Bab 5
“What! Dia tak mahu ceraikan kau? Otak suami kau tu ada masalah ke? Kenapa
pula dia tak mahu ceraikan kau pula? Apa yang dia nak dari kau lagi?” soal
Khatijah bertubi-tubi. Dia masuk ke
dalam bilik tidur. Pintu bilik ditutup rapat. Dia geram apabila mendengar
cerita sahabat baiknya.
“Aku pun tak tahu, Khaty! Apa dia
nak dari aku lagi? Kenapa dia masih berdendam dengan aku ? Aku menyesal pula
datang ke sini.” Munirah menundukkan
kepalanya.
“Keputusan kau pulang ke Malaysia
adalah tepat. Sudah 26 tahun, kau melarikan diri dari semua ni. Dah tiba
masanya kau berhadapan suami kau. Kau kena berani menghadapinya.”
‘Aku tahu, Khaty. Tetapi apabila aku
dengar suara dia saja, badan aku tiba-tiba kaku. Aku takut. Aku ingat aku boleh
lupakan apa yang dia pernah buat pada aku dulu tetapi aku silap. Tak mungkin
aku dapat melupakannya.” Kelopak mata Munirah mula berair.
“Munirah! Kau kena kuatkan semangat.
Kau mesti cekal. Kau anggaplah semua ini dugaan dari-Nya. “ Khatijah cuba
memujuk Munirah.
“Aku tahu, Khaty! Apa sahaja yang
berlaku pada aku selama ini, aku reda. Dah takdir aku macam ni!” Munirah segera
mengesat air
“So apa kau ni buat selepas ini?”
“Aku tetap dengan keputusan aku. Aku
akan bercerai dengan dia. Selepas keadaan dia stabil, aku akan berjumpa dengan
dia lagi. Aku kena pulang sebelum hari ahad ni jika tidak ....Alisa akan datang
ke Malaysia, jemput kami berdua pulang.”
“Apa!”
“Aku pun tak mahu duduk lama di
sini. Hati aku tak tenteram . Lagipun, aku tak mahu Alisa terserempak dengan Dato’
Kadir. Kau kenal kan dengan sikap Alisa? Aku tak mahu keadaan bertambah rumit.”
“Aku faham!”
“Oklah, Khaty! Esok aku call kau
lagi.”
“Baiklah!” Khatijah merenung telefon
bimbit miliknya. Khatijah melepaskan keluhannya dengan kuat. Kenapalah nasib kau
macam ni, Munirah? Dari satu masalah ke satu masalah menimpa kau!
**************************
Maria berdiri di sebelah katil
sepupunya. “Bagaimana dengan keadaan Abang Kadir sekarang ni? Kenapa abang tak
berehat? Maria terkejut apabila mendapat panggilan dari Nazri.” Maria merenung
sepupunya. Dia bimbang.
Nazri berdiri tidak jauh dari mereka
berdua. Dia masih memantu keadaan Syed Kadir.
“Munirah nak bercerai dengan aku.”
beritahu Dato Syed Mohd Kadir.
Maria menarik nafas panjang dan
melepaskan keluhan kuat. Dia terus duduk di kerusi.
“Jadi Maria tahulah tentang hal ini
.....” nada suara Dato Syed Mohd Kadir meninggi. Dia tak sangka Maria rahsiakan
perkara ini .
“Kalau Maria di tempat Kak Munirah,
pasti Maria lakukan perkara yang sama!” ujar Maria. Walaupun Kak Munirah tak
beritahu tentang perkara ini, tetapi aku sudah dapat menduga.
“What!”
“Selepas apa yang telah abang Kadir
buat pada Kak Munirah, abang Kadir ingat dengan mudah Kak Munirah menerima
abang Kadir semula di dalam hidupnya.
Walaupun Kak Munirah telah memaafkan abang Kadir namun parut yang ada di dalam
hati Kak Munirah tak mungkin hilang begitu saja. Sehingga mati pun, Kak Munirah
takkan lupa. Memori yang ada pada Kak Munirah mengenai abang Kadir adalah
derita.”
“Maria! Bukan ke selama ini Maria
mahu melihat kami berdua bersama. Menjadi sebuah keluarga bahagia. Bukankah itu
yang maria pinta selama ini?” Dato Syed Mohd Kadir geram mendengar kata-kata
Maria. Wajahnya merah.
“Itu dulu! Sekarang lain! Abang
Kadir, cukuplah. Lepaskan Kak Munirah! Biarlah dia bebas dan mencari teman
hidupnya yang baru. Anggaplah antara Abang Kadir dan Kak Munirah tiada jodoh.”
Pujuk Maria.
“Maria! Apa yang Maria cakapkan ni?”
Dato Syed Mohd Kadir tidak percaya dengan apa yang keluar di mulut adik sepupunya.
Biarkan Munirah mencari teman baru ...aku tak biarkan itu berlaku. Munirah hak
aku! Aku tak akan membiarkan mana lelaki mendekati Munirah.
“Auntie Maria, Uncle Kadir masih
belum sihat lagi!” Nazri mencelah. Dia bimbang.
“Auntie tahu, Nazri. “ Maria menoleh
ke arah Nazri. Pandangannya dialihkan
semula kepada Syed Kadir “ Abang Kadir fikirlah! Jangan degil. Tunaikan saja
pemintaan Kak Munirah. ” Maria bangun.
“Maria balik dulu.” Maria melangkah keluar. Itulah jalan terbaik untuk
kedua-dua pihak.
Dato Syed Mohd Kadir mengetap bibir.
“Walau apa yang terjadi, aku takkan lepaskan Munirah. Munirah adalah isteri aku
dan ibu pada anak aku. Tempat Munirah sebenarnya di sisi aku. Aku takkan
biarkan Munirah pergi jauh lagi.” Dato’ Kadir menggenggam erat tangannya.
Nazri hanya diam memerhati.
****************************************
Kartika terkejut melihat wanita
bertudung litup yang berada di dalam bilik suaminya. Dia kenal benar dengan
wanita itu walaupun sudah 26 tahun mereka tak bertemu. Kartika mengetap
bibirnya menahan geram.
“Kau....Kau
buat apa kat sini, Munirah!” jerit Kartika dan terus mendekati Munirah. Satu
tamparan hinggap di pipi Munirah. Semua orang yang berada di situ terkejut
dengan tindakan Kartika.
Munirah memegang pipinya yang terasa
sakit akibat tamparan Kartika.
“Ibu.” Alina terus mendekati ibunya.
“Kartika, kau ni kenapa?” marah Dato
Syed Mohd Kadir.
“Ibu!” Bulat mata Kartika merenung
wanita yang berdiri sebelah Munirah. Takkanlah...Bibir Kartika terketar-ketar
cuba menyatakan sesuatu.
“Ini Alina. Anak aku dan Munirah.
Satu-satunya anak tunggal aku dan juga pewaris aku” Beritahu Dato Syed Mohd
Kadir.
“Apa! Tak mungkin! Mustahil.
Kau...Kau saja rekakan cerita kan? Kau tahu suami aku sakit sebab itu kau balik
dan bawa perempuan ni mengaku sebagai anak suami aku. Kau ingat aku tak tahu
niat kau yang sebenarnya. Kau nak bolot semua harta suami aku kan.” Marah
Munirah. Kehadiran madunya menggugat kedudukkannya.
“Kartika! Alina, anak aku! Aku tahu
Alina anak aku. Kau jangan nak buat cerita yang bukan-bukan. Alina anak tunggal
aku. Pewaris bagi semua kekayaan aku.”
“Abang percaya ke cakap perempuan
ni.Entah-entah dia saja nak perangkap dan balas dendam kat abang. Entah anak
siapa yang dia mengandungkan kemudian dengan senang mengaku anak orang lain
sebagai anak abang. 26 tahun, macam-macam boleh berlaku.”
“Kau tak payah la nak mengapi-apikan
aku, Kartika. Aku tak buta lagi. Aku tahu Alina anak kandung aku. Seorang bapa
akan mengenali anaknya sendiri. Naluri aku kuat menyatakan Alina anak aku.”
“Kartika, kak balik sini sebab kak
dapat tahu Dato’ Kadir sakit. Itu saja. Kak tak ada niat lain pun.” Ujur
Munirah dengan lembut. Dia tak nak keruhkan keadaan.
“Hey, perempuan! Kau jangan nak
tunjuk baik dengan aku. Kau ingat aku tak tahu apa yang bermain di fikiran kau
sekarang ni. Kau memang nak balas dendam kat aku kan. Kau tahu suami aku sakit
lepas tu kau terus balik ke sini kan. Kau memang cerdik.”
“Kartika! Aku yang pujuk Kak Munirah
balik ke sini datang jumpa Abang Kadir.” Maria mencelah. Maria tak dapat
menahan lagi. Perangai Kartika ni memang melampau.
“Apa! Kau! Kau ni memang suka jaga
tepi kan orang kan! Aku tahu dari dulu lagi kau tak sukakan aku. Jadi kau ambil
peluang ni untuk sakitkan hati aku kan!”
“Aku memang tak sukakan kau! Puas
hati. Itu yang kau nak dengar kan. Kau sedar diri kau dulu! Siapa yang datang
dulu dalam hidup Abang Kadir sebelum kau, hah!”
“Kau!” Kartika merenung Maria
seolah-olah ingin ditelannya.
Munirah dan Alina hanya terdiam
membisu. Apa yang berlaku sekarang ni memang di luar jangkaan.
“Sudah! Kartika, kau balik. Balik!”
jerit Dato Syed Mohd Kadir. Dia sudah penat melayan kerenah Kartika.
“Abang!” Kartika tak puas hati.
“Aku kata balik. Kau nak aku panggil
pengawal ke untuk heret kau keluar.” Dato Syed Mohd Kadir memberi amaran.
Kartika menghentak kakinya beberapa
kali. Dia melihat ke arah Munirah. “Hal kita belum berakhir lagi. Kau ingat!”
Kartika memberi amaran sebelum berlalu keluar.
Dato Syed Mohd Kadir mengeluh.
Pandangannya dialihkan pada Munirah yang hanya diam membisu. Pasti sekarang ni,
Munirah akan tetap ingin meminta cerai darinya. Dia faham benar dengan perangai
Munirah yang sentiasa beralah dengan orang. Aku takkan ceraikan kau, Munirah.
Takkan!
**************************************
Alina memberi tuala yang telah
direndam air suam kepada ibunya untuk diletakkan pada pipi kanan ibunya yang
lebam. Munirah tersenyum dan perlahan-lahan Munirah meletakkan tuala itu
dipipinya. Dahinya berkerut sedikit.
“Sakit ke, ibu?” Alina risau.
“Sikit je!”
“Tadi tu..isteri kedua abah ke?”
“Ya. Namanya Kartika. Datin
Kartika.”
“Tak sangka dia macam tu.” Ucap
Alina. Dia terkejut bila wanita itu tiba-tiba menampar ibunya.
“Biasa la. Itu tindakan yang selalu
dilakukan oleh setiap wanita bila dia rasa dirinya terancam lebih-lebih lagi
bila ada perempuan dekati suaminya. Itu perkara normal jika kita ni hidup
bermadu.”
“Tapi ibu isteri pertama abah! Dia
patut hormat ibu sebagai isteri pertama.”
“Acu, perkahwinan antara ibu dan
Dato’ Kadir diatur oleh keluarga bukannya atas dasar cinta. Ibu hanya anak pekebun
keluarganya. Ibu tak setaraf. Lagipun dia tak mencintai ibu. Ibu sedar siapa
ibu dalam hidup dia.” Munirah cuba tersenyum walaupun terasa pahit bila
mengenangkan peristiwa dulu.
“Ibu cintai abah?” soal Alina ingin
tahu.
Munirah terkejut dengan pertanyaan
anak bongsunya. Dia terdiam seketika.
Alina perasaan akan perubahan wajah
ibunya. “Aaa...sekarang ni macam mana, ibu?” Alina cuba mengubah topik.
“Maksud Acu ......”
“Auntie Kartika dah tahu ibu balik
pasti dia takkan biarkan perkara ni begitu saja. Yang menjadi masalah sekarang
ni, kalau kita tak balik minggu depan. Pasti Angah akan datang. Abah pula tak
nak ceraikan ibu. Sekarang ni masalah semakin complicated.” Alina risau.
“Itulah yang merisaukan ibu. Ibu tak
nak rumahtangga Dato’ Kadir porak peranda disebabkan ibu. Kalau ikutkan hati,
ibu mahu selesaikan perkara ini dengan segera tapi tahap kesihatan Dato’ Kadir
sekarang ni, ibu tak boleh bertindak terburu-buru. Acu tak kisah kan, ibu
bercerai dengan Dato’ Kadir?”
“Ibu! Acu tak kisah. Apa yang ibu
rasa terbaik, ibu buat saja. Acu sentiasa akan menyokong keputusan ibu.” Alina
hanya ingin ibunya bahagia saja.
Munirah tersenyum. Dia tahu Alina
seorang yang bertimbang rasa dan berfikiran terbuka.
“Ibu! Kalau....kalau....Along dan
Angah dapat tahu auntie Kartika tampar ibu pasti, teruk akibatnya kan!”
Tiba-tiba teringat kakak kembarnya.
Munirah hanya menggelengkan
kepalanya. “Jadi, Acu kena rahsiakan perkara ni dari mereka! Boleh tak?”
“Ok!” Alina ketawa kecil. Tiba-tiba
telefon bimbitnya berbunyi. Alina melihat nama yang tertera di skrin telefon
bimbitnya. Wajah Alina berubah. Alina teragak-agak untuk menjawab panggilan
itu.
“Siapa?”
“Along.....” Alina membuat mimik
muka. Tahu-tahu saja orang tengah cakap pasal mereka.
*******************************
Sebaik saja tiba di ruang tamu,
Kartika membaling beg tangannya. Dia menjerit sekuat hati. Kartika menumbuk
sofa yang berada di hadapannya. Sakit hatinya bila mengingatkan kembali apa
yang berlaku. Sanggup suaminya sendiri memalukan dirinya malah menghalau dia
keluar. Kartika menjerit sekali.
“Mama! Eee....terjerit-jerit macam
orang gila. Kacau Su nak tidur.” Suhaila mendekati ibunya. Begitu juga Sofea
yang berada di belakang adiknya. Mereka masih lagi memakai gaun tidur.
“Jangan cuba nak naikkan darah mama,
sekarang ni mama tengah bengang! Bengang!” jerit Kartika lagi.
“Mama!” Sofea menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Suaranya ibu menyakitkan telinganya. Dah semalam dia balik pukul
6 pagi. Ingatkan nak tidur lama sikit tapi jerit ibunya mengganggu tidurnya.
“Sekarang masalah apa pulak? “ Sofea terus duduk.
“Dia dah balik. Dah balik.”
“Siapa?”
“Munirah!”
“Siapa Munirah?” soal Suhaila. Berat
matanya untuk buka.
“Isteri pertama papa kau! Kenapa
bengap sangat?” marah Kartika.
“Ooo....Apa masalahnya sekarang ni?”
Sofea tak faham kenapa ibunya perlu gelabah seperti ini.
“Ee.....kenapa la aku ada anak bodoh
macam kamu berdua ni?” Kartika terus menolak kepala anak-anaknya yang masih
separuh tidur. Dia geram bila anaknya langsung tidak mengambil peduli apa yang
berlaku.
Sofea dan Suhaila terjaga bila ibu
mereka menolak kepala mereka dengan kasar. “Mama! Sakit la.” Sofea marah
apabila diperlakukan begitu.
“Dengar sini baik-baik! Sekarang ni
papa kau dah ada pewaris. Segala yang dimiliki oleh kita sekarang ni akan
diambil oleh anaknya.Jangan harap la kita dapat satu sen pun” Kartika teringat
wanita yang berdiri di sebelah Munirah. Sepasang mata yang miliki wanita itu
membuat dia yakin wanita itu benar-benar anak suaminya.
“Apa maksud mama?” Sofea terkejut
dengan kata-katanya ibunya. Matanya bulat sebaik saja mendengar perkara yang
berkaitan dengan duit.
“Papa kau dan perempuan tu ada anak
perempuan. Segala harta papa kamu akan jatuh ke tangan perempuan tu.”
“Ini tak adil mama!” Suhaila
bersuara. Dia tak nak kemewahan yang dikecapinya sekarang ni hilang begitu saja
hanya disebabkan kemunculan wanita yang tiba-tiba menjadi anak kandung papa.
“Kita kena buat sesuatu, mama!” kata
Sofea mula risau. Dia tak nak hidup miskin.
“Kau ingat mama akan berdiam diri
saja! Takkan. Tahulah macam mana mama nak ajar perempuan tu dan anaknya.”
Kartika menggenggam erat tangannya.
No comments:
Post a Comment