Bab 3
Kartika membaling telefon bimbitnya
sebaik saja menerima panggilan telefon dari Maria. Semua barang yang berada di
atas meja soleknya dibaling. Pecah.Dia bengang bila mendapat tahu, Syed Kadir
sudah sedar dari koma. Angannya untuk memiliki seluruh kekayaan suaminya telah
musnah. Kartika menjerit sekuat hati.
“Kenapa susah sangat kau nak mati,
hah?” jerit Kartika. Impiannya hancur lebur. Eee...kan senang kalau kau mati
cepat, senang hidup aku. Sakit hatinya bila teringatkan Syed Kadir.
“Mama! Apa halnya ni?” Sofea terus
meluru masuk ke biliknya. Dia terkejut bila mendengar jeritan ibunya sewaktu
menaiki tangga. Dia terkejut melihat keadaan bilik ibunya yang berselerak.
“Orang tua tu tak mampus lagi. Dia
dah sedar dari koma.” Beritahu Kartika.
Sofea tersengih. “Aaa....mama ni,
saja buat suspen! Dah sedar dari koma bukannya berertinya dah sembuh. Ala...tak
lama lagi dia mampus la.”
“Sampai bila nak tunggu, hah! Mama
dah bosan asyik menjaga orang sakit. Sekarang ni semua angan-angan mama musnah.
Satu sen pun tak dapat.” Bebel Kartika.
“Mama ni gelojoh la! Kalau 25 tahun
mama boleh bersabar, takkan sekarang dah tak boleh kot. Ala mama...anak ikan
mama tu takkan lari ke mana-mana.” Perli Sofea. Dia kenal sangat dengan
perangai ibunya yang suka berfoya-foya. Semua lelaki muda menjadi pilihan
ibunya.
“Sofea perli mama ke? Ni...pakai
baju lawa-lawa ni nak pergi mana?” soal Kartika melihat anak sulungnya. Mekap
tebal giler. Nak pergi party lagi ke? Tiap-tiap malam asyik berparti saja.
Suruh kerja di syarikat, tak nak! Macam-macam alasan.
“Nak jumpa buah hati la! Kalau mama
boleh jumpa buat hati mama, takkan la Sofea tak boleh.”
“Maksud Sofea, Si Iskandar tu.”
Kartika pelik dengan perangai anaknya, di matanya hanya nampak Iskandar saja.
Tak ada orang lain. Kenapa la anak tiri Maria tu yang menjadi pilihan. Aku
dengan Maria bukannya baik sangat pun.
“Ya la. Siapa lagi. Hanya yang satu!
My love only for Tengku Iskandar.”
“Mama tak faham dengan perangai
Sofea ni! Apa la kelebihan Iskandar tu sampai Sofea tergila-gilakan dia?”
“Mama ni....Abang Is! Lelaki idaman
Sofea. Dia handsome, berpelajaran, berharta dan juga keturunan raja. He’s the
perfect one. My prince charming.” Kata Sofea bersungguh-sungguh.
“Ye la tu...Mama tengok Sofea je
yang tergila-gilakan Is Is pulak mama tengok dia bukannya layan Sofea pun . Mengelak lagi ada la.”
“Mama ni! Love take time,ok! Satu
hari nanti, Abang Is pasti akan jatuh cinta pada Sofea. Mama tengok la.”
“Huh...Ayat tu dah berpuluh kali
mama dengar. Hasilnya tak pernah nampak pun. Angan kosong!”
“Malas Sofea nak cakap dengan mama!
Menyakitkan hati saja.”
“Eh....Sofea tak nak ikut mama jumpa
papa ke?” soal Kartika.
“Buat apa? Dia bukannya papa Sofea.
Sofea pergi dulu.” Sofea terus berlalu pergi. Tak ada guna aku pergi ke sana?
Tak ada kaitan dengan aku langsung. Jumpa Abang Is lagi bagus. Sofea tersengih
seorang diri bila menuruni anak tangga. Hatinya berbunga riang bila
mengenangkan Abang Is.
****************************************
“Nazri! Semalam masa uncle sedar,
kamu nampak tak ada 2 orang wanita kat bilik ni.” Tanya Dato Syed Mohd Kadir
pada doktor yang merawatnya.
“Tak ada, Uncle! Hanya Auntie Maria
saja. Kenapa?” soal Dr. Nazri hairan dengan pertanyaan sahabat karib arwah bapanya.
“Aaa......” Dato Syed Mohd Kadir terdiam.
Aku berkhayal ke hari itu. Tak mungkin. Walaupun sudah 25 tahun aku tak jumpa
Munirah tapi wajahnya aku tak pernah lupa. Mata aku takkan menipu. Wanita muda
tu....yang pegang tangan aku hari tu! Wajahnya hampir seiras Munirah malah sepasang
mata yang dimiliki oleh wanita muda itu....Takkanlah....
“Uncle!” panggil Dr. Nazri. Dia
hairan bila Uncle Kadir tiba-tiba terdiam. Kini keadaan Uncle semakin stabil.
It’s a miracale.
“Ya. Nazri, boleh tak kamu tolong
panggilkan Auntie Maria?”
“Baiklah. Uncle kena banyakkan
berehat dan lapangkan fikiran. Jangan fikir sesuatu yang akan mendatangkan
stress, ok?” kata Dr. Nazri sebelum berlalu keluar.
Beberapa minit kemudian, Maria masuk
sambil di tangannya ada sebuah bakul yang mengandungi buah-buahan.
“Abang Kadir! Macam mana keadaan
abang hari ni?” soal Maria sambil tersenyum Lega hatinya bila keadaan Abang
Kadir sudah stabil. Bakul itu diletakkan di alamari kecil yang berada di
sebelah katil itu.
“Alhamdulilah! Dengan izin-Nya,
abang sembuh.”
“Aaa...Kartika mana? Hari ni dia dah
datang ke?” Maria menoleh ke kiri dan kanan menjadi kelibat isteri sepupunya.
Air muka Dato Syed Mohd Kadir berubah
sebaik saja mendengar nama isterinya. “Abang malas nak cakap pasal dia. Dia ada
ke tak ada ke, sama saja? Dia lagi suka kalau abang mati.”
“Abang Kadir tak baik cakap macam
tu! Walauapa yang terjadi, dia tetap isteri abang. Buruk baik ke Si Kartika
itu, dia masih isteri abang yang sah!” Maria sedar. Selepas beberapa tahun
berkahwin dengan Kartika, rumahtangga mereka bergelora. Tak bahagia. Mungkin ia
balasan selepas apa yang mereka lakukan pada Kak Munirah.
Dato Syed Mohd Kadir mengeluh. “Maria!
Waktu hari abang sedar hari tu, selain Maria ada tak orang lain datang.” Soal Dato
Syed Mohd Kadir ingin tahu. Hatinya kuat mengatakan dia tak berkhayal pun pada
hari dia sedar dari koma.
Kartika terkejut dengan kata-kata
abang sepupunya. “Aaaa...Apa maksud Abang Kadir? Mmm...Maria tak faham.”
Dato Syed Mohd Kadir merenung Maria.
Segera Maria melarikan pandangannya.
“Maria ada sorokkan sesuatu dari
abang ke?”
“Aaa...mana ada!” pantas Maria
menjawab. Serba salah Maria jadinya. Dia sudah berjanji pada Kak Munirah takkan
beritahu sesiapa pun jika dia mungkir janji
Kak Munirah akan terus pulang ke London dan takkan menjejaki kaki di
Malaysia lagi.
“Maria! Abang dah kenal kamu dah
lama. Abang tahu Maria berbohong. Cakap cepat. Hari itu...Hari tu, Munirah kan!
Munirah datang kan.” Kata Dato Syed Mohd Kadir bersungguh-sungguh.
“Abang Kadir! Tolong la faham
situasi Maria.”
“Jadi betul la, Munirah ada datang
jumpa abang. Patut la masa abang koma hari itu, abang dengar suara dia.”
Senyuman terukir di bibirnya. Dah lama dia mencari Munirah. Dia ingin memohon
maaf atas kesalahannya dahulu. Dia benar-benar kesal. Tiba-tiba dia teringat
sesuatu. “Wanita muda yang bersama Munirah hari tu.....Dia...dia.”
“Anak Kak Munirah.”jawab Maria.
“Jadi ...dia anak...anak.....” Mata Dato
Syed Mohd Kadir bercahaya.
“Waktu Abang Kadir halau Kak Munirah
keluar dari rumah dulu, Kak Munirah mengandung 2 bulan.”
‘Apa! Tapi...tapi kenapa dia tak
jumpa abang?”
“Nak jumpa Abang Kadir buat apa?
Abang kan dah halau dia. Buat apa Kak Munirah nak jumpa lagi abang lagi. Nak
dengar cacian dari abang lagi ke? Lebih baik tak payahlah ... Lagipun waktu tu,
kan abang tengah angau dengan Kartika.Kak Munirah pun ada harga diri.” Kata
Maria dengan nada keras. Dia teringatkan hal dulu, dia benar-benar geram dengan
tindakan Kadir. Pada waktu tu, dia sangat kasihan pada Kak Munirah. Bila dia
mendapat tahu Kak Munirah dihalau keluar, dia terkejut besar. Dia ingin
membantu tapi waktu itu Kak Munirah telah menghilang tanpa dikesan.
Dato Syed Mohd Kadir terdiam
seketika. Dia sedar, dia sudah banyak berdosa pada Munirah. Jika diikutkan
hati, dia malu berdepan dengan Munirah namun dia perlu jumpa dengan wanitu itu
untuk menebus segala kesilapannya. “Maria, Abang nak jumpa Munirah dan anak
abang.”
“Buat apa, abang? Abang nak perang
dunia ketiga tercetus ke? Kalau Kartika tahu Kak Munirah ada di sini, pasti dia
mengamuk. Lagipun Maria tak nak apa-apa terjadi pada Kak Munirah dan Alina.
Macam la abang tak kenal dengan perangai isteri abang.”
“Tapi...Abang ingin sangat berjumpa
dengan mereka, Maria. Tolong la abang. Pasal Kartika, kamu jangan bimbang. Tahu
la abang uruskan. Tentang Munirah, kita rahsiakan dulu. Maria, abang merayu!
Abang nak jumpa Munirah dan anak abang. Tolong la. Maria tak kasihan kat abang
ke?” Dato Syed Mohd Kadir merayu.
Maria mengeluh. “Baiklah
tapi....Maria kena tanya Kak Munirah dulu. Sama ada dia setuju atau tak untuk
jumpa abang, lepas ni Maria takkan masuk campur.”
“Baiklah.!” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum
lebar.
*************************
“Acu! Dah seminggu Acu dan ibu
berada di Malaysia. Bila nak balik ni? Kami berdua ni bosan la , duduk berdua
saja. Asyik pandang muka Along saja, jemu Angah dibuatnya.” Kata Alisa sebaik
saja panggilan telefonnya dijawab oleh adiknya.
Alina ketawa bila mendengar
kata-kata Alisa. Inilah pertama kali mereka bertiga berpisah. Selama ini mereka
bertiga sering bersama sejak dari tadika hinggalah ke universiti. Walaupun
mereka meminati bidang yang berbeza namun mereka sangat akrab. Sebenarnya dia
juga sangat rindukan kakak kembarnya. “Kalau dah rindu, datang la ke Malaysia!”
“Buat apa” suara Alisa terus
berubah.
“Datang jenguk abah. Abah dah sedar
dari koma.” Beritahu Alina.
Alisa terdiam bila mendengar
kata-kata Alina. Alina hairan bila Alisa terdiam. “Hello....Angah! Angah!”
“Ya!” jawab Alisa dengan nada lemah.
Bila dengar tentang abahnya, terus moodnya hilang.
“Aaa...Angah!” Alina serba salah.
Dia tahu dia telah tersalah cakap tapi kenapa kakaknya begitu membenci abah
sedangkan orang patut membenci abah adalah ibu. Jika ibu boleh memaafkan abah,
kenapa tidak Along dan Angah juga seperti ibu.
“Jadi, berapa lama lagi Acu dan ibu
tinggal di Malaysia?”
“Ibu cakap mungkin hari Ahad ni,
kami bertolak balik ke London. Ibu kata nak selesaikan sesuatu sebelum balik ke
London”
“Selesaikan apa?”
“Tak tahu. Acu ada tanya hari tu
tapi ibu tak nak jawab.”
“Hmm....baiklah! Jumpa Ahad nanti.
Kirim salam kat ibu.”
“Ok! Kirim salam kat Along ye! Bye.”
“Bye!” Alisa terus menamatkan
panggilan mereka. Dahi Alisa berkerut. Selesaikan apa?
“Siapa call, Angah?” Aleya mendekati
Alisa. Dia saja pulang dari kerja. Aleya terus duduk di sofa berwarna hijau.
Aleya memejamkan matanya. Penat.
“Acu!”
Aleya membuka mata. “Bila mereka nak
balik?”
“Hari Ahad ni baru mereka nak
balik.” Jawab Alisa.
“Good.” Aleya kembali memejam mata.
Hatinya lega mendengar jawapan Alisa.
“Tapi ....lelaki itu dah sedar dari
koma.”
Aleya membuka matanya sekali lagi.
Pandangannya tertumpu pada Alisa yang masih memegang telefon. “What?”
“Along rasa ibu akan kembali bersama
lelaki tu ke?”
“Tak mungkin! Mustahil. Bukan ke
lelaki itu sangat membenci ibu? Lagipun dia sudah ada isteri muda.....Ibu tiada
apa-apa makna dalam hidupnya.”
“Ya ...Ibu hanya bertepuk sebelah
tangan sahaja kan. Jika dia benar-benar ambil berat terhadap ibu, dah tentu dia
cari ibu selama ini kan.” Alisa menganggukkan kepalanya.
Wajah Aleya masih terpancar perasaan
risau. Dia bimbang dengan keadaan ibu dan adiknya. Aleya bimbang jika lelaki
itu mendapat tahu dia mempunyai anak, pasti dia takkan lepaskan ibu. Perkahwinannya
bersama isteri muda tidak mempunyai zuriat.
“Apa yang menjadi teka-teki sekarang
ini ....ialah ....Acu beritahu yang ibu perlu selesaikan sesuatu sebelum pulang
ke sini.” Beritahu Alisa.
‘Selesaikan apa?”
“Tak tahu.”
“Acu?”
“Acu pun tak tahu apa-apa. Ibu tak
beritahu Acu.”
Dahi Aleya sedikit berkerut.
“Jika ibu dan Acu masih tidak pulang
juga pada hari Ahad ini, Angah akan pergi ke Malaysia dan bawa mereka berdua
pulang ke sini. Along, don’t worry.” Alisa dapat membaca apa yang sedang
bermain di fikiran kakak kembarnya. Along mesti risau. Aku juga risau.
Aleya hanya mampu tersenyum.
***************************************
Maria
memegang tangan Munirah dengan erat. “Tolonglah, kak! Abang Kadir nak sangat
jumpa kak! Abang Kadir dah tahu. Alina adalah anak dia.”
Maria menarik nafas dan menghembusnya
perlahan-lahan.
Alina hanya mampu mendiamkan diri
dan memerhati.
“Maria tahu ...Abang Kadir dah
banyak buat salah pada Kak. Abang Kadir mahu berjumpa dengan Kak. Dia ingin
minta maaf pada kak. Itu sahaja.” Pujuk Maria.
“Beritahu dia, kak dah lama maafkan
dia. Apa yang berlaku adalah takdir. Kami tiada jodoh. Kak terima semua tu.”
Ujarnya dengan lembut.
“Tetapi Abang Kadir tetap juga nak
berjumpa kak dan Alina. Jika memang benarlah, kak dah maafkan Abang Kadir
....kenapa kak enggan berjumpa Abang Kadir?”
“Maria dah lupa ke?”
Dahi Maria sedikit berkerut. Apa
yang aku dah lupa?
“Kartika. Kak tak mahu kehadiran kak
mengganggu rumah tangga mereka.”
“Tentang Kartika, kak jangan
bimbang. Abang Kadir akan uruskan. Boleh ye?” pujuk Maria.
Munirah memandang ke arah Alina.
Alina membalas pandangan ibunya
dengan senyuman. Walauapa sahaja keputusan ibu,
Acu akan ikut.
“Hmm...baiklah! Lagipun kak ada hal
nak bincangkan dengan Dato’ Syed Kadir.”
Dahi Maria berkerut. Bincangkan apa?
Wajah Kak Munirah serius semacam sahaja ...
1 comment:
Best.... #^_^
Post a Comment