Bab
9
CIKGU
DIN mendekati isterinya yang sedang berehat dalam bilik. Terhidu bau minyak
cap kapak. “ Awat, sakit kepala ka?” tanya Cikgu Din.
“Ya. Berdenyut kepala ni. Semua ni
anak Wahid punya kerja la. Baru sehari ja dah buat kepala ni sakit.” Jawab
Cikgu Hawa dengan pejamkan matanya. Rasa kurang sikit sakit kepalanya.
“Pasal dia masak telur rebus tu yang
buat Hawa sakit kepala….” Kata Cikgu Din dan diakhiri dengan gelak ketawa.
Semasa dia balik sembahyang Zuhor kat masjid, awal-awal lagi adik iparnya
cerita apa yang berlaku. Rasa lucu pun ada.
Kelopak mata Cikgu Hawa terus
terbuka luas. Dipandang tajam kepada suaminya. “ Abang, ini benda serius.
Nampak sangat budak tu tak tahu masak langsung. Yang pelik tu kenapa umi puji
sangat yang kononnya budak tu pandai memasak. Kalau setakat telur rebus tu,
budak darjah 1 pun tahu masak. Ikutkan hati nak saja Hawa call umi, Hawa nak tanya kenapa umi bohong pasal Talia ni….”
“Hish… Hawa, umi kan tengah buat
umrah sekarang ini. Janganlah kacau umi. Bila umi balik nanti, Hawa tanya umi
elok-elok.” Nasihat Cikgu Din.
“Tapi……”
“Talia tu muda lagi. Kalau Talia ada
buat salah, Hawa tegur dan ajar elok-elok. Abang tengok Talia tu budak baik
sebenarnya cuma Talia tu terlebih happy
sangat dan banyak cakap ….. Cakap
baik-baik dengan Talia.” Tambah nasihat Cikgu Din lagi.
Cikgu Hawa angguk kepalanya
perlahan-lahan.
“Lepas ni apa pula program
seterusnya….” Tanya Cikgu Din.
Cikgu Hawa hanya mampu tersenyum.
Sakit di kepalanya masih lagi belum hilang.
********************
PUAN
AINI memberikan sekeping kertas pada Sakinah, Mahfuzah dan Talia.
Talia melihat senarai yang ada di
kertas tadi. “ Ini…..”
Cikgu Hawa mencelah. “ Jom ikut mak
cik.” Cikgu Hawa terus berjalan menuju ke belakang rumah.
Talia mengikuti dari belakang.
Selepas seminit berjalan mereka tiba
di kebun sayur yang terletak tidak jauh dari belakang rumah.
Puan Aini membuka pintu kebun sayur itu yang dipagari sekelilingnya.
“OMG!” kata Talia. Mulut terbuka
luas. Dia tak percaya melihat kebun sayur itu yang kehijauan. “ Semua ni auntie
tanam ke?” tanya Talia.
Cikgu Hawa buat tak peduli dengan
soalan Talia. “ Test yang seterusnya
…. Dah tengok kan senarai sayur dan ulam-ulaman yang kat situ. Ambil dan masukkan
dalam bakul. Mak cik nak tengok kamu
semua kenal tak dengan pokok yang ada dalam taman ni. ”
Puan Aini hulurkan bakul kecil pada
setiap orang termasuk cutter dan penyodok tanah kecil.
“Setiap orang senarai tak sama so
jangan haraplah nak tiru.” Kata Cikgu Hawa seraya pandangan mata tepat ke arah
Talia. “ Cari dalam masa 15 minit. Dah selesai, berkumpul di dapur. Okey…. Kita
mula sekarang …..”
Terlebih dahulu Sakinah tergesa-gesa
masuk ke dalam kebun itu.
Manakala Mahfuzah kelihatan releks dan
tenang saja.
Talia masih tercegat di situ. Dia
membaca satu persatu apa yang tertulis dalam kereta itu. “ Daun cekur tu daun aper?” tanya Talia.
Cikgu Hawa hanya mendengus kuat dan
terus berlalu pergi.
Puan Aini tidak suka dengan sikap
kakaknya yang layan Talia seperti itu. “ Daun cekur tu tumbuhan herba bersaiz
kecil dan berwarna hijau. Selalunya orang jadikan ulam.” Beritahu Puan Aini.
Talia tersenyum. “ Thank you, Auntie!”
“Aini, masuk!” jerit Cikgu Hawa. Dia
berpaling ke belakang dan terkejut melihat adiknya bercakap dengan Talia.
“Ya…. Ya…” jawab Puan Aini. “ Talia
cari cepat, masa tengah berjalan ni.”
“Okey, auntie! Talia pergi cari sekarang ….” Talia terus masuk kebun sayur
itu.
“Aini! Awat hang tercegat kat situ
lagi? Cepat masuk….” Jerit Cikgu Hawa.
Puan Aini geleng kepala. Dari jauh
dia nampak wajah tak puas hati kakaknya.
*********************************
CIKGU
HAWA tersenyum apabila Sakinah orang pertama masuki pintu belakang dapur.
Sakinah letakkan bakul yang penuh
dengan sayur-sayuran yang dipetiknya tadi di hadapan Cikgu Hawa dan Puan Aini.
Puan Aini periksa satu persatu apa
yang ada dalam bakul itu berdasarkan senarai yang tertulis dalam kertas itu. “
Semua betul! Pass!” kata Puan Aini.
Sakinah tersenyum. Dia bertukar
pandangan dengan Cikgu Hawa. Yang jelas Cikgu Hawa berpuas hati dengan
prestasinya. “ Ibu ajar kami semua adik beradik bercucuk tanam sejak kecil
lagi. Rumah kami kat Ipoh ada kebun sayur tapi kecil saja, sebab tu saya kenal
dengan apa saja jenis pokok.” Beritahu Sakinah.
“Bagus!Bagus! Itu sepatutnya kita
ajar anak-anak kita. Jangan asyik pegang phone
saja.” Tambah Cikgu Hawa. Keluarga Sakinah nampaknya bijak mendidik
anak-anaknya.
Mahfuzah masuk dan angkat bakulnya
di atas meja.
Seperti Talia, Puan Aini lakukan
perkara yang sama pada bakul Mahfuzah. “ Daun kaduk, hang tahu ?” tanya Puan
Aini. Ditunjukkan daun kaduk pada Mahfuzah.
“Tahu. Kat rumah tok, ada banyak
pokok kaduk. Hampir menyerupi daun sirih tapi ia bukannya tumbuhan memanjat
tapi tumbuh di tanah.” Jawab Mahfuzah.
Cikgu Hawa tersenyum dan angguk
kepala perlahan-lahan.
“ Ok! Pass!” kata Puan Aini.
“Terima kasih…” kata Mahfuzah. Dia
berjalan dan berdiri di sebelah Sakinah.
“Mana budak Talia ni? Takkan tak
habis petik lagi.” Kata Cikgu Hawa. Dia mula risau. Entah apa Talia tu buat di
kebun sayurnya. Jangan jahanamkan kebun sayur tu sudahlah.
“Tak cukup 15 minit lagi, Kak Long.
Tunggulah sat.” Kata Puan Aini.
Tiba-tiba Talia masuk dan tersenyum.
Dia letakkan bakulnya di atas meja untuk dinilai.
Puan Aini dan Cikgu Hawa terkejut
lihat bakul itu penuh dengan macam-macam sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
“Ini peria….” Talia tunjukkan buah
berwarna hijau yang sebesar lengannya.
“Aaaa…. Bukan peria tapi ini labu
air…” kata Puan Aini dan diletakkan buah labu air ke tepi.
“Opsss…” Talia tutup mulutnya.
Dikeluarkan pokok yang daunnya berwarna hijau gelap dengan bentuk panjang. “
Ini ulam raja.”
“Talia, ini daun kesum bukan ulam
raja.” Tegur Puan Aini.
“Salah lagi ke?” tanya Talia dengan
wajah masam. Dikeluarkan daun seterusnya, daunnya panjang halus. “ Daun kunyit, betul kan ….” Kata Talia.
“ Ini daun pandan.” Dahi Puan Aini
mula berkerut. Sekilas dia menoleh ke arah kakaknya. Nampak air muka kakaknya
semakin keruh.
Talia mengeluh. “ Yang ini, pasti
betul!” kata Talia dengan keluarkan pokok yang dikerat batang bersama buahnya
sekali. “ Daun pudina…” kata Talia.
“Ini bukan daun pudina, ini daun
limau purut.” Beritahu Puan Aini lagi.
“ Aduh, salah lagi …..” kata Talia.
Dikeluarkan satu pokok yang berwarna hijau yang daunnya panjang. “ Daun
bawang…..” beritahu Talia.
Puan Aini menepuk dahinya dengan
perlahan. Pokok kucai dicakapnya daun bawang pulak… Mampus macam ni….
“Talia Lana…………” jerit Cikgu Hawa.
Dia sudah hilang sabar. Rumah batu dua tingkat itu bergema dengan suara Cikgu
Hawa.
**************************************
TALIA,
Sakinah dan Mahfuzah berjalan balik ke rumah masing-masing.
Talia masih tundukkan kepala. Dia
masih tak dapat lupakan apa yang berlaku tadi. Jeritan Cikgu Hawa tadi
benar-benar buat dia terkejut. Nak dekat 10 minit, dia dengar leteran Cikgu
Hawa. Hakikat sebenarnya dia kenal semua jenis tanaman yang ada kat kebun sayur
tu cuma dia sengaja pilih yang salah semata-mata nak buat Cikgu Hawa
marah. Akibatnya rasalah. Dalam masa
yang sama dia rasa bersalah jugak.
“Talia! Anggap saja apa Mak Cik Hawa
cakap tadi tu sebagai teguran. Jangan ambil hati sangat, esok Mak Cik Hawa okey
lah…” kata Mahfuzah.
Talia angguk kepala perlahan-lahan. Dia
tersenyum.
“ Teguran apanya…. Itu tanda Mak Cik
Hawa tengah marah. Satu jenis pokok pun
tak tahu tapi ada hati nak kahwin.” Sindir Sakinah. Dia sempat jeling ke arah
Talia sebelum masak ke rumahnya.
Mahfuzah geleng kepala.
Dahi Talia berkerut selepas dengar
kata-kata Sakinah. Dia melihat Sakinah masuk ke dalam rumah yang bersebelahan
dengan rumahnya.
“Jangan dilayan sangat perangai
Sakinah tu, biarlah dia. Masuk, mandi dan rehat.” Kata Mahfuzah.
“ Bye…. Jumpa esok.” Kata Talia pada Mahfuzah. Rumahnya bersebelahan
dengan rumah Mahfuzah. Rumah Talia
terletak di tengah-tengah. Ketiga-tiga mereka menetap di deretan rumah
berkembar yang asalnya dijadikan homestay. Ada lima buah rumah di situ.
“Bye!”
Balas Mahfuzah.
Talia menanggalkan kasut dan membuka
pintu rumah. Dengan cepat-cepat, pintu ditutup. Suis kipas dibuka. Dia segera
duduk di sofa ruang tamu. Rambut palsu Afro ditanggalkan. Rimas betul, seharian
dia pakai rambut Afro ni. Dibetulkan rambut panjangnya. “Leganya….”
Dia terus baring di sofa dengan
pandangan ke arah siling. “ Mesti Cikgu
Hawa marah giler kat aku. Hari ini perangai aku kurang ajar sangat ke?” Talia
analisa semula apa yang terjadi pagi tadi sehinggalah petang tadi. Dia masih
tak dapat hilangkan rasa bersalahnya sebab buat Cikgu Hawa marah.
“ Kalau Cikgu Hawa marah, itu
tandanya plan kau berjaya, Talia.” Talia bercakap seorang diri. Dia bangun
semula. “ Aku tak nak kahwin dengan Amir …. So
ini saja jalannya. Dua tiga hari nanti confirm
Cikgu Hawa cakap aku tak layak jadi menantu dia…. Okey! Rasa bersalah tu kena ignore dulu.” Talia bertekad.
Tiba-tiba telefon pintarnya
berbunyi. Dia tersenyum melihat nama abangnya. “ Assalammualaikum….”
“Waalaikumussalam. So adikku, first day kat rumah bakal mak mentua macam mana? Pertandingan hari
ini siapa yang menang?” tanya Mukriz.
Bibir Talia sedikit senget ke kiri.
“ Menang apernya? Bukannya pertandingan pun. Only test, okey! Abang ni suka merepek yang bukan-bukan la. Lagipun
mustahil Talia akan jadi pilihan Cikgu Hawa.”
“Kenapa pulak? Adik abang kan cantik
orangnya lepas tu berbudi bahasa. Pandai memasak, rajin mengemas, suka
berkebun, pandai menjahit dan bonusnya pandai bertukang. Memang rugi Cikgu Hawa
nanti!”
“Cikgu Hawa dah ada pilihan sendiri.
Talia yakin Kak Sakinah yang akan
terpilih jadi menantu dia. Semua orang tahu la. Bagi Talia, baguslah kalau
macam tu. Abang tahu kan Talia tak terfikir pun nak kahwin dalam masa terdekat
ni. Talia nak kerja lepas tu kumpul duit banyak-banyak dan lepas tu ada rezeki
lebih, Talia nak bawa kita sekeluarga pergi umrah…” Talia tersenyum. Itu dah memang niat dia pun.
“ Baik betul hati adik abang ni, oklah abang
nak kena sambung kerja ni. Nanti abang call
lagi. Be a good girl okey…. Bye!
Assalammualaikum….” Kata Mukriz sebelum tamatkan panggilan mereka.
Talia tersenyum. Dapat bercakap
dengan Mukriz saja, dah terubat rindunya kat ahli keluarganya.
No comments:
Post a Comment