Bab 6
Setelah usai Subuh,
Fatini bangun dan lipat kain telekung. Anak mata melihat Baiduri yang begitu
nyenyak tidur di atas katil. Dia tersenyum seraya letak semula sejadah di
kerusi.
Langkah diatur perlahan-lahan menuju
ke katil. Dia tak mahu Baiduri terjaga. Punggung dilabuh ke birai katil dengan
penuh berhati-hati. Baiduri nampak comel bila tidur.
Fatini teringat semula pertemuan dia
dengan Laila beberapa bulan yang lalu.
Beberapa
bulan yang lalu ….
Pandangan mata Fatini tertarik
dengan aksesori wanita yang dijual di booth itu. Dia memang sukakan gelang,
cincin dan rantai. Dia suka kumpul semua itu. Nampak saja aksesori yang unik
dan menarik, dia terus beli tanpa berfikir dua kali. Mungkin ini kelemahan dia
sebagai wanita. Tudung yang dipakainya
dibetulkan selepas ditiup angin.
“Kak Fatini! Is that really you?”
Fatini menoleh. Spek hitam
ditanggalkan. Matanya terbuka luas. “Laila!”
“Yeah! It’s me! Tak sangka jumpa Kak
Fatini di sini. What are you doing here? Vacation ke?” Senyuman Laila semakin
lebar. Dulu dia dan Fatini housemate selama dua tahun. Tak sangka pula selepas tiga
tahun mereka jumpa semula.
“Tak la. Akak sambung PHD kat Zurich
University.”
“Really? Bestnya ….”
Budak perempuan berusia dua tahun
yang rambutnya bertocang dua berdiri di sebelah Laila menarik
perhatiannya. “Siapa si comel ni? Anak
Laila ke?”
“Ya. Baiduri … Salam, auntie!”
Fatini tersenyum bila Baiduri dekati
dan hulurkan tangan. Tangan kecil itu dicapai. Dicium tangan Fatini.
“Pandainya…..” puji Fatini. Telatah
Baiduri mencuit hatinya. “Bila Laila kahwin?”
“Selepas study degree, Laila kenal
Anas. Dia lelaki baik. Kami serasi. Tak tahu la pulak macam mana tiba-tiba saja
saya terus setuju nak kahwin. Mungkin dah jodoh kot.” Laila tersenyum. Dia
betul-betul bersyukur kerana dapat kenali Anas.
Mereka berkenalan hanya lima bulan dan tiba-tiba saja Anas
melamarnya. Dia terus setuju lamaran itu
kerana dia percaya Anas adalah pasangan hidupnya.
“Walaupun dah lambat,
congratulations from me.”
“Thank you. So apa kata kita borak
kat sana.” Tangan kanan ditunjukkan ke arah café yang berada tidak jauh dari
mereka berdiri.
Selepas pelayan café itu ambil
pesanan, mereka berdua sambung berbual.
“Kak Fatini dah last semester ke?”
“Ya. Sekejap jer kan.”
“Aaa…. Kak Fatini still ambil pil
tidur lagi ke?” tanya Laila dengan berhati-hati. Dia bimbang jika pertanyaannya
menguris hati Fatini. Dia masih ingat lagi apabila terjumpa Fatini tak sedarkan
diri di dalam bilik dengan tangan memegang botol pil tidur yang sudah kosong.
“Tak. Akak dah tak ambil pil tidur.
Selepas apa yang dah jadi hari itu, akak dah tak sentuh pil tu lagi. Dulu
mental akak lemah. Stress sangat. Akak dah terlalu penat dengan masalah akak
sebab itu akak ambil jalan mudah. Akak dah putus asa. Akak fikir itu saja jalan
penyelesaian.” Beritahu Fatini. Dia tertekan pada masa itu. Alif pulak kerap ganggu dia di rumah dan kampus. Sikap
obsess dan panas baran Alif buatkan
Fatini rasa lebih tertekan. Dia malu dengan semua orang terutama kali teman
serumahnya. Malam itu, dia terus tekad dan telan semua pil tidur dalam botol
itu. Yang pasti, dia takkan dapat lihat wajah Alif lagi.
‘Tapi
sekarang ni, akak dah kuat. Akak dekatkan diri dengan Allah Taala. Akak yakin
Allah Taala akan lindungi akak . Apa-apa pun, akak kena tabah tempohi dugaan
ni.” Fatini pandang Laila. Kalaulah Laila tak masuk dalam bilik tidur dia malam
tu, mesti dia dah jadi arwah sekarang ni. Dia terhutang budi dengan Laila.
“Family tahu tak pasal hal ni?” tanya
Laila. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), anggaran lebih kurang sejuta manusia mati
akibat bunuh diri dalam setahun. Kadar membunuh diri juga berbeza mengikut bangsa
dan negara. Keinginan untuk membunuh diri timbul bila seseorang itu dalam
keadaan tertekan. Masalah yang dihadapi mungkin mudah bagi individu lain tetapi
ia bagaikan bebanan yang terlalu besar untuk mereka.
“Tak tahu.” Jawab Fatini dengan
senyuman tawar. Dia tak mahu keluarganya tahu.
“Lelaki tu still ganggu lagi ke?”
tanya Laila. Dia takkan pernah lupa lelaki yang bertubuh sasa itu. Setiap kali
datang ke rumah sewa mereka, lelaki itu mesti mengamuk dan kadang-kadang tu
bertindak kasar pada Fatini jika Fatini enggan ikut cakapnya. Ternyata lelaki
itu begitu obsess dengan Fatini.
“Ya. Dua tahun akak stay kat Zurich
ni, dah empat kali akak pindah rumah. “
“Eee…. Dengar saja pun, dah
menyakitkan hati. Psiko betul lelaki itu.” Laila mengetap bibir. Tangan kanan digenggam erat.
“Hal akak tu tolak ke tepi sekarang
ni kita nak borak pasal Laila pulak. Hmm…. Husband Laila orang mana?”
“Malaysia.” Jawab Laila. Dia tahu
Fatini tak mahu cakap pasal Alif.
“Malaysia! Malaysia, negeri mana?”
“Orang KL.”
“KL …. Nanti balik KL, boleh la
jumpa akak.”
“Anas memang orang KL tapi anak
yatim piatu. Dia tak ada saudara mara di Malaysia sebab itu kami jarang balik
sini.”
“Ya ke? Kalau tak, boleh la raya
nanti datang rumah akak. Tapi it’s okey, kalau Laila nak datang Malaysia,
datang la. Boleh tinggal di rumah akak.” Pelawa Fatini. Laila sudah dianggap
seperti keluarga sendiri.
“Insya Allah. Tapiiiii……..”
Dahi Fatini sedikit berkerut. Kenapa
bunyi tapi tu panjang sangat? Air muka Laila pun berubah lain seperti ada
masalah. “Laila ada masalah ke?”
“Mana ada masalah …” tipu Laila.
Pada hakikatnya, ada bebanan berat dalam hati Laila. Berbulan-bulan, dia pendam
semua itu. Dia tak mahu bebankan Fatini dengan masalah dia
“Laila, kalau ada masalah jangan
pendam seorang diri. Apa-apa pun share masalah tu . Jangan jadi macam akak.”
Nasihat Fatini. Selama ini dia ingat dia mampu selesaikan masalah dia dan Alif
seorang diri tetapi ternyata dia silap. Hari demi hari masalah itu menjadi
racun dalam hidupnya. Dia tak mahu Laila lalui semua tu. “Cerita la. Akak akan
bantu apa yang patut.”
“Sebenarnya …..hujung bulan Januari
tahun ni, Anas dapat panggilan dan terus pulang ke Malaysia. Katanya hal keluarga. Tapi dulu sebelum
kahwin, dia cakap dia tak ada family. Bila saya tanya, dia cakap … Balik dari
Malaysia nanti, dia cerita semuanya. Tiga hari selepas itu, Anas ada call. Dia
cakap dia dah beli tiket pulang ke Zurich.
Lepas hari tu, saya terus lost contact dengan Anas. Saya tunggu Anas
tapi Anas tetap tak pulang.” Cerita Laila dengan wajah sedih. Masih lagi
terdengar suara Anas buat kali terakhir malam itu.
“ Berkali-kali saya call tapi masuk
voicemail.”
“Tak cuba cari di Malaysia ke?” soal
Fatini.
“I know this might sound stupid ….
Actually, saya tak tahu langsung pasal
masa lampau Anas. Pasal keluarga dia? Pasal mak ayah dia? Memang saya tak tahu.
Anas seorang perahsia. Dia tak suka saya tanya pasal latarbelakang dia. So saya
hormat permintaan , lagipun Anas lelaki yang baik, bertanggungjawab dan
penyayang. Tak pernah sekali pun berkasar dengan saya. Dia seorang suami dan
ayah yang baik.”
“Dah jadi macam ni, baru saya rasa
menyesal sangat-sangat. Bimbang kalau sesuatu yang tak baik terjadi kat Anas.”
“Takkanlah satu pun info pasal Anas,
Laila tak tahu?”
Laila mengeluh. Sekilas pandang pada
Baiduri . Sekarang ini semakin kerap Baiduri mencari ayahnya. “ Yang ada hanya
alamat dalam kad pengenalan. Memang ada niat nak pergi Malaysia cari Anas tapi
takut sesat pulak. Sebab belum pernah sampai lagi sana.”
“Kalau macam tu, Laila ikut akak
balik Malaysia lepas akak graduate. Itupun kalau Anas still tak balik lagi.
Akak akan tolong Laila cari Anas.” Tangan kanan Laila dicapai dan dipegang
lembut.
“Sekarang ni Laila banyakkan berdoa
demi kesihatan dan keselamatan Anas yer …”
Laila angguk kepala perlahan-lahan.
Kelopak mata mula berair menahan sebak. Tubuh Baiduri ditarik rapat dengannya.
Dipeluk tubuh anaknya dengan erat. Kini hanya Baiduri seorang , dia ada.
Fatini yang hanya memerhati turut
sama simpati dengan apa yang terjadi pada Laila. Dia janji akan cuba cari Anas
untuk Laila.
Lamunan Fatini tersentak apabila
terdengar suara kecil memanggil dirinya. Dia tersenyum lihat Baiduri terjaga.
“Sayang umi nak susu ke?”
“Susu! Susu!” kata Baiduri.
*********************
Fawz dan Fatihah menuruni anak
tangga dengan penuh hati-hati. Mereka tak mahu kehadiran mereka dihidu Puan
Rokiah. Sejak semalam, mereka elakkan diri dari ibu mereka. Mana taknya, Puan
Rokiah tak henti-henti bertanya hotel mana Fatini menginap.
Kepala Fawz dijenguk sedikit . Tiada
sesiapa pun di ruang tamu. “Line clear!”
Tanpa membuang masa, Fawz dan
Fatihah melangkah laju menuju pintu utama.
“Aaaa… Nak ke mana pulak tu?”
Langkah mereka berdua terhenti
apabila ada suara menegur dari belakang. Air muka Fawz dan Fatihah berubah
pucat lesi.
“Mama tanya, nak pergi mana? Jumpa
Along ke?” Sekali soalan itu diulang.
Tubuh mereka berdua perlahan-lahan
bergerak menghadap Puan Rokiah yang sedang mencekak pinggang menanti jawapan.
“Jumpa kawan la, mama!” jawab
Fatihah.
“Tak payah nak tipu. Ini mesti nak jumpa Along kan! Kenapa susah
sangat nak beritahu mama, hah? Takkan
salah kot seorang mama nak jumpa anak dia? Dah la mama call, tak jawab. Mama
mesej pun, tak dibalas. Ini nak jumpa pun, tak boleh. ”
“Ini bukan pasal salah atau tak? Ini
amanah, mama! Along dah pesan jangan beritahu sesiapa pun di mana dia tinggal
termasuk mama dan abah.” Giliran Fawz pula menjawab.
“Lagipun, cikgu pernah cakap. Amanah
seseorang itu kena pelihara.” Tambah Fatihah lagi.
Puan Rokiah mengetap bibir dan
memandang anak kembarnya. “Kalau macam tu, ustazah kat sekolah pernah cakap kan
…… syurga seorang anak di telepak kaki ibu kan!”
Air muka Fatihah dan Fawz berubah
serta-merta.
“Sekarang beritahu mama, apa nama hotel Along menginap sekarang ni?”
tanya Puan Rokiah dengan wajah serius.
Fatihah dan Fawz memandang satu sama
lain. Mulut digigit rapat. Serba salah jadinya.
No comments:
Post a Comment