BAB 23
Langkah Aleya diatur pantas menuju
ke bilik 78. Aleya bimbang jika sesuatu terjadi pada ibunya. Hampir 3 jam dia
meninggalkan ibunya di hospital. Dia menjangkakan perjumpaan dengan Tengku
Iskandar tidak akan memakan masa lebih dari 30 minit namun sebaliknya ia
memakan masa hampir 3 jam. Aleya gelisah bila memikirkan ibunya ditinggalkan
bersendirian bersama lelaki itu. Aleya tahu niat ibunya hanya melawat tetapi
macam-macam boleh berlaku dalam masa 3 jam ini. Bagaimana jika lelaki itu
berjaya memujuk ibu? Bagaimana jika ibu membuat keputusan untuk kembali ke
pangkuan lelaki itu? Tidak, aku tak boleh biarkan ianya terjadi. Aleya
mempercepatkan langkahnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, nama Alisa
tertera di skrin telefon bimbit miliknya.
“What’s up, sis?” Aleya tiba-tiba
berhenti.
“ Angah dan Acu sudah buat
keputusan. Kami akan pulang ke Malaysia .”
Alisa sedar keputusan yang drastic ini pasti akan memeranjatkan kakaknya.
“What!” Suara Aleya meninggi.
“Kami tak boleh biarkan Along dan
ibu bersendirian di sana .”
Alisa memandang ke arah Alina yang sedang memerhatinya.
“Tapi di sini bahaya, kami akan
balik ke London
tidak lama lagi selepas urusan Along selesai. You don’t have to come here.”
Aleya bertegas.
“We’re family, Along! Walauapa yang
terjadi, kita tetap bersama. Along, hati kami takkan tenang di sini apabila
memikirkan Along dan ibu berada di sana .
Jika Angah dan Acu ada, kami boleh jaga ibu apabila Along keluar berjumpa
client Along. tangan ibu masih boleh sembuh lagi. Kami risau dengan keadaan ibu
lebih-lebih lagi Acu.”pujuk Alisa.
Aleya mengeluh. Kata adiknya ada
juga betulnya, setiap kali dia keluar berjumpa dengan Tengku Iskandar, dia
berasa bimbang bila meninggalkan ibunya keseorangan lebih-lebih dengan keadaan
ibu sekarang ini. “Baiklah, filght Angan pukul berapa?”
“Flight kami berlepas pukul 12.00
am.See you, sis! Kirim salam kami pada ibu. Bye!” Alisa tersenyum sebelum
menamatkan perbualan mereka berdua.
Aleya merenung telefon bimbitnya.
“Dah buat keputusan, baru beritahu aku! Bertuah punya adik.” Aleya
menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Apa kau buat di sini, hah?”
Aleya berpaling apabila dirinya
tiba-tiba disergah oleh seseorang. Aleya melihat wanita itu dengan pandangan
yang pelik. Siapa pulak ni?
“Hey, aku tanya kau la, Alina! Kau
dah pekak ke?”
Aleya menarik nafas dalam-dalam
apabila mendengar kata-kata wanita itu. Siapa pulak la perempuan ni? Suara dia
nyaring betul .Aleya melihat di sekelilingnya. Banyak mata sedang memerhati ke
arah mereka. “Excuse me!”
“Kau ni memang menjengkelkan! Hey,
kau memang sengaja nak naikkan darah aku kan !Kau
sengaja rekakan cerita supaya mama aku percaya yang kau ada rakam pengakuan
mama aku supaya kau dan ibu kau bebas melakukan apa saja. Kau ingat kami
bodoh.” Marah Suziela. Aku tak boleh biarkan mama dibuli begitu saja.
Aleya merenung wanita itu.
Ooo..rupa-rupanya ini anak bongsu perempuan itu! Perangai saling tidah tumpah
seperti ibu dan kakak dia. Suara mengalahkan pembesar suara. “Hey, perempuan!
Kau ingat aku sengaja ke buat cerita semua ni! Kalau ikutkan hati aku dah lama
aku beri rakaman itu pada pihak polis. Kalau tidak disebabkan ibu aku, dah lama
kau bertiga meringkuk dalam penjara. Jadi mulut tu jaga baik-baik!”
Suziela terkejut bila mendengar
kata-kata Alina. Patutlah kakak beritahu perempuan ini dah berubah. Sikapnya
lebih agresif lebih-lebih lagi kata-katanya berlainan dari Alina yang aku
kenali. “Patut la kakak aku beritahu aku yang kau sekarang ni semakin biadap!
Berlagak.”
“Ooo…kalau begitu kakak kau ada
cerita tak macam mana rasanya bila kena penampar dari aku?” Aleya tersenyum.
Suziela mengetap bibirnya menahan
geram. Lidahnya tiba-tiba kelu untuk berkata-kata. Semalaman kakak tidak keluar
rumah gara-gara pipinya yang lebam akibat ditampar oleh perempuan ini.
“Jika kau tak mahu mengalami nasib
yang sama seperti kakak kau, baik kau jangan ganggu aku dan ibu aku lagi.
Faham!” Aleya masih lagi tersenyum dan kembali mengatur langkah meninggalkan Suziela.
“Kau nak pergi jumpa Dr. Nazri ke?
Aku dah beri amaran pada kau supaya jangan ganggu kekasih aku .” Suziela
bersuara sebaik saja Aleya memulakan langkahnya.
Aleya menghentikan langkahnya dan
berpaling. “Kau dengar sini baik-baik, aku datang sini sebab nak bawa ibu aku
balik dan aku bukannya seperti kau berdua. Muka tembok! Kejar lelaki sana sini. Tak malu ke?
Tak berasa kasihan ke pada diri sendiri.”
“Kau!” Suziela mengangkat tangannya
untuk menampar Aleya tetapi Aleya sempat memegang tangan Suziela. Dahi Suziela
berkerut menahan sakit.
Aleya memegang tangan Suhaila dengan
erat. “Berapa kali aku perlu cakap supaya kau, ibu kau dan kakak kau jangan
cari pasal dengan keluarga aku lagi, hah!” Genggaman Aleya semakin erat.
Suziela mengerang kesakitan. Dia cuba menarik
tangannya dari gengaman Alina tetapi gagal. Air mata Suziela mula berlinangan
menahan sakit.
“Alina, apa yang Lina buat itu?” Dr.
Nazri segera menghampiri mereka berdua.
“Abang Nazri, tolong Su!” Air mata Suziela semakin deras mengalir apa sedar akan
kehadiran Dr. Nazri.
“Lina, lepaskan Su!”
Aleya menjeling matanya pada
Suhaila. Pandai pula buat muka kasihan
maklumlah kekasih hati sudah datang. Aleya melepaskan tangan Suhaila
dengan kasar.
“Sekali lagi, kau
ganggu aku dan ibu aku lagi tahulah aku macam mana nak ajar kau!” Aleya
menunding jari arah Suziela sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.
Kehadiran Dr. Nazri tidak dipedulikan.
“Alina!” panggil Dr. Nazri. Dia
sedar semakin hari Alina bersikap dingin padanya. Panggilan Dr. Nazri tidak
diendahkan oleh
“Abang Nazri, tengok ni!” Suziela menunjukkan
pergelengan tangannya yang merah akibat digenggam erat oleh Alina. “Sakit!” Suziela
merengek manja untuk mendapat perhatian dari Dr. Nazri.
Dr. Nazri perlahan-lahan berpaling
ke arah Suziela. Nampaknya terpaksa la aku melayan Si Su ni!
*******************************
Khatijah memeluk Alisa dan Alisa
dengan erat. Dia mengusap belakang mereka berdua perlahan-lahan. Hatinya berat
melepaskan mereka berdua pergi. Khatijah terkejut apabila Alisa memberitahu
tentang keputusan mereka untuk pulang ke Malaysia. Pada mulanya dia tak setuju
tetapi apabila difikirkan semula, Alisa dan Alina berhak berada di sisi
Munirah.
“Auntie, kami pergi sekejap je.”
Alisa bersuara apabila sedar Khatijah memeluk mereka berdua dengan erat.
Khatijah meleraikan pelukannya dan
memandang ke arah Alisa dan Alina. Khatijah tersenyum. “Jaga diri ye.”
“Ya, Auntie jangan bimbang. Tahulah
kami jaga diri. Umur kami dah menjangkau 25 tahun, auntie.” Jawab Alisa sambil
tersengih sehingga menampakkan barisan gigi yang putih dan teratur.
“Ya! Ya, auntie tahu.” Khatijah
membuat mimic muka. Sepatah aku cakap, berpatah-patah pula dia menjawab.
Ada-ada saja Si Lisa ni.
Alisa hanya tersengih.
“Auntie, tolong tengokkan rumah ye.
Kami pergi sekejap je. Mungkin minggu depan kami balik.” Ujar Alina.
“Setakat tengok rumah tu, no
problem. Aaa…..kirim salam auntie pada ibu kamu. Lagi satu, kalau perempuan
gila tu cuba buat apa-apa pada ibu kamu, beritahu auntie. Sepantas kilat auntie
akan balik ke Malaysia.” Bulat anak mata Khatijah. setiap kali mengingatkan apa
yang telah berlaku kepada Munirah. Perempuan macam tu perlu diajar.
“TEntang itu, auntie jangan risau.
Tahulah kami bagaimana nak ajar perempuan tu nanti.” Alisa tersengih.
Khatijah turut sama tersengih.
Alina berpaling. Dia terkejut. “Angah, jangan buat hal lagi kat sana!” Alina
member amaran.
Alisa hanya membuat muka selamba.
Amaran Alina tidak diendahkan. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Serentak Alisa dan Alina berpaling
apabila mendengar pengumuman tentang flight MH3 yang akan dinaiki oleh mereka.
“Auntie, kami pergi dulu. Kirim
salam kat Uncle, Joe dan Yatt ye.” Kata Alina.
“Baiklah.” Senyuman terukir di wajah
Khatijah. Pasti aku akan rindu dengan mereka bertiga.
Alisa dan Alina bersalam dengan Khatijah.
“Bye, auntie!” kata Alisa sebelum
mengatur langkah meninggalkan Khatijah. Langkahnya di atur menuju ke balai
berlepas. Alisa sedar. Kehadiran dia dan Alisa di airport Heathrow menjadi
pehatian orang ramai yang berada di situ. Banyak mata yang sedang memerhati
mereka berdua. Ada yang tersenyum. Ada yang berbisik antara satu sama lain. Ada
yang merenung tanpa berkelip mata. Alisa rimas. Pelik sangat ke? Dengan pantas Alisa memakai
cermin mata hitam Channel miliknya. Langkah mereka berdua diaturr kemas.
**********************************
Munirah duduk di kerusi yang diletakkan di sebelah katil Dato Syed
Mohd Kadir. Sejak dia tiba, Dato Syed Mohd Kadir masih belum terjaga dari
tidur. Wajah suaminya itu direnungnya, walaupun sudah berusia 53 tahun namun
suaminya masih juga kacak seperti dahulu Cuma badannya sedikit susut mungkin
disebabkan oleh penyakit yang dialaminya sekarang. Dia sering tertanya-tanya
kepada dirinya kenapa dia tidak marah pada lelaki ini ataupun berdendam dengan
lelaki ini selepas apa yang pernah lelaki ini lakukan pada dirinya sepanjang
dia hidup bersama lelaki ini. Mungkinkah aku masih sayang dan cintai lelaki
yang amat membenci diriku? Munirah mengeluh.
Munirah melirik ke arah jam dinding yang berada di situ. “Sudah
hampir pukul 2.00 petang. Mana Along ni pergi?” Perlahan-lahan Munirah bangun
Dia perlu beredar dari situ. Dah lama dia duduk di situ. Munirah bimbang jika
terserempak dengan Kartika.
“Munirah, awak nak pergi mana?”
Munirah menoleh ke belakang melihat Dato Syed Mohd Kadir sudah
sedar. Munirah tersenyum. “Maaf sebab buat awak tersedar.”
“Alina mana?” Matanya melirik ke segenap sudut bilik itu mencari
anak tunggalnya.
“Aaa…Lina ada hal, sekejap lagi dia datang.”
Dato Syed Mohd Kadir mengeluh sebaik saja mendengar jawapan Munirah.
“Kebelakangan ni abang tengok Lina seolah-olah ingin melarikan dari abang.
Benci sangat ke Lina kat abang, kalau abang ada buat salah abang minta maaf.” Dato
Syed Mohd Kadir sedar akan perubahan Alina kebelakangan ini.
“Aaa..Nanti perangai Lina kembali seperti biasa. Awak jangan risau.”
Berkerut dahi Dato Syed Mohd Kadir . Apa maksud Munirah?
Munirah perasanan akan perubahan wajah Dato Syed Mohd Kadir.
“Biasalah perempuan, bila datang bulan saja. Asyik nak marah saja.” Munirah
tersenyum. Dia tak mahu Dato Syed Mohd Kadir syak sesuatu.
“Tak apa, abang faham! Bila Nazri beritahu abang yang Munirah dan
Alina tak jadi balik ke London ,
abang rasa lega. Abang, Abang takut kalau Munirah dan Alina tinggalkan abang
sendirian di sini.”
“Awak masih sakit lagi, jangan fikirkan yang bukan-bukan. Tentang
perkara ini kita bincang kemudian. Awak perlu banyak berehat.” Nasihat Munirah.
Orang yang menghidap penyakit jantung perlukan banyak berehat dan fikiran
mereka mesti tenang.
“Tapi….”
“Kita bercakap perkara ini kemudian.” tegas Munirah.
Perlahan-lahan Dato Syed Mohd Kadir menganggukkan kepala sebagai
tanda setuju. Matanya tepat merenung wanita pilihan ibu bapanya. Memang dia
akui pertama kali berjumpa Munirah, hatinya tertarik pada kecantikan yang
dimiliki oleh Munirah tetapi disebabkan keegoannya dia tidak pernah melayan
Munirah dengan baik. Pelbagai kata yang kurang enak dilemparkan pada Munirah
namun Munirah sabar dengan kerenah dirinya. Kenapa dahulu aku begitu bodoh
untuk menghargai wanita ini? Kenapa?
Munirah sedar Dato Syed Mohd Kadir sedang memerhati dirinya. Munirah
resah. Jantungnya berdengup kencang. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Dato
Syed Mohd Kadir. Tiba-tiba telefon bimbit Munirah berbunyi, pantas Munirah
menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum,
ibu! Along tunggu ibu di luar bilik ye.”
Langkah Aleya terhenti sebaik saja tiba di bilik itu. Aleya menyandarkan
dirinya pada dinding.
“Waalaikumussalam.
Lina masuk la jumpa abah Lina! Dia tanya pasal Lina saja” pujuk Munirah.
“Ibu, ini Aleya! Bukan
Alina. Ibu faham kan
apa maksud Along! Pasti ibu tak mahu kesihatan lelaki itu terganggu kan ! It’s better this
way. I’ll wait for you outside.” Aleya terus menamatkan panggilan itu.
Munirah mengeluh.
Kenapa la Aleya dan Alisa tidak seperti Alina? Benci mereka pada Dato Syed Mohd
Kadir begitu mendalam.
“Kenapa, Munirah?” Dato
Syed Mohd Kadir sedar air muka Munirah berubah sebaik saja menjawab panggilan
itu.
“Tak ada apa-apa!
Aaa…Munirah balik dulu,ya!” Munirah bangun.
“Alina dah sampai
ke?” soal Dato Syed Mohd Kadir secara tiba-tiba. Dia tahu panggilan tadi adalah
dari Alina
“Dah!”
“Kenapa dia tak
masuk?”
“Lina ada hal
selepas ini. Lain kali dia akan datang melawat awak.” Munirah berbohong. Dia
tak mahu Dato Syed Mohd Kadir susah hati.
Dato Syed Mohd Kadir
hanya tersenyum. Dia tahu bahawa Alina tak mahu berjumpa dengannya. Reaksi
Munirah sebentar tadi sudah menjelaskan segala-galanya.
“Munirah balik
dulu, jaga diri baik-baik!” kata Munirah sebelum keluar dari biliknya. Munirah
tersenyum. Setiap hari dia berdoa agar kesihatan suaminya itu bertambah baik
****************************************
Tengku Ismail
mendekati isterinya yang begitu leka memasak untuk makan malam. Tangan Maria
ligat memotong bawang besar untuk dimasukkan ke dalam Tom Yam.
“Masak Tom Yam ke?” soal Tengku
Ismail menyandarkan dirinya pada dinding dapur.
“Ya!” ringkas jawapan Maria.
“Abang nak tanya sikit ni, Alina
seorang saja ke anak Munirah?”
Pertanyaan suaminya membuatkan Maria
terkejut. Maria berpaling. “Apa maksud abang?” Maria hairan
“Tak ada apa-apa. Hmm…Arwah ibu
Maria dan Arwah Ibu Kadir kembar kan !
Kembar seiras kan !”
“Ya! Abang ni kenapa? Soalan pelik
semacam saja. Ada
apa-apa ke?” Maria terus memasukkan bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam
periuk.
“Tak ada apa-apa! Cuma….” Tengku
Ismail mengeluh. Serba salah dibuatnya. Dia sudah berjanji dengan Aleya supaya
menrahsiakan hal ini tetapi dia pernah berjanji dengan isterinya iaitu tiada
rahsia antara mereka. Tengku Ismail berfikir.
“Abang ni kenapa? Ada masalah kat office.” Maria sudah rimas. Apa la yang suami aku nak
cakapkan ni? Teragak-agak pulak tu. “Abang nak kahwin lain ke?”
“Hish…Maria! Awak ni ke situ pulak.
Abang hanya sayang Maria seorang je. Tak ada yang lain.” Tengku Ismail terkejut
dengan pertanyaan isterinya.
Maria ketawa. Dia sengaja nak
menduga suaminya. Dia tahu suaminya adalah lelaki yang hanya setia pada yang
satu.
“Pagi tadi, abang jumpa Aleya!”
“Aleya!” Berkerut dahi Maria. Nama
tu macam pernah dengar saja.
“Aleya, Arkitek dari London yang diupah oleh
Iskandar.”
“Oooo…Arkitek import tu ke?”
Iskandar pernah menceritakan padanya tentang wanita bernama Aleya.
“Awak ni sama saja seperti Iskandar!
Nama dia Aleya bukannya Arkitek import.” Tengku Ismail membuat mimic muka.
“Dah anak abang beri gelaran begitu
pada dia, Maria ikut saja.” Maria berjalan ke sinki untuk membasuh ayam. Pisau
yang berada di tangannya digunakan untuk membuang kulit ayam itu.
“Aleya! Dia kakak Alina.” Tengku
Ismail berterus-terang.
Tangan Maria yang begitu ligat
membuat kerja tiba-tiba terhenti. Pandangannya dialihkan pada suaminya. “Kakak!
Kakak Alina! Alina anak Kak Munirah dan Abang Kadir ke?”
“Ya!”
Maria tiba-tiba ketawa. “abang nak
kenakan Maria ke? Alina satu-satunya anak Abang Kadir dan Kak Munirah macam
mana pulak Aleya tu boleh muncul.” Maria kembali menyambung kerja. Kalau
melayan suami aku ni, tak berasap la dapur aku ni.
“Maria, abang bukannya mereka-reka
cerita. Semua ini betul. Semalam Maria beritahu abang, Maria terkejut dengan
perubahan Alina yang tiba-tiba menjadi garang kan ! Semalam bukan Alina tetapi Aleya.”
Tengku Ismail berusaha agar isterinya mempercayai kata-katanya.
Maria
terus menutup paip air yang mengalir dan matanya dialihkan pada suaminya. Itu
memang benar. Perangai Alina tiba-tiba berubah.
“Maria beritahu abang yang Alina
yang mula-mula Maria kenal berlainan dengan Alina yang berani bersemuka dengan
Kartika semalam kan !”
Tengku Ismail tersenyum kerana dia sudah berjaya menarik perhatian isterinya
untuk mendengar penjelasaannya.
“Semalam bukan Alina
tetapi Aleya. Mereka tukar identity. Alina yang sebenarnya sudah pulang ke London kerana pesakitnya sedang tenat di sana . Jadi dia sudah balik ke London . Orang yang bersama
kita semalam adalah Aleya kakak kembar Alina. “
“Mustahil.” Maria bersuara.
“Itu kenyataan Maria, arwah ibu
Maria dan arwah ibu Kadir kan
kembar seiras. Tidak mustahil jika ia berlaku. Lagipun Aleya sendiri yang
memberitahu siapa dia yang sebenarnya.”
“Kembar!” Maria seolah-olah tidak
percaya. Jika betul apa yang diberitahu oleh suaminya, kenapa Kak Munirah mesti
menyembunyikan perkara ini dari Abang Kadir.
“Ya, memang kembar. Kembar tiga
seiras!”
“Tiga!” nada suara Maria meninggi.
Dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“Abang pun terkejut. Kata Aleya,
selepas Alina balik ke London ,
Alisa yang mengganti tempatnya kemudian baru Aleya. They switch places.”
“Apa!”
“Yang abang pelik tu, kenapa Munirah
tidak beritahu kita semua yang dia sebenarnya mempunyai 3 orang anak
lebih-lebih lagi pada Kadir.”Soalan itu bermain di fikirannya sejak bertemu
Aleya.
“Tiga!” Maria masih tidak percaya.
Dia merenung suaminya. “Maksud abang, orang yang kita sangka Alina yang melawan
cakap Kartika semalam adalah Aleya.”
“Ya! Perangai Aleya jauh berbeza
dari Munirah.”
“Sekarang ni Alina dan Alisa berada
di London ke?”
“Rasanya ya!”
“Bila maria fikir-fikirkan balik,
macam mana la Kak Munirah membesarkan anak-anaknya di luar negara. Maksud
Maria, ini 3 orang! Kasihan Kak Munirah membesarkan anak-anaknya sendirian.
Macam mana keadaan Kak Munirah pada waktu itu?” Hatinya Maria tiba-tiba sebak. Membesarkan
3 orang anak di perantauan bukanlah perkara yang mudah.
“Munirah tu seorang tabah dan dia
telah membesarkan anak-anaknya dengan baik.” Tengku Ismail memegang lembut bahu
isterinya.
“Ini semua salah Abang Kadir! Tak
tahu menghargai Kak Munirah. Penting sangat ke harta dan darjat ? Sekarang ni
bila si Kartika tu buat perangai, tahu pulak nak berbaik semula dengan Kak
Munirah. Geram Maria dibuatnya.”
“Siapa yang buat Umi geram ni?”
Iskandar tiba-tiba muncul di dapur sambil tersengih.
“Aaa…..” Maria melihat ke arah
suaminya.
“Tentang Auntie Kartika!” jawab Tengku
Ismail.
“Aduh, tiap-tiap hari topic Auntie
Kartika! Umi, tak bosan ke? Biarkanlah dia nak buat apa pun asalkan tak
mengganggu kita sudahlah.” Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Maria menjeling pada Iskandar yang
sedang berdiri tidak jauh darinya. “Aiii….Auntie Kartika kan , bakal mak mertua Is! Is kena la ambil
tahu.”
“Hish, Umi! Is rela jadi bujang
terlajak dari berkahwin dengan Sofea tu.” Iskandar mencebikkan mukanya.
Tengku Ismail dan Maria tersenyum.
Sejak dari sekolah rendah hinggalah sekarang Sofea masih memburu cinta anak
teruna mereka sehingga setiap tahun Iskandar terpaksa tukar ke sekolah lain
kerana ingin melarikan diri dari Sofea.
“Macam mana perbincangan Is dengan
Aleya? Abah tengok design untuk hotel 5 bintang yang dibuat oleh Aleya memenuhi
criteria yang kita mahu tetapi kenapa Is masih mahu menyuruh Aleya mengubah
design bangunan yang dia telah buat. I like it.” Puji Tengku Ismail.
“Ya tetapi ada sedikit kena touch
up, abah! Lagipun Is pelik la dengan perangai Aleya itu. Asyik nak balik London saja, macam la Malaysia ini panas sangat. Kita
tahu la yang dia selama ini membesar di London ,
tetapi dia patut bersyukur Malaysia
ini aman damai. Cuaca panas sikit takkan tidak boleh tahan. Minah salleh
celup!”
“Hish, tak elok cakap macam tu!
Entah-entah dia ada sebab kenapa dia nak balik ke London !” Tengku Ismail menegur anaknya.
“Sebab apa lagi, abah! Is tahu mesti
dia tak tahan dengan cuaca panas di Malaysia
ni sebab itu la dia tergesa-gesa nak balik ke London . Malam ni mesti, dia akan email plan
hotel kita yang telah siap dia ubah.Kesungguhan dan komitment dia pada kerja,
Is memang respect Aleya tetapi Aleya ni susah sikit nak bergaul dengan dia
seperti ada dinding penghalang padanya. Is cuba bergurau dengan dia malangnya
wajah dia serius. Garang pulak itu. Bila Is mengusik dia, terus dia akan
mencapai fail yang ada padanya.” Iskandar teringat peristiwa di mana kepalanya
diketuk oleh Aleya. Ganas betul Arkitek Import ni.
“Fail? Fail apa?” Maria hairan.
“Tak ada apa-apa, umi!” Iskandar
tersengih. Kalau abah dan umi tahu, Aleya pernah ketuk kepala aku dengan fail
pasti abah dan umi akan mengetawakan aku. Biarlah aku simpan rahsia ini.
“Hmm….Is pernah tak siasat latar
belakang Aleya?”soal Maria secara tiba-tiba.
Dahi Iskandar berkerut bila
mendengar pertanyaan ibu tirinya. Kenapa umi berminat dengan Aleya? “Kenapa Umi
nak tahu pasal Aleya?”
Maria berpaling ke arah suaminya.
“Aii…Salah ke kalau Umi nak tahu
tentang Aleya? Mungkin umi Is nanti
berkenanan dengan Aleya , tup tup jadi menantu umi dan abah!” Tengku Ismail
menjawab bagi pihak isterinya.
“Eeee…tak mahu! Aleya tu garang dan
kasar. Kalau Aleya tu jadi isteri Is, alamatnya Is pasti kena buli. Dikurung di
dalam rumah 24 jam!”
Tengku Ismail ketawa kecil. Maria
hanya menggelengkan kepalanya. Dari apa yang dicerita oleh Is, Aleya berlainan
dari Munirah. Maria teringat kembali Alina yang berani melawan Kartika
semalam.Ternyata semalam bukan Alina tetapi Aleya.
“Hmm….Aleya ada 2 orang adik. Kalau
tak silap Is, seorang peguam dan seorang lagi doctor. “ beritahu Iskandar.
“Peguam!” Tengku Ismail terkejut.
Maknanya Alisa seorang peguam.
“Is pernah tak jumpa adik-adik
Aleya?” soal Maria ingin tahu.
“Kenapa pulak Is nak jumpa
adik-adiknya lagipun kami bukannya ada apa-apa pun. Is beri warning awal-awal
pada Umi supaya jangan nak jodohkan kami selepas ini,ok!”
“Tahu! Tahu!” nada suara Maria
hampa. Dia ingin melihat ketiga-tiga anak Munirah. Apa reaksi Kartika jika
mendapat tahu tentang kewujudan 2 orang lagi anak Abang Kadir? Pasti bergegar
rumah itu bila Kartika menjerit nanti. Maria tersenyum seorang diri.
Iskandar menggaru kepalaya beberapa
kali, dia hairan melihat umi tersenyum sendiri. “Abah, umi sihat ke?”
“Sihat! Biarlah umi kamu dengan
dunia dia sendiri. Pergi mandi cepat! Selepas sembahyang maghrib kita makan”
Tengku Ismail menepuk bahu anak tunggalnya.
“Baiklah! Tapi abah jangan biarkan
Umi berada dalam dunianya lama-lama, nanti kebuluran la kita malam ni.” Usik
Iskandar sebelum berlalu keluar dari dapur.
“Abang, esok Maria
nak pergi rumah Kak Munirah!” beritahu Maria secara tiba-tiba selepas beberapa
saat Iskandar berlalu pergi.
Tengku Ismail menggelengkan
kepalanya beberapa kali.
2 comments:
Wahhh..nie yg xsbar nie..3 kembar akan ad di malaysia.. Pehh abis lah ko kartika.. Siap lah..
nak lg....
Post a Comment