BAB 34 (Part 1)
Iskandar melihat cermin belakang
dengan sekilas pandang. Selepas beredar dari rumah Auntie Munirah. Uncle Kadir
hanya mendiamkan diri dan wajahnya murum. Pasti memikirkan apa yang telah
terjadi. “Uncle, jangan risau. Tiada apa-apa yang berlaku. Uncle bukannya
sengaja cuma terlepas kata sahaja. Sesiapa pun akan terlepas cakap jika dalam
keadaan marah. Kita manusia tidak pernah lepas dari melakukan
kesilapan.”Iskandar cuba memujuk Dato Syed Mohd Kadir
“Betul, Uncle! Esok pasti kemarahan
mereka reda. Don’t worry, Uncle. Auntie Munirah bukannya seorang yang
pendendam. Dia mesti faham.” Zahari menoleh ke belakang. Dia duduk bersebelahan
Iskandar yang sedang memandu.
“Uncle telah musnahkan satu-satu
peluang untuk mendapat kepercayaan Munirah dan anak-anak. Kenapa Uncle begitu
bodoh? Kenapa Uncle boleh cakap begitu? Uncle sendiri tak faham kenapa Uncle
boleh terlepas cakap. Entah apa pandangan Aleya dan Alisa selepas ini? Pasti
sukar untuk mereka menerima Uncle selepas ini tetapi yang paling menyakitkan hati
adalah pandangan Alina terhadap Uncle pada waktu.” Dato Syed Mohd Kadir teringat
pandangan yang dilemparkan ke arahnya. Alina seolah-olah kecewa dengan
sikapnya.
“Alina seorang yang memahami. Dia
akan faham.” Pujuk Dr.
Nazri. Dia risau melihat keadaan Uncle Kadir. Dia bimbang jika penyakit jantung
akan menyerang secara tiba-tiba.
“Uncle, ada sesuatu yang Is perlu
beritahu Uncle?”
“Apa dia, Is?” soal Dato Syed Mohd
Kadir secara tiba-tiba. Zahari dan Dr. Nazri turut sama melihat ke arah
Iskandar.
“Tadi PI Is di London call, dia
beritahu Aleya telah meletak jawatan. ”
“Apa!” Wajah Dato Syed Mohd Kadir
berubah.
“Aleya juga telah menjual saham
syarikatnya. ”
“Kenapa Aleya meletak jawatan secara
tiba-tiba?” soal Zahari.
“Yang peliknya, Aleya telah membeli tanah di Johor Bharu
baru-baru ini.”
“Apa!” Dr. Nazri terkejut.
“Jika benar mereka tidak ingin lagi
menjejakkan kaki di Malaysia ,
kenapa Aleya beli tanah di Malaysia ?”
Dahi Dr. Nazri berkerut.
“Itu yang buat Is pelik, Uncle
tetapi Uncle jangan bimbang Is akan suruh PI siasat perkara ini dengan lebih
teliti. Setiap perkembangan, Is akan laporkan pada Uncle.” Kata Iskandar.
Dahinya berkerut. Apa sebenarnya yang kau sedang rancangkan, Aleya. Gerak
hatinya kuat mengatakan Aleya merancang sesuatu. Adakah Auntie Munirah dan
anak-anaknya membuat keputusan untuk balik ke Malaysia?
*************************\
Dr. Nazri merenung wanita yang duduk
di hadapannya. Alina sangat cantik hari ini. Kalaulah setiap hari aku bersama
Alina, pasti hidup aku bercahaya. Senyuman di bibir Dr Nazri semakin lebar. Dia
selalu berangan-angan jika satu hari nanti dia akan bertemujanji dengan Alina.
Hanya kami berdua. Tak sangka impiannya termakbul.
“Dr. Nazri, are you okey?” Alina
melihat Dr. Nazri dengan pandangan yang pelik. Sejak dari tadi Dr Nazri asyik
tersenyum sahaja. Makanan di hadapannya tidak disentuh langsung.
“I’m fine!” Dr. Nazri tersedar dari
lamunannya. Dia malu melihat Alina memerhati dirinya. “Jemput la makan.”
Alina hanya menganggukkan kepalanya.
Di dalam hatinya, dia berhenti-henti menyumpah Alisa! Eee…suka-suka sahaja
mengatur. Bukannya aku tak suka Dr. Nazri tetapi aku tak mahu Dr. Nazri menaruh
harapan pada aku. Dia tahu Dr. Nazri menaruh perasaan padanya.
“Hmm….Macam mana dengan cerita
tadi?”
“Hmm….ok!” jawab Alina. Dia terus
makan.
“Lina tak suka ke keluar dengan
saya?” soal Dr. Nazri. Dia sedar sejak dari tadi Alina kurang bercakap. Adakah
dia tidak selesa keluar bersama aku?
“Tak lah!” jawab Alina dengan
segera. Dia tidak ingin melukai hati Dr. Nazri. Dia tahu Dr. Nazri seorang
lelaki yang baik.
“Habis tu kenapa sejak dari tadi
Lina hanya mendiamkan diri? Lina ada masalah ke? Beritahu saya, mungkin saya
boleh tolong.”
“Macam mana dengan keadaan abah
semalam?” soal Alina secara tiba-tiba. Dia ingin mengubah topic perbualan.
“Jika Lina ingin tahu keadaan Uncle
Kadir, kenapa Lina tak call sahaja? Uncle pasti gembira bila mendapat panggilan
Lina.”
“Lina tak tahu nak cakap apa dengan
abah. Lina tak marah pada awak Cuma kecewa dengan sikap abah.”
“Pada waktu itu Uncle Kadir dalam
keadaan marah, dia tak sengaja. Kadang kala apabila kita marah, kita tidak
sedar apa yang kita telah katakan. Betul tak?”
Alina tersenyum. “Hmmm…abah sudah
berjumpa dengan Datin Kartika ke?”
“Belum! Sekarang ni Uncle Kadir
tinggal di rumah Iskandar untuk sementara waktu.”
“Apa! Kenapa abah tidak selesaikan
kemelut yang telah berlaku dengan segera? Kenapa mesti tangguhkan lagi?” Bulat
mata Alina mendengarnya.
“Lina, kena faham semua ini bukan
mudah untuk Uncle Kadir! Dia perlukan masa untuk tenangkan fikirannya.
Berhadapan dengan Auntie Kartika bukannya mudah. Lina sendiri tahu bagaimana
sikap Auntie Kartika kan !”
Dr. Nazri merenung Alina. Dia ingin bertanya sesuatu mengenai apa yang
diberitahu oleh Iskandar semalam. Benarkan mereka ingin melarikan diri ?
Benarkan mereka ingin memutuskan hubungan dengan Uncle Kadir? Jika benar,
mungkin ini adalah kali terakhir aku berjumpa dengan Alina.
Alina hanya mampu mengeluh. Tiba-tiba dia terhidu sesuatu! Macam
pernah bau sahaja bau ni? Dahi Alina berkerut. Baunya sama seperti perfume
Angah. Alina menoleh ke kiri dan kanan. Baunya kuat. Mesti mereka ada di sini.
Patutlah sejak melangkah di komplek membeli-belah ni, dia dapat rasa sesuatu
seperti ada orang mengekori mereka. Matanya
terhenti melihat dua orang wanita yang sedang makan tidak jauh darinya. Alina
mengetap bibirnya menahan geram. “Excuse me!” Alina terus bangun.
Dr. Nazri hairan dengan kelakuan
Alina secara tiba-tiba. Dia melihat Alina berjalan menghampiri dua orang wanita
yang duduk tidak jauh darinya. Kawan Alina ke? Dia melihat Alina menegur
mereka.
“What are you doing here?” Alina
merenung dua orang wanita yang sedang makan. “Along! Angah! Jangan nak berlakon
lagi. Perfume yang Angah pakai sekarang ni, satu restaurant ni bau tahu tak?”
“Along dah cakap, lain kali jangan
sembur perfume tu banyak sangat. Now, we get caught.”
“Ops!” Alisa tersengih.
“Ni apa ni!” Alina terus menarik
topi yang dipakai oleh Aleya dan Alisa. Dahi Alina berkerut. “Tiada orang pakai
topi koboi macam ni lagi! Lebih-lebih lagi di shopping compleks. “
“Ouch, be gentle okey!” Alisa
membetulkan rambutnya. Cermin mata hitam ditanggalkan.
‘Sekarang dah jadi paparazzi ke?”
“Kami hanya nak melihat sahaja.
Macam mana orang bercinta dating bersama.That’s all.” Aleya tersenyum.
“Oh, really! Apa kata Along dan
Angah replace tempat Acu sekarang ni?”
“Hish…mana boleh? Dr. Nazri tak suka
kami. Di dalam hatinya hanya terukir nama Alina sahaja.” Alisa mengusik.
“He looks like Mr. Nice guy. ” Nasihat
Aleya. Jika Alina bercinta dengan Dr. Nazri, dia takkan menghalang.
“Apa kata kalau Abang Is dan Abang
Zahari juga Mr. Nice guy!” Giliran Alina pula tersenyum. Matanya merenung
kembarnya.
Serentak Aleya dan Alisa menjuihkan
bibir mereka sebaik sahaja mendengar nama lelaki itu.
“Stop talking about them again! Acu
ni spoil mood kami sahaja.” Alisa membuat mimic muka. Mendengar nama Zahari
sahaja, sudah gatal telinganya.
“Kalau Along dan Angah ada di sini,
siapa yang menjaga ibu?” Alina baru sedar. Siapa yang jaga ibu sekarang ini?
Takkan la Along dan Angah membiarkan ibu seorang diri di rumah.
“Sekarang ni ibu berada di rumah
Auntie Maria! Biar ibu berborak lama dengan Auntie Maria. Esok kita sudah nak
balik.” Jawab Aleya.
“Auntie Maria!” Alina terkejut. “Waktu
hantar ibu ke rumah Auntie Maria, Along dan Angah tak jumpa abah ke? Buat
sementara waktu ini, abah tinggal di rumah Auntie Maria.” Beritahu Alina.
‘Apa!” Aleya tiba-tiba bangun. Air
muka berubah serius.
“Along! Kita telah letak ibu di
kandang buaya.” Berkerut dahi Alisa. Dia mula risau.
“Jom balik!” kata Aleya tanpa
berfikir panjang.
Alisa bangun.
“Hai, ladies!” Dr. Nazri menghampiri
mereka bertiga. Senyuman terukir di bibir Dr. Nazri.
“Hai!” balas Alisa sambil mengangkat
tangannya.
“Apa kamu berdua buat di sini?” soal
Dr. Nazri..
“Makan! Lunch! Tak sangka ye kita
makan di kedai yang sama!” Alisa berpura-pura. Dia hanya mampu tersenyum.
“Sorry Dr. Nazri! We need to go
right now. Have a nice day.” Kata Aleya. Langkahnya diatur meninggalkan mereka.
Macam mana aku boleh lakukan kesilapan besar seperti ini? Macam mana dengan
keadaan ibu sekarang ini? Aleya mulai panic.
Alisa melambai
tangannya pada Alina.
“Aaa…Dr. Nazri! I need to go right
now. I’m sorry! Thanks for the movie and lunch. I’m so sorry. I need to go with
my sisters.” Kata Alina terus meninggalkan Dr. Nazri. Dia perlu balik bersama
kembarnya. Dia bimbang jika terjadi sesuatu.
Dr. Nazri melihat Alina berlari
mengejar kakaknya. Hatinya berasa sebak. Beginikah temujanjinya berakhir. Dr.
Nazri kecewa. Mungkinkah Dr .
Alina sudah berpunya? Dr. Nazri melepaskan keluhan perlahan-lahan.
*********************************
2 comments:
pendeknyaaa...x puas laa..nak lagi leh tak???..harap cepat2 la upload bab seterusnya =)
aiii xsgka aleya pn kaki pgtip sma naik dgn alisa...haha.. adui cianplk kt dr nazri.. msti dia sedih kn..
kak tq..penat tgu n3.. igat akak dh lupa kt kami yg mnti.. hihi.. have a nice day kak..
Post a Comment