BAB 28
“Oooo…Mak! Gempa bumi.” Alisa melatah.Dia terkejut apabila Alina
meletakkan suratkhabar di atas meja dengan kasar.
Aleya yang sedang
membaca majalah juga terkejut dengan tindakan adik bongsu mereka.
Terkebil-kebil mata Aleya melihat Alina yang sedang merenung mereka berdua.
“Jangan Along dan
Angah berpura-pura tak tahu apa yang berlaku. Acu tahu apa yang berlaku
sekarang ini adalah kerja Along dan Angah kan ”
“Apa bendanya yang
Acu merepek awal-awal pagi ni? Bagi salam pun tidak, ini tiba-tiba saja sembur
macam angsa, kenapa? Dah buang tabiat.” Kata Alisa.
“Along! Angah!”
jerit Alina geram. Sakit hati apabila dirinya tidak dipedulikan.
“Dah gila meroyan
adik aku ni.” Alisa menggelengkan kepalanya beberapa kali.
Dahi Aleya berkerut bila Alina menjerit pada mereka berdua yang
sedang duduk di ruang tamu. Sarapan pagi sudah siap. Mereka sedang menanti ibu
mereka untuk sarapan bersama-sama.
Alina mengambil
suratkhabar itu dan menunjukkan kea rah mereka berdua tajuk utama bahagian
hiburan di Harian Metro. “Bekas pelakon terkenal, Datin Kartika adalah isteri
kedua?” Alina membaca dengan kuat. Alina mengetap giginya menahan geram.
“So, what’s the
problem?” Aleya bersuara.
“Ini kerja Along
dan Angah kan? Kenapa mesti keruhkan lagi keadaan. Masalah yang sedia ada pun
masih belum selesai.” soal Alina dengan penuh yakin.
“Cik Alina, ada
bukti ke? Angah ada beberapa soalan untuk Acu. Pertama, Acu ada nampak kami
berdua jumpa wartawan ke? Kedua, apa motif kami sebarkan perkara ini pada pihak
media? Ketiga, di wajah kami ada tertulis ke yang semua ini kami yang mulakan? Cuba
Acu jawab.” Soal Alisa dengan gaya
seorang peguam.
“ Tak payah
tulis-tulis, bau pun dah tahu dah siapa punya kerja. Don’t forget that I’m part
of your life, sis.” Alina tersengih. Nalurinya kuat mengatakan semua ini adalah
kerja kakak kembarnya.
“Tengok tu, Along!
Jahat sangat ke kita berdua ni.” Alisa masih tidak mengaku.
Aleya masih tenang
dan tersenyum. Dia hanya buat tak tahu. Malas nak masuk campur.
“Kalau ibu tahu
tentang perkara ini, mesti ibu marah. Nasib baiklah Acu yang baca suratkhabar
ni dulu. Along ! Angah! Aduh, kenapa mesti kipas lagi api yang telah
menyala? Acu takut api itu akan menjadi
lebih marak. Akibatnya, kita semua yang akan terbakar nanti.” Alina meluahkan
kebimbangannya. Dia takut Datin Kartika akan lebih membenci mereka sekeluarga.
Dia takut apabila memikirkan apa tindakan Datin Kartika seterusnya terhadap
dirinya sekeluarga.
“Bagus! Biar api
itu bakar dirinya sendiri.” Jawab Aleya.
“Biar dia rentung.
Itu lebih baik.” Alisa mencelah.
“Jadi Along dan
Angah mengaku yang semua ini kerja Along dan Angah. ” tegas Alina. Memang sah ini semua kerja
kakaknya.
“Bila masa pulak
kami mengaku? Tak baik menuduh orang tanpa bukti, berdosa tahu tak?” usik
Alisa. Pasti Alina tengah bengang dengan mereka berdua.
“Habis tu aibkan
orang, bukan ke berdosa jugak.” Jawab Alina pula.
Alisa membuat mimic
muka. Bibirnya dimuncungkan. Amboi, sekarang Acu sudah pandai bercakap. Sejak
balik ke Malaysia
ni, asyik melawan cakap aku dan Along saja. Kalau dulu, hanya diam membisu
seribu bahasa.
Aleya ketawa
melihat gelagat mereka berdua. Lucu!
Serentak pandangan
mereka dialihkan pada Aleya yang sedang ketawa.
“It’s not funny.”
Kata Alina hairan dengan kelakuan Aleya yang tiba-tiba ketawa.
“Sejak Acu
menjejakkan kaki di Malaysia ,
Along sedar perangai Acu sudah banyak berubah. Hmm..mesti ada sesuatu yang
telah berlaku di sini kan ?”
“Betul tu, Along!
Kebelakangan ni Acu kalau bercakap lebih dari Angah, ini dah melawan tauke
nampaknya.”
“Along rasa pasti
ada seseorang yang telah memberi inspirasi pada Acu sehingga Acu berubah
seperti ini.” Aleya tersenyum dan mengenyitkan matanya. Dia sengaja ingin
mengusik adiknya.
“Rasanya Angah tahu
siapa. Dr Nazri kan !”
“Kenapa pula
tiba-tiba sebut nama Dr.
Nazri? Perkara ini tiada kena-mengena dengan Dr. Nazri. Acu tak pernah berubah. Sepertimana yang Angah
pernah katakan, kita mesti jujur dan ikhlas dan yang penting ialah kita
bercakap dari hati kita.” Ujar Alina. Kenapa pulak tiba-tiba cakap tentang Dr
Nazri? Ini dah melencong namanya. “Along ni memang pandai ubah topic lain kan ?”
“Clever girl.”
Aleya ketawa. Begitu juga dengan Alisa. Acu dah terkena.
“Tentang Datin
Kartika! Acu nak Along dan Angah tarik balik kenyataan itu. Acu tak nak ibu tahu
tentang perkara ini. Kalau ibu baca suratkhabar ini pasti ibu akan rasa
bersalah dan anggap semua yang terjadi berpunca dari ibu.”
“Siapa kata ibu
akan baca suratkhabar hari ini?” Alisa tersengih sehingga menampakkan barisan
gigi yang teratur.
“Along! Angah!
Acu!”
Mereka bertiga
terkejut bila nama mereka dipanggil. Mata mereka tepat melirik kea rah
bilik ibu mereka.Suara itu datangnya
dari arah bilik ibu. Simbol pintu bilik itu dipulas. Alisa segera mengambil
suratkhabar di tangan Alina dan pantas meletakkan suratkhabar itu di bawah
punggungnya. Alina tergamam dengan tindakkan Alisa. Alisa memberi isyarat
supaya Alina tidak berkata apa-apa.
Munirah keluar dari
biliknya dan tersenyum melihat ketiga-tiga anaknya berada di ruang tamu.
“Awalnya anak-anak ibu bangun hari ini. Hmm…jom kita makan sarapan sama-sama.
Aaa…suratkhabar dah sampai ke belum?” soal Munirah. Setiap pagi sudah menjadi
kebiasaannya untuk membaca suratkhabar. Baginya, pengetahuan itu penting.
Alina melirik
matanya pada Alisa. Sekarang ni ibu bertanya pasal suratkhabar, nak jawab apa?
“Belum sampai lagi,
ibu.. Mungkin ada masalah teknikal kot.” Jawab Alisa. Dia mula panic bila ibu
bertanya.
“Hmm..peliknya.
Selalunya time macam ni dah sampai. Tak apalah, nanti kalau dah sampai beritahu
ibu ye. Jom kita makan.” Ajak Munirah yang tidak mengesyaki apa-apa. Alina
menggelengkan kepalanya. Kakak aku ni kuat penipu. Apa nak jadi ?
Alisa membuat mimic
muka pada Alina yang sedang merenung mereka berdua. Pasti Acu tengah bengang
sekarang ini. Alisa menoleh ke arah Aleya yang tersenyum. Pasti Along tengah
membayangkan bagaimana reaksi Datin Kartika sebaik saja membaca artikel ini. Kan bagus kalau aku
dapat tengok. Ini baru fasa pertama.
“Assalamualaikum.”
Tiba-tiba ada orang memberi salam.
‘Siapa yang datang
pagi-pagi ni?” Alisa hairan.
“Acu, cuba
pergi tengok siapa yang datang tu!” Munirah bersuara.
“Baik, ibu!” Segera
langkahnya diatur menuju ke pintu. Alina tersenyum melihat kelibat lelaki yang
sedang menghampirinya. “Abang Is, ibu!”
“Along! Kenapa la
alien tu kerap sangat datang ke rumah ke? Dia ni ada masalah ke? Dia ingat
rumah ni pusat kebajikan ke? Makan free.” Alisa berpaling ke arah Aleya.
Wajahnya berubah. Aleya mula berasa tidak sedap hati.
*********************************
“Tengku, saya telah develop hotel Tengku menggunakan
perisian AutoCAD supaya Tengku dapat melihat bangunan ini dengan lebih jelas. “
jelas Aleya menunjukkan bangunan hotel yang telah siap dibina menggunakan
perisian AutoCAD. Semalaman dia tidak tidur hanya kerana ingin menyiapkan
projek ini. “Untuk bahagian lobby hotel pula, saya ….”
“Sekarang ini saya
sudah faham kenapa awak tergesa-gesa siapkan projek ini. Awak takut rahsia awak
akan terbongkar kan !
Awak seorang yang pentingkan diri sendiri. Awak tak fikir ke perasaan ayah
awak? Dia berhak tahu tentang anaknya.” Iskandar tiba-tiba mencelah.
Pandangan Aleya
dialihkan pada Iskandar yang duduk di sebelahnya. “Tengku, itu hal keluarga
saya. Tengku tak perlu masuk campur. Sekarang ini kita tengah bincang tentang
projek Tengku so jangan campur-adukkan hal kerja dan peribadi. Shall we?” tegas
Aleya. Dia cukup tidak suka apabila ada orang cuba mencampuri urusan peribadinya
“Awak pengecut!
Awak tidak berani berhadapan dengan kenyataan. Awak fikir dengan melarikan diri
dari masalah awak akan selesai. No! It’s getting worse.”
“Kenyataan apa!
Kenyataan bahawa kami mempunyai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab dan
seorang suami yang menganggap isterinya tidak ubah seperti orang gaji. Tengku
ingat lelaki itu layak ke menjadi ayah kami. Tidak! Selama 26 tahun, kami
membesar tanpa kasih sayang seorang ayah! Tengku ingat kami perlu ke terima dia
dalam kehidupan kami. No way! Dia telah halau ibu jadi kenapa pulak kami perlu
terima dia menjadi sebahagian dari kami.”
“Setiap orang tidak
pernah lari dari melakukan kesilapan. Mereka berhak diberi peluang kedua.
Memaafkan orang lain adalah perbuatan yang mulia malah beban yang tersimpan di
hati akan hilang jika kita memaafkan perbuatan mereka.” Nasihat Iskandar. Aleya
bukanlah seorang yang pemaaf seperti Auntie Munirah dan Alina. Hatinya keras.
Aleya menggelengkan
kepalanya beberapa kali. “Bagi Tengku, semua ini adalah perkara mudah. Forgive
and forget! Hmm…itu bukan style saya. Saya bukan hipokrit. Apa yang dia pernah
lakukan pada ibu? Kami takkan lupa. Dia
sudah ada keluarga sendiri. Datin Kartika adalah wanita pilihan dia. Wanita
yang amat disayangi dan dipuja. Wanita yang sempurna di matanya malah setaraf
dengannya. Kenapa? Kenapa dia ingin kembali pada ibu? Dia tidak malu ke dengan
perbuatan yang telah dia lakukan pada ibu selama ini? Benda yang dia sudah
ludah, kenapa dia nak jilat kembali!”
“Ya! Ya, saya akui
perbuatan Uncle Kadir pada Auntie Munirah memang melampaui batas tetapi itu dulu. Sekarang
Uncle Kadir sudah menyesal di atas perbuatannya dan dia ingin menebus kembali
kesilapannya. Berilah peluang untuk Uncle Kadir menjadi ayah dan suami yang
bertanggungjawab. Berilah peluang pada ibu awak untuk merasai kasih sayang
seorang suami. Takkan awak tak mahu ibu awak bahagia.” Pinta Iskandar.
Aleya ketawa
mendengar kata-kata Iskandar. Maklumlah dia baik dengan lelaki itu pasti dia
akan menyebelahi lelaki itu. “Bahagia! Tengku faham ke dengan istilah bahagia
tu. Saya rasa playboy seperti Tengku hanya tahu bercakap sahaja. Tengku tahu
tak apa yang telah lelaki itu lakukan pada ibu? Sehingga sekarang ibu saya
mengalami achluophobia akibat perbuatan yang telah lelaki itu lakukan terhadap
ibu.” Aleya sudah mula geram.
“Achluophobia”
Iskandar terkejut.
“Takut pada kegelapan.
Ibu pernah dikurung selama 2 minggu di dalam bilik yang sempit dan gelap. Tidak
diberi makan dan minum. Ini kerana menziarahi kubur arwah atuk dan nenek di
Johor tanpa kebenaran lelaki itu. Salah ke ibu menziarahi kubur ayah dan ibu
sendiri. Salah ke, hah! Sehingga sekarang ibu takut pada kegelapan, ini
disebabkan oleh lelaki itu. Walaupun ibu telah maafkan lelaki itu tetapi saya
tahu ibu takkan lupa walau sedetik pun perbuatan lelaki itu padanya. Awak fikir
saya akan benarkan ibu merana lagi ke? Tidak! Untuk pengetahuan Tengku, saya
akan benarkan ibu saya kahwin dengan sesiapa pun kecuali lelaki itu sebab dia
tak layak! Tak layak, Tengku faham tak!” jerit Aleya. Lelaki itu direnungnya.
Iskandar tergamam.
“Satu lagi untuk
pengetahuan Tengku, saya sudah buat keputusan. Tengku carilah Arkitek lain
untuk projek hotel Tengku di Langkawi. Kalau Tengku nak saman saya, go ahead. I
don’t care. Saya akan tunggu surat
saman dari Tengku.” Aleya terus bangun. Dia sudah malas bertekak dengan lelaki
ini. Jika diikutkan hati, dah lama lelaki ini dibelasahnya.
Tangan kanan Aleya
dipegang oleh Iskandar secara tiba-tiba. “Awak fikir saya akan lepaskan awak
begitu saja ke, Aleya.” ISkandar merenung Aleya.
Dengan sekuat
tenaga yang ada Aleya menarik tangannya dari genggaman Iskandar, sebaik saja
tangan kanannya dilepaskan. Satu tumbukan hinggap di mata Iskandar. Iskandar
tersandar di sofa. Matanya sakit akibat tumbukan Aleya.
“Tengku ingat saya
takut pada Tengku ke? Ini Aleya. Saya beri amaran pada Tengku sekali lagi,
jangan campur tangan dalam urusan keluarga saya lagi. Faham!” marah Aleya. Dia
terus berlalu meninggalkan Iskandar yang masih kaku.
Alisa menepuk
tangannya beberapa kali. Langkahnya diatur kemas mendekati Iskandar. Sejak dari
tadi dia memerhati gerak-geri lelaki itu dari jauh. Tindakan Along memang
tepat. Dari dulu lagi alien ni kena ajar, asyik sebelahkan lelaki tu saja.
“Kasihan! Sakit ke?” ejek Alisa.
Iskandar merenung
tepat pada wanita yang berbaju biru itu. Pasti ini Alisa.
Aduh, sakit betul! Tangan besi ke Si Aleya ni.
“Lain kali jangan cuba
busybody . Ini baru sikit. Sepatutnya Along tumbuk kat pipi awak. Biar bertabur
gigi awak tu kan
senang. Tak payah bercakap lagi.” Alisa ketawa kuat dan terus meninggalkan
Iskandar.
“Mereka berdua ni
memang dah gila! Gila. Ouch! Lebam ke mata aku ni!” Iskandar mengusap tempat
yang sakit akibat tumbukan Aleya. Macam mana aku nak jumpa Zura malam ni? Rosak
plan aku nak dating dengan Zura.
***********************************
Kartika membaling
suratkhabar itu ke arah suaminya. Dato Syed Mohd Kadir terkejut. Dr. Nazri dan
Zahari yang berada di situ turut sama terkejut dengan tindakan Kartika.
“Abang, tengok apa
yang abang dah buat? Tika tahu ini semua mesti kerja abang kan ! Abang sanggup jatuhkan air muka Tika
semata-mata kerana isteri kesayangan abang tu kan ! Abang memang lelaki yang tak kenang
budi.” Jerit Kartika. Kehadiran Dr. Nazri dan Zahari tidak dipedulikannya. Dia
terkejut apabila membaca artikel mengenainya di suratkhabar hari ini. Sejak
dari pagi tadi, telefon bimbitnya asyik berbunyi. Pasti panggilan dari kawannya
atau wartawan. Mana aku sorok muka aku ni? Pasti seluruh rakyat Malaysia
tahu aku adalah isteri kedua.
“Hey! Tika, apa
halnya ni! Menjerit seperti orang hilang akal. Kau tak malu ke dengan
budak-budak ni.” Dato Syed Mohd Kadir melihat pada Zahari dan Dr.Nazri yang
tergamam. Dia tak hormat aku sebagai suami dia.
“Tika, tak peduli. Abang
sanggup beritahu pihak media tentang status Tika sebenarnya kerana perempuan
kampung tu. Abang sedar tak siapa yang menemani abang selama 26 tahun ini!
Tika, abang! Tika! Sekarang semua orang tahu yang Tika ni isteri kedua abang!
Abang memang kejam.” Air matanya tidak berhenti mengalir. Sakit hatinya
diperlakukan sebegitu. Aku ada maruah diri jugak.
Dahi Dato Syed Mohd
Kadir berkerut. Apa halnya ni? Aku tak faham satu pun apa yang dikatakan oleh
Kartika ni.
“Uncle Kadir! Cuba
Uncle tengok ni.” Zahari menunjukkan tajuk di halaman hiburan pada suratkhabar
yang dibaling oleh Datin Kartika sebentar tadi. Dr. Nazri terkejut.
Bulat mata Dato
Syed Mohd Kadir apabila membaca suratkhabar itu. Pantas Kadir merampas
suratkhabar itu dari tangan Zahari.
“Sekarang ini abang
masih tidak mengaku lagi ke?” jerkah Kartika. Air mata yang mengalir dikesatnya
dengan kasar.
“Aku tak tahu
menahu tentang perkara ini, Kartika.” Dato Syed Mohd Kadir merenung tepat pada
Kartika yang sedang merenung dirinya. Bagaimana perkara ini boleh diketahui
oleh pihak media?
“Abang jangan
berlakon di hadapan Tika. Kalau bukan abang, siapa? Tika takkan biarkan perkara
ini begitu saja. Abang telah malukan Tika. Tika akan pastikan abang dan
perempuan kampung tu merana. Abang dengar tak?”
“Auntie! Jangan
menuduh tanpa bukti.” Zahari bersuara. Auntie Kartika terlalu ikutkan hati, aku
yakin perkara ini tiada kena mengena dengan Uncle Kadir.
“Kau diam, Zahari.
Ini urusan orang tua, kau jangan menyampuk. Baiklah, kalau abang ingin sangat
bersama perempuan kampung, silakan. Tetapi abang perlu ingat, siapa Kartika!”
Kartika mengetap bibirnya dan jari telunjuknya dihalakan pada suaminya yang
sedang duduk di atas katil. Aku akan cari Munirah dan anaknya sehingga ke
lubang cacing. Aku takkan biarkan mereka terlepas. Tahulah macam mana aku nak
ajar mereka berdua. Kartika sudah bertekad. Aku akan hancurkan hidup Munirah
dan anaknya. Kartika terus keluar dan
pintu bilik itu ditutup dengan kuat.
“Masalah besar ni,
Uncle Kadir.” Dr. Nazri bersuara. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatalnya.
Nampaknya Auntie Kartika sudah isytiharkan perang dengan Uncle Kadir.
Kadir mengeluh.
Dadanya tiba-tiba berasa sakit.
“Uncle, relaks!
Lapangkan fikiran.” Dr. Nazri mula bimbang. Dia takut jika Uncle Kadir diserang
sakit jantung lagi. Tekanan tidak elok untuk pesakit jantung.
“I’m ok!” Dato Syed
Mohd Kadir cuba tersenyum. Kata-kata Kartika sebentar tadi merungsingkan
fikirannya.
“Assalamualaikum!”
ucap Iskandar apabila masuk ke bilik itu. “Kenapa dengan Auntie Kartika? Muka
masam macam cuka.” Kata Iskandar. Dia terserempak Auntie Kartika sewaktu dalam
perjalanan menuju ke bilik Uncle Kadir. Dia cuba tegur Auntie Kartika tetapi
tiada reaksi. Auntie Kartika buat tidak tahu sahaja.
“Kenapa dengam mata
kau, Is? Lebam! Kau bergaduh dengan siapa?” Dr. Nazri terkejut melihat mata
kanan Iskandar yang lebam.
“Kali ini
girlfriend siapa pulak yang kau kacau?” Zahari tersengih.Dia kenal sangat
dengan sifat playboy teman sepermainannya itu.
“Long story!”
Iskandar terus mendekati Uncle Kadir dan bersalaman dengan Uncle Kadir. “Uncle
sihat?”
“Alhamdulilah!
Semakin sihat. Siapa yang tumbuk Is ni? Is tak buat report polis ke?” soal Dato
Syed Mohd Kadir.
“Sikit saja, Uncle.
Hmm….apa halnya Auntie Kartika datang jumpa Uncle? Selama ini tak pernah pun
dia jenguk Uncle di sini, tiba-tiba pulak dia datang jumpa Uncle ni mesti ada
sebab.”
“Kau baca ni.” Dr.
Nazri menghulurkan suratkhabar itu pada Iskandar.
Iskandar membaca
artikal itu. Iskandar tergamam. “Siapa yang sebarkan perkara ini?”
“Itu kami tak tahu.
Yang pasti, Auntie Kartika tuduh Uncle Kadir yang buat semua ini.” Ujar Zahari.
Dia rasakan ada sesuatu yang tak kena.
“Pelik!”
“Tadi Zahari cakap
ada hal ni beritahu Uncle!” tiba-tiba Dato Syed Mohd Kadir teringat tujuan
Zahari ingin berjumpa pagi ini.
“Semalam Uncle call
Zahari untuk siasat tentang kehidupan Auntie Munirah dan Alina selama 26 tahun
mereka tinggal di London kan! Sebenarnya Zahari sudah suruh orang Zahari siasat
tentang mereka.” Beritahu Zahari. Hari ini Uncle Kadir perlu tahu tentang Aleya
dan Alisa. Uncle Kadir berhak tahu kebenarannya.
Iskandar terkejut.
Pasti Zahari sudah tahu tentang Aleya dan Alisa. “Zahari, kau sudah tahu
tentang Aleya dan Alisa ke?” Iskandar mencelah.
Zahari terkejut
dengan pertanyaan Iskandar. “Macam mana kau tahu tentang mereka, Is?”
“Panjang ceritanya
Zahari!”
“Zahari! Is! Apa
yang kau berdua cakap ni?” Dr. Nazri hairan.
“Siapa Aleya dan
Alisa?” soal Dato Syed Mohd Kadir.
“Anak Uncle!” jawab
Iskandar.
“Apa!” Terbeliak
mata Dato Syed Mohd Kadir apabila mendengar jawapan Iskandar.
“Aleya dan Alisa
adalah kakak Alina. Mereka kembar tiga.” Jelas Zahari.
“Kau jangan buat
lawak, Zahari! Mustahil.” Dr. Nazri tidak percaya.
“Kau pernah
beritahu aku yang kau berasa pelik dengan sikap Alina yang sering berubah
kebelakangan ini kan !
Untuk pengetahuan kau, selama ini kau sebenarnya berjumpa dengan Aleya atau
Alisa. Mereka kembar seiras.Aku pun tidak dapat bezakan mereka bertiga” Iskandar mengingatkan kembali persoalan Nazri
tentang Alina tempoh hari.
“Kalau Uncle tak
percaya, ini salinan sijil kelahiran mereka bertiga!” Zahari memberi beberapa
keeping kertas pada Dato Syed Mohd Kadir yang masih lagi terkejut.
Tangan Dato Syed
Mohd Kadir terketar-ketar membaca salinan sijil kelahiran yang diberikan oleh
Zahari. “Nur Aleya lahir pada pukul 3.05
pagi, Nur Alisa lahir pada pukul 3.07 pagi dan Nur Alina lahir pada pukul
3.10pagi.” Air mata Dato Syed Mohd Kadir mengalir tanpa disedari. Dia tidak
menjangka bahawa dirinya sebenarnya mempunyai 3 orang puteri. Inilah anugerah
yang tidak ternilai baginya.
Iskandar, Zahari
dan Dr. Nazri tersenyum melihat reaksi Dato Syed Mohd Kadir.
“Tapi kenapa
Munirah rahsiakan perkara ini? Kenapa Munirah hanya memperkenalkan Alina pada
Uncle? Uncle tak faham.”
“Mungkin Auntie
Munirah takut kesihatan Uncle terjejas .Sebenarnya Uncle, Aleya dan Alisa tidak
seperti Alina. Mereka lain sikit.” Dahi Iskandar berkerut. Sukar untuk dirinya
memberitahu Uncle Kadir bahawa Aleya dan Alisa tidak mengaku Uncle Kadir adalah
ayah kandung mereka.
“Maksud Is?” Dato
Syed Mohd Kadir hairan.
“Mereka ada isu.”
“Isu!” Dr. Nazri
terkejut.
“Maksud Is, mereka
bencikan Uncle ke?” Dato Syed Mohd Kadir teringat kembali layanan Alina
kebelakangan ini terhadapnya, berbeza dengan Alina yang datang melawatnya 4
hari yang lalu. Tindak-tanduk mereka berbeza. Perasaan bersalah mula terbit di
hati Dato Syed Mohd Kadir. Memang patut pun aku dibenci oleh Aleya dan Alisa.
Selama ini aku telah mengabaikan mereka bertiga dan Munirah. Aku telah gagal
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Semua ini salah aku!
“Uncle, jangan fikirkan
sangat. Uncle belum lagi sihat 100% lagi.” Zahari memegang lembut bahu Dato
Syed Mohd Kadir. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh Dato Syed Mohd Kadir sekarang.
“Uncle takkan
salahkan Aleya dan Alisa jika mereka berdua membenci Uncle. Mereka berhak untuk
membenci Uncle. Uncle bukan ayah dan suami yang baik. Mereka membesar tanpa
kehadiran seorang ayah. Jika Uncle tak halau Auntie Munirah pada waktu itu, pasti
kami hidup bahagia bersama Aleya, Alisa dan Alina. Uncle tak dapat bayangkan
macam mana Munirah membesarkan ketiga-tiga orang anaknya di negara orang.
Segala kesusahan semasa membesarkan anak-anaknya ditanggung sendirian.” Dato
Syed Mohd Kadir mengelengkan kepalanya beberapa kali. Keluhan berat dilepaskan.
Munirah seorang yang tabah. Kenapa aku tak menghargai dirinya? Kenapa aku
terlalu mementingkan ego aku pada waktu itu?
“Uncle, perkara
sudah berlaku jangan dikenang lagi! Yang penting sekarang ini adalah Uncle
perlu pandang ke hadapan dan jangan menoleh lagi. Uncle ada masa lagi untuk
meminta maaf dan memperbaiki kesilapan Uncle selama ini. Apa yang perlu Uncle
lakukan ialah tunjukkan keikhlasan Uncle terhadap Auntie Munirah, Alina, Aleya
dan Alisa. Saya yakin mereka akan memaafkan Uncle.” Dr. Nazri tersenyum.
Iskandar berdehem
beberapa kali. “Nazri, kau belum jumpa Aleya dan Alisa lagi. Jika kau sudah
berjumpa mereka berdua, aku pasti kau takkan cakap macam tu pada Uncle Kadir.
Seorang macam singa dan seorang lagi macam burung murai.”
Dr. Nazri dan Kadir
berpaling ke arah Iskandar.
Iskandar hanya
mampu tersenyum. “Eh, Zahari! Macam mana kau boleh tahu pasal Aleya dan Alisa?”
“Rupa-rupanya adik
aku, Tina kawan baik Alisa. Mereka belajar law di university yang sama di London . Kau pula, macam
mana tahu tentang mereka?” giliran Zahari pula ingin tahu.
Iskandar melepaskan
keluhannya lagi. “Aleya adalah arkitek import yang aku cakapkan selama ini.”
‘Apa!” Dato Syed
Mohd Kadir terkejut.
“Nur Aleya Kadir.
Hmmm….Barulah Is faham selama ini, kenapa selama ini Aleya enggan menerima
tawaran syarikat kita. Is rasa Aleya tiba-tiba bersetuju menerima projek kita
disebabkan oleh Auntie Munirah dan Alina Dia bimbang dengan keselamatan Auntie Munirah
dan Alisa sebab itulah dia pulang ke Malaysia .”
“Jadi Aleya seorang
arkitek manakala Alisa pula seorang peguam.” Dr. Nazri tepat melihat ke arah
Iskandar yang menganggukkan kepalanya apabila mendengar kata-kata Dr. Nazri.
“Honestly, Aleya
and Alisa are different. Mata aku yang lembam ini!” Iskandar menunjukkan mata
kanannya yang lebam. “Aleya yang tumbuk aku.” Terang Iskandar.
Mereka bertiga
terpana apabila mendengar pengakuan Iskandar. Rasanya aku tak perlu jelaskan
sebabnya
“Oleh itu, Uncle
perlu kuat dan bersemangat gentar. Perjuangan Uncle kali ini tidak mudah. Aleya
dan Alisa seperti tembok besar yang akan menghalang Uncle dari memasuki dunia
mereka. Uncle perlu dapatkan kembali kepercayaan mereka terhadap Uncle. Yang
penting sekarang ini, Uncle perlu jaga kesihatan. Is janji Is akan tolong
Uncle.” Iskandar tersenyum. Dia sudah ada rancangan. Tak sabar rasanya untuk
melihat reaksi Aleya dan Alisa.
Dato Syed Mohd
Kadir hanya mengganggukan kepalanya sebagai tanda setuju.
“Kami juga akan
tolong, Uncle! Betul tak, Nazri?”
“Betul, Uncle! Kami
akan tolong Uncle dapatkan kembali keluarga Uncle.” Dr. Nazri tersenyum.
**************************************************
4 comments:
Gila ganas aleya..haha pdan ngn muka is.. Apa lah agaknya rcgan is ea..nie yg xsbar nk taw nie..mgaum lah singa betina lps nie...hahaha
Lily thx utk n3.. I like..hehehe
Nice story! Best! Anyway, double thumbs up kak Lily! Can't wait for the next chapter! シ
Bila nak publish novel ini? Luv to read your story. シ
eija: Terima Kasih kerana sering memberi comments di sini. Akak amat hargai. Komen2 eija beri akak semangat utk abiskan novel 1 2 3.Thanks...
Atikah Humairah: Insya Allah, tahun depan kot. Novel 1 2 3 masih dalam proses lagi. Terima kasih kerana membaca.
Alhamdulillah, dah habis baca novel 'Rahsia Hati.' Best sgt!!! Thumbs up kak Lily!
May ALLAH ease everything for u! シ
Post a Comment