Bab 1
PAGI
INI, Dina keluar dari biliknya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dilihat
ke kiri dan kanan dulu sebelum melangkah. Tak ubah macam pencuri saja.
Dipercepatkan langkahnya ke tangga rumah banglo dua tingkat itu.
Melalui
pagar tangga, Dina melihat ke bawah. Suasana sunyi sepi. Agaknya semua orang
sudah pergi kerja terutama sekali ibunya. Dengan laju, dia menuruni satu
persatu anak tangga. Senyuman terpamer di wajahnya.
Matanya
tepat ke arah pintu rumah. Nampaknya line clear hari ini.
“Wait
a minute!” Bergema satu rumah dengan suara Puan Dariah. Sambil mencekak
pinggang, renungan mata tepat ke arah anak ketiganya, Dina.
Badan
Dina terus mengeras. Senyuman tadi beransur hilang. Air mukanya berubah
serta-merta. Alamaknya, ingatkan ibunya sudah keluar ke farmasi. Ternyata
kira-kiraan dia salah. Terpaksa la dia menghadap bebelan ibunya.
Dengan
perlahan-lahan Dina memusing badan dan berhadapan dengan Puan Dariah.
“Ibu
tak pergi farmasi lagi ke? Rasanya macam ibu dah lewat ni!” Dina bersuara.
“Ibu
pergi lewat sebab kamu. Apa nak jadi dengan kamu ni, Dina! Tak habis-habis cari
pasal dengan orang sana-sini. Bergaduh dengan orang tu, bergaduh dengan orang
ni. Apa masalah kamu ini? Minggu ni saja, dah dua kali kamu bergaduh dengan
orang. Kamu ni dah tak ada kerja lain ke, hah? Malu ibu, tahu tak? Sebut saja
Farah Dina, satu taman perumahan ini kenal.” Puan Dariah mula membebel. Sikap
Dina memang menguji kesabaran. Antara keempat-empat orang anaknya, Dina seorang
yang selalu memberi masalah.
“Ibu,
Dina tak gaduh pun dengan orang. Dina tegur saja. Dah nampak orang buat salah,
takkan tak tegur kot.” Dina menjawab.
“
Bila ibu cakap, asyik nak menjawab saja. Petang kelmarin, kamu bergaduh dengan
sapa pulak? Puan Hajar beritahu ibu malam tadi.” Puan Dariah menggelengkan
kepala dengan telatah anak perempuannya itu.
“Dina
tegur saja, tak gaduh pun. Orang tu yang sentap, maklum la dah buat salah.
Mesti la terasa. Siapa suruh parking kat tempat OKU? Allah Ta’ala dah
bagi diri tu sempurna tapi tetap jugak nak rampas parking kat tempat
OKU! Tak ada kesedaran langsung. Sikit pun tak fikir pasal golongan OKU.
Kesedaran masyarakat terhadap hak OKU masih rendah. Kita patut bela hak orang
OKU ni.” Jelas Dina bersungguh-sungguh. Masa dia baru lepas tutup klinik, dia
nampak lelaki itu parkir kereta kat tempat letak kereta OKU. Tak ada sticker
OKU pun kat kereta. Keluar kereta saja, elok saja berjalan. Nak kata pekak,
boleh saja cakap phone masa itu. Apa lagi, dia pun naik angin la.
“ Tak
payah nak sibuk sangat. Biar la!”
“Sebab
biar la, hak orang OKU ditindas.” Balas Dina.
“Eeee….
Budak ni! Menjawab saja kerja dia.” Suara Puan Dariah terus tinggi. Nasihat
orang tak pernah dengar langsung.
“
Dariah ooooiii, sampai keluar abang dengar suara kamu tu! Malu kat jiran-jiran
kita.” Dr Ehsan melangkah masuk. Dia baru saja pulang dari hospital. Dari luar
rumah lagi, dia sudah mendengar suara isterinya. Semestinya Dina buat hal lagi.
“Ayah!
Ayah baru balik? Mesti ayah tak makan lagi kan!” Melihat kehadiran ayahnya,
Dina terus mendekati Dr Ehsan. Dia tersenyum. Bag yang ada di tangan ayahnya
segera diambil. Sejak kecil lagi, dia lebih rapat dengan ayahnya. Maklum la dia
dengan ibunya memang tak sependapat. Apa saja yang dia buat semuanya tak kena
di mata ibunya.
“Tengok
tu! Tengok tu! Ibu tak habis cakap lagi ni!” Puan Dariah menjegil matanya.
“
Anak sambut ayah balik, takkan salah kot. Aaa…. Dariah, abang nak air. Dahaga!
Lima jam abang kat dalam wad bedah tadi.” Tambah Dr Ehsan. Dia terus duduk di
sofa dengan wajah keletihan.
“Baiklah!
Saya ambilkan!” jawab Puan Dariah. Sebelum pergi, dia menjeling pada Dina.
Masih tak puas hati.
Sebaik
saja ibunya sudah ke dapur, Dina hampiri ayahnya.
“Ayah
memang ayah paling best kat dunia ni!” Dina tersengih.
“Bagi
bag tu! Aaaa… Tunggu apa lagi, cepat pergi sebelum ibu kamu datang.” Kata Dr
Ehsan dengan nada perlahan.
“ Love
you, ayah!” Dina segera meletakkan bag itu dan bergerak keluar dari rumah.
Mujurlah ayahnya tiba tepat pada masanya. Ada peluang meloloskan diri dari
mendengar bebelan ibunya.
**************************
DARI
pintu belakang klinik, Dina keluar menuju ke kedai makan yang bersebelahan
klinik haiwan miliknya. Dia terus masuk melalui pintu belakang kedai makan
seraya memegang perut.
“
Lapar! Lapar! Kak Dina lapar! Tolong, dari pagi Kak Dina tak makan lagi.” Dina
merayu. Dia mendekati lelaki yang sedang membasuh di sinki dapur.
“ Sorry!
Kedai dah tutup. Kedai ini untuk sarapan pagi saja.” Lelaki tinggi lampai itu
menoleh ke arah Dina.
Muncung
terus bibir Dina. Mulanya dia sengaja berlakon sakit perut semata-mata ingin
meraih simpati tauke kedai makan ini. Lakonan dia tak jadi rupanya.
“Dengan
kakak sendiri pun nak berkira! Bihun goreng lebih-lebih takkan tak ada.” Balas
Dina. Dia terus menarik kerusi dan duduk.
“Itu
la pagi tadi Eiman dah buat sarapan untuk semua orang tapi Kak Dina tak turun
makan sekali. Tahu la takut kena sound dengan ibu kan!” Eiman menutup
pili air.
“ Ibu
tu kalau membebel non stop! Tak pernah sekali backup Kak Dina.
Salah Kak Dina ni nampak sangat. Entah-entah tahi burung yang berak kat kereta
pun, ibu cakap Kak Dina yang buat.”
“Mula
la tu nak merepek!” Eiman menggelengkan kepala.
“Eiman!
Kak Dina lapar, masak la something!” Dina merengek seraya merayu meraih
belas kasihan.
“Sebab
Eiman tahu Kak Dina akan datang, awal-awal lagi Eiman simpan baki maggie
goreng.” Eiman berjalan ke almari dan membawa keluar tupperware biru. Kalau
lapar, selalu sangat kakaknya itu datang bertandang ke kedai makan dia.
“Kak
Dina tahu Eiman mesti tak sampai hati tengok kakak kesayangan Eiman ni mati
kelaparan kan.” Dina seronok dan terus mengambil tupperware itu dari tangan
Eiman. Doa makan dibaca kemudian dia terus makan.
“
Hari ini biar Eiman pulak yang ambil Eiyad pulak, hari ini kedai tutup awal.”
Beritahu Eiman. Selalunya masa rehat Dina akan keluar mengambil anak abang
mereka di tadika.
“Abang
Erjaz oncall kan kelmarin!”
“Ya.”
Jawab Eiman.
“ Kak
Darina pun sama kan?” soal Dina.
“Ya.
Itu la tak nak turut breakfast sekali.” Sindir Eiman.
“Kalau
Kak Dina join, korang lagi rasa tak selesa nak makan. Asyik dengar ibu dok pot
pet pot pet. Mak cik Hajar pun satu, suka sangat menyibuk hal orang.
Sikit-sikit roger kat ibu. Macam spy ibu la pulak.” Dina bercakap sambil
mengunyah. Geram giler bila ingatkan Puan Hajar. Busybody giler! Kuat
menyampai pulak tu.
“Mana
ada gaduh, just tegur saja. Tak salah kan! Lelaki tu yang sentap sendiri, dah
buat salah, mesti la terasa. Parking berlambak lagi masa itu, parking
OKU jugak dia letak kereta dia. Sendiri mau ingat la.” Dina mendengus kuat.
Eiman
menggelengkan kepala. Keras kepala kakak dia yang seorang ini. Prinsip kakaknya
ini selalu mengundang masalah. Kebenaran dan keadilan, itu la prinsip hidup
Dina.
“Minggu
depan nak gaduh dengan siapa pulak?” perli Eiman.
“Sindir
nampak?” bidas Dina. Dia menyambung semula makan sampai habis.
“Alhamdulillah,
dah kenyang! Thank you, semoga adik kesayangan Kak Dina ini dimurahkan
rezeki dan untung berlipat kali ganda. Amin!” tambah Dina. Ditolak tupperware
itu semula pada Eiman. Dia terus bangun.
“Aii….
Dah makan, takkan tak reti basuh pulak.” Tegur Eiman.
“Alang-alang
tak habis basuh, basuh la sekali. Ciao! Adios!” kata Dina dan terus
melarikan diri.
**********************
KERETA
Suzuki Vitara berhenti di hadapan bengkel kereta. Dina keluar dari perut kereta
dan terus masuk mencari kelibat kakaknya. Dia menerima mesej dari kakaknya yang
beritahu kereta rosak dan terpaksa ada di bengkel selama dua hari.
“ Kak
Darina!” panggil Dina. Dia melihat Darina sedang berbual dengan salah seorang
mekanik yang ada di situ.
Darina
tersenyum selepas menyedari kehadiran adiknya. Dia hampiri Darina.
“Kerosakkan
major ke?” tanya Darina.
“Ya. Spare
part tak ada, jadi dia orang baru saja oder. Mungkin esok atau lusa sampai.
Sorry la kacau, Dina. Mesti busy kat klinik.” Darina bimbang jika
dia mengganggu masa kerja adiknya.
“Hari
ini Dina tutup awal. Hari ini hari Rabu selalunya tak ramai yang datang. Kalau
hari Isnin, Dina memang tak cukup tangan!” jawab Dina seraya berjalan seiringan
dengan kakaknya yang tua dua tahun darinya.
Mereka
berdua terus masuk ke dalam kereta Suzuki Vitara milik Dina.
Kereta
Suzuki Vitara itu bergerak meninggalkan bengkel kereta dan menuju pulang ke
rumah mereka.
“Dina,
Hari tu Kak Darina dengar ibu cakap dengan siapa entah. Ibu nak buka satu lagi
cawangan farmasi.” Beritahu Darina. Dia terdengar perbualan ibunya semasa nak
ke dapur.
“Wah,
bertambah maju business ibu sekarang ini. Dah ada dua farmasi lepas tu
nak buka lagi. Boleh la pau ibu lepas ni!” Dina tersenyum.
“Jangan
seronok sangat, nak tahu tak , mana ibu nak buka cawangan ketiga ni?” Wajah
Darina serius.
“ Kat
mana?” Dahi Dina berkerut seraya memandu. Apa yang peliknya kalau ibunya mereka
buka cawangan farmasi baru?
“Dekat
dengan klinik haiwan Dina dan kedai makan Eiman!”
“Apa!”
Intonasi suara Dina terus tinggi. Terperanjat!
“ Itu la Dina suka sangat buat hal.”tambah Darina
lagi.
“No!
No way!” Semakin berkerut dahi Dina seraya memandu. Dia mula resah. Tak
tahu bagaimana hidupnya jika itu terjadi. Huru hara jika ibunya buka farmasi
dekat dengan dia.
No comments:
Post a Comment