Bab 10
“Awalnya kau balik, Zahari?” soal Iskandar. Dia terus duduk di sebelah
kerusi yang bersebelahan dengan Zahari. Sudah lama dia tak berjumpa dengan
sahabatnya itu.
“Bosan la aku tinggal di negera
orang lama-lama. Aku tak sabar nak balik ke sini. Negaraku yang tercinta.”
Zahari tersengih.
“Macam mana dengan life kau kat
sana?” soal Dr. Nazri. Mereka bertiga berjanji untuk berjumpa di Secret Recipe
petang ini.
“So far, ok la! Sana sejuk! Fuh,
nasib baik la kulit aku tebal.” Zahari ketawa.
“Special ones?” Iskandar cuba untuk
mengorek rahsia.
“None! Semua minah salleh la, bukan
taste aku. Jiwa aku masih pada perempuan melayu!”
“Boleh percaya ke?” Dr. Nazri
tersengih bila mendengar kata-kata Zahari.
“Tentu la! Aku balik cepat-cepat ni
sebab aku kasihan kat Linda yang terpaksa uruskan syarikat guaman arwah papa
aku seorang diri. Lagipun tahun depan, dia nak kahwin. Mesti dia sibuk nak buat
persiapan perkahwinan lagi. ”
“Tengok! Adik kau pun dah nak
kahwin! Kau bila lagi? Takkan la kau tak jumpa lagi wanita idaman kau?” ujar
Dr. Nazri.
“Aku belum ada jodoh lagi lagi.
Sebab pasal wanita ni, masa aku kat KLIA pagi tadi. Ada wanita tu duduk kat
sebelah aku. Aku tegur la dia sebab waktu tu aku tengok dia macam bengang. Telefon
bimbitnya diketuk-ketuk di kerusi. Aku tegur la dia. Lepas tu dia tiba-tiba
naik angin. Dia speaking. Dia suruh aku jangan cakap dengan dia tapi aku cakap
jugak.” Zahari mula bercerita. Dia teringat akan peristiwa tadi.
“Kau memang suka cari pasal.” Sampuk
Iskandar. Dia berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut.
“Aku bukannya buat apa-apa pun. Just
tegur je. Aku kan peramah!”
“Sambung-sambung la, aku nak
dengar!” kata Dr. Nazri.
“Dia beri amaran kat aku supaya
jangan bercakap dengan dia lagi tapi aku cakap dengan dia jugak,. Tiba-tiba dia
bangun dan terus menjerit.....” Zahari menoleh ke kiri dan kanan. Dia perlu
pastikan tak ada orang mendengar perbualan mereka bertiga. “Dia jerit kata aku
raba punggung dia.” Nada suara Zahari separuh berbisik.
“Apa!” Dr. Nazri terkejut.
Iskandar ketawa kuat bila mendengar
kata-kata Zahari.
“Bagi kau memang la lucu, bagi aku
pulak ini perkara yang memalukan. Time tu memang aku geram, marah dan malu!
Mana tidaknya, semua orang kat sini pandang aku lain macam ja seolah-olah aku
orang gila seks. Perempuan tu pulak terus pergi macam tu saja. Kalau
la....kalau la, aku jumpa perempuan tu lagi! Siap la! Aku akan balas dendam
balik.” Zahari mengetap bibirnya menahan geram.
“Lain kali, kau tu jangan la jadi
peramah sangat. Kan dah kena! Aaaa....betul ke Uncle Kadir dah lantik kau jadi
peguam dia?”
“Ya! Baru tadi, dia call aku! Dia
cakap nak jumpa aku esok.”
“Mesti Uncle Kadir nak tukar
wasiat.” Kata Iskandar.
“Kenapa?” Zahari tak faham.
“Auntie Munirah dah balik.
Rupa-rupanya Uncle Kadir ada anak dengan Auntie Munirah. Selama ni Uncle Kadir
tak tahu yang dia mempunyai pewaris.” Terang Dr. Nazri.
“So maksud kau, tujuan Uncle Kadir
nak jumpa aku esok disebabkan wasiat .”
“Mungkin ya!”
“Habis tu macam mana dengan Auntie Kartika, Sofea
dan Suziela. Aku rasa mereka takkan bersetuju pasal hal ni, macam la kau tak
kenal dengan perangai Auntie Kartika dan anaknya.”
Serentak mereka bertiga mengeluh
kuat. Mereka tahu apa yang akan berlaku.
“Aaa....girlfriend kau berdua macam
mana? Sihat?”tanya Zahari sambil tersengih.
“Siapa?” soal Iskandar dan Dr. Nazri
serentak.
“Sofea dan Suziela”
“Eh, Zahari! Kau jangan sebut nama
mereka berdua, nanti tak pasal-pasal muncul kat sini.” Kata Iskandar. Nama
Sofea memang sensitif pada dirinya.
“Ya lah. Kau ni memang sengaja nak
hilangkan mood kami.” Dr. Nazri mencelah. Wajahnya berubah pucat bila nama Suziela
disebut.
“Penakut! Takkan la kalau aku sebut
nama Sofea dan Suziela, mereka akan muncul kat sini.” Zahari ketawa. Lucu.
“Hai!” tegur seseorang. Serentak mereka
bertiga berpaling.bila mendengar suara wanita menegur mereka. Ketawa Zahari
mati secara tiba-tiba bila melihat dua orang wanita yang berada di belakang
mereka. Perlahan-lahan matanya dialihkan pada kedua orang sahabatnya yang
sedang memerhatinya seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.
“Happy nampak!Tengah borak pasal
apa?” Suziela bersuara. Matanya tepat merenung ke arah kekasih hatinya.
“Aaa...Nothing.” jawab Zahari. Dr.
Nazri dan Iskandar hanya mendiamkan diri. Maaf, sahabatku! Tak sangka mulut aku
ni masin pulak!
**********************************
Khatijah terkejut apabila Aleya
tiba-tiba berada di belakangnya. “Leya rupanya! Auntie ingat siapa tadi!”
Khatijah mengusap dadanya akibat terkejut. Dia baru saja mengunci pintu
restoran. Kenapa Aleya tiba-tiba datang pada waktu ni? Dah tengah malam.
Wajahnya serius.
“So selama ini auntie tahulah
sebabnya ...sebab kenapa ibu mahu pulang ke London. Kerana ibu nak minta cerai
pada lelaki tu!”
“Leya dah tahu.”
Aleya menganggukkan kepalanya.
“Munirah beritahu ke?”
“Tak! Angah yang beritahu.”
Dahi Khatijah sedikit berkerut.
Macam mana Alisa boleh tahu pulak?
“Sekarang ni Angah ada di Malaysia
bersama ibu dan Acu.”
“What!” Bulat anak mata Khatijah.
Kehadiran Alisa pasti akan menghuru-harakan keadaan. Siapa tak kenal dengan
sikap Alisa? Bercakap! Ikut suka hati dia sahaja. Tak ada brek langsung.
Stright to the point.
“Ya. One more thing, auntie! Ibu
accident.” Beritahu Aleya. Dia membetulkan mafela yang berada dilehernya..
Sejuk!
“Munirah accident.” Mulut Khatijah
melopong. Khatijah resah. “Bila? Auntie baru saja cakap dengan Munirah beberapa
jam yang lalu. Macam mana boleh accident pula? Bagaimana dengan keadaan Munirah
sekarang ni?”
“Baik Cuma tangan kanan ibu patah.
Ambil masa untuk pulih.”
“Syukur alhamdulilah.” Khatijah
mengusap dadanya perlahan-lahan. Rasa lega.Tiada yang serius.
“Auntie, Leya ada perkara nak tanya!
Leya tahu antara auntie dan ibu tiada rahsia selama ini.”
“Tentang apa?” Jantungnya berdegup
kencang.
“Kenapa ibu mahu bercerai dengan
lelaki tu? Mereka sudah tiada apa-apa hubungan. Maksud Leya, mereka bukan suami
isteri lagi kan. Talak jatuh ke atas isteri sekiranya ......”
Sebelum sempat Aleya menghabiskan
kata-katanya, Khatijah mencelah. “Jadi, selama ini Aleya ingat mereka berdua
bukan suami isteri lagi ?”
“Ya. Dia tak pernah beri apa-apa
nafkah pada ibu malah dia tak pernah ambil tahu tentang ibu. Dia tak pernah
cari ibu so ...kenapa pula ibu mesti minta cerai dari lelaki itu.? Ataupun ada
perkara yang Leya tak tahu.....” Aleya
merenung Khatijah dengan tajam. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang
dirahsiakan oleh ibu. Yang pasti, hanya auntie Khaty yang tahu.
“Apa maksud, Leya?” nada suara
Khatijah bergetar. Dia mula panik. Dia tidak berani bertentang mata dengan Aleya.
Aleya tersenyum sinis. Dari reaksi
Auntie Khaty, aku sudah tahu jawapannya. “So ...Auntie tak mahu beritahu Leya
ye! Tak apa, Leya tak memaksa. Malam ni
juga, Leya booking ticket ke Malaysia. Leya akan bersemuka dengan ibu. Leya nak
dengar penjelasaan dari ibu.”
“Leya! “ Khatijah terkejut dan
memegang lengan Aleya. Khatijah serba salah. Jika Aleya juga pergi ke Malaysia,
pasti keadaan akan huru-hara. Kasihan Munirah. “Ok! Auntie beritahu.Tetapi
janji dengan auntie, rahsiakan perkara ini dari Lisa dan Lina.” Khatijah
mengalah.
“Sebenarnya, selama ini Dato’ Kadir
memberi nafkah pada Munirah tanpa pengetahuan Munirah.” Jelas Khatijah.
“Maksud auntie .....” Dahi Aleya
sedikit berkerut.
“Munirah tak menyangka selama ini
duit yang diguna selama ini adalah pemberian dari Dato’ Kadir. Munirah ingat
duit yang terdapat di dalam akaun tu
adalah duit dari hasil tanaman kelapa sawit di Johor Bharu ....Patutlah setiap
bulan terdapat RM20 ribu dalam akaun tu. Rupa-rupanya, duit itu sebahagian dari
wang pembelajanaan yang diberi oleh Dato’ Kadir.”
“So ...ibu guna duit tu .....” Aleya
mengetap bibir. Kenyataan yang didengari benar-benar menyentap jantungnya.
“Ya. Munirah tak tahu. Semasa
Munirah tiba di sini, kehidupannya susah. Maklumlah merantau di negera orang.
Dia bergantung sepenuhnya pada duit tu ....Tiada sesiapa mahu mengambil Munirah
bekerja kerana Munirah pregnant . Auntie hanya dapat membantu apa yang mampu
kerana waktu tu kehidupan auntie dan uncle belum stabil lagi.”
“Wait a minute.” Aleya tiba-tiba menundukkan
kepalanya. Berfikir. “Maksud auntie .....dalam masa 26 tahun ni , ibu masih
guna lagi duit tu lagi ke? Wang untuk pembelajaran kami .....wang untuk rumah
yang kami tinggal sekarang ni ......Wang untuk modal restaurant ....Semuanya
dari wang lelaki itu ke?” Aleya merenung tepat anak mata Khatijah. Nada
suaranya bergetar.
“Ya....” jawab Khatijah dengan
lemah. “Termasuklah wang yang diberi Munirah untuk modal company Leya dan
Lisa.”
“What!” Tiba-tiba kaki Aleya berasa
lemah. Perlahan-lahan Aleya berjalan menuju ke bangku panjang yang terdapat di
luar restaurant.
“Jangan salahkan Munirah dalam hal
ini. Dia tak tahu. Dia tahu yang duit itu dari Dato’ Kadir sehinggalah Munirah
mendapat panggilan dari Maria, cousin Dato’ Kadir. Seperti Leya, Munirah juga
beranggapan seperti tu. Mereka dah tiada apa-apa hubungan lagi. Maria memujuk
Munirah pulang untuk berjumpa Dato’ Kadir buat kali terakhir. Munirah enggan.
Dia tak mahu peristiwa lama menghantui jiwanya lagi. Dia tak mahu terluka lagi.
Apabila Maria memberitahu tentang nafkah yang diberi oleh Dato’ Kadir sepanjang
26 tahun ni, Munirah benar-benar terkejut.”
“Leya tak faham, auntie! Dia dah
halau ibu dari hidupnya tetapi kenapa pula dia memberi nafkah pada ibu setiap
bulan ....Apa yang sebenarnya rancangan dia pada ibu? Kenapa dia masih enggan
melepaskan ibu? Apa dia mahu lagi dari ibu? Nak tengok ibu terseksa ....itu
niat dia ke?” Aleya mengeluh. Dia kelihatan kembali tenang.
“Itu auntie tak tahu. Peluang yang
ada ni, Munirah mengambil keputusan meminta cerai pada Dato’ Kadir. Munirah tak
mahu perkara ini berlanjutan. Munirah mahu selesaikan hal ini dengan segera.
Munirah tak mahu tangguhkan lagi.” Kata Khatijah. Dia tahu Aleya akan memahami.
Antara mereka bertiga, Aleyalah yang paling matang. Dia akan berfikir sebelum
bertindak tetapi jika dia marah .....tak tahulah apa yang akan terjadi. Dia
degil. Khatijah cuba tersenyum. Dia memegang bahu Aleya.
“Tetapi kenyataan tetap kenyataan
auntie ......Ibu masih sayangkan lelaki tu. Leya tahu .....di sudut hati ibu,
masih ada lagi rasa cinta ibu pada lelaki itu.”
“Auntie pun tahu.” Khatijah
menganggukan kepala. “Leya dah tahu hal ini. Apa yang akan Leya nak lakukan
sekarang ni.”
“Leya tak akan buat apa-apa auntie.
Leya percaya ibu. Leya tak mahu tambah masalah ibu lagi. Cukuplah ......Cuma Leya risau bila memikirkan Angah di sana.”
“Ya ...auntie pun sama.”
“Selain itu, Leya juga risau dengan
keselamatan ibu, Angah dan Acu di sana. Kemalangan yang menimpa ibu sebenarnya
dirancang oleh isteri lelaki tu. Perempuan tu marah bila lelaki nak ceraikan
dia bukannya ibu.”
“Apa! Dia memang sudah melampau. Dia
ingat nyawa orang, main-main ke?” Khatijah terkejut. Dia marah. “Dah report
polis?”
“Auntie kenal sikap ibu kan!”
Khatijah mengeluh. Dia kenal dengan
perangai sahabat karibnya tu. “So ...Leya hanya akan wait and see saja ke ?”
soal Khatijah. Dia risau. Munirah sudah tiada sesiapa di Malaysia. Siapa yang
akan bantu Munirah jika dia dalam kesusahan nanti.
“Tak. Leya dah minta tolong kawan
Leya yang ada di Malaysia untuk siasat latar belakang perempuan
tu......Tengoklah, jika ada apa-apa maklumat tentang wanita tu yang boleh Leya gunakan against her .” Aleya
tersenyum sinis.
Khatijah turut sama tersenyum.
*********************************
Perlahan-lahan Alisa membuka kelopak
matanya. Terasa berat. Dia terdengar suara. Alisa mengangkat kepalanya.Matanya
dikesat beberapa kali. Dia melihat ke arah ibunya yang masih tidur.
“Lina, bangun! Kenapa tidur macam
ni? Nanti sakit badan!”
Alisa berpaling. Dahinya berkerut
melihat lelaki yang berdiri di sisinya. Siapa dia ni?
“Lina! Bangun! Lina balik dulu!
Pasti Lina penat sebab semalaman menjaga ibu. Biar abah pula yang jaga ibu.” Dato’
Syed Mohd Kadir tersenyum.
Abah! Mata Alisa bulat sebaik saja
mendengar lelaki itu membahasakan dirinya abah. Lelaki ni....lelaki ni! Inilah
pertama kali aku bersemuka dengan lelaki ni. Serentak Alisa bangun dan
terlanggar botol air yang berada di atas almari. Botol itu terjatuh dan
menyebabkan Munirah terjaga.
“Lina, kenapa ni?” soal Dato’ Syed
Mohd Kadir hairan bila melihat reaksi Alina seolah-olah seperti nampak hantu.
“Ni abah ni!”
Munirah terjaga dan melihat ke arah
Alisa. Munirah terkejut bila melihat Dato’ Syed Mohd Kadir juga berada di situ.
Munirah sedar akan perubahan wajah Alisa. Pasti Kadir ingat Alisa adalah Alina.
“Lina! Lina!” panggil Munirah beberapa kali.
Alisa berpaling apabila mendengar
suara ibunya. Dia terus mendekati ibunya. “Lina, balik dulu!” Munirah memegang
erat tangan anaknya. Dia bimbang Alisa akan tiba-tiba naik angin. Dia tahu
anaknya masih marah.
“Tapi ibu....”
“Balik!” tegas Munirah.
Alisa mengeluh. “Baiklah!” Alisa
mengeluh. Dia tak nak bergaduh dengan ibunya lagipun ibunya pun bukannya sudah
sembuh sepenuhnya. Semalam adalah gilirannya untuk menjaga ibu. Malam ni
giliran Alina pula. Mereka bergilir-gilir menjaga ibu. Alisa tak nak orang lain
tahu akan kewujudan dirinya.
Alisa terus mencapai beg tangannya
dan berlalu keluar dari situ tanpa melihat ke arah Dato’ Syed Mohd Kadir yang
sedang memerhati.
“Lina, marah kat abang ke?” soal
Kadir. Dia sedar akan layanan dingin Alina pada dirinya.
“Tak mungkin la! Mungkin dia masih
mengantuk lagi. Semalaman dia jaga Munirah. Aa....macam mana Dato’ Kadir tahu
....”
“Munirah, kenapa panggil abang Dato’
Kadir? Abang kan masih suami Munirah.” Dato’ Syed Mohd Kadir sedar sejak kali
pertama mereka berjumpa Munirah asyik memanggil dirinya Dato’ Kadir.
“Munirah sedar siapa Munirah yang
sebenarnya! Kita tak setaraf. Kita berkahwin pun disebabkan oleh keluarga.
Munirah tak layak menjadi isteri awak sebab itu Munirah nak kita bercerai. Munirah
tak nak buat dosa lagi. Awak dah ada isteri. Tak elok jika Munirah jadi orang
kedua.”
“Munirah isteri abang! Isteri abang
yang sah. Isteri pertama abang!” tegas Dato’ Syed Mohd Kadir
“Selama
ni kita hidup tak seperti suami isteri. Kita tak bahagia. Kenapa kita perlu
hidup seperti suami isteri lagi? Penceraian adalah jalan terbaik untuk kita.”
“Munirah, tak boleh ke kita mulakan
hidup baru bersama-sama? Adakah sukar untuk menerima abang kembali dalam hidup
Munirah?” nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir terketar-ketar. Dia ingin
menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama Munirah.
“Dah terlambat!”
“Masih belum terlambat lagi.Berilah
peluang pada abang untuk tebus segala-galanya. Abang janji! Abang akan
membahagiakan Munirah.” Rayu Dato’ Syed Mohd Kadir sambil tangannya tiba-tiba
memegang lembut tangan Munirah.
Dengan pantas Munirah menarik
tangannya. Munirah menoleh ke arah lain. Dia tak sanggup memandang wajah
suaminya lagi. Dia takut jika hatinya akan menjadi lembut. Dia perlu tetap
dengan pendiriannya. “Sudahlah, Dato Kadir! Awak balik la ke pangkuan Kartika.
Munirah tak nak timbulnya masalah baru lagi.”
“Munirah!” suara Dato’ Syed Mohd
Kadir sayu. Hatinya sakit bila Munirah tidak menerima dirinya. Mungkin ini
balasan atas apa yang aku telah lakukan pada Munirah dahulu.
4 comments:
lily... maaf nak bagi tahu... sy ni silent reader... tapi ni kene ckp gak huhuhu lama lg ke nak sambung? cite lily best :)
Esok saya akan upload bab seterusnya. Sekarang ini saya masih dalam proses menulis novel. Insya Allah, saya akan cuba habiskannya pada tahun ini. Terima kasih kerana menjadi pembaca novel saya.....
btul2...lama sgt tgu sbugan..hihi... complicted btul hbgn dorg nie kn.. lps nie msti 3org shbt akn bpkir dorg mcintai pom yg sma...hahaha...mkin xsbr mnti n3
As salam utk pesta buku ni ada tak novel terbaru selepad siapa org gaji ku?
Post a Comment