Bab 10
CIKGU HAWA dan Puan Aini berdiri di hadapan
rumah ketiga-tiga calon menantu anaknya. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 7
pagi.
“Kak Long, Aini rasa tak elok kita
masuk rumah depa tanpa pengetahuan depa.”
“ Awat pulak? Ini rumah aku lepas tu
hang kan tahu kenapa aku bagi depa tinggal asing-asing …. Aku nak tahu macam
mana depa jaga rumah ni. Pembersih ke pengotor, ini saja cara aku nak tahu.
Jangan banyak cakap, ikut saja aku.” Cikgu Hawa terus keluarkan kunci. Sasaran
rumah pertama dah tentu rumah Talia.
Dengan menggunakan kunci pendua,
Cikgu Hawa dan Puan Aini masuk. Suasana sunyi sepi, pasti Talia tengah tidur
lagi.
Mata Cikgu Hawa terbuka luas melihat
keadaan ruang tamu yang bersepah. Pakaian Talia tersidai di sofa putih.
Manakala plastik biscuit dan keropok dibiarkan saja terbuka tanpa disimpan semula. Beberapa air
kotak yang sudah diminum dibiarkan saja di atas meja kecil itu. Kasut pula
tidak disusun dan dilempar sana sini. Wajah Cikgu Hawa sudah bertukar merah.
Puan Aini memberi syarat pada
kakaknya supaya bersabar.
Cikgu Hawa mengetap bibir. Dia
berjalan ke bilik tidur pulak.
Pintu bilik tidur sedikit terbuka.
Puan Aini tolak pintu bilik tidur
itu perlahan-lahan. Yang jelas Talia nyenyak tidur di katil malah tidak
menyedari kehadiran mereka berdua. Mata Puan Aini meliar ke setiap sudut bilik
tidur itu. Memang bersepah. Pakaian berselerak di atas katil dan di lantai.
Yang dah dipakai dan belum dipakai bercampur.
Tuala pun dibiarkan saja di lantai. Puan Aini menoleh. Yang jelas wajah
kakaknya sudah berubah marah. Dengan segera tangan kakaknya ditarik ke dapur
pula.
Alangkah terkejut mereka berdua
melihat keadaan dapur. Pinggan mangkuk bertimbun di sinki tanpa dibasuh.
Ditambah pula dengan periuk yang sudah diguna dan dibiarkan kering tidak
berbasuh di dapur gas. Sampah pula tidak
dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. Meja makan empat segi yang ada
di dapur dijadikan tempat kumpulnya sampah. Bertimbun pulak tu.
Bibir Cikgu Hawa sudah mula
bergetar. Memang pengotor betul budak ni… Perangai pengotor macam ni nak jadi
isteri Amir, jangan haraplah. Baru beberapa hari saja duduk, rumah ini dah
macam sarang tikus. Darahnya tengah mengeledak seperti gunung berapi. Dia terus
melangkah laju ke luar dari rumah.
Puan Aini mengekori kakaknya keluar.
Ditutup pintu rumah Talia dengan perlahan-lahan.
Cikgu Hawa pejamkan mata. Ditarik
nafas dan dihembus perlahan-lahan. Dia cuba tenangkan perasaannya.
Puan Aini hanya diamkan dan matikan
hasratnya untuk bersuara. Kakaknya pasti perlukan masa untuk bertenang selepas
saksikan apa yang berlaku tadi.
“Okey! Rumah Mahfuzah pulak.” Ajak Cikgu
Hawa selepas buka kelopak matanya.
Puan Aina mengekori kakaknya.
************************
MEERA
ketawa terbahak-bahak apabila mendengar cerita Talia. “ Wei, kau ni memang
jahatlah. Sempat ke kau kotorkan rumah tu dalam masa yang singkat?”
“Sempat! Bersepah giler rumah ni aku kerjakan. Nasib
baiklah aku terdengar plan Cikgu Hawa dengan adik dia. Yang pasti aku ni
pilihan terakhir Cikgu Hawa. ”
“Entah-entah nama kau tak termasuk
dalam kategori pilihan pun….” Meera ketawa. Dia telefon Talia selepas selesai shooting drama pagi tadi. “ Eh, kau okey ke bila rumah tu kotor? Kau
kan clean freak!”
“Sebab itu aku tak tidur semalaman,
tangan aku asyik nak kemas semua tu balik. Nasib baik, mindset aku ni kuat. Kalau
tak terpaksalah, aku ikat tangan aku ni….” Kata Talia. Dia memang jenis
pembersih. Pantang nampak habuk dan tempat bersepah.
Semakin kuat Meera ketawa. “ So apa plan kau seterusnya ? Hari ini
nak test apa pula?”
“Tak tahulah. Aku ikut flow saja. Tapi aku rasa bersalah pulak
sebab asyik buat Cikgu Hawa naik angin. Dibuatnya Cikgu Hawa tu ada darah
tinggi ke sakit jantung ke? Lain pulak jadinya nanti….” Talia luahkan rasa
bersalahnya. Tak patut dia buat macam tu kat Cikgu Hawa.
“Tapi kau janganlah buat dia marah
terlebih pulak. Bagi marah ringan-ringan saja.”
“Oklah! Esok pagi aku call kau lagi, sekarang aku nak kena
kemas balik rumah ni. Semak kepala otak aku ni. Lagipun test seterusnya bermula pukul 11 pagi.”
“Yalah. Aku pun nak kena hafal skrip
lagi. Good luck for your next test.”
Kata Meera.
“Banyak la kau punya good luck. Okey, bye!” kata Talia
sebelum tamatkan panggilan itu.
Talia terus cekak pinggang. Dia
geleng kepala beberapa kali melihat keadaan rumah itu. “ Disebabkan tak nak
kahwin punya pasal, kerja gila macam ni aku sanggup buat.” Keluhan begitu kuat
sekali. Talia mula kutip satu persatu pakaian dan kasut yang berselerak di
ruang tamu.
*********************************
PINTU
dikunci sebelum keluar. Talia tersenyum melihat Mahfuzah juga baru saja keluar
dari rumah sebelah. “ Kak Mahfuzah!” tegur Talia dengan penuh ceria.
Mahfuzah turut sama tersenyum.
“ Jom, kita pergi sama-sama!” ajak
Talia. Dia menoleh ke rumah Sakinah. “ Kak Sakinah tak ikut sekali ke?”
“Awal-awal lagi Sakinah dah pergi
rumah Mak Cik Hawa.”
“Oooo….. Menantu pilihan kan…” Talia
tersengih.
Mahfuzah ketawa kecil.
“Awal-awal lagi semua orang dah
tahu, Kak Sakinah akan jadi menantu pilihan. Kita berdua ni hanya sekadar iklan
dan pelakon tambahan saja. Kononnya nak meriahkan suasana aje….”
Mahfuzah angguk kepala dan setuju
dengan kata-kata Talia. Hari pertama
lagi dia sudah nampak keakraban Cikgu Hawa dan Sakinah. “ Akak nak tanya sikit
boleh ?”
“Boleh… Tanyalah….”
“Talia datang sini sebab nak kahwin
dengan Amir ke? Maksud akak, nak jadi menantu Mak Cik Hawa ke?”
Talia tersengih. “ Kahwin? Amir tu
pun Talia tak kenal, macam mana nak kahwin? Talia datang sini pun sebab nenek
Talia. Nenek Talia dengan Datin Maimun kawan baik. So
kenalah ikut cakap nenek bila nenek
suruh datang sini. Lagipun Talia tak berharap sangat pun nak jadi menantu Auntie Hawa. Talia sedar Talia ni serba
kekurangan. Hehehehe” Kata Talia dan diakhiri dengan ketawa. “ Kak Mahfuzah
pulak macam mana?”
“ Hmm…. Family akak banyak terhutang budi dengan Puan Zainab. Puan Zainab
banyak tolong kami masa kami susah dulu. Jadi mak ayah akak setuju saja dengan
pemintaan Puan Zainab. Akak pun tak berharap sangat. Kalau Sakinah terpilih
pun, akak tak kisah.” Cerita Mahfuzah.
“Nampak kita tergolong dalam bot
yang sama.” Talia ketawa. Masing-masing setuju hanya kerana nak jaga hati orang
lain.
“Talia! Mahfuzah!”
Mereka berdua menoleh. Mereka berdua
berbual sampai tak sedar yang mereka sudah sampai di rumah Cikgu Hawa.
“Cepat
masuk, dah nak start…..” panggil Puan
Aini. Dia berdiri di muka pintu rumah.
“Ya… Ya….!” Jawab Talia. Dia dan
Mahfuzah segera tanggalkan kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah Cikgu Hawa.
***********************************
CIKGU
HAWA tersenyum melihat cara Sakinah menjahit. Begitu cekap Sakinah
menjahit. Dia berpuas hati.
Langkah menuju ke Mahfuzah pula.
Cikgu Hawa turut sama tersenyum. Ternyata Mahfuzah ada bakat menjahit seperti
Sakinah. Nampak sangat Sakinah ada saingan. Dia turut sama akui Mahfuzah juga
calon isteri yang sesuai untuk Amir.
Seterusnya, Cikgu Hawa dekati Talia.
Senyuman terus hilang. Talia masih lagi terkial-kial cuba masukkan benang ke
dalam lubang jarum. Orang lain dah siap jahit butang baju di kemeja, Talia pula
masih lagi di peringat permulaan. Apa la yang Talia tahu sebenarnya, satu benda
pun tak tahu buat… Macam mana nak jadi isteri yang perfect untuk Amir nanti? Argh… Talia ni masih dalam ketegori budak
lagi, awal-awal lagi Talia dah disqualified.
“Auntie!”
Talia tersengih.
“Nak apa?”
“Aaa…. Tolong ajarkan cara nak
masukkan benang ni? Heheheh…. Talia tak tahu .”
“Ini test ! Patutnya buat sendiri. Dulu, masa kat sekolah ada ujian, ada
ke cikgu tolong kau jawab soalan ujian kau? Ada ke cikgu buat macam tu?” marah
Cikgu Hawa.
Talia terus tundukkan kepala.
“ Kak Long ni, garang tak bertempat
! Apa salahnya kalau ajar sikit, nak masukkan benang saja pun …. “ tegur Puan
Aini. “Kalau Kak Long tak nak ajar, biar Aini ajarkan.
“Aini…. Ini…..”
“Masukkan benang dalam lubang jarum
tak termasuk dalam test ni pun, Kak
Long. Tak ada masalah pun kalau Aini ajar Talia….” Puan Aini mencelah.
Kadang-kadang tu perangai kakaknya itu melampau jugak. Cukup tegas dengan
Talia. Kasihan pula bila tengok Talia sentiasa dimarahi kakaknya. Talia pula
bukan jenis melawan, diam saja bila dimarahi…..
Cikgu Hawa terus terdiam. Dia
melihat adiknya ajar Talia masukkan benang ke lubang jarum. Dia hanya mampu
memerhati.
2 comments:
test
Izin promo ya Admin^^
bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))
Post a Comment