BAB
3
Bazli menoleh bila bahunya disentuh. Dia
tersenyum. “Kau ada operasi ke?”
“Ya. Biasalah. Sorry, Bro! Kerja aku
ni tak kira masa. Berkhidmat untuk negara. Macamlah kau tak tahu skop kerja aku
macam mana.” Ikwan terus duduk di sebelah Bazli tanpa dipelawa. Selepas habis
operasi dia terus bergegas datang berjumpa sahabat baiknya. Rasa bersalah pulak
bila Bazli terpaksa tunggu sejam kat sini.
Tempat Lepak Bazli & Ikwan
“Of course, aku faham. Kalau tak
faham, dah lama aku blah.” Bazli bergurau.
Pelayan datang mengambil order Ikwan dan kemudian
berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
“Kau dengan Wilma macam mana?”
“Macam mana? Aku tak faham.
Tiba-tiba kau sebut pasal Wilma dah kenapa?” Ikwan membuat mimik muka kurang
senang bila nama bekas kekasihnya disebut.
“Aku dengar Wilma nak baik semula
dengan kau!” kata Bazli “Aku tak faham dengan Wilma. Sekejap baik, sekejap
breakup!” Kepala digeleng beberapa kali memikirkan hubungan Ikwan dan Wilma.
Asyik on off saja.
“Kalau kau tak faham, aku sendiri
tak faham. Sekarang ni tergedik-gedik nak baik dengan aku. Dia yang minta
breakup dengan aku dulu. Kononnya aku lebih pentingkan kerja aku dari dia.
Hello …. Dia sepatutnya faham dengan kerja aku macam mana. Kalau dulu boleh
terima, kenapa sekarang tak boleh? Tak habis-habis suruh aku berhenti kerja
lepas tu suruh aku kerja kat DB Group. Aku tak suka orang atur hidup aku, kau
tahu kan. Dah tiga tahun hidup aku aman damai selepas break up dengan Wilma,
sekarang ni Wilma datang baik. Eee…. Serabut kepala aku.”
Bazli ketawa secara tiba-tiba.
“Kau dah kenapa?” Berkerut dahi
Ikwan bila Bazli ketawa. Aku serius ni. Ingat benda lawak ke?
“Tapi lepas ni, kau baik semula
dengan Wilma kan! Sekarang ni memanglah kau marah, lepas Wilma pujuk terus kau
cair. Macamlah aku kenal kau sehari dua.”
“Aku serius, Bazli! Aku takkan
berbaik semula dengan Wilma. Aku dah tawar hati.”
“Harap-harap begitulah! Dari masa
sekolah menengah lagi, aku dah cakap jangan layan Wilma tu. Tapi kau degil
jugak. Sepuluh tahun kau bercinta dengan Wilma, apa kau dapat? Cuba kau bagitau
kat aku.” Kata Bazli. Awal-awal lagi aku dah warning, perangai Wilma tu tak ada
siapa boleh tahan. Dah la manja, tergedik-gedik pulak tu. Kalau tak dapat apa
dia nak, merengek macam budak kecil. Menyampah aku dibuatnya. Walaupun kami
besar bersama-sama, kami memang tak rapat sangat. Aku lebih rapat dengan Jasmin
walaupun kami baru saja kenal dua bulan.
“Dapat apa lagi! Sakit hati
jawabnya.”
Ikwan dan Bazli sama-sama ketawa.
“Oh ya! Esok aku pergi Auckland, ada
hal kat sana.”
(Auckland, New Zealand - Mencari Jasmin)
“Berapa lama?”
“Empat hari saja.”
“Buat apa kat sana?” tanya Ikwan.
“Secret!” jawab Bazli sambil
tersengih. Kalaulah aku bawa balik Jasmin, mesti Ikwan terkejut. Iyalah, Ikwan
memang tak tahu langsung pasal kewujudan Jasmin. Nama Jasmin pun tak pernah
disebut langsung, Itu arahan Tok ayah. Tak ada sesiapa pun berani sebut nama
Jasmin selepas hari itu. Kalaulah Jasmin tengok layanan Tok ayah kat Ikwan
pasti Jasmin kecik hati. Walaupun Ikwan hanya cucu angkat Tok ayah sejak 15
tahun yang lalu, Ikwan diberi penuh perhatian dan kasih sayang. Memang jauh
berbeza dari Jasmin. Bagai langit dan bumi.
“Beritahulah ….” Pujuk Ikwan.
“One day, aku akan beritahu kau
jugak.”
“Okey! Aku tunggu. Mana makanan aku
ni. Laparlah.” Matanya mula melilau mencari kelibat pelayan restaurant. Perut
digosok perlahan-lahan menahan lapar.
Bazli tersenyum melihat gelagat
Ikwan. Kalau kau tahu pasal Jasmin, kau pasti tak kisah. Kita bertiga pasti
akan jadi kawan baik. Semangat Bazli mula berkobar-kobar mencari Jasmin.
********************************
Bazli membaca setiap helaian demi
helaian laporan dari Private Investigator yang diupah ayahnya. Sebaik tiba saja di lapangan terbang Auckland,
dia sewa kereta dan terus datang ke rumah sewa Nana. Sambil menunggu kepulangan
Nana, Bazli membaca laporan sambil mencatat sesuatu di atas kertas. Wajahnya
serius.
(Rumah Nana)
“Something fishing about her. Enam
tahun mereka tinggal bersama, mustahil dia tak tahu mana Jasmin sekarang ni.
Kau mesti tahu sesuatu… Aku yakin. Dengan ayah aku kau boleh tipu but not me,
Miss Nana” Cakap Bazli sambil memegang gambar Nana.
(Nana)
Hampir 30 minit Bazli tunggu,
akhirnya orang yang ditunggu-tunggu muncul juga. Dengan pantas, Bazli keluar
dari kereta dan hampiri Nana yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangan.
“Assalammualaikum…”
“Waalaikumussalam” jawab Nana. Dia
menoleh ke belakang. Dahi berkerut. Siapa lelaki ni? Tak pernah nampak pun. Dia
baru saja habis shift malam.
“Cik Nana kan!”
“Yup! So who are you?”
“I’m Bazli. You know my father,
Zakaria!”
Air muka Nana terus berubah. Pandangannya kaku melihat lelaki yang sedang
berdiri di hadapannya. Alamak! Tak sangka dia hantar anak dia pulak. Ingatkan
dah settle sebab dah sebulan tak call aku. Nana, calm down. Kau boleh handle
mamat ni. “Oooo… Uncle Zakaria. Yeah, of course I know him. Kenapa yer? Pasal
JJ ke? Sorry, I betul-betul dah lost contact dengan JJ. Honestly, I tak tahu JJ
kat mana. Kalau I tahu, dah lama I beritahu Uncle Zakaria.” Nana menjawab
dengan penuh panjang lebar. Dah bermula sesi berlakon aku dengan mamat ni.
“Betul ke you tak tahu? Come on, enam
you all tinggal sama-sama. Mustahil hubungan you all sekadar teman serumah
saja. You all mesti rapat kan! Bestfriend!”
“Memang betul enam tahun kami
tinggal bersama tapi we just housemate .. Not more than that. Kerja I tak kira
masa. Shift I selalu bertukar-tukar. I tak ada masa nak tahu hal JJ. Lagipun JJ
pula humanitarian photographer, dia banyak travel overseas. Dia pergi mana pun I tak tahu.”
“I tak percaya.”
Nana mengetap bibir. Eeee… mamat ni
tak faham bahasa betul. Menyampah aku! Orang kata tak tahu, tak tahu la.
“Betul! I tak bohong! Dah dua tahun I lost contact dengan JJ selepas dia pindah
rumah.” Bersungguh-sunggu Nana cuba yakinkan Bazli.
“Dengan ayah I, you boleh tipu. I
percaya you tahu di mana Jasmin sekarang ni. “
Air muka Nana berubah pucat. “Suka
hatilah, you nak percaya atau tak. Bukan masalah I pun. Malas nak layan orang
yang tak faham bahasa macam you.” Nana terus memulakan langkah
meninggalkan Bazli. Di bibir Nana tak
henti terkumit-kumit menyumpah.
Bazli tersengih. Tengok! Dah kantoi.
Orang kalau ada rahsia, macam inilah. Lari nak lepaskan diri. Memang aku tahu
kau tahu mana Jasmin sembunyi. Kau tu
sebenarnya bestfriend Jasmin. Nak berlakon dengan aku, jangan haraplah aku nak
percaya. “Miss Nana! I akan cari Jasmin
sampai jumpa. Ini janji I. Selagi I tak jumpa Jasmin, I takkan balik Malaysia.”
laung Bazli dengan nada kuat .
Sebaik saja pintu dibuka, Nana terus
masuk dan menutup pintu. Badan disandar di muka pintu. Keluhan dilepaskan
dengan kuat. Nafasnya turun naik seolah-olah seperti baru lepas berlari.
“Matilah kau kali ni, JJ!” Nana bergerak ke tingkap dan langsir tingkap
diselak. Nana terkejut bila Bazli melambai ke arahnya dan terus langsir ditutup
semula. “Eee…. Tak balik lagi! Balik sajalah. Eee… geramnya aku! Aku kena call
JJ bagitahu hal ini.” Telefon bimbit terus keluar dari poket baju cardigan yang
dipakainya.
No comments:
Post a Comment