BAB 12
Alina berdiri di hadapan Alisa yang
sedang membaca majalah Rapi di sofa. Alisa menutup majalah yang dibacanya apabila
sedar Alina berdiri di hadapannya. Alisa mendongakkan kepala. Wajah Alisa
serius. “What’s up?”
“What’s up? Angah tahu tak apa yang
Angah dah buat. Angah ni kalau sehari tak cari pasal dengan orang, tak boleh
ke?”
“Balik-balik terus membebel. Acu dah
kena sampuk ke?” Alisa geli hati.
“Acu serius la, Angah! Acu nak tahu,
masa tiba di KLIA! Angah ada kenakan sesiapa tak?”
“Kenakan siapa?” soal Alisa balik
“Angah!”jerit Alina geram. Main-main
pulak!
“Ada...Ada! Lelaki mana pun Angah
tak tahu. Kenapa?”
“Lelaki yang Angah kenakan tu anak kawan
abah! Peguam abah.”
“Hmmm...peguam!” Alisa cuba
mengingatkan wajah lelaki itu.
“Ya. Dia ingat Acu ni Angah. Nasib
baik la, time tu abah dah masuk jumpa ibu. Kalau tak, terbongkar la rahsia
Angah.”
“Dia cakap apa?” Alisa ingin tahu.
“Dia tu bernama Zahari! Zahari!”
“Whatever!”
“Angah!” Alina geram bila Alisa buat
tak endah saja.
“What do you want to say? He’s pick
fight with me first.”
“Asking a question is wrong for you,
sis?”
“He’s
annoying me! Angah dah beri amaran tapi dia degil jugak. Rasakan la.” Alisa
masih cuba mempertahankan dirinya.
Alina menggelengkan kepalanya
beberapa kali. Cakap banyak dengan Angah ni memang menyakitkan hati. Dia saja
betul, orang lain salah. “Acu dah minta maaf bagi pihak Angah.”
“What!” Bulat mata Alisa bila
mendengar kata-kata adiknya. “Why did you do that?”
“Salah ke minta maaf! Kita tak rugi
apa-apa pun kalau minta maaf. Dapat pahala.”
“I know about that. Tapi Angah tak
salah, kenapa Acu minta maaf pula. Perkataan maaf tu seumpama perkataan yang
berharga dan mempunyai maruah yang tinggi, Acu tahu
tak?” Bagi Alisa,
perkataan maaf itu seumpama maruah dirinya. Dia hanya akan minta maaf jika dia
benar-benar bersalah. Sebab itu dia jarang meminta maaf pada orang.
Dahi Alina berkerut mendengar
kata-kata Alisa. Susah betul bila bercakap dengan peguam ni. “Suka hati, Angah
la.” Alina sudah mengalah. “Hmm....sampai bila Angah nak rahsiakan tentang diri
Angah. Abah perlu tahu yang abah ada anak lain selain Acu. Satu hari nanti abah
akan tahu jugak.”
Alisa hanya mendiamkan diri. Dia
malas nak dengar perkara yang berkaitan dengan orang yang tak ada kena mengena dengan
dirinya.
“Angah! Dia ayah kita.Walaupun Angah
cuba bertegas menafikannya, abah tetap ayah kandung Angah.”
“Please! I don’t want talk about
this. Angah tak nak kita bergaduh pasal perkara ni lagi. It’s my problem.”
Tegas Alisa terus bangun dan melangkah masuk ke biliknya. Alina mengeluh. Dia
tak tahu bagaimana untuk mencairkan hati kakaknya lagi. Hati mereka benar-benar
keras.
********************************
Dahi Dato’ Syed Mohd Kadir sedikit
berkerut memikirkan sesuatu. Kata-kata Munirah sebentar tadi masih terdengar di
telinganya. Apa maksud Munirah tadi? Ini bermakna selama ini Munirah pernah
gunakan wang itu tetapi kenapa Fuad beritahu aku yang Munirah tak pernah
keluarkan wang satu sen pun. Atau ....selama ini Faud telah berbohong pada aku.
Dato’ Syed Mohd Kadir menggengam erat tangannya.
“Sulaiman, bawa aku ke rumah Zahari
sekarang.” Beritahu Dato’ Syed Mohd Kadir pada Sulaiman yang sedang memandu. Dato’
Syed Mohd Kadir perlukan kepastian.
“Baik, Dato’”
Dato’ Syed Mohd Kadir mengetap bibir
menahan marah. Jika telahan aku tepat
...tetapi kenapa Fuad tipu aku selama ini. Dia adalah orang yang sangat
dipercayai oleh arwah Baharom malah dia diberi tanggungjawab untuk menjaga aset
Munirah termasuk akuan milik Munirah. Jika Munirah pernah keluarkan duit, pasti
Fuad tahu. Tetapi ...kenapa! Kenapa! Fuad berbohong dengan aku?
***********
*********************
Zahari membaca maklumat yang telah
difaks oleh setiausahanya. Zahari mendekati Dato’ Syed Mohd Kadir yang sedang
duduk di ruang tamu. Dahi Zahari sedikit berkerut.
“So ......” soal Dato Kadir sebaik
sahaja Zahari melangkah masuk ke ruang tamu. Dia sudah tidak sabar untuk
mengetahuinya.
Buat seketika Zahari, memandang ke
arah Dato’ Syed Mohd Kadir. “Menurut rekod ni, Auntie Munirah mengeluarkan duit
dalam akuan ni buat pertama kalinya pada bulan Mei 1986 sebanyak RM 500.”
Dato Kadir menundukkan kepala. Pasti
pada masa itu Munirah dihalau keluar dari rumah. Terbit perasaan bersalah yang
menebal di hatinya. Aku memang kejam. Aku halau Munirah tanpa memikirkan
keadaannya pada waktu itu.
“Pada bulan Julai 1986, Auntie
Munirah telah keluarkan RM5000. Pada bulan Januari 1987 Auntie Munirah
mengeluarkan RM10 000 di London buat pertama kalinya” beritahu Zahari lagi.
“Alina lahir pada bulan Januari
1987. Pasti waktu itu, Munirah memerlukan duit untuk membayar bil hospital dan
barang-barang keperluan Alina.” Dato’ Syed Mohd Kadir menggengam erat tangannya. Dia menyesal.
Sangat menyesal. Alina membesar tanpa memori aku bersamanya.
“Zahari tak faham kenapa mesti uncle
berurusan dengan Uncle Fuad. Abah kan ada pada waktu ! Kenapa Uncle tak direct
je tanya pada abah?” soal Zahari hairan.
“Waktu tu ...Arwah Baharom sangat
marahkan uncle. Hampir setahun kami tak bercakap disebabkan tindakkan uncle
menghalau Munirah dan mengahwini Kartika. Uncle ada jumpa Arwah Bahorom selepas
Uncle menyesal di atas perbuatan Uncle. Uncle ada bertanya tetapi Arwah Bahoram
tak pernah beritahu apa-apa pun. Mungkin ini balasan Uncle.”
“Sebab itulah Uncle berurasan dengan
Uncle Fuad.”
“Ya. Sebab Uncle dapat tahu yang
Munirah mempunyai akuan bank dan tanah di Johor. Segala aset Munirah dijaga
oleh Fuad. Dia berjanji akan menolong Uncle tetapi lain pula yang terjadi.
Uncle telah bayar Fuad sebanyak RM20 000 jika dia dapat memberi maklumat di
Munirah berada ketika itu. Dia telah terima duit Uncle tetapi dia sanggup tikam
Uncle dari belakang. Katanya Munirah tak pernah menyentuh satu sen pun duit
dalam akaun bank tu. Uncle percaya bulat-bulat cakap dia.” Dato’ Syed Mohd Kadir
mengetap bibir menahan geram. Kalaulah aku tahu di mana Fuad sekarang ni,
tunggulah aku kerjakan.
“ Kenapa Uncle Fuad buat Uncle macam
tu? Uncle Fuad yang Zahari kenal selama ini adalah seorang yang amanah.
Mustahil.” Zahari tak percaya. Aku kenal Uncle Fuad sejak kecil lagi. Dia
adalah orang yang sangat dipercayai oleh abah. Kenapa? Dahi Zahari sedikit
berkerut.
“Zahari! Manusia sangat buat apa
saja demi duit. Duit dan harta adalah segala-galanya di dunia ni. Manusia boleh
berubah kerana duit dan harta. Apa yang uncle mahu sekarang ni .....berhadapan
dengan Fuad. Di mana Fuad sekarang ini? Uncle tahu dia sudah bersara sejak 2
tahun yang lalu. Zahari pasti tahu di mana Fuad sekarang ni! Uncle ingin
bertanya ...kenapa dia sanggup berbohong pada uncle? Why?” tegas Dato’ Syed
Mohd Kadir. Jika tidak kerana Fuad, pasti sudah lama aku hidup bahagia bersama
Munirah dan Alina. Aku dapat melihat Alina membesar . Melihat Alina merangkak.
Melihat Alina tersenyum dan ketawa buat pertama kalinya. Melihat Alina berjalan.
Mendengar Alina bercakap pertama kalinya. Semua itu! Semua itu aku terlepas.
Aku tak pernah alaminya. Aku tiada apa-apa memori tentang Alina sejak kecil.
Aku ni memang ayah yang tak bertanggungjawab. Dato’ Syed Mohd Kadir menggengam
tangannya dengan lebih erat. Perasaan bersalah di hatinya tak pernah padam.
“Uncle! Jangan terlampau stress. Uncle,
jangan lupa pesanan Nazri. Tak elok jika Uncle terlampau stress. Uncle kena
relaks, okay! Tentang Uncle Fuad, biar Zahari uruskan. Zahari akan suruh orang
siasat di mana Uncle Fuad sekarang ni. Jika Zahari dapat maklumat tentang Uncle
Fuad, Zahari akan beritahu Uncle.”
Dato’ Kadir hanya menganggukkan
kepalanya sebagai tanda setuju.
***********************************
Alina berjalan mendekati lelaki yang
sedang duduk di sudut yang terpencil di cafeteria hospital. Alina hairan
apabila menerima panggilan dari Dato’ Syed Mohd Kadir yang ingin breakfast
bersamanya. “Assalammualaikum!”
Dato’ Syed Mohd Kadir berpaling.
Sebaik sahaja melihat kehadiran Alina, Dato Kadir tersenyum lebar.”Waalaikumussalam.”
jawab Dato’ Kadir.
Alina bersalam dengan Dato’ Kadir
sebelum duduk di kerusi yang berhadapan dengan Dato’ Kadir. “Abah dah makan ke
belum?” soal Alina.
“Belum. Abah tunggu Lina. Biar kita
breakfast bersama-sama ...lagipun kita tak pernah breakfast bersama-sama kan.
Bila ibu Lina dah sihat, kita breakfast bersama-sama ye!”
“Baiklah.”
“Nak minum apa?” tiba-tiba seorang
lelaki datang menghampiri mereka berdua. Pen yang dipegang bersedia untuk
menulis.
“Hmm...teh o panas. Abah?”
“Sama!”
“Makan pula?” soal pelayan lelaki
itu.
“Dua bihun goreng.” Beritahu Alina.
“Dua teh o panas dan dua bihun
goreng.” Pelayan lelaki mengulang sekali lagi order Alina.
Alina hanya menganggukkan kepalanya.
Selepas pelayan lelaki berlalu pergi, Alina menoleh. “Abah dah melawat ibu ke?”
“Belum. Abah tak mahu ganggu ibu
Lina berehat. Abah sengaja ajak Lina breakfast bersama-sama dengan abah.
Lagipun, kita tak pernah breakfast bersama-sama kan!” nada suara Dato’ Syed
Mohd Kadir sayu. Hatinya tiba-tiba sebak.
“Abah! Sekarang kan kita sedang
breakfast bersama-sama. Kalau abah nak, kita boleh breakfast bersama-sama
setiap hari. Lina tak kisah.” Alina menggengam erat tangan Dato’ Syed Mohd
Kadir. Dia tak mahu ayahnya bersedih.
Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum. Dia
bersyukar kerana Alina tidak membencinya selepas apa yang berlaku. Alina
menerima aku seadanya. “Lina, abah nak tanya sesuatu?” soal Dato’ Syed Mohd
Kadir. Sebenarnya ada banyak soalan yang aku ingin tanya pada Lina tetapi pada
masa itu keadaan tidak sesuai. Mungkin ini masanya.
“Tanyalah.”
“Sebelum tu, abah nak minta maaf
banyak-banyak pada Lina kerana selama ini abah tak tahu kewujudan Lina. Abah
tak pernah menjalani tanggungjawab sebagai seorang ayah. Abah gagal menjadi
seorang ayah yang baik. Abah minta maaf ye.”
“Abah! Dalam hal ini, abah tak perlu
minta maaf pada Lina. Tiada apa yang perlu dimaafkan. Apa yang berlaku adalah
suratan takdir. Lina tak pernah salahkan sesiapa dalam hal ini. Mungkin apa
yang terjadi ada hikmah disebaliknya. “
“Terima kasih, Lina. Abah bersyukur
kepadaNya kerana memberi peluang pada abah untuk memperbaiki kesilapan abah
selama 26 tahun ni. Terima kasih Lina kerana tidak membenci abah selepas apa
yang pernah abah lakukan tehadap ibu Lina.” Dato’ Syed Mohd Kadir menggengam
erat tangan Alina.
Wajah Alina berubah pucat. Benci!
Kalau abah tahu tentang Along dan Angah, pasti hati abah akan terluka. Mana
tidaknya, perangai Along dan Angah tu .....aduh, menyakitkan hati.. Tapi abah
berhak tahu tentang anak-anak abah yang lain. Perlu ke aku beritahu abah? Dahi
Alina sedikit berkerut. Ahh...tak boleh. Nak cari nahas? Abah baru saja sembuh.
“Lina, kenapa ni? Lina tak sihat
ke?”
“Sihat...Lina sihat.” Alina cuba tersenyum. Dia menyembunyikan apa yang
sedang berada di fikirannya sekarang ini.
“Lina, sebenarnya! Ada perkara abah
nak tanya.”
“Ok.”
“Semasa Lina kecil, ibu Lina ada
cerita tentang abah tak?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir ingin tahu.
Alina terkejut dengan pertanyaan Dato’
Syed Mohd Kadir. Alina terdiam seketika. “Sebenarnya, ibu tak pernah bercerita
tentang abah. Lina pernah bertanya tentang abah tetapi ibu beritahu antara abah
dan ibu tiada jodoh.. Itu saja jawapan yang diberi oleh ibu.”
“Ini bermakna ibu Lina bencikan
abah.” Nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir sayu. Kecewa.
“Tidak. Ibu tak pernah bencikan
abah. Mungkin pada waktu ibu tak mahu ungkit kisah lamanya. Bagi ibu ...apa
yang berlaku antara ibu dan abah, itu adalah rahsia ibu. Kami tahu hal mengenai
ibu dan abah dari auntie Khaty.”
“Kami” Dato’ Kadir merenung Alina
secara tiba-tiba. Kami!
Bulat anak mata Alina. Alamak aku
tersasul la. “Aa....Lina tersasul tadi.” Alina cuba cover line.
“Terkejut abah! Ingatkan abah ada
anak seorang lagi. Hmm...siapa Auntie Khaty?”
“Bestfriend ibu. Mereka kenal sejak
sekolah menengah lagi kebetulan pula mereka satu kampung. Auntie Khaty yang
menolong ibu selama ini.”
“Nasib baik, selama ini abah ingat
ibu Lina seorang diri di negara orang. Abah nak jumpa Khaty dan berterima kasih
padanya.” Ujarnya. Dia perlu berterima kasih pada orang ynag menjaga Munirah
dan Alina selama ini. Dia terhutang budi pada wanita yang bernama Khaty.
“Aaa......Lina rasa buat masa
sekarang, leibh baik abah jangan jumpa auntie Khaty.” Nada suara Alina
bergetar. Selepas apa yang terjadi pada ibu, auntie Khaty menyuruh ibu pulang
ke London dengan segera. Kata Auntie Khaty, abah tak layak untuk menjadi suami
ibu. Abah gagal melindungi ibu, Itu yang membuat Auntie Khaty marah dan mahu
ibu pulang ke London.
“Why?”
“Nothing.” Alina cuba tersenyum.
“Wah, dah sampai!” kata Alina sebaik sahaja pelayan itu meletak makanan dan
minuman yang mereka pesan sebentar tadi. “Jemput makan, abah. Lepas ni, abah
kena terus makan ubat ye.” Ujarnya lagi. Alina segera menumpukan perhatina terhadap
makanan. Alina tak mahu Dato’ Syed Mohd Kadir terus bertanya tentang Auntie
Khaty.
Dato’ Syed Mohd Kadir memerhati gelagat Alina. Macam ada sesuatu
yang tak kena je? Kenapa Lina tak bagi aku jumpa Khaty? Ada masalah ke?
Senyuman terukir di bibir melihat Alina yang begitu asyik menjamu selera.
*********************************
Alisa menanggalkan cermin mata Guess
yang berwarna hitam sebaik sahaja menutup pintu bilik. Alisa membuat mimik muka
melihat jambangan bunga dan bakul bunga ros yang penuh menghiasi bilik itu. Bau
bunga ros menusuk deria baunya.
“Ini bilik untuk pesakit ke atau bilik
untuk pameran bunga!” Alisa bersuara. Menyampah betul. Ada hati nak pikat ibu
konon? Dasar lelaki buaya. Bila tak bahagia dengan isteri muda, mulalah cari
isteri tua.
Munirah hanya mampu tersenyum.
Sebenarnya dia rimas. Bunga-bunga ros yang dihantar oleh Dato’ Syed Mohd Kadir Kadir sepanjang 3 hari dia dirawat di sini,
tidak memberi apa-apa erti padanya.
Alisa meletakkan beg yang berisi
bekalan makanan yang dimasak olehnya untuk dimakan oleh ibu. Alisa terus
bersalaman. “Tapi sayang, bunga ros bukan favorite flower ibu. Huh!”
“Biarlah! Itu duit dia. Dia nak buat
apa-apa pun. Itu hak dia.” Kata Munirah. Dia malas nak bertikam lidah dengan
Alisa. Yang pasti Alisa tetap akan menang.
Alisa hanya mengeluh. Melihat reaksi
ibu, lebih baik aku diam. Aliasa mengeluarkan tupperware yang berisi nasi
goreng .
Serentak mereka berdua berpaling ke
arah pintu apabila pintu itu dibuka.
“Ibu! Apa kita nak buat sekarang
ni?” Wajah Alina resah.
“Kenapa?” soal Munirah apabila Alina
meluru masuk.
“Abah ...Abah nak jumpa Auntie
Khaty. Abah nak ucapkan terima kasih pada Auntie Khaty. Abah kata abah nak ikut
kita jika kita balik London.”
“What!” Nada suara Munirah meninggi.
Apa pula yang dia nak kali ni?
“Nak ikut kita balik ke London? Apa
masalah dia sebenarnya? Muka tembok ke?” Alisa merenung Alina.
“Angah!” Alina menegur Alisa.
“Kenapa? Memang betul kan Angah
cakap. Ibu, jika begini keadaaannya ....masalah ibu takkan selesai. Ibu masih
nak tunggu untuk semua ni selesai ke?” Alisa merenung ibunya.
Munirah mengetap bibir. Kenapa dia
masih tak faham? Kenapa?
*********************************
“What!” Alisa terus berpaling ke
belakang bila mendengar kata-kata Alina. Matanya tepat merenung adiknya yang
tersenyum.
“I’m sure you understand about my
job. My patient needs me right now. I have to go back to London. I have to save
her. Please pretend to be me for a week.”
“Kerja gila! How can i be like you?
Even we are twins, our behavior totally different. 100% different.” Alisa
kurang senang dengan permintaan Alina.
“Please! Kalau macam tu, Acu rasa
lebih baik Angah berterus-terang dengan abah. Tentang kewujudan Angah.”
“No!” tegas Alisa. Itu bukan
cadangan yang baik.
“So you don’t have a choice, sis!”
Alina tersenyum
Alisa mengeluh. Nampaknya dia sudah
tak ada jalan lain lagi. “Ok! ...Ibu tahu tak tentang perkara ni?”
Alina menganggukkan kepalanya. Dia
sudah pun beritahu ibu tentang perkara ni! Ibu setuju..
“Flight pukul berapa?”
“8.00pm.”
Alisa mengeluh kuat. Menjadi seperti
Alina bukanlah senang. Kena menjadi lemah lembut dan berbudi bahasa. How can i
be like her?
“Kenapa? Susah hati nampak?” usik
Alina. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Alisa sekarang ni.
“Nampaknya Angah kena zip mulut ni
la.”
“Ya! 100% zip! Kalau orang cakap
apa-apa, Angah setuju saja. Yang penting, sabar! Angah kena selalu ingat, Angah
adalah Acu! Ingat tu.”
“Leceh la macam tu.”
“Kalau tak nak, Angah kena
berterus-terang.” Alina tersenyum sinis.
“Ya! Ya. Angah jaga kelakuan Angah!”
Alisa membuat mimik muka. Aa....berapa lama la aku boleh zip mulut aku ni?
Alisa resah.
******************************
“Acu dah bertolak ke?” tanya Munirah
apabila anak keduanya itu tiba. Dia perlu berada di hospital selama seminggu
sebelum dibenarkan keluar.
“Dah,Ibu!”
Munirah tersenyum melihat Alisa.
Sekarang ni penampilan Alisa seperti penampilan Alina. Make upnya yang tebal
juga sudah tiada lagi. Rambut pula dilepaskan. Selalunya Alisa akan menyanggulkan
rambutnya.
“Kenapa ibu tengok Angah macam tu?”
“Aii...salah ke ibu tengok anak
sendiri?”
“Bukan la macam tu! Pandangan ibu
pelik semacam saja. Ada apa-apa kat muka Angah ke?”
“Tak ada apa-apa! Kan cantik kalau
Angah macam ni! Nampak cantik dan ayu. Tak payah la mekap tebal-tebal. Eyeliner
tu jangan la pakai tebal sangat. Takut ibu bila tengok mata Angah!”
Alisa tersengih. Tiba-tiba pintu
bilik diketuk. Alisa menoleh. Munirah tersenyum bila lihat kedatangan Dr.
Nazri.
“Dr. Nazri tak balik lagi ke? Dah
lewat ni!” Sekilas Munirah mengerling matanya ke arah jam dinding di biliknya,
Sudah pukul 11.30 malam.
Dr. Nazri tersenyum bila ada kelibat
Alina di situ. Dia dah agak dah mesti Alina ada. Jika tak berjumpa Alina, pasti
hatinya resah.
Alisa membalas senyuman lelaki itu.
Lain macam saja senyuman lelaki ni. Nak menggatal ke? Takkan la doktor ni ada
hati dengan Acu?
“sekejap lagi saya balik, auntie.
Aaa.....” Dr. Nazri memandang ke arah Alisa.
“Lina, saya nak
beritahu awak yang pihak hospital baru saja menerima jantung dari penderma
untuk dijadikan kajian. Hari tu awak cakap awak berminat turut serta dalam
penyelidikan ini.”
“JJJJJantung!” nada suara Alisa
berketar. Anak matanya tiba-tiba membesar. Seram sejuk bila mendengarnya.
“Ya....Jantung! Jantung manusia!
Saya datang sini sebab nak ajak Lina lihat jantung tu. Lina kan nak jadi doktor
pakar jantung.” Dr. Nazri masih lagi tersenyum
“Sekarang!” mata Alisa dialihkan
pada ibunya. Ibu, tolong! Nak tengok jantung manusia, memang cari nahas. Nanti
tak pasal-pasal aku pengsan atau mati terkejut.
“Pergilah, Lina!” Munirah menyampuk.
Dia cuba menahan ketawa. Dia nak lihat apa alasan Alisa. Dia tahu Alisa banyak
akal.
Alisa membuat mimik muka bila
mendengar kata-kata ibunya. Ibu.....ni bukannya nak tolong. Mata Alisa meliar
ke kiri dan kanan sambil memikirkan alasan. “Aduh....sakit kepala la.” Alisa
terus memegang kepalanya. Eksperesi wajahnya bertukar menjadi sakit seolah-olah
sedang menahan kesakitan. “Aaa...berdenyut-denyut la pulak!” Perlahan-lahan
Alisa berjalan mendekati sofa dan terus duduk di situ.
“Lina nak ubat ke?” tanya Dr. Nazri
risau.
“Tak apa la! Sikit saja ni. Lepas
tidur nanti baik la. Saya rasa next week la saya tengok jantung tu!” Alisa
terus menyandarkan kepalanya di sofa. Dia terus memejamkan mata.
Munirah hanya tersengih. Ada ada
saja anak aku ni!
“Kalau begitu, baiklah. Kalau sakit
lagi, minta panadol kat nurse yang sedang bertugas. Lina tidur la. Kalau ada
apa-apa beritahu saya.”
Alisa hanya menganggukkan kepalanya.
Ala...cepat la berambus. Balik la. Rimas!
“Auntie, saya balik dulu! Kalau ada
apa-apa beritahu saya!” Dr. Nazri sempat
mengerling ke arah Alina yang tidur. Dia risau untuk meninggalkan Alina dalam
keadaan sekarang. Kakinya terasa berat untuk melangkah.
Munirah hanya menganggukkan
kepalanya.
Sebaik saja mendengar pintu bilik di
tutup. Perlahan-lahan Alisa membuka sedikit mata kanannya untuk memastikan
lelaki itu sudah pergi.
“Dr. Nazri dah keluar.”
Alisa pantas bangun bila mendengar
kata-kata ibunya. Dia menghampiri ibunya. “Don’t tell me that guy fall.....”
“As you can see, yes! What do you
think about him?” Munirah suka jika Dr. Nazri menjadi menantunya.
“Huh....Macam la Acu akan terima
cinta dia?”
“Apa maksud Angah!” Munirah
terkejut.
“Nothing.” Alisa menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Alamak, aku terlepas cakap pulak. Tiba-tiba telefon bimbit
yang berada di dalam poket seluarnya berbunyi, segera Alisa menggeluarkannya.
Air mukanya berubah sebaik saja melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit
itu. Telefon bimbit itu adalah milik Alina
“Kenapa tak angkat?”
“Ibu jawab!” terus Alisa memberi
pada ibunya.
Munirah pelik dengan kelakuan Alisa.
Munirah melihat di skrin telefon bimbit itu. Patut la. “Assalamualaikum.”
“Walaikumussalam. Aaa....Munirah,
Lina mana?” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut bila Munirah yang menjawab
panggilannya. Sebenarnya dia ingin bercakap dengan Alina.
“Lina pergi toilet. Apa halnya?”
“Aaa...Tak ada apa-apa. Munirah
beritahu Lina, esok pagi abang ingin berjumpa dengan Lina. Suruh dia datang
rumah.”
“Baiklah.Nanti Munirah beritahu
Lina”
“Terima kasih! Assalamualikum.” Kata
Dato’ Syed Mohd Kadir sebelum menamatkan perbualan mereka.
“Walaikumussalam.” Jawab Munirah.
Matanya tepat merenung anak keduanya. “Dato’ Kadir nak jumpa Angah!”
“For what?” Alisa terkejut.
“Ibu tak tahu. Esok pagi kat rumah
dia.”
“No way i’ll go meet him.” Tegas
Alisa. Lelaki itu adalah lelaki yang dia tak ingin jumpa sepanjang hidupnya.
“Angah jangan lupa sekarang ni Angah
adalah Alina. Act like Alina.” Munirah cuba mengingatkan anaknya.
“But!”
“You have to.”
“Fine! Angah pergi.” Alisa
mengalah.Dia tak ingin bergaduh dengan ibunya. Sekarang ni ibu masih sakit.
Dahi Alisa berkerut. Dia resah. Boleh ke aku jadi Alina esok? Mulut aku ni
boleh ke aku control? Apa la yang akan jadi esok? Aku kena yakin. Aku boleh
menyamar menjadi Alina. Can I? I hope so?
2 comments:
hahaha kita tgk aktion dr angah lak nak melakonkan watak alina .... best
haaa taw kecut...nsb baik otak penipu..klo x mmg pgsan lah tgok jntung yrk angah...
Post a Comment