Bab 21
Aleya menggengam
erat tangan ibunya. Sejuk malah tangan ibunya juga terketar-ketar. Aleya tahu
apa yang sedang bermain di fikiran ibunya. Pasti ibu akan menyalahkan dirinya
sendiri di atas apa yang berlaku. “He’ll be fine. Don’t worry!” Genggamnya
lebih erat. Aleya tersenyum.
Munirah
menganggukkan kepalanya. Dia cuba
tersenyum namun kerisauan di hatinya masih lagi belum hilang. Munirah tahu
Aleya cuba
menyedapkan hatinya. Di dalam hati, dia tidak putus-putus berdoa agar suaminya
itu selamat. Sudah 2 jam, suaminya berada di dalam unit kecemasan.
Maria mendekati
Munirah. “Banyakkan bersabar, Kak Munirah! Abang Kadir akan selamat.!” Maria
membuat mimic muka apabila melihat Kartika dan Sofea menghampiri mereka.
Langkah Kartika
terhenti bila sedar akan kehadiran Munirah dan Alina di situ. Matanya merenung
tepat pada Munirah yang sedang memandangnya. “Apa kau buat di sini, hah? Bukan
ke kau dah berambus balik ke London
hari ini?” jerit Kartika tanpa mempedulikan di mana dia berada sekarang ni.
Aleya terkejut bila
wanita itu tiba-tiba bercakap kasar pada ibunya. Pasti ini Datin Kartika. Aleya
melihat ke arah Sofea yang berdiri di sebelah ibunya.
Zahari dan Tengku
Ismail hanya memerhati. Raut wajah mereka berubah bila mendengar kata-kata
Kartika.
“Hey, Kartika! Kak
Munirah masih isteri Abang Kadir. Jadi dia ada hak berada di sini. Sepatutnya
kau sedar diri sikit status kau sebagai isteri kedua.” Maria geram.
“Ini hal aku dengan
madu aku! Kau jangan nak masuk campur. Rumahtangga sendiri pun tak reti nak
jaga, ada hati jaga tepi kain rumah tangga orang.”marah Kartika. Sudah lama dia
bersabar dengan kerenah Maria yang suka mencari kesalahan dirinya. Kartika
mengalih pandangannya pada Munirah.
“Sepatutnya perempuan macam kau, aku tak boleh percaya.
Kau memang suka aku bercerai dengan Abang Kadir kan ! Kau kata nak balik ke London
tetapi semua itu hanya lakonan semata-mata kan ! Kau nak rampas Abang Kadir dari aku.
Perempuan macam perlu diajar supaya tidak lupa diri.” Kartika mengangkat
tangannya untuk menampar Munirah tetapi tangannya dipegang oleh Aleya secara
tiba-tiba. Aleya menggenggam erat tangan Datin Kartika.
Mereka yang berada
di situ terkejut dengan tindakbalas Alina yang tiba-tiba memegang tangan
Kartika. Dahi Kartika berkerut menahan sakit. Genggaman itu semakin kuat.
“Lepaskan!” Kartika meronta agar tangannya dilepaskan.
Aleya melepaskan
tangan Kartika dan menolaknya dengan kasar. Kakinya berundur beberapa langkah
akibat ditolak oleh Alina. Kartika melihat pergelangan tangan kanannya yang
kemerah-merahan dan sakit akibat dipegang oleh Alina. Kartika tergamam.
“Sekali lagi kau cuba
tampar ibu aku, aku tidak akan teragak-agak patahkan tangan kau!” Aleya memberi
amaran. Dia takkan benarkan sesiapa menyentuh ibunya.
“Berani kau
berkasar dengan mama aku!” marah Sofea. Dia terus mendekati Alina dan ingin
menampar tetapi langkahnya terhenti bila mengingatkan peristiwa hari itu.
“Kalau kau nak
tampar aku, tamparlah! Kenapa teragak-agak pulak?”
“Alina!” Munirah
memegang tangan anaknya. Dia bimbang jika Aleya bertindak di luar batasan.
“Dari kau salahkan
ibu aku baik kau cermin dulu diri kau! Kau tanya diri kau sendiri kenapa suami
kau nak ceraikan kau! Kesalahan sendiri tak nampak, kesalahan orang lain kau
nampak!”
“Anak kau ni memang
kurang ajar, Munirah! Tak hormat orang tua langsung.”
Kartika merenung wanita yang rambutnya diikat dan berbaju t-shirt
merah.
“Ooo..sedar diri
pun yang diri tu dah tua. Dengar sini baik-baik, orang tua macam kau tidak
tersenarai dalam senarai orang tua yang perlu aku hormat.”Aleya merenung mereka
berdua.
“Alina!” tegas
Munirah.
“Ibu, perempuan tua
macam ini tidak boleh diberi muka jika tidak dia akan pijak kepala kita. Kita
kena ajar dia sikit baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Asyik dia saja
betul!” Aleya berpaling kea rah Munirah.
Munirah terdiam.
Aleya menoleh pula pada Kartika.
“Selepas apa yang kau buat pada kami, kau ingat aku akan
berdiam diri begitu saja. Sesiapa yang cuba mengapa-apakan keluarga aku,
aku takkan lepaskan mereka begitu. Mereka harus terima balasannya.” Aleya
menggenggam erat tangannya. Jika ikutkan hati, mahu saja dia penampar perempuan
tua itu.
Maria yang berada
di sisi Munirah terkejut melihat Alina. Sewaktu dia mula mengenai Alina,
perangai Alina saling tidak tumpah seperti Kak Munirah tetapi yang berdiri di
hadapannya sekarang ni berlainan personalitinya.
“Hey, kau tu budak
mentah lagi. Jangan nak berlagak dengan aku!” Kartika mula bengang. Berani
budak mentah ini memperlekehkan dirinya.
“Siapa kata aku
berlagak, hah! Jika kau tak mahu meringkuk dalam penjara, baik kau jaga sikit
mulut dan perangai kau.Kau mesti ingat pengakuan yang kau pernah buat di
hospital sewaktu kau dan anak kau datang berjumpa ibu kan ! Untuk pengetahuan kau, pengakuan kau tu
aku rakam. Kalau kau tak mahu rakaman itu sampai ke tangan pihak polis, baik
kau jaga sikit tingkahlaku kau itu.”
“Kau bohong! Kau
sengaja nak takutkan aku kan !”
Kartika mengetap bibir menahan geram. Biar betul, dia rakam percakapan aku hari
tu. Itu semua helah dia saja.
“Itu terpulang pada
kau nak percaya atau tidak. Kalau dah teringin sangat nak bermalam di dalam
penjara, cubalah.” Aleya tersengih.
Kartika terdiam.
“Mama!” Sofea
menoleh pada ibunya yang tiba-tiba berdiam diri. Sofea takut.
Tengku Ismail
datang menghampiri mereka. “Alina ada beri aku salinan rakaman itu. Jadi aku
nasihatkan kau, jangan ganggu mereka berdua lagi. Jika sesuatu terjadi pada
mereka berdua, salinan rakaman itu akan sampai ke tangan pihak polis.”
Aleya terkejut.
Bila pulak aku beri salinan rakaman itu pada Tan Sri Tengku Ismail. Aleya masih
berwajah selamba.
“Kamu semua 2 X 5
saja.” Jerit Kartika sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka. Sofea mengekori
ibunya.
“Abang, betul ke
abang ada salinan tu?” soal Maria ingin tahu.
Tengku Ismail
tersenyum. “Abang tipu saja!”
“Apa!” Maria
terkejut. Zahari hanya tersenyum dari jauh.
“Orang macam
Kartika tu, kita kena tipu sikit untuk takutkan dia supaya tidak kacau Munirah
dan Alina lagi.” Terang Tengku Ismail. Jika dia tidak masuk campur tadi, pasti
keadaan di sini kecoh dibuatnya.
“Thank you, Uncle!”
Aleya tersenyum.
Tengku Ismail hanya
tersenyum. Yang dia pelik, Maria pernah beritahunya yang sikap Alina seperti
Munirah tetapi Alina yang berdiri di hadapannya sekarang ni sikapnya
bertentangan dari apa yang diceritakan oleh isterinya.
Pintu bilik
kecemasan tiba-tiba terbuka, Dr. Nazri keluar. Zahari segera menghampiri
sahabatnya. “Bagaimana dengan keadaan Uncle?”
“Alhamdulilah,
Sekarang ni Uncle sudah stabil.” Dr. Nazri mengalihkan pandangannya pada Alina
yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
Dahi Aleya
berkerut. Kenapa pulak dengan mamat ni? Asyik pandang aku lain macam saja.
Aleya menoleh pada ibunya.
“Syukur,
Alhamdulilah.” Munirah menarik nafas lega. Segala kebimbangan dan kegusaran di
hatinya sudah reda.
“Jom, ibu! Kita
balik!” ajak Aleya. Dia bimbang jika ibunya menerima kembali lelaki itu dalam
hidupnya. Selepas apa yang berlaku, Aleya yakin ibunya masih mencintai lelaki
yang pernah menghina ibunya.
Perlahan-lahan
Munirah menganggukkan kepalanya. Dia sedar tempatnya bukan di sisi Dato’ Kadir.
Dia perlu beredar dari sini.
*******************************
Khatijah melihat jam tangannya beberapa kali. Dia sudah terlambat
untuk berjumpa Puan Sri Halimah. Ahhh….dah lambat. Tangannya pantas mencapai beg
tangan, telefon bimbit dan kot baju sejuk. Dia bergegas menuruni tangga.
Langkahnya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.
“Siapa pula yang
telefon ni? Aku dah lewat.” Bebel Khatijah seorang diri tanpa melihat skrin
telefon bimbitnya. “Hello!”
“Assalamualaikum,
Khaty?”
Khatijah terkejut
apabila mendengar suara Munirah. “Waalaikumussalam.” Jawab Khatijah. Sekilas
pandang, dia melihat skrin telefon bimbit miliknya. Dahi Khatijah berkerut.
Kenapa Munirah masih guna no telefon ni lagi? Takkanlah….. “Munirah, kau kat
mana skrg ni? Don’t tell me that you still in Malaysia.” Nada suara Khatijah
separuh meninggi.
“Ya. Aku masih lagi
di Malaysia.”
“What!” Khatijah
meninggikan suaranya.
“Semasa aku di
airport, dia datang jumpa aku. Kemudian dia tiba-tiba sahaja kena serangan
jantung.” Jelas Munirah.
“So sebab itu kau
tak jadi pulang? Kau dah buat keputusan, so kau harus kuatkan hati kau. Never
turn back.” nada suara Khatijah tegas. Dia geram dengan sikap Muniah. Terlalu
baik hati.
“Khaty, what do you
expect me to do? Leave him like that.” Munirah tahu Khatijah tak akan bersetuju
dengan tindakannya.
Khatijah mengeluh
kuat. Dia sudah bingung. Mati akal. Khatijah diam seketika.
“Khaty, kau jangan
risau. Aku tetap akan balik. Hati aku takkan berubah. Aku akan balik kerana
kaulah satu-satunya keluarga yang aku ada. Aku hanya ada kau dan anak-anak
aku.” Ujur Munirah dengan lembut.
Khatijah menarik
nafas panjang. Hatinya sayu mendengar kata-kata Munirah. “Bila kau akan balik?”
“Aku akan balik
bersama Aleya setelah kerjanya selesai. Aaa…Alisa! Dia balik dulu. Rasanya dia
dah sampai kot. Kau tolong tengokkan mereka berdua ye. Maaf kerana menyusahkan
kau, Khaty.”
“Kau ni! No
problem. Aku akan tengokkan dua orang anak dara kau tu. Oklah, aku ada
appointment ni. Malam ni, aku call kau. Aku masih belum habis cakap lagi dengan
kau. Take care!” Khatijah menjeling kea
rah jam tangan guess miliknya. Alamak, dah lewat ni!
“Baiklah.
Assalammualaikum….”
“Waalaikumussalam.”
Jawab Khatijah sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Segera Khatijah
mencapai kunci rumah dan bergegas keluar.
***************************
Alisa menoleh
apabila mendengar pintu rumah ditutup. Segera dia keluar dari biliknya dan
berjalan menuju ke ruang tamu.
“Angah!” Alina gembira
melihat kakaknya sudah pulang. Baju sejuk yang dipakainya ditanggalkan.
Sekarang ni musim sejuk sudah tiba. Keadaan di luar sangat sejuk sehingga
beberapa baju yang dipakainya masih belum lagi dapat menghalang kesejukkan di
luar sana .
“Patient Acu dah
stabil ke? Dah sedarkan diri ke?” soal Angah.
“Sudah! Semakin
sihat.” Alina tersenyum. Matanya melirik ke pelbagai sudut di rumahnya mencari
kelibat ibunya. Mana ibu? “Angah, ibu mana?”
“Something happens!
Ibu tak dapat balik. Boleh tak kalau apply cuti lagi?”
“Apa!” Alina
terkejut. Nak minta cuti lagi ke? Aku baru sahaja masuk kerja.
“Kita perlu balik
ke Malaysia
esok!” beritahu Alisa. Dia perlu selesaikan urusannya di sini sebelum pergi Malaysia .
“Apa halnya,
Angah?” Alina hairan. Kenapa kakaknya tergesa-gesa untuk pulang sedangkan
selama ini Alisa berdegil tidak mahu menjejakkan kakinya di Malaysia . Sikap Angah benar-benar
pelik.
“Kita tak boleh
tinggalkan ibu dan Along sendirian di sana !
Angah tak mahu sesuatu terjadi pada mereka jadi esok kita perlu balik ke Malaysia .”
Alisa resah. Semalam dia hairan kenapa ibunya masih belum masuk lagi ke dalam
balai lepas sedangkan pesawat akan berlepas tidak lama lagi malah pramugari
yang bertugas di situ menyuruhnya masuk kerana pesawat akan berlepas. Kemudian
dia menerima sms dari kakaknya yang memberitahu ada sesuatu terjadi dan menyuruhnya
menaiki pesawat itu dulu. Katanya lagi, dia akan pulang bersama ibu selepas
urusannya selesai. Bila memikirkan ibu dan kakaknya di sana , Alisa resah. Bimbang jika sesuatu yang
tidak diingini berlaku.
“Angah, do you
hiding something from me?” soal Alina. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang
dirahsiakan
“Lelaki itu
tiba-tiba jatuh sakit sebab itu ibu tidak dapat balik.” Berat mulut Alisa untuk
memberitahu Alina apa yang terjadi.
“Abah sakit!” Alina
terkejut. Jantungnya berdegup kencang. “Se..Sekarang ni abah ni macam mana?”
soal Alina ingin tahu.
“Angah tak tahu!”
tegas Alisa. Matanya bulat merenung adiknya yang begitu mengambil berat tentang
lelaki itu.
“Angah, dia tetap
ayah kandung kita walau apa yang terjadi. Setebal mana benci Angah pada abah,
darah yang mengalir dalam diri kita adalah darah abah. Tak boleh ke Along dan
Angah memaafkan Abah. Jika ibu boleh memaafkan Abah, kenapa kita sebagai anak
tidak boleh memaafkan Abah!”
“Acu, itu hak Along
dan Angah sama ada ingin memaafkan lelaki itu atau tidak. Acu tak payah nak
nasihatkan kami. Apa yang penting sekarang ni, nyawa ibu dan Along dalam
bahaya.” Alisa merenung Alina.
“Apa maksud Angah?”
“Beberapa hari yang
lalu, ada orang cuba
langgar Angah. Nasib baik Angah sempat mengelak, kalau tidak tak tahulah apa
yang terjadi. Acu nak tahu tak siapa yang upah orang untuk langgar Angah? Datin
Kartika.” Beritahu Alisa.
Alina tergamam.
“Because that we
have to go back to Malaysia .
Jika dia pernah cuba
membunuh ibu dan Angah tidak mustahil jika dia mencuba lagi. Angah tak mahu
terjadi apa-apa pada Along dan ibu. We have to hurry.”
“Baiklah. Acu call
supervisor Acu dulu. Acu try.” Alina terus menelefon Dr. Andrew. Alina mula
gelisah. Alina tahu orang seperti Datin Kartika sanggup buat apa sahaja.
***************************************
Dato’ Syed Mohd
Kadir membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya masih pudar. Dia memejamkan
matanya sekali lagi. Dia membuka matanya
sekali lagi.
“Abang Kadir!
Syukur alhamdulilah …” Maria menarik nafas lega sebaik sahaja melihat Dato Syed
Mohd Kadir sedar. Maria menggenggam erat tangan abang sepupunya.
“Maria!” nada suara
Dato’ Syed Kadir masih lemah.
“Syukurlah, kau dah
selamat.” Tengku Ismail bersuara. Dia membantu Dato’ syed Mohd Kadir bangun.
“Di mana aku
sekarang ni.” Dato’ Syed Mohd Kadir memegang dadanya yang masih sakit.
“Hospital, Uncle.”
Jawab Iskandar. Sebaik sahaja menerima panggilan dari ayahnya, dia segera
datang ke hospital.
“Munirah! Mana
Munirah? Lina …mana Lina? Mereka dah balik ke London ke?” soal Dato Syed Mohd Kadir secara
tiba-tiba. Dia mula ingat apa yang terjadi sebelum ini.
“Tak! Selepas apa
yang terjadi, mereka berdua tak jadi balik ke London.” Beritahu Maria.
Dato’ Syed Mohd
Kadir menarik nafas lega selepas mendengarnya. “Tapi mereka di mana sekarang
ni?” Dia melihat di setiap sudut bilik namun kelibat Munirah dan Alina tiada di
situ.
Maria mengeluh
kuat. “What do you expect? Abang Kadir mahu singa betina tu serang mereka
berdua ke?” Maria merenung sepupunya. Selepas apa yang terjadi, perasaan
bencinya terhadap Kartika semakin menebal. Ada hati nak tampar Kak Munirah? Apa hak dia?
Eee…geramnya aku.
Tengku Ismail
memegang tangan isterinya secara tiba-tiba. Dia menegah Maria bercakap apa yang
berlaku tadi.
“Uncle, Auntie
Munirah dan Alina ada di rumah sewa mereka. Esok mereka berdua akan datang
melawat Uncle.” Iskandar tiba-tiba mencelah.
Dia tak mahu Uncle Kadir dapat menghidu sesuatu.
“Tapi …Maria, ada
sesuatu yang berlaku ke?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Tak adalah. Kadir,
kau ni macam tak kenal dengan isteri aku ni. Dia kan suka membebel. Ada saja yang tak kena.” Giliran Tengku
Ismail mencelah. Dia memegang erat tangan isterinya agar menyatakan sesuatu.
“Ya. Abang Kadir berehatlah. Esok kami datang
lagi.”
Maria mengatur
langkah meninggalkan mereka bertiga. Dia tak mahu Dato’ Syed Mohd Kadir
bertanya lagi. Ikut hati, mahu saja aku ceritakan apa yang berlaku tetapi aku
kena juga fikir kesihatan Abang Kadir.
“Kami balik dulu.”
Tengku Ismali tersenyum dan bersalam dengan Dato’ Syed Mohd Kadir sebelum
mengekori jejak langkah isterinya.
“Is balik dulu,
Uncle. Esok Is akan datang visit Uncle.” Giliran Iskandar menghulurkan tangan dan
bersalam dengan Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Bawa kereta
baik-baik ye.” Pesan Dato Syed Mohd Kadir.
“Baiklah, Uncle.”
Kata Iskandar sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
Dato’ Syed Mohd
Kadir melihat di sekelilingnya. Sunyi. Dia memandang sofa yang terletak tidak
jauh dari katilnya. Kosong. Sepatutnya ada ahli keluarga aku yang akan menemani
aku …tetapi tiada sesiapa di sisi aku. Hatinya tiba-tiba berasa sedih. Nak
harapkan Kartika dan anak-anaknya, jangan haraplah. Mereka hanya bersama aku
jika aku dalam keadaan senang. Sekarang ni, batang hidung pun aku tak nampak.
Ini ke wanita yang aku pilih untuk dijadikan isteri aku. Memang padan muka aku.
Dato’ Syed Mohd Kadir mengeluh dengan kuat.
****************************************
“Zahari, apa kena dengan
member kita yang seorang ni. Termenung macam baru lepas putus cinta saja.” Iskandar
terus menarik kerusi yang bersebelahan dengan Zahari dan duduk tanpa dipelawa
oleh sahabatnya itu.
“Aku pun tak tahu,
Is! Dari tadi asyik diam saja, rimas aku.” Zahari merunggut. Tadi beriya-iya
sangat ajak dia keluar selepas itu asyik termenung saja.
“Sekarang ni otak
aku tengah bercelaru!”
“Aii….jadi doctor
pun, otak boleh bercelaru! Ini kes berat.” Iskandar bergurau namun tiada
apa-apa reaksi daripada kedua-dua sahabatnya itu. Wajah mereka serius. “Aku
bergurau saja. Apa masalah kau ni, Nazri?”
“Perangai Alina dah
banyak berubah. Maksud aku, tidak seperti Alina yang aku mula-mula jumpa.
Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa tetapi Alina sekarang ni lain jauh
berbeza. Garang, kasar dan bercakap ikut sedap mulut saja.”Dr. Nazri mengeluh.
“Nampaknya
ciri-ciri wanita idaman pada Alina sudah tiada la.Musnah la harapan kau”
Iskandar katwa.
Zahari menjeling
pada Iskandar. Waktu ni jugak la dia buat lawak. Nanti tak pasal-pasal penumbuk
hinggap di muka Iskandar.
“Aku serius,
Iskandar. Kalau kau tak percaya kau tanya Zahari!”
Iskandar menoleh ke
arah Zahari. Wajah Zahari serius lebih serius dari Nazri. “Sikap dia berubah
100%. Masa dia bertengkar dengan Auntie Kartika, aku rasa pelik sebab
percakapannya yang lantang dan tindakan dia menghalang Auntie Kartika dari
menampar Auntie Munirah. “Zahari mengingatkan kembali sewaktu pertama kali
berjumpa dengan Alina di KLIA kemudian di hospital. Sikapnya berbeza malah sikap
Alina sekarang jauh berbeza dari Alina yang dikenalinya. Kasar. Zahari memegang
pipinya yang masih sakit akibat tumbukan Alina hari itu.
“Memang patut pun
Alina tu berubah, sampai bila dia nak biarkan Auntie Kartika buli Auntie
Munirah. Kalau orang buat begitu pada ibu kita, mesti kita jugak marah. Mungkin
Alina sedar dia tak boleh mendiamkan diri seperti dulu lagi. Jika dia tidak
menentang, entah apa lagi Auntie Kartika akan buat. She’s need to be strong.”
”Kau belum jumpa
Alina lagi jadi kau tak rasa pelik seperti yang kami berdua rasa. Perubahan dia
terlalu drastic seolah-olah mereka bukan orang yang sama.”Dr. Nazri meluahkan
apa yang terbuku di hatinya.
“Maksud kau,
kembar! Kau jangan buat lawak, Nazri! Kalau betul la, Alina ada kembar, pasti
awal lagi Auntie Munirah dah beritahu. Tak munasabah langsung.” Iskandar
menggelengkan kepalanya.
Zahari mengeluh
kuat. Susah betul kalau bercakap dengan
Iskandar ni. Zahari menoleh ke arah Dr. Nazri yang membuat mimic muka apabila
mendengar kata-kata Iskandar.
**************************************
1 comment:
uit bhaya nie..jgn lah smp dorg myiasat yg alina nie ada kembar...hebat lah aleya...garang mcm singa..hihihi..
Post a Comment