Day 1
Assalammualaikum
… Semua
Hari
ini saya nak share pengalaman saya pergi ke Singapore. Saya dan adik plan dari tahun lepas. Tiket
murah time tu …. Tiket pergi balik tak sampai RM 500. Berbaloi kan. Lagipun
direct flight dari Penang … Memang senang kami nak pi.
Asalnya
kami plan nak pergi berdua tapi tiba-tiba mak cik nak ikut sekali. Kami pun
okey saja. Lagi ramai lagi meriah kannn….
Kami pergi sana selama 4 hari 3 malam. Kami pergi awal bulan Julai 2018.
Bye Bye Penang ... |
Selepas
subuh kami bertolak, kami tiba di Penang
Airport pukul 7.30 pagi. Nasib baik Jambatan Pulau Pinang tak jam. Kami sampai
awai jugak. Kami terus check in. Tak ramai orang dkt Gate kami duduk. Kami pun makan
roti lapik perut. Pukul 8 lebih, orang dah mula ramai. Pukul 8.50 pagi, gate pun buka. Macam biasa
la cari seat lepas tu duduk. Seat saya tepi tingkap dekat sayap. Hahaha… spoil
betul! Tak nampak apa-apa pun, nampak
sayap saja. Pukul 9 lebih kami dah
bertolak. Cuaca cerah hari ini. Alhamdulillah… Seperti biasa pramugara/pramugari
akan explain pasal safety. Lepas tu pramugari/pramugari akan edarkan
immigration form. Wajib isi tau. Alamat
dan no tel hotel kat Singapore pun kena isi tau. Sedia siap-siap.
Hello, Singapore |
Pukul
10 lebih kami tiba di Changi Airport. Sekejap tau flight dia. Tak sempat nak
tidur. Hahaha… Keluar dari flight saja, terus saya …WOW…. Cantiknya Changi
Airport. Patut la Changi Airport terpilih sebagai Airport yang paling cantik di
dunia. Kami berhenti sekejap , isi air
dalam botol. Kat situ banyak tempat drinking water. Free! Kami terus jalan.
Kami ikut orang jer. Hahaha… Kami tiba di Immigration kaunter. Releks … Jangan
takut. Depa tanya kita jawab saja. Bagi passport dan immigration form kat depa.
Dia akan tanya berapa hari kita kat situ? Dengan siapa? Itu ja. Letak ibu jari tangan kiri dan kanan lepas
itu , okey pass! Boleh jalan.
Prepaid Simcard |
Kami
keluar dari Arrival Hall (Terminal 4). Kami terus cari tempat nak beli prepaid
sim card. Kami nampak ada booth money changer lepas tu nampak poster simcard.
Kami terus beli dengan SGD 18 untuk 5
hari. Internet jer. Ada banyak pakej lagi. Depa akan minta passport kita dan
tolong setting phone kita. Depa fasih bahasa Melayu so jangan risau. Saya terus mesej ayah beritahu yang kami dah
sampai. Sejauh mana kita pergi, jangan
lupa roger mak bapak yer …. Hehehe…
Okey!
Phone dah settle. Kami terus cari shuttle bus ke Terminal 2. Terminal 4 baru
saja dibuka tahun lepas so memang tak ada Train ke City. Train hanya ada dekat Terminal 2. Keluar saja dari Arrival Hall (Level 1) terus
belok kanan. Akan ada sign tulis Bus To
T2 & MRT. Kalau nampak
restaurant Ma Mum, dah nak dekat tu. Akan ada ruang menunggu. Bus akan mai
setiap 15 minit. Kami sampai saja bus
dah penuh. Kami pun tunggu trip seterusnya.
Free yer… Jangan bayar
pulak. Akan ada skrin tulis bila bas
seterusnya akan tiba. Kami tengok ada
orang dah beratur, kami pun beratur jugak. Tak sampai 2 minit, Shuttle Bus
sampai. Laju jugak driver bus ni bawak. Hehehe
Menyenget kami , nasib baik tak lama. Lebih kurang 5 minit kami sampai di
Terminal 2.
Tiba
di Terminal 2, kami terus cari MRT. Tengok signboard jer. Kami belok sebelah kiri sebab nampak sign MRT. Kami turun ikut escalator . Lepas tu kami nampak MRT, akhirnya jumpa
jugak. Kat sini kena beli Tourist Pass.
Senang nak naik bas atau MRT nanti. Beli dekat Transitlink Ticket Office. Ofis
dia tersorok sikit, kadang-kadang tak perasaan. Turun escalator lepas tu belok kiri. Saya ambil 3 days punya
Tourist Pass. Total termasuk rental deposit SGD 30. Jangan risau. Kita boleh refund
balik. Nanti dpt SGD 10 balik.
Kami
terus naik MRT ke Tanah Merah Station.
Kat sini, kami kena transit naik MRT ke Paya Lebar station. Mula-mula
itu memang turun naik jugak sebab tak faham lagi depa punya MRT map. Disebabkan kami sampai awai …. Kami tak boleh
check in lagi, kami terus pergi ke Garden By The Bay. Dari Paya Lebar Station, kami naik MRT ke
Marina Bay. MRT Singapore memang
bersih. Waktu kami naik memang tak ada
orang sebab baru pukul 11.15 pagi. Station terdekat dengan Garden By The Bay
ialah Bayfront Station. Sampai saja
Bayfront Station, kami turun, Naik escalator
dan kami nampak signboard Garden By The Bay. Ikut jer signboard tu.
Dekat jer. Jln lebih kurang lima minit, akan jumpa anak tangga dan lif. Disebabkan bag kami bawak ni berat, kami pun
naik lif. Keluar saja lif …. Jeng jeng
jeng … Garden By The Bay.
Kami
terus tengok map yang terpacak kat depan lif. Mak Oiiii…. Panas teriknya. Kalau tak larat jalan kaki, boleh naik
transport/shuttle yang mereka sediakan.
Berbayor yer… SGD 3. Tapi kami buat keputusan nak jalan …. Jalan sikit jer dah
nampak OCBC Skyway dan Singapore Flyer.
Kami jalan merentasi Malay Garden dan Chinese Garden. Kami duduk
sekejap. Rehat. Bahu ni rasa nak
tercabut. Maklumlah bawa bag seberat 6kg. Rasa packing baju sikit jer.. Hehehe
… Ada banyak kerusi kat situ. Lagipun tak ada orang. Sepuluh minit rehat baru
sedar yang tempat kaki duduk tu berlatarbelakang kan Marina Bay Sands Hotel.
Memang dekat. Nampak jelas.
Cantik kan. Rasa macam kat China pun ada. |
Lepak sekejap... |
Kami
teruskan perjalanan ke Flower Dome. Tak
sampai 5 minit kami pun sampai. Kami cari locker. Bag yang kami galas memang
tak boleh bawa masuk. Locker tu dekat saja dengan ATM.
Mahal jugak. Per entry SGD 4. Nak pulak duit SGD 2x2. Duit lain tak
mau terima. Adik pun dah masukkan beg dia dalam locker tu. Hanya beg dia saja
muat. Disebabkan saya dan mak cik ada
duit besar, kami pun tukar kat gift shop. Bila dah dapat tukar, locker dah
full. Aduiii….. Locker besar hanya ada 8
saja. Saya dan mak cik pun pergi tempat locker lain. Tempat locker ada dua tempat , Flower Dome
dan Golden Garden. Kat Golden Garden,
locker hanya ada empat saja. Of course la full!. Kami pun duduk sekejap nak
fikir nak buat macam mana…. Jam dah pukul 12.30 tgh, perut dah lapar. Kami
nampak MCD. Kat situ, MCD memang halal.
Tempat duduk MCD memang penuh. Nak order pun smpi beratur kat luar
pintu. Kami makan just lapik perut jer…..
Kami makan kat luar sambil-sambil
tengok permandangan kat Golden Garden. Lepas makan kami pi tengok locker, still
jugak full. Adik bawa keluar bag dia.
Kasihan kat dia, melayang SGD 4. Kami buat keputusan datang ke Garden By The
Bay hari seterusnya. Kami pun jalan ke Bayfront Station.
Kami
ambil MRT ke Paya Lebar station sebab hotel kami dekat situ saja. Turun saja
Paya Lebar station, kami terus lost. Hahaha… Tercengang-cengang. GMap pulak buat hal. Asyik hang ja. Kami pun
main agak saja sebab hotel 81 Tristar
jaraknya 1KM dari Paya Lebar station. Travel sendiri ni memang mencabar sikit. Kami belok sana sini. Rasa macam lost pun
ada. Lebih kurang 15 minit kami ternampak jejantas. Mungkin kalau kami naik
jejantas tu kami akan nampak hotel tu, nampak signboard pun jadilah. Naik
jejantas saja, terus kami nampak hotel tu. Betul-betul dekat dengan jejantas tu
… rasanya lebih kurang 300 meter. Memang
seronok tak terkata. Kami pun cepat-cepat turun jejantas. Bawah hotel tu ada
ada kedai makan melayu dan convenience store . Lega rasanya. Dapat masuk bilik saja terus lega. Kami
sembahyang dulu sebelum keluar pergi Merlion Park.
Tergoda tak? Hehehe |
Pukul
4.20 petang kami bertolak ke Merlion Park.
Kami ambil MRT ke Tuas Link dan akan turun di Raffles Place Station. Masa kami tiba, memang time orang balik
kerja. Kami pun keluar dari station
tu dan berjalan sedikit dan nampak
Singapore River. GMaps buat hal lagi. Hmmm… kami buat keputusan follow jer
orang ramai. Confirm mereka nak pi tgk Merlion Park jugak. Masa jalan tu,
nampak la bot-bot lalu lalang. Kami jumpa The Fullerton Hotel dan Cavenagh
Bridge. Apa lagi, bergambor ler. Walaupun panas terik, bedal jer! Kami ada nampak satu tangga ni, kami pun
turun ikut tangga ni. Tak sangka kami boleh jumpa Merlion Park. Hahaha…. Main
redah saja. Ramai giler orang kat situ. Kalau bergambar, confirm ada muka orang
lain. Lantaklah … asalkan ada gambar saya dan patung singa tu. Bukti kita mai Singapore ...Hehehe….
Helix Bridge ... |
Kami
pun teruskan perjalanan. Kami jalan melalui Esplande Bridge. Sebenarnya nak cari tempat duduk. Nak rehat sekejap. Kami pun lepak la dekat Waterfront Promenade
sambil hayati pemandangan kat situ. Ramai betul orang beriadah kat situ. Kami nak pergi Helix bridge sebenarnya
tapi jalan nak ke Helix Bridge ditutup. Ada event. Sebenarnya kami nak ke Marina Bay
Sands … Nak tengok Light and Water show(Spectra). Spectra Show ni memang free.
Showtimes dia ikut jadual. Kalau hari Ahad hingga Khamis hanya ada dua kali saja
… Pukul 8 mlm dan 9 mlm. Kalau hari Jumaat dan Sabtu, ada tiga kali iaitu pukul
8 mlm, 9 mlm dan 10 mlm. Kalau tak silap, hanya 15 minit saja show dia. Adik cakap duduk saja kat sini , nampak jugak
nanti show tu. Masing-masing dah tak larat nak jalan. Seharian kami berjalan
hari ini. Ramai jugak orang kat Waterfront tu. Kat situ memang cantik. Serius
pi sana. Sekelip mata bila malam, pemandang kat situ memang cantik. Memang buat
orang terpukau. Kami tunggulah sampai pukul 8 malam.
Jeng Jeng Jeng ….. biasalah apa yang kita
rancang tak semestinya menjadi kan. Kat tempat kami duduk tu, memang tak nampak
Spectra show. Tak ada rezeki. Hahahah…. Memang lawak betui. But it’s okey, the bright side kami dapat tgk
night view of Singapore.
Dah
puas lepak kat situ, kami pun gerak balik. Memang penat sangat-sangat! Kami tak balik ikut Raffles Place station ….
Jauh… So kami pun cari MRT Station yang terdekat, Esplanade Station. Pukul 9.30 malam, kami tiba di hotel. Sebelum
balik hotel, kami singgah kat kedai makan. Tapau jer … Lagipun kedai tu nampak
macam nak tutup dah. Order nasi goreng Pattaya (SGD 6), cuba darab dengan 3.
Mahaiiiii….. Hahaha… Tapi sedap. Ada sotong besar-besar, udang pun besar-besar.
Kami pun tidur awai sebab esok nak ke USS pulak.
2 comments:
ok next day please .... hihii
diya..
Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel 》FB.COM/LOVETRAVEL86
Post a Comment