Bab 7
“Maaf, Is! Aku terlambat!” Dr. Nazri terus duduk di kerusi yang
berhadapan dengan Iskandar di Coffee Bean Cafe
“Tak apa! Aku baru saja sampai. Ni
aku dah order minuman kegemaran kau.” Iskandar tersengih.
“Thanks, my friend.”
”Aaa....tadi Zahari ada call aku,
minggu depan kalau tak ada-apa hal dia akan balik ke Malaysia.” Beritahu
Iskandar.
“Wah, dah lama kita tak jumpa dia.
Rasa-rasanya dah setahun lebih kita tak jumpa dia selepas dia sambung belajar master
kat London.” Dr. Nazri teringat akan sahabat karib mereka sejak kecil lagi.
Keluarga mereka bertiga sangat rapat seolah-olah seperti keluarga sendiri.
Kebetulan pula mereka bertiga sebaya.
“Ya! Aaa...dah lama kita tak lepak
bertiga. Baru meriah.”
“Itu la! Aku tak sabar-sabar ni tunggu Zahari balik.”
“Kenapa?” soal Iskandar hairan.
“Aku nak kenalkan kau berdua dengan
wanita yang telah berjaya mencairkan hati aku yang keras ni.” Dr. Nazri
tersenyum bila mengingatkan tentang Alina.
“Siapa? Suhaila!”
Lamunan Dr. Nazri terhenti bila
mendengar nama Suhaila. “Kau ni memang sengaja nak hilangkan mood aku.”
Iskandar ketawa bila mendengar
kata-kata sahabatnya. “Kau ni memang sensitif betul bila dengar nama Suhaila.”
“Ooo...suka ye! Sofea! Kau nak aku
call Sofea ke?”
Ketawa Iskandar mati sebaik saja Dr.
Nazri menyebut nama Sofea. “Eh, Nazri! Kau jangan cari pasal! Kalau Sofea tu
tiba-tiba muncul, mampus aku.”
Giliran Dr. Nazri pula yang ketawa.
“Takut juga kau ni!”
“Bukan takut, seram!”
“Oklah...jangan kita sebut nama
mereka berdua lagi. Isu sensitif.”
“Betul tu....” Iskandar setuju
dengan pendapat Dr. Nazri.
” Ni masalah kau, dah selesai ke
belum?”
“Masalah aku? Oooo....pasal hotel
kat Langkawi tu ke?”
“Ya la....Masalah kau dengan arkitek
tu dah settle ke belum?”
“Belum. Ini yang buat aku bengang
giler ni. Dah lama ia tertangguh disebabkan oleh arkitek yang berlagak tu.”
“Dah tahu dia berlagak. Kenapa kau
masih lagi nak dia rekabentuk hotel kau tu?”
“Kau tak tahu! Hasil kerja dia
kreatif . Hotel Paradise kat Hawai menjadi salah satu hotel bertaraf lima
bintang yang terkemuka di dunia adalah hasil rekaan dia. Aku nak dia.” Tegas
Iskandar.
“Kau ni memang degil. Kenapa dia tak
nak berkerjasama dengan kau?”
“Dia kata dia tak berminat!”
“Apa” Dr. Nazri terkejut.
“Ya! Itu yang buat aku geram
sangat-sangat ni. Macam-macam tawaran aku buat untuk dia berkerjasama dengan
syarikat aku. Tapi jawapannya tetap sama, tak berminat!”
“Kau pernah cakap dengan dia ke?”
“Tak pernah! Selama ni staff aku
yang berhubung dengan dia. Kali ni aku rasa aku perlu cakap dengan dia jugak.”
Dr. Nazri mengeluh. “Apa yang nak
dihairankan, Is! Bangsa dia....mesti la dia tolong bangsa orang putih dulu.”
“Dia tu orang Malaysia! Malaysia!
Melayu lagi.”
“Apa! Melayu? Apa nama dia?”
“Nur Aleya!” jawab Iskandar.
“Perempuan!” Bulat mata Dr. Nazri
bila mendengar nama Arkitek itu.
“Ya. Perempuan! Aku sakit hati bila
dia sanggup tolong bangsa lain dari bangsanya sendiri.” Iskandar menggenggam
erat tangannya bila mengingatkan tentang perkara itu.
“Ala. Kau nak hairan apa? Kerja
dengan orang putih lebih baik dari kita. Duit masuk banyak.”
“Aku takkan putus asa. Aku pasti
akan buat dia setuju berkerjasama dengan projek aku, Kau tunggu dan lihat.”
“Suka hati kau la, Is! Kau tu kepala
batu! Malas aku nak layan! Rasanya hingga tahun depan projek kau tak berjalan.
Semoga berjaya la.” Sindir Dr. Nazri. Dia faham benar dengan perangai Iskandar.
“Kau ni bukannya nak fikirkan cara
untuk selesaikan masalah aku, kau menyumpah lagi ada la.”
Dr. Nazri hanya tersengih bila mendengar
kata-kata Iskandar. Tiba-tiba serentak telefon bimbit mereka berbunyi. Segera
mereka melihat nama yang tertera di skrin telefon masing.-masing. Wajahnya
mereka berubah sebaik saja tahu siapa pemanggil itu. Mereka berpandangan antara
satu sama lain.
“Sofea!” kata Dr. Nazri pada
Iskandar.
“Suhaila!” kata Iskandar pula.
Perlahan-lahan Dr. Nazri menganggukkan kepalanya. Tanpa berlengah lagi mereka
terus mematikan telefon bimbit. Mereka berdua mengeluh lega.
***************************************
Sebaik saja pintu dibuka, Kartika
dan anaknya terus saja masuk. Alina terkejut dengan kehadiran mereka bertiga.
“Ibu kau mana?”soal Kartika dengan
kasar.
“Ooo.....Kartika!” tegur Munirah
sebaik saja lihat akan kehadiran wanita itu. Dia baru saja selesai menunaikan
solah Zohor.
“Bagus la, kau ada di sini! Aku tak
nak buang masa aku kat sini.”
Sofea dan Suhaila memandang ke arah
mereka berdua dengan pandangan yang menjijikkan. Mereka membuat mimik muka.
“Berapa kau nak? Beritahu aku! 1
juta? 2 Juta?” kata Kartika.
“Kak tak faham!”
“Kau ni memang pandai berpura-pura!
Berapa yang kau nak supaya kau berambus dari sini,hah! Aku tak nak kau ganggu
suami aku lagi.” Marah Kartika.
Munirah dan Alina terkejut mendengar
kata-kata Kartika.
“Berapa? Aku boleh bagi asalkan kau
jangan jejakkan kaki di Malaysia lagi! Berapa?”
“ Kartika, kak balik ke sini
bukannya untuk keruhkan lagi keadaan. Niat kak hanya untuk melawat suami
Kartika saja.”
“Ya, Auntie! Selepas semua hal
selesai, kami akan balik ke London.” Alina mencelah.
Tiba-tiba satu penampar hinggap di
muka Alina. Alina tergamam. Dia memegang pipinya yang masih terasa pedih .
“Hey, kau ni memang tak ada adab
sopan langsung. Orang tua-tua bercakap, kau menyampuk pulak!” marah Suhaila.
Dia berasa puas bila dapat menampar wanita yang cuba merampas Dr. Nazri
darinya.
Alina terdiam. Munirah berdiri di
hadapan mereka. “Kartika, tujuan kak balik ni bukannya nak berebut harta dengan
Kartika. Tujuan sebenar kak balik adalah untuk bercerai dengan Dato’ Kadir.” Tegas Munirah.
Kartika terkejut dengan kata-kata
Munirah.
“Ya! Kak dah pun beritahu Dato’
Kadir tentang perkara ni. Hanya tunggu persetujuan dari Dato’ Kadir saja. Selepas
semua ni selesai kak akan segera pulang ke London. Lagipun dia sini bukannya
tempat kakak!”
Kartika diam seketika. Bagus! Kalau
mereka bercerai, seluruh harta akan menjadi milik aku seorang. Aku tak perlu
berkongsi dengan sesiapa pun. “Baiklah! Aku percaya cakap kau kali ni. Tapi aku
bagi tempoh hingga hujung bulan ni, kalau aku dapat tahu kau tipu aku, siap la
kau!” Kartika memberi amaran sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
Sofea dan Suhaila hanya mengekori ibu mereka keluar.
“Lina, sakit tak?” soal Munirah. Dia
melihat pipi kiri Alina yang kemerahan.
“Sakit sikit je.”Alina tersenyum.
Munirah mengeluh. “Lina, boleh tak
kalau Lina jumpa Dato’ Kadir? Pujuk dia supaya setuju dengan permintaan ibu.
Ibu dah penat dengan semua ni!”
“Baiklah, ibu! Esok pagi Lina
pergi.” Alina memegang erat tangan ibunya. Dia faham apa yang difikirkan oleh
ibunya sekarang.
*************************************
“Assalamualaikum....Ibu!” kata Aleya
sebaik saja panggilan telefonnya dijawab.
“Waalaikummusalam. Along!”
“Ibu sihat?”
“Sihat. Alhamdulilah. Along dan
Angah sihat?”
“Sihat, ibu. Bila ibu nak pulang ke
Malaysia?” soal Aleya secara tiba-tiba. Setiap kali mengingatkan ibu dan Acu di
sana, hati aku resah. Bimbang! Seperti ada perkara yang tidak baik akan berlaku
pada ibu dan Acu.
Munirah mengeluh. Dia sudah agak
tujuan anak sulungnya itu menelefonnya pada awal pagi ni. “Selepas urusan ibu
selesai, ibu akan segera pulang.”
“Urusan apa, ibu!” tanya Aleya ingin
tahu.
“Urusan ibu dan abah along.”
“Urusan apa lagi yang belum selesai
lagi, ibu!” nada suara Aleya sudah lain. Dia tetap juga ingin tahu sebabnya.
“Ada la.”
“Ibu, Along tak faham la kenapa ibu
masih lagi boleh berbaik dengan dia tu! Ibu dah lupa ke apa yang dia telah buat
kat ibu. Ibu tak serik lagi ke?”
“Along! Kenapa dengan Along ni? Along
kena jaga sikit bahasa Along tu. Dia yang Along maksudkan adalah ayah kandung
Along sendiri. Ibu tak pernah ajar anak ibu menjadi seorang yang kurang ajar.
Apa yang berlaku antara ibu dan abah Along, itu masalah kami berdua. Along dan Angah tak ada kena
mengena langsung.”
“I’m sorry, ibu” Aleya meminta maaf.
Dia tak berniat untuk menyinggung perasaan ibu.
“sudah! Ibu tak nak dengar lagi. Ibu
tahu apa yang ibu buat sekarang ni. Selepas urusan ibu selesai, ibu dan Acu
akan pulang ke London. Ini muktamad. Ibu ada hal sekejap. Malam nanti ibu call
Along lagi.Jaga diri baik-baik. Kirim salam kat Angah.” Kata Munirah terus
menamatkan perbualan mereka. Jika perkara ini berurusan pasti dia dan anaknya
akan bergaduh besar. Munirah mengeluh. Dia sudah tak tahu nak buat apa lagi
supaya anaknya menerima kehadiran ayah kandung mereka sendiri. Yang pasti
sekarang ni masalahnya adalah Kartika. Kata-kata Kartika tidak boleh dipandang
ringin .
No comments:
Post a Comment