BAB 26
Sudah hampir 15 minit, Alina berdiri di luar bilik Aleya. Matanya
tepat merenung pintu bilik tersebut. Dia perlukan kekuatan untuk berdepan
dengan kakaknya, ALeya. Dia sedar tadi dia sudah melampaui batas. Dia tuduh
kakaknya tanpa usul periksa. Alina menarik nafas panjang. Alina memegang symbol
pintu.
“Kenapa tidak masuk? Takut ke?” usik
Alisa yang menegur adiknya secara tiba-tiba. Baru sebentar tadi, Alina meminta
maaf padanya. Kini giliran Aleya pula.
Alina terkejut dengan kehadiran
Alisa di situ. Alisa menghampiri Alina. Senyuman masih tidak lekang di bibir
Alisa.
“Takut!” Alisa membuat mimic muka.
Dia tahu pasti Alina takut untuk bersemuka dengan Aleya . Itulah padahnya bila
bertindak tanpa berfikir.
“Angah!”
Alisa terus membuka pintu bilik
Aleya tanpa mengetuk pintu itu terlebih dahulu. Alina terkejut dengan tindakan
Alisa yang tiba-tiba meluru masuk ke bilik Aleya. Dia masih lagi belum
bersedia.
“Along! Ada orang nak minta ampun dengan Along!”
Alisa bersuara sebaik saja melangkah masuk ke bilik Aleya. Dia terus melabuhkan
punggungnya di katil Aleya.
Aleya memusingkan kerusinya dan
matanya tepat merenung Alina yang masih tercegat di muka pintu. Pensil yang
berada di tangannya diletakkan di atas meja. Wajahnya serius.
“Aaa….Aaa…..” Perlahan-lahan Alina
melangkah masuk, jantungnya berdegup kencang lebih-lebih lagi apabila Aleya
merenungnya. “Acu minta maaf, Along!”
“Itu saja!” Alisa mencelah.
Alina menoleh ke arah Alisa yang
sedang mengusiknya. Penyibuk betul Angah ni!
“I’m so sorry, Along. Acu janji tidak akan bertindak seperti itu
lagi. Maaf, Along!” ucap Alina bersungguh-sungguh. Dia takut jika kakaknya
tidak memaafkan dirinya.
Aleya mengeluh. Senyuman tiba-tiba
terukir di bibirnya. “I’m not angry with you.” Akhirnya Aleya bersuara, dia
membetulkan kedudukannya di kerusi itu. “Along tidak pernah menghalang ibu dan
Acu berjumpa lelaki itu tetapi keadaan sekarang ini tidak seperti dulu. Acu
faham kan
maksud Along.”
“Acu faham Along.”
“Along dan Angah tidak kisah jika
ibu dan Acu berjumpa dengan lelaki itu. Jika ibu dan Acu telah memaafkan lelaki
itu, kami hormati keputusan ibu dan Acu. But for us, untuk memaafkan lelaki itu,
tidak mungkin ia akan terjadi, ok” Alisa bersuara.
“Along tak mahu Datin Kartika tahu
di mana kita berada sekarang ini. Keselamatan ibu lebih penting. You just call
him.”
Alina merenung kedua-dua orang
kakaknya. Di luar Along dan Angah kelihatan seperti degil dan keras hati tetapi
sebenarnya hati mereka lembut. Tetapi kenapa mereka berdua enggan menerima
abah?
“Tetapi jangan sesekali beritahu
lelaki itu tentang kami, faham!” Alisa memberi amaran.
“Baiklah.” Jawab Alina dengan lemah.
Pening kepala aku dengan perangai kembar aku ini.
“Dah settle kan ! I have to go now.” Alisa terus memakai
cap berwarna hitam di kepalanya. Dia membetulkan rambutnya.
“Nak pergi mana?” soal Alina.
“Jumpa Tina! Bye.” Alisa terus
bangun dan melambai tangannya sewaktu meninggalkan mereka berdua.
Pandangannya dialihkan ke arah
Aleya. Dia ingin bertanya sesuatu tetapi Alina takut jika pertanyaannya itu
membuat Aleya marah.
Aleya sedar Alina sedang memerhati
dirinya. “Kalau ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran, tanya sajalah.”
“Dulu, Along pernah kata kalau ibu
ingin berkahwin lain, Along tidak akan menghalang kan ! Kalau ibu mahu berbaik semula dengan
abah, adakah Along akan merestui hubungan mereka?”
“Apa yang membuatkan Acu yakin yang
ibu dan lelaki itu akan berbaik semula?” giliran Aleya bertanya pula.
“Acu yakin ibu masih lagi mencintai
abah! Along pun tahu kan .
Gambar yang disimpan di dalam dompet ibu, Along tahu siapa kan !”
Aleya tersenyum kelat. Mengenai hal
itu, dia memang lebih arif dari adiknya. “Jadi Acu mahu Along dan Angah restui
hubungan mereka berdua ke? Acu dah lupa ke tentang Datin Kartika. Acu rasa
Datin Kartika akan merestui hubungan mereka berdua ke?”
Dahi Alina berkerut dengan kata-kata
Aleya.
“Perkara ini tidak semudah yang Acu
fikirkan. Sekarang ini pun, macam-macam perkara sudah terjadi. Wanita seperti
Datin Kartika, hatinya tidak seikhlas dan sesuci seperti ibu. Benda yang pernah
menjadi hak miliknya akan tetap menjadi miliknya seumur hidup.”
Alina mengeluh. Apa yang baru saja
dikatakan oleh kakaknya ada benarnya. “Along masih lagi belum menjawab soalan
Acu sebentar tadi.”
“We wait and see, sis.”
Alina menggaru kepalanya yang tidak
gatal beberapa kali. Sekejap OK, selepas itu pulak tak OK. Aku tak faham betul
dengan sikap Along ni.
************************************
Sejak balik dari berjumpa sahabat
lamanya sewaktu sekolah menengah dahulu di KLCC, fikirannya terganggu bila
memikirkan wanita yang sedang berbual dengan adiknya, Tina. Selepas dia
berjumpa dengan Wahid, dia terserempak adiknya berbual dengan seorang wanita.
Dia kenal siapa wanita itu. Dia hairan bagaimana adiknya mengenali wanita itu
malah mereka kelihatan seolah-olah telah lama berkenalan. Zahari bangun dari
sofa. Dia mesti bertanya pada adiknya tentang hal ini. Matanya tepat melihat ke
arah pintu pagar rumahnya. Dia sedang menanti adiknya pulang. Jiwanya
memberontak ingin tahu hubungan antara Dr. Alina dan adiknya.
Zahari berpaling ke arah bunyi
deruan enjin kereta BMW 5 Series milik adiknya. Beberapa minit kemudian, Tina
masuk dan dia terkejut bila melihat abangnya sedang menanti dirinya. “Abang tak
tidur lagi ke?”
“Belum. Abang ada hal nak cakap
dengan Tina.”
“Hal apa?” Tina terus duduk di sofa
yang berhadapan dengan abangnya.
“Dah lama ke Tina kenal dengan Dr.
Alina?”
“Dr. Alina!” Tina terkejut. Siapa Dr. Alina?
“Dr. Alina! Bukan ke tadi abang
nampak Tina berbual dengan Dr. Alina di KLCC?” Zahari hairan.
Tina berfikir seketika. Tadi aku
jumpa Alisa , hmm,…siapa pulak Dr. Alina? Abang aku ni tersalah orang ke?
Hmm…Dr Alina? Aaa…mungkin abang ingat Alisa adalah Dr. Alina. Tiba-tiba
senyuman terukir di bibir Tina, matanya tepat merenung abangnya. “Rasanya abang
sudah tersalah orang. Sebenarnya tadi adalah Alisa bukannya Dr. Alina.”
“Alisa!” Zahari terkejut. Mata aku
tak rabun lagi. Aku yakin yang tadi tu Dr. Alina. Siapa pulak Alisa ni?
“Ya. Alisa tu kakak Dr. Alina.”
“Kakak!” nada suara Zahari tiba-tiba
menjadi kuat. Zahari terkejut.
“Mereka kembar. Kembar seiras.”
Beritahu Tina.
“Kembar….” Zahari tiba-tiba menjadi
gagap. Ini bermakna Uncle Johari sebenarnya mempunyai 2 orang anak.
“Ya. Kembar. Tina kenal Lisa sewaktu
Tina study law di Oxford
University tetapi macam
mana abang kenal Dr. Alina.”
Zahari masih lagi kaku. Pertanyaan
adiknya tidak dijawab. Bermacam-macam perkara sedang bermain di fikirannya.
“Abang! Macam mana abang kenal
dengan Lina?” soal Tina lagi. Dia hairan dengan kelakuan abangnya. Pelik! Macam
mana abang kenal dengan Lina?
“Jadi Alisa dan Dr. Alina kembar
seiras.” Soal Zahari lagi untuk mendapat kepastian.
“Ya. Hmm…Tina terlupa nak beritahu
abang sesuatu, sebenarnya mereka berdua ada seorang lagi kembar. Namanya Aleya.
Aleya merupakan kakak kembar mereka”
“Ada lagi kembar!” Bulat anak mata Zahari bila mendengar
penjelasan adiknya. Zahari terus bangun. Zahari menampar mukanya beberapa kali.
Aku bermimpi ke? Biar betul! Jadi siapa yang aku jumpa sebenarnya? Kenapa
auntie Munirah tidak beritahu Uncle Kadir perkara sebenarnya?
“Abang!” Tina menggaru kepalanya
beberapa kali. Apa kena dengan abang aku ni? Dah kena sampuk ke? “Kalau abang
tak percaya, Tina ada gambar mereka bertiga sebagai bukti.” Tina mengambil
telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangan. Dia ada simpan gambar mereka
bertiga di dalam telefon bimbitnya. Tina memberi telefon bimbit itu pada
abangnya.
Dengan pantas Zahari mengambil
telefon bimbit Tina, Zahari menjadi kaku sebaik saja melihat gambar itu.
Benar-benar seiras.
Tina tersenyum bila melihat reaksi
abangnya.
“Jadi sekarang ini Alisa yang berada
di Malaysia bukan Dr. Alina.” Soal Zahari lagi.
“Aaa….Sekarang ni mereka bertiga ada
di Malaysia
bersama Auntie Munirah. Kata Lisa, dia ada hal keluarga yang perlu diselesaikan
di sini.”
“Ketiga-tiga mereka ada di sini!
Jadi Tina pernah jumpa Auntie Munirah
ke?”
“Ya. Setiap hujung minggu, Auntie
Munirah akan jemput Tina datang ke rumahnya untuk makan bersama. She’s nice person,
I love her. Abang, soalan Tina abang belum jawab lagi! Kenapa dari tadi Tina je
yang jawab soalan abang? Ini tidak adil.”
Tina geram.
“Tina tahu tak Auntie Munirah
sebenarnya isteri Uncle Kadir!”
“Apa!” Tina tergamam. Arwah ibunya
pernah bercerita padanya tentang isteri pertama Uncle Kadir.
“Kamu tak tahu ke tentang hal ini?”
Zahari hairan.
“Tak. Lina tak tahu apa-apa pun
mengenai hal ini. Lisa tak pernah cerita apa-apa pun pasal ayahnya dan untuk
pengetahuan abang, Lisa sangat bencikan ayahnya. Begitu juga Aleya. Auntie
Khaty pernah beritahu Tina pasal hal ini.”
“Benci! Aaa…Siapa Auntie Khaty?”
“Kawan baik dan rakan kongsi Auntie
Munirah. Mereka buka restoran makanan Melayu di London.”
“Alisa seorang peguam . Aleya?
Sekarang Aleya bekerja sebagai apa?”
“Dia seorang arkitek. She’s famous.
Hasil seni dan rekaannya benar-benar menggagumkan. Ramai orang berebut-rebut
untuk mengupah Leya untuk merekabentuk bangunan mereka.”
“Arkitek.”
“Ya. Dia ada buka syarikat arkitek
di London
bersama rakannya. Walaupun mereka bertiga kembar seiras tetapi sikap mereka
berbeza sekali. Macam langit dan bumi. Hmmm….Lina seumpama bunga Lily. Lembut
dan suci. Lisa seperti bunga ros. Cantik tetapi berduri manakala Leya pula
seumpama Rafflesia. Diam-diam berisi dan bahaya. Kalau abang jumpa mereka
bertiga serentak, confirm abang pengsan” Tina ketawa. Tiba-tiba telefon bimbit
yang berada pada abangnya berbunyi pantas Tina mengambil telefon bimbit. Tina
tahu siapa pemanggilnya.
“My fiancé!” Tina tersenyum dan
terus berlalu meninggalkan abangnya.
“Kita tahu la dia ada buah hati!”
Zahari membuat mimic muka. Zahari kembali melabuhkan badannya di sofa. Kembar
tiga! Macam tak percaya. Kembar 2, aku boleh terima lagi. Ini kembar tiga. Fuh!
Perlu ke aku beritahu perkara ini pada Uncle Kadir? Hmm…Uncle berhak tahu
perkara sebab mereka anak kandung Uncle tetapi sebelum itu aku perlu siasat latarbelakang
mereka. Tiba-tiba Zahari teringat sesuatu. Jadi siapa yang kenakan aku semasa
di KLIA hari itu?
***********************
“Apa!” jerit Kartika selepas
mendengar kata-kata Seman. Penjelasan Seman tadi benar-benar membuat dirinya
marah. Telefon bimbit miliknya digenggam erat. “Apa maksud kau rumah tu kosong?
Bukan ke aku suruh kau perhatikan rumah itu baik-baik.”
“Saya tak tahu bila mereka pindah,
Datin. Semalaman saya perhatikan rumah tu dan bila saya tanya jiran mereka,
mereka beritahu mereka berpindah semalam melalui pintu belakang.”
Kartika
mengetap bibirnya menahan geram. Rupanya mereka lebih pandai dari aku. Licik!
Aku betul-betul pandang rendah pada Munirah dan Alina tetapi aku takkan lepas
mereka begitu saja.
“Aku nak kau cari mereka sampai
dapat. Kalau tidak, jangan harap la kau dapat satu sen pun dari aku.”
“Masalahnya sekarang ni, saya nak
cari mereka di mana? Kuala Lumpur bukannya kecil.” Seman resah. Teruk aku macam
ni!
“Itu aku tak peduli. Yang penting ,
aku mahu kau cari mereka sampai dapat. Aku tak mahu dengar apa-apa lagi alasan
dari kau, faham!”
“Baik, Datin!” Seman terpaksa akur
dengan arahan Kartika.
“Satu lagi, aku rasa aku tahu macam
mana kau nak cari mereka!” Kartika tiba-tiba teringat sesuatu. “Mereka pasti
akan melawat suami aku di hospital. Kau tunggu mereka di situ sehingga mereka
muncul selepas itu kau ekori mereka. Aku nak tahu di mana mereka tinggal.”
“Baiklah.” Kata Seman terus
menamatkan panggilan tersebut.
Kartika merenung jauh ke luar
tingkap aparment miliknya di Bangsar. Lain yang dirancang lain pula yang
terjadi. Habis rancangan aku.Kartika mengeluh kuat. Munirah dan anaknya perlu
dihapuskan dari muka bumi ini.
“Sayang! I dah siapkan makan malam.
Jom makan.” Ucap Jason dengan manja dan terus memeluk Kartika dari belakang
dengan erat.
Wajah Kartika yang masam terus
berubah. Senyuman terukir di bibirnya. Dia memegang tangan Jason yang begitu
erat memeluknya. Walaupun umur Jason lebih muda dari anaknya, dia tidak kisah.
Asalkan mereka tahu bagaimana untuk menghiburkan hatinya. Dia tahu mereka yang
sanggup menjadi anak ikan untuk dirinya hanya memandang kepada duit yang
dimilikinya. Dia tidak peduli semua itu dan yang penting hatinya puas.
****************************
“Akhirnya, Is balik juga. Penat Umi
tunggu Is.” Maria bersuara sebaik saja Iskandar melangkah masuk ke rumah. Jam
dinding yang berada di ruang tamu dipandang sekali imbas. Tepat menunjukkan
pukul 11 malam. Lewatnya Is balik. Banyak kerja ke di pejabat.
“Ada apa Umi?”
“Aaa…Umi nak beritahu Is sesuatu
mengenai rumah kita di Puchong.”
“Kenapa?” Iskandar berjalan
menghampiri ibunya yang sedang duduk di sofa.
“Umi suruh orang renovate rumah tu
so buat sementara waktu ni Is jangan pergi ke sana ye!” jelas Maria. Dia bimbang jika
Iskandar terserempak dengan Munirah dan anak-anaknya.
“Bukan ke tahun lepas, Umi dah
renovate rumah tu. Kali ini Umi renovate bahagian mana?”
“Aaaa…..semua!” Maria terus menjawab
tanpa berfikir. Aduh, aku terlupa la pulak yang aku pernah renovate rumah itu
tahun lepas.
“Semua!” Bulat mata Iskandar
mendengarnya. “Semua sekali Umi renovate! Aduh, nampaknya rambut abah tahun ni
akan gugur lagi ye.” Iskandar ketawa.
“Hish…budak ni! Ingat, jangan pergi
ke sana !” Maria
mengingatkan Iskandar sekali lagi.
“Yes, madam!”
“Lagi satu, esok Is tak boleh bersarapan dengan kami.”
“Kenapa?” Berkerut dahi Iskandar.
“Sofea akan datang breakfast esok
pagi. Katanya nak breakfast bersama Is awal-awal pagi esok.” Beritahu Maria.
“Apa!” Air muka Iskandar terus
berubah pucat. Aku belum tidur lagi, mimpi ngeri dah muncul. “Kenapa Umi tak halang dia?”
“Kalau Umi halang Sofea pun, dia
takkan faham apa yang Umi cakapkan.”
“Ahh…ingatkan balik rumah boleh
rileks. Ini tidak, kucar-kacir hidup Is dibuatnya. Umi, malam ini Is tidur di
hotel. Kalau abah cari, suruh abah call Is. Umi, Is pergi dulu.” Iskandar terus
bersalam dengan Maria dan melangkah
keluar dari rumahnya.
Maria hanya menggelengkan kepala.
“Kasihan anak aku seorang ni!”
**************************************
Iskandar mempakirkan keretanya di
halaman rumahnya rumahnya di Puchong. Dia sengaja datang ke sini untuk melihat
apa yang diubahsuai oleh ibunya dan kebetulan esok dia ada mesyuarat di
Puchong. Dahinya berkerut melihat rumah
itu. Iskandar melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Nasib
baiklah, dia ada bawa kunci rumah di
Puchong bersamanya. “Umi kata rumah ini
tengah renovate tetapi tiada ada apa-apa pun. Kenapa bilik itu ada cahaya? Mereka lupa tutup lampu ke?” Iskandar keluar
dari keretanya. Langkahnya di atur menuju ke pintu rumah. Dia membuka pintu
rumah itu menggunakan kunci yang berada di tangannya. Iskandar memulas symbol
pintu perlahan-lahan. Dia terkejut melihat lampu kecil di dinding ruang tamu di buka. Iskandar mula berasa
pelik. Dia terus menekan suis lampu di ruang tamu. Pintu ditutup
perlahan-lahan. Dia melihat di sekelilingnya. Bersih dan teratur seperti ada orang tinggal di sini sahaja.
Iskandar teringat bilik yang bercahaya di tingkat atas. Iskandar melangkah
perlahan-lahan menuju ke tangga. Sebaik
saja kakinya melangkah anak tangga pertama, Iskandar merasakan ada sesuatu di
belakangnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.
“What are you doing here?” soal
Aleya secara tiba-tiba. Tangannya memegang erat mug yang berisi air Nescafe
yang dibancuhnya di dapur sebentar tadi. Semasa dia berada di dapur , dia
terdengar bunyi kereta di luar. Dari jauh dia memerhati kelibat lelaki yang
masuk ke rumahnya, dia kenal benar dengan lelaki itu. Pemilik rumah ini.
“Mak! Hantu!” jerit Iskandar
terkejut bila ada wanita berambut panjang mengurai di belakangnya. Iskandar
jatuh terduduk. Jantungnya berdegup kencang. Iskandar terus memejamkan matanya
Aleya menggelengkan kepalanya
beberapa kali melihat reaksi Iskandar. Penakut rupanya. Muka aku ni macam hantu
ke? “Kalau saya ni hantu dah lama saya
cekik awak, Tengku Iskandar.”
Macam aku pernah dengar saja suara
itu. Perlahan-lahan Iskandar membuka matanya. “Aleya!” Nama itu muncul dari mulut Iskandar.
Bagaimana wanita ini berada di sini? Aku tersalah rumah ke. Iskandar melihat di
sekelilingnya. Sah, ini rumah aku!
Apa dia buat di
sini? Iskandar terus bangun.
“Along! Apa halnya?” Munirah terus
keluar dari biliknya. Dia terjaga dari tidur apabila mendengar jeritan. Dia
bergegas keluar untuk mengetahui apa yang berlaku. Dia terkejut melihat
kehadiran seorang lelaki di rumahnya.
“Nothing! Cuma ada tetamu tak
diundang di rumah ini. Ibu, ini Tengku Iskandar. Anak Auntie Maria.” Beritahu
Aleya.
“Anak Maria!” Munirah terkejut. Dia
memerhati lelaki yang berkemeja biru itu. Inilah pertama kali dia melihat anak
tiri Maria.
“Tengku, ini ibu saya.” Aleya
memperkenalkan ibunya pada Iskandar.
Iskandar melihat seorang wanita yang
sebaya ibunya berjalan menghampirinya
“Oooo…Iskandar rupanya! Mak cik
ingatkan siapa tadi.” Munirah tersenyum
“Tak ada apa-apa, Angah!” Aleya
melihat Alisa yang sedang berdiri di anak tangga. Jeritan Iskandar mungkin
menyebabkan seluruh penghuni rumah itu terjaga. Tangan Alisa sedang memegang
pasu bunga. Mungkin mereka fikir ada pencuri yang menceroboh masuk rumah ini.
“Siapa Along?” Soal Alina yang
berada di belakang Alisa. Matanya terkebil-kebil melihat lelaki yang bersama
kakaknya.
Iskandar menoleh. Bibirnya
terketar-ketar melihat 2 orang wanita yang sedang berdiri di anak tangga yang
sedang memerhati dirinya. Matanya dilirikan kembali ke arah Aleya yang berada
di sisinya. Penglihatan aku ada masalah ke? Pandangannya dialihkan pula pada
wanita tadi. Satu! Dua! Tiga! Tiga Aleya. Iskandar menggosak matanya beberapa
kali.
“Penglihatan Tengku tak ada apa-apa
masalah. Mereka berdua adik kembar saya.” Kata Aleya terus duduk di sofa dan
minum air yang dibuatnya sebentar tadi.
“Siapa lelaki ini?” soal Alisa lagi
sambil menuruni tangga. Pasa bunga yang berada di tangannya dihalakan ke arah
Iskandar. Alina mengekori dari belakang.
“Anak Auntie Maria! Tengku
Iskandar.”
“Ooo..client Along yang cerewet tu
ke!” Alisa membuat mimic muka dan dia terus berjalan ke arah ibunya.
Iskandar hanya memerhati. Lidahnya
kelu untuk bersuara.
“Abang Is, duduk dulu. Lina pergi
buat air.” Alina tersenyum.
Dahi Iskandar berkerut melihat
Alina. Tiba-tiba saja cakap lemah-lembut dengan aku, seram aku dibuatnya.
Pandangannya dialihkan pada mereka bertiga yang sedang duduk di sofa.
“Is, mari duduk di sini.” Jemput
Munirah. Dia tahu pasti sekarang ni Iskandar masih terkejut.
“Ibu tak payah susah-susah jemput
Tengku Iskandar ni. Ini rumah dia. Pandai-pandai la dia bawa diri.” Alisa
bersuara. Dia menjeling pada Iskandar yang sedang menghampiri mereka.
“Hish…. Jaga sikit mulut tu. Ingat
sikit, kita ni menumpang rumah Iskandar. Iskandar tuan rumah, percakapan tu
berlapik sikit.” Tegur Munirah.
Iskandar hanya tersenyum. Dia
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Yang mana satu Aleya ini? Yang bercakap
tadi ke ?Aduh, parah aku macam ni. Dia terus duduk berhadapan dengan mereka.
“Auntie! Sebenarnya Is tak faham apa
yang berlaku di sini, macam mana Aleya dan Auntie boleh berada di sini? Maksud
Is, ini pertama kali kita berjumpa. Is kenal Aleya pun disebabkan urusan
kerja.”
“Ibu saya kawan Datin Maria.” Jawab
Aleya.
“Ooo..ya ke!” Iskandar melihat
Munirah. Semua kawan umi aku kenal tetapi mak cik ni aku belum pernah jumpa
lagi.
“Buat sementara waktu ini, kami
menumpang tinggal di rumah Is sebelum kami pulang ke London selepas urusan antara Is dan Aleya
selesai.” Munirah masih lagi tersenyum.
“Oooo..begitu rupanya! Yang peliknya
tadi Umi beritahu Is yang rumah ini buat renovation. Dia tak bagi Is datang ke
sini.” Iskandar hairan. Kenapa Umi beritahu rumah ini buat renovation tetapi
sebenarnya ada tetamu di sini? Pelik. Adakah Umi cuba merahsiakan kehadiran
tetamu di rumah ini dari pengetahuan aku? Tetapi kenapa?
Munirah hanya mampu tersenyum.
“Kalau Auntie Maria tak benarkan
Tengku datang ke sini, kenapa Tengku datang ke sini jugak?” Aleya akhirnya
bersuara. Aleya mula risau. Sekarang ini sudah ramai orang tahu tentang
kewujudan dia dan adiknya.
“Along!” Munirah menegur lagi.
“Kebetulan saya lalu di sini,
kemudian saya nampak lampu di bilik atas menyala. Saya hanya nak datang check
saja, tak sangka pulak ada tetamu.”
Alina datang menghampiri mereka dan
meletakkan cawan yang berisi air coffee yang dibancuhnya di dapur. “Jemput minum, Abang Is.”
“Ya. Terima kasih….Cik..” Iskandar
ingin mengenali wanita itu. Perangainya berbeza dari Aleya dan seorang lagi.
“Alina! Abang Is panggil saja Lina.”
Alina tersenyum.
“Baiklah, Lina!” Iskandar turut sama tersenyum.
“Tengok tu, Along! Depan kita pun,
dia boleh jual minyak.” Alisa membuat mimic muka.
Senyuman Iskandar tiba-tiba hilang
sebaik saja mendengar kata-kata Alisa. Bisa betul mulut perempuan ni!
“Kenapa Is tak balik rumah ? Dah
lewat ni. Sebenarnya tadi Is dari mana?” soal Munirah cuba menenangkan keadaan. Alisa
kalau bercakap ikut sedap mulut dia saja.
“Sebenarnya Is tak boleh balik rumah
malam ni.”
“Kenapa?” Munirah hairan.
“Tentu lari dari rumah.” Alisa
tiba-tiba mencelah.
Aleya tersenyum apabila mendengar
kata-kata Alisa.
“Angah ni suka sangat menyampuk
orang bercakap. Biar la Abang Is bercakap dulu.”
“Is jangan pedulikan mereka berdua
ni. Buat tak tahu saja.” Munirah menjeling kea rah anaknya.
“It’s ok! Mak Cik, boleh tak Is
bermalam di sini? Esok awal-awal pagi Is ada mesyuarat di Puchong. Takut tak
sempat pulak.”
“Boleh. Tentu sekali boleh. Ini kan rumah Is. Kami yang
sepatutnya minta kebenaran Is sebab kami menumpang di sini.”
“Terima kasih, Mak Cik.” Iskandar
tersenyum.
“Ibu, Tengku ni lelaki. Tak manis
jika dia bermalam di sini. Kita semua kan
perempuan.” Ujar Aleya. Dia terkejut bila ibunya membenarkan lelaki ini
bermalam di situ.
“Dia kan saudara kita. Lagipun bukannya Along dan
Is berdua-duaan di rumah ini. Ibu, Angah dan Acu pun ada. Sudah, jom masuk
tidur! Is nak berehat. Esok dia kena bangun awal. Angah, zip it.” Kata Munirah
apabila melihat Alisa cuba
berkata sesuatu.
Alisa membuat mimic muka merajuk.
Aku ni asyik kena zip it saja.
“Aleya.” Kata Iskandar terus
memandang ke arah Alisa yang disangkanya adalah Aleya.
“I’m not Aleya.” Tegas Alisa dan
terus bangun. Langkahnya diatur menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Alina hanya mampu menggelengkan
kepalanya. Alina bangun dan menemani ibunya berjalan masuk ke bilik.
Iskandar melihat ke arah wanita yang
masih duduk di sofa. Aleya sedang merenung dirinya. “Hmm…kenapa awak tak
beritahu saya yang ibu awak dan ibu saya sebenarnya kenal antara satu lain?”
“Penting ke semua itu?” jawab Aleya
dengan dingin.
“Wow! Saya dapat rasakan mood awak
yang tidak baik. No good.” Iskandar tersengih. Namun tiada apa-apa reaksi dari Aleya.
“ Hmm…perangai awak berlainan dengan adik awak yang bernama Lina. She’s nice.”
“why? Tengku berminat pada adik saya
ke?”
“Kenapa awak cemburu ke?” Iskandar
mengenyitkan matanya pada Aleya.
“Jangan bermimpi la.” Aleya terus
bangun. Dia malas nak melayan kerenah Iskandar.
“Awak nak pergi ke mana? Kita belum
habis bercakap lagi.”
Aleya buat tidak tahu dan terus
menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Kini fikirannya runsing. Aku perlu
selesaikan urusan ini dan kami perlu segera pulang ke London . Sekarang semakin ramai orang
mengetahui tentang aku dan adik-adik aku tetapi sebelum aku pulang ke London , aku perlu lakukan
sesuatu pada Datin Kartika. Aku takkan biarkan dia begitu saja.
1 comment:
Makkk i nakin ramai yg taw dorg nie kembar.. Bahaya nie..
Lily thx utk n3 br..adui lama sguh sy mnati.. Jln cite jauh dr jagkaan sy..sy igat awk nk buat dorg nie slh phm..jtuh cinta to dsbbkn kwn baik..dorg brudur.. Hehe..nice..
Post a Comment