Bab
30
Tengku Ismail mengurut dadanya
beberapa kali. Tindakan anak tunggalnya meluru masuk ke bilik bacaan
menyebabkan dirinya terkejut. “Is! Kamu ni sudah lupa nak ketuk pintu sebelum
masuk ke? Terkejut abah dibuatnya.”
“Maaf, abah! Betul ke Aleya berjumpa
abah pagi tadi? “
“Ya! Aleya kata dia cuba
hubungi Is tapi tak dapat. Jadi Aleya buat keputusan untuk berjumpa abah.”
“Jadi abah setuju ke dengan hasil
kerja Aleya? Kenapa abah buat keputusan tanpa persetujuan Is.”
“Abah rasa rekabentuk hotel di Langkawi
sangat menarik. Zahid dan Murad juga setuju. Hotel kita di Langkawi akan
menjadi salah satu hotel yang bertaraf dunia satu hari nanti.”
“Uncle Zahid dan Uncle Murad pun ada
sama ke?” Iskandar terkejut. Selain ayahnya, Uncle Zahid dan Uncle Murad adalah
salah seorang ahli lembaga pengarah. Cerdik betul Aleya ni.
“Ya. Mereka berpuas hati dengan
hasil kerja Aleya. Dalam masa yang singkat, dia menghasilkan kerja yang
berkualiti. I like her attitude.” Puji Tengku Ismail.
“Abah! Abah dah rosakkan rancangan
Is. Abah tahu tak Aleya bersama keluarganya akan pulang ke London minggu depan?”
“Baguslah kalau macam tu!” Maria
tiba-tiba mencelah.
“Kenapa Umi cakap macam tu? Kalau
Auntie Munirah balik ke London ,
bagaimana Uncle Kadir nak berbaik semula dengan Auntie Munirah? Bukan ke selama
ini Umi beriya-iya mahu Uncle Kadir bersama Auntie Munirah hidup seperti suami
isteri.” Iskandar berasa pelik dengan sikap ibunya.
“Itu dulu! Sekarang tidak! Tindakan
mereka pulang ke London
adalah tepat. Di sini sudah tiada apa-apa lagi.”
“Apa Umi cakapkan ni? Is tak faham.
Bukan ke harapan Umi selama ini adalah Uncle Kadir kembali ke pangkuan Auntie
Munirah? Kenapa umi ubah fikiran?”
“Itu urusan keluarga mereka, Is!
Kita tidak boleh masuk campur.”
“Siapa yang akan tolong Uncle Kadir
jika bukan kita, abah! Hanya kita sahaja saudara mara yang Uncle Kadir ada.”
Iskandar menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia terkejut dengan kata-kata
ayahnya.
“Is, itu memang benar. Masalah ini
timbul disebabkan sifat angkuh Abang Kadir. Biar dia sendiri yang uruskan. Umi
nak ingatkan Is, jangan sesekali masuk campur hal keluarga mereka. Faham!”
tegas Maria. Wajahnya serius. Dia terus berlalu keluar meninggalkan mereka
berdua.
Iskandar tercengang seketika. Dia
berpaling pada ayahnya. Inginkan jawapan. Dia tidak faham kenapa Umi
berkelakuan seperti itu.
“Abah rasa lebih baik Is ikut saja
cakap Umi.” Tengku Ismail menepuk bahu anaknya dengan lembut. Langkahnya diatur
kemas meninggalkan Iskandar yang masih tercengang.
*************************************
Alina terkejut apabila sebuah kereta
berhenti di hadapannya semasa dia ingin membuang sampah di luar pintu pagar.
Pemandu itu keluar dari perut kereta itu dengan tergesa-gesa. “Aleya!” Iskandar
mendekati Alina. Wajahnya merah padam menahan marah. Dia ingin tahu apa yang
Aleya beritahu Umi sehingga Umi enggan menolong Uncle Kadir.
“Abang Is!” Alina terkejut. Dia
merenung lelaki itu.
Dahi Iskandar berkerut. Aku tersalah
orang ke? Iskandar mengeluh kuat.
“Kenapa Abang Is? Ada masalah ke?”
“Betul ke ini Alina?”
“Betul ini Lina, Abang Is.” Alina
bersungguh-sungguh menyakinkan Iskandar. Kenapa dengan Abang Is hari ini? Macam
nak bergaduh dengan Along saja.
“Hmm…” Iskandar merenung wanita yang
sedang memegang beg sampah. Kalau Aleya dan Alisa, jangan harap la mereka nak
panggil aku Abang Is! Memang sah ini Alina.
“Abang Is nak jumpa Along ke? Baru
sekejap saja tadi Along keluar. Ada
hal katanya. Angah ada di dalam. Oh ya, beg Abang Is! Lina dah simpan.”
“ Tentang beg abang, lain kali abang
datang ambil. Abang rasa abang perlu berterus-terang dengan Lina. Sebenarnya
Uncle Kadir sudah tahu tentang Aleya dan Alisa.”
“Apa!” Alina kaku seketika. Dia
teringat kembali peristiwa semalam. “Patutlah semalam Along dan Angah hanya
mendiamkan diri.”
“Tujuan abang datang ni sebab nak
minta pertolongan Lina. Uncle Kadir teringin nak berjumpa dengan Aleya dan
Alisa tetapi Lina sendiri tahu kan sikap
sebenar kembar Lina kan !”
“Lina
tahu, Abang Is!”
“Boleh tak Lina tangguhkan dulu
kepulangan Lina ke London
minggu depan?” soal Iskandar. Kali ini dia perlukan pertolongan Alina. Dia
merenung lembut wanita yang memakai cekak berwarna putih itu.
Dahi Alina berkerut. Permintaan
Abang Is begitu berat padanya. Untuk mengubah pemikiran Aleya bukannya perkara
yang senang malah memerlukan kekuatan dan keberanian semasa berdepan dengan Aleya. “Abang Is tahu kan , semua ini adalah
keputusan Along.”
“Abang tahu, Lina! Abang merayu pada
Lina untuk memujuk Aleya dan Alisa. Ini adalah permintaan Uncle Kadir. Tolong ye!”
Iskandar memegang lengan Alina.
Alina berasa serba salah. Bukannya
dia tak mahu menolong tetapi dia kenal sikap kembarnya. Berjumpa dengan abah
adalah perkara yang tidak mungkin Along dan Angah akan lakukan. “Abang Is! Lina
ingin nak menolong tetapi sekarang ini bukannya masa yang sesuai. Along dan
Angah masih marah lagi. Lina tidak dapat bayangkan apa yang terjadi jika mereka
berdua bertentangan mata dengan abah.”
“Abang Is tahu risikonya tetapi
lambat laun juga Aleya dan Alisa pasti akan bertemu dengan Uncle Kadir. Air
dicincing takkan putus.” Iskandar masih tidak berputus asa.
“Abang Is!” Alina mengeluh kuat.
Kini dirinya berdiri di tempat yang sukar. Alina melihat kea rah Iskandar yang
memandangnya dengan penuh harapan.
“Ooo…patutlah kebelakangan ini susah
sangat nak jumpa Abang Is, rupa-rupanya ini kerja Abang Is selama ini.” Sergah
Sofea secara tiba-tiba. Dia merenung mereka berdua yang terkejut dengan
kehadirannya. Awal-awal pagi lagi dia sudah menunggu di luar rumah Abang Is
kerana ingin mengekori Abang Is. Dia ingin mengetahui ke mana Abang Is
menghilang kebelakangan ini. Dia terkejut bila melihat Abang Is berjumpa dengan
perempuan itu. Hatinya bertambah panas apabila melihat Abang Is memegang lengan
wanita itu.
“So…Sofea!” Iskandar tergamam
seketika. Macam mana Sofea boleh ada di sini? Dia ekori aku ke? Iskandar resah.
Dia menoleh kea rah Alina. Wajahnya pucat lesi.
“Ya!” Pandangan matanya dialihkan
pada Alina. Tanpa melengahkan masa, Sofea terus mendekati Alina dan menolaknya
dengan kasar sehingga Alina jatuh terduduk di tanah. Dia tersenyum puas.
“Sofea!” Iskandar terkejut. Iskandar
segera membantu Alina bangun. Sofea sudah melampau.
Tindakan Iskandar membantu Alina
membuat Sofea cemburu. “Abang Is! Kenapa Abang Is tolong perempuan tu!” marah
Sofea.
‘Sofea! Jaga sikit bahasa kamu!
Walaupun Alina hanya adik tiri, kamu sepatutnya menghormati Alina, Jangan
berkasar pada Alina.” Tegur Iskandar.
“Sofea tak peduli. Sudah jelas,
perempuan ini nak merampas Abang Is dari Sofea. Aku takkan berdiam diri melihat
kau merosakkan hubungan kami berdua. Kau dan emak kau sama sahaja.”
“ Kak Sofea, sebenarnya sudah salah
faham! Lina tak ada apa-apa hubungan dengan Abang Is.” Alina cuba menjelaskan apa yang berlaku.
‘Kau ingat aku ni bodoh ke nak
percaya cakap kau! Jangan buat drama di sini. Mata aku masih jelas untuk
melihat apa yang terjadi. Aku dah agak apa tujuan kau yang sebenar semasa aku
jumpa kau di Langkawi. Kau sengaja mengekori Abang Is ke Langkawi kan supaya senang kau menggoda dia kan !” jerit Sofea.
“Sofea, jangan buat kecoh di sini
boleh tak? Malu sikit dengan jiran-jiran di sini!” nasihat Iskandar. Dia mulai
bimbang. Jeritan sofea pasti menarik perhatian orang di situ.
“Sofea tidak peduli. Selagi Sofea
belum ajar perempuan ni, hati Sofea takkan puas. Aku nak balas balik apa yang
kau pernah buat pada aku di Langkawi.” Sofea terus menyerang Alina. Iskandar cuba
menghalang Sofea tetapi Sofea berjaya meloloskan dirinya. Sofea memukul Alina
beberapa kali. Alina cuba
melawan namun dia tidak seperti kakaknya. Kukunya yang panjang digunakan untuk
mencakar muka Alina. ISkandar terkejut melihat muka Alina yang berdarah. Sofea
ditariknya dengan kasar agar menjauhi Alina. Alina memegang muka yang terasa
pedih. Darah!
“Sofea, kau dah gila ke?” giliran
Iskandar pula menjerit marah. Iskandar
mengeluarkan sapu tangannya dan memberikan pada Alina. “Lina, awak ok ke?”
“I’m fine!” jawab Alina. Sapu tangan
itu diambilnya. Dia mengesat darah di pipinya.
Hati Sofea bertambah bengang bila
melihat Iskandar lebih mengutamakan Alina. “Abang Is!” jerit Sofea.
Iskandar menoleh ke arah Sofea.
“Sofea! Berapa kali abang perlu beritahu Sofea yang abang tidak ada apa-apa perasaan pada Sofea.
Abang hanya anggap Sofea seperti adik kandung abang sendiri tidak melebihi dari
itu. Sofea faham tak! Selama ini abang banyak bersabar dengan kerenah Sofea.
Sikap Sofea selama ini buat abang rimas. Bosan!”
Bulat mata Sofea bila mendengar
pengakuan Iskandar. Hampir tersentap keluar jantungnya bila mendengar setiap
perkataan yang keluar dari bibir Iskandar. Air matanya mula berlinangan. Cintanya
hanya bertepuk sebelah tangan.
Alina masih mendiamkan diri. Dia
tahu suasana sekarang ini sangat tegang.
Perubahan wajah Sofea membuatkan Alina berasa kasihan. Iyelah, cinta ditolak.
Pasti sedih. Alina merenung wanita itu. Dia juga wanita jadi dia fahami apa
yang dirasai oleh Sofea sekarang ini. Setiap wanita impikan kebahagian bersama
lelaki yang dicintainya.
“Kau! Semuanya berpunca dari kau!
Kau memang perampas!” jerit Sofea. Jarinya tetap diarahkan pada Alina yang
berdiri di belakang Iskandar. Sofea mengetap bibirnya. Perasaan bencinya pada
Alina semakin menebal.
“Kak Sofea sudah salah faham!” Alina
cuba
menerangkan kedudukan yang sebenarnya.
“Kau diam!” Sofea terus menyerang
Alina seperti orang kurang siuman. Apa yang bermain di fikirannya sekarang ini
adalah perempuan ini perlu diajar supaya tidak merampas hak milik orang lain.
“Sofea!” Iskandar sedaya upaya
menghalang Sofea dari mengapa-apakan Alina. Jika sesuatu terjadi pada Alina,
pasti Aleya mengamuk selepas ini.
“Lepas! Lepas!” jerit Sofea. Sakit
hatinya melihat Iskandar melindungi Alina.
Alina mengundurkan beberapa langkah.
Dia takut melihat Sofea.
“Sofea! Bawa mengucap! Kamu tak malu
ke?” Iskandar meninggikan suaranya. Dia memegang Sofea supaya tidak menyerang
Alina. Sofea kelihat seperti orang yang sudah hilang akal.
“Hey, perempuan!” Dengan tiba-tiba
Alisa menarik rambut Sofea dengan kasar.
Sofea menjerit kesakitan apabila
rambutnya ditarik dengan kasar.
“Angah!” Alina terkejut.
Iskandar tercengang seketika.
Matanya tidak berkelip melihat Alisa menarik rambut Sofea secara tiba-tiba.
Entah dari mana Alisa tiba-tiba muncul. Alisa melepaskan rambut Sofea dengan
kasar.
Sofea memegang kepalanya yang sakit
akibat ditarik. Hampir tercabut rambut aku! Siapa yang berani tarik rambut aku
ni? Sofea melihat wanita yang berdiri di hadapanya. Sofea kaku seketika.
Pandangannya dialihkan pada wanita yang berada di sisi Iskandar. Sofea tidak
percaya dengan apa yang dilihatnya. Tak mungkin! Mata aku ada masalah ke? Macam
mana boleh ada dua Alina? “Kau…Kau….” Sofea mula gagap.
“Apa! Berani kau serang adik aku!”
jerit Alisa. Dia terkejut melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Pada mulanya
dia enggan masuk campur tetapi selepas melihat Sofea menyerang adiknya, dia
tidak boleh melihat sahaja. Alisa berpaling ke arah Alina. Dia terkejut melihat
darah di muka adiknya. “Blood!” jerit Alisa terus mendekati Alina. “Acu okey
ke?” tanya Alisa.
“I’m okey!” jawab Alina. Dia tak
mahu memperbesarkan hal ini. Hanya luka kecil sahaja.
“Ini mesti kerja perempuan tak
bertamdun tu kan?” soal Alisa. Geram! Dia melihat kea rah Sofea. Berani dia
buli adik aku! “Kau ingat aku akan lepas kau begitu saja, hah!”
“Alisa!” Iskandar cuba menenangkan keadaan. Teruk macam
ni!
Sofea masih kaku. Aku bermimpi ke?
“Kau diam! Ini semua kau punya
pasal!” marah Alisa. “Kali ini giliran aku pulak ajar perempuan ini.” Alisa kembali merenung wanita yang hanya
memakai gaun merah tanpa lengan separas lutut.
Sofea terkejut apabila bahunya
dicuit. Sofea berpaling. Satu tumbukan dihalakan ke mukanya. Sofea. Dengan
hanya satu tumbukan, Sofea pengsan.
“Nice punch!” Alisa ketawa apabila
melihat Sofea ditumbuk. Hatinya puas.
“Along!” Alina terkejut. Sofea sudah
terbaring tidak sedarkan diri.Kedua-dua belah tangannya digunakan menutup
mulutnya. Apa yang Along telah lakukan ini? Kenapa mesti tumbuk Kak Sofea?
“Aleya! Awak dah gila ke?” marah
Iskandar terus mendekati Aleya.
“Tetapi aku tidak segila perempuan
ini! Baru kena sekali dah pengsan! Huh, anak manja!” Aleya membuat mimic muka.
“Along ! Apa Along dah buat ini?”
Alina mendekati kembarnya. Dia mula resah. Alina ingin cuba membantu Sofea tetapi dihalang
oleh Alisa.
“Acu! Jangan tolong perempuan tu!
Selepas apa yang dia sudah buat pada Acu, kenapa Acu mesti lembut hati pada
perempuan tu, hah! Angah tak faham la dengan sikap Acu ni!” Alisa memegang erat
tangan adiknya. Kadang kala dia rimas dengan sikap adiknya.
“Luka sikit sahaja. Tak ada
apa-apa.” Jelas Alina.
“Sikit! Berdarah macam ni masih tak
ada apa-apa lagi ke? Otak Acu ni ada
masalah ke?” Alisa merenung Alina.
Alina menarik nafas
sedalam-dalamnya. Dia malas bergaduh dengan kakaknya. Baik aku diam sahaja.
“Saya rasa lebih baik Tengku bawa
perempuan ni berambus dari sini sebelum saya cakar muka dia.” Alisa meninggikan suaranya. Iskandar yang
berdiri tidak jauh direnung tajam di sebalik cermin mata hitam berjenama Gucci
yang dipakainya. Sewaktu dia sedang memandu, tiba-tiba sahaja dia teringat dia
tidak membawa dompetnya dan dia perlu berpatah balik untuk mengambil dompetnya.
“Aleya, kamu ni tak ada sifat
kemanusiaan ke? Suka hati sahaja tumbuk orang.”
“Perlu ke semua itu! Kalau Tengku
tak mahu saya cakar muka girlfriend Tengku, baik Tengku bawa dia keluar dari
sini sekarang! Sekarang.” Jerkah Aleya. Sekarang ini masalah lain pula yang
timbul. Pasti Datin Kartika akan datang ke sini selepas ini. Aleya terus
mendekati Sofea yang terbaring tidak sedarkan diri di lantai.
“Kau ni memang…..ah…..” Iskandar
geram. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan Aleya. Dia
terus mendekati Sofea dan mengangkat Sofea masuk ke dalam keretanya. Sofea ni
memang menyusahkan aku. Kau sengaja cari nahas. Iskandar merenung Sofea.
Perlahan-lahan Iskandar meletakkan Sofea. Berat betul Sofea ni! Iskandar
menutup pintu kereta selepas meletakkan Sofea di dalam kereta. Dia melangkah
menuju ke tempat pemandu. Matanya dilirikkan ke arah Aleya yang sedang
memerhati setiap tingkah lakunya.
“Masuk cepat!” arah Aleya pada
adik-adiknya. Ribut pasti akan melanda tak lama lagi. Oleh itu dia mesti
bersedia. Aleya mula berasa tidak sedap hati.
Aleya menanggalkan cermin mata hitamnya.
Iskandar sedar perubahan wajah
Aleya. Lain! Berlainan dari sebentar tadi. Expression Aleya sekarang tidak pernah
dilihatnya sebelum ini. Dia seperti risau akan sesuatu. Iskandar mula rasa
bersalah. Iskandar menoleh kea rah Sofea. Pasti Sofea akan beritahu Auntie
Kartika tentang mereka.
**************************************
“Is!” tegur Dr. Nazri. Dia hampir
berlanggar dengan Iskandar semasa keluar dari bilik Uncle Kadir.
“Uncle ada tak?” soal Iskandar
tergesa-gesa.
‘Ada ! Tengah sembahyang! Kenapa, Is?” Dr.
Nazri hairan dengan tingkah laku Iskandar.
Iskandar mengeluh kuat. Dia tak tahu
bagaimana untuk menceritakan apa yang berlaku kepada Nazri. “Aku ada perkara
nak cakap dengan Uncle Kadir. Hmmm…kau rasa kalau aku bawa Uncle Kadir keluar
boleh tak?”
“Kenapa?”
“Aaaa….aku tak tahu macam mana Sofea
boleh ikut aku sehingga ke rumah aku di Puchong. Semasa aku sedang berbual
dengan Alina tiba-tiba sahaja Sofea muncul.”
“Alina! Kenapa kau jumpa Alina?”
soal Dr. Nazri dengan nada cemburu.
“Relaks, bro! Sebenarnya aku nak
jumpa Aleya tetapi Aleya keluar waktu itu. Jadi aku berborak sekejap dengan
Alina. I know you like her.” Iskandar
tersengih. Cemburu!
“Kenapa kau nak berjumpa dengan Aleya?
Tentang projek kau ke?” Lega hati Dr. Nazri apabila mendengar penjelasan
sahabatnya itu.
“Nanti la aku cerita kat kau!
Sekarang ni aku nak kau jawab dulu soalan aku. Boleh tak aku bawa Uncle Kadir
keluar sekarang?”
“Kenapa? Kau kena beritahu aku dulu
sebabnya sebelum aku benarkan kau bawa Uncle Kadir keluar.”
“Aku nak bawa Uncle Kadir jumpa
mereka sekarang!”
“Kenapa sekarang?”
“Aku bimbang mereka akan larikan
diri lagi. Sofea serang Alina secara tiba-tiba dan dia telah mencakar muka
Alina.”
“apa!” Dr. Nazri terkejut besar.
“Selepas itu Alisa keluar, dia terus
tarik rambut Sofea. Ahh…kecoh! Sofea seperti terkejut melihat Alisa. Selepas
itu, satu tumbukan hinggap di muka Sofea terus dia pengsan.”
“Tumbuk!” Bulat mata Dr. Nazri
mendengarnya.
“Siapa lagi jika bukan Aleya!
Tiba-tiba dia ada di situ. She’s angry. Seperti dia mahu nak bunuh seseorang
pada waktu itu. Melihat muka Alina yang berdarah akibat dicakar oleh Sofea pasti
Aleya bengang giler.”
“Berdarah!”
“Apa yang merisaukan aku ialah
tindakan Aleya selepas ini. Dia pasti tahu Auntie Kartika akan mengunjungi
rumah aku selepas Sofea sedarkan diri. Aku tak tahu sama ada Auntie Kartika
akan mempercayai cakap aku semasa aku hantar Sofea balik.” Iskandar risau.
Adakah Auntie Kartika akan mempercayai cakap aku atau Sofea?
“Apa yang kau beritahu Auntie
Kartika?”
“Aku sengaja rekakan cerita yang Sofea
bergaduh dengan seseorang. Semua orang tahu Sofea tu kaki gaduh. Aku harap
Auntie Kartika percaya cakap aku tetapi yang menjadi masalahnya ialah aku pasti
Aleya akan bawa Auntie Munirah dan adik-adiknya keluar dari rumah aku.”
Iskandar resah.
“Kita pergi sekarang!” kata Dato
Syed Mohd Kadir secara tiba-tiba. Dia sudah mendengar perbualan mereka berdua
dari dalam. Kebetulan selepas menunaikan solat Zohur, dia ingin keluar untuk
bersiar-siar. Pintu bilik tiba-tiba dibuka.
Iskandar dan Dr. Nazri terkejut.
“Is, call Zahari sekarang. Tanya dia
urusan pembelian rumah di Bangsar dah selesai ke?” arah Dato Syed Mohd Kadir.
Wajahnya serius. Hatinya berdebar-debar setiap kali memikirkan Aleya dan Alisa.
Walaubagaimana pun aku mesti berjumpa anak-anak aku, aku perlukan kemaafan dari
mereka kerana tidak bersama mereka semasa mereka membesar.
“Baiklah!” Iskandar segera
mengeluarkan telefon bimbitnya. No telefon Zahari didailnya.
“Nazri, ikut Uncle ye!”
“Baiklah!” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum lebar. Aku perlu kuat demi Munirah
dan anak-anak aku. Aku perlu berusaha agar mereka menerima aku menjadi keluarga
mereka.
*********************************************
“Ya, Allah! Along, kenapa tumbuk
Sofea? Kenapa Along selalu gunakan kekerasan setiap kali menyelesaikan masalah?
Tak boleh jika sesekali Along menggunakan cara seperti wanita melayu terakhir.
Bersopan-santun, lemah-lembut, berbudi bahasa dan bertolak-ansur.”nasihat
Munirah. Dia terkejut melihat apa yang berlaku di luar tadi.
“Ibu, cuba ibu tengok! Apa yang Sofea tu
dah buat pada Acu? Macam ni ibu mahu Along jadi seperti gadis melayu terakhir. ”
Alisa terus menarik Alina berada dekat di sisinya. Dia menunjukkan luka di pipi
Alina. Ibu ni baik hati sangat! Beri muka pada orang.
Aleya hanya mendiamkan diri.
“Kalau Sofea tu curah asid pada muka
Acu ni, ibu tetap mahu kita berdiam diri lagi ke?”
“Angah! Sikit saja ni. Selepas letak
ubat, luka ni baik la.” Alina bersuara sambil tersenyum. Sakit sedikit sahaja.
“Ini seorang lagi! Kalau la luka ni
lekat parut, macam mana? Tengok Along, ibu dan Acu sama saja. Ahhh…geram”
“Ibu hanya tak mahu keruhkan lagi keadaan. Ibu tak mahu Datin
Kartika akan salahkan Along nanti. ”
“Ibu, Datin Kartika tetap akan
salahkan kita juga walauapa yang berlaku. Masalahnya, Sofea tu yang mulakan
dulu. Cemburu tak kena tempat.” Alisa bercakap dari pihak kakaknya
“Siapa yang bersalah atau siapa yang
mulakan dulu, itu tak penting Angah! Ibu tak mahu kita ada musuh. Biarlah apa
mereka nak buat yang penting kita jangan cari pasal dengan mereka.” Nasihat
Munirah. Ketiga-tiga orang anak perempuan direnung satu persatu.
“Along! Say something.” Alisa
mengeluh kuat. Pandangan ibu berbeza. Alisa mengalihkan pandangannya pada Aleya
yang hanya berdiam diri.
“Pandangan kita berdua berbeza dari
ibu. Apa juga yang kita cakapkan, pandangan ibu tidak akan berubah.” Aleya
bersuara. Dia kenal dengan sikap ibunya yang sentiasa memikirkan orang lain
dari diri sendiri.
Munirah hanya menggelengkan
kepalanya beberapa kali. Pendapat mereka benar-benar berbeza.
“Hmm…sekarang ini, kita nak
berpindah ke mana? Datin Kartika pasti akan mencari kita di sini.” Alina
bersuara. Dia cuba
untuk mengubah topic perbualan.
“Kita tidak akan pergi ke mana-mana!
Kita tetap akan tinggal di sini sehingga kita pulang minggu depan.” Tegas
Aleya.Dia sudah rimas dengan semua ini.
Munirah dan Alina terkejut dengan
jawapan Aleya. Air muka Aleya serius.
“Kalau Datin Kartika datang macam
mana?” Alina resah.
“Kalau dia nak datang, biarlah.”
Jawab Alisa.Dia setuju dengan keputusan Aleya. Kita mesti kita menyembunyikan
diri pada hakikatnya kita tidak buat apa-apa kesalahan pun.
“Angah! Acu serius ni.”
“Kamu berdua ni kenapa selalu buat
ibu susah hati?”
“Ibu, masalah tidak akan selesai
dengan cara melarikan diri. Jadi inilah masanya kita selesaikan semua ini
sekarang. Along sudah bosan. Rimas! Kita tetap akan tinggal di sini sehingga
kita berangkat pulang hari Rabu ini. Muktamad.” Tegas Aleya terus mengorak
langkah meninggalkan mereka.
“Ibu!” Alina menoleh ke arah ibunya.
Ahhh…pasti ribut taufan akan melanda kalau Datin Kartika bersama anaknya datang
ke sini. Apa kena dengan Along dan Angah ni?
“Kata-kata Along ada benarnya. Ibu
perlu selesaikan masalah ibu dan Kartika segera.” Munirah akhirnya setuju
dengan keputusan Aleya. Sampai bila aku nak menyembunyikan diri?
“Aduh…..Ibu!” Alina menggaru kepalanya
yang tidak gatal.
“Great! Hmmm….kena buat air, mungkin
kita ada tetamu sebentar lagi.” Alisa menepuk tangannya beberapa kali. Sekarang
inilah masa aku dan Along tonjolkan diri. Senyuman lebar terukir di bibirnya.
Akhirnya aku akan berhadapan dengan lelaki itu tanpa bayangan Alina lagi.
“Ibu! Tengok Angah tu! Acu yakin
pasti Along dan Angah ada muslihat.” Alina mula resah. Dia memegang tangan
ibunya. Dia bimbang masalah akan menjadi lebih teruk selepas ini.
“Acu, jangan bimbang! Tiada apa yang
akan berlaku.” Munirah memegang lembut tangan Alina yang memegang tangannya
dengan erat. Dia faham perasaan Alina. Pasti dia takut keadaan akan menjadi
lebih buruk dari yang sebelum. Munirah tersenyum.
1 comment:
abis lah..gila btl sofea 2.. xmalu org xsuka lg nk thegeh2.. tp aleya mmg ganas..skli tumbuk jer trs pgsan..peh!! hebat2..
thx kak.. sbg cpt yek..
Post a Comment