BAB 25
Dato Syed Mohd Kadir berpaling apabila pintu bilik diketuk. Dia
terkejut melihat wanita yang masuk ke biliknya. Dia tidak percaya dengan apa
yang dilihat. Wanita itu tersenyum.
“Assalamualaikum, abah!” Alina
tersenyum dan terus salam Dato Syed Mohd Kadir.
Dato Syed Mohd Kadir tercengang
dengan sikap Alina yang tiba-tiba berubah. “Waalaikumussalam.” Mata masih tepat
melihat kea rah Alina. Dia tidak percaya. Kebelakangan ini sikap Alina begitu
dingin terhadapnya tetapi kenapa hari ini dia tiba-tiba menjadi mesra seperti
pertama kali aku berjumpa dengannya.
“Abah, dah makan tengah hari ke?”
soal Alina terus duduk di kerusi yang bersebelahan katil Kadir.
“Sudah! Aaa…Lina, tak marah abah
lagi ke?” soal Dato Syed Mohd Kadir.
“Marah!” Alina terkejut dengan
soalan ayahnya. Marah! Bila pulak aku marah pada abah? Tiba-tiba Alina teringat
kakak-kakaknya, Alina hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah agak dah.
Mesti Along dan Angah bersikap dingin pada abah. Bila masanya Along dan Angah
dapat memaafkan abah? Abah bukannya sihat sangat.
“Aaa…itu dulu.
Sekarang tidak lagi!” Alina tersenyum. Tangan ayahnya digenggam erat.
Dato Syed Mohd Kadir tersenyum bila
mendengar jawapan anak tunggalnya. “Ibu Lina tidak datang sekali ke?”
“Tak! Ibu ada hal.” Jawab Alina. ibu
masih sibuk mengemas barang-barang di rumah baru malah kedatangannya melawat
abah tidak diketahui oleh Along dan Angah. Dia beritahu mereka yang dia keluar
membeli barang tetapi sebenarnya dia melawat ayahnya di hospital. Hanya ibu
sahaja yang tahu. Oleh itu, dia tidak boleh berada di sini terlalu lama.
Tiba-tiba pintu bilik Dato Syed Mohd
Kadir diketuk, Dr. Nazri masuk. Dia terkejut dengan kehadiran Alina di bilik
itu. Alina hanya tersenyum.
“Why are you here, Lina?” soal Dr.
Nazri.
Dahi Alina berkerut bila mendengar
pertanyaan Dr. Nazri! Pelik . “Is it wrong for me to visit my father?”
“No. Beberapa hari yang lalu, awak
bersikap dingin pada saya, Uncle Kadir dan Zahari seperti awak benci kepada
kami. Awak bercakap kurang ajar pada Uncle Kadir. Takkan awak sudah lupa semua
itu. Sekarang ini awak datang ke sini seolah-olah tiada apa-apa berlaku.” Marah Dr. Nazri.
“Nazri!” tegur Dato Syed Mohd Kadir.
Dia tidak mahu Nazri bergaduh dengan Alina.
“I’m so sorry” Alina meminta maaf
bagi pihak kakak kembarnya.
Dr. Nazri berasa pelik dengan
kelakuan Alina. Tenang sahaja.
Alina menundukkan
kepalanya. Apa lagi yang Along dan Angah buat sepanjang ketiadaan aku di sini?
Alina menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. “Abah, Lina minta maaf
jika Lina pernah terkasar bahasa pada abah. Kebelakangan ini mood Lina tidak
berapa baik. Lina minta maaf ye!” Alina memegang tangan erat tangan ayahnya.
Hanya perkataan maaf yang mampu dituturkan oleh Alina.
Dato Syed Mohd Kadir hanya
tersenyum. Dia gembira kerana Alina tidak bersikap dingin pada dirinya lagi. Dia
berjanji dia akan menyayangi Alina selama-lamanya. Alina adalah satu-satunya
zuriat yang dia ada sekarang.
“Dr. Nazri! Lina minta maaf ye.”
Ucap Alina dengan lembut.
Dr. Nazri hanya menganggukkan
kepalanya. Alina ni macam Dr. Jekyll dan Mr. Hyde. Orang yang sama tetapi
mempunyai dua personality iaitu baik dan jahat. Alina seperti ini ke?
Alina sedar Dr. Nazri sedang
merenungnya. Pasti Dr. Nazri rasa aku ni pelik! Ini semua gara-gara Along dan
Angah. Asyik wujudkan masalah sahaja. Alina tiba-tiba bangun. “Abah, Lina balik
dulu ye! Lina tak boleh tinggalkan ibu lama-lama. Abah faham kan dengan keadaan ibu sekarang ni.”
“Abah, faham! Lina balik cepat.
Temankan ibu Lina. Esok Lina boleh datang lagi.”
Alina terus bersalam dengan ayahnya.
“Lina balik dulu ye! Esok Lina datang lagi.” Alina tersenyum sebelum melangkah
keluar dari bilik itu. Dia perlu segera beredar dari situ sebelum mereka syak
sesuatu. Ahh…pasti sekarang ni mereka sudah syak sesuatu. Langkah Alina diatur
laju tanpa mempedulikan seorang lelaki yang sedang melihatnya dari jauh.
***********************************
“Assalamualaikum! Uncle, apa
khabar?” tegur Iskandar apabila melangkah masuk ke bilik itu. Cermin mata hitam
berjenama Emporio Armani
9704 ditanggalkan.
“Sihat!” jawab Dato Syed Mohd
Kadir.
“What’s up, my friend?” tegur
Iskandar melihat Dr. Nazri sedang memeriksa Uncle Kadir.
“Good. Ponteng kerja ke?”
“Hish….kau ingat aku ni kaki ponteng
kerja ke? Kerja aku di pejabat tu berlonggok, kau tahu tak! Takkan ler aku nak
terperap duduk di sana .
Sesekali nak jugak aku menghirup udara yang bersih dan nyaman.” Iskandar terus
duduk tanpa dipelawa oleh Kadir.
“Betul ke atau kau sebenarnya nak
larikan diri daripada Sofea!” Dr. Nazri ketawa. Dia kenal sangat dengan
Iskandar. Sejak kecil lagi mereka bersahabat baik, buruk baik Iskandar semua
dia tahu.
“Shisss….Kau jangan sebut nama tu,
nanti tak pasal-pasal dia muncul kat sini. Nanti kau pun teruk jugak kalau dia
bawa Suziela bersama.” Iskandar membuat mimic muka.
Dr. Nazri terdiam. Betul juga, kata
Is. Nanti tak pasal-pasal aku kena layan kerenah Suziela yang mengada-ada tu.
Dato Syed
Mohd Kadir ketawa melihat telatah mereka berdua. Selama
ini Iskandar, Zahari dan Nazri telah dianggapnya seperti anaknya sendiri.
Hidupnya sunyi.Telatah mereka bertiga menjadi pengubat kesunyian di dalam
hatinya. Kartika dan anak-anaknya langsung tidak mempedulikan dirinya
seolah-olah dirinya tidak wujud. Kasihan pulak melihat mereka berdua yang
mangsa buruan cinta anak-anak tirinya.
“Uncle rasa lebih baik kamu berdua
kahwin cepat. Bila kamu berdua sudah berkahwin pasti Sofea dan Suziela tidak
akan ganggu kamu berdua lagi.”
“Uncle pasti ke? Sorry, uncle! I
have to say this. Mereka berdua tu jenis manusia yang tidah faham bahasa dan
jenis tidak kenal erti putus asa.”
Dato Syed
Mohd Kadir ketawa. Dia faham apa yang Iskandar cuba
katakan. Sofea dan Suziela memang degil. Sudah beberapa kali dia melarang
mereka dari mengganggu Iskandar dan Nazri tetapi tidak diendahkan
langsung. “Tadi, Iskandar ada
terserempak dengan Alina tak? Alina baru saja keluar tadi.”
“Tak! Is tak jumpa sesiapa pun masa
datang ke sini.” Jawab Iskandar . Sewaktu dia berjalan menuju ke bilik Uncle
Kadir, dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun tetapi dia ternampak Aleya. Apa
dia buat di sini? Ada
saudara mara dia yang sakit ke?
“Kamu berdua belum berjumpa lagi kan ? Auntie Munirah pun,
Iskandar tak pernah jumpa lagi kan ?”
“Belum, Uncle!”
“Uncle Kadir, saya keluar dulu. Saya
nak periksa pesakit lain pula. Petang nanti saya datang tengok Uncle.”
“Baiklah!” jawab Dato Syed Mohd Kadir melihat kelibat Dr.
Nazri hilang dari pandangannya.
“Selepas
ini, Is ada hal ke?”
“Hmm…pukul 1.00 petang ni, Is perlu
berjumpa dengan arkitek import dari London .”
“Aleya!”
“Ya, Aleya! Ada lagi beberapa perkara yang perlu
dibincangkan. Uncle jangan risau! Projek hotel 5 bintang di Pulau Langkawi
pasti akan berjalan dengan lancar. Is akan pastikan hotel kita bertaraf
antarabangsa.” Yakin Iskandar.
Dato Syed
Mohd Kadir tersenyum. Iskandar seorang yang kuat
berusaha dan bercita-cita tinggi. Sikap Iskandar seperti dirinya. Sebab itulah
dia mengamanahkan Iskandar memangku jawatannya sehingga dirinya pulih. Dia
percaya dan yakin kemampuan Iskandar menguruskan syarikatnya. 30 peratus saham
di syarikatnya adalah milik Tengku Ismail. Jadi Iskandar juga berhak ke atas
syarikatnya juga.
“Hubungan Uncle dan Auntie Munirah
dah bertambah baik ke?” soal Iskandar secara tiba-tiba.
Dato Syed
Mohd Kadir mengeluh. “Tiada apa-apa perubahan.Berdasarkan
kepada gerak-gerinya, dia tetap bertegas untuk bercerai dengan Uncle. Semua ini
salah Uncle! Jika dulu Uncle layan Auntie dengan baik, pasti semua ini takkan
berlaku. Uncle menyesal Is.” Nada suara Dato Syed Mohd Kadir berubah sebak.
“Perkara itu dah lama berlaku,
Uncle. Setiap orang pasti melakukan kesilapan. Yang penting sekarang ini adalah
bagaimana untuk memikat Auntie Munirah supaya hatinya terbuka untuk menerima
Uncle kembali. Hati wanita seumpama pintu yang berkunci so Uncle perlu menjadi
kunci untuk membuka pintu hati Auntie Munirah. Dulu kan Uncle playboy. Takkan la Uncle sudah
lupa macam mana nak memikat.”
“Hish….itu dulu. Sekarang ni Uncle
dah tua, Is.”
“Itu namanya romantic, Uncle. Mulai
sekarang, Uncle ada matlmat. Matlamat Uncle adalah untuk memenangi hati Auntie
Munirah. Uncle beri bunga ke? Present ke? Kereta ke? Ataupun makan malam yang
romantic antara Uncle dan Auntie Munirah? Kalau Uncle buat macam tu, Is percaya
hati Auntie Munirah akan cair . Believe me!”
“Masalahnya sekarang ni, Uncle tak
tahu apa yang Auntie Munirah suka. Sepanjang 2 tahun kami tinggal bersama,
Uncle tidak pernah ambil tahu pasal dia. Bunga kegemaran dia? Makanan kesukaan
dia? Hobi dia? Segala-gala tentang dirinya, Uncle tak tahu. Tarikh lahir dia
pun Uncle, tak tahu. Uncle memang kejam kan ,
Is.” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum
hambar.
Iskandar menyentuh lembut bahu Kadir.
“Semua itu belum terlambat lagi, Uncle. Inilah masa untuk Uncle perbaiki
segala-galanya. Jika Uncle tak tahu, Uncle boleh tanya Alina atau Uncle upah
orang untuk selidik tentang Auntie
Munirah. Pasti Uncle ingin tahu kehidupan Auntie Munirah selama 26 tahun di
London kan. Sekarang ini Uncle kena belajar mengenali Auntie Munirah dengan
lebih dekat.Setiap perkara tentang Auntie Munirah, Uncle mesti tahu” Jelas
Iskandar.
Dato Syed
Mohd Kadir menganggukkan
kepalanya. Kata-kata Iskandar ada benarnya. Mulai hari ini, aku perlu berubah.
Aku perlu kuat demi Munirah dan Alina. Aku akan suruh orang siasat tentang
Munirah dan Alina. Aku nak tahu macam mana kehidupan mereka di London selama ini.
“Jadi sekarang ini, Uncle mesti
sembuh cepat. Ikut nasihat Dr. Nazri, mesti makan ubat tepat pada waktunya.
Uncle mesti jaga kesihatan dengan baik. Jangan stress, okey!” Iskandar
tersenyum. Dia sentiasa berdoa agar hubungan antara Uncle Kadir dan Auntie
Munirah bertaut kembali walaupun dia belum lagi berjumpa Auntie Munirah tetapi
dia yakin Auntie Munirah seorang wanita yang baik dan dapat membahagiakan Uncle
Kadir satu hari nanti.
***************************
Sudah 20 minit Aleya duduk di situ,
kelibat Iskandar masih juga belum muncul. Aleya mengemaman bibirnya menahan geram.
Matanya dilirikan kea rah jam tangan berjenama Christian Dior Crystal miliknya.
Janji jumpa pukul 1.00 petang di Secret Recipe Ampang Point. Sekarang ni batang
hidup pun tak nampak lagi. Lelaki ini cuba mainkan aku ke?
“Maaf terlambat! Tadi saya melawat
pak cik saya di hospital.” Jelas Iskandar apabila tiba di situ. Butang kot
bajunya dibuka sebelum duduk di hadapan Aleya.
“Can I start now?” kata Aleya tanpa
mempedulikan kata-kata Iskandar.
“Pak Cik saya, Dato Syed Mohd Kadir! Pasti awak kenal kan .” Iskandar
tersenyum.
“I don’t know him! Now, can we
start?”tegas Aleya. Lelaki ini memang sengaja nak bazirkan masa aku.
“Awak ni sentiasa bersikap dingin!
Awak ada masalah ke” soal Iskandar. Kenapa wanita ini sering bersikap dingin
lebih-lebih pada aku? Mungkinkah wanita ini menyukai aku dalam diam? Selalunya
wanita kalau bersikap dingin pada seseorang pasti dia menyukai orang itu. Azman
pernah beritahu aku. Wanita seperti ini ada juga. Iskandar tersenyum lebar.
“No! Tengku, tujuan saya datang ke
sini adalah untuk menunjukkan draf bangunan Hotel Tengku yang saya sudah
perbaiki semalam. Tentang masalah orang lain, saya tak mahu ambil tahu.”
“Baiklah! Saya mengalah. Awak nak
makan apa? Saya belanja. Hmm….kek di sini semua sedap. Saya selalu lepak dengan
kawan-kawan di sini. Awak nak kek berperisa apa? Ada
yogurt cheese cake, New York
cheese cake, chocolate mud cake, chocolate strawberry cake dan Durian cheese
cake! Aaa…awak pasti tak pernah makan buah durian kan ! Awak mesti rasa Durian cheese cake!”
“Tengku! Saya sudah kenyang. Kalau
Tengku nak makan, Tengku makan selepas urusan kita selesai.” Aleya merenung
lelaki itu. Aleya sedaya-upaya menahan kemarahannya. Aleya ingin selesaikan
segala-galanya hari ini juga.
“Saya lapar! Saya belum makan
tengahhari lagi. Selepas kita makan, baru kita berbincang pasal perkara ni. Oh
ya, apa awak buat di hospital tadi? Ada
suadara mara awak yang sakit ke?” Iskandar tiba-tiba teringat .
“Hospital!” Aleya terkejut. Bila
pulak aku pergi hospital? Aku datang sini dari rumah. Mata Aleya tiba-tiba
menjadi bulat. Acu! Aleya mengetap bibirnya menahan geram. Nampaknya Acu telah
berbohong dengan aku. Kata pergi beli barang, rupa-rupanya melawat lelaki itu.
“Ya, hospital! Awak melawat siapa?”
soal Iskandar ingin tahu.
Aleya tiba-tiba terus bangun. “We’ll
discuss later. I have something to do.” Kata Aleya terus mencapai fail dan
begnya. Dia paling tidak suka kalau orang berbohong padanya.
“Apa!” Iskandar tercengang. Aleya
terus meninggalkannya. Mata Iskandar terkebil-kebil, dia tak faham apa yang
telah berlaku. Tadi beriya-iya nak bincang, sekarang ni pulak beriya-iya nak
balik. Dia ni ada masalah mental ke?
**************************************
Langkah Aleya diatur pantas sebaik
saja keluar dari kereta. “Acu! Acu!” panggil Aleya apabila tiba di ruang tamu.
Matanya melirik ke semua sudut di rumah itu. “Acu! Acu! Acu!”
“Along, kenapa ni? Suara Along boleh
buat rumah ni bergegar.” Alisa tiba-tiba muncul dari dapur. Dia sedang memasak
di dapur sewaktu mendengar kakaknya menjerit nama adiknya. Sudip di tangannya
masih dipegang.
“Acu mana, Angah?” soal Aleya.
“Ada.” Jawab Alisa berpaling ke arah
dapur. Alina berjalan tergesa-gesa keluar dari dapur. Dia tengah memotong sayur
ketika itu.
“Ya, Along! Apa halnya?” Alina
hairan.
“Why did you lie to me?” Bulat mata
Aleya merenung adiknya.
“Aaa….apa yang Along cakapkan ini?”
Wajah Alina berubah.
“Stop pretending that you don’t know
anything. I ask you again why did you lie to me?” tegas Aleya. Dia mendekati
Alina. Alisa bingung. Dia tak faham apa yang berlaku. Apa yang membuatkan
kakaknya mengamuk secara tiba-tiba?
“So you know, right!” Alina sudah
dapat meneka. Pasti Along sudah tahu aku berbohong padanya.
“ Yes! You know I hate people lie to
me.”
“I know it’s my fault. I’m afraid
you angry to me if you know I’m going to visit him. I miss him. Salah ke seorang anak melawat
ayahnya yang sedang sakit?” ucap Alina dengan lembut.
“It’s his problem. Acu tahu tak,
tindakan Acu ini membawa keburukan pada kita semua. We need to stay low
profile.”
“Apa yang Along merepek ni. Along!
Dia ayah kita. Walaupun Along dan Angah tidak mengaku abah, ayah kandung kita,
Acu tetap mengaku abah sebagai ayah kandung Acu.Kenapa Along dan Angah begitu
kejam pada abah?”
Alisa hanya menggelengkan kepalanya.
“Listen here! Mulai sekarang, Along
tak akan benarkan Acu dan ibu berjumpa abah lagi. Faham tak! Tinggal saja di
rumah buat sementara waktu ni. Kalau Acu rindu sangat pada lelaki itu, Acu
boleh call dia tetapi jangan sesekali beritahu dia, kita tinggal di mana.
Understood! Angah, pastikan Acu dan ibu tidak ke mana-mana sewaktu Along
tiada.” Tegas Aleya. Dia terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik
dihempas dengan kuat.
“Along!” jerit Alina. Dia tidak suka
dengan sikap Aleya terhadapnya.
“Along buat semua ini untuk kebaikan
kita semua.”
“Kebaikan kita semua atau kepuasan
hati Along dan Angah sahaja?” nada suara Alina berubah. Dia sudah tak tahan
dengan sikap kedua-dua kembarnya.
“Acu!” Alisa terkejut dengan
kata-kata Alina. Dia tak sangka Alina sanggup bercakap seperti itu sedangkan
mereka membesar bersama-sama.
“Kami lakukan semua ini untuk keselamatan kita
semua. Acu tahu kan! Bagaimana sikap perempuan tu terhadap kita semua? Dia
takkan berhenti selagi hatinya tidak puas melihat kita semua hancur. Angah tahu
perempuan tu sedang plan sesuatu terhadap kita. Perempuan tu hanya menunggu
masa yang sesuai sahaja. Semasa Acu balik tadi … ada tak sesiapa mengekori
Acu?” Renungannya masih tidak berganjak dari merenung Alina.
Alina terdiam. Lidahnya kelu. Dia tak terfikir
pun semua itu.
“ Acu tak terfikir semua itu kan?” nada suara
Alisa meninggi. “Jika sesuatu terjadi pada Acu, apa yang akan terjadi pada ibu.
Ada Acu fikir ke? Kalau Acu rindu sangat kat lelaki itu, just call him. Kami
tak halang pun. Acu fikirlah baik-baik. Jangan emosional sangat. ” Alisa terus
masuk ke dapur. Sakit hatinya bila mendengar kata-kata Alina tadi.
Alina kaku. Kata-kata Alisa ada
benarnya. Air matanya tiba-tiba mengalir. Dia sudah tersalah anggap pada
kakaknya.
“Acu, apa halnya ni? Apa yang
berlaku? Kamu bertiga bergaduh ke?” Munirah segera keluar dari biliknya selepas
sahaja menunaikan solat zohor. Bising. Munirah melihat kea rah Alina yang
sedang menangis. Munirah bingung. Apa yang telah berlaku?
*********************************
Khatijah mengerling anak matanya ke
arah jam dinding di ruang tamu. Pukul 8.00 pagi di sini. Dia perlu memastikan waktu
di Malaysia sebelum menelefon Munirah. Dia terlupa menelefon Munirah semalam.
No telefon Munirah did ail.
“Assalammualaikum! Bonsoir (Selamat
Petang).”
“Waalaikumussalam.” Jawab Munirah
dengan lemah. Fikirannya masih memikirkan apa yang berlaku tenggahari tadi.
Sedikit dahi Khatijah berkerut. “ Ca va? (Apa khabar?)”
“Je ne vais pas tres bien. (Saya tak
sihat).” Keluh Munirah.
“Pourquoi? (Kenapa)” soal Khatijah
risau.
“Nothing! Aaaa….kenapa kau tak
beritahu aku yang Alisa dan Alina nak datang sini?” Munirah sengaja mengubah
topik perbualannya.
“Eh…Lisa beritahu aku, dia dah call
Leya tentang kedatangan mereka berdua ke
Malaysia. Leya tak beritahu kau ke?” Khatijah hairan.
“Tak! Pasti dia terlupa.
Kebelakangan ni, Along sibuk siapkan projek hotel milik Dato’ Kadir. 24 jam
asyik bekerja. Risau aku dibuatnya.”
“Leya mesti ingin siapkan projek itu
secepat mungkin. Setelah selesai, kau dan anak-anak kau boleh balik ke sini.
Sudah dua bulan kau kat sana. Aku sunyi tau.” Ujarnya dengan nada suara sedih.
“Aii….laki kau kan ada! Anak-anak
kau pun ada.”
“Huh….Sejak laki aku ambil PHD lagi,
jarang aku jumpa dia. Entah tesis apa dia nak buat lagi, aku pun tak tahu.
Pangkat doctor falsafah yang dah ada,pun tak cukup lagi ke? Aku hairan betul. Asyik nak belajar saja.”
Bebel Khatijah.
“Alah ….kau ni! Dah minat dia. Dia
kan salah seorang pensyarah di Universiti Oxfard. Tak hairanlah jika dia nak
belajar lagi. Aa….Joey dan Yatt?”
“Sekarang ni kan cuti semester! Apa
lagi, melancong la dengan kawan-kawan mereka. Joey melancong ke Switzerland
manakala Yatt pula melancong ke Paris. Tinggalah aku seorang diri. Sedih tau.”
“Aku dah nak balik pun. Kau jangan
bimbang! Restoran kita macam mana?” tiba-tiba Munirah teringatkan Restoran yang
diusahakan bersama Khatijah.
“Okey! Aucun probleme. (Tiada
masalah.) Ah…. Kau jangan cuba nak ubah topic lagi. Apa masalah kau ni? Jangan cuba nak sorokkan
dari aku. Beritahu aku sekarang!” soal Khatijah. Dia sedar sejak tadi Munirah
cuba elakkan diri dari menjawab pertanyaannya.
“Tiada apa-apa la. Kau ni suka
sangat serkap jarang.”
“Ye lah, serkap jarang. Aku kenal
kau dah lama. Kau ada masalah kan. Beritahu aku. Kalau tak, malam ni aku naik
flight pergi ke Kuala Lumpur.” Ugut Khatijah.
“Kau ni….suka ugut aku kan! Ye
lah…..Aku beritahu kau. Sebenarnya tadi,
semasa aku tengah sembahyang Zohor aku
terdengar anak-anak aku bergaduh. Selepas selesai sembahyang aku terus keluar
dari bilik, aku nampak Acu menangis. Bila aku tanya, dia cakap tiada apa-apa.
Terus dia masuk bilik. Inilah pertama kali mereka bertiga bergaduh. Semasa
makan tengahhari, mereka bertiga tak bercakap langsung. Diam. Aku risau, Khaty.
Mereka tak pernah macam ni?” Munirah meluahkan apa yang bersarang di hati sejak
tadi. Dia tak suka melihat anak-anaknya bermasam muka antara satu sama lain.
“Kau tahu tak sebab apa mereka
bergaduh?” soal Khatijah.
“Tak.”
“Alah …kau jangan risau. Anak-anak
kau tu dah besar. Mereka bertiga tu bijak. Mereka bergaduh sekejap saja.
Gaduh-gaduh sayang katakan. Nanti baiklah mereka bertiga tu.” Pujuk Khatijah.
“Aku pun harap begitulah.” Jawab
Munirah dengan lemah.
“Oklah! Aku nak pergi restoran ni.
Nanti aku call kau lagi. Prends soins de toi ! (Jaga diri baik-baik). Au revoir! (Bye).”
“Au revoir!” Munirah tersenyum.
Sedikit sebanyak panggilan Khaty mengurangkan keresahan aku tadi. Munirah
menoleh ke pintu bilik Aleya, Alisa dan Alina. Sudah hampir dua jam, Munirah
duduk seorang diri di ruang tamu. Tiada sesiapa pun keluar. Munirah mengeluh
kuat.
3 comments:
2 lah lina.. Slalu btindak tanpa bfkir..kan aleya dah mgamuk.. Tp aleya btl2 mcm singa garang gila...cuak beb klo dpt kakak mcm 2..
please sis lily...sambung la lagi..huhuhu x sabor nak baca ending kalau boley cepat2 la jd kan sebuah novel ..x sabor nak baca ending yg gempak ni... :)
Aiii nape xsbug lg nie...ari2 jeguk..huhu
Post a Comment