Bab
14
Fatini memandang ke luar tingkap
kapal terbang. Masih lagi gelap gelita. Dia tak rasa mengantuk langsung.
Dipegang wajahnya perlahan-lahan. Masih terasa sakit di rahang. Dia teringat
semula apa yang terjadi selepas dia keluar dari tandas. Dia tak sangka akan
terserempak dengan Alif. Melihat pemakaian Alif yang lengkap memakai pakaian pilot,
pasti Alif bertugas ke mana-mana. Kalaulah perempuan tu tak muncul, entah apa
yang akan terjadi padanya. Fatini mengeluh kuat. Hal tadi langsung dia tak
cerita pada adik-adiknya. Dia takut masalah bertambah besar lebih-lebih lagi
dia masak sangat dengan perangai Fadlan. Pasti masa itu, Fadlan akan belasah
Alif jugak.
Baiduri bergerak secara tiba-tiba.
Fatini menoleh. Dibetulkan selimut
yang meliputi tubuh Baiduri. Lena betul Baiduri tidur. Pandangan beralih pula
pada Fatihah dan Fawz yang begitu nyenyek tidur. Dia tersenyum lebar.
Sekali lagi, Baiduri bergerak dan
kemudian mengeliat. Mata masih terpejam rapat.
Fatini mengusap rambut Baiduri
perlahan-lahan. Lagi tiga jam, mereka akan tiba di Zurich. Dilihat wajah
Baiduri begitu comel apabila tidur. Fatini mula rasa berat untuk lepaskan
Baiduri pergi. Kalau boleh, dia nak jaga Baiduri selama-lamanya. Apa boleh buat, diri dia memang layak. Anas
bapa kandung Baiduri, jadi Anas saja yang layak jaga Baiduri.
Keluhan
Fatini lebih kuat dari sebelum ini. Dipejamkan mata. Dia perlu jugak tidur
sebelum tiba di Zurich.. Sebaik saja mata dipejam, wajah Alif muncul secara
tiba-tiba. Dengan serta merta, kelopak mata dibuka. Dada dipegang. Denyutan
jantung begitu laju sekali. Rasa takut terus ada. “ Ya Allah, kuatkanlah hati
hambaMu ini untuk teruskan perjalanan hidup ini.” Doa Fatini dengan nada suara
perlahan. Pandangan Fatini kini beralih ke arah tingkap kapal terbang.
**************************************
Nurin
membaling bantal empat segi ke arah Hilman. “Macam mana you cari orang, hah?
Satu job pun tak berjaya. Suruh culik budak perempuan umur 2 tahun, tak
berjaya! Duit nak tapi satu kerja pun tak boleh buat. Sekarang ni, mak dan budak perempuan tu dah
hilang entah ke mana? Kerja senang macam tu pun, tak boleh buat! Arghhh…..”
marah Nurin.
“Sayang!
Jangan marah. I akan cari orang lain, okey! Tapi kenapa you yakin sangat mereka
berdua tu isteri dan anak Anas?”
“You
dengar kan apa Pak Kob cakap kan! Perempuan tu datang cari Anas. Siap tunjuk
gambar lagi. Dua kali perempuan tu datang sini. Instinct I tak pernah salah.
Lagipun , budak perempuan tu ada iras Anas masa kecil.” Kata Nurin. Dia mula
rasa tak sedap hati. Dia masih ingat
gambar yang ditunjukkan oleh Dato’ Azad.
“Kalau
betullah, Anas dah kahwin …. Kenapa tak ada seorang pun tahu? Dato’ Romzi pun
macam tak tahu ajer. Kenapa baru sekarang perempuan tu datang cari Anas?” tanya
Hilman.
“Kalau
I tahu, I takkan suruh orang siasat hal ini. Bengap betul you ni?” marah Nurin.
“Sayang…. Jangan la marah. Tak
cantik kalau you marah macam ni.” Pujuk Hilman. Dia dekati Nurin dan melabuhkan
punggung di sebelah Nurin. Dicapai lembut tangan Nurin dan dicium beberapa
kali.
“Sayang…. I janji I akan cari orang
lain. Lebih expert pasal hal ini, okey! I sanggup buat apa saja untuk you,
sayang! Lagipun I takkan biarkan mereka berdua rosakkan rancangan you. Sampai
lubang cacing , I sanggup cari mereka berdua. So sayang jangan marah lagi. Tunggu berita baik dari I.” Hilman kenyit mata ke arah wanita yang 10
tahun lebih tua darinya. Dicium tangan kanan Nurin sekali.
Wajah Nurin yang ketat tadi bertukar
manis. “Baiklah! I tunggu berita baik dari you, Hilman. I nak siap pergi
kerja.” Nurin bangun. Diusap wajah Hilman sebelum berlalu pergi tinggalkan
Hilman di ruang tamu.
Semasa mendaki anak tangga, dahi
Nurin berkerut. “ Sebelum Romzi tahu pasal mereka berdua ni, aku kena hapuskan
mereka berdua dulu. Aku tak nak apa yang aku usahakan selama ini jadi sia-sia.
Semua harta Dato’ Azad hanya untuk aku. Tiada siapa boleh rampas semua tu dari
aku.” Nurin bertekad.
********************************
Pintu rumah dibuka. Terlebih dahulu
Baiduri berlari masuk ke dalam rumahnya. Dia menjerit gembira.
“Amboi…. Seronoknya dia!” Fawz
geleng kepala beberapa kali melihat telatah Baiduri. Dia melihat setiap sudut
rumah itu. Dahi sedikit berkerut. Besarnya rumah ni. Dua tingkat lagi.
“Ini rumah sewa ke ? Rumah sendiri?”
tanya Fawz.
“Ini rumah Anas.” Jawab Fatini. Dia
membawa masuk bagnya ke dalam rumah.
“Besar giler! Confirm Anas ni anak
orang kaya. Tapi dia kerja apa?”
“Kalau tak silap Along, manager
hotel.” Fatini dekati tingkap dan menarik langsir agar cahaya matahari masuk ke
dalam rumah itu.
“Hotel nama apa?’ tanya Fawz lagi.
“Hmmm… Tak tahu la.” Dahi Fatini
berkerut. Macam mana dia boleh tak tanya pasal nama hotel Anas bekerja pada
arwah Laila?
“Eee…. Kau ni agak-agaklah! Takkan
semua pasal Anas, Along tahu. Tak payah nak berlagak sangat nak jadi detektif.”
Fatihah menyampuk. Dia menolong kakaknya buka langsir di ruang tamu.
“Aku tanya jer la….” Fawz jegil biji
matanya pada Fatini.
“Dah! Jangan bab kecik macam ni nak
gaduh pulak. Malu tahu tak! Tu…Tengok ! Baiduri dah tersengih tengok korang
berdua.” Fatini tersenyum. Baiduri seolah-olah perhatikan gelagat Fatihah dan
Fawz.
Fawz dan Fatihah serentak pandang ke
arah Baiduri.
“ Pelik betul budak ni! Suka sangat
tengok orang!” Fawz cekak pinggang. Diperhatikan ke arah Baiduri yang masih
tersenyum seraya memegang teddy bear kesayangannya.
“Biasalah …. Kanak-kanak baya
Baiduri ni sifat ingin tahu dia tersangat tinggi. Dia sudah mula faham. So nak
cakap tu guna bahasa yang elok-elok sikit. Aaa… Nanti Baiduri ni ikut pulak.”
“Lecehlah macam ni!” Fawz mengeluh.
“ Lecehlah! Lecehlah!” Baiduri ikut
cakap Fawz seraya melompat-lompat gembira.
Fawz menepuk dahinya. Memang
betullah Baiduri ikut cakap dia.
Fatini dan Fatihah ketawa
bersama-sama. Rasa lucu dengan telatah Baiduri.
Mata Fatini terpandang ke arah nota
kuning yang terletak di televisyen. Diambil nota kuning itu dan dibacanya.
Cik
Fatini, bos saya dah arahkan orang bersihkan rumah ini dan belikan
barang-barang dapur sekali. Semua ada. Kalau ada barang dapur yang Cik Fatini
nak pesan, mesej saja saya. Saya akan suruh orang belikan. Oh ya … kami tak
dapat nak jumpa Cik Fatini dalam masa terdekat ini. Kami ada kerja di Austria
beberapa hari. Selepas urusan kami di sana selesai, saya dan Dato’ Romzi akan
segera pulang dan jumpa Cik Fatini. – Farid -
“Nota apa, Along?” Fatihah dekati
kakaknya. Dia turut sama membaca nota itu. “ Dah bersihkan! Senanglah kerja
kita. Tak payah nak kemas lagi. Hmmm… ada
makanan kat dapur.” Kata Fatihah. Dia terus berlari laju ke dapur. Lagipun dia
memang lapar.
“Makanan!” Fawz mendengarnya. Dia
turut sama bergerak laju ke dapur.
Fatini ketawa dengan gelagat
adik-adiknya. Lebih lucu lagi apabila
Baiduri turut sama ekori Fatihah dan Fawz ke dapur. Tanpa disedari, ketawa
Fatini semakin kuat. Sekali lagi, Fatini lihat nota kuning itu.
**************************
Farid berdiri melihat Romzi. “ Boss!
Cik Fatini dah sampai Zurich. Tapi ….kenapa bos tak nak jumpa dia?” tanya Farid. Dia hairan dengan perangai
bosnya itu. Mula-mula hari tu, tak sabar-sabar nak jumpa Fatini. Sekarang
ni, tak nak jumpa pulak.
“Belum tiba masanya lagi.” Jawab
Romzi. Dipandang ke luar tingkap. Salji mula turun . Butiran-butiran putih itu
mula membanjiri kota Zurich.
“Bila masanya, bos?”
Romzi menoleh. “Farid!”
“Sorry, bos!” Farid tahu yang Romzi
tak suka apabila keputusannya dipertikaikan. “ Hmmm… Masa bos mandi tadi, Puan
Haya call, dia terkejut bila dapat tahu bos cuti sebulan. Dia risau. Dia ingat
bos sakit.” Beritahu Farid tentang pesanan kakak tiri Romzi
“Jadi kau cerita pasal Anas kat
Haya?”
“Tak bos. Pasal Anas kan, rahsia!
Saya cakap yang bos nak berehat sekejap.”
“Bagus! Aaa…. Aku nak keluar
sekejap.” Romzi mula berjalan dan mencapai kot bajunya. Mafela terus dililit di
lehernya.
Farid terus ekori Romzi.
Langkah Romzi terhenti. Dia menoleh
ke belakang. “ Kau nak ke mana?”
“Ikut bos la. Bos kan nak keluar.”
Jawab Farid dengan wajah terpinga-pinga.
“Tak payah ikut. Aku nak keluar
seorang. Kau patut berehat. Kau pun cuti sebulan macam aku jugak.”
“Tapi boss, takkan boss nak keluar
seorang.”
“Hish…. Aku dah besar. Dah nak masuk
38 tahun tahun ni… Dah, better kau masuk bilik kau. Berehat. Aku nak keluar
sekejap.” Tegas Romzi. Dia terus pulas tombol pintu dan keluar dari biliknya.
Farid mengeluh dan mencekak
pinggang. “Ada-ada saja, bos aku ni!”
***************************************
Hood Baiduri dibetulkan. Fatini
takut kalau kepala Baiduri terkena salji yang mula turun. Dia bimbang kalau
Baiduri demam. Lagipun cuaca di Zurich hari ini 3 darjah celcius. Tangan Fatini
masih pegang tangan Baiduri. Kelihatan Baiduri nampak seronok melihat salji
turun.
“Salji! Salji!” jerit Fatihah seraya
menadah tangan agar salji jatuh ke situ.
“Macam budak-budak … Macamlah tak
pernah tengok salji. Hari tu kita pergi
Seoul, kan ada salji jugak.”
Fatihah lihat ke arah Fawz. “ Itu
salji Seoul. Ini salji Zurich pulak. Apa la kau ni!”
Bibir dijuih panjang. “Are we there
yet?” tanya Fawz. Dia peluk tubuhnya. Dibetulkan cap yang dipakainya. Angin
sejuk buatkan dia rasa nak balik rumah saja.
“Dah nak dekat.” Jawab Fatini.
“Kenapa tak nak naik kereta tadi?”
“Grocery store tu dekat jer. Alaaa….
Sesekali jalan kaki takkan tak boleh kot.”
“Along! Agak-agaklah nak jalan kaki
pun. Sejuk kot. Sekarang ni kan winter. Tengok! Mana ada orang jalan macam kita
pun. Semua orang duduk rumah. ” Bebel Fawz. Dia melihat sekeliling mereka. Tak
ada sesiapa pun selain mereka berempat.
“ Kita jalan tak sampai lima minit
pun. Kau membebel macamlah kita dah jalan 1 kilometer.” Tegur Fatihah.
“Sejuk tahu tak?” Fawz jeling pada
Fatin.
“Sudah! Jangan gaduh! Korang berdua
nak ke Baiduri join sekali?” Fatini memberi isyarat. Dijuih bibir ke arah
Baiduri yang melihat ke mereka berdua.
Fatihah dan Fawz terus diam.
Fatini geleng kepala. Mereka
teruskan perjalanan mereka. Dia tersenyum melihat bangunan berwarna kuning di
hadapan mereka. “ Dah sampai!” kata Fatini.
Mereka berempat masuk ke grocery
store dan mula mencari barang-barang yang ingin dibeli. Fatini keluarkan kertas
yang mengandungi senarai barang yang tiada di rumah. Walaupun peti sejuk penuh
dengan bahan-bahan nak masak tapi masih ada bahan-bahan yang tiada.
Sebaik saja tiba di bahagian
buah-buahan, Fatini tersenyum melihat buah pear kegemaran Baiduri ada di situ.
Arwah Laila pernah cakap yang Baiduri gemar makan buah pear. Dia menoleh
melihat Fatihah dan Fawz melayan kerenah Baiduri.
Setelah selesai membuat pembayaran,
mereka berempat keluar dari grocery store itu. Fatini cuba mencari dompetnya
tetapi bag yang berisi buah-buahan terhempas jatuh ke lantai. Beberapa biji
buah pear bergolek keluar.
“Along!” Fatihah terkejut
melihatnya.
“My bad!” Fatini segera mengutip
buah pear itu kerana bimbang jika mengganggu orang yang lalu lalang di situ.
Dimasukkan segera ke dalam bag.
Fatihah segera membantu kakaknya.
Manakala Fawz memegang erat tangan Baiduri.
Pandangan Fatini tertumpu ke arah
buah pear yang terakhir. Tiba-tiba ada tangan terlebih dahulu mengambil buah
pear itu. Fatini dekati lelaki itu. Dia cuba tersenyum. “Thank you.” Ucap
Fatini. Dia cuba ambil buah pear itu tetapi lelaki yang berambut panjang dan
berjambang itu terus gigit buah pear itu. Dikunyah perlahan-lahan. Dia terus
kenyit mata pada Fatini sebelum berlalu pergi.
Tubuh Fatini masih kaku. Dia masih
terpinga-pinga dengan apa yang baru saja terjadi tadi.
“Along! Are you okey?” tanya Fatihah.
Dia turut sama lihat apa yang berlaku tadi.
“I’m fine!” jawab Fatini.
“Wah…. Sedap betul makan buah orang
macam tu saja.” Fatihah mengetap bibir.
“Homeless kot.” Fawz menyampuk.
Iyalah …. Rambut panjang lebih tu berjambang pulak tu. Buah pear yang kotor
lepas tu jatuh atas lantai pun, lelaki tu boleh makan macam tu saja.
“Biarlah! Sebiji saja pun! Anggap
sedekah jer. Jom balik! Makin sejuk pulak.” Ajak Fatini. Dia memberi isyarat agar mereka berjalan
dahulu. Sebelum mengorak langkah, Fatini menoleh ke belakang sekali lagi.
Kelibat lelaki itu sudah tiada. Kenapa macam pernah nampak saja? Kat mana? Dahi
sedikit berkerut. Berfikir!
“Along! Cepat la!” jerit Fawz. Dia
hairan apabila kakaknya masih tercegat di situ.
“Ya! Ya!” jawab Fatini. Dia segera
mengorak langkah laju mengejar mereka bertiga.
No comments:
Post a Comment