BAB 15
Aleya meletakkan pensil yang
dipegangnya Apa yang diceritakan oleh Alisa sebentar tadi mengejutkan dirinya.
“What are you gonna do,sis?”
“Angah tak tahu lagi. Sekarang ni
fikiran Angah tengah buntu. Ibu tetap berdegil untuk tinggal di sini sehingga
proses penceraian dia selesai.”
“Orang macam Datin Kartika tu takkan
biarkan perkara ni begitu saja. You should be careful.”Aleya risau.
“I know.”
“Angah perlu lakukan sesuatu dengan
segera. Sebelum dia bertindak, Angah kena bertindak dulu. Jangan ingat dia
boleh lakukan sesuka hati terhadap kita.” Tegas Aleya. Dia tak suka jika ada
orang cuba membuli keluarganya.
“I know! Angah rasa angah tahu apa
yang perlu Angah lakukan.” Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alisa.
“Good! Along akan selesaikan semua
kerja di sini dengan segera. Along akan ke Malaysia bila semua kerja di sini
selesai.”
“Ok! I have to go. Angah tak nak ibu
syak sesuatu.” Kata Alisa melirik ke kiri dan kanan. Dia berdiri di luar bilik
ibunya.
“Ok. Kirim salam kat ibu.”
“Baiklah!” kata Alisa sebelum
menamatkan perbualan mereka berdua. Aleya termenung seketika. Sebenarnya, hatinya
bimbang. Bimbang jika sesuatu akan terjadi pada ibu dan adiknya. Pantas dia
mendail nombor telefon setiausahanya.
“Mary! I want all my appoinment this
month, change to this week. Next week, i’ll go back to Malaysia for a month. I want to
settle all my work this week. Can you do that?
Thank you, Mary” kata Aleya terus meletakkan telefonnya. Aleya bangun
dan berjalan menuju ke tingkap. Dia melihat salji yang sedang turun. Sekarang
musim salji sudah tiba, Aleya lihat halaman rumahnya sudah dipenuhi dengan
salji. Aleya mengeluh! Walauapa yang terjadi, dia akan bawa ibunya pulang.
**********************************
Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum
sebaik sahaja melihat Munirah keluar dari bilik air. Dia mengatur langkah
mendekati Munirah dan ingin membantu.
“Tak payah! Munirah masih boleh
berjalan lagi.” Tegas Munirah.
Dato’ Syed Mohd Kadir terdiam kaku.
Munirah duduk di sofa. Munirah
membetulkan tangannya yang disimen. Berat! “Bunga-bunga ni ....Munirah harap
awak jangan hantar ke sini lagi. Membazir saja.”
“Tetapi abang ikhlas ....semua bunga
ni untuk Munirah.” Dato’ Syed Mohd Kadir terus duduk di sofa yang bertentangan
dengan Munirah.
Munirah melirik anak matanya ke arah
lain. Ikhlas! Geli hati aku mendengarnya. Bunga ros ni bukan bunga kesukaan
aku. Aku suka orkid. Nampak sangat
....dia tak tahu apa-apa tentang aku. Tiba-tiba Munirah tersenyum sinis.
Tetapi ....kenapa aku masih mencintai lelaki ini? Hati aku ni memang ada
masalah.
“Munirah! Kenapa?” soal Dato’ Syed
Mohd Kadir hairan melihat Munirah tiba-tiba tersenyum.
Senyuman Munirah hilang sebaik
sahaja mendengar pertanyaan Dato’ Kadir.
“Dato’ Kadir, kenapa
awak masih enggan menunaikan permintaan Munirah. Selepas apa yang terjadi,
mustahil hubungan kita akan kembali menjadi suami isteri. Semua itu mustahil.
Anggap saja kita tiada jodoh.”
“Munirah, kenapa hati Munirah begitu
keras untuk menerima abang kembali. Abang sedar apa yang pernah abang lakukan
pada Munirah begitu kejam sekali. Abang menyesal. Sebab itu abang mahu kita
mulakan hidup baru. Hanya kita bertiga. Abang berjanji ...abang tak akan
mensia-siakan hidup Munirah. Abang akan jadi Munirah wanita yang paling
bahagia. Cinta abang hanya satu. Hanya untuk Munirah.” Ucap Dato’ Syed Mohd
Kadir. Dia menatap wajah Munirah. Cintanya pada Munirah adalah ikhlas.
Munirah berpaling. Wajah Dato’ Syed
Mohd Kadir direnung dengan tajam. Amboi ....manisnya mulut apabila bercakap.
Dasar playboy. Sebelum ni, kau campak aku dan sekarang ni kau nak kutip aku
balik. Tolonglah. “Beginilah, Dato’ Kadir! Tujuan Munirah balik ke sini hanya
satu iaitu .....bercerai dengan awak. Keputusaan saya tak berubah.”
“Munirah!” Nada suara Dato’ Syed
Mohd Kadir separuh merayu.
“Sepatutnya apa yang terjadi di
antara kita dahulu, awak jadikan sebagai pengajaran. Awak jangan ulanginya
sekali lagi. Awak jangan lakukan perkara yang sama terhadap Kartika.” Nasihat
Munirah.
“Munirah! Selama 26 tahun, kami
hidup bersama ...kami tak pernah bahagia. “
“Tapi ....dulu, Kartika adalah
pilihan awak kan! Sekarang ni pula, awak menyesal berkahwin dengan Kartika.
Bagi awak, semua ini perkara mudah kan! Awak anggap wanita ni ....barang
mainan. Bila dah tak nak, buang saja.” Tegas Munirah.
“Bukan itu maksud abang .......”
“Maksudnya tetap sama kan!”
Tiba-tiba ada suara yang mencelah. Alisa berdiri memerhati gelagat mereka
berdua. Kehadirannya di situ tidak disedari mereka. Alisa merenung tajam ke
arah lelaki itu. Tiada secalit senyuman di wajah Alisa.
“Lina!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut.
Dia sedar pandangan Alina berbeza dari sebelumnya. Kenapa tiba-tba sikap Lina
berubah? Dingin! Sikap Lina berubah selepas Munirah kemalangan. Adakah Lina
marahkan aku disebabkan kemalangan yang menimpa Munirah?
Munirah turut sama terkejut. Sejak
bila Angah ada di situ? Munirah risau.
Alisa berjalan dan duduk di katil
Munirah. Dia buat tak tahu sahaja. Dia membelek telefon bimbitnya. Pandangan
ibu tidak diendahkan.
Munirah mengetap bibir menahan geram
dengan perangai Alisa. Budak bertuah ni....Dia tak salam pun dengan ayahnya.
Apa nak jadi ni? Munirah sedar , pasti Dato’ Kadir berasa hairan dengan sikap
Alina.
*************************************
Dr. Nazri tersenyum melihat Alina
yang sedang makan nasi goreng di hadapannya. Dia tak sangka dengan tiba-tiba
saja Alina mengajaknya keluar. Hatinya berbunga riang. Sudah lama dia
berangan-angan yang satu hari nanti dia akan makan berdua bersama Alina.
“Actually, Lina nak minta pertolongan!”
“Pertolongan!” Dr. Nazri terkejut.
Matanya merenung mata Alina yang berwarna coklat itu.
“Yes, i need your help. About my mother. Lina nak bawa ibu balik hari ini. Lina
perlukan kebenaran dari awak untuk bawa ibu saya pulang.” Alisa terus
berterus-terang tentang tujuannya mengajak Dr. Nazri makan tengahhari bersama.
“Apa!” Dr.Nazri terkejut.
“Lina nak bawa ibu balik.”
“Tapi keadaan Auntie Munirah belum
pulih sepenuhnya. Kenapa Lina nak bawa Auntie Munirah balik? Saya rasa lebih
baik jika Auntie Munirah tinggal lama di
hospital, boleh la saya pantau keadaan Auntie Munirah. Dia perlu terima rawatan
lagi”
“Lina tahu tetapi Lina perlu bawa
ibu keluar hari ini juga. I hope you understand.”
“Aaa....Uncle Kadir dah tahu ke
tentang hal ini?”
“Dia tak berhak tentang hal ini.
Sebab dia la ibu jadi macam ni.” Alisa tiba-tiba meninggikan suaranya. Hatinya
panas bila mendengar nama lelaki itu. Bencinya pada lelaki itu semakin
membuak-buak.
Dr. Nazri tergamam bila Alina
tiba-tiba meninggikan suara ke arahnya. Inilah pertama kali dia melihat Alina
seperti ini.
“Aaa...Maaf, tadi Lina terlalu
emosi.” Alisa tersedar. Alisa merenung lelaki itu. Walauapa yang terjadi, aku
perlu bawa ibu balik hari ini jugak. Alisa mengeluh kuat. “Awak tahu kan
keluarga Dato’ Kadir macam mana lebih-lebih lagi Datin Kartika.Kehadiran kami
di sini tidak dialukan”
“Saya faham dengan situasi awak,
Lina!”
“Kalau begitu, awak setuju untuk
membenarkan ibu Lina keluar hari ini? Lina janji hujung minggu depan, awak nak
bawa Lina tengok wayang ke jalan-jalan ke. Lina ikut saja.” Janji Alisa. Minggu
depan Acu balik, nampaknya Acu la yang akan keluar dengan mamat doktor ni.
Alisa ketawa kecil di dalam hati.
“Betul ke?’ Dr. Nazri seolah-olah
tidak percaya. Sudah beberapa kali dia mengajak Alina keluar tetapi bermacam
alasan Alina berikan tetapi kali ini Alina sendiri yang mengajaknya keluar.
Macam bermimpi pula.
“Ya!” Alisa tersenyum.
“Hey, perempuan! Kau ni tak ada
kerja lain ke? Teman lelaki orang pun kau nak rampas. “ marah Suziela yang tiba-tiba
berada di situ. Alisa terkejut akan kehadiran Suhaila. Orang ramai yang berada
di cafe memandang ke arah mereka.
Alisa terus bangun. “Kau ni ada
masalah ke? Tak boleh ke bercakap seperti orang bertamadun. Ini tidak, datang
sini saja terus menjerit macam orang gila. Kau sedar tak kau sekarang ni berada
di mana?”
“Aku peduli apa? Yang penting
sekarang ni, kau cuba rampas Dr. Nazri dari aku! Kau ni memang perempuan tak
tahu malu.” Sakit hati Suziela bila melihat mereka berdua sedang makan di cafe
seperti pasangan kekasih.
“Suziela, kita tak ada apa-apa
hubungan pun sekadar kawan biasa saja.” Dr. Nazri mencelah . suka-suka saja Suziela
mengaku aku ni boyfriend dia. Dr. Nazri bimbang jika Alina salah faham dengan
kata-kata Suziela tadi.
“Abang!” Suziela terkejut. Matanya
merenung tepat wajah Dr. Nazri. Pertengkaran mereka menjadi tumpuan orang yang
berad a di situ.
“Sekarang ni siapa perempuan yang
tak tahu malu.” Perli Alisa sambil tersenyum kambing.
“Kau dengan mak kau sama saja!
Perampas!”jerit Suziela seolah-olah seperti orang hilang akal.
Alisa ketawa. Lucu sekali bila
mendengar kata-kata Suziela. Perempuan ni memang ada masalah mental. Entah dia
sedar ke tak apa yang telah dia cakapkan tadi. Dahi Suziela berkerut melihat
Alisa ketawa.
“Hey, dengar sini ye! Ibu aku isteri
pertama, manakala mak kau bini kedua! Sekarang ni cuba kau guna otak kau yang
tepu tu untuk berfikir, siapa yang perampas suami orang!” balas Alisa. Matanya
bulat merenung kakak tirinya.
“Kau!” jerit Suziela geram.
“Jerit la! Jerit la sekuat hati! Biar bergegar seluruh
hospital ni dengar suara kau! Jerit la lagi!” perli Alisa. Langkahnya terus
diatur meninggalkan Suziela. Alisa sedar orang ramai yang berada di situ
memerhati ke arahnya. Adegen pertengkaran tadi menjadi perhatian orang ramai
yang berada di cafe itu. Alisa hanya tersenyum. “Crazy women!” jelas Alisa pada
orang ramai yang berada di situ. Mereka hanya tersengih bila mendengar
kata-kata Alisa.
“Suziela, what’s wrong with you? Tak
malu ke?” marah Dr. Nazri. Sikap Suziela membuatkan dirinya rimas. Hidupnya
tidak pernah aman sejak kehadiran Suziela dalam hidupnya.
“Malu! Abang sedar tak apa yang
abang cakapkan ni! Perempuan tu yang tak malu! Dia...”
Belum sempat Suziela menghabiskan
ayatnya, Dr. Nazri terus mencelah. “Suziela, boleh tak berhenti berperangai
seperti budak-budak! Walaupun kamu berdua adik-beradik tiri, selaku kakak kamu
sepatutnya tunjukkan contoh yang baik pada seorang adik.” Marah Dr. Nazri.
“Dia bukan adik Su! Kami tak ada
apa-apa pertalian darah pun. Su tak ingin ada adik macam perempuan tu.” Suziela
bengang bila Dr. Nazri menyebelahi Alina.
“Abang tak tahu nak cakap apa lagi
dengan Su!” Satu keluhan dilepaskan. Dr. Nazri sudah malas menasihati Suziela.
Macam ni nak jadi girlfriend aku, baik tak payah la. Laju kakinya berjalan
meninggalkan Suziela.
“Abang! Abang Nazri!” jerit Suziela.
Kakinya dihentak beberapa kali untuk melepaskan geram. Tergamak Abang Nazri
meninggalkan aku seorang diri kat sini. Ini semua gara-gara Alina. Sejak
kepulangan Alina dan ibunya, hidup aku dan mama kucar-kacir dibuatnya. Aku
takkan biarkan perkara ni begitu saja. Suziela mengetap bibirnya menahan geram.
*******************************************
Kartika terkejut pintu bilik dibuka
dengan kasar. Dato’ Syed Mohd Kadir melihat Katrika seolah-olah ingin ditelannya
hidup-hidup. Pintu bilik ditutup dengan kasar.
“Apa yang kau dah buat pada Munirah
dan Alina, hah?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir dengan kasar. Dia terkejut bila
Munirah tiada sewaktu dia ingin melawat Munirah di hospital. Sudah beberapa
kali dia menelefon Alina dan Munirah namun panggilannya tidak dijawab. Lebih
mengejutkkan lagi bila Dr. Nazri memberinya sepucuk surat yang ditinggalkan
oleh Munirah kepadanya. Munirah bertekad untuk bercerai dengannya. Ini pasti
ada kaitan dengan isteri keduanya.
“Apa maksud, abang? Tika tak faham.”
“Kau jangan nak berlakon dengan aku,
Kartika. Aku kenal sangat perangai kau yang sebenarnya. Apa yang telah kau buat
sehingga Munirah tergesa-gesa keluar dari hospital?”
“Apa!” Kartika terkejut. Dia dah
keluar hospital! Habis rancangan aku kali ni.
“Kau jangan nak berpura-pura
terkejut. Aku nak ingatkan kau sekali lagi, kalau kau berani apa-apa Munirah
dan anak aku, tahulah nasib kau nanti.” Dato’ Syed Mohd Kadir memberi amaran. Perangai Kartika semakin hari
menguji kesabarannya.
“Abang ni memang jenis kacang
lupakan kulit. Abang dah lupa ke? Siapa yang berada di sisi abang selama 25
tahun ni? Tika, abang! Tika.” Kartika sudah naik angin.Dia geram bila dirinya
dipersalahkan.
“Ya, memang selama 25 tahun ni kau
bersama aku tapi ada kau jalani tanggungjawab kau sebagai isteri! Tiada. Waktu
aku jatuh sakit, terlantar kat hospital, kau ingat aku tak tahu apa kau buat di
belakang aku! Aku belum buta lagi, Kartika.”
Pengakuan Dato’ Syed Mohd Kadir mengejutkan
dirinya. Jadi selama ini dia tahu apa aku buat di belakangnya selama ini? Tak
guna! Kartika mengetap bibirnya menahan geram.
“Buat kali terakhir aku ingatkan
kau, kau jangan sentuh isteri dan anak aku. Kalau kau masih berdegil jugak, aku
tahu macam mana nak ajar kau.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir Kali ini dia mesti bertegas dengan Kartika.
Dia bimbang jika sesuatu terjadi pada Munirah dan Halina.
“Mama! Su, benci! Benci dengan Alina”
jerit Suziela terus meluru masuk ke bilik. Kehadiran Dato’ Syed Mohd Kadir di dalam bilik itu mengejutkan Suziela.
“Ini seorang lagi. Nak masuk ke
bilik, tak reti ke ketuk pintu dulu. Ini tidak, main redah saja.” Marah Dato’
Syed Mohd Kadir.
“Papa ni, kenapa tiba-tiba marah Su?
Kalau iya pun tengah marahkan mama, jangan lepaskan kemarahan papa tu kat Su.
Ini tak adil.” Jawab Suziela dengan kasar. Sekarang ni aku dah la tengah
bengang dengan Halina, papa pula tiba-tiba naik angin.
“Suziela, ini ke cara kamu bercakap
dengan orang tua? Tak hormat langsung. Kau sedar tak dengar siapa kau sedang
bercakap sekarang ni. Perangai mak dengan anak sama saja! Kurang ajar.” Marah Dato’
Syed Mohd Kadir sebelum mengatur langkah meninggalkan mereka berdua. Pintu
dihempas dengan kasar.
“Mama! Tengok papa tu.” Suziela mendekati
ibunya Dia merengek meminta simpati.
Mata Kartika masih belum berganjak
memerhati pintu biliknya. Kata-kata suaminya itu telah melukai hatinya.
Sekarang ni di mata abang, hanya ada perempuan tu saja. Dialah yang terbaik.
Aku pula jahat. Tak apa, aku takkan biarkan semua ini begitu saja. Perempuan tu
dan anaknya perlu diajar. Kartika sudah bertekad.
4 comments:
bile la aleya nk tunjuk taring dye kat datin kartika nie... br seronok
ish keadaan smkin bhaya npk nya..cpt2 lah bw munirah 2 blik...alisa...
Terima Kasih kerana membaca novel Satu Dua Tiga ...Saya akan cuba menghabiskan novel ini pada tahun ini juga. Terima Kasih ye... Love you!
Saya suka jalan cita dy.best sgt2~!dan cita dy lain dari yg lain..dan cara kak lily bawak cita ni x membosankan..keep it up! Btw saya dh beli dh novel ni..hehe ~! :D
Post a Comment