Bab 4
“Assalammualaikum.....”
“Walaikummussalam.” Jawab Dr. Nazri
dan dia terus menoleh ke belakang bila ada orang memberi salam.
“Aaa.....Maaf mengganggu!Aaa....Doktor
ni doktor yang merawat pesakit yang bernama Dato’ Syed Mohd Kadir kan?” soal
seorang wanita sambil senyuman terukir di bibirnya.
“Ya.” Jawab Dr. Nazri. Matanya tida
berkelip memandang wanita yang berdiri di hadapannya. Dia terpegun melihat
kecantikan wanita itu yang berbaju kurung Pahang yang berwarna hijau. Rambut
yang panjang melebihi bahu malah dihiasi denga cekak rambut berwarna hijau
menyerlahkan lagi kecantikan wanita itu.
“Aaa....Saya nak tanya tentang
keadaan Dato’ Kadir?”
“Dato Kadir! Alhamdulilah, sekarang
ni kesihatan Dato’ Kadir semakin stabil dan jika tak ada apa-apa halangan, Dato
Kadir akan dibenarkan keluar minggu depan.”
“Ooo...Terima kasih.” Ucap wanita
itu.
“Aaa....Cik ni siapa?” soal Dr.
Nazri hairan. Rasanya dia tak pernah berjumpa dengan wanita ini sebelum ni.
“Hmmm...Hanya kenalan lama saja.
Saya balik dulu.” Wanita itu terus meninggalkan Dr Nazri.
Dr. Nazri masih tercegat di situ
malah matanya masih lagi memerhati kelibat wanita itu. “Abang Nazri!” Dr. Nazri
terkejut bila ada seseorang memanggil namanya. Dahi Dr. Nazri berkerut bila
melihat wanita yang sedang menghampirinya. Dr. Nazri mengeluh.Dia dah datang
dah.
“Abang!” Suhaila tersenyum melihat
lelaki yang berdiri di hadapannya. Kacak. Memang padan dengan aku.
“Apa halnya ni? Bukan ke semalam Su
dah datang? Su tak kerja ke hari ni?” soal Dr. Nazri.Dia sebenarnya rimas
dengan perangai Suhaila. Tiap-tiap hari datang ke hospital jumpa aku. Sikap
Suhaila yang kuat cemburu membuatkan segala kerjanya terbantut. Bercakap dengan
nurse pun, dia boleh mengamuk tak tentu pasal. Malu aku dibuatnya. Aku anggap
dia kawan saja tapi dia sendiri yang anggap aku lain. Aduh....
“Rindu kat abang!”
Dr. Nazri terus memalingkan mukanya
ke arah lain. Naik termuntah aku bila dengar perkataan tu.
“Abang, cantik tak rambut Su! Pagi
tadi Su pergi salon, Su potong rambut. Su potong ikut Dolly Style. Cantik kan”
Suhaila menunjukkan rambutnya yang potong pendek secara bertingkat.
“Ya...Cantik.” ujur Dr. Nazri.
Tiba-tiba Dr. Nazri mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket kot putih yang
dipakainya. “Aaa....Su, maaf la. Abang ada hal. My patient need me.” Kata Dr.
Nazri terus beredar dari situ.
“Abang!” panggil Suhaila bila Dr.
Nazri terus meninggalkan dirinya seorang dirinya. Asalnya dia ingin mengajak
Abang Nazri lunch bersama tapi Abang Nazri ada hal pulak. Geram! Tak apa! Esok aku
datang lagi. Nurse kat hospital ni bukannya boleh dipercayai, mereka semua pasti
ingin mendekati Abang Nazri. Aku takkan benarkan.
Dr. Nazri mempercepatkan langkahnya.
Sebenarnya tadi dia berpura-pura yang dia menerima sms dari pihak hospital. Dia
perlu loloskan diri dari Suhaila. Dr. Nazri mengeluh. Sejak mengenali Suhaila,
hidupnya porak peranda dibuatnya. Suhaila suka mengekorinya. Itu yang buat dia
rimas. Dah berbuih mulutnya berterus-terang dengan Suhaila bahawa dia hanya
menganggap Suhaila hanya sebagai kawan, tak lebih dari itu tapi Suhaila ni
jenis tak faham bahasa. Aaa....Suhaila tak ada ciri-ciri wanita idamannya tapi
wanita tadi. Senyuman terukir dibibir Dr. Nazri sebaik saja mengenangkan wanita
yang baru diketemuinya tadi.
******************************
Khatijah menghampiri dua orang
wanita yang sedang duduk di meja yang terletak di tengah-tengah Restoran Sri
Sejati.
“Baru balik dari kerja ke?” soal
Khatijah.
“Ya, auntie.” Jawab Aleya
membetulkan ikatan rambutnya yang diikat menjadi satu.
“Nak order apa?” Khatijah menarik
kerusi dan duduk di sebelah Alisa.
“Mana menu?” soal Alisa.
“Aii......nak kena tunjuk menu juga
ke? Dah bertahun-tahun datang ke sini ...masih nak kena tunjuk menu lagi ke?
Ini kan restoran ibu kamu berdua. Dah lupa ke?” Bulat mata Khatijah merenung
Alisa.
Alisa tersengih.
“Macam biasalah, auntie.” Aleya
bersuara. Senyuman terukir di bibirnya.
“Macam biasa? Like ......”
Khatijah menggaru kepalanya yang tak gatal. Hish, aku dah lupa la.
“Aii.....dah lupa ke? Dah bertahun-tahun
kami menjadi pelanggan tetap restoran ni. Takkanlah auntie dah lupa!” perli
Alisa. Alisa ketawa kecil.
“Hish .....budak bertuah ni. Ada
saja peluang, pasti Lisa nak smash auntie balik ye! Memang patut Lisa jadi
lawyer. Ada saja .....” Khatijah mengetap bibir.
“Hmm.....two fresh orange,one nasi
goreng kampung and one nasi goreng pattaya.” Beritahu Aleya dengan lembut.
“Aaaa....kan senang kalau macam tu.
Clear! Senang auntie nak order nanti.” Khatijah bangun. “Oh ya, ibu kamu ada
call tak?”
‘Ada. Semalam! Kenapa, auntie?” soal
Aeya.
“Dia ada cakap apa-apa tak?”
“Tak “ ringkas jawapan dari Aleya.
“Cakap apa, auntie?” soal Alisa
pula. Dia tak faham di sebalik pertanyaan auntie Khatijah. Adakah ada perkara
yang sepatutnya ibu beritahu kami?
“Nothing. Aaaa......Auntie nak ke kitchen
sekejap.” Kata Khatijah secara tiba-tiba. Langkahnya diatur laju.
Hish....nyaris-nyaris tadi!
“Macam ada sesuatu tak kena saja.
Seperti ada perkara yang sepatutnya ibu beritahu kita tetapi ibu tak beritahu.
Angah yakin pasti auntie Khaty tahu tetapi tak berani nak beritahu kita. I need
to ask her ....” Alisa bangun.
Tangan Aleya pantas memegang tangan
Alisa. “ Jangan buat kecoh di sini, Angah! Biarlah! Auntie Khaty tak beritahu
kita sebab ibu sendiri mahu beritahu pada kita.” Tegas Aleya.
“Bila?”
“Bila tiba masanya ...Sit down!” arah
Aleya. Nada suaranya tegas. Dia tak mahu Alisa membuat kecoh di sini. Aleya
melihat di sekeliling restoran Sri Sejati milik ibu dan auntie Khaty yang
dibuka sejak 24 tahun yang lalu. Ramai
orang sedang menjamu selera di situ.
Wajah Alisa masam mencuka. Dia ingin
tahu. Dia terus duduk. Dia memandang ke arah kembarnya. Apa yang Along tengah
fikirkan sekarang ini? Aku tak faham la. Moto Along selama ini adalah wait and
see ....tetapi aku nak sangat tahu. Alisa mengetap bibir.
******************************
“Munirah!” Senyuman terukir di bibir
Dato ‘Syed Mohd Kadir sebaik saja melihat kelibat Munirah yang berdiri di
hadapannya. Matanya beralih ke arah wanita muda yang berdiri di belakang
Munirah. Wanita muda itu tersenyum ke arahnya.
Dato
‘Syed Mohd Kadir bangun dan membetulkan kedudukannya di atas katil. Dia gembira
kerana akhirnya Munirah bersetuju berjumpa dengannya.
“Awak apa khabar?” soal Munirah.
“Baik. Alhamdulilah...Awak munirah?
Sihat?”
“Sihat.”
“Aaa....ini.....” Dato ‘Syed Mohd Kadir merenung wanita yang
berada di sisi Munirah.
“Ini anak Munirah. Nur Alina. Lina,
pergi salam Dato. Kadir.” Kata Munirah.
Sebaik saja mendengar kata-kata
ibunya, Alina terus bersalam dengan Dato ‘Syed Mohd Kadir.
Air
mata Syed Kadir menitis sebaik saja Alina bersalam dengannya. Syed Kadir
memegang erat tangan Alina. Sebak hatinya bila mengenangkan Alina membesar
tanpa kehadiran seorang ayah. “Maafkan abah, Lina! Abah minta maaf.”
Alina terkejut dengan ucapan maaf
dari ayahnya. “Abah, jangan la macam ni. Abah tak pernah buat salah pun kat
Lina. Kenapa abah nak minta maaf pula? Perkara yang lepas tu biarlah ia berlalu.”
“Lina!”
“Awak tu baru saja sembuh.Awak kena
jaga diri baik-baik.” Munirah bersuara.
Dia gembira kerana Dato ‘Syed Mohd Kadir dapat menerima Alina tetapi ..
bagaimana pula Aleya dan Alisa pula, bolehkah mereka berdua menerima Dato ‘Syed
Mohd Kadir dalam hidup mereka. Munirah
keliru. Perlukah dia beritahu Dato ‘Syed Mohd Kadir mengenai anaknya yang lain?.
Jika aku beritahu, pasti dia ingin berjumpa dengan Aleya dan Alisa.
“Munirah, abang minta maaf
banyak-banyak. Abang dah banyak buat salah kat Munirah. Abang jugak banyak
sakiti hati Munirah.Selama 2 tahun kita hidup bersama, Munirah tak pernah hidup
bahagia bersama abang.” Dato ‘Syed Mohd Kadir menyesal dengan apa yang dia
telah lakukan. Perkahwinan yang diatur oleh keluarga menyebabkan rumahtangga
mereka dibina tanpa cinta.Waktu itu Dato ‘Syed Mohd Kadir benar-benar benci
pada Munirah kerana bersetuju berkahwin dengannya lagipun Munirah adalah anak
kepada pekebun rumahnya. Munirah tak layak untuk menjadi pasangan hidupnya.
“Awak, yang lepas tu biarlah
berlalu. Lagipun Munirah dah lama maafkan awak. Tak pernah terdetik pun di hati
Munirah untuk berdendam dengan awak. Anggap saja kita tak ada jodoh dan ia
suratan takdir.” Kata Munirah dengan lembut. Apa yang telah dilakukan oleh
suaminya 25 tahun dah lama dia maafkan. Alasan sebenarnya dia tak ingin menjejakkan kaki ke Malaysia
kerana tak ingin menganggu rumahtangga suaminya dengan isteri kedua. Dia tak
nak keruhkan lagi keadaan.
“Terima kasih, Munirah.” Dato ‘Syed
Mohd Kadir tersenyum. Perangai Munirah dan Kartika jauh berbeza bagai langit
dan bumi. Dia silap kerana telah salah memilih. Dia merenung wanita yang sangat
dirinduinya selama 26 tahun. Walaupun sudah berusia, wajah Munirah masih tidak
berubah di mamah usia lebih-lebih lagi bila Munirah sudah memakai tudung. Lebih
cantik dan ayu. Jika diberi peluang, dia ingin memulakan hidup baru bersama
Munirah. Dia ingin tebus segala-galanya. Dia akan membahagiakan Munirah dan
Alina.
“Aaa...Munirah harap awak cepat
sembuh. Aaa...Kami akan balik ke London hujung minggu ni. Risau pulak rumah
bila ditinggalkan lama-lama.” Beritahu Munirah.Dia sebenarnya risaukan dua
orang anaknya di sana.
“Apa! Hujung minggu ni.” Dato ‘Syed
Mohd Kadir terkejut besar.
“Ya. Lagipun Lina tak boleh tinggal
pesakit Lina lama-lama.” Alina mencelah. Dia menoleh ke arah ibunya
“Tapi.....”
“Banyak hal di London tertangguh.
Lagipun Munirah tak boleh tinggalkan restoran Munirah di London lama-lama. Aaa....kebetulan
Munirah ada di sini, Munirah nak cakap sesuatu....Aaa...Munirah tahu sekarang
ni bukannya masa yang sesuai untuk Munirah bercakap pasal perkara tapi....perkara ni perlu diselesaikan dengan
segera sebelum Munirah pulang.” Munirah bercakap dengan berhati-hati.
Alina melihat ibunya. Perkara apa?
Ibu tak pernah cakap apa-apa pun pasal hal ni. Tentang apa?
Dato ‘Syed Mohd Kadir melihat Munirah
seolah-olah berhati-hati ingin menyatakan sesuatu.
“Hmm....Munirah tak nak kita buat
dosa lagi. Lagipun Munirah tak nak ganggu rumahtangga awak jadi Munirah rasa
lebih baik kita bercerai.”
“Bercerai!” suara Dato ‘Syed Mohd
Kadir meninggi. Dia terkejut dengan kata-kata Munirah.
“Ibu!” Alina terkejut. Bercerai. Ini
ke perkara yang menyebabkan ibu enggan pulang ke London! Bercerai dengan abah?
“Ya. Awak dah ada keluarga awak,
Munirah tak nak keruhkan lagi keadaan. Dah 26 tahun, kita hidup dengan haluan masing-masing.
Dah tiba masanya, kita tamatkan semua ni.” Ucap Munirah dengan lembut. Perkara
ni sudah lama dia fikirkan.
“Tak! Abang takkan ceraikan Munirah.
Walauapa pun yang terjadi, abang takkan ceraikan Munirah.” Marah Dato ‘Syed
Mohd Kadir secara tiba-tiba. Matanya merah menyala. Tak mungkin aku akan
lepaskan Munirah. Aku takkan buat kesilapan yang sama lagi. Kini Munirah sudah
berada di depan, aku takkan benarkan Munirah tinggalkan aku lagi.
Munirah tergamam dengan kata-kata Dato
‘Syed Mohd Kadir. “Aaa.....Awak jangan salah faham! Munirah takkan minta satu
sen pun wang dari awak.Pasal Lina, Munirah takkan halang awak berjumpa Lina
sebab awak adalah ayahnya. Munirah hanya
nak awak ceraikan Munirah saja. Lagipun awak dah ada Kartika.” Kata Munirah dengan
nada suara terketar-ketar. Dia terkejut apabila Dato ‘Syed Mohd Kadir marah
secara tiba-tiba. Jantungnya berdegup kencang. Munirah takut peristiwa lama
berulang kembali. Dahulu setiap kali Syed Kadir memarahi dirinya , pipinya sering menjadi sasaran. Kesan
tamparan itu tak mungkin dapat dilupakan. Munirah menundukkan kepalanya.
Munirah memegang erat kedua-dua belah tangannya yang menggeletar.
Alina terkejut melihat reaksi
ibunya. Alia memegang erat tangan ibunya. Sejuk. Ibu benar-benar takut pada abah
ke? “ Ibu” panggil Alina.
“Tak! Munirah isteri abang yang sah.
Isteri pertama abang. Ibu pada anak abang. Munirah ingat abang akan tunaikan
permintaan Munirah begitu saja. Walauapa yang terjadi, abang takkan ceraikan
Munirah. Takkan!” jerit Dato ‘Syed Mohd
Kadir yang tiba-tiba naik angin. Dato ‘Syed Mohd Kadir tiba-tiba batuk. Dia
memegang dadanya yang tiba-tiba sakit.
“Abah! Abah!” panggil Alina. Dia
terkejut melihat wajah Syed Kadir bertukar pucat. Alina terus mendekati ayahnya
“Ibu!”
Namun tiada apa-apa response dari
ibunya yang masih berdiri kaku di situ.
“Ibu!” jerit Alina
Munirah terkejut dan memandang ke
arah mereka berdua. Dia melihat Syed Kadir sedang memegang dadanya.
“Ibu,
panggil doktor.”
Tanpa berlengah Munirah terus keluar
memanggil doktor. Beberapa saat kemudian, Munirah masuk bersama seorang doktor
dan beberapa orang nurse. Wajah Munirah risau.
Dr. Nazri terus memeriksa Dato ‘Syed
Mohd Kadir.
“Saya juga doktor, boleh saya
bantu?” Alina bersuara.
Dr. Nazri menoleh dan dia terkejut
melihat wanita yang sedang bercakap dengannya. Itulah wanita yang dijumpainya 2
hari lepas.
“Can I?” soal Alina lagi bila tiada
apa-apa response dari doktor itu.
“Sure!” jawab Dr. Nazri terus
memeriksa nadi Dato ‘Syed Mohd Kadir.
“Ibu, keluar dulu. Jika ada apa-apa
nanti, Lina beritahu ibu. Jangan risau.” Kata Alina melihat ibunya. Dia tahu
apa yang sedang bermain di fikirannya ibunya.
Munirah menganggukkan kepalanya
sebelum melangkah keluar. Di hatinya, dia berdoa agar suaminya selamat.
*****************************************
“What!”
Alina menjauhkan telefon bimbitnya
dari telinga sebaik saja dia beritahu kakaknya tentang penangguhan mereka untuk
pulang ke London. “Abah sakit balik.”
“I don’t care. Dia ada isteri dan
anak sendiri? kenapa pula Ibu dan Acu perlu susahkan diri menjaga dia.” Marah
Alisa. Berdesing telinganya sebaik saja Alina memberitahu yang mereka akan
balik hujung bulan ni pula.
“Tapi abah masih suami ibu dan ayah
kita, Angah.” Pujuk Alina.
“I don’t care about that. Waktu dia
halau ibu 26 tahun yang lalu, hubungan mereka sebagai suami isteri dah
berakhir. Dah berakhir.” Tegas Alisa.
“Angah!”
“I give you time! Minggu depan,
kalau ibu dan Acu masih juga tak nak balik. I’ll come and take both of you back
to London. Understand.” Kata Alisa sebelum meletakkan telefonnya.
“Angah!”
Alina mengeluh bila kakaknya sudah meletakkan telefon. Keras hati betul. Alina
mengeluh. Kalau la Along dan Angah tahu abah enggan ceraikan ibu, pasti teruk
keadaan nanti. Entah-entah akan Along dan Angah datang ke Malaysia! Kecoh!
Kecoh!
“Siapa, Acu?” soal Munirah sebaik
saja keluar dari balik. Dia baru saja selesai menunaikan solat maghrib.
“Angah!” Alina membuat mimik muka.
“Angah marah ke? bila ibu buat
keputusan untuk tinggal di sini lebih lama sikit?” Munirah faham dengan
perangai anak keduanya.
“Hmm...Ya, Ibu. Angah beritahu,
kalau ibu dan Acu tak balik minggu depan. Angah akan datang jemput kita berdua
balik. Ibu tahu kan apa yang berlaku if she’s here.” Alina tak dapat bayangkan
kalau Angah ada di sini. Kalau...kalau...Along juga ikut sama, aduh....tak
dapat bayangkan la apa yang terjadi lebih-lebih lagi jika mereka berdua
terjumpa abah.
Munirah tersenyum. Dia dapat
bayangkan apa yang akan terjadi. Sikap mereka berdua jauh berbeza dengan Alina.
Alina seorang yang lemah lembut dan pemaaf. Manakala Alisa seorang yang tegas
dan kata-katanya sangat pedas. Walaupun Alisa hanya menyebut satu perkataan
saja, namun kesannya amat mendalam. Aleya pula seorang yang pendiam, degil dan
jika dia sudah buat keputusan jangan harap la dia akan mengubah balik
keputusannya malah dia juga cepat naik angin. Bila dia naik angin, tangannya
lebih pantas dari mulutnya. Jika ada orang sakiti hatinya, pasti teruk orang
itu dikerjakannya. Kalau la....Along Angah betul-betul datang ke Malaysia?Dahi
Munirah berkerut. Aku masih lagi belum memberitahu tentang rancangan aku
meminta cerai . Kalau mereka tahu ....Munirah mula risau.
1 comment:
hehehe.. best la.. harap2 along n alisa muncul sekali kat malaysia kan senang.. ..
Post a Comment