Bab 17
“Assalamualaikum, Angah!” Alina tersenyum sebaik saja menjawab
panggilan Alisa. Dia melihat ke arah Aleya yang sedang memandu kereta BMW.
“Walaikumussalam.” Jawab Alisa
sambil berjalan keluar dari kedai Buku MPH. Beberapa buah novel telah dibelinya
untuk mengisi masa lapangnya.
“Ibu dan Angah, sihat ke?’ tanya
Alina dengan lembut.
“Kami sihat saja. Cuma tangan ibu
belum sembuh lagi. Hmmm…Bila Acu nak balik ke sini?”
“Pesakit Acu masih lagi dalam ICU.
Acu perlu pantau perkembangannya. Rasanya minggu ni Acu tak dapat balik ke Malaysia .”
“Apa!” jerit Alisa dengan kuat. Orang
ramai yang berada di situ terkejut dengan jeritan Alisa. Alisa menunduk
kepalanya bila sedar dirinya menjadi perhatian orang ramai yang berada hampir
dengannya.
Alina menjarakkan telefon bimbitnya
sebaik saja mendengar jeritan kakaknya.
“What!” nada suara Alisa separuh
bisik.
“Tapi Angah jangan bimbang, minggu
ini Along akan pergi ke sana !
Sebaik saja urusan Along di sini selesai. Along akan pulang ke Malaysia tapi sebaik saja tiba di sana Along terpaksa pergi ke Langkawi untuk berjumpa
dengan client dia kat sana .”jelas
Alina.
“I know that tapi siapa yang akan
date Dr. Zahari minggu ni…” nada suara Alisa masih lagi separuh bisik. Matanya
melirik ke kiri dan kanan. Bimbang jika suaranya kuat “Apa! Angah, cakap apa? Tak dengar la.”
Alisa melepaskan keluhannya. Mampus
aku kali ini. Takkan la aku yang kena date dengan doctor skema tu. Eee….bukan
taste aku la. “Hmmm…nothing.”
“Abah, macam mana? Sihat?” tanya
Alina. Aleya yang sedang memandu tiba-tiba menoleh ke arah adiknya. Perkataan
itu begitu sensitive pada diri mereka.
“Why should I know about him?” balas
Alisa dengan kasar.
“Angah!” Alina terkejut dengan kata-kata kakaknya
Langkah Alisa terhenti bila melihat
ada seseorang sedang menghalang perjalanannya. Dahi Alisa berkerut. KL ni
memang kecil betul la. Mereka ni ada ilmu ke? Ke mana saja mesti jumpa? “I have
to go, sis! Terserempak dengan ular pulak!” Alisa terus menamatkan perbualan
mereka. Matanya merenung wanita yang bergaun pandek separah lutut tanpa lengan
berwarna putih.
“Ular!” Berkerut dahi Alina.
Panggilannya telah dimatikan. Matanya melirik ke arah Aleya yang sedang
memandu. “Ular!” ulang Alina lagi dengan penuh tanda tanya. Aleya hanya
tersenyum. Dia tahu maksud perkataan tersebut.
“Kakak!” Alisa tersenyum. Aku Alina
, jadi aku mesti berlagak macam Alina.
“Aku bukan kakak kau!” jawab Suziela
dengan kasar. Tak sangka pula pulak, aku boleh terserempak dengan perempuan ni.
Kedua-dua belah tangannya penuh dengan beberapa beg yang mengandungi baju yang
dibelinya. Pasti semuanya berjenama.
“Maaf!” balas Alisa dengan lembut.
Dia membuat muka kasihan.
“Kau jangan nak hipokrit dengan aku,
Alina! Depan orang lain, kau boleh la berdrama tetap dengan aku, tak payahlah!”
“Lina tak sangka Kak Su sanggup
tuduh Lina yang bukan-bukan!” Alisa menundukkan kepalanya. Alisa ketawa kecil
di dalam hati. Menjadi jugak aku tiru perangai Alina.
“Hey, aku nak beri amaran kat kau!
Dr Nazri milik aku! Aku yang sukakan dia dulu sebelum kau. Hanya aku yang layak
memiliki Dr. Nazri. Perempuan macam kau tak layak berdampingan dengan Dr.
Nazri. Kalau aku nampak lagi kau bersama Dr. Nazri! Nahas kau, aku kerjakan. Penampar
hari tu, kau masih tak serik-serik lagi ke!”
Penampar! Pantas Alisa mengangkat
kepalanya, matanya tepat merenung Suziela. Apa maksud dia?
“Ooo….pasti kau masih ingat lagi kan !” Suziela tersenyum.
“Penampar!” nada suara Alisa berubah
tegas. Dia mengetap bibirnya menahan geram. Alina tak pernah cerita apa-apa pun
pasal hal ini. Oooo…jadi kau pernah tampar adik aku ye, siap la kau nanti!
Mentang-mentang la adik aku tu tak pandai melawan,
suka-suka kau buli adik aku. Siap la kau kali ni, sekarang
ni buku bertemu ruas. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alisa. Dah dapat
idea! Tiba-tiba saja mata Alisa berair, Suziela terkejut melihat Alina yang
tiba-tiba menangis.
“Sanggup kakak layan Lina begini!
Walaupun kita adik-beradik tiri tapi Lina anggap kakak seperti kakak kandung
sendiri. Apa salah Lina? Apa dosa Lina pada kakak?” tangisan Alisa semakin
kuat. Tangisan Alisa menarik perhatian orang yang lalu-lalang di situ.
Suziela gelabah melihat orang ramai
yang sedang merenung kea rah mereka. Dia malu. “Hey, Lina! Aku tak pernah
anggap kau sebagai adik aku pun. Jadi kau tak payah la nak berlakon baik dengan
aku!” marah Suziela. Bengang!
“Kakak, salah ke kalau Lina baik
dengan kakak! Walaupun ibu kakak isteri kedua tapi ibu sebagai isteri pertama,
kami tetap terima kakak dan ibu kakak sebahagian dari keluarga kami!” ucap Alisa.
Dia sengaja ingin memalukan perempuan ini. Baru dia tahu langit ni tinggi ke
rendah.
“Hey! Lina, kau sengaja nak malukan
aku kan !”
jerit Suziela. Dia sudah tak tahan bila sedar akan pandangan orang di situ
terhadapnya. Pasti mereka kutuk aku!
Alisa mengesat air matanya. Wajahnya
merah akibat menangis. “Lina tak ambil hati pun kalau kakak tuduh Lina yang
bukan-bukan. Lina reda! Tetapi percayalah kakak, tujuan Lina dan ibu balik
hanya untuk melawat ayah. Tak pernah terlintas di hati kami pun untuk berebut
harta ayah dengan kakak dan ibu kakak. Kalau kakak dan ibu kakak nak harta
ayah, ambillah! Kami tak kisah. Dalam beberapa hari lagi, kami akan pergi dari
sini. Kakak tak payah risau lagi.” Alisa terus mengatur langkahnya meninggalkan
Suziela yang masih tercengang dengan kata-katanya.
Suziela menoleh ke kiri dan kanan. Sakit
telinganya bila mendengar kata-kata orang ramai yang berada di situ. “ Anak
bini kedua tapi berlagak!” “Tamak! Nak belot semua harta!” Suziela menggenggam
erat tangannya.
“Hey! Tak ada kerja lain ke?
Busybody!” jerit Suziela. Mereka semua terkejut bila Suziela menjerit kea rah
mereka, pantas mereka berlalu dari situ. Ada
yang tersenyum sinis padanya sebelum berlalu pergi. Suziela mengalihkan
pandangannya pada
Alina yang sudah jauh berjalan meninggalkannya. “Alina!”
jerit Suziela. Kakinya dihentak beberapa kali melepaskan geram yang bersarang
di hatinya.
Senyuman terukir di bibir Alisa bila
mendengar jeritan Suziela. “Rasakan!” Alia membetulkan beg tangan LV miliknya. Aku ni ratu drama,
siapa kau nak lawan dengan aku?
****************************************
Alisa meletakkan lauk yang
dimasaknya untuk makan malam di atas meja makan .Gulai ikan kering, sayur bayam
ikan bilis dan sambil belacan dihidang. Alisa menelan air liurnya. Semua ni
favourite aku. Selera aku takkan lengkap tanpa sambal belacan. Wah…kalau ada
sedikit ulam-ulam ni, mesti marvelous la. Alisa tersengih seorang diri. Kalau
aku pergi market esok, semua ulam-ulaman aku nak beli. Jantung pisang…Hmm…pasti
sedap jika dimakan.
“Angah! Angah!” Munirah
menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat Alisa. Nampak makanan sahaja
pasti bulat matanya. Tunggu masa nak terkam sahaja.
“Ibu! Duduklah.” Pelawa Alisa.
Pinggan yang berisi nasi putih sudah siap dihidang.
Munirah tersenyum. Walaupun Alisa
adalah wanita yang berkerjaya namun memasak adalah hobinya. Dia sangat suka
memasak.Jika di rumah, aku dah tak payah nak memasak lagi. Semuanya anak-anak
aku buat. Aku bertuah kerana mempunyai mereka. Terima Kasih tak terhingga
kepadaNya.
“Oh ya, ibu! I’m forget to tell you
something. Along! Minggu depan Along akan datang ke Malaysia >”
“Apa!” Munirah tercengang. Biar
betul atau aku tersalah dengar ni!”
“Ya. Kenapa? Ibu takut kami berdua
buat ribut di sini ke?” kata Alisa sambil tersenyum lebar.
“Taklah….kita akan balik ke London pada hujung bulan
ni. Kenapa pula Along nak datang?” Munirah mula risau. Entah apa yang sedang
dirancang oleh mereka berdua ni?
“Ibu! Along datang ke Malaysia
disebabkan urusan business. Along nak jumpa client di Langkawi. Selepas tu,
baru Along datang jumpa kita di sini.”
“Betul ke! Along dan Angah …..kalau
bersama, ibu tak boleh nak percaya sikit pun. Ada-ada saja perkara yang akan
terjadi nanti.”
“Ibu! Sampai hati kata kami macam
tu. Kami ni jahat sangat ke?” Alisa membuat mimic muka sebagai tanda merajuk.
“Bukan jahat tapi licik. Ibu yang
besarkan Along dan Angah so apa saja yang sedang bermain di fikiran anak-anak
ibu, ibu tahu. Ibu beri warning pada Along dan Angah, jangan buat sesuatu yang akan
memburukkan keadaan, Ibu tak suka.” Tegas Munirah. Renungannya tepat ke anak
mata Alisa.
“Ibu suka fikir yang bukan-bukan.
Mana ada! Kami tak ada rancangan apa-apa pun. Lagipun apa yang bermain di
fikiran kami sekarang ni ….membawa ibu
balik ke London .
Itu sahaja.”
Munirah terdiam apabila mendengar
kata-kata Alisa.
Alisa tersenyum. Fuh, nasib baik ibu
tak bertanya lagi. Ibu ni tahu saja. Apa yang kami buat ini untuk ibu juga.
Alisa menarik kerusi dan duduk.
*************************************
“Apa ni, Maria! Apa yang Maria
bebelkan sejak dari tadi sampai ke sini abang boleh dengar?” soal Tengku Ismail
sebaik saja isterinya duduk di sebelahnya.
“Maria tengah geram ni, abang!
Tersangat-sangat geram! Kak Munirah dan Alina hilang tanpa dikesan. Pasti semua
ni gara-gara Kartika. Pasti dia ada buat sesuatu pada mereka berdua.” Maria
meluahkan perasaan marah dan geramnya pada isteri sepupunya itu. Tangannya
pantas mencapai roti bakar dan menyapu jem strawberry di atasnya.
“Hish…tak baik Maria tuduh orang
tanpa bukti. Berdosa!”
“Tak payah tunggu ada bukti, abang!
Siapa lagi yang suka kalau Kak Munirah dan Alina hilang begitu saja kalau bukan
si Kartika tu. Memang hati busuk! Tak pernah elok. Entah-entah Kak Munirah
accident hari tu disebabkan Kartika.”
Tengku Ismail hanya menggelengkan
kepala. Sejak dulu lagi Maria begitu membenci Kartika kerana baginya Kartika
adalah punca penderitaan Kak Munirah selama ini.
“Aduh, Umi! Pagi-pagi lagi dah
dengar suara Umi. Apa halnya ni, Umi!” tegur Iskandar sebaik saja kakinya
melangkah ke ruang makan. Dia terus duduk berhadapan dengan Tengku Ismail
sambil tersengih.
“Biasa la, Is! Orang perempuan, suka
sangat jaga tepi kain rumahtangga orang!” perli Tengku Ismail.
Iskandar ketawa besar apabila
mendengar kata-kata ayahnya.
“Amboi….sedap betul abang mengata
Maria! Abang, Abang Kadir tu satu-satunya sepupu Maria yang tinggal. Maria nak
Abang Kadir hidup bahagia dan aman damai. Bukannya seperti sekarang, huru-hara
dibuatnya. Ini semua gara-gara Kartika!”
“Ooo…sekarang ni Umi dah jadi
anggota PRB ye!”
“PRB?” Berkerut dahi Maria.
“Pengaman rumahtangga Bersatu!” usik
ISkandar
Kini giliran Tengku Ismail ketawa
besar. Air muka Maria berubah sebaik saja mendengar usikan Iskandar. Dia
mencemikkan mukanya. “Eloklah! Ayah dan anak sama saja.” Maria memberi roti
bakar yang disapunya dengan jem strawberry kepada anak tirinya. Tanpa segan
silu, Iskandar terus mengambilnya dari tangan ibu tirinya. “Pagi ni flight Is
ke Langkawi pukul berapa?”
“Pukul 10, Umi!” balas Iskandar.
Roti bakar tersebut terus disuapkan ke dalam mulutnya.
“Betul ke arkitek tu setuju?” soal
Tengku Ismail tidak percaya.
“See the legs la, abah! Ini Tengku
Iskandar, nak pujuk perempuan no. 1”puji Iskandar. Dia tersengih.
“Ya ke? Si Sofea macam mana?”
Tiba-tiba nama Sofea disebut oleh Tengku Ismail.
Raut wajah Iskandar terus berubah
apabila nama Sofea disebut. “Waktu-waktu begini pulak, abah sebut nama Sofea
tu. Nanti tak pasal-pasal dia datang sini, mampus Is!”
“Maria tak berkenaan la dengan Sofea
tu. Perangai dia macam Kartika. Eee….Tak
sesuai jadi menantu Maria.” Maria membuat mimic muka. Jangan harap la anak
Kartika jadi menantu aku! Simpang malaikat 44!
“Itu Is setuju!” Iskandar tersengih
ke arah Maria. Dia gembira kerana Maria menyebelahi dirinya.
“Is! Is!” jerit Pak Man.
Mereka bertiga menoleh bila nama
Iskandar dipanggil. Pak Man mendekati majikannya yang sedang bersarapan. Nafasnya
turun naik kerana berlari.
“Pak Man! Tarik nafas dulu! Pak Man
ni baru lepas join larian marathon ke?” usik Iskandar pada tukang kebun
rumahnya. Sejak kecil lagi, dia memang rapat dengan Pak Man. Pak Man seumpama
ayah keduanya.
“Cik Sofea datang! Baik Is lari!”
beritahu Pak Man yang masih tercungap-cungap.
“Apa!” Wajah Iskandar berubah pucat
lantas dia bangun. Iskandar bersalam dengan ibu dan ayahnya dengan tergesa-gesa
Iskandar mencapai begnya dan mengekori Pak
Man.
Maria terus mencubit lengan
suaminya.
“Aduh, sakit! Kenapa Maria cubit
lengan abang ni?” Tengku Ismail menggosak tempat yang dicubit oleh isterinya.
Sakit!
“Ini semua salah abang! Disebabkan
oleh mulut abang yang capoi tu, Is tak sempat nak bersarapan.” marah Maria. Dia
merenung suaminya seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup.
“Abang!” Belum sempat Tengku Ismail
membela dirinya, satu suara manja menegur mereka berdua.
“Hello! Good morning, auntie!
Uncle!” Sofea tersenyum melihat bakal keluarga mertuanya. Dia sudah agak waktu
begini mesti mereka semua sedang bersarapan begitu juga dengan Abang Is.
Selalunya waktu begini, dia belum bangun lagi tetapi disebabkan oleh Abang Is,
dia sanggup bangun awal semata-mata ingin berjumpa buah hatinya.
“Waalaikumussalam!” perli Maria. Dah
la masuk rumah orang tanpa dijemput, beri salam pun tidak! Apa nak jadi dengan
budak ni? Dahi Maria berkerut melihat cara pemakaian Sofea. Seluar pandek hitam
atas dari lutut, t-shirt tanpa lengan dan rambut diwarnakan dengan warna merah,
macam ni nak jadi menantu aku! Sorry, jangan harap la.
Sofea hanya tersenyum. Dia sudah
lali dengan sindiran Auntie Maria. Aku peduli apa! Abang Is bukannya anak
kandung dia. Dia tak layak campur tangan dalam urusan Abang Is. “Uncle, Abang
Is ada tak?” tanya Sofea tanpa segan-silu. Matanya meliar ke kiri dan kanan
mencari kelibat Iskandar.
“Dia tak ada.” Ringkas jawapan
Maria. Dia menjawab bagi pihak suaminya. Dia malas nak melayan anak sulung
Kartika.
“Tak ada!” Sofea terkejut. Dia
melihat jam dinding di ruang makan itu menunjukkan pukul 7.30 pagi. “Abang Is
pergi mana, Uncle?” Sofea masih tidak berpuas hati.
“Kerja la, ke mana lagi! Kamu ingat
Is macam kamu ke? Tahu menghabiskan duit saja!” sindir Maria.
Sofea mengetap bibirnya menahan
geram. Aku tanya Uncle, tapi Auntie Maria ni pulak yang sibuk sangat menjawab!
Menyampah betul. Matanya tepat melihat ke arah cawan yang terhidang di atas
meja. Ada 3
cawan. Dahi Sofea berkerut. Dia melihat roti yang telah dimakan separuh di atas
pinggan. Sofea terkejut bila mendengar enjin kereta di luar. “Abang Is!” kata
Sofea secara tiba-tiba. Dia terus berlari keluar tanpa mempedulikan Maria dan
Tengku Ismail yang berada di situ.
“Tengok tu! Dia ingat kita ni patung
ke? Tak ada adab sopan langsung. Hish…pakaian mengalahkan orang putih! Semuanya
terdedah.” Maria mengeluh.
“Orang muda biasa la. Dah tua nanti
dia tutup la semua.” Kata Tengku Ismail. Meletakkan cermin mata yang dipakainya
di tepi.
“Ya ke? Si Kartika tu, dah tua pun
tak tutup aurat. Pakai ketat sana
sini. Ingat badan dia tu cantik sangat ke? Lemak sana sini.” Maria mula berleter.
“Hish, mulut tu tak ada insurans
langsung. Sudahlah, Maria! Jom kita makan!” kata Tengku Ismail. Jika dilayan
perangai Maria ni, sampai esok harilah dia tak berhenti cakap. Tengku Ismail
mula menjamah mihun goreng yang dimasak oleh isterinya.
Maria
mencemikkan mukanya apabila ditegur oleh suaminya. Di dalam hatinya, dia
bimbang jika sesuatu terjadi kepada Kak Munirah.
************************************
Aleya memeluk erat adik bongsunya.
Hatinya berasa berat untuk meninggalkan Alina keseorangan di bumi asing ini. Walaupun
sudah 25 tahun, mereka tinggal di sini …negera ini tetap negera asing baginya.Aleya
meleraikan pelukannya apabila mendengar pengumuman tentang penerbangannya ke Malaysia .
“Ingat! Kalau ada apa-apa, cari
Auntie Khaty! Along dah pesan pada Auntie Khaty untuk tengokkan Acu di sini.”
Aleya tersenyum. Dia merenung adiknya. Melihat Alina seolah-olah seperti
melihat dirinya di cermin.
“Along, Acu bukannya budak kecil
lagi. Tahu la Acu jaga diri Acu sendiri.”
“Macam mana Along tak susah hati,
Acu tu terlampau baik hati sangat.”
Alina ketawa bila mendengar
kata-kata kakaknya. “Along, nanti kirim
salam kat Ibu dan Angah ye! Dan satu lagi, jangan buat ribut kat sana pulak. Along dengan
Angah bukannya boleh diharap sangat.” Alina menjeling ke Aleya yang tersengih.
“Ya lah! Along takkan buat ribut kat
sana tapi Along
tak boleh janji ye! Kalau anak beranak tu berani cari pasal dengan Along, Angah
dan Ibu, siap la! Along takkan lepaskan mereka begitu saja.”
“Tengok tu, belum apa-apa lagi dah
rancang dah. Mesti pening kepala ibu dibuatnya.” Alina mencemikkan muka. Macam
la dia tak tahu perangai kakaknya. 2 x 5 saja.
“Ala ….Acu jangan risau, nanti bila kakak
jumpa ular-ular tu, Along ikat tangan ni.” Aleya menunjukkan pergelengan
tangannya.
“Elok sangat la! Angah zip mulut,
Along pulak ikat tangan! Memang sesuai sangat la.”
“Ok, I have to go! Take care of
yourself.”
“I will, sis!” Alina tersenyum
simpul.
Aleya terus memakai cermin mata
hitam Christian Dior miliknya. Dia sedar banyak mata sedang memandang ke
arahnya. Kehadiran mereka di Lapangan Terbang Heathrow, London menjadi tumpuan orang yang berada di
situ. Setiap orang yang lalu-lalang di situ pasti akan menoleh dua kali setiap
kali melihat dia bersama adiknya. Pelik sangat ke bila kembar seiras?
Langkahnya dia atur kemas menuju ke balai berlepas.
Alina tersenyum. Tiba-tiba saja dia
berasa sunyi. Dia melihat Aleya sehingga kakaknya itu hilang dari pandangannya.
**************************************
2 comments:
nak lagi...
fuhyooo..msti gempak nie.. aleya dh trun.. abis lah ular2 nie nti xleh nk bmharajalela lah lps nie..hahaha
Post a Comment