Bab 9
Alina terus meluru masuk dan matanya tepat melihat ibunya yang
sedang terbaring di katil. Alina mendekati katil sambil hatinya berdebar-debar.
Dia terkejut bila mendapat panggilan dari hospital yang mengatakan ibunya
terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu dalam perjalanan, Alina tak
putus-putus berdoa agar ibunya selamat. Dia tak sanggup jika kehilangan ibunya.
“Ibu Lina, selamat cuma tangan kanan
patah. Ada sikit luka-luka di muka dan badan. Berdasarkan pada X-ray, tak ada
yang serius cuma ibu Lina perlu banyakkan berehat” kata Dr. Nazri dengan
lembut. Dia lihat Alina masih merenung ibunya.
“Alhamdulilah.” Alina menghembus
nafas lega. Perlahan-lahan Alina mendekati ibunya dan memegang lembut tangan
ibunya. “Aaa...Abah Lina dah tahu ke tentang perkara ni?”
“Belum. Kalau Lina nak.....”
“Tak payah! Lina rasa abah tak perlu
tahu, lagipun keadaan abah baru stabil. Jika dia tahu ibu kemalangan pasti kesihatan
abah terganggu. Lina tak nak ambil risiko.”
“Baiklah jika Lina dah cakap seperti
itu. Saya akan rahsiakan hal ni.”
“Aaa...boleh tak, Lina nak tengok
rekod perubatan ibu Lina. Just for checking.” Kata Alina.
“Boleh! Tak ada masalah. Lina boleh
datang ke bilik saya.”
“Terima kasih...nanti....” belum
sempat Alina menghabiskan ayatnya. Telefon bimbitnya berbunyi. Dahi Alina
berkerut apabila melihat no telefon yang tertera di skrin telefon. Siapa call
ni? Tak kenal pun. Dia perasaan no telefon inilah yang telah menelefonnya
beberapa kali tetapi pada waktu dia telah silent telefon bimbitnya. Nasib
baiklah sewaktu pihak hospital telefon, dia sedang memegang telefon bimbitnya.
“Hello!”
“Finally, you pick up the phone!
Where are you? Dah banyak kali Angah call tapi Acu tak jawab pun. Ibu mana? Ibu
pun tak jawab call Angah.” Kata Alisa
sebaik saja mendengar suara adiknya.
“Aaaa....Angah!” suara Alina separuh
berbisik apabila mendengar suara kakaknya. Alina berpaling ke belakang. Dia
lihat Dr. Nazri sedang melihat ke arahnya.
“Aaa...Lina, saya keluar dulu.” Dr.
Nazri sedar Alina berasa kurang selesa bercakap dalam telefon apabila
kehadirannya mengganggu Alina.
“Ok, sekejap lagi Lina datang.”
Alina tersenyum. Sebaik saja memastikan Dr. Nazri terus keluar , Alina berjalan
menuju ke bilik air.
“Acu, what’s going on?” Alisa dapat
merasakan sesuatu yang tak kena.
“Aa....nothing.” Nada suara Alina
terketar-ketar.
Alisa mengeluh. “Don’t try lie to
me?” Alisa syak sesuatu. Sejak dulu lagi, Alina tak pandai berbohong jika dia
berbohong nada suaranya akan terketar-ketar.
“Tak ada apa-apa!”
“Really!” Alisa tak percaya.
“Ok! Make sure you not lie to me
because i’m here. Now, i’m in Malaysia to pick up both of you back to London.”
Beritahu Alisa. Dia tahu kedatangannya pasti mengejutkan ibu dan Alina. Dia
sudah tak sanggup menunggu lagi. Dia tak mahu ibu menangguh lagi kepulangan ke
London. Dia buat keputusan menjemput ibu dan Alina pulang walaupun keputusannya
tidak diketahui oleh Aleya.Ini satu-satunya jalan untuk memastikan ibu dan Acu
benar-benar pulang.
“What!” bulat mata Alina bila
mendengar kata-kata kakaknya.
“So, tell me what’s going on?”
Alina mengeluh kalau tak beritahu
pasti Angah akan marah padanya lagipun Angah dah ada di sini. “Ibu kemalangan!
Sekarang ni kat hospital.”
“What!” jerit Alisa bila mendengar
kata-kata adiknya. Jantungnya berdengup kencang. Bibirnya terketar-ketar. Wajah
ibunya mula terbayang. “Where are you right now? Tell me” Langkahnya diatur
pantas.
************************************
“Ibu! Ibu tak apa-apa ke?” soal
Alisa sebaik saja melihat ibunya sedang terbaring. Air matanya mengalir apabila
melihat tangan ibunya disimen.
“Ibu tak apa-apa! Jangan risau,
sikit je.”
“Sikit ibu cakap! Ni ... tangan
patah. Ini Ibu kata sikit. It’s take time to recover.”
Alina hanya memerhati kakaknya. Dia
berasa lega akan kehadiran kakaknya pada waktu ini. Selalunya jika terjadi
sesuatu mereka bertiga akan bersama. Kehadiran Alisa sedikit sebanyak
mengurangkan kerisauan di hatinya.
“Dah tengok rekod perubatan ibu?”
“Dah! Tak ada yang serius.”
“Betul ke? Angah rasa kita perlu
bawa ibu pulang ke London, terima rawatan di sana.”
“Angah! Tak payah susah-susah. Kan
sini pun, dah elok. Mereka layan ibu dengan baik.”ujar Munirah dengan lembut.
“But....teknologi perubatan di
London lebih maju dari sini. Angah rasa ibu perlu terima rawatan di sana. Buat
medical check up lagi.” Pujuk Alisa. Dia bimbang jika ada perkara yang tak
diingin berlaku lagi.
“Teknologi perubatan di sini pun dah
bertambah maju. Lagipun di sini, yang menjaga ibu adalah bangsa kita sendiri.
Angah jangan bimbang.Ibu selesa di sini.” Tegas Munirah. Dia tahu Alisa bimbang
akan kesihatannya.
“tapi ibu....”
“Angah! Doktor suruh ibu banyakkan
berehat. Nanti kita bincang perkara ni lagi.” Alina mencelah. Jika dibiarkan
pasti keadaan menjadi keruh.
“Baiklah!” Alisa mengalah.
“Acu nak ke bilik air jap. Nak basuh
buah epal ni.” Alina mengambil 2 biji buah epal yang dibelinya sebentar tadi.
Dia masuk ke dalam bilik air.
Alisa duduk di kerusi yang
berdekatan dengan katil ibunya. Alisa hanya tesenyum. Tangannya erat memegang
tangan kiri ibunya. Munirah hanya tersenyum. Mereka berdua terkejut bila pintu
bilik dibuka dengan kasar. Bulat mata Munirah bila melihat kehadiran mereka
bertiga.
“Benar-benar menakjubkan. Ilmu apa
kau pakai,hah?!” ucap Kartika sambil menepuk tangannya bila melihat musuhnya
terlantar di atas katil. Liat betul nyawa perempuan ni nak mati. Dia tak sangka
rancangannya gagal. Dia dah upah orang supaya rosakkan brek kereta Munirah tapi
kejayaan tidak berpihak padanya. Munirah hanya cedera saja. Ini yang membuatkan
dia geram. “Aku ingat kau dah mati!”
Alisa terkejut bila mendengar
kata-kata wanita itu. Alisa terus bangun tapi Munirah sempat memegang tangan
Alisa. Alisa berpaling ke arah ibunya. Munirah menggelengkan kepalanya. Dia tak
nak Alisa bertindak terburu-buru. Alisa
kembali merenung 3 orang wanita yang berada tidak jauh darinya. Dia sedar 2
orang wanita muda yang berdiri di sisi wanita itu tersenyum sinis ke arahnya.
“Kartika! Kak tak faham! Apa yang
Kartika tak puas hati lagi? Kak akan bercerai dengan Dato’ Kadir tak lama lagi.
Selepas ni keadaan akan kembali seperti biasa.Tiada siapa yang akan mengganggu
rumahtangga Kartika lagi”
Alisa menoleh ke arah ibunya.
Bercerai! Inikah urusan yang dikatakan oleh ibu? Tujuan ibu pulang ke Malaysia
sebab ingin bercerai dengan lelaki tu.
“Kau jangan nak bodohkan aku! Aku
dengar sendiri suami aku beritahu anak kau yang dia takkan ceraikan kau tapi
dia nak ceraikan aku pula. Kau ingat aku akan berdiam diri saja tengok kau bolot
semua harta suami aku.” Marah Kartika.
“Ya, Allah! Kartika, kak tetap akan
ceraikan Dato’ Kadir walauapa yang terjadi.Dia setuju atau tak, kak tetap akan
ceraikan dia.”
“Kau ingat aku akan percaya cakap
kau lagi. Jangan harap la. Aku beri amaran kalau kau sayangkan nyawa kau dan anak
kau, baik kau balik ke tempat asal kau. Di sini bukan tempat kau jika tak aku
tak jamin keselamatan kau dan anak kau. Kau ingat tu.” Tegas Kartika.
“It’s mean it’s a thread, right.”
Alisa bersuara.
Dahi mereka bertiga berkerut bila
mendengar kata-kata Alisa.
“Apa!” Sofea bersuara. Dia bukannya
faham sangat dengan bahasa Inggeris begitu juga adik dan ibunya. Setakat you
and I, mereka faham la. Mereka bertiga
bersekolah pun setakat SPM saja.
Alisa tersenyum sinis. “So you don’t
know how to speak english, right? Hmm....Jadi ini satu ugutan.”
“Ya!” Kartika merenung wanita yang
rambutnya bersanggul. Penampilan Alina berbeza pada hari ni.
Perlahan-lahan Alisa menganggukkan
kepalanya. Dia sudah faham sekarang ni. “Ini bermakna you la yang upah orang untuk
rosakkan brek kereta ibu I?”
“Ya dan aku takkan teragak-agak
untuk lakukannya sekali lagi.” Kartika mengaku. Renungannya masih pada Alina.
Dia dapat rasakan ada kelainan pada Alina hari ni. Gaya percakapannya juga
lain.
“Ooo....I see! Ibu, she don’t know
that her statement wil make her in trouble. This can be prove to put her in
jail. Idiot women” Alisa menunjukkan alat perakam yang berada ditangannya.
Alisa tersenyum ke arah ibunya. Walau ke mana saja dia pergi, dia akan sentiasa
membawa perakam suara sebagai persediaan.
Munirah
terkejut. Kartika tidak nampak alat perakam yang dipegang oleh Alisa.
“Kau cakap apa, hah!” Suziela
bengang. Dia tahu pasti perempuan tu sedang mengutuk mereka.
“Tak ada apa-apa la!” jawab Alisa
dengan wajah selamba.
“Kau ingat! Aku nak kau cepat
berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi.” Kata Munirah terus
keluar dari situ. Sofea dan Suziela terus mengikut ibu mereka. Sebaik saja
mereka bertiga keluar, Alina keluar dari bilik air. Dia sudah mendengar
segala-segalanya. Kemalangan yang dialami oleh ibu adalah rancangan auntie
Kartika. Alina menghampiri kakaknya.
“Don’t tell me that they’re.....”
Alisa menuding jarinya ke arah pintu manakala matanya tepat melihat ibunya.
Takkan la telahannya tepat.
“Your stepmother and stepsisters.”
Jawab Munirah.
Alisa mengetap bibirnya menahan
geram. Perangai mereka memang melampau. Macam mana ibu boeh bersabar? Dah jelas
perempuan tu ingin membunuh ibu. “Angah takkan biarkan perkara ni! Angah akan
buat police report! Bukti dah ada dalam tangan kita.”
“Angah! Ibu tak nak Angah buat
laporan polis. Ibu tak nak perkara ni diperbesarkan.”
“What! Ibu, kita tak boleh biar
mereka pijak kepala kita. Lepas ni entah apa lagi dia akan lakukan. Kita perlu
buat laporan polis. Dia cuba bunuh ibu.” Tegas Alisa.
“Angah! Kalau Angah masih sayang dan
hormatkan ibu, ikut saja apa yang ibu cakap!” tegas Munirah. Dia tahu anak
keduanya itu memang degil.
Alisa tergamam. Lidahnya kelu
berkata-kata. Pandangannya diarahkan pada Alina. Alina membuat mimik muka agar
Alisa mengalah dan setuju dengan permintaan ibu.
“Ok!” Alisa mengalah dan terus
berlalu keluar dari bilik itu. Alina hanya memerhati kelibat Alisa keluar dari
situ. Pasti sekarang ni Angah tak puas hati.
***************************************
“Kenapa Angah tak beritahu Along?
Why?” jerkah Aleya sebaik sahaja panggilannya dijawab. Sudah beberapa kali,
Aleya call tetapi Alisa off telefon bimbitnya.Aleya geram. Dia terkejut apabila
melihat sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Alisa padanya. Alisa membuat
keputusan tanpa memberitahu dirinya.
“Becouse Angah tahu, Along takkan
setuju.”
“Angah faham tak dengan maksud
sabar! Sabar. Angah suka bertindak melulu. Sekarang ni ada dua Alina di
Malaysia, Angah tahu kan ertinya! Jika lelaki tu tahu, kita ni triplet. Dia
takkan lepaskan ibu dan kita bertiga. Faham tak?” Aleya meninggikan suaranya.
Sikap Alisa sering membuat dirinya hilang sabar. Asyik bertindak ikut hati
saja.
“I know about that, sis!”
“Tetapi Angah tetap buat jugak.”
“Angah minta maaf, ok!” Alisa meminta maaf. Alisa tahu Aleya tengah
marah sekarang ni. Aleya jarang marah tetapi jika dia sudah marah, sakit
telinga apabila mendengar suara Aleya.
“Ok but don’t do it again. So Angah
dah sampai ke?” Kemarahannya reda sebaik sahaja Alisa meminta maaf padanya.
“Dah!”
“Ibu dan Acu! Angah dah jumpa mereka
ke?”
Alisa mengeluh dengan kuat secara
tiba-tiba. “Ibu accident!”
“Apa!” Bulat mata Aleya
mendengarnya. Aleya bangun dari sofa secara tiba-tiba. Perasaan bimbang mula
timbul. Teruk ke?
“Tangan kanan ibu patah dan ada
sedikit luka di badan. Ibu okey! Don’t worry, along . Angah dan Acu ada. Kami
akan jaga ibu.”
Aleya menundukkan kepalanya. Rambut
panjang yang melepas bahunya menutupi wajahnya. Aleya mengeluh lega. Mujurlah
ibu tak mengalami kecederaan yang teruk. Aleya membetulkan kedudukan rambutnya.
Aleya kembali duduk. “Macam mana ibu boleh accident? Siapa yang drive? Ibu ke?
Acu! Acu pergi mana waktu tu?” Bertubi-tubi Aleya mengajukan soalannya.
Sedikit senyuman terukir di bibirnya.
“Ibu yang drive. Acu pula pergi jumpa lelaki tu.”
Aleya terdiam seketika.
“Along! Do you want to know why
......Kenapa ibu tak mahu balik ke London? Sebab ibu mahu bercerai dengan
lelaki tu. Itulah perkara yang sepatutnya ibu beritahu kita” Terang Alisa.
Dahi Aleya sedikit berkerut.
“Tetapi lelaki itu tak mahu
ceraikan .....sebaliknya dia ingin
ceraikan isteri keduanya.”
“What!” Aleya mengetap bibir. Kenapa
pula dia tak mahu ceraikan ibu? Dah 26 tahun, mereka hidup dengan haluan
masing-masing. Apa sebenarnya motif lelaki ni? Tetapi kenapa pula dia nak
ceraikan isteri mudanya. Adakah kerana Alina? Kerana dia tahu dia mempunyai
anak sebab itu dia enggan ceraikan ibu. Keadaan semakin rumit. Tetapi kenapa
pula ibu mesti meminta cerai pada lelaki itu?
“Angah dah jumpa madu ibu dan kakak
tiri kita.”
“So ....”
“Mereka tu gila.”
Aleya ketawa.
“Along tahu tak? Mereka bertiga
datang melawat ibu di wad.”
“jadi mereka nampak Angah dan Acu
ke?”
“Tak. Kebetulan Acu pergi toilet
waktu tu. Berlagak nak mampus. Macam diva. Dia ingat dia popular sangat ke?
Tetapi bila Angah cakap bahasa inggeris, sepatah haram pun tak faham.” Alisa
ketawa dengan kuat.
“Biarlah mereka tu .....Jangan cari
masalah dengan mereka.”
“But you don’t hear this part yet
.....Perempuan itu mengaku dia upah orang untuk rosakkan brek kereta ibu. Dia
memang berani. Bertindak seperti itu. Dia ingat negara ni tak ada undang-undang
ke?”
“Dia memang sudah melampau.. Kenapa
Angah tak report saja pada polis?”
“ Memang Angah nak report tetapi ibu
....Ibu halang Angah untuk buat laporan polis. Ibu tak mahu besarkan hal ini.”
“Pasti kerana lelaki tu kan!”
“Angah tak faham la dengan sikap
ibu. Cinta itu buta ke? Sehingga ibu masih memikirkan tentang lelaki tu.
Semuanya tentang lelaki tu. Angah geram, Along . Apa Angah nak buat sekarang.
Angah nak bawa ibu balik dan jalani rawatan di London tetapi ibu tak mahu. Kata
ibu, ibu lebih selesa menjalani rawatan di sini” Alisa mula meradang.
Aleya memejamkan matanya seketika.
Berfikir. “Just take care of her! Ok! ”
“Itu saja ke?” Alisa terkejut.
“And ....bring ibu and Acu home
safely.”
“Tentang Datin Kartika! Tak mustahil
jika lakukan benda yang sama pada ibu. Angah takut jika sesuatu terjadi pada
ibu dan Acu.”
“Tiada apa-apa yang akan terjadi
pada ibu. Believe me!”
“Along dah ada plan ke?” soal Alisa
secara tiba-tiba. Dari gaya percakapan Along macam ada plan saja. Dahi Alisa
berkerut.
“Wait and see, sis. Along ada hal
sikit dengan Auntie Khaty. Kirim salam pada ibu dan Acu. Bye. Assalammualaikum
......”
“Waalaikumussalam.” Jawab Alisa.
Plan apa ye? Apa yang Along tengah fikirkan sekarang?
2 comments:
wah! mcm gempak jer plan aleya nie..
gila pye pom...smp sgup mbunuh sbb harta...ish2 apa plan along ek...
Post a Comment