Bab 8
Munirah melangkah keluar dari
kedai runcit itu. Beberapa beg plastik yang berisi barang-barang dapur
digenggam erat. Dia hanya membeli sedikit barang. Cukup untuk 2 hari sahaja. Walaupun dia masih tidak mahu menceraikan aku,
aku akan tetap dengan pendirian aku. Langkah Munirah diatur menuju ke kereta.
Pintu kereta dibuka. Beg plastik itu
diletakkan di tempat duduk belakang.
Tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi.
Munirah mengeluarkan telefon
bimbitnya dengan segera. Dia tersenyum sebelum menjawab panggilan itu
“Perempuan tu dah gila ke!” itulah
perkataan yang pertama keluar dari mulut Khatijah. Dia terkejut apabila
mendapat e-mail dari Munirah. Munirah telah menceritakan segala-galanya tentang
kedatangan Datin Kartika bersama anak-anaknya. Khatijah geram dan marah.
“Khaty! Kau ni ....kenapa? Beri
salam pun tidak. Kau marah kat siapa ni?” Dahi Munirah sedikit berkerut.
“Siapa lagi .....jika bukan madu
kau! Munirah, kau ni terlalu baik hati sangat. Dia pijak kepala kau macam tu,
kau masih boleh buat tak tahu saja. Kalaulah aku di tempat kau, aku tarik
rambut dia sehinggga kepala dia botak. Biar dia tahu status dia yang
sebenarnya!” Khatijah melepaskan geram.
Munirah ketawa.
“Munirah! Aku serius la. Kau ingat
aku buat lawak ke?” Wajah Munirah masam apabila mendengar Munirah ketawa.
“Kau ni emosional sangat, Khaty!
Biarlah Kartika nak fikir apa-apa pun. Lagi dua hari aku dan Lina akan pulang
ke London. Don’t worry about us! Lagipun aku dah lantik peguam untuk uruskan
penceraian aku.”
“Baguslah! Selagi kau ada di sana,
hidup aku tak tenteram! Siang malam aku ingat kau. Makan pun tak lalu. Tidur
tak lena. Kau tahu tak?” Khatijah meluahkan kebimbangan yang selama ini
bersarang di dalam hatinya.
“Khaty, kau ni! Ada-ada saja. Aku
dan Lina pasti akan balik. Kau jemput aku di airport nanti ye! Rindu la kat
kau! Aku rasa macam lama saja tak jumpa kau!” Munirah tersenyum lebar. Dia
berasa selesa setiap kali berbual dengan Khatijah. Walaupun di antara mereka
berdua tiada pertalian darah, namun Khatijah seperti ahli keluarganya sendiri.
“Baiklah! Call me bila kau nak
bertolak nanti”
“Yes, bos! Kirim salam sayang aku
pada Leya dan Lisa” Pesan Munirah. Dia sangat rindukan Aleya dan Alisa.
“aku tahu! Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Munirah. Pintu
kereta dibuka. Munirah masuk ke dalam perut kereta Mazda 2. Enjin kereta dihidupkan .
Tanpa disedari , ada sepasang mata yang sedang memerhati
gerak-gerak Munirah sejak dari tadi. Senyuman terukir di bibirnya apabila
melihat kereta Mazda 2 berwarna merah bergerak meninggalkan tempat itu.
**************************************************
Alina tersenyum bila melihat ayahnya
sedang berdiri di balkoni. “Termenung jauh nampak!” tegur Alina sambil berjalan
mendekati ayahnya. Dia bersalaman dengan
Dato’ Syed Mohd Kadir
“Lina datang seorang saja! Ibu
mana?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir. Matanya melirik ke arah pintu biliknya.
Tiada siapa! Hanya Alina saja.
“Abah tahu kan apa sebabnya!”
Dato’ Syed Mohd Kadir. mengeluh. “
Ini rumah ibu kamu jugak. Dia ada hak lebih-lebih lagi, dia isteri pertama
abah.” Kadir berrasa hampa bila tidak bertemu dengan Munirah. Sudah beberapa
hari tidak datang melawatnya malah telefon pun tidak.
“Ibu tak nak keruhkan lagi keadaan.
Dia tak nak abah dan Auntie Kartika ada masalah disebabkan ibu.”
“Hubungan abah dan kartika dah lama
ada masalah sejak dulu lagi. Tak ada kena mengena langsung dengan ibu Lina.”
“Abah...tujuan Lina datang jumpa
hari ni ....” Berat Alina untuk berterus terang tentang tujuannya untuk berjumpa
dengan ayahnya. Tapi ini pesanan ibu, dia perlu cakap juga. “Aaa....ibu suruh
saya tanya abah samada abah dah setuju .....”
Belum sempat Alina menghabiskan
ayatnya, Dato’ Syed Mohd Kadir terus mencelah. “Tak! Abah takkan ceraikan ibu Lina
walauapa yang terjadi. Abah nak ibu Lina menjadi isteri abah selama-lamanya.”
“Tapi abah....”
“Kenapa? Benci sangat ke ibu Lina
kat abah sehingga dia tak boleh maafkan abah. Dia tak cintakan abah ke?”kata
Kadir dengan nada yang sedih. Dia ingin mulakan hidup baru bersama Munirah tapi
munirah masih tidak berganjak dari keputusannya untuk bercerai dengan dia.
“Bukan macam tu,abah. Abah dah salah
faham. Ibu hanya tak nak masalah ni berterusan. Ibu hanya nak ketenangan,
abah!”
“Ketenangan!”
“Ya, ketenangan hidup! Abah, Lina
tahu abah kahwin dengan ibu bukan atas suka sama suka tapi disebabkan arwah
atuk dan nenek yang ingin jodohkan abah dan ibu. Lina tak tahu apa yang telah
dialami oleh ibu sewaktu berkahwin dengan abah jadi Lina tak boleh nak
membuat kesimpulan sendiri.
Tapi yang pasti, Lina tahu Ibu inginkan ketenangan. Abah, Lina tak kisah! Apa
saja keputusan ibu, Lina akan ikut sebab Lina tahu apa yang ibu buat ni untuk
kebaikan kedua-dua belah pihak.” Alina menuturkan kata-katanya dengan berhati-hati.
Dia sedar ayahnya baru sembuh dari penyakit jantung. Dia tak nak ayahnya
terlalu beremosi.
“Perasaan abah, ada ibu Lina fikir?
“
“Perasaan!” Dahi Alina berkerut.
“Apa maksud, abah? Bukan ke abah tak menyintai ibu?”
“Siapa kata! Abah cinta dan
sayangkan ibu Lina. Selepas abah halau ibu Lina, hidup abah jadi tidak
bermakna. Sunyi dan suram. Hidup abah kosong. Selepas itu baru abah sedar yang,
abah telah jatuh cinta pada ibu Lina. Tapi sudah terlambat, ibu Lina dah pun
menghilangkan diri entah ke mana. Abah cuba cari tapi tak jumpa jadi abah buat
keputusan untuk berkahwin dengan Kartika. Tapi rumahtangga kami tak bahagia.”
Alina terkejut dengan bila ayahnya
meluahkan apa yang terbuku dalam hati. “Jadi abah tetap tak nak ceraikan ibu?
Auntie Kartika macam mana? Takkan abah nak biarkan begitu saja.”
“Abah akan ceraikan Auntie Kartika.
Apa yang abah nak sekarang ni adalah hidup bersama dengan Lina dan Ibu Lina.
Abah nak tebus kembali masa yang telah abah lepaskan.”
“Abah!Abah tak faham!” Alina mula
susah hati. Ugutan Auntie Kartika semalam masih lagi segar dalam ingatan dia.
“Beritahu ibu Lina, abah takkan
bercerai. Muktamad.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir.. Dia tak nak kehilangan
isteri dan anaknya lagi.
“Abah!”Alina menggaru kepalanya yang
tak gatal.
Kartika mengetap bibirnya menahan
geram. Sakit hatinya bila mendengar perbualan mereka. Tangannya digenggam erat
menahan marah. Nak ceraikan aku! Jangan harap. Ingat aku tak tahu tujuan kau
yang sebenar. Kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja. Semua harta kau mesti
jadi milik aku. Hanya milik aku. Aku perlu lakukan sesuatu dengan segera.
*****************************************
Alisa mengeluh kuat sebaik saja
melabuhkan punggungnya di kerusi. Tangannya masih lagi mendail no telefon
Alina. Matanya tepat merenung skrin telefon bimbitnya. “Acu, pick up the
phone?”
Alisa mengeluh lagi bila
panggilannya tidak dijawab. Jarinya sudah lenguh mendail no telefon Alina. Tiba-tiba
Alisa berasa tak sedap hati. No tel ibu dan Acu sudah beberapa kali dia mendail
tapi tiada siapa yang jawab. Hatinya tidak tenang selagi tidak mendengar suara
ibu atau Acu.Alisa menoleh ke kiri dan kanan. Inilah pertama kali dia
menjejakkan kaki di Malaysia. Suasana sibuk di KLIA tidak menarik perhatiannya
langsung. Apa yang bermain di fikirannya adalah Alina dan Ibunya. Alisa
menghentak telefon bimbitnya beberapa kali di kerusinya.
“Handphone awak akan rosak kalau
awak buat macam tu?” tiba-tiba ada orang menegur Alisa.
Alisa menoleh ke arah lelaki
bercermin mata hitam yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu tersenyum.
“Like I care!” jawab Alisa.
Lelaki itu ketawa bila mendengar
kata-kata Alisa. “Kalau handphone tu rosak, awak juga yang susah nanti. Tak ada
siapa datang jemput awak dan saya rasa awak baru pertama kali ke Malaysia kan?”
Giliran Alisa pula ketawa. “How do
you know?I don’t know you and you no nothing about me so please keep your mouth
shut up.Before I make your life miserable.”
“Awak ni memang sombong. Awak ugut
saya tadi, awak ingat saya takut. Awak nak buat apa? “ cabar lelaki itu.
“You still talking to me!”
“Yes!”
“Ok!’ Alisa tersenyum. This guy
really annoying me. Lelaki ni memang tak faham bahasa langsung. Aku dah la
tengah susah hati, dia sengaja nak naikkan darah aku lagi.Tunggu la apa yang
aku nak buat kat kau.
Alisa
tiba-tiba menjerit.
Semua
orang yang berada di sekitar itu menoleh ke arah Alisa. Lelaki itu juga
terkejut dengan jeritan Alisa.
“you
pervert! You raba punggung I. You...you memang lelaki gatal. “ Alisa
meninggikan suaranya. Dia mengundurkan langkahnya ke belakang beberapa tapak.
Dia menunding jari ke arah lelaki yang duduk di sebelahnya.
Lelaki yang bercermin mata hitam itu
tergamam bila mendengar kata-kata Alisa. Dia sedar semua orang yang berada di
situ memerhati ke arahnya dan ada yang berbisik-bisik antara satu sama lain
dengan pandangan yang pelik.
“Lelaki miang!” kata Alisa lagi
sebelum melangkah pergi meninggalkan lelaki itu yang masih tercengang-cengang.
Alisa sempat menoleh ke belakang dan memberikan senyuman sinis pada lelaki itu.
Rasakan! Nak cari pasal dengan aku! Alisa kembali mendail no tel Alina sambil langkahnya diatur
menyusuri keluar.
****************************
Alina berjalan menuju ke dapur.
Langkahnya terhenti bila Sofea dan Suhaila menghalang perjalanannya.
“Wah, happy nampak! Sekarang ni aku
tengok kau anggap rumah ni macam rumah kau sendiri pulak. Kenapa dah berangan
nak jadi tuan puteri dalam rumah ni ke?” perli Sofea.
“Kak, Lina datang sini pun sebab
abah yang suruh Lina datang.”
“Jadi, apa saja yang bapak kau
cakap, kau ikut la. Nak jadi anak yang baik konon!” Giliran Suhaila pula
bersuara.
“Kak, Lina tak nak cari gaduh dengan
kakak berdua. Kita kan keluarga.”
“Keluarga! Siapa keluarga kau, hah!
Kau dengan kami tak ada pertalian langsung. Kau tu anak haram.” Sofea bengang.
“Kak!” Alina terkejut.
“Kau dengar sini baik-baik, kami tak
mengalukan kedatangan kau di sini! Baik kau berambus balik ke tempat asal kau.
Ini bukan tempat kau.”
“Kak, susah sangat ke kak nak
menerima Lina dan ibu? Kami tak pernah buat apa-apa yang salah.”
“Tak pernah buat salah!Sebab
kehadiran mak kau,keluarga kami porak peranda.” Marah Sofea.
“Kak....” Tiba-tiba satu tamparan
hinggap di pipi kanan. Alina tergamam.
“Hey, kan aku cakap! Jangan panggil
kami kakak kau! Kau ni memang jenis perempuan yang tak tahu malu. “ Suhaila
naik angin. Matanya tepat merenung Alina. Entah apa yang buat dia menyampah
bila tengok perempuan ni. Mungkin disebabkab oleh Dr. Nazri.
“Kau sedar tak sekarang ni ,kau
berdiri di mana? Ini tempat kami” Sofea memberi amaran.
“Amboi....amboi....Sedapnya mulut tu
bila bercakap! Hey, kau berdua tu yang tak sedarkan diri. Hanya anak tiri tapi
berlagak lebih.” Sampuk Mak Jah yang mendekati mereka bertiga.
Serentak mereka berdua menoleh bila
mendengar kata-kata Mak Jah. “Mak Jah, ini hal kami bertiga! Mak Jah tu orang
gaji,jangan masuk campur hal kami. Kalau nak dapat gaji bulan ni, baik Mak Jah
diam.” Sofea memberi amaran pada orang gaji yang sudah lama berkhidmat dengan
keluarga ayah tirinya.
“Kenapa pulak, Mak Jah nak diam?
Bukannya kamu berdua yang bayar gaji Mak Jah! Duit poket sendiri pun minta kat
mak lagi.Tak malu ke?”
“Mak Jah!” jerit Sofea dan Suhaila
serentak. Mereka tahu Mak Jah memang anti terhadap mereka berdua dan mama. Asyik
cari kesalahan mereka berdua saja. Mama pun tak berani melawan cakap Mak Jah!
Mulut Mak Jah berbisa. Dalam rumah ni, dia hanya hormatkan Syed Kadir saja.
“Apa!Aku tak pekak lagi. Tak payah
la, nak tunjuk kuasa kau berdua kat aku. Ingat aku takut. Setakat ulat bulu
macam kau berdua, aku pijak-pijak saja
sampai lumat.”
Sofea dan Suhaila mengetap bibir
menahan geram. Kata-kata Mak Jah memang menyakitkan hati.Lidah mereka menjadi
kelu. Jika mereka bersuara pasti teruk mereka kena nanti.
“Apa lagi yang tak puas hati?” soal
Mak Jah.
”Benci!” jerit Sofea sebelum berlalu
meninggalkan mereka berdua. Suhaila hanya mengekori kakaknya.
“Itu je yang dia tahu!
Menjerit-menjerit! Sebiji macam mak dia.” Mak Jah sempat mengomel bila melihat
dua beradik itu pergi dari situ.
“Terima kasih, Mak Jah!”
“Kamu ni, Lina! Orang macam tu
jangan bagi muka sangat nanti naik tocang pulak!” Mak Jah mendekati Alina.
Perangai dia sama macam Munirah. Suka bertolak ansur dengan orang lain.
“Tak ada apa-apa, Mak Jah.” Alina
tersenyum. Dia malas nak panjangkan cerita. Nanti cerita lain pula yang jadi
bila dia melawan.
No comments:
Post a Comment