik sebuah syarikat
untuk menguruskan ladang itu. Setiap bulan, keuntungan dari jualan kelapa sawit
akan dimasukkan ke dalam akau ni” jelas Baharom .Baharom meletakkan sekeping
kertas yang merupakan geran tanah milik Munirah.
Dengan
pantas Munirah menutup buku itu dan meletakkan kembali di atas meja. “Saya tak
perlukan semua ni....Saya tak ada hak langsung.”
“Munirah
berhak. Munirah mesti ingat, Munirah adalah satu-satunya menantu uncle.
Terimalah. Ini adalah pemberian terakhir dari uncle. Terimalah, Munirah.”
“Tetapi
kenapa? Bagi Munirah, harta dan wang tak penting. Semua itu tak berguna.
Munirah bukannya perempuan mata duitan. Jika ....Jika Abang Kadir tentang hal
ini, pasti dia akan marah Munirah.” Perasaan takut mula menghantui dirinya. Wajah
Kadir mula terbayang.
“Tentang
Kadir. Munirah, jangan bimbang. Dia takkan tahu tentang hal ini. Ini rahsia
antara kita berdua. Satu hari nanti, semua ini akan berguna juga. Uncle dan
auntie lakukan semua ini untuk masa depan Munirah. Jika sesuatu terjadi pada
mereka, semua ini dapat membantu masa depan
Munirah pada satu hari nanti. Terimalah. Ini adalah pemberian terakhir
dari uncle dan auntie. Jangan hampakan pemintaan mereka. Munirah boleh gunakan
duit ini apabila Munirah memerlukannya pada suatu hari nanti. Ambillah .....”
pujuk Baharom. Dia merenung wanita yang berbaju kurung berwarna orange bercorak
bunga kecil. Baharom tahu tujuan sebentar uncle dan auntie melakukan semua ini.
Mereka bimbang dengan masa depan Munirah. Dahlah anak yatim piatu. Tiada
saudara mara. Ada suami pun, macam tiada suami. Sakit hati Baharom setiap kali
memikirkan layanan Kadir terhadap Munirah. Munirah dianggap seperti orang gaji
seolah-olah tiada harga diri. Nasihat aku langsung tidak diendahkan. Setiap
kali bercakap mengenai Munirah akan diakhiri dengan pertengkaran. Kau memang
bodoh, Kadir.
Dahi
Munirah sedikit berkerut. Dia masih teragak-agak. Jumlahnya terlalu banyak. Apa
yang aku nak buat dengan duit tu? Dah ada tempat tinggal dan tempat untuk makan
dan minum pun aku dah bersyukur.
“Ambilah,
Munirah. Demi uncle dan auntie.”
Munirah
menganggukkan kepalanya perlahan-lahan sebagai tanya setuju.
Ketukan
pintu menyedarkan Munirah dari lamunannya. Dia melihat ke arah pintu. Dia
membetulkan kedudukan tangan kanan yang disimen. Terasa lenguh. Siapa pula yang
datang ni?
“Assalammualaikumussalam.....”
Senyuman lebar terukir di bibir Dato’ Syed Mohd Kadir sebaik sahaja pintu
dibuka. Langkahnya diatur kemas.
“Walaikumussalam.”
Munirah menjawab salam. Munirah mengetap bibir. Kenapa dia masih tak
faham-faham lagi?
“Ini
untuk Munirah.” Dato’ Syed Mohd Kadir menghulurkan sejambak bunga ros berwarna
merah pada Munirah. Dia sangat rindukan wanita ni. Hatinya telah dicuri oleh
Munirah. Setiap saat, dia hanya memikirkan tentang Munirah. Pilihan abah dan
ibu tak pernah silap Cuma aku saja yang telah menyalah tafsirkan niat mereka.
“Untuk
apa lagi, Dato Kadir? Cukuplah. Boleh tak jika awak berhenti melawat saya.
Hentikan semua ni.. Saya tak mahu apa-apa dari awak. Just stop it.”
“Munirah!
Kenapa ni ...tiba-tiba sahaja marah pada abang? Ada yang tak kena ke?” Dato’
Syed Mohd Kadir. Munirah naik angin secara tiba-tiba.
Wajahnya
merah. Perasaan takut tiba-tiba hilang. Yang ada hanya perasaan marah. Apabila
tengok wajah Dato’ Syed Mohd Kadir, perasaan marah datang tanpa disedarinya.
Apa yang berlaku sekarang ni adalah berpunca dari lelaki yang sedang berdiri di
hadapan aku sekarang? Semua ini terjadi kerana dia!
“Kenapa?
Munirah tak boleh marah ke? Awak ingat awak sahaja boleh marah. Saya pun ada
perasaan marah juga.” Munirah mengambil jambangan bunga ros dan dibaling ke
arah dinding. Kelopok bunga mawar bertaburan di atas lantai.
Dato’
Syed Mohd Kadir terkejut. Inilah pertama kali dia melihat Munirah marah.
Badannya kaku.
“Selama
ini Munirah tak pernah minta apa-apa pun dari awak. Susah sangat ke awak nak
setuju dengan permintaan Munirah?” Munirah meninggikan suaranya.
“Munirah.
Bercerai itu bukan jalan penyelesaiannya. Kita boleh berbincang dengan baik.
Tak perlulah Munirah nak marahkan abang seperti ni?”
“Berbincang
dengan baik! Awak ingat Munirah tak pernah cuba cara tu ke? Dah berbuih-buih
mulut Munirah ni bercakap dengan awak. Tapi awak tak pernah ambil kisah .....”
Munirah melepaskan
kemarahan yang selama ini dipendam.
“Munirah!” Nama Munirah disebut
dengan lembut.
“
Kenapa awak beri duit pada Munirah setiap bulan di dalam akaun bank saya? Apa
niat awak sebenarnya, Dato’ Kadir?”
“Munirah .....Percayalah, abang
sayangkan Munirah. Abang tiada niat lain pun....Dah memang tanggungjawab abang
untuk memberi nafkah pada isteri abang. Abang ikhlas.” Dato’ Syed Mohd Kadir
masih memujuk.
“Sayang! Stop acting, ok!” Munirah
ketawa kecil. Geli hati mendengar perkataan yang keluar di bibir Dato’ Syed
Mohd Kadir. “Perkataan itu tiada apa-apa makna bagi Munirah. Cukuplah, Dato’
Kadir. Munirah rimas. Rimas dengan semua ni. Kalaulah Munirah tahu, duit tu
sebahagian dari duit awak .......jangan haraplah Munirah nak guna satu sen sejak
awal lagi. Lebih baik Munirah mati kebuluran.” Matanya merah menyala. Aku akan
buat apa saja agar lelaki ni ceraikan aku. Keselamatan anak-anak aku lebih
penting dari segala-galanya.Ugutan Kartika tidak boleh dipandang ringan.
“Munirah!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut
dengan kata-kata yang lahir di bibir Munirah. Mata mereka bertemu seketika.
Pantas Munirah mengalihkan anak
matanya ke arah lain, jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja mata mereka
bertautan. Munirah menggengam erat jari jemarinya. Kenapa dengan aku? Selepas
apa yang dilakukan pada aku selama ini ,kenapa aku masih lagi mencintai dirinya
......Kenapa? Kenapa? Munirah memejam matanya seketika.
“Abang rasa sekarang bukanlah masa
yang sesuai untuk kita membincangkan perkara ini. Lebih baik Munirah berehat
sahaja. Esok abang akan datang melawat lagi.” Ujarnya sebelum melangkah keluar
dari pintu bilik itu.
Munirah menoleh ke arah pintu sebaik
sahaja pintu itu tertutup rapat. Tanpa disedari air matanya mengalir membasahi
pipi. Munirah cuba menahan namun gagal. Air matanya masih juga mengalir tanpa
henti. Adakah ini dugaan untuk aku tempuhi sekali lagi? Munirah menekup
mulutnya. Dia bimbang jika Alina dan Alisa mendengarnya menangis. Dia tak mahu
mereka tahu apa yang dialaminya sekarang ni.
3 comments:
alahai cian nya...nie lah pdah nya bila lmbt myedari cinta yg hadir dlm jiwa...ececeh...hahaha...tp lily bila 3 adik brdik nie nk muncul..xsbr nk bca konflik cinta 3brdik..hihi
hmmm bakal timbul alina's hehehe nanti semua pening kepala haha perangai 3org yg berlainan tapi berwajah sama.. hahah sian alina kene back up angah dia :) best teruskan lagi :)
nape x smbg cete nie..sye dah baca bab 42 ble nak smbg balik bab seterus nye....naper still ulang balik bab yang mula2
Post a Comment