Bab 5
Puan
Rokiah tersenyum lebar melihat kedatangan Alif ke rumahnya. “Jemputlah minum.
Auntie ada masak cucur jagung pagi ni. Makanlah.” Pinggan berisi cucur jagung
ditolak agar dekat sedikit dengan Alif .
“Terima
kasih! Mesti sedap. Apa-apa pun auntie masak dah tentu sedap. Sebab itu Fatini
pandai masak macam auntie.” Puji Alif. Sebiji cucur jagung diambil dimasukkan
ke dalam mulut.
“Sedap , auntie!”
Puan Rokiah tersipu-sipu
malu apabila dipuji. Senyuman semakin lebar. Alif memang pandai ambil hatinya.
Berbeza dengan anak-anaknya yang selalu
buat dia marah setiap hari.
“Aaa.. Sebelum terlupa.
Ada hadiah kat auntie. Alif baru jer balik dari China.” Dihulurkan kotak merah
pada Puan Rokiah.
Kotak merah itu diambil
dan dibuka Puan Rokiah. Mata terbuka luas melihat gelang tangan jade itu.
“Cantiknya! Terima kasih, Alif. Mesti mahal ni.”
Alif tersenyum puas. “Auntie! Nak tanya sikit, betul ke …. Fatini
dah balik Malaysia?”
Puan Rokiah terdiam. Anak
mata bertemu dengan anak mata Alif. Jantung mula berdegup kencang. “ Ya. Dah
balik. Tiga hari lepas. Auntie pun terkejut .”
“Kalau Fatini dah
balik, boleh tak Alif nak ajak Fatini
keluar?”
Puan Rokiah mengetap
bibir. Nampak sangat yang Alif masih tak tahu pasal anak yang dibawa balik oleh
Fatini. Hatinya berbelah bagi samada nak beritahu perkara itu pada Alif.
Tiba-tiba dia teringat pesanan suaminya supaya jangan masuk campur urusan
Fatini dan Baiduri. “Sebenarnya Fatini bergaduh dengan Uncle lepas tu terus
keluar rumah.”
Air muka Alif terus
berubah. “Fatini pergi mana?”
“Tak tahu! Sampai
sekarang auntie call, dia tak jawab.”
Wajah Alif bertukar
hampa. “So Auntie sempat tak bincang dengan Fatini pasal lamaran Alif tu?”
“Tak sempat! Auntie minta
maaf , Alif. Auntie akan try call Fatini
lagi. Alif tunggu saja berita baik dari
Auntie. Kali ini Auntie pujuk Fatini terima lamaran Alif. Percaya cakap auntie
ni.” Pujuk Puan Rokiah. Dia tak mahu lagi hampakan perasaan Alif. Dah lima
kali, lamaran Alif ditolak Fatini. Kasihan pulak kat Alif. Apa-apa pun, dia akan pastikan
Fatini terima lamaran Alif. Dia malu setiap kali berdepan dengan Puan Sri
Jelita.
Alif tersenyum lebar. Dia
yakin kali ini Fatini akan jadi miliknya. Dia takkan biar Fatini lari lagi.
“Orang kalau dah tak
suka, sampai mati pun takkan suka.”
Alif dan Puan Rokiah
menoleh apabila dengar suara Fadlan yang baru saja melangkah masuk.
“Angah!” Puan Rokiah
jegil mata pada Fadlan. Bibir digigit rapat.
“Angah cakap benda yang
betul, mama! Kalau Along betul-betul sukakan Abang Alif, dah lama Along terima
lamaran Abang Alif. Kalau tak silap, dah lima kali kan lamaran Abang Alif …. Along tolak. Beginilah, kita hidup ni …. Kenalah belajar
terima kenyataan . Belajar redha dengan takdir Allah Taala.” Fadlan tersenyum
sinis ke arah Alif.
Pandangan tajam Alif
tepat pada lelaki tinggi berkulit sawo matang itu. Alif tahu adik-beradik
Fatini memang tak sukakan dia. Lebih-lebih lagi dia dan Fadlan bekerja di
syarikat penerbangan yang sama.
“Angah! Mulut tu jaga
sikit. Better Angah naik atas sekarang.” Marah Puan Rokiah.
“Mama pun satu. Tak
habis-habis sebelahkan orang luar.”
“Faid Fadlan!” Puan
Rokiah terus sebut nama penuh Fadlan dengan wajah merah menahan marah.
“Ok! Fine! Angah naik
atas sekarang tapi ……” Pandangan Fadlan beralih pada Alif. “ Owner kereta Honda
Jazz warna hitam kat luar tu. Aku harap
Abang Alif suruh orang tu stop follow aku.” Wajah Fadlan serius. Semasa keluar
rumah nak jumpa Fatini, dia sedar ada kereta ekori dari belakang. Untuk buktikan teori dia, Fadlan sengaja
singgah isi minyak di stesen minyak. Kereta Honda Jazz itu turut sama berhenti
tak jauh dari situ. Fadlan tahu itu mesti kerja Alif . Mesti Alif upah orang
ekori dia untuk tahu di mana Fatini sekarang ini. Sebab itu, Fadlan patah balik
ke rumah. Demi keselamatan Fatini, dia batalkan hasratnya untuk berjumpa
kakaknya.
Wajah Alif berubah pucat.
“Apa … Apa… Fadlan cakap ni! Abang Alif tak faham.”
Fadlan hanya tersenyum
melihat sandiwara Alif. Dia terus naik ke atas bilik.
“Auntie! Alif tak pernah
pun upah orang follow Fadlan. Percayalah cakap Alif , Auntie.” Alif membuat
muka tak bersalah.
“Alif , jangan bimbang.
Auntie percaya kat Alif. Auntie kenal sangat perangai anak auntie macam mana.”
“Thank you, auntie!
Auntie seorang saja yang baik dengan Alif.” Kata Alif untuk meraih simpati. Ini
bukan pertama kali dia berlakon depan Puan Rokiah. Dalam hati, Alif tersenyum
puas.
***************
Pandangan Fatini tepat ke
arah mahligai mewah yang dikelilingi tembok-tembok batu itu. Baiduri didukung
dengan erat. Hari ini Fatini buat keputusan untuk datang ke sini lagi. Tak
salah kalau mencuba. Entah-entah kali ini ada orang yang kenal Anas. Fatini tersenyum apabila kepala Baiduri
lentok di dadanya.
Langkah diatur menuju ke
pondak pengawal. Kali ini Fatini bawa gambar Anas bersama. Mungkin kalau dia
tunjuk gambar, ada orang kenal Anas.
“Assalammualaikum ….”
Fatini dekati pengawal yang sedikit berumur itu.
“Waalaikumussalam.” Jawab
pengawal yang berusia dalam lingkungan 50an itu.
“Pak cik! Saya nak tanya
sikit …. Aaaa…….Pak cik, pernah jumpa tak orang ni? Nama dia Anas.” Gambar
ditunjukkan pada pengawal itu.
Dahi
pengawal itu sedikit berkerut. “Maaf, Puan! Pak Cik tak pernah jumpa orang
dalam gambar ni.”
“Betul
ke tak pernah jumpa? Cuba pak cik tengok betul-betul! Mungkin dia pernah datang
sini?”
“Maaf,
Puan! Memang tak pernah jumpa.”
Fatini
mengeluh. Dipandang ke arah Baiduri. Nampaknya pencarian dia tak membuahkan
hasil hari ini. “ Terima kasih, Pak Cik!” Fatini tersenyum sebelum melangkah
pergi.
Bunyi
hon kereta mengejutkan Fatini dan Baiduri. Kereta BMW Z4 berwarna merah
berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua. Fatini baru sedar yang dia menghalang laluan
masuk kereta itu. Dengan segera, dia bergerak ke tepi. Cermin gelap menyukarkan
Fatini untuk tahu siapa pemandunya.
Kereta
mewah itu bergerak laju memasuki mahligai mewah itu. Pandangan Fatini masih
pada kereta mewah itu.
***************************
Kepala
digeleng beberapa kali melihat telatah Fatihah dan Jamal. Hampir sepuluh minit,
Fawz perhatikan pasangan dua sejoli itu. Kata nak jumpa sekejap saja, konon nak
bagi souvenir dari Greece. Alah semua tu alasan saja.
Telefon
pintar miliknya berbunyi. Fawz tersenyum melihat nama yang tertera di skrin
telefon . “ Angah! Dah sampai hotel ke?”
“Assalammualaikum
….”
“Waalaikumussalam.”
Jawab Fawz. Terlupa nak beri salam dulu pulak.
“Dah
banyak kali abang pesan kan! Bagi salam dulu kalau jawab phone.”
“Ya!
Janji tak buat lagi. Angah dah sampai hotel ke?”
“
Ada masalah sikit. Masa Angah on the way, ada kereta follow Angah. Tak sangka pulak, Abang Alif sanggup upah
orang follow Angah semata-mata nak tahu mana Along sembunyi.” Fadlan bergerak
ke tingkap. Dia lihat Alif sedang marah seseorang melalui telefon. Mungkin tak
puas hati sebab plan tak menjadi.
“Wah!
Sampai macam tu sekali nak cari Along.”
“Fawz
pun kena hati-hati jugak. Angah akan datang tengok Along bila keadaan dah reda.
Pesan kat Along supaya hati-hati. Oklah! Nanti Angah call lagi.”
“Baiklah!
Anything, call tau.” Kata Fawz sebelum tamatkan talian. Dia mula susah hati
fikirkan kakaknya. Sampai bila kakaknya dapat bertahan dengan perangai Alif tu?
Dah hampir 10 tahun, kesabaran seorang
manusia ada batasnya. Bila teringatkan
amaran abangnya, Fawz terus tekan bunyi hon kereta.
Fatihah
dan Jamal menoleh.
Fawz
memberi isyarat menggunakan tangan untuk beritahu adik kembarnya tahu yang
mereka sudah lewat ambil Fatini. Dalam masa yang sama, Fawz risau lebih-lebih
lagi Fatini dan Baiduri sedang tunggu di bus stop.
“Orang
nak dating sekejap pun tak boleh.” Fatihah merunggut selepas masuk ke dalam
perut kereta. Isyarat flying kiss dihadiahkan pada kekasih hatinya.
“Nak
dating lain kali pun boleh. Sekarang ini kita kena ambil Along . Abang Alif
tengah meroyan cari Along sampaikan upah orang follow Angah.”
“Apa!”
“Nasib
baik, Angah sedar.”
“Psiko
betul Abang Alif tu! Jenis ketegaq nak mampus! Spesis lelaki macam nilah buat
kaum wanita rasa terancam.” Bebel Fatihah.
“Kau
tak payah nak pot pet pot pet panjang. Kita singgah KFC dulu sebelum ambil
Along.” Kata Fawz. Dia teringat pesanan Fatini tadi.
“KFC
untuk Baiduri. Aiii…. Budak tu dah jatuh
cinta dengan KFC sekarang ni. Hari-hari nak KFC.”
Kereta
Myvi mula bergerak dan menuju ke destinasi seterusnya. Kereta berhenti di
tempat letak kereta. Fatihah turun dan berjalan masuk ke KFC. Sementara
menunggu Fatihah, Fawz betulkan cermin belakang kereta. Matanya terhenti
melihat kereta Proton Wira berwarna putih yang berada tidak jauh darinya. Dia
perasaan yang dia nampak kereta itu semasa berhenti di traffic light sebelum
belok memasuki simpang ke KFC. Fawz mula rasa tak sedap hati.
Fawz
terkejut bila pintu dibuka.
Fatihah
masuk dengan bag plastik KFC. “Kenapa?”
tanya Fatin. Dia hairan apabila wajah Fawz pucat lesi.
“Rasanya
kita kena follow.”
“Apa!”
Fatihah menoleh ke kiri dan kanan.
“Jangan
tengok! Hishhh….” Marah Fawz.
“Kita
nak buat apa sekarang ni? Cepat betul tahu kita kat mana!”
Fawz
mengetap bibir. Anak mata tepat pada Fatihah. “Kau ada upload apa-apa kat IG
tak?” tanya Fawz secara tiba-tiba. Maklumlah Fatihah selalu update status kat
IG. Makan apa? Ada kat mana? Shopping
apa? Semua tu wajib.
Wajah
Fatihah berubah. Alamak, dia ada upload
status yang dia nak jumpa kekasih hati sebelum jumpa Jamal. Siap share location
lagi. Anak mata sedikit bergerak ke arah
lain. Dia tak berani bertentang mata dengan Fawz.
“Fatin
Fatihah.……” jerit Fawz sekuat hati.
“Sorry
la! Tak sangka pulak nak jadi macam ni!”
Fatihah membuat muka sedih untuk meraih simpati.
Pandangan
tajam masih pada Fatihah.
1 comment:
شركة تسليك مجارى براس تنورة
شركة مكافحة النمل الابيض بالقطيف
Post a Comment