Bab 16
Kartika terkejut bila ada tangan
yang menghalangnya dari membuka pintu kereta BMW X6 hitam miliknya. Kartika
merenung wanita muda yang berkemeja biru muda dan berseluar jeans itu.
“Kita perlu berbincang, Datin
Kartika.” Alisa merenung wanita yang berbaju gaun ketat separas lutut itu. Dah
tua-tua pun tak sedar diri lagi, perasaan diri muda la tu.
Kartika tersenyum sinis. “Kau nak
apa?”
Alisa ketawa kecil bila mendengar
pertanyaan wanita itu. “Tujuan Lina jumpa Datin Kartika hari ini sebab nak beri
amaran pada Datin supaya jangan ganggu ibu lagi.”
“Kau siapa nak beri arahan pada aku,
hah!”
“Datin! Datin ingat Lina tak tahu
apa rancangan Datin pada ibu dan Lina?” Alisa tersenyum.
Kartika tergamam. Apa maksud budak
ni? Dia tahu ke plan aku? Mustahil.
“Untuk pengetahuan Datin, segala
gerak-geri Datin …. Lina tahu. Datin pergi mana? Datin jumpa siapa? Pukul
berapa? Semua Lina tahu.”
Bulat mata Kartika sebaik saja
mendengar pengakuan Alisa. “Kau!”
Jerit Kartika
menahan marah.
“Apa! Datin ingat Datin seorang saja
yang boleh upah orang ekori ibu? Ini Alina. Sesiapa yang telah cederakan
keluarga Lina lebih-lebih ibu Lina, Lina takkan biarkan begitu saja.”
“Hey, kau siapa nak lawan aku, hah!
Kau tu masih mentah. Oooo…depan mak ayah kau, kau pandai berpura-pura baik
tetapi sebenarnya kau ni jahat.” Kartika bengang. Berani dia nak ugut aku.
“Suka hati la, Datin nak cakap!
Kalau nak banding Datin dengan Lina, Datin lebih jahat lagi.” Perli Alisa.
“Kau!” Kartika terus mengangkat
tangannya dan ingin menampar Alina. Tangannya terhenti bila melihat Alina juga
telah mengangkat tangan dan ingin menamparnya juga.
‘Apa lagi! Tampar la. Ingat Lina tak
berani nak tampar Datin ke?” Bulat mata Alina merenung Kartika.
Kartika mengetap bibir menahan
geram. Ingatkan perangai budak perempuan sebiji seperti ibunya tetapi
sangkaannya meleset sama sekali. Rupa-rupanya anak Munirah ni bukan sebarangan.
Kartika terus menurunkan tangannya.
“Ibu tetap akan bercerai dengan
Dato’ Kadir. Datin Kartika kena bersabar. Lina akan pastikan ibu menceraikan
Dato’ Kadir. Lelaki itu tidak layak menjadi suami ibu. Oleh itu, Datin
sepatutnya tahu apa yang perlu Datin lakukan. Mulakanlah peranan sebagai isteri
yang baik. Jangan pulak habiskan masa dengan anak-anak ikan peliharaan Datin. Mereka
tu sekadar hiburan saja, betul tak!” Alina tersenyum sinis.
“Kau jangan cuba nak ajar aku!” marah Kartika.
Jarinya ditunjukkan tepat ke Alina.
“Lina tak ada niat nak ajar Datin
lagipun siapalah Lina untuk mengajar Datin tentang kesetiaan pada suami. Datin
lebih berpengalaman dari Lina. So, don’t mess up with me because I’m not Alina.
Oh ya, sebelum terlupa! Jangan ganggu hidup kami lagi, jika tidak gambar-gambar
yang tak sepatutnya orang lain tahu akan sampai ke tangan pihak media. Datin
pasti kena jaga resputasi Datin, kan ”
Alisa tersenyum. Dia terus memakai cermin mata hitam D&G. Senyuman masih
terukir di bibirnya. Alisa berjalan meninggalkan Kartika dan terus masuk ke
dalam kereta Mazda 3 putih miliknya.
Kartika mengenggam erat beg tangan
Bonia miliknya. Kau ingat kau layak nak berlawan dengan orang yang makan garam
dulu dari kau, hah! Tunggu la nasib kau selepas ini. Kartika merenung kereta
milik Alina yang meluncur laju meninggalkannya.
****************************
“Awak, tolong la faham! Antara kita
sudah tak ada harapan lagi! Hubungan kita sudah putus sejak awak halau Munirah
keluar dari rumah awak 26 tahun yang lalu. Tolong la, Munirah tak mahu
disebabkan Munirah, rumahtangga yang dibina oleh awak dan
Kartika musnah. Munirah
tak nak menjadi orang ketiga. Tolonglah faham keadaan Munirah. Munirah nak
selesaikan semua ini dengan cara baik.” Jelas Munirah. Dia sudah tak tahu
perkataan apa lagi yang perlu digunakan agar Dato’ Syed Mohd Kadir faham akan
situasinya sekarang ini.
“Perkahwinan abang dan Kartika dah
lama bergoyang. Hanya tunggu masa untuk runtuh saja. Selama ini abang tak
pernah berasa bahagia walau seminit pun sepanjang kami bergelar suami isteri.
Mungkin ini balasannya selepas apa yang abang pernah lakukan pada Munirah
dahulu.” Nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir perlahan. Sayu hatinya bila mengenangkan
sikapnya pada Munirah dahulu.
“Semua itu dah berlalu. Munirah
terima dan reda. Mungkin itu suratan takdir Munirah yang perlu Munirah hadapi.
Awak tak perlu memikirkan semua ini lagi. Munirah takkan minta satu sen pun
duit dari awak. Munirah nak kita berpisah secara baik.” Jelas Munirah dengan
lembut. Selepas keluar dari hospital, telefon bimbit Samsung miliknya tidak henti berbunyi. Munirah tahu
siapa pemanggilnya. Alisa tidak membenarkan dia menjawab panggilan itu tetapi
hari ini dia menjawab panggilan tersebut kerana menyangka panggilan tersebut
dari Maria. Nama Maria tertera di skrin telefon bimbitnya. Tanpa berfikir
panjang, Munirah terus menjawab panggilan tersebut namun sangkaanya meleset
sama sekali sebaik saja mendengar suara pemanggil itu. Tidak lain dan tidak
bukan adalah Kadir.
“Tidak! Abang takkan berpisah dengan
Munirah sampai mati pun Munirah tetap isteri abang.” Tegas Dato’ Syed Mohd
Kadir. Perkataan cerai begitu sensitive baginya. “Munirah, cuba Munirah fikir tentang Alina!
Anak kita.”
“Mereka sudah besar. Mereka tidak
membantah bila Munirah membuat keputusan ini.”
“Mereka?” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut.
Mereka? Siapa lagi yang Munirah maksudkan?
Munirah tergamam. Aku sudah terlepas
cakap. “Aaa…Alina! Mereka tu Munirah maksudkan Alina.” Munirah cuba
menutup kesalahannya.
“Ooo…Abang ingatkan abang ada anak
lain selain Alina!” Dato’ Syed Mohd Kadir mengeluh.
Munirah menelan air liurnya. Pahit!
Kalaulah dia tahu selain Alina ada lagi Aleya dan Alisa pasti dia berkeras enggan ceraikan aku.
“Munirah!” panggil Dato’ Syed Mohd
Kadir. Senyap.
Munirah tersentak bila namanya
dipanggil. “Ya”
“Munirah walau apa yang terjadi,
abang tetap takkan cerai Munirah. Talak terletak di tangan suami. Selagi abang
masih bernyawa abang takkan ceraikan Munirah. Abang takkan lakukan perkara yang
sama lagi. Di mana Munirah dan Alina bersembunyi sekarang ini, abang tetap akan
cari sehingga dapat.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir sebelum mematikan perbualan mereka.
Munirah tercengang. Kata-kata
terakhir Dato’ Syed Mohd Kadir membuat
hati Munirah resah. Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Munirah terkejut.
“Kenapa ni ibu macam nampak hantu
saja?” kata Alisa menutup pintu rumah. Dia memandang kea rah ibunya yang
terkejut melihat dirinya.
“Angah! Lain kali kalau masuk rumah,
berilah la salam! Ini main masuk saja. Mana ibu tak terkejut.”
“Mulut Angah ni dah kebas beri salam
tapi tiada siapa jawab pun. Ibu cakap dengan siapa tadi.” Alisa melihat telefon
bimbit yang dipegang oleh ibunya.
“Khaty!” bohong Munirah. Kalaulah
Alisa tahu siapa sebenarnya yang menelefon sebentar tadi pasti Alisa akan
mengamuk.
“Oooo…Auntie Khaty rupanya. Mesti
dia rindu kat ibu.”
Munirah hanya menganggukkan
kepalanya. “Angah pergi mana tadi?” soal Munirah.
“Jumpa kawan sekejap.” Pantas Alisa
menjawab. Dia tak mahu ibu tahu yang dia sebenarnya berjumpa dengan Datin
Kartika. “Ibu, Angah nak pergi sembahyang Asar dulu. Selepas tu Angah masak dan
kita makan sama-sama ye!” Alisa tersenyum. Langkahnya diatur kemas berjalan
menuju ke biliknya.
Munirah merenung Alisa dengan
pandangan yang pelik. Dia dapat rasakan Alisa cuba menyembunyikan sesuatu
darinya. Perlahan-lahan Munirah duduk di sofa. Dahinya berkerut. Munirah
mengeluh kuat. Sekarang ni fikirannya berserabut memikirkan Dato’ Kadir dan
juga anaknya.
****************************
Dato’ Syed Mohd Kadir meletakkan telefon bimbit Nokia 8500 milik di
dalam poket bajunya. Langkahnya diatur kemas menuju ke balkoni di biliknya. Dato’
Syed Mohd Kadir melihat awan hitam sedang berarak menuju ke destinasinya. Pasti
petang ni akan hujan. Namun fikirannya masih memikirkan tentang Munirah. Wanita
yang menjadi pilihan keluarganya.
“Apa! Kahwin dengan anak Pak
Rahman!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut
bila ayahnya, Tan Sri Harun menyampaikan hasratnya untuk menjodohkan dia dengan
anak tukang kebun rumah mereka. Matanya tepat merenung ayahnya. “Abah sedar
tak, apa abah cakapkan tadi. Pak Rahman tu tukang kebun rumah kita! Tukang
kebun. Mereka tak layak menjadi sebahagian dari keluarga kita.”
“Kadir! Jaga sikit bahasa kamu tu!
Pak Rahman dan keluarganya bukan orang lain. Mereka sebahagian dari keluarga
kita. Sudah lama Pak Rahman berkhidmat dengan keluarga kita sejak kamu kecil
lagi, Pak Rahman sudah bekerja dengan kita.Keluarga kita terhutang budi pada
Pak Rahman. Kamu jangan lupa tentang siapa yang selamatkan kamu sewaktu kamu hampir
lemas semasa kamu kecil.”marah Tan Sri Harun. Kata-kata anak tunggalnya itu benar-benar
mengguris hatinya. Peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Ketika itu
mereka sekeluarga sedang bercuti di rumah persinggahan mereka di Johor. Pak
Rahman adalah pekerja yang bekerja di rumah persinggahannya di Mersing,Johor.
“Itu Kadir tahu. Abah tak payah la
nak mengingatkan Kadir tentang semua itu. Kalau iya pun, abah nak balas budi
Pak Rahman kenapa mesti abah suruh Kadir kahwin dengan anak Pak Rahman. Banyak
lagi cara abah boleh lakukan untuk membalas budi Pak Rahman. Bagi tanah ke?
Duit ke? Rumah ke? Syarikat ke? Semua itu abah boleh beri kan ! Kenapa mesti paksa Kadir kahwin dengan
perempuan itu?”
“Kadir!” Tan Sri Harun terus bangun
dari sofa.
“Kadir, ibu tak sangka Kadir sanggup
cakap begitu. Ibu tak pernah ajar Kadir merendah-rendahkan maruah orang lain.
Hutang budi kita pada Pak Rahman tak boleh diukur dengan wang ringgit.” Puan
Sri Farhana bersuara. Sejak pulang dari belajar luar negara, perangai anak
tunggalnya itu berubah sama sekali. Kaki mabuk! Kaki perempuan!
“Dengan mengahwinkan Kadir dengan
perempuan itu, bukan tindakan yang bijak. Mereka tu hanya nakkan nama dan harta
kita saja. Dasar mata duitan. Sanggup jualkan anak sendiri demi wang ringgit.
Entah-entah anak perempuan Pak Rahman tu perangainya seperti perempuan pisau
cukar di luar sana .
Low class.” Hina Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia berkeras takkan setuju dengan
hasrat ayahnya itu. Nak jadi apa pun jadilah.
Tiba-tiba satu tamparan hinggap di
pipi Dato’ Syed Mohd Kadir. Dato’ Syed Mohd Kadir tergamam. Matanya tepat
merenung ibunya yang sedang merenungnya seolah-olah ingin ditelannya
hidup-hidup.
“Kadir! Kamu jangan samakan Munirah
dengan perempuan-perempuan yang berdampingan dengan kamu. Munirah budak baik. Kadir tak kenal
Munirah lagi, jadi jangan buat andaian yang bukan-bukan! Ibu percaya Munirah
adalah wanita yang sesuai menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak kamu, Kadir.”
Marah Puan Sri Farhana. Baginya Munirah adalah wanita yang baik.
“Ibu! Orang yang nak kahwin adalah
Kadir bukannya ibu. Kadir tetap tak setuju. Ini keputusan muktamad Kadir. Kadir
takkan sesekali berkahwin dengan perempuan tu. Apa ni jadi, jadilah!” jerit Dato’
Syed Mohd Kadir. Dia terus melangkah keluar dari rumah banglo yang tersergam
indah itu Tan Sri Harun dan Puan Sri Farhana kecewa dengan sikap anak mereka.
Lamunan Dato’ Syed Mohd Kadir terganggu bila mendengar ketukan pintu. Dia
menoleh. Pintu bilik terbuka. Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum bila melihat kedatangan Zahari.
Wasiatnya perlu diubah.
“Assalammualaikum, Uncle” Zahari
melangkah dan bersalam dengan Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Waalaikumussalam ….Duduklah,
Zahari!”
“Jauh uncle termenung …..Ada apa-apa ke?”
‘Tak adalah. Hanya terkenang perkara
lalu. Oh ya, tentang Fuad! Di mana Fuad sekarang ni?
“selepas bersara, Uncle Fuad balik
ke kampung halamannya ….di Aru, Perlis.”
“Kalau begitu, jom kita pergi
sekarang.” Tiba-tiba Dato’ Syed Mohd Kadir bangun. Dia ingin bersemuka dengan
Fuad.
“But Uncle ….Uncle Fuad sedang
menunaikan umrah sekarang ni. Next week baru Uncle Fuad balik.” Beritahu Zahari.
Pasti Uncle kecewa sekarang ni.
“Apa!” Wajah Dato’ Syed Mohd Kadir berubah.
Dia mengeluh kuat.
“Selepas Uncle Fuad balik, kita akan
berjumpa dia di sana .
Uncle, jangan risau. Uncle mesti berjumpa dengan Uncle Fuad. Dia mesti jelaskan
segala-galanya pada Uncle. Aaa….masih tiada berita mengenai Auntie Munirah dan
Alina ke?”
“Uncle dah mati akal sekarang ni?
Panggilan Uncle pun tidak dijawab. Kenapa mesti mereka menyembunyikan diri dari
Uncle? Apa salah Uncle? Perangai Alina sejak kebelakangan ni banyak berubah.
Lina tak peramah seperti dulu. Perangai Alina pun pelik semacam. Tak sama
semasa awal perkenalan dulu.” Dato’ Syed Mohd Kadir meluahkan apa yang
tersimpan di hatinya. Hatinya sedikit terguris. Dia kembali duduk di sofa.
“Zahari pun sama, Uncle. Perangai
Alina lain macam saja. Sekelip mata berubah seperti orang lain.”
“Mungkin Alina marah kat Uncle di
atas semua yang terjadi terhadap Munirah.”
“Sabarlah, Uncle. Mungkin ada
hikmahnya di sebalik semua yang berlaku.” Zahari cuba memujuk Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Ok! Shall we?” Dato’ Syed Mohd
Kadir kembali tersenyum. Dia hampir sahaja terlupa tujuan kedatangan Zahari di
situ.
Zahari hanya menganggukkan kepalanya
sebagai tanda sedia.
**********************************
Munirah meletakkan secawan kopi di
hadapan ayahnya yang sedang duduk di pangkin kayu. Munirah melihat ayahnya yang
begitu asyik merenung laut biru yang terbentang luas. Kehadirannya di situ
tidak disedari. Pasti ayah masih memikirkan permintaan Tan Sri Harun.
“Ayah, kopi dah siap.” Akhirnya
Munirah bersuara. Kalau dah sejuk, pasti tak sedap.
Pak Rahman menoleh dan tersenyum
melihat anak tunggalnya. “Kenapa Munirah tak goreng pisang awak yang ayah bawa
balik dari kebun tu?” soal Pak Rahman . Hanya air kopi saja. Waktu ni kalau makan pisang goreng mesti sedap.
“Tak masak lagi, ayah. Esok pagi
baru Munirah boleh goreng.” Munirah tersengih. Pisang goreng adalah makanan
kegemaran ayahnya. Setiap kali minum petang, pisang goreng mesti disertakan
bersama.
“Ya ke?” nada suara Pak Rahman
hampa. Dia minum air kopi dengan perlahan-lahan. Setelah selesai minum, Pak
Rahman meletakkan kembali cawan itu di atas piring.
“Tentang
permintaan Tan Sri Harun ……”
Munirah memandang tepat ke arah
ayahnya. “Kita ni pipit, ayah. Mereka tu enggang. Siapalah kita jika hendak
dibandingkan dengan mereka. Kita orang kampung. Tiada pangkat. Tiada harta.
Lagipun Munirah belajar sampai STPM je.” Jelas Munirah. Permintaan majikan
ayahnya, Tan Sri Harun begitu berat untuk diterimanya.
“Jadi, Munirah menolak hasrat
mereka.”
“Ya, ayah!Mungkin Tuan Syed Kadir
mempunyai pilihannya sendiri. Munirah tahu Tan sri dan Puna Sri telah banyak
berjasa kepada keluarga kita. Kos pembedahan jantung ayah pun mereka yang tanggung.
Munirah sedar semua itu.Munirah takkan lupa jasa mereka seumur hidup.”
Pak Rahman mengeluh. Dia pun
sependapat dengan Munirah. Dia tak akan memaksa Munirah. Dia hormati keputusan
Munirah. “Jika begitu keputusan Munirah, ayah faham Esok ayah akan telefon Tan
Sri Harun. “ Pak Rahman mengangguk kepalanya beberapa kali. Walaupun begitu
berat untuk menolak permintaan Tan Sri Harun, namun dia harus memikirkan
kebahagiaan Munirah. Dia tak akan
memaksa Munirah.
“Terima kasih, ayah” Munirah
tersenyum lebar. Hilang sedikit perasaan resah yang terbuku di hati.
“Ibu!”
Munirah terkejut apabila Alisa
memegang tangannya secara tiba-tiba. Lamunannya terhenti. “Angah, jangan selalu
buat ibu terkejut. Hampir nak tercabut jantung ibu.” Munirah mengurut dadanya
beberapa kali.
“Ibu, berangan ke? Dah banyak kali Angah
panggil ibu tapi ibu buat tak tahu je.” Dahi Alisa sedikit berkerut. Apa yang
sedang difikirkan oleh ibu? Tentang lelaki tu ke?
“Salah ke kalau ibu berangan?”
Munirah tersengih. Dia membetulkan kedudukan di kerusi. Selesa sikit.
“Tak salah malah digalakkan lagi!”
Munirah ketawa kecil. “Cantik-cantik
ni, nak pergi mana? Ada date ke?” usik Munirah melihat Alisa memakai kemeja
merah berbunga putih.
“Tak ada masa nak date. Ibu, Angah
nak kejap jap. Beli novel. Boring la. Ibu nak ikut tak?”
“Hmm…malas la. Angah pergi la.”
“Ok. Ibu ada apa-apa nak pesan?”
“Nothing.”
“Ok! Angah pergi sekejap je.” Alisa
menghulurkan tangan dan bersalam dengan ibunya sebelum berlalu keluar.
2 comments:
gila lah datin kartika 2..siap bela ank ikan..mmg btl2 xigat allah..ish..yg munirah nie..awat lah nk tgu mx diceraikn.. mx fasak xleh ke... alahai sje nk mrumitkn keadaan..
bila nak terbitkan kat pasaran..xsabar nak baca sampai ending.....
Post a Comment