BAB
10
Jaket kulit hitam ditanggalkan
sebaik saja melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia baru pulang dari Damansara.
Ada kes rompakkan bank. Ini kes yang ke tiga untuk tahun ini. Mungkin kumpulan
perompak yang sama. Pihak bank kehilangan wang RM500 ribu kali ini. Corak
rompakkan mereka sama seperti rompakkan sebelum ini. Semuanya dirancang dengan
teliti. Berdasarkan maklumat yang dikumpul sebelum ini , rompakkan seterusnya
akan berlaku selepas empat bulan. Ikwan membuka fail maklumat mengenai rompakan
itu. Mungkin ada maklumat dan bukti yang dia terlepas pandang. Dia perlu
tangkap suspek dengan segera. Pen di atas meja diambil. Ikwan memandang pen
pemberian Tan Sri Isa selepas dia dapat keputusan baik dalam SPM. Tiba-tiba Ikwan teringat perbualan dia dan
Tan Sri Isa pagi tadi.
“Tok ayah!” tegur Ikwan sebaik saja
masuk ke dalam bilik bacaan. Kelihatan Tan Sri Isa sedang membaca sesuatu.
“Tak pergi kerja lagi ke?” tanya Tan
Sri Isa. Dia tutup fail kewangan yang dibacanya.
“Lambat sikit. Tok ayah dah breakfast ke?”
“Dah. Jasmin dah bangun ke?”
“Dah … Tok ayah tak breakfast sekali dengan Jasmin ke?”
“Dia kalau nampak aku, mesti dia tak
nak makan sekali dengan aku. Benci agaknya.” Jawab Tan Sri Isa dengan selamba.
Dia tahu Jasmin membenci dirinya.
“Tok ayah! Ikwan tanya sikit boleh …
kenapa tok ayah nak jumpa Jasmin? Maksud Ikwan …. Selepas belasan tahun!” tanya
Ikwan ingin tahu.
“Salah ke aku nak jumpa dia? Dia
cucu aku! Apapun terjadi dia tetap cucu aku…”
Ikwan tersenyum. Sikap Tan Sri Isa
memang takkan berubah. Ego memang tinggi. Memang susah nak akui kesalahan sendiri.
“Memang tak salah. Tak ada law yang
halang datuk jumpa cucu sendiri. Mesti ada sebab tok ayah panggil Jasmin balik
kan” Kata Ikwan dengan lembut.
Tan Sri Isa mengeluh perlahan. “Aku
nak Jasmin ambil alih tempat aku. Aku nak dia warisi DB Group. Walaupun dia tak
suka, aku tetap nak dia kerja kat sana.” Tan Sri Isa bangun dan berjalan ke
arah tingkap. Kebetulan tingkap menghadap ke arah kolam renang. Dia dapat lihat
Jasmin dan Nana di situ. “Aku yakin dia dapat uruskan DB Group. Dia bukan macam
dulu lagi. Naif !”
Ikwan dekati Tan Sri Isa dan turut sama
berdiri melihat ke luar tingkap. Dia terkejut melihat kehadiran Wilma yang
menarik rambut Jasmin. “Wilma! Apa dia buat tu?” Baru saja Ikwan nak melangkah
untuk bantu Jasmin tapi lengan Ikwan dipegang oleh Tan Sri Isa.
“Biarkan! Jangan masuk campur.”
“Tapi tok ayah, kalau dibiarkan.
Teruk jadinya. Tok ayah tahu kan perangai Wilma macam mana.” Ikwan bimbang jika
sesuatu terjadi kat Jasmin
“Kamu patutnya bimbangkan Wilma
bukan Jasmin.” Bibir dijuih ke arah Jasmin dan Wilma. Ada sikit senyuman di
bibir Tan Sri Isa.
Hampir terkeluar biji mata Ikwan bila Jasmin tendang Wilma
sehingga terjatuh dalam kolam renang.
“Dia tahu jaga diri dia sendiri.”
Tan Sri Isa menepuk bahu Ikwan dengan lembut. “ Dia cucu aku!” Tan Sri Isa
terus berjalan keluar dari bilik bacaannya. Pertama kalinya dia bangga dengan
cucunya. Dia yakin DB Group akan lebih maju dan berkembang di bawah pengurusan
Jasmin.
Ikwan terkejut apabila pintu bilik
diketuk. “Masuk!” Mata terus melihat ke arah pintu.
Sarjan Zulkifli masuk. “Tuan. Ini
laporan keterangan saksi pagi tadi.” Diletakkanya fail di atas meja.
“Sarjan! Kamu beritahu semua yang
kita ada meeting pukul 3.00 petang
ni.” Beritahu Ikwan.
“Baik, tuan!” jawab Sarjan Zulkifli
sebelum melangkah keluar. Ikwan menyambung semula kerjanya. Dia berusaha untuk
selesaikan kes ini. Wajah serious membaca laporan tadi.
************************
Dato’Khalid melangkah masuk dengan
wajah tegang. Dia terkejut mendapat tahu yang anak Musa dah balik ke sini. Dia
tak percaya dengan apa yang diberitahu Wilma tadi. Dia nak lihat sendiri.
Mustahil Jasmin balik ke sini.
“Dato nak jumpa Tan Sri ke? Tan Sri
baru keluar.” Suri dekati Dato’ Khalid yang baru saja masuk.
“Aku datang sini bukan nak jumpa Uncle! Aku nak jumpa budak sial tu. Mana
dia? “ Mata meliar mencari kelibat anak Musa yang dah lapan belas tahun berada
di luar negara.
“Budak sial?” Dahi Suri berkerut. Tak
tahu siapa yang dimaksudkan oleh Dato’ Khalid.
“Eh… Kau ni memang bodoh! Siapa lagi
kalau bukan anak Musa tu.” Jerkah Dato’ Khalid.
Suri terkejut.
“Kak Suri … Masuk dalam dulu.”
Kebetulan Jasmin dan Nana baru turun dan terdengar suara dari ruang tamu.
Jasmin kenal sangat dengan lelaki ini. Walaupun dah tua, perangai tetap tak
berubah.
Tanpa banyak soal, Suri meninggalkan
mereka bertiga. Dia dapat rasakan keadaan tegang sekarang ini.
Bulat mata Dato Khalid melihat
wanita yang wajahnya ada iras Halimaton. “Kau! Memang betullah kau dah balik.”
“So
what!” sinis suara Jasmin. Dia dah agak
Dato’ Khalid takkan suka dia balik sini. Orang gila harta macam Dato’ Khalid ni
memang jenis tak tahu malu. Memang orang gila harta macam nilah … kalau ada
orang nak masuk kawasaan mulalah dah macam anjing gila.
“Kau tu budak sial! Kau hanya bawa
sial dalam keluarga ni. Baik kau pergi di sini. Kedatangan kau tak dialu-alukan
di sini. Baik kau berambus.” Jerkah Dato’ Khalid. Mata merah menyala. Hati
tengah berapi-api sekarang ni. Kehadiran Jasmin seolah-olah mencabar maruah
dirinya.
“Sorry!
Actually Tan Sri Isa …. Datuk I
yang suruh I balik sini. Datuk
kandung I dah terima I. Maybe
dia suruh I balik sebab nak ambil
alih DB Group. Maklumlah … I
satu-satunya cucu kandung dia and …I
akan warisi semua ini termasuk DB Group. Buat apa dia nak bagi kat orang lain
sedangkan dia ada cucu dia a.k.a darah
daging dia sendiri. Am I right?”
Jasmin sengaja sakitkan hati lelaki ini. Dia bukan Jasmin yang dulu lagi. Dia
takkan biarkan orang lain hina dirinya sesuka hati.
Wajah Nana berubah. Dia tak berani
bersuara. Keadaan memang tegang.
“Kau! Kau!” Nafas Dato’ Khalid turun
naik dengar kata-kata Jasmin. Memanglah dia orang luar tapi dia dah banyak
berjasa dalam DB Group. Tanpa dia, tak mungkin DB Group berdiri gah sekarang
ini. Setiap selok belok pengurusan DB Group dia tahu, maka dia layak warisi DB
Group. Bukan budak sial ni! “ Kau tahu apa pasal DB Group! Kecik-kecik dulu tak
pandai melawan , dah besar pandai pulak melawan. Kurang ajar pulak tu.” Mata
masih tak lepas memandang Jasmin . Dato’ Khalid mula hilang sabar.
“Iyalah… Dulu I diam sebab I hormat
orang tua tapi bila dah besar … buat apa I
hormat orang tua yang tak tahu hormat orang lain. Tak ada faedah pun” Jasmin
tersenyum sinis.
“Kau …” Dato Khalid dah hilang
sabar. Dia mesti ajar budak ni cukup-cukup.
“Khalid!”
Dato Khalid menoleh bila namanya
dipanggil. Dia terkejut melihat Tan Sri Isa dan Zakaria berjalan dekati mereka
berdua. “Kamu buat apa kat sini?” tanya Tan Sri Isa.
“Uncle!
Betul ke budak ni cakap yang Uncle
yang bawa dia balik sini. Tak kan … Bukan Uncle
bawa dia balik kan! Mustahil ! Uncle benci
dia! Uncle sendiri cakap dia bukan
cucu Uncle. ” Dato’ Khalid tak dapat
kawal perasaannya.
“Kalau kamu nak buat kecoh di sini,
baik kamu balik.” Wajah Tan Sri Isa serius. Sebenarnya dia dalam perjalanan ke
pejabat tapi terpaksa berpatah balik apabila sedar ada dokumen tertinggal.
Mujurlah dia balik, kalau tak entah apa Dato’ Khalid buat kat Jasmin. Ini mesti
Wilma beritahu pasal Jasmin. Dari jauh dah dapat dengar, mereka berdua
bertengkar.
“Uncle!
So memang betullah Uncle nak
serahkan DB Group kat budak sial ni.” Dato’ Khalid mula tunjukkan rasa tak puas
hatinya.
“Khalid! Kamu kena ingat Jasmin
Junaidah cucu aku! Dia akan warisi apa yang aku miliki sekarang ni. Ya, aku
akan serahkan DB Group untuk Jasmin uruskan. Jasmin ada kelayakkan … Ada degree dan master dalam business.
Jasmin mampu uruskan. Aku percaya dia mampu ambil alih tempat aku. So Khalid, aku nak kamu bantu Jasmin
nanti.” Nada suara Tan Sri Isa seperti memberi arahan.
Dato Khalid tergamam beberapa saat.
Dia seolah-olah tak percaya dengan apa dia dengar tadi. Dia sedar Jasmin
tersenyum mengejek ke arahnya. Makin
membara marahnya.
“Dengar kan! I akan ambil alih DB Group so you
better prepare my room.” Jasmin
masih tak berhenti sakitkan hati Dato. Khalid. Hakikatnya tadi terkejut jugak,
ingatkan Tan Sri Isa akan berpihak dekat Dato’ Khalid tapi tiba-tiba berpihak
kat dia! Memang pelik. Tapi biarlah …. Asalkan dia dapat sakitkan hati Dato
Khalid, itu pun dah cukup puas!
Zakaria dekati Dato’ Khalid dan
memegang lengan Dato’ Khalid. “ Baik kau balik, Khalid. “ nasihat Zakaria. Jika
perbualan ini berterusan, pasti benda buruk akan berlaku. Dia kenal
Khalid. Pandang dicabar!
Dato’ Khalid tepis tangan Zakaria
dengan kasar. “ Kau dengan Uncle sama
saja!” marah Dato Khalid dan terus berlalu pergi dengan membawa kemarahan yang
membuak-buak di hatinya.
“Khalid! Khalid!” panggil Zakaria
tapi tak diendahkan. Kelibat Dato’ Khalid terus hilang.
“Biarkan!” tegas Tan Sri Isa. Dia
memandang Jasmin.
Zakaria mengeluh dan berpaling
melihat Jasmin yang masih berdiri situ. “Betul ke Jasmin nak ambil alih DB
Group?” tanya Zakaria. Baguslah kalau itu keputusan Jasmin. Memang itu yang
dinanti-nantikan.
“Bila masa saya cakap nak take over DB Group?”
“Tadi!” jawab Zakaria hairan.
“Uncle!
Saya main-main jer! Biar Dato Khalid cuak sikit. Saja nak sakitkan hati Dato’
Khalid. Baru puas hati ni. Maklumlah Dato’ Khalid saja yang layak warisi DB
Group!” perli Jasmin. Dia melihat ke arah Tan Sri Isa. Dia akan buat Tan Sri
Isa sendiri halau dia keluar dari rumah ini. Cara ini saja dia dapat balik passport dan terus pergi dari sini.
“Aaaa……” Zakaria mati kata. Dia
lihat air muka Tan Sri Isa berubah.
“So
…. I dah bersedia. Nak cakap apa! Cakaplah cepat. Cepat I dengar, cepat I berambus dari sini.” Wajah
Jasmin serius. Dia dah tekad. Hari ini dia nak dengar apa Tan Sri Isa nak cakap! Dia dah bersedia
mental dan fizikal.
“Kita cakap lain kali. Bukan
masanya. Zakaria call Dato’ Lee, kita
lambat sikit.” Tan Sri Isa terus tinggalkan Jasmin.
Mulut Jasmin sedikit melopong bila
ditinggalkan begitu saja. Dia menoleh ke
arah Zakaria. “ Habis tu bila ?” tanya Jasmin.
“Hari ini Tan Sri sibuk sikit. Ada
banyak appointment.”
“Sibuk ke atau sengaja nak lengahkan
masa. I have my own life out there.”
Jasmin bercakap sambil bibir digigit rapat menahan marah.
Zakaria hanya membalas soalan Jasmin
dengan senyuman. Dia sendiri tak tahu niat Tan Sri Isa. Atau memang betul Tan
Sri Isa nak serahkan DB Group kat Jasmin.
********************
Penutup bekas ais krim dibuka dengan
kasar. Sudu diambil. Punggung dilabuhkan di kerusi dengan kasar. Keadaan dapur
sedikit malap. Hanya satu lampu dibuka. Jasmin tak nak penghuni rumah itu tahu
kehadiran mereka berdua di dapur
“Kau dah kenapa? Besar sangat ke
masalah kau sampai makan ais krim pukul dua pagi ni.” Nana turut sama duduk
sambil dagu ditongkat di atas meja memerhatikan gelagat Jasmin. Dari tadi Jasmin tak boleh tidur, asyik bergolek ke
kiri ke kanan sampaikan dia sendiri tak boleh tidur.
Dengan saiz ais krim yang besar
terus disuap masuk ke dalam mulut. Walaupun sejuk, dikunyah jugak. “Aku tengah
panas ni.” Jasmin bercakap dengan mulut yang penuh dengan ais krim.
Dahi Nana berkerut. Dia tak dapat
tangkap apa yang Jasmin cakap tadi. “Kalau cakap apa! Tak faham! Dah macam
bunyi dinosaur aku dengar. Makan dulu baru cakap.”
Sekali gus ais krim ditelan. “Aku
tengah marah. Kau nampak tak, kepala aku tengah berasap ni. Kau tahu kan, kalau
aku marah aku mesti makan ais krim. Nak sejukkan balik badan aku ni.”
“Itulah kau … aku dah cakap, datuk kau cuba lengahkan masa kau. Dia nak
kau stay kat sini”
“No
way! Never! Kau ingat aku nak sangat stay
kat sini! Eee… aku tak ingin la. Eeee… Aku geram betul ! Aku benci! Argh ….
Ingat balik apa dah jadi, mendidih darah aku ni. Kalau aku tahu hari tu
perangkap, aku takkan balik sini. Eee.. Menyesal betul. Patutnya aku selidik
dulu.” Sekali lagi ais krim disuap masuk ke dalam mulut. Walaupun sejuk ditelan
jugak. Inilah satu cara untuk hilangkan marah dengan stress.
Tiba-tiba dapur jadi cerah, Jasmin
dan Nana menoleh.
“Buat apa dalam gelap ni?” tanya
Ikwan. Dia baru saja balik dari operasi. Semasa nak naik atas, dia terdengar
suara yang datangnya dari dapur. Tak sangka Jasmin dan Nana rancak berbual di
sini.
“Suka hatilah orang nak buat apa
pun. Jangan nak sibuk hal orang.” Tempelak Jasmin. Nampak Ikwan, mood terus
hilang. Dia melihat Ikwan dari atas hingga bawah. Dahi berkerut berfikir.
“Ehhh… you ni kerja apa sebenarnya?
Awal-awal pagi dah keluar lepas tu balik pulak bila semua orang tidur. You
ni mesti buat kerja tak baik?”
Nana menoleh dan membuat mimik muka.
Isyarat diberikan agar Jasmin tak cari pasal dengan Ikwan. Mulut Jasmin bukan
boleh dikawal. Main cakap ikut citarasa saja.
Ikwan gelak kecil. “I tak sangka you ambil berat pasal I. Dalam
diam you perhatikan gerak-geri I. Bila I keluar rumah, bila I balik rumah! I tahu you memang sukakan
I. Lebih-lebih lagi, bila you tahu sudu yang you guna sekarang ni …. Sudu kegemaran I.” Ikwan tersenyum melihat Jasmin.
Mata dikenyit sebelah.
Dengan
serta merta, sudu dipegang Jasmin terlepas.
“
I tahu la … you tak sabar nak ehem … ehem dengan I. Dapat sudu I pun
jadilah kan! Itulah I ajak you kahwin, you tak nak. Tapi I
sanggup tunggu. Asal you cakap setuju, hari tu jugak kita terus nikah. Please, continue! Makanlah lagi ais krim tu. I nak naik atas! Nak mandi dulu. Melekit badan ni. So ..
Have a nice dream. Mimpikan I
yer!“ usik Ikwan. Dia terus berlalu pergi tinggalkan Jasmin dan Nana
sambil bersiul riang. Seronok dapat usik
Jasmin! Comel bila buat muka macam tu.
‘”Wek!....” Rasa macam nak muntah
balik air krim yang dimakan tadi. Sudu
tadi diambil semula dan dibaling terus ke sinki. “Gross! Gross!” kata Jasmin sambil lap bibirnya dengan kasar.
Penutup bekas ais krim ditutup semula dengan kasar dan terus dimasukkan di
dalam peti sejuk.
Nana terus ketawa terbahak-bahak
sambil menepuk tangan. “Aku rasa tahun ni jugak kau kahwin dengan Ikwan tu.”
“Jaga sikit mulut kau tu! Eee…. Kutu
rayau macam tu tak sesuai dengan aku! Siang malam keluar! Kalau nak kahwin pun,
aku nak yang ada kerja stabil. Boleh aku bergantung harap kat dia. Nak kahwin
ni seumur hidup. Aku nak nanti anak-anak aku bangga dengan ayah mereka. Orang
yang boleh dijadikan idola. Yang penting dapat bimbing aku dan anak-anak aku
dunia dan akhirat. Ada rupa sikit pun jadilah. Sedap mata memandang!”
“Tinggi jugak demand kau! Pasal datuk kau, macam mana?” Nana kembali semula ke topik asal mereka.
“Esok! Aku akan pastikan dia cakap
apa yang dia nak sebenarnya dari aku.”
“Kalau datuk kau sibuk?”
“Aku akan ikut dia dua puluh empat
jam. Ke mana saja dia pergi, aku akan ikut. Aku jadi gam terus.” Jasmin dah
tekad.
“Good
luck! Tak nak makan ais krim lagi ke? Kot-kot kau nak eham-ehem…” Giliran
Nana mengusik.
“Eee… Mulai sekarang aku takkan
makan ais krim lagi. Kau ingat cakap aku ni! I hate ice cream. Forever!
Selagi aku hidup, aku takkan makan ais krim sampai bila-bila” Jasmin
terus berjalan tinggalkan Nana. Ais krim dah jadi mimpi ngeri dalam hidup dia. Sebelum
tidur, dia kena gosok gigi betul-betul biar bersih.
“Boleh percaya ke!” usik Nana. Dia
ekori Jasmin dari belakang. Dia masih
tak berhenti usik Jasmin sambil berjalan menuju ke bilik.
*********************************************************************************
Assalamualaikum...
Terima kasih kerana semua pembaca yang membaca karya Foto Cinta selama ini. Syukur alhamdulillah ... karya Foto Cinta sudah lulus proses penilaian dan akan diterbitkan tak lama lagi. Foto Cinta Bab 10 adalah last post yang saya upload dalam blog saya. Nantikan novel terbaru Foto Cinta ....
Salam Sayang;
Azimah Lily
2 comments:
alhamdulilah... Boleh dh beli novel nie.. Tahniah kak azimah lily
Terima kasih, Nurul Adhilla. Dah publish nanti akak roger yer ... :)
Post a Comment