Salam ....
Kepada semua pembaca Novel Rahsia Hati,
Saya ingin menyampaikan berita baik kepada semua .....novel kedua saya iaitu Novel Rahsia Hati telah berjaya dibukukan. Novel Rahsia Hati akan berada di pasaran pada bulan Jun keluaran Karya Seni. Saya ada menambah beberapa bab yang baru di dalam novel ini. Saya berharap anda semua terhibur. Terima Kasih kepada semua yang menyokong dan membaca karya saya selama ini. Love u all! ......
Salam Sayang ,
Azimah Lily
Wednesday, May 29, 2013
Thursday, May 23, 2013
Satu Dua Tiga 2013
Bab 16
Kartika terkejut bila ada tangan
yang menghalangnya dari membuka pintu kereta BMW X6 hitam miliknya. Kartika
merenung wanita muda yang berkemeja biru muda dan berseluar jeans itu.
“Kita perlu berbincang, Datin
Kartika.” Alisa merenung wanita yang berbaju gaun ketat separas lutut itu. Dah
tua-tua pun tak sedar diri lagi, perasaan diri muda la tu.
Kartika tersenyum sinis. “Kau nak
apa?”
Alisa ketawa kecil bila mendengar
pertanyaan wanita itu. “Tujuan Lina jumpa Datin Kartika hari ini sebab nak beri
amaran pada Datin supaya jangan ganggu ibu lagi.”
“Kau siapa nak beri arahan pada aku,
hah!”
“Datin! Datin ingat Lina tak tahu
apa rancangan Datin pada ibu dan Lina?” Alisa tersenyum.
Kartika tergamam. Apa maksud budak
ni? Dia tahu ke plan aku? Mustahil.
“Untuk pengetahuan Datin, segala
gerak-geri Datin …. Lina tahu. Datin pergi mana? Datin jumpa siapa? Pukul
berapa? Semua Lina tahu.”
Bulat mata Kartika sebaik saja
mendengar pengakuan Alisa. “Kau!”
Jerit Kartika
menahan marah.
“Apa! Datin ingat Datin seorang saja
yang boleh upah orang ekori ibu? Ini Alina. Sesiapa yang telah cederakan
keluarga Lina lebih-lebih ibu Lina, Lina takkan biarkan begitu saja.”
“Hey, kau siapa nak lawan aku, hah!
Kau tu masih mentah. Oooo…depan mak ayah kau, kau pandai berpura-pura baik
tetapi sebenarnya kau ni jahat.” Kartika bengang. Berani dia nak ugut aku.
“Suka hati la, Datin nak cakap!
Kalau nak banding Datin dengan Lina, Datin lebih jahat lagi.” Perli Alisa.
“Kau!” Kartika terus mengangkat
tangannya dan ingin menampar Alina. Tangannya terhenti bila melihat Alina juga
telah mengangkat tangan dan ingin menamparnya juga.
‘Apa lagi! Tampar la. Ingat Lina tak
berani nak tampar Datin ke?” Bulat mata Alina merenung Kartika.
Kartika mengetap bibir menahan
geram. Ingatkan perangai budak perempuan sebiji seperti ibunya tetapi
sangkaannya meleset sama sekali. Rupa-rupanya anak Munirah ni bukan sebarangan.
Kartika terus menurunkan tangannya.
“Ibu tetap akan bercerai dengan
Dato’ Kadir. Datin Kartika kena bersabar. Lina akan pastikan ibu menceraikan
Dato’ Kadir. Lelaki itu tidak layak menjadi suami ibu. Oleh itu, Datin
sepatutnya tahu apa yang perlu Datin lakukan. Mulakanlah peranan sebagai isteri
yang baik. Jangan pulak habiskan masa dengan anak-anak ikan peliharaan Datin. Mereka
tu sekadar hiburan saja, betul tak!” Alina tersenyum sinis.
“Kau jangan cuba nak ajar aku!” marah Kartika.
Jarinya ditunjukkan tepat ke Alina.
“Lina tak ada niat nak ajar Datin
lagipun siapalah Lina untuk mengajar Datin tentang kesetiaan pada suami. Datin
lebih berpengalaman dari Lina. So, don’t mess up with me because I’m not Alina.
Oh ya, sebelum terlupa! Jangan ganggu hidup kami lagi, jika tidak gambar-gambar
yang tak sepatutnya orang lain tahu akan sampai ke tangan pihak media. Datin
pasti kena jaga resputasi Datin, kan ”
Alisa tersenyum. Dia terus memakai cermin mata hitam D&G. Senyuman masih
terukir di bibirnya. Alisa berjalan meninggalkan Kartika dan terus masuk ke
dalam kereta Mazda 3 putih miliknya.
Kartika mengenggam erat beg tangan
Bonia miliknya. Kau ingat kau layak nak berlawan dengan orang yang makan garam
dulu dari kau, hah! Tunggu la nasib kau selepas ini. Kartika merenung kereta
milik Alina yang meluncur laju meninggalkannya.
****************************
“Awak, tolong la faham! Antara kita
sudah tak ada harapan lagi! Hubungan kita sudah putus sejak awak halau Munirah
keluar dari rumah awak 26 tahun yang lalu. Tolong la, Munirah tak mahu
disebabkan Munirah, rumahtangga yang dibina oleh awak dan
Kartika musnah. Munirah
tak nak menjadi orang ketiga. Tolonglah faham keadaan Munirah. Munirah nak
selesaikan semua ini dengan cara baik.” Jelas Munirah. Dia sudah tak tahu
perkataan apa lagi yang perlu digunakan agar Dato’ Syed Mohd Kadir faham akan
situasinya sekarang ini.
“Perkahwinan abang dan Kartika dah
lama bergoyang. Hanya tunggu masa untuk runtuh saja. Selama ini abang tak
pernah berasa bahagia walau seminit pun sepanjang kami bergelar suami isteri.
Mungkin ini balasannya selepas apa yang abang pernah lakukan pada Munirah
dahulu.” Nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir perlahan. Sayu hatinya bila mengenangkan
sikapnya pada Munirah dahulu.
“Semua itu dah berlalu. Munirah
terima dan reda. Mungkin itu suratan takdir Munirah yang perlu Munirah hadapi.
Awak tak perlu memikirkan semua ini lagi. Munirah takkan minta satu sen pun
duit dari awak. Munirah nak kita berpisah secara baik.” Jelas Munirah dengan
lembut. Selepas keluar dari hospital, telefon bimbit Samsung miliknya tidak henti berbunyi. Munirah tahu
siapa pemanggilnya. Alisa tidak membenarkan dia menjawab panggilan itu tetapi
hari ini dia menjawab panggilan tersebut kerana menyangka panggilan tersebut
dari Maria. Nama Maria tertera di skrin telefon bimbitnya. Tanpa berfikir
panjang, Munirah terus menjawab panggilan tersebut namun sangkaanya meleset
sama sekali sebaik saja mendengar suara pemanggil itu. Tidak lain dan tidak
bukan adalah Kadir.
“Tidak! Abang takkan berpisah dengan
Munirah sampai mati pun Munirah tetap isteri abang.” Tegas Dato’ Syed Mohd
Kadir. Perkataan cerai begitu sensitive baginya. “Munirah, cuba Munirah fikir tentang Alina!
Anak kita.”
“Mereka sudah besar. Mereka tidak
membantah bila Munirah membuat keputusan ini.”
“Mereka?” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut.
Mereka? Siapa lagi yang Munirah maksudkan?
Munirah tergamam. Aku sudah terlepas
cakap. “Aaa…Alina! Mereka tu Munirah maksudkan Alina.” Munirah cuba
menutup kesalahannya.
“Ooo…Abang ingatkan abang ada anak
lain selain Alina!” Dato’ Syed Mohd Kadir mengeluh.
Munirah menelan air liurnya. Pahit!
Kalaulah dia tahu selain Alina ada lagi Aleya dan Alisa pasti dia berkeras enggan ceraikan aku.
“Munirah!” panggil Dato’ Syed Mohd
Kadir. Senyap.
Munirah tersentak bila namanya
dipanggil. “Ya”
“Munirah walau apa yang terjadi,
abang tetap takkan cerai Munirah. Talak terletak di tangan suami. Selagi abang
masih bernyawa abang takkan ceraikan Munirah. Abang takkan lakukan perkara yang
sama lagi. Di mana Munirah dan Alina bersembunyi sekarang ini, abang tetap akan
cari sehingga dapat.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir sebelum mematikan perbualan mereka.
Munirah tercengang. Kata-kata
terakhir Dato’ Syed Mohd Kadir membuat
hati Munirah resah. Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Munirah terkejut.
“Kenapa ni ibu macam nampak hantu
saja?” kata Alisa menutup pintu rumah. Dia memandang kea rah ibunya yang
terkejut melihat dirinya.
“Angah! Lain kali kalau masuk rumah,
berilah la salam! Ini main masuk saja. Mana ibu tak terkejut.”
“Mulut Angah ni dah kebas beri salam
tapi tiada siapa jawab pun. Ibu cakap dengan siapa tadi.” Alisa melihat telefon
bimbit yang dipegang oleh ibunya.
“Khaty!” bohong Munirah. Kalaulah
Alisa tahu siapa sebenarnya yang menelefon sebentar tadi pasti Alisa akan
mengamuk.
“Oooo…Auntie Khaty rupanya. Mesti
dia rindu kat ibu.”
Munirah hanya menganggukkan
kepalanya. “Angah pergi mana tadi?” soal Munirah.
“Jumpa kawan sekejap.” Pantas Alisa
menjawab. Dia tak mahu ibu tahu yang dia sebenarnya berjumpa dengan Datin
Kartika. “Ibu, Angah nak pergi sembahyang Asar dulu. Selepas tu Angah masak dan
kita makan sama-sama ye!” Alisa tersenyum. Langkahnya diatur kemas berjalan
menuju ke biliknya.
Munirah merenung Alisa dengan
pandangan yang pelik. Dia dapat rasakan Alisa cuba menyembunyikan sesuatu
darinya. Perlahan-lahan Munirah duduk di sofa. Dahinya berkerut. Munirah
mengeluh kuat. Sekarang ni fikirannya berserabut memikirkan Dato’ Kadir dan
juga anaknya.
****************************
Dato’ Syed Mohd Kadir meletakkan telefon bimbit Nokia 8500 milik di
dalam poket bajunya. Langkahnya diatur kemas menuju ke balkoni di biliknya. Dato’
Syed Mohd Kadir melihat awan hitam sedang berarak menuju ke destinasinya. Pasti
petang ni akan hujan. Namun fikirannya masih memikirkan tentang Munirah. Wanita
yang menjadi pilihan keluarganya.
“Apa! Kahwin dengan anak Pak
Rahman!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut
bila ayahnya, Tan Sri Harun menyampaikan hasratnya untuk menjodohkan dia dengan
anak tukang kebun rumah mereka. Matanya tepat merenung ayahnya. “Abah sedar
tak, apa abah cakapkan tadi. Pak Rahman tu tukang kebun rumah kita! Tukang
kebun. Mereka tak layak menjadi sebahagian dari keluarga kita.”
“Kadir! Jaga sikit bahasa kamu tu!
Pak Rahman dan keluarganya bukan orang lain. Mereka sebahagian dari keluarga
kita. Sudah lama Pak Rahman berkhidmat dengan keluarga kita sejak kamu kecil
lagi, Pak Rahman sudah bekerja dengan kita.Keluarga kita terhutang budi pada
Pak Rahman. Kamu jangan lupa tentang siapa yang selamatkan kamu sewaktu kamu hampir
lemas semasa kamu kecil.”marah Tan Sri Harun. Kata-kata anak tunggalnya itu benar-benar
mengguris hatinya. Peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Ketika itu
mereka sekeluarga sedang bercuti di rumah persinggahan mereka di Johor. Pak
Rahman adalah pekerja yang bekerja di rumah persinggahannya di Mersing,Johor.
“Itu Kadir tahu. Abah tak payah la
nak mengingatkan Kadir tentang semua itu. Kalau iya pun, abah nak balas budi
Pak Rahman kenapa mesti abah suruh Kadir kahwin dengan anak Pak Rahman. Banyak
lagi cara abah boleh lakukan untuk membalas budi Pak Rahman. Bagi tanah ke?
Duit ke? Rumah ke? Syarikat ke? Semua itu abah boleh beri kan ! Kenapa mesti paksa Kadir kahwin dengan
perempuan itu?”
“Kadir!” Tan Sri Harun terus bangun
dari sofa.
“Kadir, ibu tak sangka Kadir sanggup
cakap begitu. Ibu tak pernah ajar Kadir merendah-rendahkan maruah orang lain.
Hutang budi kita pada Pak Rahman tak boleh diukur dengan wang ringgit.” Puan
Sri Farhana bersuara. Sejak pulang dari belajar luar negara, perangai anak
tunggalnya itu berubah sama sekali. Kaki mabuk! Kaki perempuan!
“Dengan mengahwinkan Kadir dengan
perempuan itu, bukan tindakan yang bijak. Mereka tu hanya nakkan nama dan harta
kita saja. Dasar mata duitan. Sanggup jualkan anak sendiri demi wang ringgit.
Entah-entah anak perempuan Pak Rahman tu perangainya seperti perempuan pisau
cukar di luar sana .
Low class.” Hina Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia berkeras takkan setuju dengan
hasrat ayahnya itu. Nak jadi apa pun jadilah.
Tiba-tiba satu tamparan hinggap di
pipi Dato’ Syed Mohd Kadir. Dato’ Syed Mohd Kadir tergamam. Matanya tepat
merenung ibunya yang sedang merenungnya seolah-olah ingin ditelannya
hidup-hidup.
“Kadir! Kamu jangan samakan Munirah
dengan perempuan-perempuan yang berdampingan dengan kamu. Munirah budak baik. Kadir tak kenal
Munirah lagi, jadi jangan buat andaian yang bukan-bukan! Ibu percaya Munirah
adalah wanita yang sesuai menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak kamu, Kadir.”
Marah Puan Sri Farhana. Baginya Munirah adalah wanita yang baik.
“Ibu! Orang yang nak kahwin adalah
Kadir bukannya ibu. Kadir tetap tak setuju. Ini keputusan muktamad Kadir. Kadir
takkan sesekali berkahwin dengan perempuan tu. Apa ni jadi, jadilah!” jerit Dato’
Syed Mohd Kadir. Dia terus melangkah keluar dari rumah banglo yang tersergam
indah itu Tan Sri Harun dan Puan Sri Farhana kecewa dengan sikap anak mereka.
Lamunan Dato’ Syed Mohd Kadir terganggu bila mendengar ketukan pintu. Dia
menoleh. Pintu bilik terbuka. Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum bila melihat kedatangan Zahari.
Wasiatnya perlu diubah.
“Assalammualaikum, Uncle” Zahari
melangkah dan bersalam dengan Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Waalaikumussalam ….Duduklah,
Zahari!”
“Jauh uncle termenung …..Ada apa-apa ke?”
‘Tak adalah. Hanya terkenang perkara
lalu. Oh ya, tentang Fuad! Di mana Fuad sekarang ni?
“selepas bersara, Uncle Fuad balik
ke kampung halamannya ….di Aru, Perlis.”
“Kalau begitu, jom kita pergi
sekarang.” Tiba-tiba Dato’ Syed Mohd Kadir bangun. Dia ingin bersemuka dengan
Fuad.
“But Uncle ….Uncle Fuad sedang
menunaikan umrah sekarang ni. Next week baru Uncle Fuad balik.” Beritahu Zahari.
Pasti Uncle kecewa sekarang ni.
“Apa!” Wajah Dato’ Syed Mohd Kadir berubah.
Dia mengeluh kuat.
“Selepas Uncle Fuad balik, kita akan
berjumpa dia di sana .
Uncle, jangan risau. Uncle mesti berjumpa dengan Uncle Fuad. Dia mesti jelaskan
segala-galanya pada Uncle. Aaa….masih tiada berita mengenai Auntie Munirah dan
Alina ke?”
“Uncle dah mati akal sekarang ni?
Panggilan Uncle pun tidak dijawab. Kenapa mesti mereka menyembunyikan diri dari
Uncle? Apa salah Uncle? Perangai Alina sejak kebelakangan ni banyak berubah.
Lina tak peramah seperti dulu. Perangai Alina pun pelik semacam. Tak sama
semasa awal perkenalan dulu.” Dato’ Syed Mohd Kadir meluahkan apa yang
tersimpan di hatinya. Hatinya sedikit terguris. Dia kembali duduk di sofa.
“Zahari pun sama, Uncle. Perangai
Alina lain macam saja. Sekelip mata berubah seperti orang lain.”
“Mungkin Alina marah kat Uncle di
atas semua yang terjadi terhadap Munirah.”
“Sabarlah, Uncle. Mungkin ada
hikmahnya di sebalik semua yang berlaku.” Zahari cuba memujuk Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Ok! Shall we?” Dato’ Syed Mohd
Kadir kembali tersenyum. Dia hampir sahaja terlupa tujuan kedatangan Zahari di
situ.
Zahari hanya menganggukkan kepalanya
sebagai tanda sedia.
**********************************
Munirah meletakkan secawan kopi di
hadapan ayahnya yang sedang duduk di pangkin kayu. Munirah melihat ayahnya yang
begitu asyik merenung laut biru yang terbentang luas. Kehadirannya di situ
tidak disedari. Pasti ayah masih memikirkan permintaan Tan Sri Harun.
“Ayah, kopi dah siap.” Akhirnya
Munirah bersuara. Kalau dah sejuk, pasti tak sedap.
Pak Rahman menoleh dan tersenyum
melihat anak tunggalnya. “Kenapa Munirah tak goreng pisang awak yang ayah bawa
balik dari kebun tu?” soal Pak Rahman . Hanya air kopi saja. Waktu ni kalau makan pisang goreng mesti sedap.
“Tak masak lagi, ayah. Esok pagi
baru Munirah boleh goreng.” Munirah tersengih. Pisang goreng adalah makanan
kegemaran ayahnya. Setiap kali minum petang, pisang goreng mesti disertakan
bersama.
“Ya ke?” nada suara Pak Rahman
hampa. Dia minum air kopi dengan perlahan-lahan. Setelah selesai minum, Pak
Rahman meletakkan kembali cawan itu di atas piring.
“Tentang
permintaan Tan Sri Harun ……”
Munirah memandang tepat ke arah
ayahnya. “Kita ni pipit, ayah. Mereka tu enggang. Siapalah kita jika hendak
dibandingkan dengan mereka. Kita orang kampung. Tiada pangkat. Tiada harta.
Lagipun Munirah belajar sampai STPM je.” Jelas Munirah. Permintaan majikan
ayahnya, Tan Sri Harun begitu berat untuk diterimanya.
“Jadi, Munirah menolak hasrat
mereka.”
“Ya, ayah!Mungkin Tuan Syed Kadir
mempunyai pilihannya sendiri. Munirah tahu Tan sri dan Puna Sri telah banyak
berjasa kepada keluarga kita. Kos pembedahan jantung ayah pun mereka yang tanggung.
Munirah sedar semua itu.Munirah takkan lupa jasa mereka seumur hidup.”
Pak Rahman mengeluh. Dia pun
sependapat dengan Munirah. Dia tak akan memaksa Munirah. Dia hormati keputusan
Munirah. “Jika begitu keputusan Munirah, ayah faham Esok ayah akan telefon Tan
Sri Harun. “ Pak Rahman mengangguk kepalanya beberapa kali. Walaupun begitu
berat untuk menolak permintaan Tan Sri Harun, namun dia harus memikirkan
kebahagiaan Munirah. Dia tak akan
memaksa Munirah.
“Terima kasih, ayah” Munirah
tersenyum lebar. Hilang sedikit perasaan resah yang terbuku di hati.
“Ibu!”
Munirah terkejut apabila Alisa
memegang tangannya secara tiba-tiba. Lamunannya terhenti. “Angah, jangan selalu
buat ibu terkejut. Hampir nak tercabut jantung ibu.” Munirah mengurut dadanya
beberapa kali.
“Ibu, berangan ke? Dah banyak kali Angah
panggil ibu tapi ibu buat tak tahu je.” Dahi Alisa sedikit berkerut. Apa yang
sedang difikirkan oleh ibu? Tentang lelaki tu ke?
“Salah ke kalau ibu berangan?”
Munirah tersengih. Dia membetulkan kedudukan di kerusi. Selesa sikit.
“Tak salah malah digalakkan lagi!”
Munirah ketawa kecil. “Cantik-cantik
ni, nak pergi mana? Ada date ke?” usik Munirah melihat Alisa memakai kemeja
merah berbunga putih.
“Tak ada masa nak date. Ibu, Angah
nak kejap jap. Beli novel. Boring la. Ibu nak ikut tak?”
“Hmm…malas la. Angah pergi la.”
“Ok. Ibu ada apa-apa nak pesan?”
“Nothing.”
“Ok! Angah pergi sekejap je.” Alisa
menghulurkan tangan dan bersalam dengan ibunya sebelum berlalu keluar.
Tuesday, May 21, 2013
Satu Dua Tiga 2013
BAB 15
Aleya meletakkan pensil yang
dipegangnya Apa yang diceritakan oleh Alisa sebentar tadi mengejutkan dirinya.
“What are you gonna do,sis?”
“Angah tak tahu lagi. Sekarang ni
fikiran Angah tengah buntu. Ibu tetap berdegil untuk tinggal di sini sehingga
proses penceraian dia selesai.”
“Orang macam Datin Kartika tu takkan
biarkan perkara ni begitu saja. You should be careful.”Aleya risau.
“I know.”
“Angah perlu lakukan sesuatu dengan
segera. Sebelum dia bertindak, Angah kena bertindak dulu. Jangan ingat dia
boleh lakukan sesuka hati terhadap kita.” Tegas Aleya. Dia tak suka jika ada
orang cuba membuli keluarganya.
“I know! Angah rasa angah tahu apa
yang perlu Angah lakukan.” Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alisa.
“Good! Along akan selesaikan semua
kerja di sini dengan segera. Along akan ke Malaysia bila semua kerja di sini
selesai.”
“Ok! I have to go. Angah tak nak ibu
syak sesuatu.” Kata Alisa melirik ke kiri dan kanan. Dia berdiri di luar bilik
ibunya.
“Ok. Kirim salam kat ibu.”
“Baiklah!” kata Alisa sebelum
menamatkan perbualan mereka berdua. Aleya termenung seketika. Sebenarnya, hatinya
bimbang. Bimbang jika sesuatu akan terjadi pada ibu dan adiknya. Pantas dia
mendail nombor telefon setiausahanya.
“Mary! I want all my appoinment this
month, change to this week. Next week, i’ll go back to Malaysia for a month. I want to
settle all my work this week. Can you do that?
Thank you, Mary” kata Aleya terus meletakkan telefonnya. Aleya bangun
dan berjalan menuju ke tingkap. Dia melihat salji yang sedang turun. Sekarang
musim salji sudah tiba, Aleya lihat halaman rumahnya sudah dipenuhi dengan
salji. Aleya mengeluh! Walauapa yang terjadi, dia akan bawa ibunya pulang.
**********************************
Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum
sebaik sahaja melihat Munirah keluar dari bilik air. Dia mengatur langkah
mendekati Munirah dan ingin membantu.
“Tak payah! Munirah masih boleh
berjalan lagi.” Tegas Munirah.
Dato’ Syed Mohd Kadir terdiam kaku.
Munirah duduk di sofa. Munirah
membetulkan tangannya yang disimen. Berat! “Bunga-bunga ni ....Munirah harap
awak jangan hantar ke sini lagi. Membazir saja.”
“Tetapi abang ikhlas ....semua bunga
ni untuk Munirah.” Dato’ Syed Mohd Kadir terus duduk di sofa yang bertentangan
dengan Munirah.
Munirah melirik anak matanya ke arah
lain. Ikhlas! Geli hati aku mendengarnya. Bunga ros ni bukan bunga kesukaan
aku. Aku suka orkid. Nampak sangat
....dia tak tahu apa-apa tentang aku. Tiba-tiba Munirah tersenyum sinis.
Tetapi ....kenapa aku masih mencintai lelaki ini? Hati aku ni memang ada
masalah.
“Munirah! Kenapa?” soal Dato’ Syed
Mohd Kadir hairan melihat Munirah tiba-tiba tersenyum.
Senyuman Munirah hilang sebaik
sahaja mendengar pertanyaan Dato’ Kadir.
“Dato’ Kadir, kenapa
awak masih enggan menunaikan permintaan Munirah. Selepas apa yang terjadi,
mustahil hubungan kita akan kembali menjadi suami isteri. Semua itu mustahil.
Anggap saja kita tiada jodoh.”
“Munirah, kenapa hati Munirah begitu
keras untuk menerima abang kembali. Abang sedar apa yang pernah abang lakukan
pada Munirah begitu kejam sekali. Abang menyesal. Sebab itu abang mahu kita
mulakan hidup baru. Hanya kita bertiga. Abang berjanji ...abang tak akan
mensia-siakan hidup Munirah. Abang akan jadi Munirah wanita yang paling
bahagia. Cinta abang hanya satu. Hanya untuk Munirah.” Ucap Dato’ Syed Mohd
Kadir. Dia menatap wajah Munirah. Cintanya pada Munirah adalah ikhlas.
Munirah berpaling. Wajah Dato’ Syed
Mohd Kadir direnung dengan tajam. Amboi ....manisnya mulut apabila bercakap.
Dasar playboy. Sebelum ni, kau campak aku dan sekarang ni kau nak kutip aku
balik. Tolonglah. “Beginilah, Dato’ Kadir! Tujuan Munirah balik ke sini hanya
satu iaitu .....bercerai dengan awak. Keputusaan saya tak berubah.”
“Munirah!” Nada suara Dato’ Syed
Mohd Kadir separuh merayu.
“Sepatutnya apa yang terjadi di
antara kita dahulu, awak jadikan sebagai pengajaran. Awak jangan ulanginya
sekali lagi. Awak jangan lakukan perkara yang sama terhadap Kartika.” Nasihat
Munirah.
“Munirah! Selama 26 tahun, kami
hidup bersama ...kami tak pernah bahagia. “
“Tapi ....dulu, Kartika adalah
pilihan awak kan! Sekarang ni pula, awak menyesal berkahwin dengan Kartika.
Bagi awak, semua ini perkara mudah kan! Awak anggap wanita ni ....barang
mainan. Bila dah tak nak, buang saja.” Tegas Munirah.
“Bukan itu maksud abang .......”
“Maksudnya tetap sama kan!”
Tiba-tiba ada suara yang mencelah. Alisa berdiri memerhati gelagat mereka
berdua. Kehadirannya di situ tidak disedari mereka. Alisa merenung tajam ke
arah lelaki itu. Tiada secalit senyuman di wajah Alisa.
“Lina!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut.
Dia sedar pandangan Alina berbeza dari sebelumnya. Kenapa tiba-tba sikap Lina
berubah? Dingin! Sikap Lina berubah selepas Munirah kemalangan. Adakah Lina
marahkan aku disebabkan kemalangan yang menimpa Munirah?
Munirah turut sama terkejut. Sejak
bila Angah ada di situ? Munirah risau.
Alisa berjalan dan duduk di katil
Munirah. Dia buat tak tahu sahaja. Dia membelek telefon bimbitnya. Pandangan
ibu tidak diendahkan.
Munirah mengetap bibir menahan geram
dengan perangai Alisa. Budak bertuah ni....Dia tak salam pun dengan ayahnya.
Apa nak jadi ni? Munirah sedar , pasti Dato’ Kadir berasa hairan dengan sikap
Alina.
*************************************
Dr. Nazri tersenyum melihat Alina
yang sedang makan nasi goreng di hadapannya. Dia tak sangka dengan tiba-tiba
saja Alina mengajaknya keluar. Hatinya berbunga riang. Sudah lama dia
berangan-angan yang satu hari nanti dia akan makan berdua bersama Alina.
“Actually, Lina nak minta pertolongan!”
“Pertolongan!” Dr. Nazri terkejut.
Matanya merenung mata Alina yang berwarna coklat itu.
“Yes, i need your help. About my mother. Lina nak bawa ibu balik hari ini. Lina
perlukan kebenaran dari awak untuk bawa ibu saya pulang.” Alisa terus
berterus-terang tentang tujuannya mengajak Dr. Nazri makan tengahhari bersama.
“Apa!” Dr.Nazri terkejut.
“Lina nak bawa ibu balik.”
“Tapi keadaan Auntie Munirah belum
pulih sepenuhnya. Kenapa Lina nak bawa Auntie Munirah balik? Saya rasa lebih
baik jika Auntie Munirah tinggal lama di
hospital, boleh la saya pantau keadaan Auntie Munirah. Dia perlu terima rawatan
lagi”
“Lina tahu tetapi Lina perlu bawa
ibu keluar hari ini juga. I hope you understand.”
“Aaa....Uncle Kadir dah tahu ke
tentang hal ini?”
“Dia tak berhak tentang hal ini.
Sebab dia la ibu jadi macam ni.” Alisa tiba-tiba meninggikan suaranya. Hatinya
panas bila mendengar nama lelaki itu. Bencinya pada lelaki itu semakin
membuak-buak.
Dr. Nazri tergamam bila Alina
tiba-tiba meninggikan suara ke arahnya. Inilah pertama kali dia melihat Alina
seperti ini.
“Aaa...Maaf, tadi Lina terlalu
emosi.” Alisa tersedar. Alisa merenung lelaki itu. Walauapa yang terjadi, aku
perlu bawa ibu balik hari ini jugak. Alisa mengeluh kuat. “Awak tahu kan
keluarga Dato’ Kadir macam mana lebih-lebih lagi Datin Kartika.Kehadiran kami
di sini tidak dialukan”
“Saya faham dengan situasi awak,
Lina!”
“Kalau begitu, awak setuju untuk
membenarkan ibu Lina keluar hari ini? Lina janji hujung minggu depan, awak nak
bawa Lina tengok wayang ke jalan-jalan ke. Lina ikut saja.” Janji Alisa. Minggu
depan Acu balik, nampaknya Acu la yang akan keluar dengan mamat doktor ni.
Alisa ketawa kecil di dalam hati.
“Betul ke?’ Dr. Nazri seolah-olah
tidak percaya. Sudah beberapa kali dia mengajak Alina keluar tetapi bermacam
alasan Alina berikan tetapi kali ini Alina sendiri yang mengajaknya keluar.
Macam bermimpi pula.
“Ya!” Alisa tersenyum.
“Hey, perempuan! Kau ni tak ada
kerja lain ke? Teman lelaki orang pun kau nak rampas. “ marah Suziela yang tiba-tiba
berada di situ. Alisa terkejut akan kehadiran Suhaila. Orang ramai yang berada
di cafe memandang ke arah mereka.
Alisa terus bangun. “Kau ni ada
masalah ke? Tak boleh ke bercakap seperti orang bertamadun. Ini tidak, datang
sini saja terus menjerit macam orang gila. Kau sedar tak kau sekarang ni berada
di mana?”
“Aku peduli apa? Yang penting
sekarang ni, kau cuba rampas Dr. Nazri dari aku! Kau ni memang perempuan tak
tahu malu.” Sakit hati Suziela bila melihat mereka berdua sedang makan di cafe
seperti pasangan kekasih.
“Suziela, kita tak ada apa-apa
hubungan pun sekadar kawan biasa saja.” Dr. Nazri mencelah . suka-suka saja Suziela
mengaku aku ni boyfriend dia. Dr. Nazri bimbang jika Alina salah faham dengan
kata-kata Suziela tadi.
“Abang!” Suziela terkejut. Matanya
merenung tepat wajah Dr. Nazri. Pertengkaran mereka menjadi tumpuan orang yang
berad a di situ.
“Sekarang ni siapa perempuan yang
tak tahu malu.” Perli Alisa sambil tersenyum kambing.
“Kau dengan mak kau sama saja!
Perampas!”jerit Suziela seolah-olah seperti orang hilang akal.
Alisa ketawa. Lucu sekali bila
mendengar kata-kata Suziela. Perempuan ni memang ada masalah mental. Entah dia
sedar ke tak apa yang telah dia cakapkan tadi. Dahi Suziela berkerut melihat
Alisa ketawa.
“Hey, dengar sini ye! Ibu aku isteri
pertama, manakala mak kau bini kedua! Sekarang ni cuba kau guna otak kau yang
tepu tu untuk berfikir, siapa yang perampas suami orang!” balas Alisa. Matanya
bulat merenung kakak tirinya.
“Kau!” jerit Suziela geram.
“Jerit la! Jerit la sekuat hati! Biar bergegar seluruh
hospital ni dengar suara kau! Jerit la lagi!” perli Alisa. Langkahnya terus
diatur meninggalkan Suziela. Alisa sedar orang ramai yang berada di situ
memerhati ke arahnya. Adegen pertengkaran tadi menjadi perhatian orang ramai
yang berada di cafe itu. Alisa hanya tersenyum. “Crazy women!” jelas Alisa pada
orang ramai yang berada di situ. Mereka hanya tersengih bila mendengar
kata-kata Alisa.
“Suziela, what’s wrong with you? Tak
malu ke?” marah Dr. Nazri. Sikap Suziela membuatkan dirinya rimas. Hidupnya
tidak pernah aman sejak kehadiran Suziela dalam hidupnya.
“Malu! Abang sedar tak apa yang
abang cakapkan ni! Perempuan tu yang tak malu! Dia...”
Belum sempat Suziela menghabiskan
ayatnya, Dr. Nazri terus mencelah. “Suziela, boleh tak berhenti berperangai
seperti budak-budak! Walaupun kamu berdua adik-beradik tiri, selaku kakak kamu
sepatutnya tunjukkan contoh yang baik pada seorang adik.” Marah Dr. Nazri.
“Dia bukan adik Su! Kami tak ada
apa-apa pertalian darah pun. Su tak ingin ada adik macam perempuan tu.” Suziela
bengang bila Dr. Nazri menyebelahi Alina.
“Abang tak tahu nak cakap apa lagi
dengan Su!” Satu keluhan dilepaskan. Dr. Nazri sudah malas menasihati Suziela.
Macam ni nak jadi girlfriend aku, baik tak payah la. Laju kakinya berjalan
meninggalkan Suziela.
“Abang! Abang Nazri!” jerit Suziela.
Kakinya dihentak beberapa kali untuk melepaskan geram. Tergamak Abang Nazri
meninggalkan aku seorang diri kat sini. Ini semua gara-gara Alina. Sejak
kepulangan Alina dan ibunya, hidup aku dan mama kucar-kacir dibuatnya. Aku
takkan biarkan perkara ni begitu saja. Suziela mengetap bibirnya menahan geram.
*******************************************
Kartika terkejut pintu bilik dibuka
dengan kasar. Dato’ Syed Mohd Kadir melihat Katrika seolah-olah ingin ditelannya
hidup-hidup. Pintu bilik ditutup dengan kasar.
“Apa yang kau dah buat pada Munirah
dan Alina, hah?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir dengan kasar. Dia terkejut bila
Munirah tiada sewaktu dia ingin melawat Munirah di hospital. Sudah beberapa
kali dia menelefon Alina dan Munirah namun panggilannya tidak dijawab. Lebih
mengejutkkan lagi bila Dr. Nazri memberinya sepucuk surat yang ditinggalkan
oleh Munirah kepadanya. Munirah bertekad untuk bercerai dengannya. Ini pasti
ada kaitan dengan isteri keduanya.
“Apa maksud, abang? Tika tak faham.”
“Kau jangan nak berlakon dengan aku,
Kartika. Aku kenal sangat perangai kau yang sebenarnya. Apa yang telah kau buat
sehingga Munirah tergesa-gesa keluar dari hospital?”
“Apa!” Kartika terkejut. Dia dah
keluar hospital! Habis rancangan aku kali ni.
“Kau jangan nak berpura-pura
terkejut. Aku nak ingatkan kau sekali lagi, kalau kau berani apa-apa Munirah
dan anak aku, tahulah nasib kau nanti.” Dato’ Syed Mohd Kadir memberi amaran. Perangai Kartika semakin hari
menguji kesabarannya.
“Abang ni memang jenis kacang
lupakan kulit. Abang dah lupa ke? Siapa yang berada di sisi abang selama 25
tahun ni? Tika, abang! Tika.” Kartika sudah naik angin.Dia geram bila dirinya
dipersalahkan.
“Ya, memang selama 25 tahun ni kau
bersama aku tapi ada kau jalani tanggungjawab kau sebagai isteri! Tiada. Waktu
aku jatuh sakit, terlantar kat hospital, kau ingat aku tak tahu apa kau buat di
belakang aku! Aku belum buta lagi, Kartika.”
Pengakuan Dato’ Syed Mohd Kadir mengejutkan
dirinya. Jadi selama ini dia tahu apa aku buat di belakangnya selama ini? Tak
guna! Kartika mengetap bibirnya menahan geram.
“Buat kali terakhir aku ingatkan
kau, kau jangan sentuh isteri dan anak aku. Kalau kau masih berdegil jugak, aku
tahu macam mana nak ajar kau.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir Kali ini dia mesti bertegas dengan Kartika.
Dia bimbang jika sesuatu terjadi pada Munirah dan Halina.
“Mama! Su, benci! Benci dengan Alina”
jerit Suziela terus meluru masuk ke bilik. Kehadiran Dato’ Syed Mohd Kadir di dalam bilik itu mengejutkan Suziela.
“Ini seorang lagi. Nak masuk ke
bilik, tak reti ke ketuk pintu dulu. Ini tidak, main redah saja.” Marah Dato’
Syed Mohd Kadir.
“Papa ni, kenapa tiba-tiba marah Su?
Kalau iya pun tengah marahkan mama, jangan lepaskan kemarahan papa tu kat Su.
Ini tak adil.” Jawab Suziela dengan kasar. Sekarang ni aku dah la tengah
bengang dengan Halina, papa pula tiba-tiba naik angin.
“Suziela, ini ke cara kamu bercakap
dengan orang tua? Tak hormat langsung. Kau sedar tak dengar siapa kau sedang
bercakap sekarang ni. Perangai mak dengan anak sama saja! Kurang ajar.” Marah Dato’
Syed Mohd Kadir sebelum mengatur langkah meninggalkan mereka berdua. Pintu
dihempas dengan kasar.
“Mama! Tengok papa tu.” Suziela mendekati
ibunya Dia merengek meminta simpati.
Mata Kartika masih belum berganjak
memerhati pintu biliknya. Kata-kata suaminya itu telah melukai hatinya.
Sekarang ni di mata abang, hanya ada perempuan tu saja. Dialah yang terbaik.
Aku pula jahat. Tak apa, aku takkan biarkan semua ini begitu saja. Perempuan tu
dan anaknya perlu diajar. Kartika sudah bertekad.
Saturday, May 18, 2013
Satu Dua Tiga 2013
BAB 14
“Kak rasa dia buat air tak kat kita.” Kata Suziela sebaik saja keluar
dari kolam renang. Dia mencapai tuala di kerusinya.
“Mesti dia buat! Macam mama kata la,
perangai dia kan seperti maknya! Bodoh dan suka ikut cakap orang.” Sofea
menyapukan losyen di seluruh badannya.
“Itu Su tahu la! Tapi hari ni dia
kuat melawan, kak tengok tak cara dia tengok kat kita. Lain macam saja.”
“Ala, tak ada apa-apa la.!” Sofea
menyandarkan diri pada kerusi santai yang berada di tepi kolam.
“Kak....dia dah datang.” Kata Suziela
bila nampak Alina datang mendekati mereka berdua. Sofea tersenyum.
Alisa tersenyum ke arah mereka
berdua yang sedang menanti dirinya. Alisa meletakkan kedua-dua gelas itu di
atas meja. “Silakan minum. Aaa....Lina balik dulu ye!” ucap Alisa dengan
lembut. Senyum Alisa dengan penuh makna. Bersantai konon! Ingat pantai ke?
Berbikini lagi. Nak jadi orang putih tapi bahasa inggeris , satu perkataan pun
tak tahu.
“Suka hati kau la.” Kata Sofea
dengan kasar. Tak payah datang , lagi bagus.
Alisa terus mengatur langkah
meninggalkan dua beradik itu. Selamat menjamu selera. Alisa mengeluarkan
telefon bimbitnya. Dia mendail no telefon kakaknya. “What’s up, sis? There is
something that i want to tell you.” Kata Alisa sebaik saja mendengar suara Aleya.
“Nampak macam sedap je, kak!” kata Suziela.
Tiba-tiba pulak rasa dahaga. Serentak mereka berdua mencapai gelas itu dan
terus minum. Wajah mereka berubah sebaik saja.minum air itu. Serentak mereka
berdua tersembur.
“Kak.....pedas dan masin! Ni air apa
ni?” Suziela seolah-olah ingin menangis. Pedas.
“Mak Jah....Mak Jah, air!” jerit
Sofea. Dia sudah tak tahan lagi. Apa yang dia perlukan sekarang adalah air
untuk hilangkan rasa masin dan pedas.
Zahari ketawa melihat gelagat mereka
berdua. Geli hati! Nak kenakan orang sangat, last-last diri sendiri terkena.
Inilah wanita yang dia kenal sewaktu di KLIA tapi hari tu wanita itu berlainan
dari wanita yang ada sekarang. Perangai Alina ni suka berubah-ubah ke? Siapa Alina
yang sebenarnya. Dia ingat mengenali Alina dengan lebih dekat lagi. Senyuman
terukir di bibir Zahari.
*********************************************
Alisa berjalan menuju ke bilik
ibunya. Hari ni dia masak bubur ayam untuk ibunya. Ibu memang sukakan bubur
ayam.
“Lina! Wait a minute!”
Langkah Alisa terhenti bila
mendengar nama Alina. Lelaki ni lagi. Alisa kurang senang kehadiran lelaki itu. Alisa cuba tersenyum.
“Lina dah ok ke? Masih sakit kepala
lagi ke?”
“Aaa....dah ok dah! Sebaik saja
bangun tidur, sakit kepada dah hilang.”
“Hmm...esok Lina free tak?” soal Dr.
Nazri.
“Why?”
“Saya nak ajak Lina keluar. Kita
pergi makan ke, tengok wayang ke, main bowling ke? Nak tak?”
“Aaa....maaf la, esok tak boleh la.
Minggu depan boleh tak?” Alisa cuba mengelak. Aku nak keluar dengan dia ni? Tak
nak la.
“Lina ada hal ke?” Hati Dr. Nazri
tiba-tiba menjadi hampa.
“Ya. Ada hal sikit.” Bohong Alisa
sedangkan sebenarnya esok dia tak buat apa-apa pun.
“Ooo...Tak apa la, macam tu! Minggu
depan la kita keluar sama-sama. Lina dah janji dengan saya tau.”
“Baiklah! Aaa....Lina kena pergi
dulu. Ibu belum makan lagi. Aa....minta diri dulu.” Alisa terus berlalu keluar.
Sebaik saja dirinya membelakangkan Dr. Nazri, Alisa membuat mimik muka. Nasib
baik bukan aku yang keluar dengan dia minggu depan. Alisa mengeluh lega.
*******************************
“What are you doing here?” kata
Alisa bila melihat Zahari sedang berbual dengan ibunya. Dia meletakkan bubur
ayam yang dibawanya di atas meja.
“Get
out! I said get out.” Jerit Alisa tiba-tiba naik angin. Alisa takut jika lelaki
itu memberitahu tentang hasrat Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia bimbing jika ibunya berlembut
hati dan akhirnya setuju.
Munirah terkejut bila Alisa
tiba-tiba naik angin. Zahari hanya memerhati dan mendiamkan diri.
“Lina! Zahari datang nak melawat
ibu. Kenapa ni?”
“Ya ke? Boleh percaya ke? You
beritahu Dato’ Kadir, Lina dan ibu takkan tinggal kat rumah seumpama nereka
tu.” Alisa merenung lelaki itu.
“Saya datang dengan niat.....”
Alisa terus mencelah. “Lina tak
perduli apa niat you! Apa yang penting sekarang, Lina tak nak you datang dekati
ibu lagi. Beritahu Dato’ Kadir, ibu saya tetap akan ceraikan dia. Walauapapun
caranya, saya akan tetap nak Dato’ Kadir ceraikan ibu. Do you understand.”
Tegas Alisa.
“Alina!” Munirah meninggikan
suaranya. Dia tergamam dengan kata-kata Alisa. Apa yang berlaku pagi tadi
sehingga kelakuan Alisa begini rupa. Selalunya Alisa begitu tenang.
Zahari mengeluh. Niatnya hanya untuk
melawat Auntie Munirah dan dia tak sangka niatnya itu disalah tafsirkan. Kenapa
wanita ni tiba-tiba menjadi garang? “understood. Auntie, Zahari balik dulu.
Semoga auntie cepat sembuh.” Zahari tersenyum ke arah wanita tu yang sedang terbaring di atas katil. Sekilas
dia melihat ke arah Alina yang merenung dirinya seolah-olah ingin ditelannya
hidup-hidup. Zahari terus keluar.
“Angah! Kenapa Angah bersikap begitu
pada Zahari?” marah Munirah.
“Angah tak nak orang dia dekati ibu
lagi.”
“Angah, apa yang berlaku ni? Ada
sesuatu yang berlaku ke masa Angah berjumpa dengan Dato’ Kadir?” Munirah dapat
rasakan sesuatu tak kena dengan Alisa hari ni. Selalunya Alisa seorang yang
rasional.
“Angah dah carikan rumah untuk kita
tinggal sementara tangan ibu sembuh.
Lepas tu kita akan balik ke London, pasal penceraian ibu! Biar kawan Angah uruskan!”
Alisa cuba mengelakkan diri dari menjawab soalan ibunya. Tangan Alisa
terketar-ketar bila membuka tapperware berisi bubur ayam itu. Panggilan yang
diterimanya selepas berjumpa dengan Dr. Nazri benar-benar
“Angah!” tegas Munirah. Dia tahu
Alisa sedang rahsiakan sesuatu darinya.
“Ibu, makan! Ni Angah masak makanan
kegembaran ibu. Bubur ayam!” Alisa
meletakkan bubur itu di dalam mangkuk.
“Ibu takkan makan selagi Angah tak
beritahu ibu!” Suara Munirah semakin meninggi.
Alisa mengeluh kuat. Matanya tepat
merenung mangkuk yang berisi bubur ayam itu. Dia serba salah untuk beritahu
ibunya. “Dato’ Kadir nak kita berdua tinggal berdua di rumahnya.”
“Apa!”
“Tinggal bersama 3 ekor ular tu!
Bukanlah tindakan yang bijak. What he trying to do? Cuba nak ambil hati ibu ke?
Nak putarkan masa ke?” marah Alisa.
“Angah! Ibu takkan setuju dengan
permintaan Dato’ Kadir. Ibu tahu batas ibu setakat mana! Ibu takkan berbaik
semula dengan Dato’ Kadir.” Munirah cuba menyakinkan anaknya.
“I know that! Tapi dia tak faham!
Tak nak faham langsung.”
“Biarkanlah dia, Angah! Ibu tetap
dengan keputusan ibu.”
“Sehingga bila ibu? Setahun, dua
tahun! Dia takkan ceraikan ibu, ibu percayalah cakap Angah!.”
“Ibu tetap akan bercerai. Angah,
jangan risau. Tahu la ibu uruskan hal ibu.”
“Tapi ibu, kita kena balik ke London
dengan segera.” Pujuk Alisa. Dia bimbang akan keselamatan ibunya.
“Apa lagi yang Angah rahsiakan dari
ibu?”
Kalau ibu tahu, Along upah orang
untuk siasat dan ekori Datin Kartika pasti ibu akan marah. Tapi Along lakukan
semua ni kerana bimbangkan keselamatan ibu. Lebih baik aku berterus terang“Along
upah orang untuk ekori Datin Kartika.”
Bulat mata Munirah bila mendengar
pengakuan Alisa.
“Kami lakukan semua ini kerana
bimbang akan keselamatan ibu! Perempuan macam tu tak boleh dipercayai. Dia
pernah cuba untuk membunuh ibu, dia takkan teragak-agak untuk lakukannya sekali
lagi.”
“Angah!”
“Tadi ....penyiasat pensendirian
yang Along upah, call! Dia kata Datin Kartika sedang merancang sesuatu. Sesuatu
yang tak baik. Ibu, faham tak maksud Angah!”
Munirah menundukkan kepalanya. Kata
anaknya ada betulnya, wanita seperti Kartika sanggup lakukan apa sahaja bila
dirinya terasa terancam.
“We have to go back.” Tegas Alisa.
“Baiklah. Selepas urusan penceraian
ibu selesai, kita akan segera pulang.” Munirah tetap dengan keputusannya.
Walauapa yang terjadi, dia mesti selesaikan semua ni.
“Ibu! Kita tak boleh tunggu lagi.
Sekarang ni nyawa ibu terancam. Senang-senang ibu minta fasak saja. Habis
cerita.”
“Angah! Ibu tak boleh buat macam tu
nanti nama baik Dato’ Kadir akan terjejas. Ibu tak nak perkara ini diketahui
oleh pihak media.” Tegas Munirah. Dato’Syed Mohd Kadir adalah salah seorang
orang ternama di Malaysia. Jika dia tak selesaikan secara baik, perkara ini
akan menjadi lebih besar. Dia tak nak itu berlaku.
“Ibu! Kenapa ibu masih fikirkan
tentang dia tu lagi? Nak jadi apa pun jadilah! Yang penting sekarang adalah
ibu, Angah tak nak apa-apa terjadi pada ibu.” Pujuk Alisa. Sakit hatinya bila
tahu ibunya masih lagi mengambil berat mengenai lelaki itu.
“Kalau Angah nak balik, Angah balik
la. Biar je ibu kat sini. Ibu akan balik selepas segala-galanya selesai.” Tegas
Munirah terus memandang ke arah lain. Munirah terasa hati bila Alisa tak pernah
faham akan kehendak dirinya. Dia nak segala-galanya diselesaikan secara baik.
Dia tak nak ada pihak yang terasa atau berdendam di atas penceraian ini.
Alisa mengeluh bila mendengar
kata-kata ibunya. Tak mungkin aku akan tinggalkan ibu di sini. Alisa mengetap
bibir. Dia tahu jika ibunya sudah membuat keputusan jangan harap la dia
mengubahnya lagi. Aku perlu lakukan sesuatu. Alisa berfikir.
Friday, May 3, 2013
Satu Dua Tiga 2013
BAB 13
Mata Alisa meliar melihat setiap sudut mahligai mewah milik Dato’ Syed
Mohd Kadir. Perabot-perabot yang menghiasi ruang rumah itu disusun rapi. Mesti
perabot mahal dan berjenama. Orang kaya biasa la. Kalau tak beli barang-barang
mahal dan berjenama, jatuh standard mereka pulak nanti. Alisa membuat mimik
muka. Aku tak hairan dengan semua ni. Rumah aku kat London walaupun kecil tapi
ia penuh dengan kegembiran.
“Kau apa kau buat di sini?” Alisa
menoleh bila ada orang menegurnya. Sofea dan Suziela menghampiri Alisa.
Alisa hanya mendiamkan diri. Dia
malas nak melayan kerenah mereka berdua ni.
“Aku tanya! Hey, kau bisu ke?” marah
Suziela. Dia bengang bila Alina tidak menjawab soalannya.
“You know why i’m here!”
“Hey, kau tak boleh ke cakap bahasa
Melayu. Kau sedar tak yang kau sekarang berada di Malaysia!” marah Sofea. Dia
sedar dia tak faham apa yang dicakapkan oleh Alina.
“Like I care!” Alisa tersengih. Dia
sengaja ingin menyakitkan hati mereka berdua. Awal-awal pagi dah menyalak.
“Kau!” jerit jerkah Suziela. Wanita
ini sengaja menguji kesabarannya.
“I don’t have time to fight with you
guys. Just go!” Alisa mengatur langkah ingin meninggalkan mereka berdua. Lisa,
ingat kau sekarang ni Alina. Kau jangan layan mereka ni. Bersabar.
“Kau dengan mak kau sama saja.
Perempuan parasit!”kata Sofea.
Langkah Alisa terhenti bila
mendengar kata-kata mereka. Dia menggenggam erat tangannya.
“Betul tu, kak! Selepas 26 tahun,
tiba-tiba muncul mesti ada sebab. Nakkan harta papa, macam la kita tak tahu.
Perempuan tak tahu malu.” Suziela sengaja menyakitkan hati adik tirinya.
Alisa berpaling. Matanya tepat
merenung mereka berdua. Mereka dah melampau. Aku...dah tak boleh nak berdiam
diri lagi ni!
“Cik Alina berhak ke atas semua
harta milik Dato’ Syed Mohd Kadir kerana Cik Alina adalah anak kandung Dato’
Syed Mohd Kadir. Ujian DNA sudah membuktikan bahawa Cik
Alina adalah anak
kandung Dato’ Syed Mohd Kadir dan pewaris bagi segala harta Dato’ Syed Mohd
Kadir termasuklah apa yang dimiliki oleh Cik Sofea dan Cik Suziela sekarang.”
Tiba-tiba Zahari mencelah. Dia menghampiri mereka bertiga. Sejak dari tadi dia
melihat apa yang berlaku.
Alisa terkejut melihat kehadiran
lelaki itu. Dia ni masa kat airport hari tu. Alamak, kenapa la nasib aku malang
hari ni?
“Orang yang tak ada pertalian tak
berhak mendapat satu sen pun dari Dato’ Syed Mohd Kadir.” Zahari tersengih.
“Kau!” Sofea tiba-tiba menjerit bila
mendengar kata-kata Zahari. Sakit hatinya bila Zahari menghina dirinya.
“Cik Alina, mari! Uncle sedang
tunggu kita di bilik bacaan.” Terus mengajak Alisa.
Sebelum meninggalkan mereka berdua,
Alisa sempat menghadiahkan senyuman sinis pada Sofea dan Suziela. Padan muka!
****************************
Dato’ Syed Mohd Kadir melihat ke
arah Alina yang duduk jauh darinya. Sejak masuk dari bilik tadi, Alina hanya
mendiamkan diri. Lina, tak tegur aku langsung. Salam pun tidak. Dia dapat
rasakan kedinginan antara Alina dan dirinya. “Lina, mari duduk kat sini!” ajak Dato’
Syed Mohd Kadir supaya Alina duduk di sebelahnya
“It’s ok! Lina lebih suka berdiri.”
Jawab Alisa. Matanya tepat melihat ke luar.
Dato’ Syed Mohd Kadir melihat ke
arah Zahari. Dia tak tahu apa yang berlaku seolah-olah Alina marah pada
dirinya. Aku dah buat salah ke? Kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak
kena dengan anak tunggalnya hari ni seolah-olah yang berada dengannya sekarang
bukan Alina.
“Lina! Dua hari nanti, ibu Lina akan
keluar dari hospital kan!”
“Yes!”ringkas jawapan Alisa. Alisa
malas nak ambil tahu.
“Abah nak ibu Lina tinggal kat sini.
Dia perlukan jagaan.” Beritahu Dato’ Syed Mohd Kadir Dia sudah buat keputusan
supaya Munirah tinggal di mahligai ini.
Alisa tersenyum bila mendengar
kata-kata lelaki tu. Hampir saja dia ingin ketawa.
Tiba-tiba saja ambil
berat tentang ibu, selama ni tak pernah pun nak ambil tahu tentang ibu.
“Tak payah susah-susah! Lina dah pun
dapat cari rumah kat Bangsar. Duit deposit pun Lina dah bayar.”
“Apa! Kenapa Lina tak bincang dengan
abah dulu tentang perkara ni?”
“Tak penting pun!”
Zahari hanya memerhati. Dia dapat
rasakan seolah-olah Alina cuba mengelakkan diri dari Uncle Kadir. Renungan dia
pada Uncle Kadir berlainan dengan Alina yang dia jumpa beberapa hari yang lalu.
“Bagi abah penting! Ini rumah Lina
dan ibu Lina. Kamu berdua berhak.”
Alisa mendekati mereka berdua. “Ini
rumah Datin Kartika! Dia yang berhak. Selama 25 tahun, dia berada di sini.
She’s not agree with this! Betul tak, Datin Kartika! Masuk saja la, tak payah
lagi nak curi dengar perbualan kami.” Alisa sedar sejak dari tadi Datin Kartika
berada di sebalik pintu.
Zahari dan Dato’ Syed Mohd Kadir
terkejut dan menoleh ke arah pintu. Tanpa berlengah, Datin Kartika terus meluru
masuk. Wajahnya merah padam menahan geram. Di sebalik pintu tadi, dia menahan
kemarahannya.
“Abang! Ika tak setuju bagi mereka berdua tinggal di rumah Ika. Ini
rumah Ika!” tegas Kartika.
“Ini rumah mereka juga. Mereka lebih
berhak .”
Alisa menggelengkan kepalanya.
Zahari hanya memerhati.
“Ika takkan biarkan perempuan tu dan
anaknya tinggal di rumah ni. Langkah mayat Ika dulu” Kartika masih berdegil.
“Kartika!” jerkah Dato’ Syed Mohd
Kadir. Wanita ni memang tamak!
“Stop!” jerit Alisa. Sakit telinga
dia mendengar mereka berdua bertengkar. “ Can both of you stop fighting in
front of us? Dengar sini baik-baik, Lina dan ibu takkan tinggal di sini!
Muktamad. I have to go!” Alisa terus melangkah keluar dari bilik bacaan itu.
Dia malas nak masuk campur. Ini bukan masalah aku pun. Tak ada kaitan langsung.
“Lina! Lina!” panggil Dato’ Syed
Mohd Kadir namun panggilan Dato’ Syed Mohd Kadir tidak diendahkan oleh Alina.
Kartika tersenyum puas. Mereka tak layak berebut dengan aku!
Dato’
Syed Mohd Kadir merenung isterinya. Dia menyesal kerana beristerikan wanita
ini.
*****************************
Alisa mengeluh bila perjalanannya
dihalang. Apa lagi la dua beradik ni nak dengan aku? Apa la yang mereka tak
puas hati.
“Seronok nampak! Nak pergi mana? Nak
jelajah seluruh rumah ni ke? Oooo...terlupa pulak! Sekarang ni dah jadi Tuan
rumah kan!” perli Sofea.
Alisa tersenyum. “Nak pergi dapur,
takkan salah kot!”
“Tak salah! Silakan! Lagipun ni
rumah kau kan! Kami ni menumpang saja. Aaa....dah alang-alang kau nak ke dapur,
tolong buatkan air fresh oren dua untuk kami berdua. Kami kan tetamu. Kau
selaku tuan rumah perlu layan tetamu kan.” Suhaila tersengih.Dia sudah ada idea
untuk kenakan wanita yang berada di hadapannya itu.
“Betul tu! Tuan rumah kan kena layan
tetamu. Nanti tolong hantarkan kat kolam renang ye!” Sofea tersenyum sinis dan
terus berlalu pergi bersama adiknya.
Alisa mengetap bibirnya. “Macam la
aku bodoh sangat!Ingat aku tak tahu agenda kau berdua nak buat aku macam orang
gaji kan. Semua rentak kau, aku boleh baca la.” Bebel Alisa seorang diri. Dia
mengatur langkah ke dapur. Rumah ni penuh dengan ular. Nak tinggal kat sini
bersama mereka bertiga, tak payah la. Sebaik saja, kaki Alisa melangkah di
dapur, telefon bimbitnya berbunyi. “Yes! Speaking! I nak you selidik latar belakang
bekas suami Datin Kartika. Asal usul dan segalanya.” Arah Alisa pada pemanggil
itu sebelum perbualan mereka berdua ditamatkan. Alisa mengetap bibirnya. Kau
tak kenal aku siapa! Aku takkan biarkan orang yang cuba bunuh ibu aku begitu
saja. Ini Nur Alisa.
“Lina!”
Alisa terkejut. Dia melihat ada
orang tua sedang menghampirinya. Ini pasti Mak Jah! Sebelum Alina bertolak
pulang, dia sudah menerangkan segalanya. “Mak Jah!”
“Lina, nak air ke? Air apa? Biar Mak
Jah buat.” Mak Jah meletakkan cili padi yang diambilnya di belakang rumah.
“Tak ape, Mak Jah! Aa...buah oren
kat mana? Lina nak buat fresh oren.” Ucap Alisa lembut.
“Ooo...kata dalam peti sejuk tu.”
Beritahu Mak Jah.
“Banyak cili! Mak Jah tanam ke?”
Alisa membuka peti sejuk dan mengambil 2 biji oren.
“Sekarang ni harga cili mahal!
Lagipun Mak Jah suka tanam pokok. Kat belakang tu macam-macam pokok Mak Jah
tanam. Lina nak ke? Terung, Peria , aa....macam lagi la. Kalau Lina nak, Lina
ambil saja kat belakang tu.”
“Lina suka tanam pokok juga tapi kan
London, Lina tanam pokok tomato saja. Itu je yang hidup pun.”
“Sana sejuk! Cuaca lain. Aa...Mak
Jah nak pergi ambil terung jap. Kalau Lina, nak apa-apa panggil Mak Jah kat
luar ye.” Kata Mak Jah.
“Ok, Mak Jah!” Alisa tersengih. Dia
senang berbual dengan Mak Jah walaupun baru saja kenal. Ada juga insan yang
baik dalam rumah ni. Selepas Mak Jah keluar, Alisa melihat dua biji oren
dihadapan tiba-tiba matanya beralih pada cili padi yang diambil oleh Mak Jah
sebentar tadi.
Alisa tiba-tiba ketawa. Aku dah
dapat idea. Alisa melihat ke kiri dan kanan. Clear! Tak ada orang. Alisa terus
membuang kulit oren itu. Dia memasukkan oren itu ke dalam blender. “Kulit oren
ni....letak saja la. Ni resipi baru aku. Fresh Oren London.” Tangan Alisa
pantas mengambil cili padi yang berada di atas meja.
Alisa
mengira bilangan cili itu. 20 biji! “Mesti pedas! Aaa..tak payah basuh la. Rasa
mesti organik” Alisa tersengih seorang diri. Dia terus memasukkan cili padi
itu.
“Garam...mana
garam?” Alisa membuka satu persatu balang kaca yang ada di dapur. Sebaik saja
dia jumpa balang berisi garam pantas dia mengambil senduk sup. “3 senduk!”
Alisa meletakkan garam itu ke dalam blender. Alisa tersenyum puas.
“Tapi ......warna air ni nampak lain
la. Kalau mereka lihat warna air ni, mesti mereka tahu aku campurkan sesuatu di dalam air ni. Cordial
Orange mana? Kalau aku letak, pasti warnanya macam air oren.” Pantas Alisa
membuka peti sejuk. Dia tersenyum.
Alisa mengacau air itu. Senyuman
semakin lebar di wajahnya.
“Rasakan! Nak sangat fresh oren kan!”
Alisa tak sedar sejak dari tadi
Zahari memerhati gelagat Alisa. Zahari menelan air liurnya bila melihat ramuan
yang diletakkan oleh Alisa di dalam blander itu. Biar betul nak bagi mereka
minum. Perempuan ni menakutkan betul. Dahi Zahari berkerut. Apa la rasa fresh
orenge tu nanti?
************************
Kartika menghempas pintu bilik
dengan kuat. Hatinya sakit apabila disisihkan. Apa yang berlaku sebentar tadi
benar-benar menyakitkan jiwanya. Dirinya rasa dikhanati. “Habis madu sepah
dibuang! Semua lelaki sama sahaja” jerit Kartika.
“Nak ceraikan aku! Jangan harap la.
Apa yang sudah menjadi milik aku, aku takkan biarkan ia dirampas. Kau ingat aku
ni senang dibuli. Tak! Tak! Aku tak akan biarkannya berlaku. Munirah, aku
takkan biarkan kau mengambil segala-galanya dari aku. Aku tak akan benarkan.”
Kartika mengetap bibir. Dia cuba mengawal kemarahannya. Aku mesti lakukan
sesuatu.
Kartika melangkah laju ke meja
solek. Telefon bimbitnya diambil dengan kasar. Dia menelefon seseorang. “Aku
ada kerja untuk kau. Kita jumpa di tempat biasa sekarang.” Kata Kartika dengan
nada tegas.
Senyuman sinis terukir di bibirnya.
“Aku pernah gagal sekali tetapi kali ini aku tak akan biarkannya berlaku sekali
lagi. Aku nak kau rasa bagaimana jika kau kehilangan sesuatu yang berharga
dalam hidup kau, Munirah. Aku pasti hidup kau selepas ini hari kau tak seindah
yang kau gambarkan.” Kartika ketawa secara tiba-tiba. Hatinya puas. Puas!
*******************************************
“Kau ni ...biar betul! Selepas apa
yang terjadi, kau masih berani nak tinggal di sana!” Khatijah memulakan
syarahan. Khatijah terus menyandarkan dirinya di sofa. Keputusan Munirah untuk tinggal di Malaysia
tidak disetujuinya. “Kau sedar tak, sekarang ni kau berada dekat dengan mulut
harimau. Kau ingat dia tak berani nak lakukan perkara yang sama sekali lagi kat
kau. Perempuan macam tu ...tak takut apa-apa tau asalkan hasratnya tercapai.”
“Kau ni, Khaty! Suka sangat takutkan
aku! Kau tu suka sangat berfikiran negatif.”
“Aku tak berfikiran negatif la. Aku
nak ingatkan kau sahaja. Beringat dahulu sebelum kena. Lebih-lebih sekarang ni
....suami dia nak ceraikan dia. Lagilah dia hot kat kau. Entah apa yang bermain
di fikiran dia sekarang ni, aku tak tahu.”
“Itu tak akan berlaku. Aku yang mahu
diceraikan bukannya Kartika. Suka atau tidak, Dato’ Kadir mesti ceraikan aku
juga.”
“Itu kata kau ....bukannya suami
kau! Selepas dia dapat tahu dia ada anak, jangan haraplah dia nak ceraikan kau.
Itu satu-satunya zuriat dia ....Eh, aku tersasul pulak. Aku lupa pada Leya dan
Lisa pula. Kau jangan lupa .....dua orang anak Dato’ Kadir ni! Aii......nampak
gayanya susah la kau nak lepaskan diri jika Dato’ Kadir tahu tentang Leya dan
Lisa.”
Munirah mengeluh. “Aku tahu tetapi
hubungan kami sebagai suami isteri dah lama putus sejak 26 tahun yang lalu.”
“Tetapi kau masih cintaikan Dato’
Kadir kan ...walaupun sudah 26 tahun berlalu.”
Munirah terdiam. Lidahnya kelu untuk
menuturkan kata-kata seterusnya.
Khatijah turut sama terdiam
seketika. Khatijah membetulkan kedudukan telefon bimbit yang dipegangnya.
“Munirah, kau tahu kan selama ini aku menyokong apa sahaja keputusan yang kau
buat tetapi kali ini aku rasa ........lebih baik kau minta fasak sahaja. Itu
saja jalan yang aku nampak sekarang ni. Nak tunggu Dato’ Kadir ceraikan kau
....aku rasa ia akan mengambil masa.”
“Khaty! Aku berkahwin dengan Dato’
Kadir secara baik dan aku berharap juga kami akan berpisah secara baik.”
“Tetapi kau tak pernah hidup bahagia
dengan dia. Dia tak pernah terima kau sebagai isteri dia. Kenapa pula kau nak
menjaga maruah diri dia? Selepas apa yang dia
buat pada kau selama ini, dia tak layak untuk dilayan dengan baik. For
once Munirah, please! Think about yourself first.”
“Aku tahu kau risaukan aku di sini.
Believe me! Hal ini akan selesai tak lama lagi.” Munirah cuba yakinkan sahabat
baiknya itu. “Hmm..Bagaimana dengan Leya dan Lina di sana?” soal Munirah. Dia
cuba mengubah topik perbualan mereka.
“See.....Kau cuba nak elak kan!” Khatijah
menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Khaty!” Munirah meninggikan
suaranya.
“Fine!” Khatijah mengalah. “Leya dan
Lina okey je. Kau jangan risau, mereka berdua dah besar. Dah pandai jaga diri.
Aaa....How about Lisa? Macam mana? Lisa tak buat perangai ke?”
“Lisa! Hmm...aku sendiri tak tahu
sehingga bila Lisa boleh bertahan. Bila nampak Dato’ Kadir saja, Lisa akan
pandang ke tempat lain.” Munirah mengeluh dengan kuat apa mengenangkan anak
keduanya.
“Kau kena beri mereka berdua masa.
Perasaan marah mereka pada ayah mereka masih belum hilang lagi. Lagipun, kurang
sedikit perasaan risau aku pada kau.”
“Kenapa?”
“Ye..lah! Kau tu! Orang buat apa
saja kat kau, kau biarkan sahaja. Tetapi sekarang ni Lisa berada di sisi kau,
jangan haraplah perempuan tu dan anak tiri dia buli kau lagi.”
“Kau ni, Khaty!”
“Aku cakap perkara benar.
Aaa...kalau hujung bulan ni, kau masih tak selesaikan masalah aku .....aku
sendiri akan datang ke Malaysia dan bawa kau pulang. Tiada apa-apa alasan lagi.
Understand.” Tegas Khatijah. Dia benar-benar akan menjemput Munirah pulang jika
Munirah masih berdegil.
Munirah tergamam. “But ....”
“Tiada alasan ok! Aku dah buat
keputusan. Kau kena ingat. Hmm....aku akan call kau esok. Berehatlah.
Assalammualaikum....” ucapnya sebelum menamatkan perbualan.
“Waalaikumussalam.” Dahi Munirah
sedikit berkerut. Aduh, berserabut hidup aku macam ni. Khaty nak datang sini. Munirah
menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia gelisah.
DIA MENARIK PERHATIANKU - BAB 9
Bab 9 SAMBIL berjalan ke dapur, Widad mengikat rambutnya menjadi tocang satu. Dibetulkan rambutnya agar tersisir rapi. Dia m...
-
Bab 8 Alina tersenyum bila melihat ayahnya sedang berdiri di balkoni. “Termenung jauh nampak!” tegur Alina sambil berjalan mend...
-
BAB 1 Aina membetulkan kedudukan rambut palsu berwarna blonde yang dipakainya sebelum melangkah keluar dari balai tiba di KLIA...