BAB
31
Deruan enjin
kereta menarik perhatian Aleya. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati langsir
biliknya. Langsir itu diselak sedikit. Aleya melihat kelibat 4 orang lelaki yang keluar dari perut kereta
Mercedes berwarna hitam itu.
“Mereka
dah sampai ke, Along?” soal Alisa terus melabuhkan punggungnya di katil Aleya.
Aleya
menutup langsir biliknya dengan kasar. Wajahnya serius dan masam.
“Sangkaan
Along memang tepat. Alien tu pasti takut kita akan berpindah lagi sebab itu dia
bawa lelaki itu untuk berjumpa dengan kita malam ni.”
“Kalau
lelaki tu nak sangat jumpa kita, baiklah. Kita akan berjumpa. Face to face”
Wajah Aleya serius.
“Angah
tak faham, apa lagi yang dia mahu dari ibu?”
“Kebahagiaan.”
Jawab Aleya.
“Apa
maksud Along?” Dahi Alisa berkerut. Kebahagian?
“Perkahwinan
dia bersama Datin Kartika tidak memberi kebahagian jadi dia berharap ibu akan
memberinya kebahagian yang tidak pernah dikecapinya selama ini.”
“Apa!”
“Tak
semudah itu.” Tegas Aleya terus berjalan keluar meninggalkan biliknya. Nak
hidup bahagia bersama ibu, jangan harap.
“Ooo…jadi
ibu adalah pilihan kedua. Hmmm….interesting.” Alisa bangun dan terus mengekori
Aleya.
Alina
membuka pintu. Dia terkejut dengan kedatangan 4 orang lelaki yang sedang
berdiri memandangnya. “Abah!”
“Alina
ke?” soal Dato Syed Mohd Kadir. Dia takut tersalah.
“Ya,
abah! Abang Is! Abang Zahari! Dr Nazri!”
“Tak
nak jemput kami masuk ke?” soal Zahari sambil tersengih.
“Masuklah!
Terlupa pulak. Sekejap Lina pergi panggil ibu. Jemput la duduk” Alina bergegas
berjalan menuju ke bilik ibunya. Teruklah! Apa nak buat ni? Kenapa mereka semua
datang ke sini? Alina gelisah. Along dan Angah!
Mereka
berempat berjalan menuju ke sofa di ruang tamu.
“Wah,
ramainya tetamu malam ini. Ada
apa-apa event ke?”
Serentak
mereka berempat berpaling apabila mendengar suara itu. Dato Syed Mohd Kadir terkejut melihat dua orang wanita yang
berjalan menuruni tangga. Begitu juga Zahari dan Dr. Nazri. Iskandar hanya
merenung.
“Aleya!
Alisa!” Nama itu disebutnya. Senyuman terukir di bibirnya. Mereka memang
seiras. Dia bersyukur kepadaNya kerana mengurniakan harta yang tiada nilainya
di dalam hidupnya. Aleya, Alisa dan Alina merupakan anugerah yang begitu indah
padanya. Dia sangat gembira. Akhirnya dia berjaya berjumpa dengan anaknya
Zahari
merenung mereka berdua. Mana satu Alisa? Hish…susah betul. Tiada perbezaan
langsung. Patut la Is selalu merunggut susah untuk membezakan mereka bertiga.
Dato
Syed Mohd Kadir ingin mendekati mereka
berdua.Dia ingin memeluk mereka berdua dengan erat.
“Stop
right there!” Aleya bersuara. Wajahnya serius. Lelaki itu direnungnya dengan
tajam. Langkah Dato Syed Mohd Kadir terhenti.
“Hmm….What’re
you trying to do? Hug us? You must be joking.” Alisa membuat mimic muka.
“Honestly…..
What do you want from us?” soal Aleya dengan nada kasar. Walaupun dia sudah
tahu jawapannya namun dia ingin sekali mendengarnya dari bibir Dato Syed Mohd
Kadir.
Air
muka Dato Syed Mohd Kadir berubah. Melalui nada suara, dia sudah tahu mereka
berdua sangat membenci dirinya. “Abah minta maaf jika kedatangan abah ni tidak
disenangi oleh Aleya dan Alisa. Niat abah adalah ikhlas. Abah tahu kamu berdua
sudah tahu tujuan abah yang sebenarnya kan .” Anak matanya masih melihat mereka berdua
dengan kasih sayang. Yang mana satu Aleya dan yang mana satu Alisa? Dato Syed
Mohd Kadir keliru.
“Ooo…Hakikatnya
kami nak dengar sendiri dari mulut Dato’ Kadir sendiri.”
Pilu
hatinya apabila anak-anaknya hanya memanggil namanya sahaja. “Abah sedar selama
ini abah telah gagal menjadi seorang suami dan ayah yang baik pada kamu dan
juga ibu kamu. Abah tak salahkan Aleya dan Alisa jika membenci abah. Abah gagal
menjalankan tanggungjawab abah. Abah abaikan kamu berempat. Oleh itu abah
berharap Aleya dan Alisa dapat memberi peluang pada abah untuk menebus
segala-galanya. Abah akan menebus kembali masa 26 tahun yang telah hilang.
Mulai sekarang abah akan sentiasa bersama kamu. Berilah peluang untuk abah
buktikan semua ini. Kita buka lebaran baru. Buku baru.” Kata Dato Syed Mohd
Kadir dengan bersungguh-sungguh. Dia
berharap dirinya diberi peluang.
“Lebaran
baru! Buku baru.” Alisa ketawa mendengar kata-kata Dato Syed Mohd Kadir. Geli
hatinya mendengar semua itu. “Tak payah Dato’ menyusahkan diri untuk semua ini.
Kami tidak perlukan lebaran baru ataupun buku baru. Hidup kamu sudah perfect
tanpa kehadiran Dato’. Lebih baik Dato’ buka lebaran baru bersama isteri
kesayangan Dato’.”
“Aleya!
Berilah peluang pada abah.” Dato Syed Mohd Kadir merayu. Matanya merenung ke arah wanita yang
bersanggul rambutnya.
“Dato’
pasti ke saya ni Aleya?’ Bulat mata Alisa merenung lelaki itu. Orang macam ni
nak jadi ayah aku. Jangan harap la. Dia tak layak.
Dato
Syed Mohd Kadir tergamam. Dia merenung
kedua-dua wanita itu. Aku tersalah ke? “Alisa”
“Dato’
pasti ke saya ni Alisa?” soal Alisa lagi. Dia sengaja ingin mengelirukan lelaki
itu.
“Alisa!
Aleya! Apa yang kamu berdua nak lakukan, hah! Uncle Kadir cuba berbaik. Uncle Kadir ingin
menjadi seorang ayah yang baik pada kamu berdua. Salah ke?” Zahari bersuara.
Sakit hatinya melihat gelagat mereka berdua.
“Ayah!
Seorang ayah yang tidak kenal anaknya sendiri. Layakkah dia menjadi seorang
ayah!”
Aleya
tersenyum sinis.
Dato
Syed Mohd Kadir tercengang. Mereka benar-benar berbeza dari Alina
“Kamu
berdua langsung tidak memberi peluang pada Uncle Kadir. Macam mana Uncle Kadir
nak mengenal kamu berdua sedangkan kamu berdua sudah pun membina tembok besar
untuk menghalang Uncle Kadir dari menjadi sebahagian dunia kamu berdua. Ini
tidak adil.” Iskandar bersuara.
“Hey,
alien! Baik kau diam. Ini bukan urusan kau. Semua yang terjadi adalah salah
kau.” Marah Alisa.
Iskandar
tersenyum. Sekarang ini dia sudah tahu yang mana satu Aleya dan yang mana satu
Alisa. “Uncle, itu Alisa! Hanya Alisa sahaja yang akan panggil Is, Alien.”
Alisa
mengetap bibirnya menahan geram. Busybody!
“Aleya!”
Dato Syed Mohd Kadir melihat ke arah
wanita yang berbaju biru tua dan seluar jeans hitam. Rambutnya diikat satu.
Aleya
melangkah satu tapak ke hadapan. “Untuk pengetahuan Dato’, kami tidak akan
mengalu-alukan Dato menjadi sebahagian dari hidup kami. Untuk kebaikan semua
pihak lebih baik Dato’ turuti sahaja permintaan ibu. Bercerai! Jangan
pentingkan diri sendiri lagi. Tempat Dato’ bukan di sini. Selama 26 tahun ini,
Dato’ telah buang ibu dari hidup Dato’ dan tiba-tiba sahaja Dato’ ingin kutip
kembali sampah yang Dato’ telah buang! Dato’ tak berasa malu ke pada diri Dato’
sendiri.”
“Along!”
Alina terus mendekati kakaknya. Ibu masih lagi menunaikan solat Isya’ sebab itu
dia terus keluar kerana bimbang sesuatu akan terjadi. Sangkaan dia memang
tepat. “Along! Tak baik cakap kat abah macam tu.”
Kadir,
Zahari dan Dr.Nazri terkejut melihat mereka bertiga. Sesuatu yang jarang dapat
dilihat dalam seumur hidup. Mereka bertiga benar-benar seiras .
“Acu!
Ini urusan kami berdua. Jangan masuk campur! Selagi kita tak ajar lelaki ini,
dia takkan mengerti tindakannya sekarang ini memberi masalah kepada kita.
Kehidupan kita tidak tenteram sejak pertama kali kita menjejakkan kaki di sini.
Ibu cedera disebabkan dia” marah Alisa. Sakit hatinya bila Alina sering
menyebelahi lelaki itu.
“Alisa,
abah tak bermaksud untuk menyusahkan Munirah dan kamu bertiga. Berilah abah
peluang. Abah ikhlas.”
“Peluang!”
nada suara Alisa meninggi. “Semasa ibu berkahwin dengan Dato’, pernah tak Dato’
beri peluang pada diri Dato’ sendiri untuk mengenali ibu. Tak pernah, kan ! Kenapa pula kami
perlu beri peluang pada Dato’? Dato’ bukan ayah kami. Ibu adalah mak ayah
kepada kami selama ini. Kami tak perlukan sesiapa pun. Lebih baik Dato’
ceraikan ibu dan pulang ke pangkuan Datin Kartika. Kembali kepada keadaan asal.
Anggap sahaja Dato’ tak pernah tahu tentang kami.”
Alina
terus memegang tangan Alisa. Dia mulai bimbang. “Angah!”
Mereka
semua yang berada di situ terkejut dengan kata-kata Alisa.
Wajah
Dato Syed Mohd Kadir bertukar muram.
Kata-kata Alisa mengguris hatinya sebagai seorang ayah.
“Alisa!
Jangan kurang ajar. Beginikah cara awak bercakap dengan seorang ayah?” marah
Iskandar. Alisa sudah melampau. Pasti hati Uncle Kadir terluka bila mendengar
kata-kata Alisa.
“Ayah!
Ayah siapa? Tengku orang luar. Jangan masuk campur hal orang lain. Jaga dulu
tepi kain sendiri. Lelaki ni tak layak menjadi ayah kami. Sejak dia buang ibu
dari hidupnya, sejak itulah kami juga buang dia dari hidup kami.”
Iskandar
menggelengkan
“Angah!
Bawa mengucap, Angah!” Alina memegang erat tangan Alisa. Alisa berpaling ke
arah Aleya. Tiada apa-apa reaksi dari Aleya.
“Along!
Please, say something.” Alina merayu pada Aleya. Hanya Along yang mampu mengawal
Angah.
“What
do you want me to say? Apa yang Angah katakan tadi, ada kebenarannya. Dia harus
terima semua itu. Walaupun pedih, dia perlu terima semua tu.” Ujur Aleya. Tiada
secalit senyuman di wajah Aleya.
Dr.
Nazri dan Zahari tergamam. Mereka berdua memang berbeza dari Alina. Garang!
Tegas!
“Acu!
Dengar sini baik-baik, kehadiran lelaki ini akan mengundang bencana dalam hidup
kita. Acu faham tak?” Alisa terus memegang tangan Alina dengan kasar.
“Abah
tetap abah kita.Walaupun beribu kali Along dan Angah cuba menggelakkan diri, kebenaran
tetap kebenaran. Abah adalah ayah kandung kita yang sah.” Alina merenung tepat ke arah kedua-dua orang
kakaknya.
“Acu!”
jerit Alisa.
“Itu
hak Acu jika Acu ingin mengaku Dato’ ni sebagai ayah Acu tetapi bagi kami
lelaki ini bukan ayah kami. Along akan pastikan dia takkan menjadi sebahagian
dari keluarga kita, faham tak?” Aleya menjegil kedua-dua matanya pada adiknya.
Sikap Alina seperti ibunya. Begitu cepat mengalah dan memaafkan orang lain.
“Along!”
Dahi Alina berkerut.
“Sudah!
Abah tak mahu kamu bertiga bergaduh disebabkan abah!” Melihat mereka bertiga
bergaduh, hatinya berasa bersalah.
Aleya
berpaling. Dia mendekati Dato Syed Mohd Kadir. Wajahnya serius. “Jika begitu,
jangan muncul lagi dalam hidup kami!”
“Aleya!
Kau hanya pentingkan perasaan kamu sendiri sahaja. Perasaan Uncle Kadir, kau
tak pernah pertimbangkan? Kau ni manusia ke?” Iskandar mula naik angin. Layanan
mereka terhadap Uncle Kadir sudah melampau batas. Begini caranya mereka melayan
seorang ayah?
“Jika
Tengku berada di tempat saya, pasti Tengku akan melakukan perkara yang sama.
Sanggup ke Tengku membenarkan lelaki yang pernah kecewakan hati ibu kembali ke
sisinya? Tidak kan !
Boleh ke dia jamin yang dia tidak akan mengecewakan ibu seperti dahulu? Boleh
ke? Saya takkan benarkan ibu merasai apa yang pernah ibu rasakan selama ini.
Tidak sama sekali.”
“Aleya,
abah akui abah pernah melayan ibu kamu dengan teruk. Abah kesal dengan sikap
abah pada waktu. Abah terlalu ikutkan hati. Jika abah dapat kembali putarkan
masa, abah akan pastikan perkara ini akan berlaku.” Kadir masih merayu.
“Sudah
terlambat. Walaupun Dato’ menangis air mata darah sekalipun, keputusan kami
tidak akan berubah.” Tegas Alisa.
“Berilah
peluang untuk abah buktikan semua ini. Abah tidak cakap kosong. Abah ingin kita
berlima hidup seperti sebuah keluarga. Walauapa yang terjadi, abah akan
berusaha untuk memastikan Aleya dan Alisa menerima abah. Abah takkan putus
asa.” Tegas Dato Syed Mohd Kadir. Sekarang ini dia sudah tekad, dia akan guna
apa cara sekalipun asalkan Aleya dan Alisa dapat menerima dirinya.
“We
will wait and see.” Alisa tersengih. Jangan harap la.
“Jika
macam itu, saya juga akan guna apa cara sekalipun untuk memastikan Dato’ tidak
akan menjadi sebahagian dari keluarga kami.” Balas Aleya.
Kata-kata
Aleya membuat lidah Dato Syed Mohd Kadir kelu untuk berkata-kata. Mungkin ini balasan
di atas perbuatannya terhadap Munirah sehingga anak kandungnya sendiri tidak
mengaku dirinya sebagai seorang ayah.
Alina
mengalihkan pandangannya ke ayahnya. Pasti abah sedih sekarang ni.
“Along!
Angah! Ibu tak pernah mengajar anak-anak ibu menjadi seorang yang biadap.”
Marah Munirah secara tiba-tiba. Dia sudah mendengar segala-galanya. Along dan
Angah sudah melampau. Munirah berjalan mendekati mereka berdua.
“Ibu!”
Alina terkejut.
Kehadiran
Munirah menyebabkan Aleya dan Alisa terdiam. Air muka mereka berubah.
“Ibu
mahu Along dan Angah minta maaf pada Dato’ Kadir sekarang! Sekarang.” Tegas
Munirah. Kedua-dua anak matanya merenung tepat ke arah Aleya dan Alisa yang
sedang berdiri.
Alisa
mengalihkan pandangannya ke arah lain. Kenapa ibu selalu berpihak pada lelaki
ini? Pelik! Memang sah ibu masih menyintai lelaki ini.
Aleya
merenung lelaki yang berada di hadapannya. Aku benci lelaki ini.
Munirah
melihat tiada apa-apa reaksi dari mereka berdua. Kata-kata tadi tidak diendahkan
oleh Aleya dan Alisa. “Aleya! Alisa!” Munirah meninggikan suaranya. Geram
dengan perangai anak-anaknya.
Alina
menoleh. Setiap kali kalau ibu marah pasti ibu akan memanggil nama kami. Along!
Angah selalu begini.
“Munirah!
Mereka tak buat apa-apa kesalahan pun. Tak payah la mereka minta maaf.” Dato
Syed Mohd Kadir tidak mahu keruhkan
keadaan. Dia tak mahu Aleya dan Alisa lebih membenci dirinya.
“Munirah
tak pernah ajar anak-anak Munirah menjadi seorang yang kurang ajar lebih-lebih
lagi terhadap ayah kandungnya sendiri. Aleya! Alisa! Ibu nak kamu berdua minta
maaf sekarang jugak. Dengar tak ?” marah Munirah.
“Ok!
Ok! Sorry.” Ucap Alisa dengan nada kasar. Alisa tak ingin bergaduh dengan ibunya.
Biarlah dia beralah
Munirah
menggelengkan kepalanya. Apa la yang nak jadi dengan anak aku ni? Munirah tahu
Alisa bukannya ikhlas bila mengucapkan maaf sebentar tadi.
Iskandar
melihat ke arah Aleya. Wajahnya serius.
“Sorry!”
Ucap Aleya dengan nada tegas. Matanya tepat merenung Kadir. Bibirnya digerakkan
seperti menyatakan sesuatu.
Dato
Syed Mohd Kadir terkejut. Dia tahu apa
yang diucapkan oleh Aleya. I hate you! Itulah ungkapan yang keluar di bibir
Aleya. Dato Syed Mohd Kadir kaku.
“Ibu,
Along nak keluar sekejap. Ambil angin.” Beritahu Aleya dan terus berlalu keluar
dari rumah itu. Jika dia berada di sini lebih lama lagi, entah apa yang akan
berlaku selepas ini.
“Angah
nak ikut. Hmm….tiba-tiba saja rumah ni berasa panas.” Alisa terus mengekori
Aleya keluar.
Munirah
melepas keluhan dengan kuat. Ya Allah, apa kena dengan anak-anak aku ni? Kenapa
mereka bersikap begini? Munirah menoleh ke arah Dato Syed Mohd Kadir. Wajahnya
sedih. “Awak! Saya minta maaf di atas sikap Aleya dan Alisa. Mereka tidak
sebegini sebenarnya.” Munirah rasa bersalah.
“Tak
apa, Munirah! Abang faham kenapa mereka bersikap begitu.” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum kelat.
Dr.
Nazri mendekati Iskandar. “Betul cakap kau, Is! Aleya dan Alisa berbeza dari
Dr. Alina.” Bisik Dr.
Nazri.
Iskandar
hanya diam membisu. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
“Ibu,
Acu nak pergi ke dapur. Buatkan air. Abah duduklah.” Alina tersenyum. Di
sebaliknya dia risau. Ke mana Along dan Angah pergi tengah-tengah malam begini?
**************************************
Sofea
melihat keadaan di sekelilingnya. Aku di mana ni? Macam mana aku boleh berada
di sini? Sofea cuba
memikirkan apa yang berlaku. Dahinya berkerut seribu.
“Aaa…akhirnya
bangun juga anak mama ni!” tegur Kartika apabila melihat anaknya yang baru
sahaja terjaga. Matanya tepat melihat ke arah kesan lebam di pipi kanan Sofea.
“Tadi Datin Zulaikha call mama, dia beritahu Sofea penampar anaknya di party
Zahrin semalam. Sakit telinga mama mendengarnya. Setiap kali Sofea pergi party
mesti ada masalah. Mana mama nak letak muka mama ni?” Kartika sudah bosan
dengan sikit anaknya yang sering memberi masalah padanya.
Sofea
bangun dan tiba-tiba terasa pipinya sakit. “Aduh!” Perlahan-lahan dia mengusap
pipinya. Pantas Sofea bangun dan menuju ke meja solek.Dia terkejut melihat
pipinya yang lebam. “Mama, macam mana pipi Sofea boleh lebam ni?” soal Sofea
separuh menjerit.
“Mana
mama tahu? Bukan ke semalam Sofea bergaduh dengan Tina? Kenapa sudah lupa ke?
Dah hilang ingatan ke?”
“Sofea
belum hilang ingatan lagi mama! Sofea masih ingat apa yang berlaku. Memang
betul semalam Sofea bergaduh dengan Tina tetapi selepas Sofea tampar Tina, dia
menangis dan terus meninggalkan party tu. Itu saja. Dasar anak manja” Sofea
sedaya upaya mengingati setiap peristiwa yang berlaku. Ada ke dia kata aku ni perempuan muka tembok?
Selepas sengaja reka-reka cerita yang Abang Is ada perempuan lain, memang cari
pasal.
“Hish…tak
ada benda lain asyik bergaduh saja lepas tu mabuk. Nasib baik la, Iskandar yang
hantar Sofea balik.” Kartika menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Abang
Is!” Sofea terkejut. Dia sudah ingat apa yang berlaku. Matanya bercahaya.
“Mama! Alina bukan seorang tetapi dua!” beritahu Sofea secara tiba-tiba.
“Apa
yang Sofea merepek ni?”
“Mama!
Betul. Sofea dah ingat. Pagi tadi, Sofea ikut abang Is. Sejak kebelakangan ni,
perangai Abang Is pelik. Sofea rasa seolah-olah Abang Is cuba mengelakkan diri dari Sofea.
Hati Sofea mula rasa tak sedap bila Tina beritahu yang Abang Is ada perempuan
lain.”
Kartika
ketawa kecil. “Pelik! Sejak dulu lagi Iskandar tu cuba elakkan diri dari Sofea, semua
orang nampak. Hanya Sofea saja yang buta. Mama tak hairan la.”
“Mama!
Abang Is first love Sofea. Cinta Sofea hanya untuk Abang Is. Tiada siapa boleh
rampas Abang Is dari Sofea.”
“Cinta!”
Kartika hanya mengeluh. Sofea terlalu taksub dengan Iskandar. Dunianya hanya
ada Iskandar. Nasihat aku jangan harap la dia nak dengar.
“Mama,
semasa Sofea ekori Abang Is, dia berhenti di rumahnya di puchong. Abang Is
berbual dengan seseorang di luar rumahnya. Mama tahu tak siapa? Alina.
Maksudnya selama ini mereka dua beranak bersembunyi di rumah Abang Is di
Puchong.” Sofea melihat kea rah ibunya
Kartika
terkejut mendengar kata-kata anaknya.
“Bukan
main mesra lagi mereka berdua tu! Sofea terus keluar dari kereta dan serang
Alina tetapi Abang Is halang. Sakit hati Sofea, mama! Masa Sofea nak serang
Alina, tiba-tiba saja ada orang tarik rambut Sofea. Perempuan itu wajah seiras
Alina, mama!”
Bulat
mata Kartika mendengar cerita Sofea. Wajah seiras Alina! Kartika merenung
anaknya dengan pandangan yang pelik.
“Ada 2 orang Alina. Wajah
mereka seiras. Waktu tu, Sofea betul-betul terkejut, mama! Selepas itu ada
orang cuit bahu Sofea, Sofea pun toleh la. Sofea tak tahu apa yang berlaku
sehinggalah Sofea sedar.”
Kartika
masih diam membisu. Matanya masih tidah berganjak dari merenung Sofea. Demam ke
anak aku ni? Macam mana pulak Alina boleh ada dua? Mustahil! Sah, anak aku ni
pasti mabuk pada ketika itu. Merepek yang bukan-bukan
“Mama!
Dengar tak apa yang Sofea cakapkan tadi?” Sofea hairan melihat ibunya hanya
mendiamkan diri.
“Mama
rasa sekarang ini lebih baik Sofea masuk ke dalam bilik air dan mandi. Releks! Tenangkan
fikiran. Hilangkan kesan mabuk tu. Suka merepek yang bukan-bukan.” Kartika
menghampiri Sofea dan menepuk lembut bahu Sofea beberapa kali.
“Mama!
Sofea tak tipu. Sofea nampak dengan mata Sofea sendiri, mama!” kata Sofea
dengan penuh yakin.
“Hmm…..Lain
kali saja mama dengar, sekarang ni mama ada temujanji. Bye! Bye!” Kartika tersengih.
Kata-kata Sofea tidak diendahkannya. Langkahnya diatur meninggalkan bilik
Sofea.
“Mama!
Pentingkan anak ikan dari anak sendiri. Huh, Sofea akan buktikan pada mama.
Memang benar ada 2 Alina. Siapa seorang lagi? Esok awal-awal pagi lagi aku akan
pergi ke situ.” Sofea melirikan
matanya kea rah ibunya yang berjalan
meninggalkan dirinya.
***************************************
Munirah
duduk bertentangan dengan Dato’ Syed Mohd Kadir. Munirah gelisah. Macam mana
dia boleh tahu tentang Aleya dan Alisa? Siapa yang beritahu? Iskandar? Semasa
Alina beritahu tentang kedatangan mereka berempat, dia benar-benar terkejut.
Dia masih belum bersedia lagi. Munirah memandang tepat ke arah Iskandar.
Iskandar
menelan air liurnya apabila sedar dirinya menjadi perhatian. Pasti Aunie
Munirah ingat aku yang beritahu uncle!
Dato’
Syed Mohd Kadir tahu disebalik pandangan Munirah pada Iskandar.
“Bukan
Is yang beritahu abang tentang Aleya dan Alisa. Abang yang suruh Zahari siasat
tentang kehidupan Munirah dan Alina selama 26 tahun di London.” Jelas Dato Syed
Mohd Kadir.
Siasat!
Dahi Munirah sedikit berkedut.
“Kenapa
Munirah tak beritahu abang tentang Aleya dan Alisa? Kenapa Munirah mesti
rahsiakannya dari abang?” soal Dato Syed Mohd Kadir.
Munirah
menarik nafas panjang. “Awak dah tengok kan! Bagaimana sikap mereka berdua
terhadap awak tadi? Lagipun ini permintaan mereka berdua. Mereka tak mahu berjumpa
awak.” Jelas Munirah. Dia mesti berterus-terang.Walaupun pahit itu untuk diterima tetapi itu kebenarannya.
“Jadi
Aleya dan Alisa membenci abang?” nada suaranya sedikit bergetar. Hatinya sakit.
Dia sedih kerana Aleya dan Alisa membenci dirinya.
Munirah
mengeluh. “ Mereka berdua perlukan masa! Awak berikan masa untuk mereka
berfikir.” Kata Munirah. Hakikatnya, dia sudah mati akal untuk menasihati Aleya
dan Alisa. Masing-masing degil.
Dato’
Syed Mohd Kadir melepaskan keluhannya.
Zahari
dan Dr. Nazri hanya diam membisu.
“Boleh
tak kalau abang datang ke sini lagi esok?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir seperti
meminta kebenaran.
Sekali
lagi Munirah mengeluh. “Munirah tak kisah jika awak nak datang esok tapi awak
sanggup ke nak berhadapan dengan situasi seperti tadi sekali lagi. Aleya dan
Alisa tu……” Dia sudah mati kata.
“Abang
tak kisah. Abang sanggup. Mereka anak-anak abang.” Jawab Dato’ Syed Mohd Kadir
dengan yakin.
Munirah
hanya mampu tersenyum.
“Ini
airnya. Air oren!” Alina datang dengan membawa air minuman untuk dijamu pada
mereka. Alina tersenyum.
*****************************************
Alina bangun dari sofa apabila mendengar
pintu rumah di buka. Jam di dinding sudah menunjukkan tepat pukul 11 malam. Ke
mana Along dan Angah pergi tadi?
Langkah
Aleya dan Alisa terhenti bila sedar Alina sedang menanti mereka berdua di ruang
tamu.
‘We
need to talk!”
Alisa
tersengih dan mengatur langkah menghampiri adiknya. “Tentang Dato’ Kadir lagi
ke? Aiii…tak ada topic lain ke kita nak bincang!”
“Kenapa
Along dan Angah terlalu berkeras dengan abah? Along dan Angah tak kasihan ke
pada abah. Abah sudah tua! Salah ke kita sebagai orang muda beralah pada orang
yang lebih tua dari kita?” marah Alina.
“Tengok
Along! Betul tak cakap Angah! Kita balik nanti confirm kena dengar leteran
Acu.” Alisa berpaling ke arah Aleya.
“Memang
betul jika dipihak Acu, kami yang bersalah tetapi apa yang kami lakukan
sekarang adalah untuk kebaikan ibu. Kebaikan untuk semua pihak.” Terang Aleya
berjalan menuju ke ruang tamu dan terus duduk di sofa yang empuk itu.
“Kebaikan
apanya? Sehingga Along dan Angah sanggup jadi anak derhaka.”
“Hish….Acu
ni! So, Acu suka la ibu berbaik semula dengan lelaki itu. Acu yakin ke ibu akan
bahagia di samping lelaki itu?” soal Alisa. Ikut sedap mulut saja.
“Abah
mencintai ibu malah ibu juga mencintai ibu. Acu yakin mereka akan bahagian.
Along dan Angah sepatutnya merestui mereka.” Senyuman terukir di bibir Alina.
Dia sering berangan-angan yang satu hari nanti keluarganya menjadi keluarga
yang lengkap seperti orang lain.
“Kenapa
la adik Angah ni naïf sangat?” Alisa menggeleng kepalanya beberapa kali.
Senyuman
Alina mati sebaik saja mendengar kata-kata Alisa. Matanya tepat melihat kea rah
Alisa. Wajahnya serius.
“Kenapa
Acu yakin sangat yang ibu akan bahagia jika bersama lelaki itu? Acu yakin ke
jika hidup bermadu itu, ibu akan bahagia! Berkongsi suami! Berkongsi kasih
sayang suami! Berkongsi kebahagian dan kegembiraan dengan orang lain ! Itu
boleh menjamin kebahagian ke? Acu nak ibu hidup seperti itu ke?” Alisa
tersengih. Begitu cetek permikiran Alina! Acu fikir segala-galanya mudah ke?
Alina
terdiam. Dia tergamam dengan pertanyaan Alisa.
“Setiap
wanita pasti mahu suaminya hanya untuk dirinya sahaja. Kasih sayang dan cinta
hanya pada dirinya seorang bukannya dikongsi bersama wanita lain. Acu rasa
Datin Kartika dapat ke menerima hakikat yang dirinya dimadukan? Adakah Datin
Kartika akan menerimanya dengan hati yang terbuka?” tanya Aleya.
“Tapi…tapi……”
Alina tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan kembarnya.
“Tapi
apa, Acu? Acu kan
tahu perangai Datin Kartika bagaimana! Sejak kita balik sini, dia tak berhenti-henti
nak menyusahkan ibu. Jika ibu menerima lelaki itu kembali, Datin Kartika pasti
tidak akan benarkan ibu mengecapi kebahagiaan walau sesaat pun. Dia akan
gunakan apa sahaja cara untuk membuat hidup ibu menderita. Itu ke kehidupan
yang Acu nak ibu jalani?” Aleya merenung tepat anak mata adiknya.
“Sebelum
ia berlaku, kita perlu elakkannya! Angah tak nak ibu menderita lagi. Jodoh
antara ibu dan lelaki itu sudah berakhir sejak 26 tahun yang lalu. Selama ini
lelaki itu sudah mempunyai isteri dan keluarganya sendiri, kita adalah orang
luar. Acu perlu sedar semua itu.”
Perlahan-lahan
Alina menganggukkan kepalanya, kata-kata Along dan Angah ada kebenarannya.
Berdasarkan kepada sikap Datin Kartika, dia pasti tidak akan membiarkan perkara
ini begitu sahaja termasuklah anaknya Sofea dan Suziela. Sebenarnya dia mahu
ibu bahagia bersama abah tetapi jika diberi pilihan, dia pasti akan memilih
keselamatan ibunya. Dia tak mahu sesuatu berlaku lagi kepada ibu.
“Baguslah!
Beberapa hari lagi kita akan pulang ke London ,
semua masalah akan selesai selepas kita pulang ke London .” Aleya tersenyum. Dia tahu Alina
seorang yang memahami.
“Satu
lagi Angah nak beri amaran pada Acu, jangan sesekali Acu beritahu sesiapa pun
yang kita akan menetap di sini selepas kita selesaikan segala urusan di London.
Faham tak? Ini untuk kebaikkan dan kegembiraan semua pihak. Jika Angah dapat
tahu Acu beritahu sesiapa pasal hal ini, jangan harap la Along dan Angah
bercakap dengan Acu lagi! Faham tak?”
“Angah
ingat Acu ni mulut tempayan ke?” Alina membuat mimic muka.
“Mana
nak tahu tiba-tiba tersasul keluar?”
“Sudah!
Jangan bergaduh lagi! Along sudah mengantuk ni. Esok kita akan berdepan
seseorang! Jadi kita memerlukan tenaga yang mencukupi.”
“Siapa?”
soal Alisa dan Alina serentak. Siapa yang nak datang lagi?
“Dah
lupa ke? Sofea!” Aleya bangun dan terus berjalan menuju ke tangga.
“Sofea!”
kata Alisa dan Alina serentak. Mereka memandang antara satu sama lain.
*********************************************
4 comments:
best sangat...writer upload laa lagi cite ni yea....
fuhyooo..abis lah keras sguh ati aleya n alisa..tp klo sy jd dorg pn kmgknan pkara yg sma sy akn buat.. huhuhu..
sbg lg ye kak lily..sy stiasa tgu n3 dr akak..
Best sangat.. Aleya n Alisa mmg hebat sanggup wat ape saju utk melindungi munirah...
Padan muke dato kadir...
Kalu sye pun akan wat bnde yg sama seperti aleya n alisa...
Penakut gak iskandar,zahari n dr nazri ngn aleya..
Xsabar nk tngu Kak lily update citer nie..
.aleya nan alisa mmg da ta bole na kompromi da nie, btol2 da kras hati dorg bdua nie. .
.nsib baik alina okay lg. .
.klau ta, pning la dato kadir. .
.hehehehe, good job writer. .
.waiting for next n3. .
Post a Comment