BAB 11
Liya menggaru kepala yang tak
gatal beberapa kali. Sekali lagi Liya bangun dan duduk semula di birai katil.
Dia tak dapat lupa apa yang berlaku siang tadi. Suara Adi masih tak henti-henti
bermain di telinga. Jarum pandek tepat menunjukkan pukul 2.00 pagi. Mata masih
belum mengantuk lagi. “ Esok aku mesti tanya abang! Tapi aku kena hati-hati, aku
kena plan soalan apa aku nak tanya esok. Kalau tersalah tanya, mesti abang syak
sesuatu. Macamlah aku tak kenal perangai abang tu!” Liya bercakap seorang diri.
Liya bangun dan terus mendekati
meja solek. Dia merenung wajahnya di cermin. Perlahan-lahan Liya membelek
wajahnya. Mata! Hidung! Mulut! Semua ini bukan wajah asal aku. Aku nakkan wajah
asal aku semula. Aku tak nak wajah ni. Hati mula sebak mengenangkan apa yang
telah dialami tujuh tahun yang lalu.
Tujuh tahun yang lalu…..
Liya memandang ke luar tingkap
menghayati pemandangan dari tempat duduk belakang.
“Liya! Nanti next stop kau drive
pulak, aku nak rest jap.” Beritahu Yana yang sedang memandu kereta.
“Ok!” jawab Liya.
“Baru 30 minit drive dah letih!”
Zetty yang duduk di sebelah pemandu menyampuk.
“Eh…. Cuba kau bawa, banyak cakap
pulak. Dah la tak ada lesen!”
“Korang berdua ni tak abis-abis
nak bertekak. Sakit telinga aku ni. Kita datang sini nak enjoy. Yang penting,
kita akan graduate selepas ini. Dah tak
ada kelas! No more assignment and project! Finally kita merdeka! Wah…. Tak
sabar rasanya nak kerja lepas tu pegang duit sendiri. Boleh pergi travel
seluruh dunia lepas tu shopping.”
“Kau ni Karen tak abis-abis
dengan penyakit shopping kau tu. Buang duit, kau tahu tak. Baik kau simpan, dapat
jugak faedah.” Liya mengeleng kepala memandang gadis keturunan baba nyonya di
sebelah tempat duduk belakang. Apa lagi Si Karen nak beli lagi? Tak puas lagi?
Dah berlambak baju, kasut dan handbag dalam almari tu. Kalau dah kerja, aku tak
dapat bayangkan apa si Karen nak beli nanti.
“Eh… duit aku! That’s my
problem.”
“Banyak la kau punya masalah.
Masalah kami jugak kau tahu tak! Mama kau asyik call kami , apa kau buat dengan
duit yang mereka kirim kat you. Asyik abis saja. Kami tak tahu nak jawab apa.
Kalau kami ni jahat, dah lama kami report kat mama kau. ” Zetty mencelah.
“Thank you! Sebab tu aku sayang
kat korang. You’re my best friends forever.” Karen tersengih.
“Iyelah tu…. Lepas ni beli lagi!
Liya, sampai kat Perth nanti kau pantau Karen. Jangan bagi dia beli
macam-macam, senang citer kau pegang wallet dia.” Ujur Yana.
Karen terus memegang sling bag
miliknya. “Mana aci? Tak boleh. Kalau korang berani ambil, aku tak nak kawan
dengan korang lagi.” Karen membuat mimic muka budak kecil yang sedang merajuk.
Serentak Yana, Zetty dan Liya
ketawa bersama.
“Penyakit shopping kau ni memang
tak boleh nak rawat lagi. Kalau Soraya ikut sama, dah teruk kau kena berleter.”
Zetty mengeluh dengan kuat.
“Kan best kalau Soraya ikut
sama!” Tiba-tiba Yana teringat kawan mereka yang seorang lagi. Selalunya mereka
sering berlima tapi kali ini hanya berempat saja.
“Nak buat macam mana? Abang dia
yang study kat New Zealand tu accident. Nasib baik tak teruk.” Kata Liya.
“Abang Soraya, Jalil tu handsome
la. Pandang tepi saja dah buat jantung aku ni asyik dup dap dup dap….. Kalau
tengok face to face, boleh stop jantung aku ni.” Karen mencelah dan tersengih
memikirkan abang Soraya, Jalil.
“Gatal! Miang! Si William tu kau
nak letak mana? Dalam poket kau?”
“Ala…. Yana! William tu baru
title boyfriend. Nak cari soulmate ni kena ada banyak pilihan. Tak boleh nak
pilih sebarangan! Cari yang ada quality!” cerita Karen dengan penuh perasaan.
“Tengok tu! Penyakit shopping dia
tak habis –habis lagi. Kau ingat pilih suami macam kau pilih handbag. Hish…
teruk betul perangai kau ni, Karen. Agaknya kalau kau dok kat hutan mesti kau dah ting tong!” usik Liya.
“Iyelah! Kat hutan mana ada
tempat shopping sebab itu dia tak suka camping.” Giliran Zetty pula mengusik.
“Gelaklah kat aku! Gelaklah…”
Karen terus merajuk dan memandang ke luar tingkap. Wajah masam cuka kerana
dirinya menjadi bahan usikan.
“Tengok tu dah merajuk! Eeee….
Korang berdua ni kan….” Marah Yana pada Zetty dan Liya. “Aku dengar kat E Shed
Market ada banyak barang. Macam-macam ada.” Yana cuba menarik minat Karen semula.
“Betul ke? Ada jual topi tak! Aku
ingat kan aku nak beli topi panama. Aku tengok Miranda Kerr pakai memang cantik
la.” Terus sekelip mata Karen bersuara.
Zetty dan Liya terus ketawa
dengan kuat. Rasa lucu dengan perangai Karen. Cakap pasal shopping saja terus
lupa merajuk.
Yana tersenyum. Dia memandang
semula di hadapan. “Zetty!” jerit Yana secara tiba-tiba apabila sebuah truck
memasuki jalan mereka. Mereka berempat
menjerit ketakutan. Hentaman kuat menyebabkan kereta yang dipandu Zetty
berpusing-pusing beberapa kali sebelum terbalik. Jeritan suara mereka tadi
terus hilang.
Akibat hentaman tadi, Liya
tercampar keluar dari kereta. Bunyi bising menyebabkan Liya tersedar, dia cuba
bergerak namun gagal. Badan rasa sakit! Teramat sakit. Hanya Dia saja yang
tahu. Dia cuba membuka mata tapi dia dapat rasai darah yang membasahi wajahnya.
“It’s okey!” Tiba-tiba ada satu
suara.
Liya cuba bersuara tapi tekak
terasa sakit namun digagahi juga. Dia ingin tahu keadaan Karen, Zetty dan Yana.
“Mmmmm…. My…. My…. Friendssss……. Kawan-kawan I?” Tanya Liya.
“Relax. Mereka okey! Ambulans dah
sampai. Hang on!” Jawab lelaki itu seraya memandang kereta terbalik yang sedang
terbakar. Dia tak tergamak nak beritahu apa sebenarnya yang berlaku.
Liya masih lagi memandang
wajahnya di cermin. Air mata deras mengalir. Badan Liya mula mengigil dan
tangannya terketar-ketar setiap kali memikirkan peristiwa berdarah itu. Laci
meja solek ditarik perlahan-lahan, frame gambar dibawa keluar. “Karen! Yana!
Zetty! I’m so sorry! So sorry!” Tangisan Liya mula teresak-esak. Liya terduduk
dan memeluk frame gambar dengan erat. Sebak! Sedih! Tiada lagi gurau senda dan
gelak ketawa dari mereka bertiga lagi. Memori persahabatan antara mereka
berlima tidak pernah pudar. Dia rindu semua itu. Liya menekup mulut agar
tangisannya tidak didengari. Air mata membanjiri wajah Liya.
******************************************
“Awat mata hang bengkak. Hang
teriak lagi ka?” tanya Hazri. Kepala
dijengol sedikit melihat Liya yang sedang memasak mee goreng untuk sarapan
pagi. Tiba-tiba pakai cermin mata? Pelik ni! Macam ada benda tak kena.
Bibir Liya diketap rapat. Eee….cepat
betul kantoi! Cermin mata berbingkai hitam dibetulkan. “Nampak sangat ka?
Semalam Liya tengok film orang putih, sedih film tu! A walk to remember! Sedih
giler. Bila heroin tu mati, kasihan kat hero tu.” Liya sengaja mengada-adakan
cerita dengan harapan Hazri percaya.
“Really?” Hazri tak percaya.
“Ya. Pi ambil mangkuk besar tu!
Mee dah masak.” Arah Liya.
Hazri membuka almari dan terus
mencapai mangkuk besar lalu diberi pada Liya. “Nah!” Mata masih tak lepas
memandang wajah Liya. Dia tahu Liya bohong.
“Thank you!” Mangkuk besar
dipegang dan mee goreng dimasukkan dengan berhati-hati. Kemudian Liya letak
mangkuk besar itu di atas meja. Pinggan kosong dan garfu sudah tersedia. “Mak
ayah mana? Tak turun lagi ke?”
“Sekejap lagi turun la.” Hazri
terus melabuhkan punggung di kerusi. Bau mee goreng Liya ni buat perut aku
tergugat. Macam mana aku nak diet ni? Mee goreng terus diceduk masuk dalam
pinggan tanpa dipelawa.
“Abang! Nak tanya sikit?” Liya
masih teragak-agak. Argh… tanya sajalah! Dia ingin tahu pasal Adi.
“Tanya ja!”
“Sebelum ni Adi study kat mana?
UK? US? Australia?”
Hazri menoleh dan memandang Liya.
“Kenapa tiba-tiba nak tahu?” Mata dikecilkan sedikit.
“saja” jawab Liya tanpa berfikir.
Dah ku agak, jangan harap abang aku nak bagitau. Lebih baik aku siasat sendiri.
“Betul ke saja?”
“Hish… malas nak cakap dengan
abang.” Liya terus keluar membawa bekal
makanan untuk dibawa bersama ke ladang.
“Something fishy about her!”
Hazri memandang ke arah pintu.Tiba-tiba saja nak tahu pasal Adli, eee… pelik
tu!
“Hazri! Mana Liya? Tak breakfast
sekali?” tanya Haji Razali sebaik saja melangkah masuk di dapur.
“Dah pi pun, bawa bekal sekali.
Makan kat sana.”
“La…..”
“Tu mesti nak elak dari kita.”
Hajah Salmiah menyampuk.
“Kenapa pulak?” tanya Haji Razali
hairan. Selepas sembahyang subuh tadi, isterinya asyik duduk termenung. Bila
ditanya, tak ada apa-apa. Memang pelik
“Malam tadi, Liya menangis.”
Punggung terus dilabuh di kerusi sebelah Hazri. “Mesti Liya takut kita tahu.”
“Patutlah! Mata bengkak tadi.
Bila tanya kononnya tengok filem sedih.”
“Sampai bila Liya nak hidup macam
ni, abang! Hati saya sakit setiap kali tengok Liya menangis. Mana ada ibu yang sanggup tengok anak dia
macam ni. Saya tahu apa yang dilalui Liya beri tamparan hebat dalam hidupnya.
Iyelah pergi bercuti berempat tapi yang balik hanya seorang saja” Hajah Salmiah
menangis.Dia tak dapat lagi menahan rasa sebak di dada.
Hazri menggengam erat tangan
ibunya. Dia faham. Dia turut sama sedih.
“Suka tau tak! Semua ini takdir. Walaupun
10 tahun atau 20 tahun berlalu, Liya takkan lupa semua itu, itu qada dan qadar
Allah Taala tetapkan untuk Liya. Dia kena terima dengan redha. Kita pun kena
terima dengan redha. Doa tu pun penting. Miah, jangan sedih. Kalau Liya tengok
Miah macam ni, mesti Liya sedih.Dah jangan teriak lagi.” Pujuk Haji Razali.
“Betul cakap ayah tu, mak! Kita
doa supaya hati Liya tenang dan kuat tempuhi semua ni. Meh, makan mee goreng
Liya masak ni. Atau mak nak Hazri suapkan.” Hazri cuba berseloroh.
Tiba-tiba Hajah Salmiah tersenyum
sedikit. Air mata dilap dengan lembut. “Mak boleh makan sendiri. Mak bukan
budak kecil. Makanlah. Jap, mak buatkan kopi kat ayah kamu.” Hajah Salmiah
terus bangun.
Hazri dan Haji Razali hanya mampu
memandang antara satu sama lain. Suasana sunyi sepi.
**********************************
Petang itu sebelum balik ke
rumah, Liya singgah membeli kuih di warung Pak Rahim. Ada jugak kuih untuk
minum petang nanti. Boleh aku ajak Adi sekali. Time tu boleh aku tanya. Liya senyum
sendirian memikirkan rancangannya.
Motor diperlahankan bila melihat
Adi yang sedang duduk di pangkin kayu di halaman rumah. Ini peluang aku! Abang
tak ada. Liya sempat melihat melihat kereta Honda Civic milik Hazri tak ada di
garaj.
“Assalammualaikum….”
“Waalaikumussalam.” Jawab Adli
seraya tersenyum melihat Liya . “Baru balik ke?”
“Ya. Tunggu Hazri ke? Selalunya
time ni dia tak balik lagi.”
“it’s okey! Saja jer duduk kat
luar ni, jiwa rasa tenang bila tengok sawah padi yang hijau ni.”
“Bila start kerja?” tanya Liya.
Sebelum aku nak tanya soalan aku , baik
aku warm up dulu. Taktiklah kata kan…
“Lusa!”
“Ooooo…… Sebelum ni study kat
mana?”
“US!” Jawab Adli.
Dahi sedikit berkerut. “US!” Nada
suara Liya berbunyi hampa. Tapi suara dia sama dengan lelaki malam tu. Tak
mungkin aku tersalah dengar. “Sa….Saya study kat Austrialia. Melbourne
University! Pernah tak pergi Australia?”
“Ooooo… Ya ke? Melbourne! Aaa… Saya
ada saudara tinggal di sana. Kat Perth! Selalu jugak pergi sana.”
Suara Liya kembali ceria. “Bila?
Maksud saya, tahun bila pergi? Kot-kot kita pernah terserempak tapi tak kenal.”
Belum sempat Adli jawab, mereka
berdua dikejutkan dengan bunyi hon kereta. Liya menoleh. Eeee…. Dah balik dah,
kacau daun betul! Liya membuat mimic muka tak suka.
Kereta Honda Civic milik Hazri
berhenti. Tingkap diturunkan. “Kenapa duduk berdua macam ni? Tak elok tahu tak?
Apa kata orang kampung nanti?”
“Hish … abang ni! Kami borak
kosong ja. Tak boleh ka?”
“Tak boleh! Masuk sekarang! Abang
kata masuk!” Hazri memberi arahan dengan nada suara tegas.
Adli menggeleng kepala beberapa
kali melihat perangai Hazri. Over protective sangat! Macamlah aku ni nak buat
sesuatu tak baik kat adik dia. Patutlah dia tak pernah citer kat aku pasal adik
dia. Kuat cemburu rupanya.
“Hish… abang ni tak open minded
langsung. Study jer kat US!” bentak Liya sebelum hidupkan semula enjin motor.
Wajah masam mencuka! Rosak plan aku! Eee….. Abis peluang aku!
“Kau ni dah kenapa, Hazri? Kami
tak buat apa-apa pun. Cakap ja.” Adli bersuara sebaik saja kelibat Liya jauh
meninggalkan mereka.
“Cakap kosong pun bahaya, Adli.
Sini bukan KL, kat kampung ni reporter ramai! Sekejap saja heboh satu kampung.
Bahaya tau dak. Lagipun adik aku tu bahaya sikit, lebih lebih lagi kalau ada
lelaki baik macam kau. Kalau adik aku tangkap cinta dengan kau, susah kau
nanti.”
“Baguslah kalau macam tu, boleh
aku jadi adik ipar kau. Aku kan single sekarang ni.” Jawab Adli diakhir dengan
ketawa.
“Tolonglah…. Minta simpang semua
tu! Lagipun kau berani ke nak jadi adik ipar ?” Hazri tersengih. Tiba-tiba
Hazri teringat sesuatu.“ Sat gi mai
minum petang kat rumah aku. Mak aku dah pesan, jemput kau sekali.” Ajak Hazri.
“Aik…. Boleh ke? Kau tak takut
ke, kalau aku selalu datang rumah kau nanti … tup tup …..adik kau falling in
love abis kat aku. Aku kan macho.”
Hazri ketawa. “Macho? Perasaan!
Balik nanti kau tengok muka kau kat cermin tu, macho sangat ke? Jangan lupa
tau, mai rumah aku! Aku gerak dulu. Jangan lupa” Pesan Hazri sekali lagi.
“Ya.. Ya! Jap gi aku datang.” Adli
tersenyum. Keluarga Hazri memang baik. Selalu jemput aku makan tapi kalau dah
selalu sangat , segan jugak! Makanan sedap pulak tu. Boleh gemuk aku macam
ni. Alamak… aku tak solat asar lagi.
Kelam kabut Adli bangun dan berjalan menuju ke rumah sewanya.
*************************************
Beberapa biji cucur jagung diatur
dengan kemas di dalam pinggan. Liya tersengih. Kalau Adli makan, mesti dia
suka. Langkah diatur menuju ke cermin di
dapur. Liya membetulkan tudung dan memerhati penampilannya yang berbaju kurung
hari ini. “Perfect! Cantik! Aku mesti hantar sekarang. Time ni abang tengah
tidur lagi. Biasalah hujung minggu macam ni, kerja abang tahu buat taik mata ja.
Inilah masanya, Boleh la aku selidik lagi.”
Liya berjalan menuju ke pintu dapur. Dah beberapa malam aku tak boleh
tidur, selagi aku tak dapat kepastian selagi itulah hati aku takkan puas. Misi
harus dijalankan
Selipar jepun dipakai
tergesa-gesa. Langkah begitu pantas menuju ke rumah sewa Adli. Sunyi sepi. “Assalammualaikum …..”
Masih tiada jawapan. “Tak ada
orang jawab pun. Mungkin tak dengar kot.” Liya bercakap seorang diri. Liya
berjalan mendekati pintu rumah Adli. “Assalammualaikum …..” Suara dikuatkan.
“Waalaikumussalam.”
Liya tersenyum bila salamnya
dijawab. Tapi kenapa suara tu macam aku kenal ja, takkanlah….. Liya terus
berpaling. Dia terkejut sehingga langkah diundur beberapa tapak. “Abang!” Mulut
sedikit ternganga. Alamak! Kantoi! Macam mana abang tahu aku kat situ? Tadi kan
tengah tidur! Hish ….Hazri berdiri sambil mencekak pinggang merenung Liya.
“Oooo… Liya! Hazri!” tegur Adli
sebaik saja buka pintu. Dia tersenyum lebar melihat kehadiran Liya dan Hazri.
“Aaaaaa……. Liya datang nak bagi cucur jagung. Makanlah.”
Tanpa membuang masa Liya memberi pinggan pada Adli. Langkah diatur laju
meninggalkan mereka berdua. Dia faham di sebalik renungan abang kembarnya. Sebelum
abang buka mulut, baik aku blah dulu. Eee… kenapa banyak sangat halangan? Abang
pun satu, kalau aku dekat sikit dengan Adli. Mesti dia ada! Tahu-tahu ja! Liya
berpaling ke belakang. Air muka Liya berubah. Hazri masih tak lepas merenung
tingkah lakunya. Liya terus masuk ke rumah.
“Kau dah kenapa, Hazri? Tengok
adik kau macam nak terkeluar biji mata kau.”
“Pelik! Adik aku memang pelik
kebelakangan ni!” Otaknya ligat berfikir.
“Pelik! Tak pelik pun. Masalahnya
kau tu yang pelik.”
“Hello….. aku kenal adik aku
macam mana? Tiba-tiba ja buat cucur jagung kat kau pagi-pagi buta ni. Lepas tu
pulak, kau tengok kan dia pakai baju kurung. Sebelum tak pernah pun pakai baju
kurung, kalau pakai pun time raya. Selalunya pakai seluar dengan t-shirt ja
tapi …….hari ni……. Something fishly here! I can smell! Lepas tu pulak, masa
first time kau datang sini ….. Liya langsung tak peduli pasal kau tapi sekarang
ni kenapa pulak dia asyik nak dekat dengan kau.” Itulah teka-teki yang sedang
bermain di fikiran Hazri sekarang ini.
“Apa yang kau nak hairankan,
Hazri! Aku kan handsome. Mesti adik kau terpaku lihat wajah aku yang handsome
ini. Kalau adik kau jatuh cinta dengan apa salahnya, kita boleh jadi
saudara.” Usik Adli. Sebiji cucur jagung
diambil dan dikunyah perlahan-lahan. Sedap! Memang sedap! Siapa dapat jadi
suami Liya memang bertuah. Hari-hari makan sedap.
“ Excuse me! Aku tak nak Liya
pengganti Rita sebab aku tahu di hati kau hanya ada Rita seorang saja. Kau tu
kalau dah cinta seseorang tu, kau cinta sampai mati. “
Adli hanya mampun tersenyum.
Kata-kata Hazri memang betul. Cinta aku hanya untuk Rita saja. Tiada mana-mana
wanita yang dapat gantikan Rita dalam hidup aku. Walaupun Rita akan jadi kakak
ipar aku, aku tetap sayang dan cinta Rita. Cinta itu tak semestinya untuk kita
miliki.
6 comments:
why bab 10 and bab 11 repaeat
repeat*
Thanks, Risya sebab beritahu.... Selamat membaca. ...
Akak.. bile nk kluar novel baru?? x sabar nk baca novel akak yg baru..
Assalam... Sis cepat laa sambung bab seterusnyaa... Rindu nk baca lg
Post a Comment